UtusanDaily

Saturday, 4 January 2014

Janda ditahan bersama kekasih

Janda ditahan bersama kekasih
Seorang wanita berstatus ibu tunggal mendukung anaknya berusia 4 tahun untuk dibawa ke balai polis selepas ditahan di rumahnya kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelaki selain turut mengambil dadah berbahaya.


DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.

Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Friday, 3 January 2014

Hanya kerana misai mirip Hitler, lelaki ini dipaksa pindah rumah

Punya kumis mirip Hitler, pria Inggris dipaksa pindah rumah

Derek Morris dan istrinya Carol. ©Daily Mail  

Derek Morris, 55, lelaki dari Cumbria, England, bertugas sebagai penjaga keselamatan, mengaku dipaksa pindah dari rumahnya oleh sekelompok pemuda kerana dia punya misai mirip pemimpin Nazi Jerman Hitler.

Dia mengatakan menjadi terkejut dari 20 kelompok pemuda yang meneriakkannya 'Hitler' dan membuat isterinya, Carol, 50, di rumah ketakutan, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Rabu(1/1).

Pasangan suami isteri itu mengaku sudah menelepon polis sebanyak 70 kali tapi malah disuruh pindah.

"Mereka mengancam akan menghancurkan dinding rumah, pintu depan, bahkan tidur di kereta saya," kata Morris.

Dia akhirnya menjual rumah mereka dan pindah dengan mencari sebuah rumah lain. Morris mengaku rugi sekitar 20,000 poundsterling kerana menjual rumahnya.

Inspektor polis  di Cumbria, Mike O'Hagan mengatakan polis  mencuba menyelesaikan masalah pasangan suami-isteri itu tapi mereka mengaku bantuan polis  tidak cukup.

Carol menyatakan dia terpaksa mematikan semua lampu rumah supaya tampak seperti tidak berpenghuni. Morris mengatakan dia menilai perbuatan para pemuda itu sebagai kejahatan rasis kerana dia seorang warga Yahudi.Merdeka.com 

Tentera Elektronik Syria godam Skype

OLEH: Tarikh: January 3, 2014

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Elektronik Syria, kelmarin menggodam media sosial Skype dalam insiden serangan siber terbaru yang dilakukan kumpulan penggodam prokerajaan.

Dipetik laporan Al-Arabiya, mereka turut memuat naik status di Twitter dan blog memberitahu orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan emel Microsoft yang merupakan pemilik kepada Skype.

Mesej dimuat naik kumpulan penyokong rejim Presiden Bashar al-Assad mendakwa, Microsoft melakukan pemantauan ke atas emel dan menjual data pengguna kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, mesej itu dilaporkan telah dipadam dan Skype turut mengesahkan insiden penggodaman tersebut.

Sebelum ini, Tentera Elektronik Syria terbabit pernah menggodam laman The New York Times, Agence France-Presse dan beberapa organisasi media lain ketika ketegangan memuncak di Damsyik.

Thursday, 2 January 2014

Bahana cinta Facebook

Facebook

TEKNOLOGI dalam era globalisasi telah mengalami kemajuan yang selari dengan media massa dalam menunjukkan persaingan untuk memberikan informasi tanpa batasan.

Dunia kini menghadapi transformasi informasi sehingga melahirkan peradaban baru yang dapat memudahkan manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan sistem komunikasi sosial.

Media massa seperti surat khabar, radio, televisyen, dan internet sebagai medium komunikasi mampu memberi pengaruh yang luas sejak beberapa abad yang lalu.

Facebook merupakan medium komunikasi yang termudah dan moden di zaman ini. Malah ianya juga telah memberi impak besar kepada masyarakat khususnya generasi baru zaman ini dari sudut penyebaran maklumat semasa dan menjadi ruang perkongsian ilmu dengan lebih luas.

Disamping itu, laman sosial facebook juga kini menjadi kemudahan utama kepada masyarakat Malaysia khususnya untuk berkomunikasi pada jarak jauh selain telefon bimbit yang saban hari digunakan. Selain itu, ianya juga merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja di Malaysia.

Statistik menunjukkan bahawa, 34% daripada jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah dalam kalangan generasi muda remaja yang berumur antara 18 hingga 24 tahun.

Manakala di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna Facebook teramai sebagaimana yang telah dilaporkan oleh laman sesawang www.socialbakers.com.

Kita tidak dapat menafikan kesan positif yang terdapat pada Facebook, namun kita perlu mengambil perhatian lebih terhadap kesan atau impak negatif yang datang daripada penyalahgunaan laman sosial yang paling berpengaruh ini.

Facebook semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia khususnya untuk berhibur, menghabiskan masa dan meluahkan rasa isi hati walaupun mereka sedar segala aktiviti di laman sosial tersebut dapat diakses oleh orang ramai hatta seluruh dunia.

Pergaulan bebas tanpa batasan pada zaman yang serba maju ini tidak lagi bermaksud bertemu secara fizikal sahaja, malah fenomena pergaulan menerusi laman sosial turut disifatkan sebagai pergaulan bebas tanpa batasan dan mampu menyebabkan individu tersebut terjebak dalam kes-kes keruntuhan moral dan sebagainya.

Acapkali kita dipaparkan dengan kes-kes yang melibatkan remaja berpunca dari percintaan di alam maya Facebook dan mangsa utama adalah golongan wanita.

Bermodalkan ayat manis dan wajah yang sedikit kacak, segelintir lelaki telah Berjaya menjerat cinta gadis remaja dengan menggunakan Facebook untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka,adalah gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.

Terdapat juga kes lain yang.membabitkan penipuan alam maya ini. “Kerana Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah.

Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki” Anis 21 salah seorang mangsa yang pernah di lamar cinta Facebook oleh jejaka hidung belang.

Penipuan ini juga sering dikaitkan dengan warga asing yang berjaya memanipulasikan laman Facebook terhadap warga Malaysia untuk kepentingan tertentu seperti sindiket wang dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, Facebook pada asasnya adalah untuk menghubungkan antara satu dengan yang lain dan saling kenal mengenali sebagaimana Firman ALLAH bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" Surah al Hujurat :13. Namun, etika yang sepatutnya diamalkan ketika menggunakan laman sosial ini tidak dipraktikkan oleh para pengguna sehingga mendatangkan cela kepada kebaikan Facebook itu sendiri.

Justeru , jadilah pengguna Facebook yang beretika serta bijak membahagikan masa ketika menggunakannya agar diri tidak terus hanyut dalam keasyikan alam maya Facebook.

Muhammad Shafie Ismail 

Najwa Latif nafi burukkan peserta himpunan Turun

NIZAM ZAIN

Najwa Latif

‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

Wednesday, 1 January 2014

Schumacher kemalangan & masih kritikal, jalani pembedahan kedua

Michael Schumacher
  Michael Schumacher


GRENOBLE - PERANCIS. Keadaan lagenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher menunjukkan sedikit peningkatan selepas menjalani pembedahan kedua akibat kemalangan ketika melakukan aktiviti ski di pergunungan Alps Perancis, Ahad lalu.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau masih lagi dalam keadaan bahaya.

"Kami terkejut dengan peningkatan yang ditunjukkan," kata seorang doktor pada sidang media, semalam.

Pembedahan kedua dilakukan bagi mengelurkan darah beku di dalam otak, namun keadaan juara dunia sebanyak tujuh kali itu masih kritikal dan lemah, katanya. dipetik dari  AFP.

Kebanyakan Tarikh Istimewa 2014 jatuh pada hari JUMAAT

Apa istimewa tarikh itu?

Apa istimewa tarikh itu? -
 foto hiasan sumber internet


ADAKAH ini kebetulan atau susunan ALLAH SWT...

Tahukah anda bahawa 2014 juga tidak terlepas dengan tarikh yang mengujakan? Cuba periksa kalendar anda untuk tarikh yang berikut:

04-04-2014

06-06-2014

08-08-2014

10-10-2014 

12-12-2014

Mungkin ada yang berkata, cuma nombor yang sama, tapi apakah rahsia disebaliknya?

Kepada yang selesai menatap kalendar dan mungkin ada yang tidak perasan bahawa tarikh-tarikh tersebut semuanya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.

Jumaat merupakan hari manusia dihidupkan, dimatikan dan juga dihidupkan kembali di akhirat kelak.

Selain daripada itu, Jumaat juga hari yang menyaksikan umat Islam berkumpul di bawah bumbung rumah-rumah ALLAH SWT untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.

Bagi pihak lain, tarikh sebegini mampu memberi 1001 erti dan memainkan peranan yang amat besar dalam membina dan memelihara hubungan. Untuk sesetengah orang, tarikh yang menarik akan memelihara memori yang berlaku pada tarikh tersebut.

Monday, 30 December 2013

500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan

BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.

Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.

Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.

Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban.
Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.

Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.

Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.

Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.

Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/500-pegawai-polis-sertai-tunjuk-perasaan-27621?cp

7 contoh isteri yang sering diceraikan

detik Islam

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive