UtusanDaily

Saturday, 23 August 2014

Nilai sebenar seorang ISTERI..!!!

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat d engan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Kenapa Perempuan Nampak Cantik Bila Pakai Tudung?


1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH
RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...
NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG..
ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN ADA NIAT YANG TAK
BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

Dan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut

Firman Allah swt,
Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

*Sumber dari sebagairenungan.blogspot.co

Zionis Menuduh Kucing Memberi Bantuan Kepada Tahanan Palestin

Penderitaan tahanan Palestin sepertinya tidak cukup bagi warden penjara Israel. Warden penjara Israel di Negev tidak senang melihat para tahanan Palestin itu bertemankan dengan kucing. Disebabkan itu pihak penjara mengenakan peraturan untuk membuang serta menghukum kucing-kucing liar yang masuk ke dalam kompleks penjara itu.

Beberapa tahanan Palestin yang menghuni di penjara Negev telah memelihara dan memberi makanan kepada kucing-kucing liar yang masuk ke dalam kompleks penjara walaupun para tahanan itu sendiri tidak mendapat makanan yang cukup. Kucing-kucing itu ibarat teman bagi para tahanan Palestin dan perkara tersbut membuat warden penjara tidak senang duduk.

Mereka menuduh kucing-kucing tersebut telah memberikan "bantuan" bagi tahanan Palestin dengan membawakan makanan atau benda-benda kecil dari satu sel ke sel lain sehingga pegawai penjara memutuskan untuk mengenakan larangan memelihara kucing dan menghukum kucing-kucing peliharaan tahanan Palestin dengan menyumbatkan haiwan tidak berdosa itu ke dalam sel pengasingan selama beberapa hari.

Tindakan pegawai penjara Israel di Negev mungkin melampau. Tapi tujuan tindakan Zionis itu sebenarnya adalah ingin melemahkan mental warga Palestin yang mereka tawan, mengasingkan mereka dan menjauhkan mereka dari perkara yang membolehkan tahanan Palestin itu tersenyum walaupun ianya cuma seekor kucing.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Konflik Israel-Palestin yang belum berpenghujung

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

GAZA tidak pernah sunyi daripada hentaman roket dan bom yang menyebabkan rakyatnya terbunuh dan segala bangunan serta infrastruktur di dalamnya runtuh dan ranap.

Serangan dalam ‘Operation Protective Edge’ oleh Israel terhadap Gaza yang bermula 8 Julai lalu, sehingga kini telah mengorbankan lebih 2000 orang rakyat awam Palestin.

Angka kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan ribuan penempatan serta pemaksaan ke atas 1.8 juta rakyat Palestin untuk berhimpit bagi mendiami sebuah bandar kecil itu telah mengundang kecaman antarabangsa.

Lebih mendukacitakan, menurut laporan oleh PBB, sekurang-kurangnya 425,000 orang pelarian di Semenanjung Gaza kini ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan dan juga bersama keluarga angkat.

Hampir 12,000 buah rumah pula telah musnah dan rosak teruk akibat serangan udara yang dilakukan Israel.

Beberapa sesi rundingan damai yang telah diusahakan oleh Mesir telah berjaya menatijahkan dua siri genjatan senjata yang bersambungan setelah peperangan berlaku selama sebulan.

Genjatan senjata siri pertama selama 72 jam diikuti dengan siri kedua selama 5 hari setidak-tidaknya memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta mencari tempat tinggal baru untuk mereka berteduh.

Siri kedua genjatan sejata selama 5 hari akan berakhir pada malam ini. Rundingan damai bagi mengusahakan tempoh aman antara kedua-dua pihak yang lebih lama dilihat tidak berkesampaian apabila Israel enggan menunaikan tuntutan kata sepakat wakil Palestin.

Antara tuntutan penting oleh wakil Palestin dalam rundingan damai itu ialah supaya Israel segera menghentikan pencerobohan ke atas Palestin, menamatkan perang ke atas Gaza dan membuka sepenuhnya kepungan ke atas Gaza yang telah dibuat selama 8 tahun.

Mewakili Palestin, Hamas memahami benar kejahatan dan kelicikan Israel untuk memanfaatkan masa bertenang dalam tempoh genjatan senjata itu untuk memperluaskan pencerobohan dan jajahan ke atas Palestin secara halus dan senyap.

Jika ia dibiarkan, semakin besarlah tanah Palestin akan terjajah. Oleh itu, tiga perkara yang dikemukakan oleh delegasi Palestin itu amat penting untuk dijadikan syarat perdamaian antara kedua-dua pihak.

Keterkinian maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan ini tidak mudah untuk merumuskan penyelesai konflik Israel-Palestin yang telah tercetus selama hampir 70 tahun.

Rakyat Palestin khususnya Gaza telah tersangat menderita menanggung akibat pencerobohan tentera Israel yang sangat menyeksakan mereka.

Idea menamatkan konflik ini secara “two state solution” atau mendakwa Israel ke Tribunal Perang Antarabangsa atau membicarakannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau juga penyelesaian-penyelesaian yang lain, tidak mudah untuk direalisasikan.

Campur tangan kuasa besar seperti Amerika yang bersandiwara mengecam tindakan Israel pada masa sama membekalkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada Israel bagi terus membantai Palestin akan menyebabkan keadaan sedia ada bertambah rumit dan parah.

Namun demikian, atas rasa kemanusiaan sejagat dan demi kebenaran serta keadilan, bagi membela mangsa buas Israel, seluruh manusia perlu terus menyokong rakyat Gaza dan berusaha membantu mereka.

Tindakan memboikot Israel, memberi sumbangan kewangan dan memanjatkan doa untuk rakyat Gaza amat wajar sekali untuk diteruskan.

Sebagai seorang muslim, kita wajib beriman bahawa Palestin akan diberikan “kemerdekaan” oleh ALLAH SWT pada suatu hari nanti dan hari berkumpulnya Yahudi di Palestin itu adalah hari binasa buat mereka.

Itulah penyelesaian konflik Israel-Palestin yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT.



DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
18 Ogos 2014

Thursday, 21 August 2014

Ziarah Masjid al-Aqsa untungkan Israel?

Ahmad Hidayat Hasni Mad Isa

http://1.bp.blogspot.com/-raAQtGcPBSE/ULvJ3nY376I/AAAAAAAABY8/L36B53-QD5Q/s1600/masjid+al-aqsa.jpg


1) BAGAIMANAKAH caranya rakyat Malaysia menziarahi Masjid al-Aqsa?

Secara rasminya, Malaysia tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel, bermakna secara asalnya, warganegara Malaysia tidak boleh pergi ke Israel.

Perlu juga diketahui bahawa Masjid al-Aqsa dikuasai oleh pihak berkuasa Israel dan sempadan masuk juga dikawal oleh pihak Israel.

Namun kebelakangan ini, semakin banyak agensi pelancongan Malaysia menawarkan ziarah ke al-Aqsa bersama pakej umrah.

Mereka yang memasuki Palestin perlu membayar visa kepada pihak berkuasa Israel dan visa akan dicop di atas dokumen khas.

2) Apakah masalah yang timbul bila melakukan ziarah?

Seperti yang kita maklum, satu hakikat yang pahit adalah Palestin dijajah oleh Israel.

Maka adalah satu kewajipan bagi umat Islam untuk membebaskannya. Bila mana kita mendapat visa melawat dari pihak berkuasa Israel dan membayar visa tersebut, secara rasmi bermaksud kita mengiktiraf penguasaan Israel ke atas tanah Palestin.

Menurut kementerian luar Israel, perolehan negara dari industri pelancongan meningkat dari tahun ke tahun. Memperoleh visa bukan sekadar mengiktiraf penguasaan Israel, malah nampaknya turut menguntungkan mereka dari sudut ekonomi.

3) Adakah terdapat ilmuan Islam yang melarang umat Islam menziarahi Palestin?

Ya, sudah tentu, malah ramai di kalangan mereka berpendapat sebegitu. Antaranya Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia), Sheikh Dr. Ali Muhyiddin Al-Qurahdaghi (Timbalan Pengerusi), Sheikh Raed Salah (ilmuan dan tokoh pejuang Palestin), Jabatan Fatwa Universiti Islam Gaza dan ramai lagi.

4) Tidakkah mereka yang melakukan ziarah sebenarnya membantu ekonomi orang Islam di Palestin dan menderma untuk pembangunan Masjid al-Aqsa?

Untuk membantu masyarakat Palestin, kita boleh menyalurkan derma kepada banyak badan-badan bukan kerajaan yang wujud di Malaysia tanpa perlu pergi melancong ke Palestin apatah lagi membayar visa kepada Israel.

Dalam satu pungutan suara yang dilakukan oleh saluran tv Al-Jazeera, sebanyak 63 peratus responden mengatakan bahawasanya ziarah al-Aqsa hanya memberikan keuntungan kepada Israel dan tidak memberi kebaikan kepada orang-orang Palestin.

5) Bukankah Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam melakukan umrah di Makkah bawah pemerintahan kafir Quraisy?

Pertama sekali, ramai di kalangan umat Islam ketika itu adalah penduduk asal Makkah dan mempunyai keluarga di Makkah.

Adakah orang Malaysia yang melakukan ziarah ke Palestin hari ini merupakan penduduk asal Palestin dan mempunyai keluarga di Palestin?

Kedua, tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ketika itu telah menampakkan lagi kekuatan umat Islam dan ketika itu juga, kaum kafir Quraisy sudah semakin lemah. Adakah dengan ziarah umat Islam hari ini ke Masjid al-Aqsa melemahkan lagi Israel atau menguatkannya?

Hari demi hari, pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat semakin berleluasa, keganasan tentera Israel juga makin menjadi-jadi. Ziarah ke al-Aqsa tidak pun memberi kesan positif kepada umat Islam di Palestin.

6) Bukankah menziarahi al-Aqsa merupakan satu amalan yang memperoleh ganjaran yang besar di sisi Islam?

Dalam ilmu Fiqh, ada satu kaedah yang menyebut bahawa menghilangkan kerosakan lebih patut didahulukan daripada memelihara kebaikan. Menziarahi al-Aqsa pada asalnya bukanlah perkara yang wajib, tapi merupakan amalan yang sunat.

Namun, memberi pengiktirafan dan memberi wang kepada Israel melalui bayaran visa merupakan satu kemudaratan kepada Palestin. Maka sepatutnya menghindari diri dari menziarahi Palestin ketika ini adalah lebih utama.

7) Bila boleh menziarahi Palestin?

Simpanlah cita-cita untuk menziarahi Palestin ketika mana ia telah dibebaskan dari penjajahan Israel. Menjadi tanggungjawab kita juga untuk bersama-sama memperjuangkan pembebasan Palestin.

8) Tidakkah tindakan melarang masyarakat menziarahi al-Aqsa ini hanya akan menjadikan al-Aqsa terpulau dan memburukkan lagi keadaan masjid tersebut?

Masjid al-Aqsa sememangnya sudah teruk keadaannya sejak awal penjajahan Israel. Menziarahinya pula tidak mampu menjadikannya bebas.

Umat Islam di Palestin sendiri menghadapi sekatan demi sekatan saban hari di jalanan, di rumah dan juga di masjid. Penduduk Palestin sendiri seringkali menghadapi kekasaran di Masjid al-Aqsa dan dihalang dari menziarahinya.

Tidakkah menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana umat Islam dari luar dengan mudah boleh menziarahi al-Aqsa?

Jika kita hanya fikir tentang mudahnya kita beribadat di Masjid al-Aqsa tanpa ada halangan, maka nanti timbul pula persoalan di benak hati kita, maka apa perlunya kita hapuskan Israel kalau mereka tetap memberi ruang untuk kita beribadat di Masjid al-Aqsa? Ini adalah secara tidak langsung meracuni pemikiran umat Islam yang menziarahi al-Aqsa.

9) Apakah nasihat terakhir tentang isu ini?

Jika tidak mahu meneliti hujah dan dalil yang dikeluarkan, sekurang-kurangnya jadilah manusia yang sensitif untuk kepentingan saudaranya sendiri. Bayangkan jika situasi yang sama berlaku kepada kita.

Kampung kita dijajah, ibu ayah kita dibunuh, rumah kita diroboh, tiba-tiba ada sekelompok manusia yang datang dengan membayar pas lawatan kepada penjajah dan mahu menziarahi masjid kampung kita. Apakah agaknya perasaan kita?

 
Ahmad Hidayat Hasni Mad Isa,
Graduan perubatan,
Jordan University of Science and Technology, Jordan.

Rahsia penggunaan Kad Kredit dengan betul


Pentingnya credit card
=================
Mungkin ada yg tidak bersetuju Bila berbicara tentang pentingnya credit card ini kerana bila disebut tentang credit card fikiran Kita terus ke arah negative nya tools Kewangan jenis ini.

Memang benar jika itu yg Kita fikirkan. Namun, harus diperhalusi juga dimanakah cara atau arah positive nya dlm kehidupan. Mungkin cara ini boleh dipraktikkan.

- mohon credit card dgn meminta limit yg minima seperti RM1000 atau RM2000 shj. Kita berhak utk meletakkan limit di Bawah kelayakan maksima kita.



Keperluannya penting:

1. Mudah mengisi petrol
2. Kereta rosak tanpa persediaan
3. Booking hotel
4. Beli flight ticket.

Mungkin debit card bank boleh jd sbg pengganti nya, tp bila berurusan dgn internet, tinggi mana keyakinan anda bila detail kita diberikan tidak boleh disalahgunakan pihak lain, apalagi akaun itu juga lah akaun simpanan & gaji kita.

Cara penggunaan, bayar penggunaan td serta merta melalui internet banking atau sekurang2nya 20 hari slps penggunaan di mana tidak dikenakan interest atas penggunaan tersebut. Satu lg dpt treat points yg boleh ditukarkan dgn barang, voucher & sebagainya.

-KEY-

Rahsia 10 Sebab Mengapa Wanita Memilih Lelaki Berusia


1. Lelaki berusia lebih romantis dan sabar melayan kerenah pasangannya yang lebih muda.

2. Cinta lelaki berusia lebih menyakinkan dan matang berbanding lelaki muda atau sebaya.

3. Jika dibandingkan dengan lelaki muda, lelaki berusia tidak membosankan.

4. Wanita sangat beruntung jika bertemu jodoh dengan lelaki berusia yang masih berstatus bujang atau duda.

5. 65% gadis muda sanggup memilih lelaki berusia yang kaya untuk dijadikan suami.

6. Wanita muda sanggup mengahwini lelaki berusia adalah demi menikmati hidup yang selesa tanpa perlu bekerja keras dan melalui hidup yang susah.

7. Ada wanita yang tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka memerlukan sokongan lelaki berusia yang sudah berjaya dalam hidup untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka.

8. Segelintir wanita percaya pemilihan lelaki berusia dan berharta sebagai suami akan mengubah gaya hidup dan citarasa mereka terhadap kehidupan.

9. Lelaki berusia lebih memahami dan mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik.

10. Lelaki berusia tidak kedekut berbelanja.

Wednesday, 20 August 2014

Rahsia Untuk Anak Bersolat tanpa perlu di bebel atau pukul..!!

solat
RAHSIA  BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH….
DIBEBEL…DAN DIPUKUL?

-MAHA SUCI ALLAH SWT-

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.
Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.
Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak…
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya….
Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.
Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah
bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah
dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.
Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan
berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk
solat.

Tak perlu disuruh….
Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya
solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni
dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je…
doa.. doa.. dan doa….

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan
saya yang dulu liat solat dah mula berubah…

solat tak perlu disuruh dah…solat Subuh pun boleh bangun
sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut
kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40


14:40
“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..

Maksudnya :-
My Lord, make me an establisher of prayer, and [many] from my descendants. Our Lord, and accept my supplication.


[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

In Shaa Allah… Jom Amal….semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama….

Amin.


Sila share jika rasa ilmu ini bermanfaat  pada yang lain…

Khasiat Pokok Kari yang ramai orang tidak tahu..!!


1. Penawar cirit birit dan buasir

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

P/S : Selamat Mencuba

‪#‎petua‬#mentariminda#bernamaradio24

Tuesday, 19 August 2014

Apakah HUKUM Solat Bersama Bulu Kucing?

Hiasan
Oleh: Web Majalah I

Ada orang kata bulu kucing dari kucing hidup dan sudah mati itu najis. Kadang-kadang, si pencinta kucing ragu-ragu malah ada yang tidak tahu bahawa ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu mereka ini untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.
 
Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu. Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)
 
Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.
 
Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).

Berapakah Gaji Khalifah Islam?

http://islamhoy.com/wp-content/uploads/2013/10/Dinar-Dirham.jpg
Ketika diangkat sebagai khalifah, sehari selepas Abu Bakar ra dilihat berangkat ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di tangan Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. "Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menguruskan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak permasalahan yang harus diselesaikan ... "kata Umar.

Mendengar kata Umar itu, Abu Bakar tersenyum. "Untuk mempertahankan hidup keluarga," ujarnya ringkas. "Maka aku harus bekerja."

Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia bersama sahabat yang lain berunding dan mengira perbelanjaan rumah khalifah seharian. Kemudian mereka menetapkan gaji tahunan 2500 dirham untuk Abu Bakar dan secara beransur-ansur ditambah menjadi 500 dirham sebulan. Jika ditukar pada ringgit, maka gaji Khalifah Abu Bakar hanya lebih kurang RM 2000 dalam setahun .Sekadar maklumat, nilai dirham tidak pernah berubah.

Walaupun gaji khalifah sebesar itu, Abu Bakar tidak pernah mengambil seluruhnya gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Abu bakar, "Aku ingin membeli sedikit manisan."

Abu Bakar menyahut, "Aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya."

Isterinya berkata, "Jika engkau izinkan, aku akan cuba untuk menjimatkan wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu."

Abu Bakar menyetujuinya.

Maka mulai saat itu istri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, mengasingkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu berjaya dikumpulkan untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Selepas wang itu dikumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk membelikan bahan makanan tersebut.

Namun Abu Bakar berkata, "Nampaknya dari pengumpulan ini, jelas wang faedah yang kita peroleh dari Baitul Mal itu melebihi keperluan kita." Lalu Abu Bakar mengembalikan lagi wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang faedah beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dihemat oleh isterinya.

Ketika wafatnya Abu Bakar hanya mempunyai sebuah cadar usang dan seekor unta yang merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah berkata, "Aku tidak pernah mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Sunday, 17 August 2014

15 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive