UtusanDaily

Saturday, 4 April 2015

Minum air kosong punca badan slim?

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

air
Gambar Hiasan


"JAUH perjalanan, luas pandangan” itulah perumpamaan sesuai untuk menceritakan mengenai apa yang diperolehi oleh seseorang apabila pergi ‘berjalan’ ke tempat orang.

Itulah yang penulis boleh gambarkan ketika berkunjungan ke Padang, Indonesia baru-baru ini.

Kepelbagaian budaya Minangkabau dan, seni binanya yang bercirikan tradisional benar-benar memukau mata.

Selain itu, cara hidup masyarakat  Padang juga unik, selain menggemari masakan pedas (kerana kebanyakan masakannya adalah berlada) mereka juga mengamalkan minum air kosong selepas makan, (sedikit berbeza masyarakat kita yang akan menikmati air ‘berperisa’ dan ‘berwarna’ selepas makan).

Adalah menjadi kewajipan mereka untuk minum air kosong sehinggakan restoran yang penulis pergi ‘hanya menghidangkan air kosong’ kerana rata-rata pengunjung yang datang ke restoran hanya meminta air kosong.

Maka tidak hairanlah kebanyakan masyarakat di sana bentuk badan mereka adalah ‘slim’, kerana sepanjang pemerhatian penulis agak sukar untuk menjumpai orang yang bersaiz besar. (mungkin salah satu faktor).

Selain ‘mengemari air kosong’ masyarakat Minangkabau juga adalah ‘berketurunan peniaga’, kerana kebanyakan masyarakat di sana mengamalkan amalan berniaga turun temurun.

Kalau di Malaysia, majoriti peniaga adalah kaum Cina tetapi tidak di Padang kerana hampir keseluruhan gedung-gedung perniagaan di sana adalah milik Masyarakat Melayu Padang.

Daripada berniaga kecil sehinggalah besar, semua mereka usahakan maka tidak menjadi sesuatu yang aneh apabila kebanyakan masyarakat di sana terdiri daripada golongan yang kaya.

Lagi satu yang menarik di Padang adalah pegangan Islam masyarakat di sana, melawat Padang seolah-olah melawat sebuah negeri Islam seperti Aceh di mana aktiviti masjidnya sentiasa berjalan selain budaya Islam yang benar-benar diresapi oleh masyarakatnya.

Boleh dikatakan bumi Padang dicambahi dengan ratusan masjid kerana dalam beberapa kilimoter perjalanan di bandar tersebut kita akan temui masjid-masjid besar yang tersergam indah sesuai dengan ‘slogan’ bandar tersebut iaitu ‘Serambi Mekah’.

Friday, 3 April 2015

Tea 'O' Ais penyebab kegagalan buah pinggang





Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.

Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.


Read more at: http://www.astroawani.com/kini-trending/tabiat-minum-teh-o-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang-laporan-57041?cp

[Terkini] Pesawat menggunakan tenaga solar terbang mengelilingi dunia | Gambar & Video


Cerpen: MH370... Satu teori baru dimana adakah ianya berakhir di Antartika

Oleh RAZALI ENDUN


8MAC 2014, kesibukan di KLIA seperti biasa, penuh dengan para penumpang yang tiba dan akan berangkat.Kehadiran sanak saudara yang menghantar dan menjemput turut menambahkan kesibukan yang memangnya sudah sibuk.

Para penumpang beratur dan berpusu-pusu di kaunter check-in bagi urusan bagasi.

Malam itu penerbangan MAS MH370 dijangka akan terbang menuju ke Beijing pada jam 12.42 malam. Pesawat Boeing 777- 200 dengan pengisian minyak sebanyak 49,100 kilogram sudah siap sedia di landasan. Ianya dijangka akan tiba di Beijing pada jam 6 pagi waktu tempatan.

Di antara para penumpang itu terdapat seorang lelaki warga Israel dan Iran yang berada di dalam pesawat itu. Lelaki Israel itu berbadan tegap dan sasa berusia dalam lingkungan 30-an. Namanya ialah Adam Moses. Dia adalah ejen rahsia Mossad yang ditugaskan untuk menculik saintis Iran yang turut sama terbang dalam pesawat itu.

Arahannya supaya warga Iran itu dibawa ke Israel hidup-hidup. Jangan dicedera atau dibunuh.

Manakala warga Iran itu ialah Profesor Dr Mahmet Iskander seorang saintis nuklear Iran.

Dia berbadan kecil, setengah botak dan berusia awal 50-an.

Misinya ke Beijing ialah mahu mendapatkan formula membina bom nuklear daripada saintis China. Iran dalam peringkat akhir membina bom nuklear bagi menandingi kuasa nuklear Israel yang dirahsiakan. Israel memiliki beratus-ratus bom nuklear yang sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan dunia.

Israel tidak mahu ada negara-negara jirannya di Timur Tengah memiliki kuasa nuklear sepertinya. Ianya akan mengancam keselamatan Israel. Justeru itu Israel mencari helah mahu memusnahkan loji nuklear Iran supaya negara itu tidak boleh menyainginya.

Hasrat itu tidak disetujui oleh Amerika Syarikat, maka cita-cita Israel mahu mengebom loji itu terbantut.

Adam Moses memanjat tangga kapal terbang membimbit sebuah beg ala James Bond. Di dalam beg itu penuh dengan peralatan spy yang akan digunakan dalam misinya.

Begnya melepasi kawalan keselamatan di lapang terbang KLIA. Dia menggunakan gajet yang dibekalkan oleh bosnya di Mossad.

Gajet itu boleh melindungi pengisian beg itu tanpa dapat dikesan oleh pengimbas X-ray di lapangan terbang itu. Beg itu tidak pernah lepas dari genggaman tangannya. Dia duduk sebaris dengan lelaki Iran itu, cuma dipisahkan oleh lorong pejalan kaki yang memisahkan rangkaian tempat duduk itu.

Lelaki Iran itu tidak menghiraukan kehadiran lelaki Israel itu. Walaupun terdetik dalam hatinya akan bahaya, namun dia tidak ambil pusing sangat dengan kehadiran para penumpang dalam pesawat itu.

Penumpang sudah memenuhi kerusi-kerusi dalam pesawat.

Seramai 227 penumpang sudah memenuhi pesawat itu.

Manakala 12 anak kapal sudah siap siaga untuk memberikan perkhidmatan mereka.

Kebanyakan penumpang ialah warga China yang mahu pulang ke negara mereka. Yang lainlain warga Malaysia keturunan China, beberapa orang warga Australia, Belanda, Israel dan Iran. Para penumpang kelihatan ceria tanpa curiga.

Enjin pesawat sudah dihidupkan. Kakitangan pesawat sibuk memberikan taklimat keselamatan kepada para penumpang pada saatsaat menempuh keadaan kecemasan. Pesawat mula bergerak. Kedengaran suara Ketua Pramugari membuat pengumuman dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Mandarin.

“Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Juruterbang pesawat ini ialah Kapten Zaharie Ahmad Shah dan akan dibantu oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, dengan sokongan seramai 12 kru. Penerbang ke Beijing memakan masa kira-kira 5 jam 34 minit. Kita dijangka tiba di Beijing pada jam 6 pagi waktu Beijing.”

Lelaki Israel itu tidak menghiraukan pengumuman itu. Dia hanya rileks sambil menyandarkan badannya dikerusi. Dia cuba melelapkan mata, akan tetapi matanya enggan lelap. Dia asyik memikirkan perancangan yang sudah diatur bagi menjayakan misinya. Berbulan-bulan dia mengumpul maklumat dan menjalani latihan untuk menculik saintis Iran itu.

Perancangan ini diklasifikasikan sebagai top secret. Dia mengharapkan perancangannya akan berjalan seperti yang telah diatur.

Cuaca baik malam itu. Langit cerah membiru. Pesawat sedang menuju untuk melintasi Vietnam dalam penerbangannya ke Beijing. Lebih kurang satu jam selepas berlepas dari KLIA, ketika berada di ruang udara perairan Teluk Siam dan Laut China Selatan, Adam Moses berjalan menuju ke kokpit pesawat.

Di tangannya sepucuk revolver. Dia mendorong pintu yang memisahkan kokpit dengan ruang penumpang. Sebaik daun pintu terkuak dia mengucapkan, “Good night, Malaysia 370.”

Ucapannya terakam dan dapat didengar di pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh. Kedua-dua juruterbang terperanjat dan memusing kepala mereka ke arah Adam Moses.

“Jangan panik. Bertenang. Buat seperti biasa. Jangan timbulkan curiga para penumpang. Ini adalah rampasan. Beri kerjasama. Anda tidak akan dicederakan jika berikan kerjasama,” demikian ujar ejen Mossad itu sambil meletakkan beberapa gajet di dalam kokpit itu. Gajet itu bagi melindungi pesawat itu daripada dikesan oleh mana-mana radar termasuk radar tentera. Itulah alat teknologi terbaru yang dicipta oleh saintis Israel.

Kapten Zaharie walaupun sedikit gementar cuba menenangkan perasaannya.

“Apa yang harus kami buat?” Kapten Zaharie memberanikan bertanya.

“Bawa pesawat ini ke Tel Aviv,” jawab Adam Moses ringkas.

“Pusingkan pesawat ini ke arah barat menuju ke Lautan Hindi,”perintah ejen Mossad ini dengan suara tenang.

“Tapi Tel Aviv itu jauh, takut minyak tidak mencukupi untuk sampai ke sana,” jelas Kapten Zaharie.

“Pesawat ini tentu ada tangki simpanan, gunakan tangki itu,” lelaki Israel itu memberi arahan dengan mengeraskan suaranya.

“Kalau tidak kepala anda akan ditembusi peluru pistol ini,” ugut lagi ejen Mossad itu. Kapten Zaharie semakin kecut. Tangannya mulai mengigil.

Tidak ada pilihan bagi Kapten Zaharie. Dia terpaksa mengikuti arahan ejen Mossad itu. Dengan berat hati dia memusingkan pesawat itu daripada mengarah ke Beijing menuju balik ke arah Semenanjung. Dia berbuat demikian bagi menyelamatkan penumpangnya.

Pesawat melintasi ruang udara Thailand, Malaysia dan Sumatera menuju ke lautan Hindi yang luas. Sememangnya hubungan komunikasi antara pesawat dan menara kawalan sudah terputus sejak berada di ruang udara Teluk Siam. Dan sepanjang itu juga pesawat itu tidak dapat dikesan oleh radar dari mana-mana menara kawalan.

Sebaik-baik sampai di selatan Lautan Hindi, Kapten Zaharie memusingkan pesawat ke arah Selatan pula. Hasratnya mahu menuju ke Australia.

Harapannya menara kawalan di Australia akan dapat mengesan pesawatnya dan dia dapat mendarat di Perth dengan selamat. Setengah penerbangan, ejen Mossad itu dapat mengesan arah tuju pesawat.

“Kamu mahu bawa pesawat ini ke mana?” jerit lelaki Israel itu.

“Ke Perth, Australia, di sana nanti boleh mengisi minyak,” jawab Kapten Zaharie dengan suara agak gementar.

Meter minyak sudah menurun. Dia memusing punat tangki minyak simpanan bagi mengalirkan minyak ke dalam enjin pesawat.

Menyedari di Australia nanti akan menjadi lebih kecoh, dia memaksa Kapten Zaharie supaya tidak turun di sana.

“Jangan! Jangan pergi ke Perth, pergi ke tempat lain,” arah lelaki Israel itu dengan keras.

Kapten Zaharie mematuhi arahan ejen Mossad itu. Dia lalu memusingkan pesawat ke arah lebih selatan menuju ke Antartika. Kapten Zaharie menyedari pesawatnya tidak mungkin dapat sampai ke Antartika kerana bekalan minyaknya tidak mencukupi.

Bekalan minyak dalam tangki simpanan sudah digunakannya.

Dia bertawakal sahaja kepada Allah, harap-harap keajaiban akan berlaku.

Sebaik-baik sahaja pesawat menghampiri benua Antartika, pesawat mula meragam. Enjin pesawat sudah mati. Pesawat kehabisan minyak. Kapten Zaharie memberi isyarat kepada penumpang bahawa pesawat dalam bahaya. Penumpang mula panik dan kelam kabut.

Dia turut memberi isyarat SOS kepada menara kawalan berhampiran. Hampa, alat komunikasinya sudah tidak berfungsi. Penumpang semakin panik. Lelaki Israel itu membentak-bentak menyuruh Kapten Zaharie menghidupkan enjin semula. Tidak ada daya upaya Kapten Zaharie berbuat apa-apa kerana pesawat sudah kehabisan minyak.

Kapten Zaharie ternampak dataran memutih di hadapannya.

Dia cuba mendaratkan pesawatnya di dataran itu. Dia memandu dengan tawaduk dan yakin akan dapat mendaratkan pesawatnya di atas daratan itu.

Dapatlah dia menyelamatkan nyawa para penumpangnya.

Sebagai kapten pesawat, keselamatan penumpang menjadi keutamaan daripada keselamatan dirinya.

Sebaik-baik sahaja roda pesawat menjejak di atas dataran yang memutih itu, kapal terbang itu mendap ke bawah dasar laut Antartika. Dataran memutih yang dilihat oleh Kapten Zaharie itu sebenarnya selaputan salji yang menutupi air laut.

Dataran yang dijangka keras itu rupanya selaputan ais di permukaan laut Antartika.

Kapten Zaharie sudah cuba menyelamatkan nyawa penumpangnya. Dia tidak ada daya upaya lagi. MH370 menjunam terus ke dasar laut dengan pusaran buih air dingin yang menujah permukaan laut.

Kapten Zaharie dan pembantunya lemas. Lelaki Israel itu tercungap-cungap menahan curahan air laut yang dingin menerjah paru-parunya.

Penumpang terperangkap di dalam kapal terbang itu. Mereka akhirnya kaku bersama-sama bangkai pesawat MH370. Maka bersemadilah pesawat MH370 bersama-sama 227 orang penumpang dan 12 krunya di dasar laut Antartika yang beribu meter dalamnya.

Pesawat itu terbenam di dasar laut. Tiada puing-puing, serpihan atau cebisan yang dapat dikesan.

Maka kehilangan pesawat itu menjadi misteri yang belum dapat dirungkai hingga kini.

Telco Boleh Kenakan GST keatas kad prabayar sebanyak 6%



http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/02/Malaysian-Telcos-600x360.png
PUTRAJAYA
: Syarikat telekomunikasi boleh mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 % bagi perkhidmatan kad tambah nilai dengan syarat mereka menawarkan masa berbual tambahan. 

"Satu mesyuarat diadakan bersama dengan ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi pagi tadi dan satu keputusan telah dibuat," kata Pengarah Kastam bahagian GST, Datuk Subromaniam Tholasy. 

"Syarikat telekomunikasi mempunyai dua pilihan sama ada mengekalkan harga kad tambah nilai dengan menyerap 6 % GST, atau mereka boleh mengenakan caj 6 % daripada harga kad tambah nilai dengan syarat mereka memberikan masa berbual tambahan kepada pengguna. 

"Mereka akhirnya telah bersetuju dan menetapkan sekiranya kos kad tambah nilai RM10.60, pengguna akan diberikan masa berbual tambahan sehingga RM1. Ini adalah berita baik kepada pengguna," kata Subromaniam pada sidang media di Kementerian Kewangan pada Khamis. 

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Subromaniam berkata harga semua kad tambah nilai kekal dengan nilai GST diserap oleh syarikat telekomunikasi. 

Subromaniam adalah keputusan sementara untuk tempoh tiga bulan dan jabatan tersebut dan syarikat telekomunikasi akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan keputusan muktamad mengenainya. 

"Inilah jalan penyelesaian terbaik buat masa ini. Ketua Pengarah Kastam akan bertemu dengan syarikat telekomunikasi dalam tempoh tiga bulan lagi untuk menentukan sama langkah tersebut akan diteruskan atau menurunkan harga kad tambah nilai," kata Sobramaniam.

Kesilapan pemandu punca kematian Paul Walker


Paul Walker
http://mynews13.com/content/dam/news/images/2013/11/Paul-Walker-wreck-120113.jpg

SYARIKAT pengeluar kereta Porsche mendakwa kematian bintang Fast & Furious, Paul Walker adalah disebabkan kesilapan pemandu, Roger Rodas dan bukannya berpunca dari kereta buatan syarikat itu.

Paul Walker dan Roger Rodas maut selepas kereta jenis Porsche Carrera GT yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada Disember 2013 ketika dalam perjalanan menuju acara amal di Los Angeles.

Sebelum ini, balu kepada Roger Rodas, Kristine Rodas, telah menfailkan saman terhadap Porsche mendakwa kereta buatan syarikat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, Porsche berkata kematian, kecederaan dan kerosakan yang didakwa adalah berpunca daripada kesilapan pemandu berkenaan.

"Roger memilih mengendalikan dan mendedahkan mereka kepada bahaya semasa memandu kereta berkenaan", katanya dipetik metro.uk

Sarimah Ibrahim sah bergelar isteri kepada kerabat di Raja

http://at-my.s3.amazonaws.com/i/event-20141007133521-9S3A9175_resized_780x504.jpg
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/09/27/GIJ_6710.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Sarimah Ibrahim
- Foto Instagram Sarimah Ibrahim

PELAKON dan pengacara Sarimah Ibrahim selamat bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, hari ini.

Memetik laporan sebuah portal, pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad.

Sarimah menerima mas kahwin berjumlah RM6,000 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas jumlah sama buat pengantin lelaki.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 27 September 2014 lalu dan merupakan perkahwinan kali kedua buat Sarimah dan Tengku Nadzimuddin.

Pada tahun 2006 Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka dari Australia, Amir Andrew Abdullah namun telah bercerai pada tahun 2008.

Tunku Nadzimuddin adalah cucu kepada Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10, iaitu Al-Marhum Tuanku Jaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

Beg Tangan Paling Mahal Diisytihar di Kaunter Pembayaran Balik GST



PROSEDUR… Pegawai Kastam Norsyakila Huda (kiri) bersama rakan setugasnya menggunakan alat penguji ketumpatan emas khusus untuk memastikan ketulenannya sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dipulangkan kepada pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini. Pelancong yang mengemukakan resit bagi barangan kemas dan berlian akan dipastikan ketulenan barangan berkenaan sebelum pembayaran dilakukan serta memastikan ianya dibawa keluar dari Malaysia. -- fotoBERNAMA

SEPANG: Beg tangan jenama Channel berharga RM16,000  merupakan barang paling mahal diisytihar di Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak ia mula beroperasi semalam.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim  berkata beg tangan itu diisytihar semalam iaitu pada hari pertama pengenalan Skim Pembayaran Balik Pelancongan (TRS) yang diperkenal bersempena pelaksanaan GST. 

Katanya setakat ini sebanyak 13 transaksi direkodkan di kaunter verifikasi di bawah TRS.

"Kebanyakan barang yang diisytihar adalah pakaian, jam tangan serta pewter dan berdasarkan resit kebanyakan barang dibeli di Suria KLCC, Pavilion dan Bukit Bintang," katanya kepada Bernama selepas meninjau Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik GST di KLIA pada Khamis. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Abdul Rahman Othman.

TRS diperkenal bertujuan memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah GST yang dibelanjakan ke atas barangan yang dibeli daripada 800 peruncit yang berdaftar di bawah skim itu.

Untuk membolehkan pelancong menuntut semula GST, mereka perlu datang ke kaunter verifikasi lengkap dengan barangan yang perlu diisytihar; resitpembelian; pasport; pas pelepasan dan borang tuntutan GST yang diperoleh daripada premis (tempat membeli barang) selepas membuat bayaran. 

Menjelaskan mengenai prosedur itu, Chik Omar berkata setelah selesai semua urusan di kuanter verifikasi tersebut, pelancong kemudian perlu ke kauntertuntutan bayaran bersama borang tuntutan GST yang telah disahkan oleh Kastam. 

"Kaunter tuntutan bayaran terletak di dalam balai pelepasan kerana kami (Kastam) mahu memastikan pelancong tersebut benar-benar berlepas ke luarnegara," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata untuk memastikan tidak berlaku unsur penipuan tuntutan semula GST bagi barang kemas, pihak Kastam turut melakukanujian ketulenan barang tersebut menggunakan mesin khas dikenali sebagai "Spectometer".

Katanya mesin yang ditempatkan di kaunter tuntutan bayaran GST di balai pelepasan itu akan menguji jenis emas dan tahap ketumpatan logam berkenaan yangdibeli di negara ini.

"Pegawai Kastam akan terlebih dahulu menimbang barang (kemas) yang diserahkan oleh pelancong, kemudian barang itu akan diletak di dalam Spectometeruntuk diuji yang mengambil masa kira-kira lima minit.

"Ujian ini (barang kemas) selalunya dibuat tiga kali.  Misalnya gelang, mula-mula kami akan uji badan gelang itu dahulu, kemudian cangkuk dan aksesori lain (jika ada seperti loceng) untuk pastikan semua ini adalah daripada jenis emas yang sama," jelas Abdul Rahman.

Monday, 30 March 2015

Guru… usahlah bersikap ‘nato’

Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad

guru
  Sekadar gambar hiasan.


SEWAKTU penulis bersama-sama dengan beberapa cendekiawan pemikir akademik Kementerian Pendidikan dalam satu seminar pendidikan di ibu kota, pelbagai pendapat telah dikemukakan untuk dibincangkan bagi mencari kata sepakat berkaitan beberapa isu pendidikan terbaharu, sekali gus menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Dengan kata lain, pejam celik, pejam celik begitu pantas sekali masa berlalu dan 2015 merupakan tahun akhir Gelombang 1 (2013-2015), iaitu mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama.

Masih kedengaran cakap-cakap massa di seluruh pelosok tanah air, iaitu terdapat sebilangan besar daripada pendidik tempatan kurang memahami kandungan PPPM yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013. Dalam hal ini, kata-kata seorang akademikus terkenal tanah air ada kebenarannya.

Kata beliau, “Saya berasa hairan kerana masih terdapat golongan pendidik kini yang bersikap ‘nato’ dalam urusan sehariannya sebagai pendidik sedangkan kerajaan melalui KPM (Kementerian Pendidikan) telah memperuntukkan wang yang begitu besar untuk menjayakan transformasi pendidikan agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa di negara maju.”

Sejujurnya, kerisauan beliau bukan sahaja dirasai oleh pegawai KPM tetapi ibu bapa juga turut menerima tempiasnya dek perilaku sesetengah guru yang bersikap ‘nato’ itu.

Perkataan ‘nato’ merujuk kepada frasa no action talk only yang begitu jelas menggambarkan bahawa ada guru yang bersikap sedemikian ketika memberikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang tegar dengan situasi ‘nato’ ini berlaku di mana-mana daerah atau lokasi dunia pendidikan kini.

Apakah kesannya kepada murid pascamerdeka pada masa hadapan? Adakah murid berasa selesa akan sikap guru ‘nato’ itu? Sehubungan itu, stigma sebegini tidak wajar berlaku kerana setiap guru telah melalui proses pengamalan pedagogi berkesan serta praktikum ketika mereka menuntut di Institut Pendidikan Guru (dulunya maktab perguruan) atau di universiti tempatan dan luar negara.

Apakah yang diinginkan oleh seseorang murid pascamerdeka dalam proses pembelajaran seharian mereka? Jika perkara ini diajukan kepada murid, tentulah jawaban yang pelbagai akan diperoleh. Dalam hal ini, seseorang guru yang sentiasa menyedari tanggungjawabnya akan berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik ketika sesi pengajaran di dalam kelas, selain menitikberatkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek muridnya setiap masa.

Guru-guru seharusnya mendekati muridnya dengan penuh kasih sayang agar ilmu pengetahuan benar-benar meresap ke dalam diri murid tanpa gangguan unsur provokasi luaran. Usahlah dibiarkan sikap pasif ‘nato’ mendominasi minda guru terus-terusan tanpa adanya prakarsa murni untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kaedah pengajaran terkini.

 Murid-murid pada abad ke-21 ini merupakan murid pascamerdeka yang aktif dalam serba bidang. Hal ini menuntut guru-guru mengetepikan sikap jelik ‘nato’ dalam mendepani kerenah murid masing-masing dengan minda yang terbuka selain mendidik mereka agar tidak sekali-kali meminggirkan kesantunan budi bahasa. Jadilah guru yang selalu kasih akan muridnya tanpa mendambakan sebarang balasan.

Selain itu, guru nan berwibawa perlu menerokai pelbagai disiplin ilmu kurniaan Ilahi dengan ikhlasnya kerana yakinlah bahawa apabila minda guru cerdas dan kuat, pengetahuan muridnya jua pasti mencapah sekali gus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut terserlah.  

Kesimpulannya, peribahasa ‘leluhur ular menyusur akar’ tidak akan hilang bisanya masih malar segar dalam ranah kehidupan seseorang guru kini. Setiap guru mempunyai nuansa yang cukup ampuh dan nirmala untuk menjadi guru yang bercita-cita tinggi, sekali gus menjayakan PPPM pada abad ke-21 ini.

Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.

* Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive