UtusanDaily

Saturday, 27 September 2014

[Tips] Petua untuk menangani obesiti cara Islam

FOUZIAH AMIR

Tangani obesiti cara Islam

OBESITI oh obesiti... Isu ini tidak pernah sepi dalam masyarakat hari ini. Ia berkait rapat dengan soal pemakanan dan kesihatan. Apatah lagi Malaysia terkenal dengan syurga makanan yang menawarkan pelbagai sajian 24 jam, tanpa perlu memasak di dapur.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapat lemak yang berlebihan. Masalah obesiti ini berlaku kepada semua peringkat usia masyarakat. Ini adalah berkaitan dengan malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang.

Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dalam menyumbangkan kemaslahatan manusia, khususnya umat Islam, menganjurkan seminar sehari bertajuk Daripada Malnutrisi kepada Obesiti: Menelusuri Tabiat Makan Umat Islam di Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam ucapan perasmian seminar itu berkata, obesiti menjadi masalah kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia.

"Ancaman obesiti sebagai faktor risiko kepada penyakit tidak berjangkit (noncommunicable disease) ternyata amat membimbangkan.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 3/4 kematian di negara sedang membangun pada 2020 adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit.

"Statistik menunjukkan individu yang mengalami obesiti di seluruh dunia meningkat dari 857 juta pada 1980 kepada 2.1 pada 2013," katanya.

Beliau menambah, penularan masalah obesiti kian pesat dalam masyarakat hari ini berkaitan dengan cara pengambilan makanan harian. Hampir 50 peratus orang dewasa di negara ini mengalami obes, tetapi masih tidak mempedulikannya.

Islam adalah sistem hidup yang mengiktiraf kesihatan dalam aspek fizikal, spiritual dan mental. Berlebihan dalam pengambilan makanan tidak digalakkan dalam Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada satu wadah (bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya.

Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulangnya. Jika ia harus mengisi perutnya lebih daripada itu, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Jangan bertuhankan perut

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan Dialah (ALLAH) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).

Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya ALLAH tidak suak kepada orang yang melampau. (Surah al-An'am: 141)

Dalil di atas menunjukkan kemurahan ALLAH SWT dan keluasan yang dikurniakan-Nya kepada hamba-Nya dalam soal makan minum.

Diharuskan bagi mereka memakan semua jenis makanan asalkan ia halal dan baik, tidak lupa mensyukuri-Nya, tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir menuruti tabiat syaitan, kata Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Md Asham Ahmad dalam kertas kerjanya Petunjuk al-Quran & Sunnah Dalam Soal Pemakanan & Kesihatan.

Menurutnya, halal ertinya diharuskan, yakni tidak terikat dengan larangan ataupun pengharaman.

Manakala tayyib bererti suci. Makna asalnya adalah apa yang diperoleh kelazatan dan kebaikan daripadanya. Ia merangkumi kebaikan dunia dan akhirat.

Kategori baik itu adalah makanan yang terbukti kebaikannya kepada kesihatan, berdasarkan bukti ilmiah. Dari segi nutrisi, baik buruk makanan diambil seseorang bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah keadaan kesihatan, cuaca, dan pekerjaan.

Oleh itu, makanan yang baik bagi seseorang belum tentu baik bagi seseorang lain. Ini termasuklah makanan diambil Rasulullah, tidak semestinya baik dan sesuai untuk semua orang dalam semua keadaan.

"Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai makanan tertentu dimakan oleh Rasulullah, yang Baginda gemari ataupun yang menunjukkan kepada galakan Baginda agar kita memakannya.

"Mungkin daripada hadis-hadis inilah timbul akhir-akhir ini istilah makanan sunnah yang menjadi slogan golongan peniaga dan pengeluar makanan tertentu untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan barangan keluaran mereka."

Antara makanan yang sering disebut sebagai makanan sunnah adalah kurma, barli, buah ara, anggur, madu, tembikai, susu, cendawan, minyak zaitun, buah delima dan cuka.

Bagaimana pula dengan makanan yang lain, daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH kepada manusia tetapi tidak dinyatakan dalam hadis ini? Adakah makanan ini kurang keistimewaannya berbanding dengan apa yang dirujuk sebagai makanan sunnah itu?

Rasulullah tidak cerewet dalam memilih makanan. Namun sebagai manusia biasa, ada makanan tertentu yang menjadi kegemaran Baginda dan ada yang tidak suka. Baginda juga mencuba makanan yang tidak pernah makan.

Pemakanan sunnah merujuk kepada adab makan dianjurkan Rasulullah SAW adalah termasuk dalam Sunnah yang digalakkan kita mengikuti dan mencontohi kerana wujud padanya tujuan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mencontohi Baginda SAW.


Sunnah Rasulullah SAW

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (Ikim) Norkumala Awang dalam kertas kerjanya Pemakanan & Kesihatan: Pendekatan Islami Dalam Dunia Moden berkata, makan merupakan fitrah bagi setiap manusia. Pemakanan memberi kesan kepada kesihatan dan kelangsungan hidup.

Menurutnya, pemakanan didefinisikan sebagai zat-zat makanan berinteraksi dan bertindak-balas dengan melibatkan proses pencernaan, penyerapan, pengangkutan dan penyingkiran yang berhubung kait dengan tahap kesihatan dan penyakit (Guthrie & Pichiano, 1999).

Islam telah menggariskan panduan dan petunjuk yang komprehensif berkaitan kehidupan manusia dan juga isu saintifik berkaitan.

Penjagaan kesihatan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah bersifat pencegahan dan perlindungan kesihatan tubuh badan.

1. Makan secara sederhana

Setiap individu perlu mengambil makanan mengikut keperluan masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, jantina, umur, gaya hidup dan pekerjaan.
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar mengatakan seorang lelaki telah bersendawa di hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda:

"Tahanlah sendawa kamu daripada kami, sesungguhnya orang yang paling lapar antara kamu pada hari kiamat adalah orang yang paling kenyang di antara kamu di dunia."
Makan berlebih-lebihan mengundang masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan ketidakselesaan anggota badan.

Panduan Diet Malaysia juga mencadangkan agar mengambil makanan dengan menepati prinsip keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.

2. Makan kepelbagaian makanan dan seimbang

Menurut Ibnu Qayyim al Jauziyyah tidak pernah menjadi tabiat kelaziman Rasulullah SAW untuk memakan sejenis makanan sahaja tetapi Baginda SAW memakan pelbagai makanan.

Baginda SAW juga memakan makanan yang dimakan di negerinya seperti daging, buah-buahan, kurma atau makanan lain. Apabila Rasulullah SAW tidak menyukai sesuatu jenis makanan, maka Baginda tidak menjamahnya.

Tiada makanan yang menyediakan pelbagai zat lengkap. Justeru, setiap individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk menjaga kesihatan.

3. Makan berjemaah atau beramai-ramai.

Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Makanlah kamu secara berkumpulan dan janganlah kamu makan secara terpisah. Sesungguhnya makanan yang disediakan untuk seorang mencukupi untuk dua orang.

Makanan yang disediakan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan yang disediakan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Muslim)
Imam Ibn Hajar berkata dalam kitab Fath al-Bari: "Sesungguhnya keberkatan semakin bertambah apabila bertambahnya bilangan orang yang turut serta berkongsi makanan tersebut."

4. Aktiviti fizikal dan kerehatan

Rasulullah SAW biasa berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Menurut Ibnu Kathir, cara berjalan Rasulullah SAW adalah melangkah dengan cepat seperti langkah mengikut jalanan menurun.

Gaya berjalan sebegini adalah bentuk senaman aerobik dan merupakan aktiviti paling murah. Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya mendidik anak dengan berenang, memanah dan berkuda.

Kerehatan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan tubuh. Badan juga perlu untuk berehat setelah melakukan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, gaya hidup sihat yang menekankan kesederhanaan dalam melakukan sesuatu aktiviti dan kerehatan akan membantu kita mencapai kecergasan fizikal dan menyumbang kepada kesihatan baik.


Manusia bukan robot

Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Siti Farhath Sehu Allavudiin berkata persepsi makanan sihat dikaitkan dengan makanan organik, vitamin atau pil suplemen.

Manakala makanan sihat dari segi masakan seperti kukus atau panggang, tidak bersantan atau bergoreng.

"Kita sebenarnya banyak mempersalahkan makanan. Sebenarnya yang patut dipersalahkan adalah amalan pemakanan pengguna. Ini bukan kerana makanan mahal.

"Kita perlu bersederhana dan seimbang dalam semua aspek kehidupan kita termasuk pemakanan. Kapasiti makanan adalah mengikut keperluan individu dan jenis pekerjaannya.

"Jika ambil lebih daripada keperluan, ia akan menjadi terlebih. Dari segi jangka pendek ia tak nampak, tetapi memberi kesan untuk jangka panjang," katanya ketika membentangkan kertas kerjanya Makanan Sihat, Makanan Mahal?

Beliau menambah, manusia bukan robot, sebaliknya memerlukan kepelbagaian dalam makanan untuk sihat. Makanan merupakan pelaburan kesihatan.

Faktor berkaitan dengan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu aset tetap (sejarah keluarga, umur dan jantina) dan aset boleh diubah (cara hidup, pilihan makanan dan senaman).

"Amalan pemakanan sihat perlu bermula dari awal. Apabila kita mengetahui sejarah kesihatan keluarga, jadi ambil langkah berhati-hati untuk menjaga kesihatan," katanya.

Antara objektif makanan sihat adalah kawal saiz makanan/hidangan; kurangkan pengambilan lemak/kolesterol; tingkatkan pengambilan serat dan air; serta kurangkan pengambilan gula dan garam.

Prof Madya Dr Zaitun Yassin dari Pusat Pemakanan Malaysia dalam perkongsian maklumat Pemakanan Sihat: Berzat, Lazat, Jimat berkata, pemakanan sihat adalah asas kesejahteraan.

Makanan membekalkan tenaga bagi menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai hamba ALLAH. Dalam Islam, makanan itu membentuk hati. Jika banyak makan, hati mati.

"Oleh itu, janganlah bertuhankan perut. Prinsip makan adalah untuk hidup dan beribadah, bukan sebaliknya."

Daripada Abdullah bin Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Orang kafir makan dengan tujuh perut, manakala orang Mukmin itu makan dengan satu perut sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Rakyat Malaysia ketagih internet?

CYBERJAYA - Rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber, dengan 58 peratus daripada mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar di mana sahaja mereka berada.

Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari.

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

"Kecenderungan boleh menjadi ketagihan, kalau lebih daripada tujuh jam sehari ia dikatakan ketagihan serius. Jadi kita perlu pantau anak supaya mereka tidak ketagih.

"Cara kita nak tahu ketagihan ialah apabila tiada Internet, apa reaksi mereka? Adakah mereka mengalami tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan atau tidak dapat menumpu perhatian terhadap pelajaran", katanya dalam temubual bersama Bernama.

BAHAYA PENGGUNAAN BERLEBIHAN INTERNET

Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti dan kegemukan sejak kanak-kanak kecil lagi.

Bahkan, beberapa insiden buruk disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara dan serata dunia. Antaranya, kematian seorang pemuda berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam pada akhir tahun lepas.

Begitu juga, seorang pemuda berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing.

Pemuda itu dilaporkan duduk di depan komputer selama tiga hari tanpa makan, minum dan tidur.

"Jadi internet dan pelbagai peranti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi kini sehingga ada yang tidak dapat bezakan dunia nyata dan dunia siber kerana ia saling melengkapi", katanya.

Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone, ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada 2012.

Jelas Eneng Faridah, setiap maklumat yang dikongsi termasuk kandungan palsu dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter bukan sahaja merentasi sempadan negara, bahkan akan kekal dalam arkib selama-lamanya.

Ia memberi kesan mendalam terhadap individu dan keluarga terbabit selain mengganggu ketenteraman awam dan negara.

"Kebanyakan pengguna tidak faham tentang etika ataupun akibat daripada tindak-tanduk mereka di alam maya. Tindak-tanduk mereka tersebar tanpa sempadan, di luar batas undang-undang dan kedaulatan sesebuah negara", tegasnya.

Menurut beliau, laman sosial seperti Facebook dan Twitter adalah status dan bukan diari untuk meluahkan perasaan atau mencetuskan suasana panik, sekali gus mencari populariti murahan.

Orang ramai juga mempunyai tanggapan salah bahawa segala dalam internet adalah di bawah kawal selia SKMM dan perilaku salah di alam siber boleh dimaafkan.


MENDIDIK GENERASI MUDA

"Mustahil, kerana kita perlukan tenaga manusia yang banyak untuk memantau di tahap sedemikian. Namun, sesuatu yang salah di sisi undang-undang di alam nyata juga salah di alam siber", tambah beliau.

Jelasnya, walaupun sebagai badan pengawal selia, SKMM tidak mempunyai daftar pengguna internet, senarai e-mail dan nombor telefon bimbit, senarai akaun Facebook, Twitter, dan blogger di negara ini dan hanya merujuk kepada pemberi perkhidmatan seperti syarikat-syarikat telekomunikasi apabila membuat siasatan terhadap sesuatu kes.

Justeru kerjasama orang ramai amat penting ketika menjalankan sesuatu siasatan dan dalam menyalurkan maklumat benar dan tepat.

Eneng Faridah juga menolak cadangan sesetengah pihak yang mahukan Facebook disekat seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti China, Cuba, Korea Utara dan Iran.

"Ia bukan satu tindakan berkesan untuk mengawal kandungan, kerana Facebook boleh diganti dengan saluran lain untuk menyebarkan maklumat.

"Lagipun penyalahgunaan internet belum mencapai tahap genting sehingga memerlukan satu tindakan radikal. Namun kami tekankan bahawa kuasa mengawal internet termasuk Facebook, terletak di jari pengguna sendiri", katanya.

Pada 2012 kerajaan memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi membudayakan nilai-nilai murni pengguna internet merangkumi semua lapisan umur di negara ini.

Sehingga kini SKMM telah menjalankan lebih 1,500 program KDB di seluruh negara dan lebih 3,200 program latihan di 426 Pusat Internet 1Malaysia bagi mendidik generasi digital demi kepentingan semua.

KDB dianggap penting kerana golangan muda khasnya dikatakan kurang pengetahuan dalam isu penyalahgunaan Internet terutama mengenai penipuan "phishing", "malware", kecurian kata laluan atau identiti, buli siber atau kesalahan jenayah internet. - Bernama

5 Atlet Paling Cantik Yang Heboh Di Dunia Maya


5 Atlet Paling Cantik Yang Heboh Di Dunia Maya - Sepekan ini dunia internet Tanah Air digemparkan hadirnya seorang atlet voli cantik asal Kazakhstan bernama Sabina Altynbekova. Sabina yang masih berumur 18 tahun ini memang memiliki wajah yang cantik dan tubuh jenjang serta miliki kulit putih. Tak heran jika para netizen tidak hanya di Indonesia tetapi juga di Asia heboh karena kecantikannya.Namun, tahukah Anda jika ada beberapa atlet wanita lain yang miliki wajah yang tak kalah cantik dengan Sabina dan berkat kecantikannya mereka sukses mencuri perhatian banyak pengguna internet.

Berikut adalah 5 Atlet Paling Cantik Yang Heboh Di Dunia Maya :

1. Sabina Altynbekova


Sabina Altynbekova merupakan salah satu atlet wanita dari Kazakhstan berparas cantik layaknya tokoh kartun anime. Foto Sabina sendiri pertama kali diunggah melalui situs 9gag dan tak lama setelahnya langsung merebak luas ke beberapa sosial seperti Facebook, Tumblr, dan Twitter.

Sabina yang kini masih berusia 18 tahun ini juga memiliki bakat besar di dunia Voli. Dirinya saat ini tercatat menjadi anggota timnas bola voli U-19 Kazakhstan.

2. Mckayla Maroney


Atlet paling cantik kedua yang juga sempat hebohkan dunia maya adalah Mckayla Maroney. Mckayla yang menguasai cabang atletik ini pertama kali ramai dibicarakan netizen di dunia ketika dirinya ikut serta dalam ajang Olimpiade 12 sebagai salah satu atlet wakil Amerika Serikat.

Selain kecantikannya, Mckayla dibicarakan banyak pengguna internet karena ekspresi kekecewaannya ketika menerima medali di podium saat ajang olimpiade tersebut. Saat itu, Mckayla tersohor dengan meme bertajuk not impressed face.


3. Maria Sharapova


Maria Sharapova juga menjadi atlet paling cantik yang banyak dibicarakan di dunia maya. Sharapova yang dijuluki sebagai ratu di atas lapangan tenis ini memang memiliki wajah cantik, tubuh tinggi jenjang, dan kulit putih.Petenis asal Rusia ini juga terkenal dengan gaya bermainnya yang selalu berteriak keras ketika mengembalikan bola ke lawan.


4. Danica Patrick


Pembalap NASCAR, Danica Patrick, menjadi atlet paling cantik yang menghebohkan dunia maya setelah dirinya menjadi pembalap wanita satu-satunya di ajang Nascar 500 saat ini dan menjadi salah satu pembalap dengan gaji tertinggi di balap tersebut.

Danica tercatat sebagai pembalap dengan gaji tertinggi kelima dengan total pendapatan sebesar USD 15 juta atau setara Rp 157 miliar. Selain miliki mental juara, wajah Danica pun sukses merenggut hati tak hanya pecinta Nascar tetapi juga para netizen dari seluruh dunia.

5. Laure Boulleau


Laure Boulleau merupakan salah satu pe sepakbola Prancis paling terkenal. Selain karena skill olah bolanya yang mumpuni, Luare juga dikenal banyak orang lewat dunia maya karena kecantikannya. Laure sendiri saat ini masih menjadi anggota timnas sepakbola wanita Prancis dan memperkuat klub PSG

[Grafik] Senarai 10 EXCO Kjaan Negeri Selangor yang baru

Infografik Exco Selangor

Pulih hubungan suami isteri - berbulan madu kali kedua


BERJALAN sambil berpimpin tangan, bertemu, menikmati makan malam romantik dan menonton wayang bersama adalah antara aktiviti yang sering dilakukan ketika sepasang kekasih sedang hangat dilamun cinta.

Namun, hakikatnya aktiviti sedemikian jarang diamalkan oleh pasangan yang berkahwin terutamanya jika sudah lama mendirikan rumah tangga.

Jika diamati, aktiviti tersebut harus dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin untuk memupuk perasaan sayang.

Mungkin ada yang malu untuk berjalan berpegangan tangan dengan lelaki atau wanita yang pernah mengharungi susah senang bersama selama bertahun-tahun.

Bagi pengusaha salon, Azlina Mat Arif, 39, perkara tersebut dipandang enteng selama sedekad dia melayari perkahwinan.

Hubungan wanita yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu dan suaminya, Zainudin Abdullah, 38, seorang kakitangan swasta semakin renggang kerana mereka jarang berkomunikasi di rumah. Kekangan masa kerana lebih menumpukan perhatian terhadap perniagaan secara tidak langsung menjarakkan hubungan mereka.

Ibu kepada dua anak itu menjelaskan, keselesaan yang dinikmati hasil titik peluhnya sendiri menyebabkan dia merasakan berdiri sendiri tanpa berharap kepada suami.

"Apabila kita mempunyai segala-galanya, ego kita makin tinggi. Kita sukar melihat kesilapan sendiri sebaliknya mudah nampak kekurangan orang lain.

"Perasaan sedemikian menyebabkan wujud pertelingkahan antara saya dan suami sehingga kami hampir mengambil keputusan untuk berpisah," luah Azlina kesal.

Dia yang memberi lebih tumpuan kepada salon menyebabkan komunikasi antara dia dan suami semakin hambar. Menurut Azlina, untuk mengatasi kemelut rumah tangga tersebut, dia dan suami pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan khidmat nasihat, malangnya usaha tersebut gagal.

Bagaimanapun, Azlina masih menaruh harapan untuk memulihkan kemelut rumah tangganya. Hasil saranan kenalannya, Azlina memujuk suami untuk sama-sama menyertai program Bulan Madu Kedua anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Pulau Langkawi, Kedah itu banyak mengubah persepsi dan memberi harapan baharu kepada Azlina dan suaminya.

Menceritakan pengalaman menyertai program tersebut, ternyata Azlina gembira dengan fasa yang dilaluinya.

"Alhamdulillah, hubungan kami semakin pulih selepas menyertai program tersebut. Kami merasakan seolah-olah pasangan yang baru berkahwin.

"Kini suami tidak segan untuk berjalan sambil berpimpinan tangan apabila keluar makan atau ke mana-mana selepas menyertai program tersebut," ujarnya.

Menurut Azlina, aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut banyak mengubah persepsinya terhadap suami dan menyedarkan mereka tentang banyak perkara.

Pada hari pertama program, para peserta akan menyertai aktiviti mengenal pasangan masing-masing.

Para peserta dikehendaki menyenaraikan beberapa perkara tentang pasangan seperti warna, makanan dan lain-lain yang menjadi kegemaran pasangan.

Apa yang mengejutkan wanita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Na ini, perkara yang disenaraikan oleh suami mengenai dirinya adalah tepat.

"Selama ini Kak Na fikir dia tidak ambil berat mengenai Kak Na. Rupa-rupanya dia tahu segala-galanya tentang Kak Na," luahnya.

Tambah pengusaha salon ini, aktiviti yang paling menyentuh hatinya sepanjang menyertai program tersebut adalah ikrar cinta.

Fikir panjang

Para peserta dikehendaki menulis dan melafazkan ikrar cinta di hadapan pasangan masing-masing termasuklah memberi ucapan penghargaan dan meluahkan perasaan masing-masing.

"Kak Na sangat sebak ketika itu apabila suami mengucapkan terima kasih kepada Kak Na kerana sudi menjadi isterinya.

"Semasa melafazkan ikrar, Kak Na nampak ketulusan pada diri suami, dia juga menitiskan air mata. Suami menangis sedangkan Kak Na tidak pernah melihat dia menangis di hadapan orang lain," jelasnya ketika dihubungi.

Azlina menasihatkan para pasangan supaya berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berpisah kerana baginya peluang memulihkan hubungan masih ada jika setiap pasangan memuhasabah diri.

Sementara itu, bagi pengusaha kedai komputer dan alat tulis, Aina Khadijah Sapai, 30, program Bulan Madu ini berjaya memperbaiki hubungannya dengan suami yang telah merancang untuk berpisah.

Katanya, program berkenaan banyak memberi pengajaran yang berguna kepada para peserta terutama dalam menghadapi konflik rumah tangga.

"Sesi luahan perasaan antara aktiviti yang mendorong para peserta meluahkan apa-apa yang terpendam dalam hati secara jujur.

"Peserta juga diberi penekanan tentang peranan sebagai isteri atau suami dan tanggungjawab kita kepada keluarga," ujarnya yang sebelum ini suka memendam rasa apabila berdepan dengan konflik rumah tangga.

Akibatnya, setelah sekian lama memendam rasa, masalah yang kecil pun boleh menjadi besar.

Semasa menyertai program tersebut, peserta dinasihatkan supaya berbincang tentang masalah yang dihadapi. Melalui perbincangan itu, mereka dapat menyelami perasaan masing-masing.

"Sejak mengikuti program ini, hubungan saya dan suami sangat baik. Kami dapat rasakan hubungan seperti pasangan yang sedang dilamun cinta," ujarnya ketika dihubungi.

Aina mengakui pada peringkat awal, suaminya, Mohd. Mahadi Abdul Rahman, 36, seorang kakitangan swasta agak keberatan untuk menyertai program tersebut.

Namun, Aina telah memberi kata dua kepada suami jika dia benar-benar sayang rumah tangga mereka.

Hasilnya, mereka kini bahagia bersama empat cahaya mata. Mereka juga sering merancang aktiviti percutian keluarga setiap tahun sebagai salah satu cara untuk merapat dan meluangkan masa bersama.

Program Bulan Madu Kedua dianjurkan oleh YPKT dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara suami dan isteri. Program yang diperkenalkan enam tahun lalu itu berlangsung selama tiga hari dua malam sebanyak lapan kali setahun.

Menurut Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa, sebanyak 391 pasangan telah menyertai program tersebut sehingga tahun 2013.

"Daripada jumlah tersebut, 97 peratus pasangan dapat memulihkan hubungan mereka dan memberi respons yang positif.

"Sambutan untuk menyertai program ini sangat baik. Biasanya kuota untuk setiap program ialah antara 30 hingga 35 pasangan dan ia tersebut sentiasa penuh," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, program tersebut diadakan di pusat peranginan dalam negara untuk mewujudkan suasana seperti berbulan madu. Suasana tersebut akan mengingatkan kembali kenangan-kenangan manis yang pernah dialami oleh pasangan dan menjadi salah satu sebab untuk mereka bermuhasabah.

"Program ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan para peserta hanya perlu datang untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan,"jelas beliau.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah makan malam romantik, muhasabah diri dan ikrar cinta.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3ET0heEVc
Hakcipta terpelihara

Thursday, 25 September 2014

Suasana di UNISEL apabila Azhar Idrus datang untuk mendaftarkan anak lelakinya



KEPERCAYAAN USTAZ AZHAR IDRUS KEBANGGAAN UNIVERSITI

Proses pendaftaran pelajar baru pengajian tahun asas hari ini dikejutkan dengan kehadiran Penceramah bebas terkenal tanahair, Ustaz Azhar Idrus yang berada di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam.

Kehadiran beliau itu menjadi tumpuan para pelajar yang rata-rata mengambil kesempatan untuk berjumpa serta bergambar. Beliau berada di UNISEL bertujuan untuk mendaftarkan anak lelakinya mengikuti program tahun asas perakaunan.

Azhar berkata, beliau memilih UNISEL sebagai tempat pengajian anaknya kerana yakin dengan reputasi universiti ini. Baginya, UNISEL di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai medan terbaik untuk anaknya menuntut ilmu.

Beliau ternyata tidak ragu-ragu membuat keputusan membenarkan anaknya melanjutkan pelajaran di UNISEL kerana menaruh kepercayaan tinggi terhadap mutu pembelajaran serta pengajaran disediakan.

“Senarai program yang ada di UNISEL sememangnya bagus lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri. UNISEL bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti & sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Malware 'Zeus' Sasar Pengguna Maybank2U, CIMBClicks Melalui Smartphone Android

Hari ini, laman Facebook CyberSecurity Malaysia, sebuah organisasi di bawah MOSTI, telah memuat status tentang sejenis malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks.

Walaupun malware yang bernama 'Zeus' itu sudah lama wujud, tapi kini penciptanya mula mensasarkan pengguna perbankan online di Malaysia. Sebelum ini, malware yang sama dilaporkan berjaya mencuri lebih US$47 juta!

Di Malaysia pula kerugian sudah dilaporkan sudah mencapai RM60,000 sepanjang bulan ini dan kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Lembah Klang, lapor Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, memetik Utusan Malaysia.

Ikuti butiran dibawah untuk informasi yang lebih jelas mengenai Zeus :


Siapa Mangsa Malware Zeus :


  • Pengguna Telefon Pintar yang menggunakan Android
  • Pengguna Sistem Windows yang tidak di update

Bagaimana Zeus Bertindak :
  • Malware tersebut akan memaparkan satu laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan online dan meminta no telefon dan sistem pengoperasian.

  • Kemudian, malware tersebut akan menghantar satu SMS berupa link kepada satu installer Android (APK). Apabila pengguna menginstall apk tersebut telefonnya akan berada di bawah kuasa penggodam. Dengan cara ini, penggodam dengan senang mendapat maklumat peribadi mangsa.


Objektif Utama Zeus 

  • Mendapatkan username dan password akaun perbankan online mangsa
  • Mendapatkan kod pengesahan TAC dari bank di dalam SMS mangsa 

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna diminta bagi mengemaskini perisian antivirus dan juga sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perbankan online. Pastikan aplikasi yang anda install berasal dari Play Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai malware ini sila ke laman cybersecurity. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar mengenai malware ni, boleh lihat kodnya di github . - SiakapKeli.com

sumber : http://www.siakapkeli.com/2014/09/malware-zeus-sasar-pengguna-maybank2u.html

Ku sangka dua, rupanya empat!


http://alledupk.com/wp-content/uploads/2013/06/2+24.gif

MULA - mula satu, kemudian dua, akhirnya menjadi empat. Maaf, saya tidak bercakap mengenai suami yang suka berpoligami. Tidak juga saya hendak mengulas Madu Tiga, filem klasik P. Ramlee yang sentiasa mala segar itu.

Saya bercakap mengenai insiden terkini kebocoran soalan peperiksaan. Sama seperti filem-filem seniman agung itu yang sudah berpuluh kali diulang tayang, soalan bocor pun adalah drama yang berkali-kali dimainkan semula.

Seingat saya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih empat dekad lalu, sudah timbul isu soalan bocor. Beberapa guru memberitahu murid-murid mengenai soalan subjek tertentu yang akan keluar.

Tepat seperti yang diberitahu, pada hari peperiksaan soalan-soalan berkenaan betul-betul keluar, sebiji-sebiji. Selepas selesai peperiksaan murid-murid berkumpul di kantin dan bersorak riang: "Soalan bocor! Soalan bocor!" Tidak ada apa-apa tindakan pun.

Tahun demi tahun setiap kali ada peperiksaan penting – Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – ada sahaja cerita soalan bocor.
Sesetengahnya diakui oleh pihak kementerian tetapi banyak juga yang dibiarkan begitu sahaja. Pendek kata, kebocoran bukan lagi satu berita, malah sudah menjadi seperti budaya dan sebahagian ciri dalam sistem pendidikan kita.

Cuma sehari dua ini kebocoran menjadi isu besar negara. Mula-mula dikesan bocor hanyalah subjek Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2. Kemudian kementerian mengesahkan subjek Sains 018, 028 dan 038 juga bocor. Murid-murid diminta menduduki peperiksaan ulangan dua subjek ini pada 30 September ini.

Dari dua menjadi empat, apabila subjek Matematik 015/1, 025/1 dan 035/1, juga subjek Bahasa Tamil 036, 037 disahkan bocor. Peperiksaan untuk dua subjek tersebut akan diulang pada 9 Oktober ini.

Kebocoran kali ini mendapat perhatian semua pihak, daripada pemimpin kecil hingga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dua pegawai tertinggi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) digantung tugas, 14 orang – termasuk beberapa guru – ditahan untuk membantu siasatan.

Heboh 'satu Malaya', pada hal yang bocor itu bukan soalan peperiksaan penting untuk memasuki universiti, tetapi hanya peperiksaan untuk murid sekolah rendah yang baru berusia 12 tahun.
Kecoh '1Malaysia', pada hal Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanyalah peperiksaan biasa yang tidak ada apa-apa kesan sama ada murid mendapat 27 A atau 27 E. Gagal atau lulus, pelajar boleh diterima masuk ke sekolah menengah.

Kebocoran kali ini tentu sekali mengecewakan ibu bapa. Anak mereka yang baru awal belasan tahun menghadapi tekanan mental yang amat teruk kerana terpaksa menduduki semua peperiksaan.

Tidak menghairankan sekiranya ada ibu bapa mempertikai kewajaran mengulangi semula peperiksaan berkenaan. Seorang ibu di Petaling Jaya memberitahu, seperti yang dilaporkan media: "Lulus cemerlang atau gagal, mereka boleh masuk ke sekolah menengah, jadi apa perlunya peperiksaan ulangan? Hanya menghabiskan masa dan duit."

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, langkah melaksanakan semula ujian tersebut adalah bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR.

Secara peribadi saya sama sekali menentang kebocoran seperti ini. Sudah jelas dan nyata bahawa ada yang tidak amanah dalam kes ini, boleh jadi pegawai dan kakitangan LPM, boleh jadi guru, malah bukan tidak mungkin pihak pengurusan sekolah.

Kenapa baru sekarang kita bercakap mengenai SOP, sedangkan perkara seperti ini sudah berulang kali terjadi sejak berpuluh tahun dulu. Selama ini semua orang tahu soalan bocor setiap kali peperiksaan. Ini bukan rahsia lagi. Nyata sekali selama ini SOP yang ada tidak dipatuhi.

Jadikan insiden UPSR 2014 ini sebagai permulaan untuk kita memperbetul dan mematuhi SOP. Tidak kira siapa, mereka yang terlibat dalam kebocoran kali ini mesti dihukum di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Sepatah kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan mencari penjenayah bocor ini hingga ke lubang cacing. Semoga kali ini betul-betul dapat cacing, bukan tahi cacing.


Skuad bola keranjang wanita Qatar menarik diri kerana isu hijab

Skuad bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di Sukan Asia di sini, pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.

Pegawai dari Qatar berkata peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) yang melarang atlet wanita memakai tudung bermain sesungguhnya sudah bertentangan dengan prinsip Olimpik.

Hampir separuh daripada skuad Qatar memakai hijab dan mereka dijadualkan bertemu Mongolia dalam perlawanan kelayakan di sini, semalam.

"FIBA tak benarkan pemain kami yang bertudung untuk bermain. Jadi kami terpaksa menarik diri daripada kejohanan di sini," kata ketua jawatankuasa sukan wanita Qatar, Ahlam Al Mana.

"Apa yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan matlamat IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) yang bermaksud membabitkan negara daripada budaya berbeza dan juga slogan Sukan Asia di Incheon yang menyebut 'Diversity Shines here'."

Al Mana berkata Qatar sudah tahu akan larangan itu terlebih dahulu tetapi berharap dapat memujuk FIBA mengubah pendiriannya.

Dia menambah, pasukan dari negara lain yang terbabit dengan larangan itu tidak hadir pada temasya di Korea Selatan.

Tidak ada sebarang komen segera diperoleh daripada FIBA atau OCA. Bola sepak adalah antara sukan yang kini membenarkan atlet wanita memakai tudung mengikut agama berikutan perubahan peraturan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - AFP

Jenayah ragut: Apa kesudahannya?


KIRA-KIRA tujuh tahun lalu isteri saya diragut beg dan barang kemas sebanyak dua kali semasa berjalan kaki di antara Jalan Pandah Indah 14 ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah.

Saya juga pernah melihat kes ragut di hadapan rumah saya di taman perumahan sama. Begitu juga, saya dimaklumkan mengenai pe-ningkatan kes ragut dari semasa ke semasa di kawasan tersebut.

Saya percaya setiap kes ragut di kawasan tersebut telah dilaporkan serta rondaan polis di buat dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini tersebar kisah dimana seorang gadis dicederakan dengan tangannya ditetak semasa meragut beg beliau.

Persoalannya, setakat mana keberkesanan seseorang individu berjaga-jaga, penduduk dan sukarelawan mengawal kawasan di setiap masa dan penjuru taman secara efisien?

Bagi pihak polis pula, keberkesanan pemantau dan rondaan di kawasan tugasan yang agak luas untuk tindakan secepat mungkin.

Apa yang kekurangan kini adalah kesepakatan untuk bekerjasama di antara penduduk, orang awam dan pihak berkuasa. Begitu juga mencari mekanisme secara efektif untuk membendung jenayah ini yang berlarutan dan semakin merbahaya.

Dalam lawatan saya ke Guang Zhou, China sedikit masa lalu, saya perhatikan pemantauan terhadap laluan orang awam ialah melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di laluan orang awam yang dipantau terus kepada pihak berkuasa berhampiran.

Oleh itu saya sarankan setiap laluan orang awam terutama di tepi jalan atau lorong ke arah stesen pengangkutan awam seperti LRT dan bas atau teksi perlu dipantau dengan CCTV yang disambung terus ke balai atau pondok polis berdekatan atau pondok komuniti atau pengawal penduduk kawasan tersebut.

Dengan sistem CCTV yang berkualiti serta pencahayaan lampu yang terang di laluan tersebut, sebarang ancaman dapat dikenal pasti, pengecaman suspek senang dikenal pasti serta memperoleh barang bukti yang jelas.

Saya percaya inisiatif ini dapat perhatian pihak berkuasa tempatan serta penduduk tempatan pula dapat memberi sumbangan sama ada daripada segi kos, masa dan tenaga untuk kerja pemantauan dari pondok-pondok pengawal tersebut.

Begitu juga, pihak berkuasa se-

perti polis dan majlis tempatan dapat membuat kekerapan rondaan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes jenayah ragut dan ugut.

Diharap pemantauan secara kolektif antara pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran, pihak polis dan penduduk tempatan dapat membendung kes ragut yang semakin meningkat.

TENGKU MAN

Pandan Indah

Alat pencegah hamil untuk lelaki

Alat pencegah kehamilan biasanya lebih sinonim kepada golongan wanita atau isteri. Sejak sekian lama beberapa alat pencegahan kehamilan telah dibangunkan seiring dengan kemajuan teknologi perubatan bertujuan untuk merancang kehamilan.

Biarpun terdapat beberapa kaedah pencegahan kehamilan membabitkan pihak lelaki, kaedahnya terhad seperti penggunaan kondom atau pembedahan vasektomi atau pemandulan.

Begitu pun dalam tempoh tiga tahun akan datang golongan lelaki bakal mempunyai lebih banyak pilihan dalam penggunaan alat pencegah kehamilan, yang tidak perlu melibatkan penggunaan kondom.

Ujian terhadap alat pencegah kehamilan baharu berbentuk suntikan, Vasalgel, ini menunjukkan keputusan yang cukup meyakinkan.

Ketika ini ia sedang dibangunkan oleh Yayasan Parsemus, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat menjalankan penyelidikan perubatan yang berbentuk penyelesaian masalah pada kos yang rendah.

Pertubuhan itu berharap kaedah baharu itu akan lebih murah, bertahan lama dan boleh diterbalikkan (kembali ke asal).

Vasalgel adalah hidrogel polimer yang akan disuntik ke dalam vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma ke zakar.

Gel tersebut akan bertindak menyekat pengaliran sperma, sekali gus menghindari kehamilan.

Mereka berkata, prosedur ini mempunyai kesan yang sama jika melakukan pembedahan vasektomi (pemandulan), tetapi kurang berbahaya memandangkan ia tidak memerlukan pembedahan dan tiub vas deferens hanya disekat dengan gel, bukan memotongnya.

Mereka juga berharap kaedah pencegahan hamil ini lebih murah dengan kosnya tidak melebihi daripada harga sebuah TV skrin leper.

Dalam ujian yang sedang dilakukan ketika ini terhadap babun, tiga haiwan tersebut disuntik dengan alat pencegah hamil Vasalgel. Setiap babun tersebut kemudian diletakkan di dalam sangkar bersama 10 hingga 15 babun betina.

Selepas enam bulan, tiada seekor pun babun betina tersebut bunting.

Apa pun ujian tersebut masih berjalan dan menjelang akhir tahun ini, Yayasan Parsemus yakin akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai sama ada Vasalgel tersebut berkesan atau sebaliknya.

Mereka menambah, jika segalanya berjalan lancar pihak penyelidik merancang untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia bermula tahun depan.

Antara kelebihan alat pencegah kehamilan ini, keadaan boleh kembali ke asal. Maksudnya, jika lelaki tersebut mahu sekatan tersebut dihapuskan, satu lagi gel polimer boleh disuntik untuk membuang Vasalgel yang menyekat sperma.

Produk tersebut mempunyai asas sama dengan satu lagi alat pencegah hamil lelaki yang sedang dibangunkan dipanggil RISUG.

Kedua-duanya, RISUG dan Vasalgel bertindak pada prinsip penggunan gel bagi menyekat tiub vas deferens, tetapi dengan formula berbeza.

Apa yang tidak disebut oleh Yayasan Parsemus ialah berapa lama suntikan Vasalgel boleh bertahan sebagai alat pencegah hamil, namun setakat ini suntikan RISUG dikatakan boleh bertahan untuk 10 tahun.

Jurucakap dari Yayasan Parsemus berkata: “Kami sedang berusaha untuk memasarkan Vasalgel secepat yang mungkin, tetapi ujian dari aspek keselamatan dan keberkesanannya perlu diselesaikan dengan betul.

“Vasalgel ketika ini diuji pada haiwan. Ujian pada manusia dijangka bermula awak tahun 2015 dan antara 2015 hingga 2016 untuk ujian lebih besar.

“ Jika semuanya berjalan lancar dan kita memperoleh cukup sokongan daripada orang awan, kami berharap dapat mengeluarkan Vasalgel di pasaran pada 2016-2017," kata jurucakap tersebut.

Yayasan itu juga dijangka akan merayu sumbangan daripada orang awam bagi membiayai ujian klinikal ke atas manusia pada tahun depan.

Kaedah lain pencegah hamil untuk lelaki

Satu lagi alat pencegah hamil untuk lelaki yang sedang diperingkat awal kajian adalah pill ‘cadar bersih’ atau ‘orgasma kering’.

Ubat ini boleh diambil sebelum melakukan hubungan seks, yang akan membuatkan tiada pengeluaran air mani ketika orgasma (puncak syahwat).

Lelaki tersebut masih merasai nikmat orgasma yang sama tetapi tiada air mani dikeluarkan.

Para penyelidik merancang untuk mereka ubat yang akan memberi kesan dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilannya, tetapi akan hilang keberkesanananya dalam tempoh 24 jam.

Lelaki hanya akan mengambil pil tersebut jika diperlukan iaitu sebelum melakukan hubungan seks. - Agensi

Kebaikan mandi ais untuk kesihatan manusia


MANDI ais juga dapat membantu seseorang menjadi lebih kurus.

Mungkin pembaca .com sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140920/kn_01/Kebaikan-mandi-ais#ixzz3EG0vJ2SG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 24 September 2014

Membongkar Rahsia Bengkel Kereta "KETUK MAGIC"

 

Diy Paintless Dent Removal (PDR)


Pertanyaan diajukan..
Dhe said kalo kete kemek kat pintu... ade diy ke, solution or suggestion nak wat tp tanpa perlu cat or simen semula. Sbb tk de bajet hantar wokshop?  

Jawapan Kami
Thanks pada Dhe bertanya... Maaf agak lambat membalas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak jawab ni..  Tapi saya cuba berikan beberapa pandangan.. Mudahan ianya berguna pada korang semua..

 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Paintless Dent Removal (PDR)
Repair Kemek Body kereta
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Terdapat beberapa produk di pasaran yang boleh digunakan untuk membaiki lekuk atau kemek (dent) pada kereta tanpa perlu cat semula tempat kemek tu .. boleh cuba cari kat kedai hardware atau pembekal peralatan kereta, ada jual kat situ... Cuma rasanya ianya hanya boleh digunakan pada kemek (dent ) yang kecil sahaja ( minor problem)... Kalau kemek akibat eksident yang melibatkan permukaan dent yang besar  atau melibatkan tulang chasis ( tu dah di kira major) mmg cara ni tak berkesan... apa pun boleh cuba try mana yang patut macam cara kat bawah ni..

1) “Dent Bridge Glue Puller kit”
Boleh cari “Dent Bridge Glue Puller” kalau tak silap jenama Ding king… Dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, set perumah pulling bridge, Tap-down tool dan Scraper ..
First, bersihkan permukaan permukaan kemek (dent) dari kotoran seperti habuk, bekas wax  dan minyak…
Gunakan Hot Glue Gun ( letakkan glue di permukaan kemek) untuk melekatkan  pulling tabs..
Kemudian  pulling tabs dipasang pada set perumah pulling bridge.. Putar skrew nut untuk mengetatkan pulling tabs supaya melekat dengan kukuh pada permukaan body kereta kemek tersebut.. Biarkan seketika supaya glue kering.. Kemudian pisahkan kembali( tanggalkan keluar) pulling tabs pada set perumah pulling bridge…
Sekali lagi Gunakan Hot Glue Gun ( letakkan glue di sekeliling atas permukaan pulling tabs pula.. Untuk  memperkukuhkan lagi glue tersebut pada pulling tabs…
Kemudian  sekali lagi pulling tabs dipasang pada set perumah pulling bridge.. Putar skrew nut tengah ke kanan supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar.. Sehinggalah glue pulling tabs tu tertanggal  dari body kemek itu…
Ini hasil selepas repair… Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu dah tak berapa nampak lagi kemek tu… 

2.“Dent Lifter Glue Puller kit”
Yang ni pulak kalau guna “Dent Lifter Glue Puller” Sama jugak dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, set perumah Lifter Puller, Tap-down tool dan Scraper ..
Cara nak guna Dent Lifter Glue Puller sama juga macam cara kat atas tu.. Pulling tabs kena di lekatkan dengan hot glue gun pada tempat kemek.. Kemudian tekan grip Dent Lifter Glue Puller tu.. pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar.. Sehinggalah glue pulling tabs tu tertanggal  dari body kemek itu…
Selepas kita buat repair tu … Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal (tak berapa nampak lagi kemek tu ) 

3.“Dent Slide Hammer kit ”
Yang ni pulak cara gunakan Slide Hammer.. Sama jugak dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, Slide Hammer,Tap-down tool dan Scraper ..
Bentuk Pulling tabs kali ni lain sikit dari macam kat atas tapi fungsinya tetap sama.. Pulling tabs kena di lekatkan dengan hot glue gun pada tempat kemek..
Lepas tu gunakan Slide Hammer lekatkan pada Pulling tabs.. Cara nak guna Slide Hammer ni kat bahagian tengah tu ada besi sentap keluar hingga penghujung slide..tarik besi slide tu jangan sentap kuat sangat... agak-agak slow sentap besi slide tu supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar setelah di sentap  Slide Hammer beberapa kali ..
Dapat kita lihat perbezaan sebelum dan selepas… Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal

Dent nylon tap knock down
Selalunya ketiga-tiga peralatan / cara diatas tu akan disertakan sekali dengan Dent nylon tap knock down.. Ianya berbentuk seakan- akan pensil diperbuat dari plastik nylon...
Penggunaan Dent nylon tap knock down adalah bertujuan untuk kerja- kerja memperkemaskan dan meratakan permukaan kemek (dent) kembali setelah ditarik keluar..
Selalunya kesan kemek (dent) yang di tarik akan menyebabkan beberapa permukaan body  tidak rata ( ada kesan permukaan timbul atau berbonjol akibat terlebih tarik).. Hujung mata Dent nylon tap knock down pada permukaan body timbul kemudian diketuk dengan hammer getah dengan perlahan untuk meratakan kembali permukaan body tersebut

4.“Dent Cup Puller Tool kit ”

Yang ni pulak cara gunakan Dent Cup Puller Tool.. Kalau tak silap dari jenama Bondo.. Benda ni lagi senang dan simple nak guna untuk tarik kemek (dent) pada body.. 
Cara nak guna Cup Puller Tool ni Cuma lekap pada tempat kemek tu.. Kemudian tarik kedua-dua grip keatas..  Kemudian tarik Cup Puller Tool  keluar secara perlahan-lahan untuk menarik body kemek tersebut..
Ok ni contoh guna Cup Puller Tool dan hasilnya Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal

5.“Guna Plunger Toilet ”
Ini bukan nak buat lawak yerrr...... Kalau kereta kita Kemek / lekuk (dent) kecil.. Boleh cuba guna plunger toilet untuk tarik permukaan body kereta kemek.. tapi kena tengok jugak tahap mana dent tu... kalau dent tu baru ajer kena, tak berapa besar dan dent tak dalam sangat kemeknya atau body kereta tu lembut... mungkin boleh guna cara ni....
First, Basahkan permukaan tempat body kemek tersebut dengan air.. ( klu nak senang lapkan dengan kain basah, supaya plunger dapat melekap dengan sempurna)  ambil plunger tekap pada permukaan kemek.. Kemudian sentap plungger tersebut.. kadang-kala cara ni menjadi... tapi kadang kala tak berkesan... apa pun cuba lah mana tau menjadi....

***Perhatian: Cara diatas kesemuanya hanya dapat mengurangkan kesan kemek (dent) supaya tak lah nampak sangat kesan lekuk pada permukaan body kereta buat sementara... kalau nak perfect tu kena jugak hantar bengkel ketuk body dan hantar spray cat semula... tu yang lebih baik... 

Sila tinggalkan pesanan..Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment 

SUMBER >> http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/06/diy-paintless-dent-removal-pdr.html

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive