UtusanDaily

Friday 19 February 2016

Anak TPM malas layan debat dengan Srikandi PKR...


‘Anak menteri paling popular’ masa kini iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid muncul memberi reaksi mengenai cabaran debat yang dikemukakan Srikandi PKR namun enggan mengulas lanjut dan tidak mahu melayan kerenah parti itu.

Dalam satu mesej ringkas kepada sebuah portal, anak Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “komen saya, tindakan lebih kuat daripada perkataan.”

Sebelum ini, Srikandi PKR melalui naib ketuanya Farah Afzan Faridi tampil mencabar Nurulhidayah berdebat dengan ketua mereka, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Farah mendakwa kenyataan Nurulhidayah berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini “menghina golongan belia”.

“Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ‘ikon belia’ jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini.

“Kepada Nurulhidayah, saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,” kata Farah lagi.

Untuk rekod, anak TPM tersebut pernah mengeluarkan pandangan bahawa isu pengambilan buruh asing tidak dipersoalkan oleh bukan Melayu kerana mereka mampu berjaya melalui hasil usaha gigih sendiri.

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?” katanya semalam.

Berusaha untuk mempertahankan hasrat kerajaan itu, beliau juga turut menambah kemasukan ramai pekerja asing tidak harus dijadikan isu sebenarnya.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh?” katanya.

Kenyataan dan laporan tersebut dilaporkan oleh Tv14 sebelum ini “HABIS, HENDAK BAWA PEKERJA KOREA KACAK BEKERJA DENGAN KITA, BOLEH? – ANAK TPM – Tv14

Tuesday 16 February 2016

Misteri 1.5 juta kemasukan warga Bangladesh terungkai akhirnya, VENDOR dapat RM1200 sekepala..!!!

Asrul Muzaffar Mohammed


Misteri 1.5 juta kemasukan warga Bangladesh terungkai akhirnya?

Majikan perlu membayar antara RM1,395 ke RM3,485 bagi setiap pendatang tanpa izin yang dibawa masuk. Kos tersebut termasuk RM1,200 'registration and administrative charges'.

#PlotTwist: RM1,200 tidak dibayar pada kerajaan tetapi VENDOR YANG TERPILIH. Jadi buatlah pengiraan. RM1,200 x 7 juta anggaran pendatang tanpa izin jumlahnya berapa? Seronok betul VENDOR tersebut. Entah siapalah VENDOR itu agaknya.

Siapa pula VENDOR dilantik yang akan menguruskan 1.5 juta pendatang dengan izin itu pula? Ceciter ceciter (2016)


INILAH JAWAPAN NYA : KLIK SINI

Monday 15 February 2016

Patutlah Nak Sangat Bawa Masuk 1.5 Juta Lagi Pekerja Asing...Sebarkan

Keuntungan, berbanding permintaan pasaran, kemungkinan menjadi punca rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata kumpulan perdagangan memandangkan perniagaan tempatan menghadapi tahun yang sukar dan lebih ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Dua kumpulan majikan terbesar negara dan pekerja sektor swasta jarang mencapai persetujuan apabila kedua-duanya berterusan mencabar tuntutan kerajaan yang industri ini memerlukan 1.5 juta pekerja asing tambahan.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) biasanya tidak bersetuju dalam semua perkara berkaitan isu buruh.

Tetapi dalam temu bual berasingan, kedua-dua mereka berkata pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya “permintaan” terhadap 1.5 juta pekerja baharu ini.

Ini kerana setiap pekerja asing biasanya memberi pembekal antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap orang dalam bentuk keuntungan bersih, kata mereka.

Satu lagi yang memberi keuntungan ialah perkhidmatan dalam talian untuk memproses permohonan.

Pengkritik lain bagi rancangan itu seperti Ahli Parlimen Klang Charles Santiago juga membangkitkan kehadiran bekas pegawai kementerian dalam perniagaan sebagai satu tanda industri ini mempunyai pengaruh tidak wajar dalam pelan dan dasar buruh asing secara amnya.

