UtusanDaily

Sunday, 12 July 2015

Tips - 7 cara utk membuka block fb kalau betul kerajaan block nanti.



Ni ada 7 cara utk membuka block fb kalau betul govt block nanti. Dia ingat dia saja pintar,rakyat lebih pintar. 

Selamat mencuba.Jangan lupa share2 dgn kawan-kawan.

1. Cara membuka web yang diblok dengan mengganti DNS

Cara yang menurut saya paling berkesan untuk membuka web yang diblok adalah dengan mengganti DNS anda menjadi public DNS. Berikut ini adalah cara membuka web yang diblok dengan mengganti DNS :

- Buka Control Panel >> Network and Internet >> Network and Sharing Center
- Pilih Local Area Connection >> Properties >> Internet Protocol Version 4 >> Properties

- Isikan detail DNS Google berikut ini di setting DNS anda
Preferred DNS Server : 8.8.8.8
Alternate DNS Server : 8.8.4.4

2. Cara membuka web yang diblok dengan menggunakan aplikasi Turbo pada browser Opera

Browser Opera dilengkapi dengan aplikasi Opera Turbo. Tujuan awalnya adalah untuk mempercepatkan proses browsing dengan cara mengcompress file web tersebut di server milik opera. Namun kita boleh memanfaatkannya untuk masuk di web yang diblok. Berikut ini adalah cara mengaktifkan aplikasi Opera Turbo :

- Buka browser Opera anda
- Di toolbar bawah sebelah kiri, klik logo speedometer.
- Pilih Enable Opera Turbo

3. Cara membuka web yang diblok dengan menggunakan alamat IP web.

Jika sebuah web diblok nama domainnya, maka anda dapat membukanya dengan menggunakan alamat IP web tersebut. Contohnya, [url]www.najibgila.com[/url] diblok domainnya, maka anda dpt mengakses web ini dengan cara berikut ini :

- Check IP [url]www.najibgila.com[/url] dengan cara buka Start >> Run >> ketik CMD >> tekan Enter >> ketik ping [url]www.najibgila.com[/url] >> tekan Enter

- Ketikkan IP tersebut di browser dan tekan Enter untuk membukanya.

4. Cara membuka web yang diblok dengan menggunakan proxy

Untuk masuk ke web yang diblok, anda juga dapat menggunakan proxy. Untuk menggunakan cara ini, sebaiknya anda menggunakan browser Mozilla Firefox.

- Cari senarai proxy percuma yang boleh anda gunakan. Saya biasa mencarinya disini
- Di browser Mozilla Firefox anda, pilih Tools >> Options >> Advanced >> Network
- Pada bagian Connection, pilih Settings.

- Isikan detail proxy yang anda pilih dari proxy list.
- Klik OK

5. Cara membuka web yang diblok dengan Web Proxy

Web Proxy juga boleh anda manfaatkan untuk membuka web yang diblokir. Caranya dengan masukkan URL di Web Proxy kegemaran anda. Web Proxy yang biasa saya gunakan adalah bingproxy.appspot.com

6. Membuka web yang diblok menggunakan cache (tembolok) search engine

Google atau Yahoo selalu menyimpan cache di setiap web yang mereka index. Anda boleh memanfaatkannya untuk membuka web kegemaran anda yang diblok kerajaan dan pihak-pihak lainnya.

7. (Cara paling mudah menurut saya)Membuka web yang diblok dengan memanfaatkan translator online contohnya Google Translate

Ya..anda boleh memanfaatkan translator online untuk membuka web yang diblok. Caranya dengan masukkan URL di form translate kemudian translate dengan tanpa mengubah bahasa. Beberapa translator online yang boleh anda gunakan adalah seperti: 

Google translate 

Seterusnya saya akan menjelaskan cara membuka web yang di blok melalui google translate.

2. Pilih bahasa yang ingin anda ertikan.
3. Pada form yang telah disediakan sila isi dengan link web yang ingin anda buka.
4. Silahkan klik link yang muncul, dan masuklah ke web yang diblok tadi. Anda sudah dapat masuk melalui google translate.

Mengganti DNS dengan public DNS (cara 1) adalah cara paling mudah dan paling berkesan untuk membuka web yang diblok tapi tetap yang paling mudah adalah cara nomor 7 dengan Google Translate.

Sebenarnya masih ada banyak cara membuka web yg diblok,mungkin anda lebih tahu dari saya.Maaf jika info ini tidak lengkap atau ada kesalahan anda lengkapkan dan share dgn kawan2.

Kini anda sudah tahu cara membuka web yang diblok.Sila berbagi info ini supaya semua keluarga dan rakan-rakan anda masih dapat membuka web kegemaran mereka.

Semoga Bermanfaat.

Beraya sakan VS bersederhana

Beraya sakan  VS  bersederhana
Berpada-padalah dalam melakukan persiapan raya. - ILUSTRASI: Gayour


DALAM melakukan persiapan raya, semestinya ada pasangan suami isteri yang bertegang leher dan bermasam muka mengenai isu balik beraya di rumah siapa.

Si isteri kata tahun ini rumahnya dahulu, si suami jelaskan tahun ini keluarganya mahu mengadakan rumah terbuka di hari raya pertama. 


Nak balik raya mana?

Ustazah Siti Fatahiyah mengulas lagi, saban tahun perbalahan mulut sehingga tidak bertegur sapa perihal isu balik kampung sering 'menghantui' pasangan suami isteri.

"Memang tidak dinafikan, dalam bulan Ramadan yang mulia ini juga kadang-kadang turut tercalit dosa akibat perbalahan suami isteri berkaitan isu beraya di kampung mana. 

"Seharusnya sebelum berkahwin atau di awal perkahwinan, kita telah memahami keadaan pasangan kita. Janganlah dijadikan isu beraya di mana sebagai agenda tahunan perbalahan suami isteri. Hidupkan Ramadan dengan perindahkan tautan kasih sayang dalam keluarga,
seterusnya raikanlah kemenangan ibadah kita dengan keluarga secara mahabbah wa rahmah. 

"Jangan jadikan isu perbalahan ini punca isteri tidak hormat kepada suami. Sebagai isteri, harus memberikan sepenuh kepercayaan dan kehormatan pada suami untuk membuat keputusan. Sebagai suami selesaikan masalah ini dengan bijaksana dan dengan iman," kata pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Akhirnya, semoga jiwa dan minda yang kita didik sepenuh hati untuk menjadi Muslim yang mukmin lebih bertakwa. Didikan Ramadan adalah proses pemangkin ibadah kita terhadap Pencipta Yang Maha Agung. Raihlah kemenangan yang ALLAH anugerahkan dengan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan di samping memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada ALLAH. 

Seterusnya kita perkasakan lagi iman dan ibadah kita untuk hari-hari seterusnya berbekalkan latihan intensif yang telah kita jalani di bulan Ramadan. Biarlah kita bertemu ALLAH nanti dengan matlamat yang tidak pernah dicalari iaitu 'hidup dan mati' ini adalah kerana-Nya.

Rebutlah ganjaran 10 malam terakhir

SYAHIDATUL AKMAL DUN YA
gambar hiasan


HADIS yang menerangkan mengenai pembahagian Ramadan kepada tiga: awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka adalah hadis lemah yang tidak boleh diguna pakai sebagai hujah.

Seharusnya difahami sebulan Ramadan adalah rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka berdasarkan umumnya hadis ini: "Apabila masuk bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu." (Riwayat Bukhari & Muslim, Sahih)

Pendakwah, Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz berkata, hadis berkenaan pembelengguan syaitan ini dibincangkan panjang lebar oleh ulama.

Ringkasnya ia membawa maksud hakiki dan kiasan. Hakikinya sebagaimana makna hadis, manakala maksud kiasan atau majazi merujuk kepada pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh sebagaimana disebut Imam Al-Nawawi ketika mengulas hadis tersebut dalam syarah hadis Sahih Muslim. 

"Ia merujuk kepada makna hakiki dan majazi (kiasan). Pada makna hakiki ia menjadi tanda masuknya bulan Ramadan yang memang terbukti keagungannya sebagaimana zahirnya hadis itu .

"Manakala pada makna kiasannya (majazi), ia merujuk kepada gandaan pahala, gandaan keampunan daripada ALLAH SWT dan kurangnya pengaruh syaitan menghasut manusia,” jelasnya.

Menurutnya, terdapat nas daripada hadis lain mengatakan yang dibelenggu adalah syaitan yang paling jahat sahaja (Syarh Muslim Nawawi)
Sunnah Nabi SAW

Sebenarnya amalan menggandakan ibadat pada 10 malam akhir Ramadan termasuk dalam sunnah Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina ‘Aisyah RA bermaksud: "Apabila menjelang 10 hari (yang akhir daripada bulan Ramadan), Rasulullah menghidupkan malam-malam Ramadan, mengejutkan ahli keluarganya bangun beribadah kepada ALLAH, lebih tekun beribadat, dan mengetatkan kain (tidak mendekati isteri-isteri Baginda dalam lingkungan masa tersebut)." (Riwayat Muslim)

Beliau turut mengulas mengenai gandaan pahala pada 10 malam terakhir yang dikatakan berbentuk sesuatu lebih khusus dalam pesta ibadat Ramadan, tambahan pula ada nas lain menyebut malam Al-Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan yang lain.

"Ringkasnya kita katakan begini, sebulan Ramadan adalah pesta ibadat dan kemuncak pesta adalah 10 malam terakhir. Pada awal 20 hari pertama Ramadan, pacuan ibadat memang lebih banyak berbanding bulan lain, apabila masuk 10 malam terakhir pacuan ibadat menjadi jauh lebih pesat dan berganda.

"Analogi lain yang memudahkan kita untuk memahaminya  adalah, sekumpulan manusia yang sedang berlumba lari menuju ke garisan penamat berjarak 30 meter. Pastinya pada jarak 10 meter terakhir semua akan menggandakan pecutan supaya mendapat hadiah yang dijanjikan kepada pemenang di hujung garisan penamat. Jangan pula ada antara kita gagal menamatkan perlumbaan kerana terpedaya dengan persiapan hari raya di hujung garisan penamat Ramadan," katanya.

Bila malam Al-Qadar? 

Berkaitan dengan kepercayaan malam Al-Qadar yang jatuh pada malam 27 Ramadan sebagaimana dijelaskan dalam  Sahih Muslim disebut oleh Ubayy bin Ka’ab RA. Namun begitu berkemungkinan malam Al-Qadar yang dikatakan Ubayy bin Ka’ab itu berlaku untuk tahun
tersebut, manakala untuk tahun lain ia berlaku pada malam lain (hanya ALLAH yang tahu).

Ustaz Abdullah Bukhari berpandangan mengenai budaya pasang pelita pada malam  tujuh likur berkemungkinan berpunca daripada hadis ini. Cuma jika ia bercampur dengan khurafat seperti pelita dipasang bagi memudahkan malaikat mendarat membawa rahmat, maka ia perlu ditolak dan ditentang habis-habisan.

"Berdasarkan kefahaman saya, masyarakat Melayu dahulu mengadakan malam tujuh likur sebagai langkah menghidupkan malam tersebut dengan nyalaan pelita kerana bekalan elektrik belum lengkap bagi kampung yang diduduki bangsa Melayu.

"Mungkin ini adalah satu cara mereka mengingatkan semua supaya menghidupkan malam Al-Qadar dengan memastikan cahaya pelita berterusan sehingga pagi. Nyalaan pelita itu juga mampu menghubung antara kampung berdekatan dan menggalakkan semua agar bangun menghidupkan malam tersebut," kata Naib Presiden 1 Murshid ini panjang lebar.
 Jika ini semangat asal sambutan malam tujuh likur, ia sesuai dengan zaman mereka. Maka kita perlu bugarkan tradisi ini dengan cara lain yang lebih ilmiah, islamik dan bebas khurafat.
 
INFO:-
Laylat bermaksud malam. Perkataan Al-Qadar mempunyai tiga maksud yang saling berkait antara satu sama lain. 
 
Makna pertama al-Qadar bermaksud '(kadar) keagungan' sebagaimana orang Arab biasa menyandarkan seseorang yang agung dengan kaitan perkataan Qadar (kadar keagungan). Ia boleh difaham secara literal pada makna ayat ini dalam Surah Al-Anaam ayat 91.

Makna kedua: Al-Qadar bermaksud malam penenetuan takdir. Menurut sebahagian pendapat, malam al-Qadar adalah malam penentuan takdir tahunan makhluk. Ia disandarkan pada ayat 3 hingga 4 dalam Surah Al-Dukhan. Pada malam Al-Qadr, kadar rezeki, ajal dan maut pada tahun tersebut ditetapkan ALLAH (Tafsir Ibn Kathir).

Makna ketiga: Al-Qadar bermaksud sempit sebagaimana 

Malam yang sempit ini merujuk kepada ramainya malaikat turun pada malam ini sehingga menyempitkan dunia. Ia sesuai dengan penggunaan 'tanazzala' bermaksud turunnya malaikat secara berterusan dari Maghrib hingga Subuh.

Ketiga makna itu saling melengkapi antara satu sama lain. Ia adalah malam yang agung kerana malam turunnya al-Quran dari langit ke tujuh ke langit dunia. Malam itu juga adalah malam penentuan takdir tahunan yang menyempitkan dunia dengan kehadiran malaikat berterusan bermula Maghrib sehingga Subuh. Apabila bumi dipenuhi malaikat, maka sebarang doa yang dipanjatkan senang dimakbulkan.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive