UtusanDaily

Friday, 6 December 2013

Live Maharaja Lawak Mega minggu 4

LIVE STREAMING !!! Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-04


Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-04 - LIVE !!

Tugasan Minggu Ini : Spoof (Parody)
Siarang langsung ini dibawakan khas oleh Pencuri Movie

Ke mana perginya buah-buahan berkualiti kita?

DEAN DEEN
Petaling Jaya

CADANGAN untuk menubuhkan Food and Agro Council for Export (FACE) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sesi pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini amat dialu-alukan.

Konsep dari ladang ke pasaran eksport ini jelas dapat meningkatkan pendapatan petani dan pekebun apabila hasil keluaran mereka seperti buah-buahan dapat dipasarkan ke luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pulangan tinggi.

Permintaan buah-buahan tropika seperti betik, jambu batu dan belimbing dari luar negara sememangnya tinggi terutama dari China dan Asia Barat yang mempunyai bilangan pengguna yang ramai.

Tidak hairanlah pihak kerajaan melalui Bajet 2014 telah memperuntukkan RM6 bilion ke atas sektor pertanian bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian terutamanya buah-buahan bagi tujuan eksport yang dapat meningkatkan tahap pendapatan petani dan peladang.

Persoalannya di sini adakah bekalan buah-buahan tempatan seperti betik, belimbing dan jambu batu mencukupi bagi memenuhi permintaan tersebut?

Bagaimana pula kita dapat memenuhi permintaan dalam negeri jika tumpuan hanya diberikan kepada permintaan luar negara yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi sedangkan bekalan yang sedia ada masih dalam kuantiti yang sama?

Kekurangan bekalan buah-buahan tropika seperti betik, jambu batu (tiada biji) dan belimbing madu di pasaran tempatan semakin ketara lantaran keghairahan kita mengeksport buah-buahan tersebut ke luar negara. Jika ada sekali pun hanya buah-buahan yang berkualiti rendah yang sudah pastinya tidak dapat memenuhi keperluan pengguna terutama bagi mereka yang mementingkan kualiti.

Kesan sampingan dari kekurangan tersebut menyebabkan pasaran tempatan dibanjiri oleh buah-buahan tropika dari Thailand yang tahap keselamatannya masih diragui.

Ketiadaan pilihan dan kekurangan maklumat mengenai kualiti buah-buahan tersebut menyebabkan pengguna berterusan membelinya tanpa menghiraukan tahap keselamatan serta merasa berpatutan apabila harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari buah tempatan.

Bagi menjayakan projek FACE seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kita perlu menambah hasil keluaran dengan membuka lebih banyak tanah pertanian bagi menampung keperluan dalam dan luar negara.

Kita tidak mahu lagi menikmati buah-buahan dari negara jiran sedangkan kita berupaya mengeluarkannya sendiri kerana faktor kesesuaian tanah dan iklim yang sama. Jangan nanti kita dihidangkan dengan buah-buahan dari negara jiran sedangkan buah-buahan yang dihasilkan sendiri dijual keluar negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131126/fo_03/Ke-mana-perginya-buah-buahan-berkualiti-kita#ixzz2mgOk6KYf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 5 December 2013

K'jaan teruskan AES untuk kurang kesalahan trafik

Kerajaan bersetuju untuk teruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah menambah baik dan memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan yakin sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang menyumbang kepada 30 peratus kematian akibat kemalangan.

Atas komitmen itu juga kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada dua syarikat yang menguruskannya sebelum ini - ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kini AES diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, katanya semasa membentangkan usul untuk kerajaan membuat pelaburan memperoleh 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd pada nilai RM1 bagi seunit saham.

Ahmad berkata kes kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 22,338 kes (5.5 peratus).

"Kematian akibat kemalangan juga meningkat daripada 6,527 pada 2008 kepada 6,917 (2012)," katanya.

Ahmad berkata jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun turut menyumbang kepada kesalahan lalulintas di negara ini. Pada tahun 2008 sebanyak 18 juta kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meningkat kepada 22.7 juta pada 2012.

"Ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar dengan JPJ sebanyak 6.03 peratus bagi tempoh lima tahun (1.8 juta)," katanya.

Menyedari perkara itu, menurut Ahmad, kerajaan mengambil langkah melaksanakan sepenuhnyanya AES pada penghujung tahun lepas bagi menangani kesalahan lalulintas, kemalangan serta mengurangkan kematian pengguna jalan raya.

"AES merupakan kaedah terbaik berdasarkan sistem penanda aras penguatkuasaan lalu lintas yang diamalkan di Sweeden, Perancis, United Kingdom dan China," katanya.

Ahmad berkata AES dipasang di 310 kawasan kerap kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang dapat membantu mendisiplinkan pemandu dan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap sekali gus membawa kepada amalan pemanduan yang lebih berhemah.

Katanya AES membantu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC).

"Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus, dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya.

Pada sesi akhir hari ini, Dewan Rakyat turut meluluskan usul untuk kerajaan membuat pelaburan dalam syarikat AES Solution Sdn Bhd dengan modal berbayar RM10 juta dengan nilai RM1 bagi seunit saham.

Usul itu yang dibahas oleh empat pembahas daripada parti pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), telah diluluskan dengan lebih suara yang bersetuju.

- Bernama

Rabecca anggap Erma berdendam

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SELAIN menerima syiling 5 sen, Rabecca turut menerima senaskhah al-Quran daripada Erma.


BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.

Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.

Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus.

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.

Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Kosmo!: Boleh saya minta komen tentang isu saman dan bayar guna syiling 5 sen itu?

ERMA: Saya minta maaf, saya tidak mahu beri komen apa-apa tentang perkara ini. Ini kerana jika saya beri komen, ia seperti saya memberi publisiti kepada dia. Ini kerana bila saya komen, saya akan sebut namanya. Saya kira, itu yang dia mahu sebenarnya. Jika dia mahu publisiti, biarkan dia.

Benarkah Rabecca mendakwa anda menggunakan media pihak atasan supaya tidak mengeluarkan artikel tentang kekalahan anda?

Saya benar-benar minta maaf, saya tidak mahu komen apa-apa pun. Walaupun ada yang bertanya sebelum ini, saya berikan jawapan yang sama. Saya tidak mahu beri publisiti kepada perempuan itu. Biarlah hanya bercerita tentang kerja sahaja.

INILAH bungkusan duit syiling yang diterima Rabecca.


KOSMO! juga telah menghubungi Rabecca tentang isu tersebut dan setelah menjawab beberapa soalan, Rabecca meminta pengurusnya iaitu Moammar Gaddafi untuk menjawab bagi pihaknya.

Kosmo!: Boleh cerita tentang isu wang syiling 5 sen yang diterima anda. Apa yang berlaku ketika itu?

Ketika itu saya berada di hospital haiwan kerana kucing sakit. Saya terima mesej dan gambar daripada peguam saya mengatakan saya telah menerima wang saman tersebut. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan saya ialah ia dibayar dalam bentuk syiling 5 sen.

Katanya, ada penghantar datang ke pejabat dan berikan kotak-kotak wang syiling tersebut berserta senaskhah al-Quran.

Adakah anda menerima wang syiling tersebut?

Mengikut undang-undang, jika jumlah wang RM30 dan ke bawah sahaja boleh terima wang syiling tapi lebih daripada itu, saya berhak pulangkan semula dan minta dalam bentuk wang kertas atau mungkin cek.

Apa tujuan dia sebenarnya? Saya tidak faham. Apa yang saya lihat, dia masih ada niat busuk hati, tambahan pula saya turut diberi senaskhah al-Quran. Penghinaan apakah sebenarnya ini.

Saya juga dapat maklumat yang mengatakan ada seseorang yang hadir ke bank untuk menukar jumlah itu dengan wang syiling 5 sen. Saya anggap perangai sedemikian seperti kebudak-budakan dan sepatutnya dia harus teruskan hidup seperti biasa.

Jadi, anda rasa dia tidak dapat terima kekalahan?

Mungkin anda boleh berbicara dengan pengurus saya iaitu Moammar Gaddafi untuk jawapan lanjut.
ERMA FATIMA tidak mahu memberi sebarang komen tentang bayaran saman bernilai RM11,200 yang dibayar menggunakan duit syiling 5 sen.


Kosmo!: Sebagai pengurus, boleh komen tentang kes ini?

MOAMMAR: Keputusan sudah pun diberi oleh mahkamah, patutnya dia terima kekalahan itu. Ia seolah-olah masih ada perasaan dendam. Sepatutnya perlulah menghormati sesama kita.

Kita sama-sama manusia, Islam dan juga Melayu. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula manusia?
Berapa jumlah satu plastik wang syiling 5 sen yang ada dalam kotak yang dihantar?

Satu paket ada RM150 syiling 5 sen. Memang banyak dan berat. Buat apa mahu panjangkan isu ini, saya tidak faham dengan apa yang dimahukan. Jika begini, perkara ini tidak akan ada kesudahan.

Adakah Rabecca sendiri berasa marah dengan keadaan ini?

Kalau marah akan jadi masalah lagi. Jadi, dia tidak marah dan faham sendiri apa niat Erma. Mungkin dia (Erma) masih lagi berdendam dan jika kami yang kalah sekali pun, kami masih akan membayarnya dengan cara elok.

Duduk tegak punca tulang punggung cacat

BERSANDAR pada kedudukan 135 darjah merupakan posisi duduk yang terbaik. - Gambar hiasan

KEBIASAAN duduk tegak ternyata tidak baik untuk punggung kerana posisi ini menghasilkan tekanan yang boleh menyebabkan perubahan bentuk tulang punggung atau dikenali juga sebagai cacat tulang punggung.

Para penyelidik dari Scotland dan Kanada memberitahu, posisi duduk terbaik adalah bersandar pada kedudukan 135 darjah.

Hasil ini diperoleh selepas kajian dilakukan menggunakan mesin pengimbas resonan magnetik (MRI).

Kajian yang dilakukan di Hospital Woodend, Britain itu membabitkan 22 orang responden yang mempunyai tulang punggung sihat dan mereka kemudiannya menjalani pengimbasan MRI yang memungkinkan responden bebas bergerak, duduk atau berdiri.

Dalam kajian ini, responden duduk dalam tiga posisi. Posisi pertama adalah membongkok, dengan badan bersandar di meja atau seperti sedang mengendalikan konsol permainan.

Posisi kedua adalah duduk tegak 90 darjah manakala posisi terakhir bersandar pada kedudukan 135 darjah, dengan kaki diletakkan di lantai.

Penyelidik mendapati, pergeseran ruas pada tulang terjadi ketika terdapat beban yang ditempatkan pada tulang belakang dan ia mengakibatkan ruas tulang terkeluar daripada susunan.

Pergeseran paling banyak ditemukan pada posisi duduk 90 darjah dan paling sedikit terjadi pada posisi 135 darjah.

"Duduk sesuai dengan posisi anatomi sangat penting kerana posisi duduk yang salah boleh meningkatkan beban pada tulang belakang dan ligamen.

"Akibatnya timbul rasa sakit, bentuk tulang punggung berubah dan pelbagai penyakit kronik," kata ketua penyelidik, Dr. Waseem Bashir dari Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik di Universiti Alberta, Kanada.

Menurutnya, posisi duduk 135 darjah bagaimanapun boleh menyebabkan seseorang terjatuh.

"Mungkin sebaik-baiknya posisi 120 darjah kerana ia masih memungkinkan kedudukan yang baik antara paha dan punggung," katanya.

Data daripada Persatuan Kiropraktik Britain menyatakan, sebanyak 32 peratus daripada masyarakat menghabiskan waktu dengan duduk selama 10 jam sehari dan selebihnya tidak meninggalkan kerusi pada waktu makan tengah hari manakala yang lainnya juga kembali duduk setibanya di rumah.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2mYXEyCzT
Hakcipta terpelihara

Wanita dilahirkan tiada faraj.


BECK tetap positif menempuh kehidupan.

IMPIAN Jacqui Beck untuk menjalani kehidupan seperti kebanyakan gadis normal lain tidak kesampaian apabila dia disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu penyakit berkenaan sistem reproduksi wanita.

Sindrom itu menyebabkan gadis berusia 19 tahun itu tidak akan didatangi haid sepanjang hayatnya selain tidak boleh melakukan hubungan seksual apatah lagi memiliki zuriat sendiri.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan organ peranakannya itu tidak lengkap kerana tidak mempunyai rahim, serviks dan bukaan faraj.

Cerita Beck, ketika umurnya mencecah 17 tahun, dia masih belum didatangi haid, berbeza dengan rakan-rakan seusia lain yang sudah mengalami menstruasi seawal umur 14 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa curiga dan menganggap kelewatan itu adalah normal bagi remaja yang mempunyai tubuh kurus serta tinggi seperti dirinya.

Namun, pada musim panas tahun lalu, dia mengalami kesakitan pada bahagian leher dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor.

Cerita Beck, ketika sesi rawatan itu, dia turut memaklumkan mengenai kelewatan haidnya kepada doktor kerana berasa agak risau dengan keadaan tersebut.

"Doktor berasa agak hairan ketika diberitahu mengenai perkara itu lalu dia menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti masalah yang mungkin timbul tetapi tiada apa-apa yang dikesan.

"Saya kemudian dirujuk kepada pakar sakit puan dan alangkah terkejutnya apabila diberitahu saya menghidap MRKH," lapor portal berita Daily Mail.

Bertutur lanjut, gadis yang berasal dari Isle of Wight, England ini berkata, dia tidak mempercayai berita itu kerana secara zahir, kemaluannya kelihatan normal.

Namun, selepas mendapat penerangan daripada doktor dan melihat sendiri keputusan ujian, dia menerima takdir itu dengan hati terbuka.

Optimis

"Pada mulanya, saya fikir doktor salah diagnosis, namun apabila mengenangkan saya masih belum haid pada usia yang sepatutnya, saya mula merasakan hal tersebut masuk akal.

BECK tidak mengalami sebarang gejala sindrom MRKH sewaktu dia masih kecil.

"Saya berasa sangat sedih dan takut namun saya pasrah dengan ketentuan takdir," katanya.

Meskipun 'cacat', Beck tetap optimis menjalani kehidupan malah, dia berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai khususnya wanita yang senasib dengannya.

"Saya mahu sentiasa berfikiran positif dan merasakan hal ini bukan satu penghalang lebih-lebih lagi dalam mencari pasangan," katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej muzik di Guildford, London.

Beck juga kini berusaha mendapatkan rawatan pakar di Hospital Queen Charlotte dan Hospital Chelsea di London, England.

Menurutnya, buat masa ini, dia menjalani rawatan dilation atau pengembangan bagi membentuk serta meregangkan bukaan lubang faraj.

"Doktor memaklumkan jika cara tersebut tidak berhasil, saya terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian itu," katanya.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat, punca sindrom MRKH masih belum dapat dipastikan namun kebanyakan pakar obstetrik dan ginekologi percaya faktor genetik menyumbang kepada penyakit itu.

Bagi Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, ada juga sesetengah pakar mendakwa sindrom itu disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan perkembangan organ reproduksi yang berlaku di peringkat janin.

"Hal itu menyebabkan rahim dan bahagian atas saluran faraj tidak terbentuk," katanya.

Tambahnya, kaedah dilation dan pembedahan neovagina untuk mewujudkan saluran faraj merupakan antara cara rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat penyakit tersebut.

"Ia dilakukan apabila tisu lembut di bahagian luar faraj didalamkan lagi menggunakan alat vaginal dilator yang mempunyai pelbagai saiz dan direka khusus untuk pesakit.

"Pesakit akan diajar menggunakan alat itu supaya mereka dapat melakukannya sendiri di rumah," jelasnya.

Sementara itu, kajian yang dijalankan Yayasan Magic pada tahun 2009 mendapati, wanita yang mula-mula didiagnosis menghidap sindrom itu mengalami trauma kerana beranggapan diri mereka tidak sempurna.

"Keadaan sedemikian memberikan tekanan dan menjejaskan emosi pesakit sehingga menyebabkan mereka berasa murung, keliru dan sedih," katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2mYUQzOPj
Hakcipta terpelihara

Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen

Wartawan Sinar Harian
Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen


PELAKON dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu.

Rabecca dipetik sebagai berkata, mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.
 
Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.
 
Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di laman mikro Twitter mengenai tindakannya itu;
 
"Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.
 
"Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.
 
Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.
 
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Liga Lawak Superstar, Fizz Fairuz beri penjelasan

AQMAR MUSTAZA

Fizz Fairuz
Fizz Fairuz


Nama pelakon Fizz Fairuz, menarik perhatian ramai minggu lalu apabila namanya tidak lagi tersenarai sebagai ahli kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) dalam Liga Lawak Superstar (LLS) kerana dikatakan menarik diri.

Namun yang menarik perhatiannya apabila Fizz mengatakan dia tidak menarik diri, sebaliknya disingkirkan dari kumpulan terbabit.


Isu berkenaan bukan sahaja melibatkan nama Fizz, malahan ahli kumpulan tersebut, Kamal Adli dikatakan 'berkecil hati' dengan tindakan Fizz yang menerima tawaran untuk terbang ke Cardiff, walhal dia terlebih dahulu menolak tawaran tersebut kerana komitmen dalam LLS.

Bagaimanapun kehadiran Fizz pada majlis pelancaran butik baru Lords Taylor, di Pavilion, kelmarin membuka peluang buat rakan media bertanya hal sebenar kepada aktor yang mencipta nama menerusi drama Nur Kasih.


"Saya sudah pun bertemu dengan pihak TV3 dan berbincang mengenai perkara ini. Apa yang boleh saya katakan ini adalah salah faham.

"Saya akur dengan syarat yang dipersetujui dalam kontrak dan saya berharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi," jelasnya.

"Buat pengetahuan semua, saya masih lagi ahli kumpulan AKT, cuma saya tidak boleh naik ke pentas. Saya hanya terlibat dalam proses latihan dan perbincangan idea, senang kata saya jadi pengurus untuk kumpulan itu sekarang (ketawa).


Biarpun tidak terlibat secara langsung dengan kumpulan itu lagi, Fizz berkata, dia amat berharap kumpulan tersebut akan berjaya dan memenangi pertandingan finale minggu ini

"Saya harap semua peminat saya, Kamal, Didie dan Syafiq serta peminat baharu AKT, akan menyokong kumpulan kami pada finale Ahad ini," katanya.

TV3 dalam satu kenyataan sebelum ini turut TV3 menepis dakwaan stesen televisyen itu telah menyingkirkan pelakon Fizz Fairuz dalam Liga Lawak Superstar sebaliknya pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.

Dalam satu kenyataan menerusi kiriman e-mail, TV3 menyatakan Fizz berbuat demikian kerana dia tidak dapat memberi komitmen sepenuh masa kepada program itu.

“Semasa pihak kami memberi tawaran kepada Fizz untuk menyertai LLS, segala informasi mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dengan jelas.

“Jadi, apabila dia bersetuju menjadi salah seorang peserta LLS, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100 peratus komitmen terhadap program ini daripada mula sehingga berakhirnya LLS musim pertama,” kata kenyataan media tersebut.

Sudah ada tarikh

Dalam perkembangan lain, Fizz menafikan sekerasnya bahawa dia dan Almy Nadia sudah bertunang secara rahsia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fizz berkata, kedua-dua belah keluarga sudah bertemu dan berbincang mengenai perkahwinan mereka dan jika tiada aral melintang, Fizz dan Almy bakal disatukan pertengahan tahun depan.

"Macam saya kata sebelum ini, kami tidak akan bertunang. Apatah lagi bertunang ini seperti kita sedia maklum tempoh untuk berkenalan dengan lebih rapat. Saya dan Almy pula sudah lapan tahun berkawan, jadi tidak perlu lagi untuk bertunang.

"Tarikh pernikahan memang sudah ada, dan saya dah pilih tarikh. Tapi terlalu awal untuk didedahkan, apa yang penting saya mahu selesaikan majlis perkahwinan adik saya yang akan berlangsung bulan depan," katanya.

Tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, sebaliknya kata Fizz dia mahu mengadakan majlis yang serba ringkas tetapi tetap meriah.

Wednesday, 4 December 2013

Paul Walker Nahas sebab lumba haram?

BERITA kemalangan maut aktor kacak, Paul Walker, sememangnya mendapat liputan secara menyeluruh.

Malah, ada segelintir pihak melaporkan Walker dan rakannya, Roger Rodas, terlibat dalam satu perlumbaan bersama kereta lain apabila ada kereta lain yang terlibat dalam kemalangan sama.

Apatah lagi, lokasi kejadian merupakan tempat yang terkenal dengan aktiviti perlumbaan.

Bagaimana pun, berita itu nyata memberi kesan buat keluarga Walker dan sukar menerima berita berkenaan.

Menurut adiknya, Ashlie Walker, kemalangan itu tiada kena mengena dengan aktiviti perlumbaan.

"Yang jelas, itu bukan perlumbaan! Berita itu sangat tidak masuk akal. Berita sebegini hanya menyakitkan hati dan menambah kesedihan kami.

"Ia adalah tuduhan tidak berasas dan kami amat bersimpati dengan puteri tunggalnya, Meadow. Namun saya akan pastikan Meadow akan selalu dikelilingi orang-orang yang menyayanginya," kata

Keajaiban perubatan moden untuk merawak Kulit terbakar

WAN AMALIA WAN MOHD DA UD

Keajaiban perubatan moden
Proses membiakkan sel kulit sedang dilakukan


Keajaiban perubatan moden
Antara prosedur pemindahan kulit pesakit akibat melecur yang sedang dilakukan oleh pakar.

PADA masa ini jika seseorang mengalami luka bakar yang teruk, sebahagian kulit terpaksa diambil daripada bahagian paha sebesar saiz luka tersebut untuk ditampal pada bahagian tercedera.

Ini mengakibatkan kesakitan yang amat sangat pada bahagian kulit yang diambil dan ada kemungkinan boleh dijangkiti kuman.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit kencing manis atau melitus diabetes, pesakit terpaksa mengambil ubat bagi merendahkan paras gula dalam darah dan mengubah cara hidup mereka.

Begitu juga bagi pesakit jantung dan pesakit yang mengalami masalah lutut iaitu osteoartritis yang terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat sepanjang hayat.

Cara terbaik adalah pencegahan tetapi ini mungkin sukar. Diagnosis awal perlu diutamakan. Kulit gantian boleh dibuat menggunakan sel kulit pesakit yang dibiakkan daripada cebisan kecil kulit pesakit.

Bagi pesakit kencing manis ia boleh memulihkan kelenjar pankreas supaya dapat menghasilkan hormon insulin. Manakala pesakit jantung dapat pulihkan semula otot jantung supaya boleh mengepam darah dengan baik.

Selain itu, bagi pesakit lutut rawatan ini boleh menumbuhkan semula tisu rawan dalam sendi lutut supaya mereka boleh melakukan pergerakan seperti sediakala.

Salah satu daripada bidang terkini dalam bioteknologi perubatan adalah kejuruteraan tisu dan perubatan regeneratif.

Dapat elak melalui rawatan SSG

Ketua Pusat Kejuruteraan Tisu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ruszymah Idrus berkata, kejuruteraan tisu boleh difahami dengan melihat seekor cicak.

"Apabila ekornya terputus, ekor itu akan tumbuh semula tanpa memerlukan sebarang ubat atau pembedahan.

"Jadi kejuruteraan tisu boleh dianggap sebagai penyelidikan untuk membolehkan manusia mempunyai kemampuan yang sama untuk menghasilkan organnya sendiri," katanya.

Ruszymah turut berkongsi kejayaan hasil penyelidikannya itu apabila seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami luka kebakaran teruk di seluruh badannya dan berada dalam keadaan kritikal.

Kebiasaannya rawatan yang digunakan untuk membantu mangsa kebakaran pulih adalah dengan cara Split Skin Grafting (SSG) dengan mengambil kulit yang sihat dari bahagian badan pesakit untuk menutup bahagian melecur.

Bagaimanapun, kaedah rawatan ini tidak dapat dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut kerana hampir keseluruhan badannya melecur dan kulit yang masih dalam keadaan elok adalah di bahagian kepala sahaja.

Akibat tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak itu, kedua ibu bapanya tidak bersetuju untuk mengambil sampel kulit di bahagian itu.

Bagi mengelakkan kesakitan yang ditanggung oleh kanak-kanak tersebut, Prof Ruszymah telah cuba menggunakan hasil penyelidikannya itu dengan membiak kulit kanak-kanak itu di makmal.

Keajaiban terjadi apabila proses pemindahan kulit ke bahagian yang melecur akhirnya menampakkan kesan positif dan rawatan itu berjaya.

Kini kanak-kanak itu telah pulih dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Parut yang dialaminya juga jauh lebih rendah dari parut yang dihasilkan dengan rawatan SSG.

Kajian secara menyeluruh sedang dibuat

Hasil kejayaan tersebut, teknologi itu telah dipatenkan dan kini sedang menjalani ujian klinikal sebelum ia dapat diperluaskan bagi membolehkan pesakit yang memerlukan kulit ganti mendapat rawatan yang lebih baik.

Selain itu, Prof Ruszymah juga sedang menjalankan kajian ke atas organ lain yang bersesuaian dan telah pun berjaya menghasilkan tulang manusia.

"Saya menjangkakan kemungkinan pesakit jantung tersumbat tidak perlu lagi melalui pembedahan pintasan jantung. Hal ini kerana, hasil kajian yang sedang dilakukan, hanya dengan menyuntikkan sel stem satu saluran darah baru akan dapat
ditumbuhkan di jantung untuk memintas saluran tersumbat.

Di samping itu, bagi yang mengalami osteoartritis tidak perlu lagi menanggung kesakitan kerana melalui kejuruteraan tisu kesakitan di bahagian itu dapat diatasi dengan menumbuhkan legimen di kawasan tempurung lutut.

Sekiranya teknologi ini berjaya dikembangkan, masalah kekurangan penderma organ di Malaysia juga akan dapat diatasi.

Tarif letrik naik : menteri kata jangan mengamuk

Hasan: Jangan mudah mengamuk tarif elektrik naik

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.

Menurutnya masyarakat harus bertenang dan jangan mudah menuding jari menyalahkan semua pihak.

"Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.

"…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah," katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Menurut laporan Bernama hari ini, subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus di Parlimen petang semalam.

Dalam pada itu,Ongkili berkata, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

Beliau berkata, ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya.

Tuesday, 3 December 2013

Salima AF Kini Bergelar Isteri kedua salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Pusat

SALIMA HABIBI SAH ISTERI KEDUA USTAZ SYED ABD KADIR





alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal
Salima AF Kini Bergelar Isteri

BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa' Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.


IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive