UtusanDaily

Saturday, 19 October 2013

Tip hendak tahu gas penghawa dingin kereta anda cukup atau tidak


Perkara asas nak tau, gas penghawa dingin kereta anda cukup atau tidak. ini tipsnya : 

1. Start enjin beberapa seketika. 

2. Hidupkan penghawa dingin 

3. Buka bonet depan 

4. Lihat pada paiping aircond atau "sight glass" komponen air cond diatas komponen tu ada macam kaca lutsinar bulat seperti gambar dibawah. 

5. Perhatikan pergerakan gas atau bahan pendingin pada kaca lutsinar itu dan lihat kesannya. - kalau jernih, tak nampak apa apa = gas cukup - kalau ada berbuih, nampak bebola udara = gas tak cukup dan gas perlu ditambah.

Jadi , Kalau nak sejuk jangan lupa servis aircond anda yerr

Monday, 14 October 2013

'TAILONG' dapat anugerah DATUK

Terus berjuang dalam industri

Rosyam Nor  
(Dari kiri) Datuk Ong Kim Swee, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Ramli Sarip bersama anugerah pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada istiadat penganugerahan pingat kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi, ke-75, sesi kedua hari ini. - Foto Bernama

DUA penggiat seni yang dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dan DPSM (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk bertekad akan terus berjuang untuk memaju dan memartabatkan industri hiburan negara ke arah masa depan yang lebih baik.

Bagi pelakon, pengacara, penerbit drama dan filem Mohamed Noor Shamsuddin yang lebih dikenali sebagai Rosyam Nor, penganugerahan itu akan menjadi motivasi kepadanya untuk bekerja lebih keras dan mengeluarkan hasil seni yang berkualiti.

"Melihat pengiktirafan yang diberikan ini, saya harus bekerja lebih kuat lagi bukan sahaja untuk diri saya, malah ia juga merupakan tanggungjawab saya untuk terus menyumbang idea untuk industri dan selagi ada idea, saya akan terus berjuang," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-75.

Rosyam Nor berkata, status Datuk yang diterimanya itu tidak akan mengubah dirinya sebaliknya memberinya semangat untuk melangkah lebih jauh dalam industri seni tanah air.

Sementara itu penyanyi Ramli Sarip yang merupakan penerima tunggal DPSM (Kehormat) berkata penganugerahan itu memberi makna besar pada dirinya untuk terus berkarya dan menyalurkan bahan dan informasi menerusi cara tersendiri.

"Saya tidak terfikir akan dianugerahkan pingat kebesaran ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka kerana mengiktiraf golongan seni yang berkarya," katanya.

Seramai 44 lagi penerima turut dianugerahkan DPSM termasuk jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee.

Pada istiadat penganugerahan tersebut, seramai 427 individu menerima anugerah masing-masing yang didahului bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mortadza Nazarene yang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Selain Mortadza, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib; Panglima 3 Divisyen Mejar Jen Datuk Razali Ahmad dan Pengerusi Pusat Dagang dan Depositori Sarang Burung Autentik 1Malaysia Datuk Pua Kim An turut dianugerahkan DCSM.

Seramai 16 individu menerima Darjah Seri Melaka (DSM); Bintang Cemerlang Melaka (28); Bintang Khidmat Terpuji (50); Pingat Jasa Kebaktian (141); Pingat Bakti Masyarakat (124) dan Pingat Khidmat Lama (16). - Bernama

Sunday, 13 October 2013

Statistik FB: Malaysia tangga ke-18

http://www.techinasia.com/wp-content/uploads/2011/05/malaysiaFB.jpg
KEMAMAN - Mungkin ramai yang tidak tahu bukan semua pemimpin asing dibenar melawat Silicon Valley di Sans Francisco, Amerika Syarikat yang dilihat penuh dengan "rahsia besar" industri media baharu dan teknologi maklumat.

Mengakui hakikat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata justeru lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di situ bulan lepas merupakan satu penghormatan besar yang didasari atas keterbukaan Malaysia dalam industri teknologi maklumat global.

"Ini merupakan satu penghormatan kerana pada kebiasaannya mereka tak perlu berurusan dengan sesebuah kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini.

Menurut Ahmad Shabery, pembabitan Malaysia dalam teknologi maklumat bukan perkara baharu terutama dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia pada 1998, sekali gus "membuka" Malaysia kepada aliran maklumat.

Dalam lawatannya ke wilayah teknologi maklumat itu pada 25 Sept lepas, Perdana Menteri mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, di ibu pejabat laman sosial berkenaan di Menlo Park, selain melawat ibu pejabat Google dan Twitter.

Najib dan Zuckerberg dilapor membincangkan mengenai kerjasama yang mungkin boleh dijalin antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan juga berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara.

"Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.

Beliau juga berpandangan teknologi maklumat dan media baharu bukan ancaman sekalipun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalah guna kemudahan itu.

RM25K untuk perbaiki Pusara P Ramlee, Saloma

Pusara P Ramlee, Saloma siap dibaiki

Pusara P.Ramlee, Saloma siap dibaiki  
Pengerusi Finas, Datuk Affendi Hamdan (dua, kiri) bersama para hadirin membantu meletakkan batu nisan di pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee selepas majlis tahlil dan perletakan batu nisan seniman dan seniwati Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, hari ini.- Foto Bernama

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan seniwati negara Allahyarham Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini hari ini.
 
Kedua-dua pusara itu dibaik pulih menggunakan batu marmar dari Itali, dengan kos berjumlah RM25,000, yang ditanggung bersama oleh Finas dan Astro.
 
Pada Ogos lepas, Finas mengumumkan keputusan untuk membaik pulih pusara Allahyarham berdua yang rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.
 
Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Hamdan berkata, sebagai agensi bagi membantu para seniman, usaha itu akan diteruskan selain Finas merancang gotong-royong bersama Persatuan Seniman dan persatuan berkaitan bagi membersihkan kawasan pusara seniman lain.
 
"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P  Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan. Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar.
 
Anggota Perbadanan Finas dan pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof, Naib Presiden Bahagian Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Presiden Seniman Jurey Latif turut menghadiri majlis itu.
 
P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan kembali ke rahmahtullah pada 29 Mei 1973 manakala Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail dilahirkan pada 22 Januari 1935 dan meninggal dunia pada 25 April 1983.  - Bernama

Bumi hancur 16 Mac 2880?


Bumi hancur 16 Mac 2880?  
Sebanyak 0.3 peratus peluang 1950DA melanggar bumi dalam tempoh 867 tahun.  
 
CALIFORNIA - Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive