UtusanDaily

Saturday, 29 March 2014

Ali Mamak meninggal dunia kerana leukemia

Pelawak dan penyanyi veteran, Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi ini akibat penyakit leukemia.

Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelum solat zuhur. - UTUSAN ONLINE

Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu

Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu
Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu    Norshalena Norshal sedih menerima berita mengenai kakaknya, Shalwati Norshal dan suami Azizul Raheem Awalludin yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas pertuduhan memukul anak mereka oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali di Kota Bharu hari ini. Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dipenjara selama 10 bulan dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, dikenakan penjara selama 14 bulan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden hari ini, reda dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik.

"Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebihpun tak boleh," katanya.

Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu.

"Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan terus kami jaga," katanya.

Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut reda dengan keputusan mahkamah.

"Kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun," kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini.

Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.

"Kami dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka.

"Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui," katanya.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7. - Bernama

Akhirnya Azizul dipenjara 10 bulan, Shalwati 14 bulan

Azizul, Shalwati
KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. - Bernama
  

Friday, 28 March 2014

NASIONAL RTM dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2014


KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai depan.

Sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) akan disiar menerusi TV1 dan TV2 bagi memenuhi permintaan rakyat yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Mohd Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, menyebut RTM menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.

"Siaran perlawanan ini nyata memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar kerana menurut kajian lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan," katanya.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu, paling berprestij dan diminati di seluruh dunia. - Bernama

Wednesday, 26 March 2014

Akibat Trajedi MH370, SHILA AMZAH dikecam dan dipandang serong rakyat CHINA


#MH370: SHILA AMZAH DIKECAM TERUK RAKYAT CHINA | Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.

Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you." 

Luahan Hati Insan-Insan yang terdekat dengan mereka di dalam MH370

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis "Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, "Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.

"Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan."

Catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.

"Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.

"Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.

"Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya," katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

"Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak," jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

"Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.

"Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B," katanya, lapor Utusan Online.

Monday, 24 March 2014

Budaya Woodstock sudah berada di Malaysia


45 tahun lalu kita melihat budaya songsang, dadah dan seks bebas berlaku di Woodstock, Amerika Syarikat (AS). Woodstock jauh daripada kita secara geografi ataupun politik. Akibat pesta muzik Woodstock yang diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 1969 yang sampai kepada kita hanyalah fesyen lelaki berambut panjang dan sedikit seks bebas.

Tetapi 45 tahun kemudian, Woodstock sudah berada hampir dengan kita. Woodstock yang dicemuh seluruh dunia kegawatan moral pada era pasca modenisme yang menyekutukan muzik, seks bebas, arak dan dadah itu kini berada di depan kita, di stadium kebanggaan negara, Stadium Bukit Jalil, Malaysia.

Belum ada mana-mana sosiologis atau antropologis yang bersetuju bahawa pesta muzik Woodstock atau miripnya memberi kebaikan kepada manusia. Belum ada. Sebaliknya kesan daripada Woodstock itu amalan seks bebas meningkat dengan pantas, penagihan dadah dalam kalangan pengagum muzik pop juga meningkat. Artis muzik pop AS juga bertambah banyak terlibat dengan dadah dan menjadi sebagai salah satu gaya hidup.

Adakah apabila pesta muzik Woodstock sudah berada di negara ini menandakan satu kemajuan yang diimpi-impikan oleh sesetengah pihak? Adakah ini satu kejayaan Malaysia untuk menjadi pusat muzik liar di sebelah sini? Atau adakah ini sebagai kejayaan Zionis Yahudi yang memasarkan budaya pop kepada golongan muda di negara ini dan seterusnya meruntuhkan nilai yang dipertahankan dalam masyarakat?

Pesta Muzik Masa Depan Asia (Future Music Festival Asia) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil selama tiga hari minggu lalu adalah kelangsungan pesta muzik Woodstock 45 tahun lalu di AS. Tetapi pihak polis mengarahkan konsert hari ketiga iaitu terakhir dibatalkan apabila enam pengunjung mati akibat mengambil dadah berlebihan.

Ketika negara ini berdukacita dengan tragedi pesawat MH370, ada manusia menganjurkan supaya sekumpulan manusia pula bersukaria hingga melampaui norma agama, sosial dan budaya. Siapa yang menjadi dalang membawa pesta liar yang merosakkan rakyat masuk ke negara ini? Siapa pula yang meluluskan permit?

Wah, kita sudah hebat rupanya. Sudah sama dengan Woodstock yang memperagakan dadah, arak dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Adakah ini boleh dimaafkan kerana menyumbang kepada peningkat jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014? Adakah kerana "menyumbang kepada pendapatan negara" maka kita rela membiarkan budaya Woodstock berkembang di negara ini?

Isunya bukanlah enam remaja mati kerana terlebih dadah. Tetapi mati kerana mengambil dadah berlebihan dalam pesta muzik yang diberi kebenaran oleh kerajaan. Isu yang lebih besar lagi, di mana peranan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)? Saya fikir PUSPAL hanya tunggul hidup tetapi tidak berupaya mengatakan "tidak" kepada pihak tertentu yang menyokong pesta muzik liar ini. Saya percaya PUSPAL pun boleh fikir kesan buruknya. Mana ada pesta muzik seperti orang datang ke Dataran Merdeka menonton konsert percuma. Fikirlah sikit. PUSPAL telah diperbodohkan dan diperkudakan oleh penganjur kerana terlalu percaya kepada proposal pesta muzik ini yang molek-molek belaka. Memanglah dalam proposal tidak ditulis yang buruk tentang pesta muzik. Tetapi kepada yang mempunyai otak dan tidak diletakkan di kepala lutut, mereka boleh berfikir bahawa belum ada pesta muzik yang bebas dari dadah, seks bebas dan arak. Kalau ada sila beritahu.

Kita bercakap mengenai pesta muzik, bukan konsert muzik. Ada perbezaan antara kedua-duanya. Jadi, semasa hendak meluluskan permit pesta muzik, ukurannya bukan boleh disamakan dengan konsert.

Semua orang tahu bahawa pesta muzik adalah seks bebas, dadah dan arak. Ada pula sesetengah artis kita (beberapa artis Melayu Islam turut hadir di pesta muzik ini) berkata, muzik tidak salah. Memang betullah muzik tidak salah tetapi yang salah orang yang tidak dapat membezakan tempat sewajarnya menikmati muzik. Di pesta muzik, yang utama bukan muzik tetapi budaya pop. Sebab itu banyak perkara bukan muzik di dalamnya. Tujuannya memperagakan cara hidup bertentangan dengan norma agama, sosial dan budaya sebagai gagasan sekularisme.

Kerana itulah kita sangat bimbang dengan kecetekan PUSPAL "membaca" perkara-perkara di luar muzik yang dikatakan muzik. Misalnya beberapa tahun lalu agensi ini telah meluluskan konsert seorang penyanyi Iran yang menghina Islam. Anehnya konsert itu dibatalkan selepas Mingguan Malaysia mendedahkan tentang penyanyi itu dan dibatalkan sehari sebelum konsert berlangsung.

Saya sangat percaya kalau Mingguan Malaysia tidak menjadi "budak nakal" konsert itu berlangsung dengan jayanya.

Malaysia tidak memerlukan pesta muzik untuk menonjolkan nama negara di persada dunia. Malah tidak memerlukan pesta muzik untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia. Semua ini adalah helah untuk membolehkan agenda Zionis Yahudi yang sudah ditolak oleh Barat dikutip oleh sesetengah pihak yang materialistik dan bengap di negara ini.

Pada masa yang sama kita tertanya-tanya di mana hilangnya sesetengah pihak yang mendakwa sebagai pejuang ‘alif ba ta’ iaitu agama, bangsa dan tanah air? Kenapa mereka tidak bersuara mengenai pesta muzik ala Woodstock ini? Isu ini menjadi lebih kecil berbanding gelagat bomoh tidak cukup akal di KLIA yang mendapat reaksi hebat.

Rakyat tentu bertanya apakah menentang pihak yang membawa pesta muzik liar ini bukan ‘alif ba ta’? Akhirnya saya percaya isu pesta muzik ini habis begitu sahaja walaupun ada percubaan membawa masuk elemen Woodstock ke negara ini. Walaupun enam remaja mati kerana terlebih dadah dan mencemarkan kesucian negara Islam ini dengan pergaulan bebas, tetapi barangkali ada kepentingan tertentu, isu ini habis begitu sahaja. Kalau benar kita serius, sudah ada yang berdegar-degar menentangnya.

- KU SEMAN (kusemankh@gmail.com)

Sunday, 23 March 2014

Rozita Che Wan last mengandung 16 tahun lalu, kini berdebar sedang hamil 6 bulan

Seperti ramai yang sedia maklum pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta kini sedang hamil lima minggu hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin, Disember lalu
.
Menurut pelakon cantik ini, mereka sudah pun memilih nama anak yang dijangka dilahirkan Disember depan.
Antara senarai nama yang dipilih ialah Muhammad Ali jika lelaki sementara Aisyah sekiranya bayi yang dikandungnya adalah perempuan.

Ini merupakan pengalaman hamil yang ketiga buat Che Ta selepas kali terakhir melahirkan adalah pada 16 tahun dahulu.

“Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah pada hujung bulan ini. Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya dan Zain,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Rozita Che Wan Sah Berbadan Dua
Hasil perkahwinannya sebelum ini, Che Ta dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16. – Mynewshub.my 

Che-Ta-dan-Anak-anak

Oleh: AUDREY LEE

Qi Razali dan Uqasha Senrose berkahwin..!!!!

Foto itu dimuatnaik sendiri oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya dua minggu lepas dengan caption menarik berbunyi “Just married… #jikaITUjodohKITA Coming soon…”

2


Kami agak terkejut seketika menatap sekeping foto dua pelakon terkenal Qi Razali dan Uqasha Senrose yang seolah-olah sudah berkahwin. Ingatkan betul rupanya sekadar gimik sahaja.

Walaupun mungkin hanya berjenaka dan bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri Jika Itu Jodoh Kita namun para peminat tetap teruja melihat foto ini. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk menonton siri drama yang bakal ditayangkan ini.

2

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive