UtusanDaily
Saturday, 25 October 2014
Keith Foo rebut cinta...
GANDINGAN mantap (dari kiri) Demmy, Remy Ishak, Nurul Aini
dan Keith Foo memberi warna tersendiri dalam Kasih Berbisik.
BIARPUN kali pertama bertemu di set penggambaran drama bersiri Kasih Berbisik sekitar bulan April tahun ini, namun hubungan barisan pelakonnya, Remy Ishak, Nurul Aini, Demmy Febriana dan Keith Foo kelihatan cukup akrab.
Diakui mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum penggambaran bermula tetapi keserasian mengalir dengan mudah tanpa perlu dipaksa-paksa.
Justeru, ketika tayangan dua episod drama Kasih Berbisik yang diadakan sempena majlis pelancaran drama itu di Golden Village Great World City, Singapura baru-baru ini, lakonan mereka cukup meninggalkan kesan.
Apa yang boleh dijanjikan buat penonton, drama 13 episod itu berbeza dengan kebanyakan drama yang membanjiri kaca televisyen.
Ia sarat dengan konflik yang membuatkan hati penonton penuh dengan rasa amarah dan juga tidak sabar untuk menanti episod seterusnya.
Berbicara tentang drama usaha sama antara produksi MediaCorp Englevision (Singapura) dan Primeworks Studios dari Malaysia itu, ia mengambil masa setahun hanya untuk sesi perbincangan kedua-dua produksi.
Skrip dan barisan pelakon juga telah dirombak beberapa kali sebelum menjalani penggambaran selama 42 hari di tiga destinasi berbeza iaitu Perlis dan Kuala Lumpur (Malaysia), Bali (Indonesia) serta Singapura.
Remy jadi suami curang
Sudah berlakon dalam puluhan drama dan filem, buat pertama kalinya dalam drama Kasih Berbisik, Remy Ishak bergandingan dengan pelakon dari Singapura, Nurul Aini sebagai suami isteri.
Menariknya dalam drama itu, Remy yang memegang watak Imran, seorang arkitek yang berlaku curang terhadap isteri dicintainya dan dalam diam berkahwin dengan seorang wanita dari Bali bernama Sulastri yang dilakonkan oleh Demmy Febriana.
"Jujurnya saya seronok melakonkan watak Imran kerana bukan selalu saya dapat watak utama yang kelihatan baik tetapi dalam diam curang terhadap isteri.
"Saya sudah bersedia andai peminat wanita membenci watak Imran tetapi mereka akan jatuh cinta dan kasihan kepadanya selepas itu," ujar Remy.
Ujar Remy, walaupun dia tidak pernah bergandingan dengan Nurul Aini dalam sebarang projek drama atau filem tetapi dia cukup menyenangi profesionalisme Nurul di set penggambaran.
"Nurul seorang isteri dan ibu dua orang anak tetapi dalam drama ini kami harus berlakon sebagai suami isteri. Pada mulanya saya bimbang kerana ada beberapa adegan yang memerlukan kami kelihatan mesra dan romantis tetapi Nurul memberi kerjasama yang amat baik.
"Mungkin untuk pelakon yang saling tidak mengenali akan rasa kekok untuk adegan romantis tetapi tidak dengan Nurul. Saya rasa selesa dan kami terus menjadi sahabat baik selepas penggambaran tamat," kata Remy yang akan berehat panjang selepas ini.
Nurul Aini mahu aktif di Malaysia
Nama pelakon dan pengacara, Nurul Aini cukup popular di Singapura. Bagaimanapun, namanya asing buat peminat drama tempatan.
Namun, drama Kasih Berbisik bukanlah drama pertama lakonannya yang akan ditayangkan di Malaysia. Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam sebuah telefilem Dosa Semalam pada tahun 2005.
Disebabkan rezeki seninya lebih banyak di negara kelahirannya sendiri, Nurul Aini akhirnya kembali ke Singapura walaupun pernah menyimpan impian untuk aktif sebagai pelakon di Malaysia.
"Sudah tertulis rezeki saya lebih banyak di Singapura dan apabila saya berkahwin serta mempunyai anak, waktu cukup terbatas untuk saya kembangkan kerjaya ke negara lain.
"Saya bersyukur suami merestui pekerjaan sebagai pelakon. Apabila saya terima tawaran drama Kasih Berbisik, saya sudah bersedia untuk kembangkan kerjaya di Malaysia," balas Nurul.
Bercakap tentang drama Kasih Berbisik, Nurul bagai tidak percaya apabila diberitahu dia akan bergandingan dengan Remy Ishak sebagai suami isteri.
"Saya kenal Remy Ishak, dia pelakon popular di Malaysia dan Singapura. Apabila diberitahu saya akan jadi isteri pertamanya dalam drama ini, saya amat terkejut.
"Takut sebab memikirkan mampukah saya membawakan watak Nora dengan baik. Selepas berfikir panjang, tawaran drama ini merupakan peluang keemasan yang tidak patut saya lepaskan. Saya berharap selepas drama ini ditayangkan, peminat drama di Malaysia lebih mengenali saya," tutur Nurul.
Bahasa cabaran utama Demmy Febriana
Pelakon asal Bogor, Indonesia, Demmy Febriana mengakui secara jujur dia tidak mengenali seorang pun pelakon dalam drama Kasih Berbisik sehinggalah menjejakkan kaki di set penggambaran drama di Perlis, Malaysia.
Wanita berusia 25 tahun itu hanya mengenali Keith Foo kerana pelakon itu terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia berbanding Malaysia.
"Jujur, saya langsung tidak kenal semua pelakon kecuali Keith Foo. Saya hanya tahu mereka pelakon terkenal Malaysia dan Singapura selepas jumpa di set penggambaran.
"Sebagai pelakon yang paling muda dan baharu, saya amat berbesar hati kerana mereka semua banyak memberi tunjuk ajar. Remy paling banyak membantu saya. Paling saya tidak boleh lupa, dia mengajar saya untuk menangis secara semula jadi. Dia seorang pelakon yang hebat," kata Demmy.
Tambah Demmy, sepanjang penggambaran masalah utamanya adalah memahami bahasa Melayu. Ada kalanya dia tertekan kerana tidak faham apa yang pengarah inginkan.
"Bahasa Indonesia dan Malaysia sama sahaja tetapi dialek antara kedua negara agak berbeza. Jika pengarah cakap dengan laju, saya langsung tidak faham.
"Saya mengambil masa dua minggu untuk menyesuaikan diri. Sebelum itu saya rasa cukup terasing kerana sering tidak faham apa yang orang sekeliling tuturkan," cerita Demmy.
Jelasnya, sejak berlakon drama Kasih Berbisik, Malaysia cukup dekat di hatinya. Walaupun kerjayanya di Indonesia cukup kukuh tetapi dia mahu melebarkan sayap seni ke Malaysia.
"Lebih bagus andai lakonan saya ditonton dan dihargai oleh peminat Malaysia juga. Jika diberi peluang berlakon dalam lebih banyak drama produksi Malaysia, saya amat berbesar hati.
"Selagi saya muda, apa salahnya berusaha keras demi masa hadapan yang lebih meyakinkan," kata Demmy yang bercita-cita membuka butik pakaiannya sendiri di Indonesia.
Sisi antagonis Keith Foo
Sebelum ini, setiap lakonan Keith Foo pasti mencairkan hati peminat, terutamanya wanita. Namun, berbeza untuk watak Dharma dalam Kasih Berbisik kerana ia menampilkan sisi antagonis Keith Foo yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Watak Dharma lakonannya menuntutnya menjadi seorang lelaki yang panas baran dan suka memukul wanita.
"Setiap lakonan ada cabaran yang tersendiri. Sebagai Dharma, penonton akan membenci watak saya yang suka naik angin tidak bertempat.
"Sebenarnya, cabarannya tidak terlalu besar kerana Dharma seorang lelaki Bali dan sebelum ini sudah terbiasa dengan pertuturan Indonesia," katanya.
Harapan Keith, selepas ini akan lebih banyak drama mega diterbitkan. Selain pasarannya lebih luas kerana ditonton oleh penonton dua buah negara, pada masa yang sama kerjaya seni pelakonnya turut berkembang.
"Saya harap kerjasama seperti ini bukan yang terakhir. Mungkin selepas ini drama ini akan disambung atau ada kerjasama lain antara dua stesen televisyen ini," ujarnya yang kini sibuk di penggambaran filem Langit Cinta bersama pengarah Osman Ali.
Kapal kedua sertai pencarian MH370
SYDNEY: Kapal kedua kini sudah bersedia untuk melakukan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi di barat Australia.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyatakan kapal 'The Discovery' yang disediakan oleh kontraktor Belanda, Fugro, dijadualkan tiba di zon pencarian kira-kira 1,800 kilometer di barat Australia hari ini.
Sementara itu, 'GO Phoenix', kapal Malaysia yang melakukan usaha pencarian di kawasan berkenaan sejak awal bulan ini, kini berada di Pelabuhan Fremantle di Australia Barat bagi mendapatkan bekalan baharu.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berada di Australia untuk menyambut 'GO Phoenix' ketika ia kembali ke pelabuhan, berkata segala-galanya sudah dilakukan bagi mencari pesawat Boeing 777 itu yang hilang dengan 239 penumpang dan anggota kru pada 8 Mac lalu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Kita mesti terus menaruh harapan bahawa kita akan mencari MH370," katanya.
Kapal pencarian itu menarik alat sonar yang digelar 'towfish' di dalam air kira-kira 100 meter di atas dasar laut bagi mengesan serpihan pesawat terbabit. Alat 'towfish' itu dilengkapi sensor yang boleh menghantar data terus kepada mereka di dalam kapal.
Usaha pencarian di dasar laut disambung semula pada awal bulan ini selepas ditangguhkan selama empat bulan ketika pemetaan zon pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu dilakukan.
Kapal 'GO Phoenix' sudah melakukan pencarian di kawasan seluas lebih 1,200 kilometer persegi setakat ini.
Namun sehingga kini tiada satu pun serpihan ditemui walaupun usaha pencarian dilakukan secara meluas.
Sementara itu, kapal ketiga, 'Fugro Equator', masih lagi melakukan pemetaan kawasan di zon pencarian itu dan akan menyertai operasi berkenaan sebaik saja ia selesai, mungkin minggu depan atau minggu berikutnya.
Usaha pencarian itu dijangka mengambil masa setahun. - AP
Pemain bolasepak digantung 70 perlawanan hantuk muka pengadil
VIENNA: Gara-gara menghantuk muka pengadil, seorang pemain bola sepak Austria menerima padah apabila digantung dengan rekod 70 perlawanan ketika perlawanan Divisyen 5, di sini, semalam.
Persekutuan Bola Sepak Tyrol yang mengesahkan perkembangan itu semalam berkata, pemain berkenaan, Ismail Gunduz adalah dari pasukan SK Rum, Ismail Gunduz.
"Penggantungan 70 perlawanan dibuat tanpa pengetahuan kami. Tetapi perbuatan yang sudah dilakukan itu setimpal dengan kesalahan dilakukan," kata jurucakap badan itu, Horst Scherl.
Insiden pada Sabtu lalu membabitkan perlawanan antara SK Rum dan SPG Innsbruck West di bandar Tyrol, di kawasan barat Austria.
Gunduz dikatakan menghantuk muka pengadil apabila dia mahu diberi kad kuning kedua selepas minit ke-86, ketika pasukannya ketinggalan 2-3.
Pengadil itu dimasukkan ke hospital dengan mulut tercedera dan perlawanan itu terpaksa ditangguhkan.
Pemain berumur 26 tahun itu turut digantung kelabnya dan dikenakan denda RM1,059 (257 Euro). - AFP
Friday, 24 October 2014
Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?
KUALA LUMPUR: Benarkah individu yang gemar menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?
Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian.
"Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Dr Abdul Jalil mengulas trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.
Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dair Pantai Timur dalam sebuat video pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.
Menurut Dr Abdul Jalil, pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin' masyarakat dan mengalami masalah sikap.
"Ia sama juga dengan mereka yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia hebat," jelasnya.
Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, masalah itu turut berpunca daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka sudah matang sebelum masa.
"Anak-anak seawal darjah lima atau enam sudah dibiarkan 'berdikari' tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan meresapi mereka.
"Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan diri sendiri," jelasnya.
Jelasnya, selain menjadi kegilaan orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada masalah psikologi.
Dalam pada itu, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.
"Mungkin dahulu cara remaja menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan amalan itu sudah berubah kini.
"Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya.
"Jumlahnya juga bukan majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh masyarakat," katanya.
Jelasnya lagi, remaja yang berpelakuan demikian juga berpunca 'peniruan' daripada unsur-unsur negara Barat.
Azman bagaimanapun menafikan tingkah laku itu merupakan masalah psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan.
"Mungkin mereka akan dilihat mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok yang kurang kasih sayang.
"Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/penutur-ale-uto-golongan-kurang-kasih-sayang-46747?cp
Thursday, 23 October 2014
Google padam gambar bogel selebriti terkemuka didunia
Antara selebriti yang dipadam gambar bogel mereka.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran
gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google
memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan
mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.
Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam
puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun
berkaitan skandal tersebut.
Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk
Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports
Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular
seperti 4chan dan Reddit.
Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat
keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan
wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100
juta dolar.
Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta
Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut
memadam bahan-bahan tersebut.
Tuesday, 21 October 2014
Perkara yang diharamkan oleh beberapa negara di seluruh dunia
Tahukah anda yang negara China mengharamkan filem-filem berkaitan “perjalanan melalui masa” (time travel) atas alasan ia menyebabkan terhasilnya gambaran-gambaran sejarah yang “tidak serius”.
Berikut adalah perkara-perkara yang diharamkan di beberapa negara di seluruh dunia:
1. Afrika Selatan: Rakyat dilarang mengambil gambar dan menyiarkan di media akan kediaman presidennya Jacob Zuma.
2. Korea Utara: Jeans berwarna biru (bukan hitam) kerana ia dikatakan berkait rapat dengan Amerika Syarikat.
3. Monaco: Rakyat Monaco dilarang berjudi di Monte Carlo Casino kerana dikatakan Prince Charles III bimbang rakyatnya akan menghabiskan kesemua wang mereka di sana. Tetapi orang luar dibenarkan berjudi di situ.
4. Thailand: Filem Anna and the King, lakonan Jodie Foster dan Chow Yun Fatt. Filem ini dikatakan menghina keluarga diraja dan mencacatkan sejarah negara.
5. Korea Selatan: Permainan video selepas tengah malam. Undang-undang yang dikuatkuasakan pada tahun 2011 ini menghalang mereka yang berusia di bawah 16 tahun bermain video dari pukul 12 malam sehingga 6 pagi. Ia diwujudkan bagi menyekat ketagihan permainan video dalam kalangan rakyat Korea Selatan.
6. Jepun: Menari di tepat-tempat awam. Undang-undang yang dikuatkuasakan pada tahun 1948 ini bertujuan untuk melindungi moral orang awam. Hanya kelab yang mempunyai lesen khas untuk menari sahaja dibenarkan berbuat demikian, itupun sehingga tengah malam sahaja.
7. Burundi: Ketika negara ini mengalami ketegangan etnik, rakyatnya akan keluar berjoging secara berkumpulan bagi mengelakkan diserang puak militia. Tetapi pada Mac 2014 presidennya Pierre Nkurunziza mengharamkan joging sama sekali kerana mendakwa ia digunakan sebagai penyamaran untuk mereka yang mahu merancang aktiviti-aktiviti subversif.
8. Romania: Pada tahun 80-an pemimpin Romania Nicolae Ceausescu mengharamkan permainan Scrabble kerana ia bersifat ‘subversif’ dan ‘jahat’. Tetapi pengharaman itu kini sudah dimansuhkan.
9. Iran: Warganegara lelaki diharamkan berambut panjang atau berambut pacak.
10. Amerika Syarikat: Kinder Surprise Egg coklat yang mempunyai permainan kecil di dalamnya amat popular di banyak negara tetapi diharamkan di Amerika Syarikat. Sebab: Kebimbangan anak-anak tercekik. Beberapa tangkapan telah dilakukan ke atas mereka yang cuba membawa masuk Surprise Egg ini ke AS dari Kanada.
Dipetik dari BuzzFeed
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKLAN BERBAYAR 2
.
Blog Archive
-
►
2016
(108)
- ► 05/01 - 05/08 (11)
- ► 04/24 - 05/01 (4)
- ► 04/17 - 04/24 (9)
- ► 04/10 - 04/17 (7)
- ► 04/03 - 04/10 (11)
- ► 03/27 - 04/03 (7)
- ► 03/20 - 03/27 (10)
- ► 03/13 - 03/20 (3)
- ► 03/06 - 03/13 (2)
- ► 02/28 - 03/06 (3)
- ► 02/21 - 02/28 (4)
- ► 02/14 - 02/21 (7)
- ► 02/07 - 02/14 (4)
- ► 01/31 - 02/07 (2)
- ► 01/24 - 01/31 (5)
- ► 01/17 - 01/24 (1)
- ► 01/10 - 01/17 (7)
- ► 01/03 - 01/10 (11)
-
►
2015
(287)
- ► 12/27 - 01/03 (4)
- ► 12/20 - 12/27 (2)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 11/29 - 12/06 (2)
- ► 11/15 - 11/22 (1)
- ► 11/08 - 11/15 (6)
- ► 11/01 - 11/08 (7)
- ► 10/25 - 11/01 (11)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (6)
- ► 10/04 - 10/11 (14)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (7)
- ► 09/13 - 09/20 (9)
- ► 09/06 - 09/13 (5)
- ► 08/30 - 09/06 (15)
- ► 08/23 - 08/30 (17)
- ► 08/16 - 08/23 (5)
- ► 08/09 - 08/16 (17)
- ► 08/02 - 08/09 (7)
- ► 07/26 - 08/02 (15)
- ► 07/19 - 07/26 (7)
- ► 07/12 - 07/19 (3)
- ► 07/05 - 07/12 (19)
- ► 06/28 - 07/05 (7)
- ► 06/21 - 06/28 (8)
- ► 06/14 - 06/21 (8)
- ► 06/07 - 06/14 (3)
- ► 05/31 - 06/07 (4)
- ► 05/24 - 05/31 (6)
- ► 05/17 - 05/24 (6)
- ► 05/10 - 05/17 (2)
- ► 05/03 - 05/10 (2)
- ► 04/19 - 04/26 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (8)
- ► 04/05 - 04/12 (6)
- ► 03/29 - 04/05 (9)
- ► 03/22 - 03/29 (6)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 03/08 - 03/15 (4)
- ► 02/08 - 02/15 (1)
- ► 02/01 - 02/08 (8)
- ► 01/25 - 02/01 (1)
- ► 01/18 - 01/25 (6)
- ► 01/11 - 01/18 (1)
- ► 01/04 - 01/11 (2)
-
▼
2014
(551)
- ► 12/14 - 12/21 (4)
- ► 12/07 - 12/14 (8)
- ► 11/30 - 12/07 (6)
- ► 11/23 - 11/30 (8)
- ► 11/16 - 11/23 (5)
- ► 11/09 - 11/16 (7)
- ► 11/02 - 11/09 (4)
- ► 10/26 - 11/02 (5)
-
▼
10/19 - 10/26
(9)
- Luahan Hati Isteri Dan Anak-Anak Ustaz Azhar Idrus...
- Keith Foo rebut cinta...
- Apa itu "Ebola"?
- Kapal kedua sertai pencarian MH370
- Pemain bolasepak digantung 70 perlawanan hantuk mu...
- Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?
- Isu "video lucah Ustz Azhar Idrus"....penjelasan t...
- Google padam gambar bogel selebriti terkemuka didunia
- Perkara yang diharamkan oleh beberapa negara di se...
- ► 10/12 - 10/19 (3)
- ► 10/05 - 10/12 (7)
- ► 09/28 - 10/05 (20)
- ► 09/21 - 09/28 (19)
- ► 09/14 - 09/21 (2)
- ► 09/07 - 09/14 (10)
- ► 08/31 - 09/07 (21)
- ► 08/24 - 08/31 (13)
- ► 08/17 - 08/24 (12)
- ► 08/10 - 08/17 (10)
- ► 08/03 - 08/10 (3)
- ► 07/20 - 07/27 (10)
- ► 07/13 - 07/20 (15)
- ► 07/06 - 07/13 (8)
- ► 06/29 - 07/06 (7)
- ► 06/22 - 06/29 (6)
- ► 06/15 - 06/22 (9)
- ► 06/08 - 06/15 (7)
- ► 06/01 - 06/08 (14)
- ► 05/25 - 06/01 (8)
- ► 05/18 - 05/25 (3)
- ► 05/11 - 05/18 (17)
- ► 05/04 - 05/11 (11)
- ► 04/27 - 05/04 (10)
- ► 04/20 - 04/27 (13)
- ► 04/13 - 04/20 (11)
- ► 04/06 - 04/13 (15)
- ► 03/30 - 04/06 (15)
- ► 03/23 - 03/30 (9)
- ► 03/16 - 03/23 (8)
- ► 03/09 - 03/16 (11)
- ► 03/02 - 03/09 (12)
- ► 02/23 - 03/02 (16)
- ► 02/16 - 02/23 (22)
- ► 02/09 - 02/16 (21)
- ► 02/02 - 02/09 (9)
- ► 01/26 - 02/02 (9)
- ► 01/19 - 01/26 (18)
- ► 01/12 - 01/19 (40)
- ► 01/05 - 01/12 (21)
-
►
2013
(355)
- ► 12/29 - 01/05 (9)
- ► 12/22 - 12/29 (14)
- ► 12/15 - 12/22 (21)
- ► 12/08 - 12/15 (40)
- ► 12/01 - 12/08 (13)
- ► 11/24 - 12/01 (19)
- ► 11/17 - 11/24 (27)
- ► 11/10 - 11/17 (20)
- ► 11/03 - 11/10 (23)
- ► 10/27 - 11/03 (12)
- ► 10/20 - 10/27 (16)
- ► 10/13 - 10/20 (6)
- ► 10/06 - 10/13 (6)
- ► 09/29 - 10/06 (9)
- ► 09/22 - 09/29 (21)
- ► 09/15 - 09/22 (32)
- ► 09/08 - 09/15 (20)
- ► 09/01 - 09/08 (20)
- ► 08/25 - 09/01 (4)
- ► 08/18 - 08/25 (3)
- ► 08/11 - 08/18 (5)
- ► 08/04 - 08/11 (1)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (1)
-
►
2012
(8)
- ► 12/30 - 01/06 (1)
- ► 12/23 - 12/30 (7)