UtusanDaily

Saturday, 20 July 2013

Abby Kahwin Orang Kelantan Rupa-Rupanya...!!!

Suami Baru Abby Abadi Orang Kelantan Rupanya..

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya, tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang & sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan
Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros.

Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut
Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana. 

Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya ~ MyNewsHub

Kasut RM20 Ribu Neelofa

Neelofa
Beginilah indahnya kasut rekaan pelakon dan pengacara, Neelofa sempena majlis resepsi perkahwinan Ezlynn dan pasangannya yang berlangsung pada 11 Januari lalu.

Neelofa menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20 Ribu itu daripada perunding perkahwinan terkenal, Bill Bora yang memberikan platform untuknya memperagakan kreativitidalam rekaan kasut.

Difahamkan idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir Disember lalu. sebelum ini, Neelofa sememangnya sudah dikenali di dalam perniagaan kasut apabila muncul dengan jenama kasut ' Neelofa Heels'.

Friday, 19 July 2013

Selamat Pengantin Baru kepada Abby Abadi

Abby Abadi sudah bernikah

Abby Abadi
Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi
Twitter Abby Abadi
Twitter Abby Abadi
SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Wednesday, 17 July 2013

Rasai Kepuasan memandu Hyundai Sonata FL 2.0 Sport


Hyundai Sonata FL 2.0 Sport
Hyundai Sonata FL 2.0 Sport
 
HYUNDAI Sonata merupakan kereta segmen pertengahan keluaran Korea Selatan. Di Malaysia Sonata dilancarkan pada 2010. Pengeluaran generasi pertama model ini dimulakan pada 1985 dan dipasarkan di Korea, Kanada dan New Zealand. Hampir 28 tahun berada di pasaran global, kini Sonata memasuki generasi keenam.

Pertama kali dilancarkan tiga tahun lalu, rekaan Sonata cukup mempesonakan. Dari segi luaran. Ia sedia untuk menentang model Jepun yang menguasai segmen-D di Malaysia.

Tetapi sayang, dari segi pemanduan Hyundai Sonata kurang menyerlah.  Enjinnya kurang dinamik dan inspirasi. Bagaimanapun tidak perlu melabelkan Sonata mengecewakan kerana ia memperlihatkan kemajuan besar berbanding sebelumnya. Pakej aspek lain yang ditawarkan juga agak kuat. Ia adalah kereta eksekutif yang cantik dan penuh dengan peralatan yang seiring model Jepun.

Masih ada ruang memperbaiki kelemahan, Hyundai memperkenalkan model kemas kini Sonata Facelift (FL) untuk memperbaharui serangan dalam segmen-D bagi 2013.

Menarik, sebelum ini Hyundai bergantung kepada Mitsubishi di dalam pembangunan enjin. Sehinggalah pada 1991, mereka memperkenalkan enjin Alpha empat silinder dan enjin itu masih digunakan pada model Accent.

Bermula dari itu, Hyundai mempelbagaikan variasi enjin mereka kepada enjin enam silinder dan kini enjin V8 bagi sedan mewah Hyundai Genesis. Impian yang pada awal menjadi bahan jenaka kini direalisasikan. Pencetus kepada kejayaan itu adalah apabila Toyota memperkenalkan Lexus sekitar tahun 90-an.

Hasil pertumbuhan dan kejayaan dalam teknologi Hyundai, senario sudah berubah di mana kini Hyundai membekalkan teknologi enjin Theta 2.0 liter dan 2.4 liter kepada Mitsubishi dan Chrysler (jenama kereta Amerika Syarikat). Malah, siapa sangka enjin Mitsubishi Lancer adalah sentuhan syarikat Korea itu.

Segmen Pandu Uji kali ini, Pemotoran memilih Sonata FL 2.0 Sport. Untuk varian ini Hyundai memberikan jantung baru iaitu enjin NU Series 2.0L.

Penggunaan enjin baru ini adalah hasil penggunaan aluminium yang menyumbang kepada enjin yang lebih ringan, lebih cepat menjana haba (baik untuk mengurangkan geseran enjin, mengurangkan penggunaan bahan api, mengurangkan haus dan lusuh), dan meningkatkan pengendalian secara keseluruhan.

Diaspirasikan dengan sistem suntikan bahan api terus secara elektronik, ia menghasilkan kuasa kuda 162PS pada 6500rpm dan tork 198Nm pada 4800rpm.

Jujur saya anggarkan di sini prestasi yang ditawarkan Sonata 2.0L berada di paras sederhana. Masih boleh diperbaiki untuk menandingi pesaing Jepun sekelasnya.

Ia sedikit menghalang untuk memandu  cepat. Dalam keadaan tergesa, saya terpaksa mendesak enjin untuk memberikan kelajuan yang diinginkan. Di situ berlaku sedikit ngauman pada enjin. Untuk respons yang cepat, tolakkan gear ke kanan untuk pemanduan manual.

Memandu sejauh 112 kilometer menuju ke Slim River, Perak, Sonata masih memberikan keselesaan untuk pemanduan jauh. Di permulaan enjin NU Series mengambil sedikit masa untuk mendapatkan kelajuan yang diinginkan. Namun untuk kelajuan maksimum di lebuh raya, bukan satu masalah bagi Sonata.

Manakala di bahagian stereng sedikit kehilangan sentuhan elektrik di mana terasa lebih ringan. Malah ia juga tidak cukup berat apabila saya memandu laju di selekoh.

Menggunakan topang MacPherson di hadapan dan multi link di belakang, Sonata memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. Ia hanya mendorong olengan badan yang sedikit ketika melalui jalan beralun dan menyerap hentakan pada jalan berlubang dengan baik.

Campuran pemanduan di bandar dan lebuh raya, saya mencatatkan penggunaan petrol 12 liter bagi setiap 100 kilometer. Rekod itu dicatatkan hasil pemanduan yang sedikit agresif.  Hasil tersebut kurang impresif berbanding catatan di atas kertas 9 liter/100km.

Dari segi kedapan, bunyi enjin cukup senyap pada waktu melahu. Kedapan bunyi angin dan kenderaan luar juga berada di paras sederhana.

Perubahan rupa

Untuk versi 2013,  Sonata memiliki gril radiator yang diperbaharui, saluran udara yang direndahkan bersama rekaan rim aloi yang diberi sentuhan baru untuk lebih menarik.

Untuk kit badan Sport memberikan sentuhan tambahan di mana Sonata dilengkapi dengan skirting sisi dan belakang serta ekzos berkembar. Ini memberikan kelebihan gaya sporty premium.

Sementara bahagian kabin turut mengalami perubahan meskipun sedikit. Di mana penempatan semula beberapa perkara dan penambahan yang lain hanya untuk varian 2.4 liter. Konsol tengah disemak semula untuk ergonomik yang lebih baik dan memudahkan capaian butang kawalan.

Lebih nyata, corak penukaran gear telah ditukar kepada jenis sebaris untuk memudahkan proses tukaran gear.

Penukaran warna LED pada radio dan jam kepada warna biru pekat untuk memberikan suasana bukanlah sesuatu yang tidak cantik namun kurang ‘premium’.

Kotak hitam

Model Sonata 2013 ini turut dilengkapi dengan kotak hitam yang berfungsi sama seperti kotak hitam kapal terbang. Ia akan merekodkan potensi tindakan pemandu ke arah berlakunya kemalangan seperti: membrek keras,  perubahan arah secara tiba-tiba mahupun melalui selekoh secara mendadak.

Kamera akan merakam 10 saat sebelum dan 20 saat selepas tindakan tersebut berlaku. Kemudian maklumat itu akan disimpan dalam fail yang berbeza di dalam kad SD 8GB.

Kotak hitam disambungkan dengan elektronik Sonata. Ia bukan sahaja merakamkan video tetapi juga audio di dalam kabin. Tetapi bagi mereka yang enggan perbualan direkodkan, tersedia butang di bahagian tepi untuk anda mematikan fungsi audio.

Kotak hitam itu juga dilengkapi GPS dengan sambungan internet. Ia merekodkan bacaan kelajuan dan lokasi kenderaan.

Cuma kedudukan kamera kecil di belakang cermin pandangan belakang sedikit mengundang kecurian.

Apa yang pasti kehadiran sedan premium yang memiliki karakter jauh berbeza dari varian sebelumnya. Hyundai merombak rekaan luaran Sonata menjadi lebih tajam, berotot, moden dan mengalir agar dapat bersaing dengan pesaing tegar dalam segmen-D.

Hijab, Rahsia Muslimah Menawan



 

Alhamdulillah jika anda memang sudah memakai tudung selepas baligh lagi. Bagi anda yang masih baru, teruskan niat anda itu kerana Allah SWT. Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih baik anda mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup aurat di kepala itu.

Anda masih boleh bergaya walaupun memakai tudung, tetapi perlu menepati syarat dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur: Ayat 31). Cara berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan pemakaian tudung menutupi paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan dan belakang perlu sama panjang. Dara.com ingin berkongsi beberapa tip pemakaian tudung sesuai untuk remaja seperti anda.

1-      Anak Tudung – Jika anda gemar memakai selendang daripada fabrik jojet, satin atau pun sifon yang licin, maka seelok-eloknya anda menyarungkan anak tudung terlebih dahulu. Guna anak tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.
2-      Warna Terang – Hitam dan putih adalah warna selamat untuk dipadankan dengan apa jua warna, tetapi apa kata anda ubah cita rasa itu pada penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang agar wajah anda kelihatan lebih segar dan bersemangat. Ini kerana warna yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan wajah anda seperti lesu dan tidak bermaya.

3-      Corak Tudung – Elakkan memilih corak yang terlalu penuh pada tudung. Ia akan menyerabutkan penampilan anda. Cukup sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di hujung selendang sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya manis anda. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan budaya Islam.

4-      Sanggul Belakang – Tidak dinafikan, kewujudan sanggul di belakang kepala membuatkan tudung beralun cantik, tetapi anda perlu ingat dosa yang perlu ditanggung. Sanggul yang terlalu tinggi bukan mengikut ajaran Islam.

Tegahan gaya ini telah diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)

5-      Bentuk Leher – Ini juga dilarang dalam Islam kerana menyerupai agama lain. Ia juga serupa menampakkan leher anda walaupun ditutupi dengan kain tudung. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen sebegini sekarang ini. Nabi Muhammad SAW menerusi hadisnya berkata: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban). Maka, ubah gaya tudung anda sekarang sementara belum terlambat.

Corak Bulatan Misteri Ditemui Di Dasar Laut Jepun

  Oleh AkustressGiler


Tahun lalu, seorang jurugambar lautan dalam, Yoji Ookata menemui sesuatu yang tidak pernah disaksikannya selama 50 tahun merekodkan pemandangan dasar laut di Jepun.

Apa yang ditemui adalah sangat memeranjatkan iaitu struktur berbentuk bulatan diperbuat daripada pasir yang cantik, kira-kira 80 kaki di bawah dasar laut di mana ianya diukir dengan penuh teliti seolah-olah seperti crop circle di dasar lautan.


Ookata, yang berasa takjub dengan penemuan corak bulatan berdiameter 6 meter tersebut, memanggil krew stesyen televisyen NHK TV untuk melakukan dokumentari. Setelah penelitian dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa struktur tersebut rupanya dihasilkan oleh seekor ikan penghembus kecil.
Ikan tersebut bekerja keras siang dan malam menghasilkan corak tersebut dalam usaha untuk menarik perhatian ikan betina supaya bertelur di situ. Telur-telur tersebut akan ditempatkan di bahagian tengah corak tersebut, melindunginya daripada arus lautan. Oleh itu, lebih rumit bentuk corak tersebut, akan lebih tertarik ikan-ikan betina padanya.

Jika corak sebegini dijumpai orang kita, apalah teori-teori konspirasi mengarut yang akan keluar di dada akhbar agaknya.



Sumber : Here

Tuesday, 16 July 2013

Rafizi : Bujet Untuk SPR cuma RM45juta tetapi mereka belanja PRU13 RM465juta..!!

Photo: Perbahasan di Parlimen hari ini tertumpu kepada usul belanjawan tambahan oleh kerajaan pusat berjumlah RM12.2 bilion.  Sebagai contoh bila diteliti, bajet asal SPR untuk tahun 2012 adalah RM45juta. Tapi pengiraan terbaru menunjukkan mereka telah belanjakan RM465juta http://bit.ly/spr465juta  Itu belum lagi masuk perbelanjaan menguruskan PRU13. SPR? Perwarna makanan? Share & like page Rafizi Ramli


Perbahasan di Parlimen hari ini tertumpu kepada usul belanjawan tambahan oleh kerajaan pusat berjumlah RM12.2 bilion.

Sebagai contoh bila diteliti, bajet asal SPR untuk tahun 2012 adalah RM45juta. Tapi pengiraan terbaru menunjukkan mereka telah belanjakan RM465juta http://bit.ly/spr465juta

Itu belum lagi masuk perbelanjaan menguruskan PRU13. SPR? Perwarna makanan?

Alkisah pegawai bank di atas perahu...



Seorang pegawai bank ditugaskan ke sebuah kampung bagi berkempen penduduk yang baru dapat durian runtuh agar menyimpan wang yang baru diperolehinya. Dia terpaksa menyeberangi sungai yang didayung oleh seorang tua.

Sambil perahu bergerak pegawai bank bertanya kepada lelaki tua itu, apakah pak cik pandai membaca dan menulis, jawab lelaki itu, tidak.

Lalu kata pegawai itu, pak cik hilang separuh kejayaan kehidupan kamu. Lalu pak cik tersebut terdiam.

"Orang yang tidak pandai membaca dan menulis dia hilang separuh keupayaan mendapat maklumat," rungut pegawai tersebut.

“Pak cik ada simpanan wang dalam bank?” tanya pegawai lagi.

"Tak der,” jawab pak cik dengan selamba.

"Oh, pak cik hilang separuh kebahagiaan masa depan, bagaimana nanti apabila kita dah tua dan tak mampu lagi untuk bekerja, kalau tidak punya simpanan.”

Jawab pendayung sampan itu, "pendapatan saya hanya cukup cukup untuk makan saja, macam mana nak simpan durian runtuh ni pun dah lebih 50 tahun baru dapat”.

Lalu pegawai bank menasihati pak cik tersebut agar menyimpan, “kalau tidak separuh kehidupan masa depan akan pudar”.

Sampan terus bergerak laju, tidak semena-mena terlanggar satu kayu di dalam sungai, menyebabkan perahu uzur itu bocor dan air mulai memasuki perahu tersebut.

Lalu pak cik tua itu bertanya pegawai bank adakah dia pandai berenang?

Jawab pegawai tersebut, "saya tak pandai langsung berenang”.

Jawab pak cik pendayung sampan, "kalau begitu kamu hilang semua kehidupan kamu”.

Dapat isi tersirat? Senyum.

Tuan Ibrahim Tuan Man,   

Monday, 15 July 2013

[SH] Apabila GAYAT dijadikan seni..!!

Impak gayat seni jalanan 

Impak gayat seni jalanan
Dua pengunjung ini cuba merakamkan imej gayat menerusi lensa kamera mereka.
 
Impak gayat seni jalanan
Dua kanak-kanak dan bapanya berlakon akan terjatuh dari puncak bangunan yang tinggi.
 
Impak gayat seni jalanan
Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah bandar jauh ke bawah.
 
KELIHATAN seolah-olah sebuah jambatan sebenar yang berada di ruang udara sebuah bandar, namun jangan mudah tertipu dengan sekilas pandangan anda kerana ia adalah lukisan jalanan dihasilkan seniman Perancis, Francois Abelanet.

Lukisan jalanan berbentuk 3 Dimensi (3D) yang dihasilkan Francois merupakan salah satu acara anjuran Renault bagi memperkenalkan rangkaian lori terbaru mereka di Lyon.

Lapor media tempatan MailOnline, kerja-kerja menyiapkan lukisan 3D di atas kira-kira 4,000 meter persegi permukaan simen itu turut dimuatkan ke dalam Rekod Buku Guinness sebagai lukisan seni jalanan terbesar dunia.

Francois berani mengetengahkan imej-imej dunia nyata bercampur dengan imaginasi seperti bungkusan bersayap, jambatan tinggi di atas bandar dan banyak lagi.

[SH] Rita masih tunggu Aidil?


Rita Rudaini
Rita Rudaini
ENTAH bila masalah rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akan berakhir setelah berlarutan tiga tahun lamanya.

Namun, aktres cantik itu masih menerima Aidil sekiranya jodoh mereka masih panjang.

Menerusi akhbar tempatan, Rita menegaskan dia sudah malas untuk memikirkan masalah yang dialaminya itu.

Sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk mencari nafkah dan membesarkan kedua-dua puteranya tanpa kehadiran suami.

“Saya bahagia solo. Tetapi andai jodoh kami masih kuat, saya akan terima dia seadanya dan cuba untuk memupuk kembali rasa sayang itu,” katanya.

Lana Nordin: Itu bukan saya



Lana Nordin
Lana Nordin
NAMA Lana Nordin tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia dikaitkan dengan serbuan pihak penguat kuasa MPSJ di Pusat Siber Bandar Puteri, pada pertama Ramadan lalu.

Selain premis itu dipercayai tidak mempunyai lesen yang sah, pihak berkuasa turut mengesan seorang pelakon wanita dan rakan-rakannya di sebuah bilik VIP.

Paling memeranjatkan apabila pelakon itu dicekup ketika sedang leka bermain mahjung dan tidak berpuasa bersama seorang rakan perempuan dan dua lelaki bukan Islam.

Bagaimanapun, menerusi portal online, Lana menafikan dia terlibat dengan serbuan tersebut. Menurut Lana, dia bukanlah wanita yang dimaksudkan meskipun dia memang tidak berpuasa pada hari tersebut.

"Saya dah tiga hari demam dan saya akui ada berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan. Tetapi saya tidak berada di premis tersebut. Lagipun tak ada bukti mengatakan itu saya," katanya. [SH]

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive