UtusanDaily

Saturday, 19 July 2014

Benarkah tiada negara yang seberani Malaysia dengan sanggup menulis dalam passport yang ia "anti Israel"

BENARKAH CERITA INI...


Ok bacalah dahulu  sampai habis kemudia anda nilaikanlah sendiri....

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'

2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"

3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"

4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.

5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang İslam dari orang Arab sendiri"

6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.negara kita akan terus membantu palestin..

OK DAH BACA... APA PERASAAN ANDA BILA BACA... TENTULAH BERBANGGAKAN SEBAB MALAYSIALAH MERUPAKAN NEGARA ANTI ISRAEL...SANGGUP TULIS MACAM TU KAT PASSPORT MEREKA...

TAPI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA MALAYSIA YANG TULIS MACAM BANYAK LAGI NEGARA PUN BUAT SAMA MACAM MALAYSIA DI PASSPORT MEREKA... CONTOHNYA SEPERTI BRUNAI, PAKISTAN & BANGLADESH...


CERITA NIE SEBENARNYA CERITA PROPA SAHAJA YANG NAK TUNJUK KATA MALAYSIA NIE HEBAT & ANTI ISRAEL...TAPI JANGAN LUPA SIAPA YANG SEBENARNYA BERURUSAN DENGAN SYARIKAT ISRAEL APCO, SIAPA YANG EKSPORT MINYA SAWIT GUNA PELABUHAN ISRAEL....

Memanfaat 10 hari terakhir Ramadan

Zamanuddin Jusoh

"Beriktikaf, solat sunat, membaca al-Quran sangat dituntut hubungan dengan Allah SWT"

Terlalu pantas masa berlalu dan antara sedar atau tidak, kita sudah melepasi fasa pertama serta kedua dalam menjalani ibadah puasa. Maknanya, kita sudah menempuh kepada 10 terakhir Ramadan. Sudahkah berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap ketakwaan dalam erti kata sebenar?

Jika tempoh itu belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, maka masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah keredaan dan ketakwaan itu. Justeru, hari-hari terakhir Ramadan perlu direbut dan digunakan supaya kita tidak ketinggalan mendapat manfaat berganda dalam meniti pemergian Ramadan.

Sesungguhnya, panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan tinggi dan bernilainya detik terakhir Ramadan yang sedang kita lalui ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai melaksanakan ibadah pada saat-saat Ramadan kian melabuhkan tirainya.

Maka rugilah mereka yang meninggalkan Ramadan tanpa mendapat apa-apa ganjaran ataupun keampunan daripada Allah SWT. Justeru, kita perlu memastikan momentum peningkatan kebaikan dan amal soleh sentiasa menjadi perhatian. Itulah tugas dan kesibukan orang yang bertakwa.

Apatah lagi apabila memasuki sepuluh terakhir bulan Ramadan. Janganlah dibiarkan prestasi Ramadan setakat ini mempengaruhi prestasi pada 10 terakhir Ramadan. Baginda SAW telah menampakkan perbezaan dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Daripada Ummul Mukminin, Aisyah menceritakan keadaan Baginda SAW ketika memasuki 10 hari terakhir Ramadan, "Baginda jika memasuki 10 hari terkahir Ramadan, mengeratkan ikatan pinggangnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya."
Sebaik-baik amal

Ulama menafsirkan perkataan mengetatkan ikatan pinggang adalah simbolik kepada seriusnya Baginda SAW ketika menerima 10 malam terakhir Ramadan. Perubahan itu disebabkan amalan perbuatan manusia tergantung pada penutupan atau akhirnya.

Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah pada penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu kelak." (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

Baginda SAW bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan di dalamnya ada Lailatulqadar, malam lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya maka ia diharamkan mendapatkan kebaikan seluruhnya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali ia benar-benar terhalang." (Al-Hadis)

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan masih belum terlewat untuk memperbaikinya.

Oleh itu, marilah kita memerhati beberapa perkara yang akan mendekatkan kita kepada Lailatulqadar, antaranya memahami perkara sebenar yang berlaku pada malam Lailatulqadar dengan membaca surah al-Qadar dan tafsirannya.

Menghafal segala doa berkaitan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mengurangkan pengambilan makanan supaya dapat bangun dan bersedia untuk beribadah. Kita juga hendaklah melahirkan tenaga dari minda dan psikologi dengan mengenakan pakaian terbaik serta berwangian bagi menerima tetamu daripada kalangan malaikat yang turun meraikan Lailatulqadar.

Ibnu Jarir meriwayatkan, Rasulullah SAW mandi dan membersihkan diri, merapikan pakaian serta memakai wangi-wangian menjelang waktu Isyak selama 10 hari terakhir Ramadan dengan harapan memperoleh Lailatulqadar.

Curahkan sepenuh takwa

Putuskan hubungan dengan dunia buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada hubungan dengan Allah SWT. Pilihlah satu ruang di masjid atau di rumah untuk kita bersendirian dengan semua kelengkapan supaya sentiasa berada di situ pada masa yang lama.

Kesimpulannya, kita hendaklah memahami bahawa keampunan Allah SWT akan hadir pada bila-bila masa saja. Apa yang penting adalah berbaik sangka dengan Allah SWT serta mencurahkan sepenuh hati dan perasaan kita kepada-Nya.

Lailatulqadar akan dapat dikecapi pada 10 terakhir dan keberhasilannya adalah bergantung sejauh manakah usaha yang ditampilkan untuk sampai kepadanya. Janganlah diabaikan keluarga dan anak-anak untuk berqiyam walaupun sekejap.

Janganlah kita menunggu sehingga malam terakhir untuk bermujahadah dan jangan terlepas malam itu hanya dengan kebetulan. Pelbagaikan ibadat dengan menyusun zikir, doa dan pelbagaikan solat supaya perasaan letih dan mengantuk dapat dikurangkan.

Ingatlah bahawa kunci segala kejayaan pada 10 terakhir Ramadan adalah kesabaran. Tanamkan perasaan ghairah dalam jiwa kita bahawa ganjaran besar akan menanti dan syurga mestilah dibayar dengan harga yang tinggi.

Friday, 18 July 2014

Dikatakan target sebenar adalah Kapal terbang Presiden Russia, namun MH17 pula yang kena..!!!



Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian.

-bradokapak-
Penganalsia Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Benarkah SITI NURHALIZA sokong ISRAEL, kecam PALESTINE..?

'DATO' SITI NURHALIZA' SOKONG ISRAEL, KECAM PALESTINE

'DATO' SITI NURHALIZA' SOKONG ISRAEL, KECAM PALESTINE | Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.

Bercakap kepada mStar online, Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.

"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu (semalam).

Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.


Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.


Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.

Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit - Nik Abduh






MH17 : Antara Koleksi Gambar Di Siarkan Media Antarabangsa















































Thursday, 17 July 2014

Program kuasai al-Quran dalam masa 7 jam



BESUT - Umat Islam di Melaka khususnya berpeluang mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan mudah menerusi program 'Jom Menguasai al-Quran Dalam Masa Tujuh Jam' di Masjid Al-Azim, Melaka, Sabtu ini.

Program itu yang akan dibimbing oleh pencipta kaedah 'Haraki Membaca al-Quran', Zakaria Din@Nasiruddin bermula 8.30 pagi dan terbuka untuk semua peringkat usia.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Zakaria berkata menerusi kaedah haraki, umat Islam berpeluang belajar al-Quran dengan mudah.

"Menerusi kaedah ini yang mengambil masa tujuh jam sahaja, insya-Allah orang yang tidak pandai atau tidak pernah membaca al-Quran juga dapat menguasainya," kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu.

Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk menyertai program itu boleh mendaftar di Masjid Al-Azim atau melalui laman Facebook Kelas al-Quran Haraki.

Jika mendaftar seorang akan dikenakan bayaran RM50, namun jika bertiga tidak akan dikenakan sebarang bayaran, katanya menambah umat Islam juga boleh mempelajari kaedah itu menerusi blog kelasquran7.blogspot.com.

Inovasi Zakaria itu menerima dua anugerah Pingat Emas iaitu pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-kanak di IPG Sultan Mizan di sini tahun lalu serta Ekspo Pendidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi). - Bernama

Kuning telur tidak jejas arteri jantung?

Dr. Bahrain Samah
  Telur ayam direbus dan telur goreng (tidak garing).


SEBAHAGIAN besar doktor di dunia ini dikatakan menasihatkan orang ramai sama ada yang sihat, mengalami masalah paras kolesterol tinggi atau mengalami masalah arteri jantung tersumbat agar mengambil telur antara 2 – 3 kali seminggu.

Ini kerana mereka terpengaruh dengan hipotesis mengambil lemak tepu dan kolesterol akan meningkatkan paras kolesterol dalam tubuh. Paras kolesterol tinggi akan menyebabkan arteri jantung tersumbat dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

Kajian sains mendapati sebaliknya iaitu pengambilan telur melebihi enam biji seminggu tidak meningkatkan risiko strok dan strok ischemic. Strok ischemic ialah strok yang berlaku akibat pengaliran darah terhalang.

Puncanya ialah arteri, arteriol (bersaiz lebih kecil daripada arteri) atau kapilari darah sempit dipercayai kerana tersumbat. Punca tersumbat disebabkan kolesterol berlebihan dalam tubuh.

Kajian sains yang dimaksudkan telah dijalankan oleh Spence dan rakan-rakan dengan judul Egg Yolk Consumption and Carotid Plaque dan dilaporkan dalam jurnal Artherosclerosis pada 2012.

Karotid merupakan arteri utama yang terdapat di sebelah kiri dan kanan leher manusia. Setiap arteri berpecah dua: arteri pertama mengalirkan darah beroksigen ke otak manakala arteri kedua ke wajah.

Judul artikel jelas menunjukkan kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan pengambilan kuning telur dan kaitannya dengan pembentukan plak berkolesterol pada arteri karotid.


Makanan berkolesterol

Golongan penyelidik kajian tersebut percaya, kerap mengambil telur kuning seharusnya dielakkan oleh individu yang berisiko mengalami penyakit kardiovaskular.

Mereka menyatakan kuning telur adalah bahan yang boleh memudaratkan kesihatan di mana ia mungkin lebih buruk daripada akibat merokok.


Kajian tersebut telah mendapat kritikan hebat daripada ramai pakar dan saintis seperti Christopher Masterjohn, Mark Sisson dan Zoe Harcombe. Kritikan Christopher Masterjohn terhadap kesimpulan kajian di atas dapat dibaca oleh orang ramai secara percuma dalam laman sawang Western A Price Foundation dengan artikel berjudul Does Eating Egg Yolks increase Arterila Plaque?

Pakar dan saintis tersebut mengetengahkan argumen yang boleh diterima terhadap ketidaksetujuan mereka terhadap kesimpulan kajian yang dijalankan Spence terutama yang menyatakan pengambilan telur lebih berbahaya daripada merokok.

Ned Kok, (doktor falsafah) telah menganalisis kajian Spence dari sudut dan teknik berbeza dalam menilai data kajian. Satu daripada carta yang dikaji oleh beliau menunjukkan hubungan antara pengambilan telur dan plak adalah negatif. Hasil analisa Kok mendapati meningkatkan pengambilan telur 2 -3 biji atau lebih dalam seminggu menyebabkan LDL meningkat namun plak didapati berkurangan.

Menurut Kok lagi terdapat kemungkinan jenis LDL yang meningkat ialah LDL bersaiz besar. LDL bersaiz besar dikatakan meningkat berpunca daripada pengambilan makanan berlemak tepu dan berkolesterol.


LDL jenis ini dipercayai tidak berbahaya. Sebaliknya LDL bersaiz kecil dipercayai menyumbang kepada pembentukan artherosklerosis kerana ia dikatakan dapat masuk ke bawah lapisan dinding arteri melalui celah sel.

Sebuah kajian berjudul Egg Consumption and Endothelial Function: A Randomized Controlled Crossover Trial. seperti dilaporkan dalam International Journal of Cardiology (2005) mendapati makan dua biji telur setiap hari tidak mengganggu fungsi lapisan endotilia pada orang dewasa yang sihat.

Kajian ini menyokong pandangan, makanan berkolesterol mungkin kurang berbahaya kepada kesihatan berbanding dengan pandangan sebelum itu.
 


Turunkan tekanan darah

Kajian lain berjudul Angiotensin I Converting Enzyme Inhibitory Peptides from Simulated in Vitro Gastrointestinal Digestion of Cooked Eggs seperti dilaporkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry (2009) menunjukkan protein dalam telur yang dimasak diubah oleh enzim gastro-usus kepada peptida (saiz molekul yang lebih pendek daripada protein) yang bertindak sebagai ACE inhibitor. ACE inhibitor merupakan ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor bagi membantu menurunkan tekanan darah.

Sebuah kaji selidik yang dijalankan terhadap golongan dewasa South Carolina pula mendapati tiada kaitan antara paras kolesterol dengan kebiasaan pengambilan makanan yang tidak menyihatkan seperti daging merah, lemak haiwan, makanan bergoreng, mentega susu asli, telur, susu penuh krim, bakon, sosej dan keju.

Kajian yang dimaksudkan berjudul The Need for Accurate Nutrition Survey Methodology: The South Carolina Experience. Ia dilaporkan dalam Journal of Nutrition (1990).

Telur daripada ayam yang dipelihara secara kampung (bebas bergerak termasuk mencari makanan sendiri) dikatakan menawarkan nilai nutrien yang lebih tinggi berbanding dengan telur ayam yang dipelihara secara komersil.

Telur ayam komersil dibimbangkan mengandungi bakteria berbahaya seperti salmonella. Sebab itulah seseorang yang ingin makan kuning telur secara mentah maka telur yang dipelihara secara organik dikatakan sebagai pilihan terbaik.

Telur ayam organik didapati mengandungi vitamin A 2/3 kali ganda lebih tinggi berbanding telur ayam komersil. Kandungan lelemak asid omega-3 juga tinggi iaitu 2 kali ganda. Ia mengandungi vitamin E dua kali ganda lebih tinggi serta 7 kali ganda beta-karotena. Kuning telur yang dimasak secara keterlaluan dikatakan mengurangkan nilai nutrien.

Sesetengah orang memang biasa mengamalkan pengambilan telur mentah atau telur setengah masak. Namun jenis telur tersebut tidak digemari oleh kebanyakan orang. Selain diambil secara mentah atau separuh masak, pengambilan telur yang direbus tidak terlalu lama atau digoreng secara ala kadar dikatakan menawarkan nilai nutrien yang baik.

Telur yang digoreng hingga menjadi perang dan mengerekot sebenarnya dipercayai meningkatkan bahan-bahan kimia terdiri daripada cincin benzena iaitu dikenali sebagai polycyclic aromatic hydrocarbon. Bahan ini dikatakan boleh mencetus oksidatif stres iaitu suatu proses yang merosakkan komponen sel dan pelbagai jenis bahan kimia lain yang berguna untuk proses biokimia tubuh.

Jadi, nasihat doktor dan pakar pemakanan konvensional kepada orang ramai khususnya penghidap penyakit jantung agar menjauhi makan bergoreng secara terendam lama adalah berasas.

Ozil sumbangan bonus juara kepada penduduk Gaza

http://media.premiumtimesng.com/wp-content/files/2013/09/%C3%96zil_Real.jpg
Sikap pemurahnya itu turut disertai pemain lain beragama Islam yang 
beraksi dalam Piala Dunia di Brasil

Istanbul: Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil (gambar kanan) dilaporkan akan menyumbangkan bonus kemenangan yang diterimanya sebesar RM1.9 juta (350.000 pound) kepada anak-anak Gaza setelah membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brasil.

Konflik yang terus berlanjut di Timur Tengah menindaklanjuti negosiasi genjatan senjata menemui jalan buntu, membuat pemain tersebut bersedia menyumbangkan bonus sebanyak RM1.5 juta (270.000 pound) yang diterimanya saat membantu Jerman muncul juara dan RM644, 796 (118,000 pound) lagi dari aksi separuh akhir .

Tuesday, 15 July 2014

Pencipta 'magic spray' bakal jutawan

'Semburan ajaib' pertama kali digunakan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia.
'Semburan ajaib' pertama kali digunakan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia.


DIBESARKAN dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi muflis, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk kembali menjadi jutawan setelah ‘semburan ajaib’ yang digunakan oleh pengadil ketika menjaga perlawanan, mendapat reaksi positif dari seluruh dunia.

Semburan buih yang terhapus selepas 60 saat itu dijangka digunakan di seluruh dunia dan sedang dipertimbangkan oleh pihak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah, Heine juga sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo, baru-baru ini.

Beliau berkata, semburan yang digunakan di perlawanan itu adalah 'saat ajaib' dan beliau telah menghabiskan masa 14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini.

"Selepas pengadil menggunakannya, saya mula menerima mesej dari keluarga dan rakan-rakan.

"Saya sangat teruja. Saya tidak gila, ia sangat berbaloi," katanya.

Hanie berkata, beliau kini bersedia untuk menjadi jutawan sekiranya ciptaannya itu akan digunakan di seluruh dunia.

"Saya berharap apa sahaja keuntungan dapat memberi kepuasan setelah 14 tahun saya berjuang. Saya membayar dengan harga yang tinggi.

"Saya memilih untuk tidak melihat anak membesar supaya dapat fokus membuat kerja ini.

"Dan yang paling penting, saya mahu menyumbang kepada bola sepak dengan memiliki alat yang dapat membantu tugas pengadil," katanya.

Semburan itu bertujuan untuk menjarakkan benteng pertahanan (9.15 meter) daripada bola ketika tendangan percuma dilakukan.

Pendedahan cara penipuan untuk sedut duit anda dalam KAD KREDIT atau DEBIT

SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!


Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!

Sila share kepada rakan-rakan anda.

Monday, 14 July 2014

Faktor kekalahan dan kemenangan perlawanan akhir

Jerman

GOL menit ke-113 adalah detik penuh dramatis buat kedua pendukung tim Jerman dan Argentina. Mari kita lihat bagaimana pertandingan terakhir ini mencapai kemenangan dan kekalahan.

Higuain melepaskan peluang kesalahan Kroos

Toni Kroos merupakan bintang turnamen kali buat Jerman. Pemain tengah itu berhasil menunjukkan kinerja yang konsisten selama kampanye. Tapi pada menit ke-17 Kroos hampir memberikan hadiah kepada pendukung Albiceleste setelah menanduk bola ke Neuer tetapi sayangnya dicapai Gonzalo Higuain. Striker Napoli itu melakukan tembakan tapi melebar.

Higuain ditangkap berada dalam area offside

Higuain mulai merasakan gambarnya ditampilkan besar di koran setelah berhasil menyempurnakan gol hantaran Ezequiel Lavezzi tapi asisten wasit mengecewakan mantan penyerang Real Madrid ketika melayangkan bendera menandakan offside.

Tembakan Howedes mengguncang palang Albiceleste

Peluang Jerman datang pada babak pertama ketika bek-kiri Benedikt Howedes yang tidak dikontrol pemain Argentina. Dia telah melakukan tendangan dari umpan Kroos tetapi usahanya yang mengenai mistar gawang.

Messi lewatkan kesempatan untuk melenyapkan kritik

Tidak terbantahkan sebagai pemain terbaik generasinya, Lionel terpaksa menerima kritik setelah tidak berhasil menunjukkan prestasi bersama klub untuk negaranya. Empat gol telah dicetak sebelum pertandingan akhir di Rio, tapi pemain berusia 27 tahun berpeluang untuk mencetak gol ketika hanya berhadapan Neuer tetapi tembakan tersasar.

Romero meniadakan usaha Schurrle

Waktu tambahan diperlukan ketika 90 menit tidak cukup untuk memisahkan mereka. Schurrle dapat mencuri kesempatan untuk meledakkan timnya di depan pada menit pertama saat cedera tetapi ditepis mudah oleh Sergio Romero.

Pemain pengganti Schurrle dan Gotze adalah kombinasi kemenangan Jerman

Schurrle yang menggantikan Christoph Kramer setelah pemain Borussia Monchengladbach menerima asakan dari Ezequiel Garay sementara Gotze menggantikan veteran Miroslav Klose. Schurrle melakukan hantara silang ke dalam kotak penalti, ditahan oleh Gotze kemudian menyudahkan jaringan sekaligus memberikan Jerman kemenangan Piala Dunia untuk kali ke empat.

Final Piala Dunia terhenti sekitar satu menit gara-gara seorang penonton mencoba masuk ke lapangan



Pertandingan final Piala Dunia terhenti sekitar satu menit gara-gara seorang penonton mencoba masuk ke lapangan di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro pada awal pagi tadi.

Saat kejadian pada menit ke-82 itu, Jerman dan Argentina sedang terikat tanpa jaringan.

Pria tersebut terlihat memakai T-shirt, bercelana pendek dan juga mengenakan sepatu sepak bola berwarna jingga menyusup masuk ke dalam area lapangan melalui daerah sebelah pendukung Jerman.



Dia berlari menuju ke daerah bangku Jerman sambil melempar topinya ke rumput dan mencoba untuk mendekati pertahanan Jerman, Benedikt Howedes.

Pria itu berhasil lari sejauh 20 meter sebeum empat staf keamanan berjuang dan berhasil menahannya.

Ini adalah kali ketiga penonton menginvasi daerah padang dalam turnamen Piala Dunia.

Dua kejadian sebelumnya terjadi ketika pertandingan antara Amerika Serikat dan Belgia ketika tingkat sistem gugur dan pertandingan grup antara Jerman dan Ghana.

Sunday, 13 July 2014

Akhirnya Rahsia Pasukan Elit Hamas, Briged Al-Qassam Terbongkar..

http://langitilahi.com/v2/pustaka/2012/12/4.Komanda-HAMAS.jpg

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama.

Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.

Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya.

Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004.

Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.

Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas.

FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.

Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah.

Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja.

Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia

Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

“paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “

Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an, saya ditest dulu oleh mereka.

Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) “.

“ ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur’an.

Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah”

“ Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.

“ hafaz Al-Qur’an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual.

Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu”.

“ Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan.

Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka”.

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.

Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting.

Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.

Fakta Menarik:

a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45 sahaja.

b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.

c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.

d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.

e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan.

Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.

f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.

3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “.

Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.

2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas.

Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.

3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

* Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

* Sumber rujukan:
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15.
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17.

~detikislam.blogspot

Wajah Sebenar ISIS Terbongkar. Rupanya Jangkaan Saya Mengenai "Khalifah Islam" ini Salah!!

Bendera ISIL

Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.

Ia menjadi sangat menarik apabila kumpulan ISIS yang dikatakan tidak lebih dari 1000 anggota mampu menghalau keluar lebih 30,000 tentera Iraq yang dilatih oleh Amerika. Bahkan tentera Iraq dikatakan lari lintang-pukang meninggalkan senjata dan kenderaan tentera. Keanggotaan ISIS di seluruh Iraq pada akhir 2012 dianggarkan hanya 2500 orang.

Perkara ini menarik perhatian Perdana Menteri DS Najib sendiri apabila dalam ucapan beliau sempena 20 tahun UMNO Bahagian Cheras meminta ahli UMNO mencontohi keberanian ISIS “yang hanya 1300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, bahkan general Iraq lari ikut tingkap di waktu malam”.

Lebih menghairankan, kumpulan ISIS yang dikatakan sedikit itu terus mara dengan pantasnya menguasai utara dan barat Iraq. Dalam masa seminggu mereka telah berada di sekitar Baghdad, hampir 400 km dari Mosul. CNN pada 18 Jun 2014 melaporkan pertempuran dengan ISIS berlaku di Baquba, 40 minit dari Baghdad.

Hampir semua media utama banyak memberi liputan kepada kejayaan ISIS `menguasai’ bandar-bandar Iraq diselang-seli dengan imej ISIs sebagai golongan pengganas yang kejam, memotong kepala dan anggota badan, membunuh orang awam tanpa sebab serta melaksanakan `undang-undang Islam yang ketat dan tidak berperikemanusiaan’. Ringkasnya media menggambarkan bahawa Iraq kini sedang diancam oleh segolongan pengganas yang jahat.

Namun media terlupa atau seolah-oleh sengaja mengelak untuk menilai bagaimana mungkin ISIS mampu berbuat itu semua, itu pun jika ia benar dilakukan oleh ISIS. Atau logikkah untuk ISIS berbuat itu semua?

Media faham benar psikologi masyarakat yang hanya mengambil tajuk besar (headlines) dan gambaran umum yang disogokkan. Masyarakat tidak begitu memberi perhatian kepada perkara detil.
Keadaan umat Islam diseluruh dunia yang ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tanpa ada pembela pula menyebabkan wujudkan kekosongan dalam keberanian melawan musuh Islam. Umat Islam ketandusan `hero’. Sebab itu bilamana ada saja sesiapa atau segolongan yang berani melawan musuh Islam atas nama Islam, ramai umat Islam dengan mudah menyokong mereka tanpa mengenali siapakah `hero’ itu sebenarnya. Ini berlaku sejak kejayaan revolusi Iran. Iran tiba-tiba menjadi kiblat pejuang Islam sehinggalah mereka kenal siapakah Syiah sebenarnya. Begitu juga tidak kurang yang menyokong Saddam Hussin melawan Amerika dalam Perang Iraq Pertama dan Kedua. Dia menjadi hero kerana berani melawan Amerika walaupun dia sendiri seorang yang zalim terhadap rakyatnya. Kini konflik di Iraq begitu teruk dan bercelaru sehingga seolah-olah tiada harapan untuk umat Islam Iraq. Tiba-tiba nama `ISIS’ keluar sebagai pembebas dari kerajaan Syiah Maliki. Ramai yang terus menyokong tanpa mengenali siapakah ISIS.

[Sejarah ISIL]

Kebanyakkan analisa mengatakan ISIS berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi, yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika, cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan akhirnya diputuskan pada Februari 2014.
Abu Musab Al Zarqawi
Zarqawi terbunuh dalam serangan udara Amerika pada Jun 2006 dan diganti oleh Abu Ayyub Al Masri yang kemudiannya menguna-pakai nama Islamic State of Iraq (ISI). Namun Abu Ayub pula terbunuh dalam operasi US-Iraq pada April 2010. Kepimpinan ISI diganti oleh Abu Bakar al Baghdadi yang kini menjadi ketua ISIS. Apabila krisis Syria bermula pada 2011 dan sempadan Syria-Iraq yang tidak terkawal akibat perang, ISI meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria.

Abu Bakr Al-Baghdadi
[Penentangan ISIL dengan pejuang Iraq dan Syria] 

Perbuatan ISIL yang melakukan pembunuhan kejam dan tanpa pengadilan telah ditentang oleh gerakan pembebasan dan mujahidin Iraq yang lain seawal 2005. Anbar Salvation Council (ASC) yang merupakan gabungan 30 qabilah Sunni di daerah Al Anbar yang ditubuhkan pada tahun 2005 khusus untuk menentang keganasan aQI, kumpulan asal ISIS, telah mengistiharkan penentangan secara terbuka terhadap ISIS. Kerjasama antara tentera Amerika dan Iraq berjaya menekan aQI untuk sementara waktu sehingga mereka bangkit semula pada 2012 apabila tentera Amerika mula meninggalkan Iraq. 

Pada penghujung 2013, penduduk Al Anbar terutama di Ramadi dan Falujjah telah mengadakan protes aman terhadap kerajaan Iraq pimpinan Nuri al-Maliki yang dilihat menyebelahi golongan Syiah dan menganak-tirikan golongan Sunni. Persetujuan akhirnya dicapai untuk Tentera Iraq berundur dari Al Anbar dan menyerahkan kuasa kepada polis tempatan. Sebaik tentera Iraq berundur, ISIS tiba-tiba muncul mengambil kesempatan untuk menguasai Al-Anbar. Menurut pemimpin ASC Sheikh Hameed al-Hayes, lebih 8000 keluarga terpaksa lari dari Ramadi dan Falujjah akibat serangan ISIS.

aQI secara terbuka membunuh ulama’ Sunni yang berani mempersoalkan mereka. Antaranya Sheikh Hamza Abbas Al-Issawi, Mufti dan Pengerusi Majlis Ulama Falujjah dibunuh oleh aQI pada tahun 2005. Antara ulama’ lain yang menerima nasib yang sama adalah Sheikh Abdul Aleem al Sa’di Mufti Ramadi, Sheikh Shawkat al-Sa’ab, Sheikh Kamal al-Tikriti dan Sheikh Omar Sa’ed Horan. Seorang lagi ulama’ besar Iraq, Sheikh Mahdi al-Sumaidaie cedera parah dalam percubaan membunuh beliau pada Ogos 2012. Mufti Besar Sunni Iraq, Sheikh Khaled al-Mulla dalam wawancara al-Mayadeen TV pada 1 Julai 2014, dengan tegas mendakwa aQI atau ISIS telah membunuh lebih 300 ulama’ Sunni.

Sheikh Khaled Al-Mulla
Umumnya ISIS mempunyai hubungan buruk dan ditentang oleh hampir ulama’, masyarakat dan semua kumpulan pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin dan Tentera al Mahdi.


Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun secular. Pada awal tahun 2014, kumpulan pejuang Syria telah bergabung melawan ISIS menyebabkan ISIS terpaksa berundur ke kubu kuat mereka di ar-Raqqah, utara Syria.

ISIS pernah mendakwa mereka telah bergabung dengan Jabhat an-Nusra, kumpulan yang mewakili al Qaeda di Syria. Namun dinafikan oleh Jabhat an Nusra. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS. Akhirnya pada Februari 2014, aQG secara terbuka mengisytiharkan ISIS bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul sedangkan ISIS tinggal bersendirian.

Ayman al Zahawiri


Situasi sebegini menimbulkan tanda-tanya bagaimana ISIS yang dianggap `budak jahat’ dan disisih oleh kumpulan pejuang Iraq dan Syria serta dibenci dan ditakuti oleh rakyat Iraq, tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk menakluk utara Iraq dan mara dengan pantas ke Baghdad. Kejayaan seperti ini logiknya memerlukan tentera yang ramai dan terlatih serta mendapat sokongan penduduk tempatan.

Lebih menghairankan, ISIS yang kononnya ingin menegakkan Islam dan mendirikan Khilafah sering bertindak jauh luar dibatas-batas Islam dan kemanusiaan. Mana mungkin seorang yang ikhlas ingin melaksanakan Islam terpesong begitu jauh membunuh sewenang-wenangnya dan dengan cara yang kejam. Mana mungkin seorang pejuang Islam berakhlak seperti mereka. Perbuatan mereka bukan saja jauh dari sifat Islam bahkan memberi gambaran yang amat buruk kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam.

Kalau begitu apakah niat mereka sebenarnya? Kenapa meraka menggunakan label Islam? Apakah yang mereka ingin capai? Atau siapakah ISIS sebenarnya?

[Siapakah ISIS sebenarnya?] 

Tidakkah kita pelik apabila mengentahui kerajaan Basyar membeli bekalan eletrik daripada stesyen janakuasa yang dikendalikan ISIS ? Dengan wang itulah antara sumber ISIS untuk membiayai kegiatannya. Bukankah sepatutnya ISIS berperang dengan kerajaan Basyar jika benar mereka pejuang Islam dan membela rakyat? Akhbar New York Times (NYT) pada 11 Jun 2014 melaporkan ISIS terus mengeluarkan minyak dari telaga minyak yang mereka kuasai di timur Syria. Mereka juga menjual kembali eletrik kepada kerajaan Basyar dari stesyen janakuasa yang mereka tawan. Dalam laporan yang sama NYT juga memetik Sheikh Hasan, pemimpin Free Syria Army sebagai berkata “anggota mereka (ISIS) dibayar lebih tinggi, lebih terlatih bahkan persenjataan mereka lebih baik dari tentera Syria dan Iraq.” NYT terus melaporkan bahawa ISIS mengelak dari bertempur dengan tentera Basyar dan tentera Basyar seolah-olah sengaja membiarkan kumpulan ini dalam masa yang sama menumpukan peperangan terhadap kumpulan mujahiddin yang lain.

Ketua Biro politik Ikhwanul Muslimun Syria, Hassan Hasyimi dalam temubual dengan akhbar dalam talian al-Monitor pada 12 June 2014 mendakwa mereka mempunyai banyak bukti bahawa ISIS di Syria didokong oleh pihak keselamatan Syria dan Iran. Bahkan ISIS jarang bertempur dengan tentera Syria telah lebih banyak berperang dengan kumpulan mujahiddin yang lain. “Kami mengenali mereka. Mereka yang selama ini berada didalam tentera Syria tiba-tiba menyimpan janggut yang panjang dan menjadi ahli ISIS atau al-Nusra.” Kata Hassan. Yang pastinya bagi beliau “ …. apa yang mereka lakukan tiada kena-mengena dengan Islam, dari segi perbuatannya, ideologinya dan pemikiran mereka.”

Inikah Islam yang dibawa aQI / ISIS …….

Rekod penglibatan ISIS dalam keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada penghujung.

Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8 Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan 448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab.

ISIS juga tidak teragak-agak untuk membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28 orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang tempat suci golongan Syiah.

Sebaik mengisytiharkan `Khilafah Islam’, satu sumber yang dipetik dari media Turki memetik seorag wakil ISIS, Abu Turab al Mugaddasi mengatakan mereka akan menakluk Arab Saudi dan akan memusnahkan Kaabah. Ini kerana mereka mendakwa umat Islam pergi ke Mekah untuk menyembah batu, bukannya Allah. Tidak sampai seminggu mendirikan `daulah’ mereka telah memusnahkan sekurang-kurangnya 4 maqam ulama’ Sunni yang didakwa sebagai sumber khurafat serta 6 masjid Syiah.

ISIS juga dalam tempuh peperangan terbaru ini dilaporkan telah mengeluarkan `fatwa’ meminta semua keluarga menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota ISIS untuk memberi khidmat sex. Arahan ini didapati didalam risalah-risalah yang ditemui di di Mosul dan Tikrit.