Dan kemudiannya, terdapat sebilangan besar pekerja-pekerja asing tanpa dokumen, yang didakwa kumpulan itu berkemungkinan berjumlah 2.3 juta atau 1 juta bagi setiap pekerja asing sah.

"Jadi persoalannya ialah mengapa tidak menjadikan mereka sah dan menggunakan pekerja yang sudah berada di sini," soal Santiago.

Benarkah ada permintaan?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa secara berperingkat dan mereka diperlukan dalam sektor perladangan.

Beliau juga berkata bilangan mereka akan diubah suai dan diagihkan kepada sektor-sektor lain termasuk pembuatan dan pembinaan.

Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) menyangkal cadangan sektor itu memerlukan sebanyak 1.5 juta warga asing, mengatakan secara purata hanya terdapat kekurangan 10,000 hingga 20,000 setiap tahun kerana pekerja kembali ke negara asal dan kekosongan perlu diisi semula.

Pengarah Mapa Mohamad Audong menambah, keseluruhan sektor hanya menggunakan antara 350,000 dan 400,000 pekerja pada satu-satu masa.

"Kita juga tidak perlu 1.5 juta pekerja baharu jika dapat menyerap pekerja tanpa izin," kata Mohamad, yang organisasinya terdiri daripada pemain besar dalam perniagaan kelapa sawit seperti Sime Darby, Tabung Haji dan Felda Global Ventures.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persatuan itu tidak melihat sebarang bukti atau tinjauan yang menunjukkan syarikat Malaysia memerlukan 1.5 juta warga Bangladesh baharu.

"Dengan pasaran yang melebihi permintaan, kami juga ragu-ragu pengambilan yang ramai ini baik untuk kesihatan jangka panjang ekonomi," kata Shamsuddin.

"Kita kini mempunyai 2.3 juta pekerja asing yang sah. Saya ragu-ragu dalam iklim ekonomi sekrang kita boleh menyerap 2.3 juta serta 1.5 juta warga asing tambahan. Pelan ini hanya akan berfungsi jika kita mengusir 1.5 juta pekerja tanpa izin terlebih dahulu. "

Shamsuddin berkata, jika aspek perniagaan dibuang dalam pengambilan pekerja asing, permintaan mereka tidak akan setinggi 1.5 juta.

Pelan ini juga tidak masuk akal memandangkan syarikat-syarikat menghadapi penurunan teruk dalam perniagaan dan pekerja Malaysia ramai diberhentikan kerja.




Tahun lalu 200,000 pekerja diberhentikan kerja dan MEF menjangkakan trend itu berterusan tahun ini.

Kekurangan bukti terdapatnya permintaan daripada syarikat menyebabkan Santiago mengesyaki rancangan itu ditaja syarikat dan pembekal buruh yang terlibat dalam industri ini.

Sebagai contoh, laporan yang mendakwa Synerflux, dikawal bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid. Namanya juga berkait dengan Bestinet, sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menjalankan sistem memproses visa dan menjalankan pemeriksaan biometrik pekerja asing.

Sistem ini digantung pada Januari tahun lalu selepas PKR mengaitkan syarikat itu dengan Azmi dan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

"Tiada siapa tahu bagaimana perjanjian itu ditandatangani dan terdapat kemungkinan pembekal mempengaruhi penjawat awam yang menjalankan urusan tawaran.

"Tiada siapa dapat melihat perjanjian itu dan tidak pernah ada wakil-wakil daripada kesatuan sekerja atau syarikat apabila tawaran ini dibuat."

Melainkan Putrajaya mengeluarkan penilaian kesan keperluan buruh untuk menyokong dakwaannya, akan sentiasa ada kekhuatiran yang rancangan itu didorong ketamakan dan bukan keperluan sebenar, kata Santiago ~ The Malaysian Insider

http://suarakamiletakjawatan.blogspot.my/2016/02/patutlah-nak-sangat-bawa-masuk-15-juta.html

Akhirnya DR. MAHATHIR disiasat atas kesalahan JENAYAH FITNAH

Dr Mahathir disiasat kerana jenayah fitnah, kata ketua polis negara
OLEH LOOI SUE-CHERN


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blognya mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blognya mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.

Polis sedang menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blog beliau baru-baru ini mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini, laporan polis diterima "sehari atau 2 hari lepas" mengenai posting yang dikatakan menyerang peguam negara itu.

Beliau sebelum ini berkata, polis akan memulakan siasatan jika laporan polis dibuat berhubung perkara itu.



"Saya tidak pasti berapa banyak laporan dibuat tetapi ada laporan yang dibuat 1 atau 2 hari lepas.
"Kami sudah memulakan siasatan kerana memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan fitnah dan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari, Dr Mahathir menyerang Apandi berhubung keputusan beliau tidak mendakwa perdana menteri, mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan jika Malaysia mahu mendapatkan semula reputasinya.

"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.

"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti," tulis Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini mengkritik Apandi berhubung kenyataan beliau bulan lalu tidak akan mendakwa Najib dalam kes derma RM2.6 bilion dan syarikat milik Kementerian Kewangan SRC International Sdn Bhd kerana kekurangan bukti.

Beliau berkata, peguam negara bertindak sebagai hakim dan pendakwa dalam satu masa bagi kes itu. Beliau juga menuduh Apandi berada di bawah kawalan Najib.

Dr Mahathir juga mengkritik Apandi kerana menutup kes berkaitan penemuan Bank Negara Malaysia mengenai pengisytiharan tidak tepat 1MDB untuk pelaburannya di luar negara.

Sebelum ini, Dr Mahathir turut disiasat kerana memfitnah selepas membuat kenyataan pada perhimpunan Bersih 4 tahun lepas. – 15 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-disiasat-kerana-fitnah-jenayah-kata-ketua-polis-negara#sthash.XYPsStjZ.dpuf

Sunday 14 February 2016

UTUSAN MALAYSIA dedahkan kelemahan Kerajaan Najib



Dengan segala hormatnya saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan laman Masjid Negara dan sekitarnya pada setiap awal pagi dipenuhi dengan gelandangan. Dulu bilangannya kecil tetapi sekarang bertambah kerana kunonnya ada bantahan dari NGO dan kerajaan pimpinan Najib menerusi Menteri Wilayahnya memikirkan kesan politik jika tindakan tegas diambil.

Mereka ini menajiskan pandangan indah rangkaian bangunan warisan sejarah sekitarnya seperti Stesen Keretaapi ibu pejabatnya dan Hotel Majestic.Mereka akan mulai hilang sekitar jam 8.


Pandangan ini juga menjatuhkan maruah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tunduk kepada tekanan politik.Berbagai alasan akan diberikan yang menunjukan kelemahan dan ketidak tegasan pentadbiran negara. Alasan ini semua telah jemu didengar oleh rakyat.

Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri pencemaran ini setiap pagi Ahad bila menuju ke Jalan Masjid India untuk minum teh tarik.

Kesan poltiknya dari pendedahan Utusan Malaysia ini, ialah kelemahan Najib dan BN akan kalah teruk dalam pilhanraya akan datang kerana banyak bertolak ansur untuk mencari kemenangan politik.

Semua masaalah ini dianggap kecil kerana PM Najib sibuk dengan masaalah lebih besar RM 2.6 Billion dan kaitannya dengan IMDB yang rakyat belum dapat menerima penjelasan AG mengatakan Najib bersih dari sebarang dosa.

Posted by zainudin maidin

'Saya tak nafikan Umno juga ada masalah'

Annuar Musa
ALOR SETAR - Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Beliau berkata apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik.

Katanya Umno yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang.

"Ini realiti dalam politik ... kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat.

"Saya tak nafikan yang kami (Umno) ada (tidak terlepas daripada) masalah ... kami ada keupayaan untuk tangani perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang besar sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini hari ini.

Beliau memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menghentikan tajaan kepada pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi kerajaan itu.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata sebaliknya Mara telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar.

Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh parti pembangkang.

"Kami mahu Umno negeri dan bahagian melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Katanya beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi Umno sebelum merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. - Bernama

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive