UtusanDaily

Thursday, 9 October 2014

Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan


Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.

“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.

Rujukan Link :

1) http://wowberita.org/doktor-rawat-ketagihan-seks-arak-pakai-rotan
2) http://dialograkyat.blogspot.com/2009/08/sebatan-baik-untuk-buang-ketagihan-arak.html
3) http://ijoks2009.blogspot.com/2014/01/islam-terbukti-benarhukuman-rotan.html

Saya hanya mengambil dari blog mengenai cerita ini. Disebabkan cerita ini membuktikan ajaran islam itu benar, saya menyebarkannya melalui Facebook (platform viral terbaik masa kini).

Semoga bermanfaat.

Rotan kata Kejam,
Doktor kata tak kejam ...

Teknik atau cara bagaimana mesin ATM di godam


IKHSAN : BERITA HARIAN ONLINE

10 Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri


Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka:

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)
Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.


2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}


3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:

  • Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
  • Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
  • Memukul wajah, mencela dan menghina.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)


5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.


6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha. Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.


8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)
Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak. Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)


9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya. Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.

10. Lemah kecemburuan terhadap isteri
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram. Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)
Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya. Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.
والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: http://www.syahirul.com/

20 Amalan Murah Rezeki

http://myibrah.com/wp-content/uploads/2012/01/rezeki.jpg

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.



11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .



15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Sumber: http://www.hanan.com.my/

Gerhana bulan: Alam sudah berbicara, tingkatkan ketaqwaan

KUALA LUMPUR: Menjelang malam ini, rakyat Malaysia akan menyaksikan kejadian 'gerhana bulan berdarah' yang bakal diiringi beberapa lagi fenomena angkasa lain yang unik dan jarang berlaku.

Selain menjadi tumpuan bersifat akademik bagi peminat dunia astrologi secara keseluruhannya, tanda-tanda istimewa cakerawala ini turut membawa pemahaman manusia dan umat Islam khususnya tentang kebesaran Allah SWT.

Tidak kurang juga, kejadian gerhana bulan turut membawa beberapa persoalan dan anggapan silap yang harus dikikis.

"Adalah salah untuk mengaitkan kejadian gerhana bulan dengan musibah dan juga kemudaratan. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah dahulu yang beranggapan bahawa setiap kali kejadian gerhana berlaku, pasti ada kaitan dengan suatu bala atau kematian," ujar pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Menurutnya, selepas kedatangan Islam, kepercayaan bersifat khurafat itu telah dihapuskan dan diganti dengan pemahaman yang lebih baik. Umat Islam seharusnya melihat kejadian tersebut sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengakui kebesaran dan kekuasaan-Nya.

"Kita diingatkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan bertasbih kepada Allah. Malah ketika itu, seluruh alam bertasbih kepada-Nya," kata Ahmad Dusuki yang menggalakkan umat Islam agar mendirikan solat sunat gerhana bulan yang merupakan ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Pada masa yang sama, melalui kejadian-kejadian seumpama ini, terbit juga perspektif yang lebih luas iaitu tentang usia cakerawala ini.

"Ini juga adalah peringatan yang baik buat kita semua tentang penghujung zaman. Apabila manusia semakin lupa kepada-Nya dan membelakangkan ajaran Islam serta tidak mempedulikan nasihat alim ulama misalnya, maka Allah jadikan sesuatu untuk menunjukkan kekuasaannya. Alam sudah mula berbicara," kata Ahmad Dusuki.

Tambahnya, kekerapan fenomena besar dan bencana dahsyat dan berlaku sekarang ini seperti gelombang tsunami, taufan, tanah runtuh dan kekerapan berlakunya petir adalah suatu bentuk peringatan Allah tentang alam ini yang sedang menuju akhirnya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gerhana-bulan-alam-sudah-berbicara-tingkatkan-ketaqwaan-ahmad-dusuki-45566?cp

8 Perkara Yang Perlu Disembunyikan Di Dalam Komputer Anda


1. Senarai “To Do”

Orang lain tidak perlu tahu yang kita perlu pergi ke dobi layan diri untuk membasuh baju kotor yang sudah membukit selama dua minggu.

2. Resit cukai, penyata kad kredit dan bil elektronik

Mungkin di dalamnya ada maklumat peribadi dan nombor akaun yang anda tidak mahu orang lain tahu.

3. Permohonan kerja

Sembunyikan resume, surat permohonan dan borang-borang permohonan yang lain. Walau apa pun, jangan ambil risiko memohon pekerjaan semasa di pejabat, sama ada menggunakan komputer pejabat atau komputer riba anda sendiri. Pentadbir sistem majikan anda mungkin boleh mengakses fail-fail anda dari jauh dan melihat sejarah perantauan web sebaik sahaja anda menggunakan rangkaian wi-fi di pejabat.

4. Fail-fail yang mempunyai maklumat pengenalan diri

Menyimpan dokumen penting seperti kad pengenalan dan pasport di dalam komputer adalah satu tindakan bijak, tetapi menyimpannya tanpa sebarang perlindungan adalah tindakan bodoh.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilindungi jika anda menyimpannya di dalam komputer:
· Sijil kelahiran
· Dokumen-dokumen untuk pasport
· Kad KWSP
· Lesen memandu
· Kad pengenalan
· Surat-surat perubatan
· Rekod-rekod sekolah
· Tiket

5. Sejarah perantauan dan bar ‘favourite’

Sejarah perantauan web mencerminkan peribadi seseorang. Kita juga perlu berhati-hati dengan bar penanda di dalam komputer. Kebanyakan ‘browser’ menyediakan opsyen untuk kita menyembunyikan bar penanda.

6. Fail-fail dengan maklumat nama pengguna dan kata laluan

Kadangkala kerana terlalu banyak nama pengguna dan kata laluan untuk pelbagai akaun, kita akan terlupa. Bagi mengatasi masalah ini, kita menyimpan maklumat log masuk di dalam satu dokumen. Tetapi itu mengundang bahaya. Kita boleh menyembunyikan atau membuat penyulitan data (encryption) supaya orang lain tidak boleh mengakses maklumat anda.

7. Diari dan jurnal

Ramai dalam kalangan kita menulis luahan rasa dalam dokumen Word, jadi pastikan ia disembunyikan jika tidak mahu orang lain tahu rasa hati anda.

8. Dokumen Sulit Berkaitan Kerja

Kadangkala menjadi tanggungjawab kita menyimpan laporan dan maklumat sulit berkaitan kerja kita. Pastikan fail-fail ini tersembunyi, jadi jika ada penggodam yang cuba mengakses komputer anda, mereka tidak jumpa fail-fail ini. Selamatkan dokumen dan selamatkan kerja anda!

Dipetik dari Mashable

Gambar Oleh: Mahayudin Mohamad

Wednesday, 8 October 2014

10 Tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

2014-08-15_085430
10 Tempat larangan tersebut adalah;

1. The Royal Residence, Belanda

Royal Palace Amsterdam di Belanda – dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam – menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile

Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina

Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia

10 Tempat Larangan Dalam Google Maps Yang Ramai Tak Tahu | Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun

Lapangan Terbang Minami Torishima – lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun – oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah

Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York

The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY – yang dibuka pada tahun 2010 – menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq

Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda

Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive