UtusanDaily

Wednesday 3 February 2016

Kesan pecah-belah kepada politik Kedah..ADAKAH akan ada Tsunami baru PRU14 nanti

A KADIR JASIN | 03 Februari 2016.


PENYINGKIRAN (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah peristiwa politik negeri yang cukup sesuai dijadikan bahan kajian oleh penuntut sains politik.

Ia mempunyai segala ramuan yang diperlukan untuk sebuah drama “intrigue” politik. Pertimbangkan fakta-fakta berikut:

1. Mukhriz adalah satu-satunya anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang cergas dalam politik.

2. Beliau adalah "late starter" kerana Dr Mahathir menyekat anak-anaknya daripada bertanding pilihan raya ketika beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno.

3. Abang Mukhriz, iaitu Mokhzani yang dikatakan lebih sesuai dalam politik hanya bergiat di peringkat Umno bahagian ketika Dr Mahathir masih Perdana Menteri. Cadangan agar beliau bertanding pilihan raya ditolak oleh bapanya.

4. Apabila Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada tahun 2003, barulah Mukhriz boleh memikirkan sama ada mahu memasuki politik atau tidak. Beliau bertanding kerusi Parlimen Jerlun, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menang walaupun Kedah jatuh ke tangan PAS tahun itu.

5. Dalam PRU 2013 Mukhriz dan bapanya bergabung berkempen dan berjaya merampas balik negeri itu daripada Pas.

6. Janji pilihan raya adalah jika BN merampas semula Kedah, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau menang kerusi Dewan Undangan Ayer Hitam dan dilantik menjadi Menteri Besar.

7. Malangnya, kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, bukan Tun Abdul Razak, Mukhriz pula bukan Tun Dr Mahathir. Beliau tidak mempunyai perwatakan, kecekapan politik, ketekunan dan kreativiti bapanya.

8. Kesilapan besar beliau yang pertama adalah tersalah kira permainan politik Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno. Beliau sama ada tidak sedar atau tidak mempedulikan hakikat bahawa majoriti Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno Kedah adalah veteran politik tikam belakang dan kayu tiga.

9. Tetapi jerami yang mematahkan belakang kerbau adalah pergeseran antara Dr Mahathir dengan Mohd Najib. Mukhriz menjadi mangsa politik pukul anak sindir menantu. Atau lebih tepat, belasah Mukhriz kalau tidak berdaya melawan Mahathir.

10. Mukhriz secara langsung menjadi mangsa "collateral damage" perang Najib-Mahathir. Kerana beliau sendiri tidak begitu kuat maka mudahlah digasak oleh budak-budak Mohd Najib.

11. Apatah lagi budak-budak Mohd Najib diberi banyak dedak untuk makanan sendiri dan untuk diagih-agihkan. Politik “cash is king” bukan saja digunakan untuk mencari sokongan dan membeli kesetiaan tetapi juga bagi memusnahkan musuh.

12. Walaupun Mohd Najib dan budak-budaknya telah berjaya memperoleh apa yang mereka idamkan, isu yang lebih mencabar sebenarnya baru bermula.

13. Apakah Menteri Besar baru ini paling layak di segi pengalaman, pelajaran, ilmu dan pengetahuan untuk menerajui negeri dan parti berbanding Exco dan Adun Umno yang lain?

14. Adakah beliau mampu menyatupadukan semula Umno dan mengambil hati ahli serta penyokong parti sebelum PRU nanti?

15. Realitinya, sesiapa pun yang mengambil alih akan mengalami "handicap" pada pilihan raya akan datang kerana sudah menjadi sejarah di Kedah, iaitu apabila parti yang memerintah berpecah-belah ia akan kalah dalam pilihan raya.

16. Umno/BN kalah kepada PAS pada PRU 2008 kerana pecah-belah Umno negeri dan masalah pentadbiran pusat. (Datuk Seri) Mahdir Khalid sempat jadi Menteri Besar selama 802 hari sahaja selepas mengambil alih daripada (Datuk Seri) Syed Razak Syed Zain (2,203 hari).

17. PAS kalah pada PRU 2013 kerana pecah-belah akibat cabaran terhadap Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

18. Pengundi Kedah yang sudah biasa dengan pertukaran parti amat sensitif terhadap permainan politik. Mereka akan tolak parti yang dilihat sebagai mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat jelata. – kadirjasin.blogspot.my

Monday 1 February 2016

Jika saya dapat RM2.6b sudah tentu masuk penjara, kata Guan Eng

lim guan eng 1mdb
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng langsung tidak hairan bahawa peguam negara, Tan Sri Apandi Ali membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak daripada salah laku.

Beliau percaya Apandi bersungguh-sungguh membuatkan rakyat mempercayai apa yang dilakukannya itu.- KiniTV


IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive