4 CALON HANGAT!
Kuala Lumpur: Bekas bintang skuad Perancis, Marcel Desailly menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seandainya Philippe Omar Troussier memilih untuk menjadi jurulatih Tunisia.

Kemungkinan itu selepas Persatuan Bola Sepak Tunisia (FTF) dilaporkan turut berunding dengan Troussier untuk jurulatih baru dalam usaha mempersiapkan pasukan negara itu menjelang aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika yang bermula pada September depan.