MENANGANI KES HARUAN MAKAN ANAK DAN KELAHIRAN LUAR NIKAH
Baru semalam kami kongsikan kes bayi dibuang di tong sampah dan ibunya yang berjaya ditangkap hanya dicaj di bawah kategori ‘menyembunyikan kelahiran’. Hukuman dikenakan hanya 18 bulan penjara sahaja.
Sebelum ini ada kami kongsikan kisah seorang warga emas yang kematian isteri lalu berzina dengan dua orang anak gadisnya sehingga melahirkan 6 orang anak. Sedari awal lagi jiran-jiran yang maklum akan kelakuan itu telah melapurkan kepada pihak Jabatan Agama Islam. Apabila dilawati pegawai penguatkuasa dengan bantuan polis, dia bertempik "ini anak aku, apa korang nak sibok?", dia keluarkan parang dan buat-buat gila. Habis semuanya lari lintang pukang. Akhirnya kes itu terbiar begitu sahaja.
Buletin utama malam tadi menyiarkan lagi kes seorang bapa yang merogol anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun sehingga melahirkan 2 orang anak. Bayi keduanya baru berusia 45 hari. Anak gadisnya telah menyembunyikan hal bapanya itu dan hanya diketahui setelah didesak oleh nenek beliau. Si bapa yang merangkap atuk kepada bayi itu hanya dihukum ‘penjara 40 tahun’ untuk kedua-dua kes itu. Maknanya setiap kes didenda 20 tahun dan semuanya berjalan serentak bermula dari ia ditangkap.
Rujuk semula perkongsian sebelum ini. Mengapa terlalu banyak kes kehamilan luar nikah berlaku pada sekitar umur 14? Kerana ini adalah umur termuda kematangan physiologi sistem reproduktif anak ini. Kami mengesan banyak aktiviti seksual seawal usia 5 tahun tanpa kehamilan. Mulanya mungkin terpaksa. Namun lama kelamaan anak ini ‘kesedapan’ lalu ketagih. Ramai juga yang akhirnya sengsara dengan kanser servik, barah rahim, ovari, cyst dan sebagainya hasil dari amalan seks bebas di usia muda ini.
NASIB ANAK LUAR NIKAH
Kami ada banyak kes kekeliruan dari golongan anak kelahiran seperti ini. Memang benar anak yang dilahirkan itu tidak berdosa. Ia masih boleh dididik sempurna jika diusahakan dan sejarah kelahirannya dirahsiakan. Soalnya, sebulan dua bolehlah disembunyikan asal usul anak ini. Namun lama kelamaan ia tetap akan terbongkar juga. Akhirnya anak yang dilahirkan itu akan merasa terhina dan merana sepanjang hidupnya. Itu belum tolak lagi prejudis masyarakat yang bermacam bentuk.
Menurut laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 300,000 kes kelahiran tidak sah taraf sejak tahun 2000 - 2012. Ramainya boleh memenuhi 3 stadium Bukit Jalil. Ini bermakna, secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan sebulan atau 83 kes sehari dan 1 orang di setiap 17 minit 17 saat. Ini tidak termasuk janin dan bayi yang dibuang. Adakah ini tahap maksima sehingga ia bertepatan dengan kewajiban solat 17 rakaat sehari?
Ramai sekali yang sudi mengambil anak-anak ini sebagai anak angkat untuk dijadikan pet dalam rumahnya. Mungkin kesunyian kerana tidak mempunyai anak. Sewaktu anak ini kecil dan ‘cute’, mulut bau wangi lagi maka ia dimanjakan oleh keluarga angkatnya. Apabila dimanjakan dan terabai, akhirnya anak ini menunjukkan kedegilan, lalu keluarga angkat pun tercari-cari siapa yang mahu. Tambahan pula ketika itu sudah ada anak sendiri. Akhirnya ke rumah kebajikan atau lari ke bawah jembatan juga perginya sementara menunggu dewasa dan meneruskan kebejatan yang sudah terbentuk dalam diri anak ini.
KELEMAHAN WANITA DAN KEBEJATAN LELAKI PEROSAK GADIS
Dari kajian kami, ramai wanita, khususnya ibu-ibu dan bekas ‘mangsa seks bebas’ yang defensif, seolah-olah menyalahkan kaum lelaki dan mahu mereka diheret sekali ke muka pengadilan. Banyak juga dari pendapat sebegini boleh dibaca di ruang komen artikel kami. Mereka mahu ibubapa dan masyarakat turut menyalahkan kaum lelaki dan menyeru agar anak lelaki dididik untuk tidak jadi pemusnah anak gadis. Jika perlu, gunakan kaedah DNA untuk mengesan si pelaku.
Kami amat bersetuju dengan pendapat itu. Namun harus diingat, yang dinamakan seks bebas ini bukan sahaja mengulangi seks sampai sedawa dengan lelaki yang sama. Rata-rata juga turut mengulangi seks dengan begitu ramai jantan. Ada yang seramai 285 jantan berbagai bangsa dan usia dalam jangkawaktu 2 tahun. Setiap malam beliau bersenggama dengan hampir 10 lelaki.
Apabila ditanya dengan siapa mereka ‘tidur’, si gadis tidak dapat mengenalpasti sperma dari jantan yang mana satu yang ‘melekat’. Fenomena ini turut di siarkan di TV oleh JKM dan Pengasas Rumah Perlindungan yang terlibat dan disahkan oleh pegawai penyiasat PDRM yang kami wawancara.
SISTEM HIDUP PERLU DI’OVERHAUL’ SEMUANYA MENGIKUT ATURAN ALLAH
Hidup kita kini sudah seperti haiwan malah lebih teruk lagi. Kes “bapa makan anak” sebegini benar-benar menempah neraka dan titak harus dibiarkan hidup. Memberatkan bumi Allah saja. Memenjarakan mereka akan menambah beban rakyat menanggung makan minum dan mengurus mereka di penjara. Jika tidak dibunuh pun bawa saja ke lapangan kerja berat tanpa rehat yang cukup di bawah panas mentari. Sekurang-kurangnya tenaga yang ada tidak dibazirkan.
QS: 7. Al A'raaf 179. “Dan/demi sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda), dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG LALAI.
Pernah kami kongsikan kesukaran gadis yang sudah biasa dengan amalan seks bebas untuk memuaskan nafsu. Setiap hari harus duduk berjam-jam untuk onani di bilik air sehingga menyusahkan orang lain. Terpaksa guna batang gayung yang keras kerana dengan jari sendiri sudah tidak mampu memuaskan nafsunya. Semua permukaan lembut di bahagian dalam alat sulitnya sudah jadi ‘fibrotik’, kasar dan tidak lagi sensitif untuk memuaskan nafsu dengan cara biasa.
Fenomena ini juga ada kaitannya dengan kes isteri yang dicerai talak 3 hanya selepas 2 minggu berkahwin kerana suaminya tidak mampu memuaskan nafsunya. Kerana itu apabila gadis seperti ini berkahwin sekalipun, kemungkinan untuk dicerai atau berselengkoh amat tinggi sekali.
Begitu juga untuk jenis bapa makan anak seperti ini. Kemungkinan juga beliau adalah pengamal seks bebas sebelum berkahwin. Kerana itu setelah berkahwin tidak cukup puas dengan seorang wanita. Nak langgan pelacur tak ada duit, juga takut kena cekup atau kena AIDS. Nak simpan perempuan lain, tak mampu. Akhirnya, ratah anak sendiri.
Aurat wanita juga harus diteliti. Ramai juga yang menjebik apabila melihat kami didik anak-anak tadika kami dengan berpakaian tudung dan tidak bercampur bebas dengan rakan lelaki. Kononnya zalim dan kolot. Anak sekolah rendah juga sudah kami halang dari bersalaman dan ‘menggedik’ dengan lelaki bukan muhrim. Alhamdulillah, “alah bisa tegal biasa”. Kerana amalan itu dapatlah anak-anak itu ditanamkan sedikit perasaan malu dan dijinakkan sedikit nafsunya. Menutup aurat sudah menjadi kebiasaan dan jadi darah daging mereka.
Janganlah kita tertipu dengan pendapat sendiri. Memang benar anak-anak itu belum ada nafsu. Tapi tahukah anda berapa ramai lelaki buas yang melihat tubuh anak itu sangat bernafsu? Masih ingat kes bayi yang dirogol dan dibunuh di Terengganu? Masih ingat kisah seorang kanak-kanak 5 tahun yang mula dirogol beramai-ramai oleh para sepupu sendiri? Masih ingat kes 2 gadis 8 tahun yang diperkosa serentak oleh abang-abang sendiri dan meneruskan aktiviti itu hingga gadis itu berusia 20 tahun?
KESIMPULAN
Ramai yang suka bersangka baik lalu terjerat dengan sangkaan baik itu. Amalan mendedah AURAT anak-anak perempuan kecil harus kita hentikan. Mereka tidak boleh lagi mendedahkan AURA kewanitaannya, meskipun kepada darah daging sendiri. Jika anak gadis asyik pakai baju tidur seksi, atau berseluar pendek dan bebas terkinja-kinja depan bapa dan abang atau sepupu sendiri, mana perginya perlaksanaan hudud/pencegahan di rumah?
JAIS, MAIS dan lain-lain penguasa agama, juga para ulamak, fuqahak dan umarak harus duduk semeja berbincang mencari jalan penyelesaian dari sudut perundangan dan pendidikan semula anggota masyarakat. Hasil kajian harus merujuk kepada petunjuk yang telah Allah berikan dalam alquran dan hadis. Penekanan konsep wali dalam kursus perkahwinan harus dikaji semula. Aqidah wali harus diperkemaskan dan dipantau. Kelayakan dan peranan saksi nikah juga perlu diteliti agar wali dan saksi mampu memantau kesejahteraan institusi perkahwinan.
Semua pihak perlu bekerja keras untuk menampakkan ancaman sosial, meluruskan apa yang sudah bengkok sekian lama. Alim ulamak tidak boleh tidur lena lagi. Tiada lagi nyanyi-nyanyi, kata-kata manis dan lawak jenaka dalam berdakwah. Amat tidak wajar kita gelak ketawa ketika nasib sudah di jurang api neraka begini. Mustahil masih berselera untuk ketawa jika kita sedar sudah berhadapan dengan neraka dan buasnya ancaman “haiwan bernama manusia”.
Zina itu sendiri Allah padankan dengan fenomena musyrik dalam ayat yang sama. Apa tidaknya, mendekatinya sahaja sudah Allah larang, wajarlah Allah gelar syirik, iaitu menduakan arahan Allah jika kita sampai melakukannya. Tidak menghukum dengan apa yang telah Allah tetapkan juga satu KEKAFIRAN YANG NYATA. (QS: 5/44-50, QS: 5/68)
AlQuran menetapkan hukuman untuk zina di kalangan Muslim yang sudah berkahwin dengan "dera sampai mati". Maknanya ramai penzina sebegini yang seharusnya sudah tidak layak hidup di mukabumi ini namun masih mondar mandir macam zombi. Inikan pula merogol ANAK SENDIRI sampai beranak pinak. Setakat penjara sahaja masih belum setimpal hukumannya. Nabi SAW juga telah menetapkan begitu dalam bahasa yang mudah difaham.
“Tidak halal darah seorang muslim kecuali kerana tiga hal; orang yang TELAH KAWIN YANG BERZINA, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang memisahkan diri dari Jama’ah.” (HR.Muslim dari Abdullah)
Jika masih mahu disimpan juga ‘bangkai bernyawa’ atau ‘binatang berupa manusia’ seperti ini, perlu ditambah dengan sebat lebih 100x dan disaksikan oleh orang ramai. Baru boleh jadi pengajaran dan peringatan kepada yang lain. Mungkin juga boleh ditayangkan acara hukuman rotan ini di TV, semasa khutbah jumaat, di setiap ceramah agama, dalam kursus perkahwinan, juga di sekolah-sekolah dan universiti. Tidak ada lagi belas kasihan dan nak jaga aib haiwan seperti ini.
Lebih mengecewakan bila ada ibu sendiri yang sanggup bersekongkol atau tutup mulut. Kononnya malu jika orang kampung tahu perangai suaminya. Ada juga fenomena pemikiran yang menjadikan alasan "daripada suami terlepas ke tangan orang lain, lebih baik serah darah daging sendiri". Ini sering terjadi bila melibatkan bapa dan anak tiri.
Peranan saudara mara, jiran tetangga dan anggota masyarakat juga sangat diperlukan. Ada jiran bimbang nak masuk campur hal tepi kain orang agar orang lain tak jaga tepi kainnya pula. Jiran perlu ambil tahu aktiviti tertangga agar tidak sama bersubahat. Fenomena sebegini jelas dapat dinilai melalui komen-komen berbunyi, “Siapa lah kita nak menghukum? Tak kena darah daging sendiri bolehlah cakap? Nak tegur orang… awak tu dah baik sangat ker? Dah jamin ahli syurga ker? bla bla bla…”
Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hati silalah berfurqon dan buatlah ISLAH untuk selamatkan diri dan ahli keluarga sendiri. “Tepuk dada tanyalah iman”.