UtusanDaily

Friday, 15 August 2014

Kronologi Krisis MB Selangor 2014


Info Grafik

Biodata Perdana Menteri IRAQ yang baru 2014


Info Grafik

Rahsia Segitiga Bermuda yang menjadi bualan

Foto
SEGITIGA Bermuda dalam peta dunia.

Susunan Intan Mas Ayu Shahimi

Genap 145 hari kehilangan MH370, namun kepulangan pesawat itu masih dinanti keluarga penumpang, saudara, rakan, sahabat serta rakyat Malaysia amnya.

Walaupun diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat malang terbabit berakhir di Lautan Hindi penghujung Mac lalu, teori yang timbul selepas itu sedikit sebanyak meniup semangat kepada waris yang menanti.

Dalam pedih akibat kehilangan orang tersayang, luka waris terubat tatkala Najib menegaskan bahawa Malaysia kekal komited mencari pesawat berkenaan.

Mesej ingatan sempena hari ke-100 kehilangan MH370 itu disuarakan Najib menerusi akaun Twitter peribadinya.

Foto
DEAN’S Blue Hole adalah lubang laut paling dalam di dunia.

Foto
Trubridge melakar rekod menyelam di Dean’s Blue Hole.

Malah, kerajaan turut mengumumkan bahawa Malaysia sudah membelanjakan RM27.6 juta setakat ini dalam fasa pertama pencarian.

Ia turut dibantu beberapa negara termasuk Australia, China, negara ASEAN serta Amerika Syarikat.

Mengingati semula tarikh 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu dilaporkan hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam sebelum gagal dikesan menara kawalan mulai jam 1.23 pagi.

Gerakan mencari kemudian dimulakan di kawasan Laut China Selatan sebelum beralih ke selatan Lautan Hindi. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Kini, selepas hampir lima bulan mencari dan berharap, pasti ramai antara kita yang menjadi sayu setiap kali memandang ke arah laut.

Andai dulu panorama indah laut menjadi saksi pasangan bercinta, namun hari ini banyak hati bertaut luka kerana mengenangkan kehilangan MH370.

Begitupun tiada siapa yang dapat menolak hakikat bahawa laut memang indah dari kejauhan, tapi boleh jadi menakutkan sekiranya kita berdepan ombak tinggi bergulung atau bertembung dengan pusaran besar di tengah hamparannya.


Ayuh kita lihat misteri dan fenomena aneh di enam laut berikut:

Segitiga Bermuda

Lokasi yang mendapat jolokan Segitiga Syaitan ini kerap menjadi topik perbualan dan sering dikaitkan dengan misteri kehilangan kapal terbang di laut.

Terletak di barat laut Lautan Atlantik, kawasan ini dikatakan mencecah jutaan persegi, melingkungi Kepulauan Bermuda, Puerto Rico dan Fort Lauderdale.

Nama Segitiga Bermuda mula popular ketika satu pasukan tempur yang terdiri daripada lima pengebom torpedo Angkatan Laut hilang pada 5 Disember 1945.

Hingga kini jasad 14 kru pesawat dan bangkai kapalnya tidak ditemui.

Malah, beberapa laporan turut menyebut, lebih 50 kapal dan pesawat dilaporkan hilang di wilayah berkenaan.

Begitupun, pada 1980-an, Segitiga Bermuda mula hilang rekod misterinya kerana tidak lagi ‘melahap’ apapun yang melintas di atasnya.

Namun demikian, sejumlah teori hadir mengungkap misteri kawasan itu dari segi pseudosains, paranormal hinggalah kepada penemuan UFO.

Bagaimanapun, tidak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat.

Laut Sargasso

Ramai yang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda.

Padahal perairan ini terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di Samudera Atlantik.

Ada beberapa keunikan di wilayah ini termasuk samudera bergerak mengikut arah jarum jam dan banyak rumpai laut Sargassum di dalamnya.

Selain itu, laut ini turut memiliki pusaran raksasa dengan aturannya sendiri. Suhu di dalam pusaran jauh lebih tinggi daripada bahagian luarnya.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat emparan yang kemudiannya menciptakan pusaran kecil.

Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara yang cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.


Laut Syaitan (Devil’s Sea)

Ini adalah wilayah di pasifik, sekitar Pulau Miyake iaitu kira-kira 100 kilometer dari selatan Tokyo.

Mendapat jolokan The Dragon’s Triangle, ‘saudara’ kepada Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun pelaut memilih untuk menghindarinya.

Badai di kawasan itu dikatakan boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sekelip mata.

Ikan paus, lumba-lumba, bahkan burung tidak hidup di wilayah terbabit.

Sembilan kapal hilang dalam tempoh lima tahun iaitu sekitar 1950-an. Antara yang menjadi buah mulut adalah kehilangan kapal penyelidikan Jepun, Kaiyo Maru No 5.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak secara malar dan berterusan manakala pulau volkanik muncul dan menghilang secara biasa.

Wilayah ini juga diketahui aktif dengan aktiviti siklonnya.


Tanjung Harapan

Dikenali juga sebagai Tanjung Badai, kawasan ini mempunyai sejarah menenggelamkan kapal besar dalam kurun waktu ratusan tahun.

Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk dan dipukul ombak bergulung.

Golongan ilmuwan menyebutnya sebagai gelombang soliter yang tingginya boleh mencapai sehingga 30 meter.

Gelombang raksasa itu turut menghasilkan rongga besar yang boleh menelan apa saja objek di atasnya.


Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Persia

Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri berikutan wujud lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Anggota laut Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat daripada gempa bawah laut yang menimbulkan pendaran plankton, sekali gus mewujudkan gerakan seperti putaran roda.

Bagaimanapun, hipotesis itu menerima banyak kritikan kerana gagal menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik.

Tambahan pula, sains moden tidak mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek berkenaan.


Pusaran air (maelstrom)

Meskipun tidak sehebat pusaran air di Laut Sargasso, namun pelaut sedar kehadiran fenomena menakjubkan itu.

Pusaran air terbabit terjadi dua kali sehari di bahagian barat laut Laut Norwegia dan perkataan ‘maelstrom’ itu sendiri dipopularkan oleh Edgar Alan Poe.

Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air daripada pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut.

Kekuatannya mencecah puluhan kali ganda berbanding arus biasa. Apa yang anehnya, pusaran ini berubah arah berlawanan setiap tiga hingga empat bulan.

Keadaan ini boleh terjadi di mana pun termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.


Dean’s Blue Hole

Lubang laut paling dalam di dunia ini turut dikenali sebagai lubang biru dan berada dekat kota Clarence di Long Island, Bahamas.

Sebahagian besar lubang biru dan lubang tanah mencapai kedalaman maksimum 110 meter, namun Dean’s Blue Hole mencecah lebih dari 200 meter.

Lubang laut ini mempunyai diameter antara 25 hingga 35 meter. Selepas penyelam turun pada kedalaman 20 meter, lubang akan semakin melebar jauh ke dalam gua dengan diameter mencapai 100 meter.

Walaupun kedengaran menakutkan, Dean’s Blue Hole tetap menjadi lokasi popular untuk iklan menyelam dan snorkeling.

Pada 2012, piala dunia selam bebas menjadi milik William Trubridge dari New Zealand. Beliau terjun ke Dean’s Blue Hole dan menyelam hingga kedalaman 121 meter tanpa menggunakan sebarang bantuan oksigen sama sekali.

Belasungkawa Maidin Ibrahim (1938 - 2014): Terkenal lawak dialek utara

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Seorang demi seorang anak seni meninggalkan kita dan terbaru, kematian mengejut pelakon dan pelawak Maidin Ibrahim pada usia 76 tahun kelmarin sememangnya mengejutkan peminat.

Artis veteran ini meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menunaikan solat Zuhur di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Pendang, Kedah.

Maidin atau mesra dengan panggilan Pak Tam atau Mamu yang dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 1938 memulakan karier sebagai anak seni pada 1950 dengan menganggotai kumpulan boria di kampungnya.

Ketika era persembahan pentas popular di seluruh pelosok negara, namanya dikenali menerusi gandingan bersama pelawak Pie dengan gaya lawak dialek utara.

FotoKARAKTER Maidin di dalam dan luar filem disenangi ramai.

Gandingan Maidin dan Pie adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda dan Allahyarham Ahmad Busu, Jozan, Shiro dan Jambu.


Pembabitan Allahyarham bukan setakat itu kerana turut aktif membintangi banyak drama dan filem.

Dengan kelebihan menguasai dialek utara, Maidin memainkan peranan besar dalam filem berkaitan masyarakat India Muslim atau ‘anak mami’ yang tinggal di Pulau Pinang seperti Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Filem genre komedi sememangnya amat dekat dengan Maidin dan dia akhirnya menerima penghargaan terbesar apabila menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001.

Selain berlakon drama dan filem, Maidin juga popular menerusi sitkom Salam Pantai Timur.

Sesuai dengan perwatakannya yang sentiasa ceria, arwah sememangnya disenangi oleh semua pihak kerana sering berlawak.

Justeru, berita kematian Maidin disambut dengan perasaan sedih oleh pelakon Kartina Aziz yang menganggapnya seperti abang sendiri.

“Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika terbabit dalam sebuah program sebelum Ramadan lalu.

“Saya lihat dia macam kepenatan dan bertanyakan perkara itu. Arwah menjawab biasalah penat sikit-sikit, tapi dalam masa sama dia senang hati kerana duit yang diperoleh menerusi bidang ini digunakan untuk menyara keluarga dan beli rumah.

“Arwah juga pesan pada saya agar jangan membazir duit dan sentiasa berjimat cermat untuk masa depan. Saya tahu dia ada masalah jantung dan sering berulang-alik dari Kedah ke IJN (Institut Jantung Negara) Kuala Lumpur untuk buat pemeriksaan,” katanya.

Kartina berkata, Maidin suka bergurau, namun tanpa disangka gurauan mereka berdua sebelum ini membawa petanda tersendiri.

“Saya memang menangis apabila diberitahu dia sudah tiada kerana sebelum ini kami suka bergurau mengenai keadaan kulitnya.

“Kami bergambar bersama dan saya kata tak nampak dia kerana gelap. Dia jawab, ‘sat lagi hang tak nampak aku terus’. Tak sangka akhirnya ini tanda-tanda dia nak meninggal dunia.

“Selain itu, arwah juga selalu sebut, ‘orang lain semua sudah pergi. Aku pun mungkin tak lama lagi ikut jejak depa’,” katanya yang pernah bergandingan membuat persembahan pentas bersama Maidin.

Pengarah filem bertema anak Mami, Profesor A Razak Mohaideen turut mengakui terkejut menerima berita kematian Maidin.

Baginya, arwah seorang pelakon versatil dan kehilangannya sukar dicari ganti.

“Arwah mempunyai idea komedi yang tersendiri dan sering cari kelainan dalam karakternya. Paling utama, dia seorang yang berdisiplin dan komited dalam kariernya.

“Saya sebenarnya sudah merancang nak ambil dia berlakon drama Anak Mami Nasi Kandar yang akan jalani penggambaran bulan depan.

“Kebetulan saya dah lama tak hasilkan drama tema Anak Mami, jadi saya bercadang nak hasilkan semula.

“Bagaimanapun, apa boleh buat kerana kami tiada rezeki untuk bekerjasama buat kali terakhir.

“Yang saya tahu, Pie pun sedang sakit sekarang, tapi tak sangka Maidin yang terlebih dulu meninggalkan kita.

“Apapun projek ini akan diteruskan juga. Karakter ini memang dihasilkan untuk arwah, tapi saya kenalah pinda supaya sesuai dengan pelakon lain,” katanya yang mengakui bukan mudah mencari pelakon seperti Maidin.

Razak berkata, biarpun mempunyai karakter komedi, arwah ada sisi serius sekiranya bercakap berkenaan hal perniagaan dan keduniaan.

Namun dia sememangnya berupaya menghiburkan semua di lokasi biarpun penggambaran berlangsung pada tengah malam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Habirah Rahim, 59, empat anak perempuan dan seorang lelaki serta 13 cucu.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak malam kelmarin.

Neelofa bertemu TG Nik Aziz untuk dapatkan nasihat

Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini.
Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini.


KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya.



Trajedi Bertunang Sesaat Sahaja..!!!


Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya "mu nak nikah tak harini?"

suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,

dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"

ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat "ayah aku jawap" orang tak buat biar saya buat" dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,

dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku

mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.. inilah kisah bertunang sesaat

ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee

inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

via ~ Mira Pak Nasir

Thursday, 14 August 2014

Mawi Dan Siti Nurhaliza Kini Hidup Serba Kekurangan

Johor Bahru: Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.

Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10.

"Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu," katanya.

Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.


MANAYI (tengah) melawat rumah Rahmat (kiri), semalam.

"Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan.

Wednesday, 13 August 2014

Berselfie: boleh menyebabkan masalah mental?


KUALA LUMPUR: Budaya berselfie dalam kalangan wanita Malaysia semakin ketara. Terkini, budaya selfie dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Menurut pandangan Nura Muna Abd Halim, bekerja di sektor swasta, "selfie” adalah satu budaya menjengkelkan jika dibuat secara keterlaluan dan disiarkan di media sosial dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mana kala selfie secara sederhana sebenarnya seronok, jika berselfie bersama kawan-kawan."

Tetapi jika keterlaluan akan menimbulkan fitnah, dan memberi impak negatif kepada peribadi. Begitu juga pada pendapat Asmat Fikri, kolumnis sebuah majalah mengenai budaya berselfie, beliau berkata, "Budaya berselfie pada wanita tidak elok, sama sahaja ambil gambar sendiri atau orang lain ambil, kerana gambar itu boleh menimbulkan riak.”

"Apakah tujuan memuatkan naik gambar di media sosial? Jika untuk bangga dengan mempamerkan kecantikan diri dan menunjukkan aurat, tidak selari dengan kehendak agama.

“Tetapi jika gambar tersebut dirakam untuk untuk tujuan kenangan bersama keluarga, tidak ada masaalah.

Asmat bertegas dan mengatakan bahawa sekiranya tidak ada perasaan malu, buatlah sesuka hati untuk membuka aurat, kerana malu itu sebahagian daripada iman.

Setiap wanita itu mestilah memiliki perasaan malu, jika tidak ia akan mengurangkan nilai dalam diri seorang wanita tersebut.

"Terserah atas niat seseorang itu untuk memilih buruk atau baik dalam berselfie, kerana berselfie bukanlah salah, tetapi orang yang membuat itu yang menentukannya.

"Contohnya telefon. Telefon tidak salah. tetapi orang yang menggunakan itu, sama ada boleh mendatangkan maksiat atau ibadah dalam penggunaan urusan harian,” ujar Asmat lagi.

Ustazah Sharifah Habibah Syed Mustafa, pensyarah kolej swasta pula berpendapat bahawa wanita sekarang ini memang suka berselfie, tetapi ada baik dan buruknya.

"Pada pandangan saya, budaya ini banyak negatif berbanding positif, tetapi selfie itu kebiasaannya untuk menunjuk pada orang ramai dengan menyebarkannya di facebook, instagram dan whatsapp , jika untuk simpanan peribadi tidak menjadi masaalah.

"Keburukan berselfie ini bukan melibatkan semua situasi, tetapi jika yang menimbulkan kesan negatif,” ujar Sharifah.

Sharifah memberi contoh, tentang seseorang muslimah yang berselfie akan menampakkannya pada pandangan orang ramai sebagai gedik, tambahan lagi jika orang yang tidak menutup aurat.

Terdahulu, sebuah laman portal menyiarkan mengenai kajian pakar mengenai budaya berselfie, "Selfie yang popular dalam kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, iaitu mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Panpimol, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri iaitu boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah, pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Monday, 11 August 2014

Bahaya magnet hiasan di peti sejuk

Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.

Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Info lanjut http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

Ronaldo tolak tawaran Pepsi demi Palestin

Ronaldo
Tanda sokongan Ronaldo terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.


SIAPA sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, ini wajar diberi pujian.

Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.

Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.

Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

"Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

"Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). "Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!," tegasnya.

Pada tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, 'Kami melepaskan Portugal'.

Pun begitu, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co. Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak Ternyata, tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.

"Saya tidak akan tukar baju saya dengan 'pembunuh'. Saya berada di bumi Palestin," kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.

Sebelum ini, ramai yang memberi tanggapan buruk kepada bekas pemain Manchester United ini dan tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai sombong dan angkuh.

Namun, melihat kepada penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu rakyat Palestin, ternyata tuduhan itu tidak berasas.

Malah, dia dipandang sebagai golongan selebriti yang baik hati, berperikemanusiaan dan prihatin terhadap masyarakat yang ditindas.

Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.

"Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin.

"Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.

"Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik," katanya lagi.

Jelas Ronaldo, walaupun usia kecilnya tidak seperti kanak-kanak di Palestin yang hanya menunggu masa serangan, namun hatinya tetap tersentuh melihat mereka.

"Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.

"Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat.

"Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana," katanya.


Lelong kasut kumpul dana

Sebenarnya, penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu penduduk Palestin bukanlah setahun dua.

Malah, Ronaldo dikatakan pernah mengunjungi negara itu pada 2005 dan 2007.

Pada 2011, pemain bola sepak terkenal ini pernah memberikan kasut emas yang diraih pada tahun berkenaan kepada kelab lembaga amalnya.

Malah, ketika itu, Ronaldo memberitahu nilai penjualan kasut emasnya itu sepenuhnya disalurkan demi membantu anak-anak Palestin.

Menerusi laman sosial antarabangsa, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo sehingga RM6 juta.

Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang telah musnah ketika serangan terdahulu.

Pada 20 November tahun yang sama, Ronaldo menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza.

Lelongan kasut-kasut sukannya itu dapat membantu Palestin membina lapan sekolah di wilayah Palestin.

Sehingga kini, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara.

Terima kecaman hebat

Sokongan Pemain Terbaik Dunia 2008 ini tidak terhenti di situ apabila dia secara terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan mengenakan skarf Palestin dalam sebuah majlis.

Tindakannya itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada media barat yang bersekutu dengan Yahudi.

Akibatnya, Ronaldo terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tuduhan malah pihak berkenaan seakan memusuhinya dengan menceritakan segala keburukan bintang ini di laman-laman sosial.

Dalam kalangan yang mengecam, ada juga media yang menyokong dan menyifatkan tindakan bintang itu sebagai bentuk kemanusiaan.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive