UtusanDaily

Friday, 13 November 2015

'Saya dirogol 43,200 kali'

'Saya dirogol 43,200 kali'
MEXICO CITY - MEXICO. Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun.

Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon.

Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico.

Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri.

Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

'Hantar ayah Rani Kulup ke AS kalau tak berani tangkap Alvin'

Abdul Rani Kulup

SHAH ALAM - Tidak tahan dengan kebiadaban Alvin Tan yang saban masa menghina Islam, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi menangkap blogger kontroversi itu.

Abdul Rani berkata, laporan polis yang dibuat selama ini seperti tidak diendahkan maka beliau merasakan jalan terbaik adalah beliau sendiri akan menagkap sendiri Alvin.

"Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang," katanya kepada Sinar Online.

Terbaharu, Alvin memuat naik gambar dia menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najisnya di laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, beliau memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat mengenai blogger itu kepada pihak berkuasa.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan," katanya.

Pada September lalu, Abdul Rani pernah mendesar agar Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi Alvin ke Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin']

[ARTIKEL BERKAITAN: Alvin dikecam, biadab hina Azan]

Ketika itu Abdul Rani berkata dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.

Setelah beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di AS.

Thursday, 12 November 2015

Kenapa Wanita UMNO & Ahli Keluarganya Dibayar Gaji 81,700 Sebulan - Baca Pendedahan Ini.


Episode pertama.


Episode kedua.


Wanita UMNO ini memang tersangatlah kontroversi wataknya. Baca dua episode di atas untuk memahami jalan cerita setakat neh.


- Ada kaitan dengan salah guna dana banjir

- Ada kaitan dengan salah guna wang kerajaan untuk kempen PRU

Itu apa yang didedahkan oleh NOW.

Dan, lihat dokumen2 neh pula ;











Fuhh..

Dasat.


Sedikit kesimpulan dari pendedahan NOW ;


1. Gaji pengerusi dan timbalan pengerusi YAPEIM tersangatlah banyak melalui pelbagai jenis jawatan yang dipegang oleh mereka, at least ada 26 jenis jawatan berlainan. Ini termasuklah ahli2 keluarga mereka. Mao mengeletik Mama Shahrizat tengok neh. At least ada la juga wanita UMNO terbabit skandal. Ingat dia sorang aje dalam dua, tiga tahun kebelakangan neh. Keh Keh


2. Untuk pengerusi je, kurang2 terima 73,000 sebulan.


3. Untuk timbalan, 45,500 sebulan.


4. Untuk anak beranak ahli keluarga si timbalan (yang juga wanita UMNO) ; 36,200 sebulan.


5. Total, 81,700 sebulan merujuk pada anak beranak wanita UMNO Kelantan.


6. 154,700 total termasuk pengerusi dan timbalannya. 


7. NOW persoalkan, YAPEIM kutip wang orang ramai atas tujuan derma. Apakah wujud unsur2 salah laku disitu?


Berpinau mata cheq tengok.

Aku pun nak kutip derma gak macam neh. Syok kot dapat ratus ribu sebulan. Takyah beli rumah hutang-hutang. Cash terus.

Oke tak?

KAH KAH KAH 

sumber

AG perjelas mengapa tuduhan terhadap Ali Tinju digugurkan

Tiada kes hasutan terhadap bekas tentera Mohd Ali Baharom kerana pihak polis tidak dapat menyediakan sebarang rakaman audio mengenai dakwaan kenyataan berunsur hasutan yang didakwa dibuat semasa insiden di gedung Low Yat Julai lalu, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Rakaman sebenar tidak mencukupi. Ia hanya beberapa saat... Kita terlepas bahagian 'menghasut'," kata Apandi dalam temubual dengan portal berita The Malaysian Insider.

Katanya beliau memberitahu pihak polis bahawa itu tidak mencukupi dan meminta mereka mencari lagi dan pihak polis berkata mereka 'tidak dapat cari'.

Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju didakwa atas tuduhan menghasut pada bulan Julai dan dibebaskan pada 17 September, selepas Jabatan Peguam Negara menggugurkan pertuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

"Sebagai pendakwa raya, saya akan meneliti apa sahaja yang disampaikan kepada saya, iaitu dari IP (kertas siasatan). Dari IP, saya dapati bahawa bukti tidak mencukupi.

"Itu membuat perkara menjadi sukar. Saya tidak melihat orang ini sebagai 'Ali Tinju', saya tidak mengenalinya. Tetapi jika bukti tidak cukup, maka bukti tidak cukup," kata Apandi (foto) dalam temubual itu .

Katanya, beliau mempunyai budi bicara mutlak untuk meneruskan sesuatu kes dan menafikan dipengaruhi oleh sesiapa pun.

Apandi juga berkata Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji semua kes yang didakwa di bawah Akta Hasutan untuk memastikan ia mempunyai 99 peratus peluang untuk mendapat sabitan sebelum membawa kes itu ke mahkamah.

Berikutan itu, Pejabat Peguam Negara mungkin menggugurkan satu pertuduhan hasutan terhadap seorang wakil rakyat pembangkang.

"Saya sedang mengkaji semula (kes-kes ini). Malah ada satu kes terhadap seorang anggota pembangkang, seorang wakil rakyat... Saya sedang meneliti kes itu dan kemungkinan besar akan menarik balik pertuduhan itu," kata Apandi.

"Tetapi jika ia lebih kurang tidak jelas, saya akan menarik balik (pertuduhan). Kerana pendirian saya ialah saya mesti mempunyai peluang 99 peratus berjaya (mendapatkan sabitan), barulah saya akan meneruskan (pertuduhan)."

Menurutnya, Akta Hasutan, yang hebat dikritik, masih relevan.

Apandi juga menafikan bahawa Akta Hasutan telah disalahgunakan, dengan berkata itu adalah semata-mata persepsi awam. Baca berita penuh

https://www.malaysiakini.com/news/319195#ixzz3rEyy9DMy

Monday, 9 November 2015

Awas, orang muda semakin ramai diserang strok!


TANGGAPAN serangan strok hanya berlaku kepada orang yang lebih berusia dan tidak perlu dibimbangi golongan muda adalah salah sama sekali, kerana berita buruk itu boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa dibatasi faktor usia mahupun jantina.

Setiap tahun, lebih 50,000 kes baru berkaitan strok atau angin ahmar direkodkan di Malaysia dan ia terus meningkat dari tahun ke tahun.

Perunding Neurologi Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Dr. Loh Pei Kee memaklumkan, kini risiko strok terhadap golongan muda semakin meningkat dan ia agak membimbangkan.

“Mungkin sekitar 20 tahun lepas sering kita dengar orang yang diserang strok pada usia 40 atau 50 tahun, namun sekarang ini bukan sahaja ia boleh terjadi pada kanak-kanak malah mereka dalam golongan usia 20 hingga 30 tahun merupakan kumpulan yang semakin meningkat risikonya.

“Saya rasa golongan ini yang lebih penting kerana mereka mempunyai risiko tertentu yang menyebabkan mereka mendapat strok ada usia muda," ujarnya.

Menurutnya, tabiat merokok adalah salah satu daripada amalan gaya hidup tidak sihat yang menjadi punca utama strok kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersekat seterusnya merosakkan fungsinya.

“Satu lagi faktor adalah diet. Sekarang ini ramai golongan muda tidak menjaga diet mereka dengan baik hinggakan mereka berisiko mendapat kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung,” jelasnya.

Dr. Loh menambah, semua tabiat itu hanya akan mempercepatkan kemerosotan fungsi sistem kesihatan tubuh dan disebabkan itu juga, risiko strok yang lazimnya terjadi dalam kalangan golongan lebih berusia sudah meluas demografinya .

statistik

Sunday, 8 November 2015

Isu vape: 'Kalau hendak cukai cakaplah terang-terang' - Rani Kulup


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berterus terang seandainya mahu mengenakan cukai dalam isu penjualan vape selain tidak membuat serbuan yang bertujuan menakut-nakutkan peniaga serta golongan yang menghisapnya.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan berdolak-dalik hanya akan mengelirukan rakyat sekali gus menjadikan mereka mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan.

"Kalau hendak cukai, cakap sahajalah. Mengapa buat serbuan dan rampasan di sana sini tanpa alasan kukuh.

"Nikotin bukan alasan kukuh. Jangan bandingkan vape dengan rokok, ia dua alat yang jauh bezanya. Kalau hendak rampas atau buat serbuan, buat juga pada rokok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Ahad, Abdul Rani menyertai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal hilang satu juta undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 jika peniaga vape terus berdepan tindakan pihak berkuasa.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya mahu ketegasan kerajaan dalam isu rokok sama seperti vape.

Kata Khairy, kerajaan perlu mengharamkan juga rokok jika mengambil keputusan untuk mengharamkan vape di negara ini.

Dalam pada itu jelas Abdul Rani, kerajaan akan berhadapan masalah pada PRU akan datang seandainya tidak segera menyelesaikan isu vape.

"Bayangkan jika hampir satu juta anak muda dalam komuniti vape ini merajuk dan menyalahkan kerajaan, ia pasti mengundang masalah kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan pada PRU kelak.

"Jika hati mereka sudah terguris, ia bukan senang hendak diubati. Hati anak-anak muda terlalu sensitif dan perlu dijaga. Mereka juga tidak suka dikelirukan dengan isu yang remeh begini," ujarnya.

Pada Ahad Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jawatankuasa khas e-rokok yang baharu ditubuhkan akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Isnin.

Katanya, agenda utama jawatankuasa khas itu adalah mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut Akta Racun 1952 bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan atau tidak.
Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melindungi kesihatan orang ramai sebelum meluluskan produk vape yang kini diragui pelbagai pihak, khususnya golongan ibu bapa.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Tegasnya, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive