UtusanDaily

Thursday, 16 January 2014

Tubuh jadi kebiruan, Ayuh kita bantu...

Oleh Intan MAs Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan jantung anak ketiganya, bernilai RM50,000.

Ng Eng Choon, 55, berkata, buat masa ini, dia dan isteri, Koon Saw Foong, 52, masih mampu menampung kos perubatan bulanan Ng Yixian, 20.

“Bagaimanapun, kami terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan kali ini,” katanya.

Jelas Ng, anak lelakinya itu mengalami masalah kelainan jantung sejak lahir dan sudah melalui dua pembedahan berasingan termasuk ‘Glenn Shunt’ di Perth Australia.

“Walaupun mudah penat, Yixian mampu menjalani kehidupan lebih baik dan bersekolah sebagaimana rakan sebayanya.

“Namun pemeriksaan jantung November lalu mengejutkan kami apabila doktor mendapati tubuhnya mula berubah kebiruan,” katanya.

Kata Ng, anaknya berkemungkinan berdepan masalah kekurangan oksigen dan perlu menjalani ujian pengesanan jantung (cardiac catheterization).

“Berdasarkan perbincangan dengan pihak hospital, kami dimaklumkan bahawa doktor akan mengesan punca masalah sekali gus melakukan pembedahan untuk memperbaiki aliran oksigen ke tubuhnya.

“Buat masa ini, Yixian terpaksa berehat dan mengelak sebarang kerja yang mendatangkan tekanan mahupun memenatkan,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama Ng Yixian di belakang cek dan dihantar kepada Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive