Malang tidak berbahu niat untuk berkawan akhirnya bertukar menjadi tragedi hitam dalam sejarah hidupnya.
Seorang jururawat berusia 25 tahun
terpaksa berkurung selama empat hari untuk meloloskan diri daripada
seorang rakan kenalan facebooknya di sebuah rumah seksyen19.
Mangsa yang dikurung sejak selama 4 hari
itu telah dirampas segala alat comunikasi dan tidak mempunyai akses
untuk menghubungi orang luar, akhirnya berjaya melarikan diri kira-kira
jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya
sejak dia mula dikurung suspek.
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga
dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam
yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan
mengenai kejadian itu.
Menurut sumber, sepanjang dikurung,
mangsa mendakwa turut di rogol beberapa kali dan dijadikan seperti hamba
nafsu rakan kenalan facebooknya yang berusia lewat 40 an itu, Selain
itu juga suspek turut mengambil gambar tanpa seurat benangnya dan
merakam aksi mereka ketika dijadikan pemuas nafsunya
Difahamkan juga kenalan facebooknya itu
yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga
dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui
Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi
sama.
No comments:
Post a Comment