Kalau bukan ISIS, siapa kuasai utara Iraq sebenarnya ……

Pertubuhan Ulama Iraq (Association fo Muslim Scholars of Iraq – AMSI) dalam kenyataannya  bertarikh 9 Julai 2014 mengambarkan kemenangan di Mosul adalah hasil dari kebangkitan rakyat dari pelbagai kumpulan penentang. Kemenangan tidak langsung ditujukan kepada ISIS sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa. Dalam kenyataan tersebut juga AMSI mengingatkan pejuang pembebasan Iraq untuk mengutamakan kemaafan daripada membalas dendam dan menjaga kemuliaan darah orang yang tidak berdosa. Sikap ini jelas bertentangan dengan amalan ISIS yang telalu mudah menjatuhkan hukuman mati kepada semua yang dilihat menentang mereka.

Sekali lagi dalam kenyataan mereka pada 12 Jun 2014, walaupun tidak menyebut nama ISIS, AMSI secara lebih jelas menyatakan kemenangan terbaru ini adalah hasil pengorbanan seluruh rakyat Iraq dan tidak ada satu pihak yang boleh mendakwa ia adalah kemenangan mereka walau begitu yang cuba digambarkan oleh media antarabangsa.

Struan Stevenson
Persoalannya ….
Struan Stevenson, Presiden Delegasi Parlimen Eropah untuk Hubungan dengan Iraq menulis pada 16 Julai, 6 hari selepas kejatuhan Mosul “ Maliki dan penaungnya di Tehran mendakwa bahawa daerah-daerah Iraq telah jatuh ketangan pengganas ekstrim ISIS. Tetapi dakwaan ini adalah melucuka dan tidak masuk akal. Pembebasan 100,000 km persegi (¾ dari keluasan Semenanjung Malaysia) jajahan Iraq dengan yang diduduki beberapa juta rakyat dalam masa beberapa hari tidak mungkin dilakukan oleh kumpulan ekstrimis yang terpencil dengan tidak lebih beberapa ribu atau hanya beberapa ratus anggota ….. pelbagai petanda menunjukkan qabilah-qabilah Arab dan penduduk tempatan telah bangkit dengan kemarahan menentang Maliki.”




VICE News pula memetik temubual seorang penduduk, Sahib, 60, yang menafikan ISIS berada di Mosul. “Rakyat Iraq sendiri yang menguasai bandar ini, mereka yang menghalau keluar tentera Maliki …… Saya tidak melihat seorang orang asing pun, hanya orang Iraq. Ini adalah kebangkitan melawan kezaliman presiden (Maliki). Rakyat sudah bosan dengan beliau dan mereka tidak dapat bersabar lagi.”
Liputan berita oleh media utama seperti CNN, BBC dan alJazeera melaporkan dari wilayah yang dibebaskan seperti Nineveh dan Salahaddin, menunjukkan tidak berlakunya sebarang kekacauan dan pencerobohan hak terhadap penduduk tempatan. Keadaan ini berbeza jika dikuasai oleh kumpulan ektrimis yang selalunya melakukan pelbagai kekacauan dan ugutan.

[Apakah agenda mereka ?] 

Sebab media antarabangsa cuba menggambarkan kemenangan ini adalah kemenangan satu puak yang esktrim (ISIS) adalah jelas; untuk menimbulkan kemarahan dunia kepada revolusi rakyat dan cuba merencatkannya. Apabila dunia melihat kebangkitan rakyat Iraq sebagai pengganas dan ektrimis, maka mudah saja untuk kuasa luar campur tangan dan membantu kerajaan Maliki menekan kebangkitan rakyat. Amerika dan Rusia telah menghantar kapal terbang pejuang untuk membantu tentera Maliki. Tentera elit Iran pula dilaporkan telah memasuki Iraq untuk sama-sama menyekat kebangkitan rakyat. Kerajaan Maliki cuba menggambarkan semua keganasan dan kezaliman berpunca dari ISIS dan semua umat Sunni adalah ISIS. Masyarakat dunia tidak akan membantah kerana mereka dilihat sebagai menentang kumpulan pengganas dan ektrimis.

Struan Stevenson juga melaporkan “ …. dakwaan ini bukanlah kerana salah-faham bahkan jelas mempunyai niat yang jahat. Atas nama menentang keganasan, Maliki dan regim Iran cuba membuat alasan untuk campurtangan Tentera al Quds dari Iran dan penaklukan Iraq oleh tentera Pengawal Republikan Iran. Pada masa yang sama mereka mahukan campurtangan tentera Amerika menyebelahi Maliki.”

Pada 12 Jun, Wall Street Jounal melaporkan 3 batalions tentera elit al Quds telah dihantar membantu tentera Iraq. Satu battalion telah telah menyertai pertempuran bersama tentera Iraq dan membantu menawan semula sebahagian besar bandar Tikrit pada hari Khamis. Manakala 2 batalion lagi ditugaskan mempertahankan Baghdad dan tempat suci Syiah di Karbala dan Najaf.

[Pengisytiharan Khilafah Islam] 

ISIS berterusan melakukan perkara yang pelik dan tidak dapat diterima oleh umat Islam umumnya. Pada 29 Julai 2014 bersempena 1 Ramadhan 1435, ISIS telah mengisytiharkan berdirinya Khilafah Islam di kawasan yang dikuasai mereka dari timur Syria hingga ke utara Iraq. Namum sebahagian besar kawasan ini adalah padang-pasir dan tidak berpenghuni. Pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi dilantik sebagai `khalifah’ mereka. Mereka juga mengeluarkan fatwa mewajibkan seluruh umat Islam di dunia melafazkan bai’ah (taat setia) kepada mereka. Pengistiharan kahlifah ini juga bererti semua jamaah Islam dan kumpulan mujahiddin hendaklah dibubarkan kerana semua umat Islam mesti berada dibawa satu khalifah.

Sebenarnya ini bukan perkara baru di Iraq. Pada tahun 2007, Abu Musab al Zarqawi, bekas pemimpin aQI yang ketika itu memimpin gerakan ‘Tauhid dan Jihad di Mesopotamia’ telah pernah mengisytiharkan penubuhan Negara Islam di Iraq.

Negara Islam memang menjadi idaman setiap muslim dan gerakan Islam. Tetapi pengisyiharan Negara Islam oleh kumpulan yang membawa imej penganas, pembunuh dan mempunyai rekod kemanusiaan yang buruk – hanya merosakkan agenda Negara Islam.

Pengisytiharan ini juga tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak menyelesaikan sebarang masalah umat Islam bahkan masyarakat dunia kini melihat Islam melalui kacamata `Negara Islam’ yang kasar, ekstrim, tanpa undang-undang dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini hanya memberi keuntungan dan menjadi hujah kepada mereka yang menentang Islam.

Persatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars - IUMS) yang dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi dalam kenyataan pada 4 Julai 2014 menolak pengistiharan tersebut sebagai tidak sah, tidak realistik dan tiada sandaran hukum Islam. IUMS memberi amaran perbuatan ini hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Iraq dan Syria. Khilafah Islam berdiri atas dasar persepakatan ummah bukan hanya dengan pengisytiharan golongan tertentu. ISIS juga dikecam kenara cuba merampas kejayan kebangkitan rakyat Iraq dengan mendakwa kemenangan milik mereka.

Persatuan Ulama’ Iraq (Association of Muslim Scholars in Iraq - AMSI) pula dalam kenyataan No 1003 bertarikh 1 Julai 2014 berkata, dalam keadaan Iraq sekarang, pengumuman seperti itu tidak memberi kebaikkan kepada Iraq dan perpaduan rakyatnya. Bahkan perbuatan seperti itu boleh dianggap cuba memecah-belahkan Iraq dan kepentingan rakyat.

Sheikh Abbas Shuman, seorang ulama al Azhar berkata “mereka yang bercakap tentang penubuhan Negara Islam itu sebenarnya pengganas. Khilafah Islam tidak ditegakkan secara paksaan. Menakluk sebuah negara dan membunuh separuh penduduknya …… ini bukan Negara Islam. Ini adalah keganasan.”

Pengisytiharan itu juga ditolak oleh pelbagai kumpulan mujahidin di Syria. Abu Maria al-Qahtani yang menjadi rujukan Jabat an Nusra dalam perundangan Islam mencatatkan didalam Twitternya tindakan ISIS adalah “semangat yang keterlaluan” dan “musibah kepada ummah”. Bahkan golongan salafi seperti gerakan Salafi Lebanon juga menolaknya. Pemimpin gerakan tersebut, Daii Islam al Shahhal berkata “Kami pun mahukan negara Islam, itu adalah asas kefahaman kami. Tetapi Negara Islam mesti tertegak atas beberapa kriteria dan kriteria tersebut belum dipenuhi.” Manakala Jamaah Islamiyah Lebanon mengecam pengumuman tersebut menganggapnya terkeluar dari landasan Islam. Bagi mereka ISIS merosakkan Islam dan dikeji oleh penduduk di Timur Tengah.

Sehingga artikel ini ditulis, alQaeda Global (aQG) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap pengisytiharan ISIS, namun ia tentunya sukar diterima oleh aQG kerana ia bererti pemimpin aQG Ayman al Zawahiri pula terpaksa memberi taat-setia kepada ISIS.

[Kesimpulan] 

Dalam meneliti fakta-fakta yang berlaku di Iraq dan Syria serta sebagai panduan memahami pergolakan Irqa-Syria dimasa akan datang, kita boleh mengambil beberapa kesimpulan :

1.    ISIS mempunyai asal-usul dari al Qaeda in Iraq (aQI). Walaupun alQaeda sendiri sudah dianggap pelampau dan ekstrim, ISIS telah menjadi lebih ekstrim hinggakan alQaeda sendiri menjauhkab diri dari mereka.

2.    Selain nama yang bersandar Islam, ISIS tidak menunjuk sebarang karakter perjuangan Islam dari segi akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang, adab di medan perang, teliti dalam menghukum dan sebagainya.

3.    Penonjolan ISIS sebagai kumpulan yang terlampau ekstrim, hanya memberi keburukan kepada Islam amnya dan kepada perjuangan membebaskan Syria dan Iraq khususnya.

4.    Strategi ISIS hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Syria dan Iraq. Imej militan ekstrim ISIS menjadi alasan untuk campurtangan kuasa asing seperti Amerika dan Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq. Beralasankan menentang pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria; tetapi yang ditentang bukan pengganas bahkan revolusi rakyat.

5.    ISIS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun secular.

6.    Kejayaan yg dinisbahkan kpd ISIS yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat menimbulkan pelbagai tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul milik ISIS ataukah mereka memang sengaja diberi ‘laluan’ oleh pihak tertentu dan berkepentingan.

7.    Kejayaan membebaskan utara dan barat Iraq terutama daerah Sunni Ninawa dan al Anbar bukan milik ISIS bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq terharap kerajaan Syiah Nuri Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan Maliki telah bermula sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan Mosul pada Jun 2014.

8.      Dakwaan bahawa ISIS ciptaan pihak luar yang sengaja ingin memburukkan Islam dan perjuangan rakyat atau sekurang-kurangnya telah diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak kerana tindakan ISIS hanya merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam.


Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Jkuasa Pembelaan Ummah

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor


----------------------------------------

Mohon sebarkan artikel ini sebanyak mungkin. Ramai sudah salah faham mengenai isu ini. Jalankan tanggungjawab anda. Pastikan sahabat-sahabat anda tidak tertipu dengan kebangkitan Islam palsu ini. Sebarkan!

[sumber]

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive