UtusanDaily

Friday, 29 August 2014

Bahaya makan ubat demam habis tarikh luput...!!

Dua beradik tersalah makan ubat demam

KOTA BHARU - Dua beradik dikejarkan ke hospital selepas dipercayai tersalah makan ubat demam lama yang tersimpan di dalam peti sejuk rumah mereka di Kedai Lalat, di sini Selasa lalu.

Mangsa, Wan Muhammad Dhuha Wan Muhammad Azizi, 5, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak dua hari lalu dan mula sedar kira-kira 3 petang semalam.

Sementara itu, adiknya, Wan Nor Rahai, 2, ditempatkan di Unit Rawatan Khas (HDU) hospital sama.

Bapa mangsa, Wan Muhammad Azizi Wan Dollah, 33, berkata, kedua-dua anaknya demam selesema sejak beberapa hari lalu sebelum ibunya menyuapkan mereka sejenis ubat cecair yang tersimpan dalam peti sejuk untuk meredakan suhu badan mereka.

“Isteri saya sebenarnya tidak pasti ubat siapa yang diberikan kepada mereka kerana label pada botolnya sudah lusuh,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini, semalam.

Wan Muhammad Azizi yang juga pekerja kuari berkata, Wan Muhammad Dhuha diberi minum lima milimiter (ml) manakala adiknya empat ml, namun demam dialami tidak reda memaksa mereka dibawa ke klinik.

“Ketika sedang menunggu giliran, Wan Nor Rahai tiba-tiba menggelupur sebelum tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, abangnya turut mengalami keadaan sama,” katanya yang tidak menyangka nyawa dua anak mereka hampir diragut gara-gara sebotol ubat yang disimpan dalam peti sejuk.

“Alhamdulillah, Wan Muhammad Dhuha sudah mula sedar sejak jam 3 petang ini. Adiknya pula masih belum sedar namun doktor memaklumkan kepada kami keadaannya tidak lagi kritikal dan kedua-duanya kini stabil,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Wan Muhammad Azizi telah menyerahkan botol ubat berkenaan kepada HUSM untuk tindakan selanjutnya.

Reunion musnahkan rumah tangga kami

Sembang-sembang
Oleh Normala Hamzah


Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.

"Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.

"Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

"Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.

"Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.

"Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.

"Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

"Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.

"Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.

"Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.

"Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.

"Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.

"Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.

"Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.

"Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

"Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.

"Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"

Berulang kali saya sebut perkara itu.

"Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.

"Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.

"Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.

Mudahnya lelaki menyusun kata.

"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

" Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.

"Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

"Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

"Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

"Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

"Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

"Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

"Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140607/ke_02/Reunion-musnahkan-rumah-tangga-kami#ixzz3BfGoqFs3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 28 August 2014

Pentingnya no 112 di handphone anda


Pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).

Seorg wanita (mungkin pegawai polis) yg menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dgn panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.

Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)

Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej ppuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannua, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis etc), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.

Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".

10 min kemudian, 2buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.

Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendiruan, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka cthnya hazard light, atau telefon talian 112.

Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.

Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.

PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.

Maklumat di atas disediakan oleh ayah remaja perempuan tersebut

Salahkah Suami Ambil Duit Isteri?



Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak. Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?

Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.

Namun, jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya. Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah." (Surah at-tahrim:6)


Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya." (Riwayat Imam ad-Daruqutni)

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya." (Maratib al-Ijma', Imam Ibnu Hazm, 1/92).

Wednesday, 27 August 2014

TV3 tidak hormat wasiat terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini


TV3 Melanggar Wasiat Terakhir Syarifah Aini Dalam Majalah 3 - Assalamualaikum, bila tonton Majalah 3 semalam smeua orang berasa marah dengan penerbitan TV3 sebab mereka seperti tiada prihatin langsung terhadap wasiat atau permintaan terakhir dari Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Biduanita Negara. 

Dalam rancangan Celik Hati di TV9, Beliau pernah meminta agar semua termasuklah stesen televisyen, rakan-rakan di media supaya tolonglah jangan keluarkan gambar dulu yang tak berhijab (bertudung). Sebab mereka semua dah berpindah ('move on') mengikut jalan Tuhan.

Allahyarham Datuk Sharifah Aini

Berikut video yang menunjukkan permintaan/wasiat terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam rancangan Celik Hati...

8 Fakta Menarik Mengenai Derma Darah

Jika anda mahukan tawaran istimewa yang hebat lagi menguntungkan – dermalah darah dan nikmati pelbagai manfaat demi kesihatan anda. Manfaat ini mungkin menyelamatkan nyawa anda sendiri. Berikut adalah lapan sebab paling utama untuk menderma darah.

8. Mengurangkan berat badan

Rakyat Malaysia memang suka menjamu selera. Tetapi apabila berat badan mula meningkat, anda seharusnya berasa bimbang. Dengan menderma darah, anda membakar 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat untuk setiap pain darah yang didermakan. Anda hanya perlu baring sahaja. Cara bijak mengurangkan berat badan tanpa senaman!

7. Pemeriksaan kesihatan percuma

Petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan ringkas. Mereka boleh memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi. Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya.

6. Wad hospital kelas 1

Jika anda dimasukkan ke hospital untuk apa jua sebab, anda mengharapkan keselesaan semasa menerima rawatan. Di Malaysia, jika anda menderma darah untuk sebilangan kalinya, anda layak menerima rawatan percuma di wad hospital kelas pertama. Syaratnya, anda menderma darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya. Sila rujuk jadual lengkap manfaat di sini: http://bit.ly/1uRPetK

5. Vaksinasi Hepatitis B

Ancaman Hepatitis B adalah sangat berbahaya – ia boleh merosakkan hati anda dan merupakan 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Kini, 1.4 juta rakyat Malaysia didapati menghidapinya. Ambillah langkah bijak untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B. Jika anda menderma darah sebanyak dua kali setahun, anda akan mendapat vaksinasi secara percuma! Tawaran ini sah untuk pendermaan darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya.

4. Menambah sel darah

Menderma darah mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Ia umpama menekan butang ‘reset’ pada tetapan pelayar Internet anda. Tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Suatu ‘pembaharuan’ yang menyegarkan!

3. Mengurangkan risiko kanser

Kanser adalah penyakit yang paling digeruni oleh semua orang. Jumlah kes kanser didapati semakin meningkat di Malaysia, iaitu daripada 32,000 kes baharu pada tahun 2008 hingga 37,400 pada tahun 2012. Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar. Tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal mengelakkan sesalan di kemudian hari.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia sejak 30 tahun lalu. Namun kita masih ada harapan. Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Begini caranya. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.

1. Menyatukan kita semua

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah. Ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.

Sempena meraikan Kemerdekaan kali ini, marilah kita bersatu dan bersama-sama menderma darah demi kebajikan semua rakyat Malaysia! Darah sama merah. Ayuh, buktikan semangat perpaduan kita.

Rahsia kenapa pemuda masukkan 'cincin besi' kekemaluannya didedahkan..!!

0
Tindakan seorang pemuda berusia 23 tahun memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, Kelantan, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .


Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi. Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba.

Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah, berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit. Bagi tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan.
1
“ Usaha untuk mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan pemotong khas. Kerja-kerja mengeluarkan besi itu, dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada mangsa. Sepanjang prosedur terbabit, mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius,” katanya.

Jamil juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan di daerah ini. Mangsa yang enggan dikenali berkata dia buat begitu kerana “suka suka”.
2
“Saya jumpa benda itu dan saya pun cuba memasukkannya (ke alat sulit). Tapi lepas itu tak boleh dikeluarkan. Saya panik,  bagi tahu ayah, Dia terus membawa saya ke hospital,” katanya. Ditanya sama ada dia sudah serik dengan kejadian itu, dia hanya mengangguk dan tersenyum.

Tuesday, 26 August 2014

Apabila Nurul Izzah & Lisa Surihani melakukan Ice Bucket Challenge





APA ITU ICE BUCKET CHALLENGE?
 ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

Kisah 2 ekor kucing terkaya di dunia

GRUMPY Cat bersama pemiliknya, Tabatha Bundesen.

LONDON 24 Ogos - Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah 'merajuk' menjadi antara haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound (RM5,238) sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.

Laman web Mail Online melaporkan kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta).

Grumpy Cat yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi pendapatan lumayan kepada pemiliknya, Tabatha Bundesen.

Seekor lagi kucing diberi nama Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 pound ke atas sehari kerana terbabit dalam beberapa projek iklan.
BRONTE bersama pemiliknya Caroline Bailey.
Pemilik Bronte, Caroline Bailey berkata, kucingnya tidak bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran dan kemudahan haiwan tersebut.

Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan telefon mudah alih yang disaksikan lebih lima juta kali di laman web YouTube.

Dua ekor kucing berkenaan akan menjadi antara subjek utama di Britain apabila haiwan berkenaan bakal muncul dalam rancangan televisyen, Star Paws: The Rise of Superstar Pets pada minggu ini. © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 25 August 2014

[GEMPAR] Pramugari MAS terpaksa memakai rambut palsu untuk menutup aurat rambut mereka

TAHUKAH ANDA ADA PRAMUGARI MAS YANG PAKAI 'WIG' ATAU RAMBUT PALSU MASA BERTUGAS KERANA MEREKA BERTUDUNG?

SAYA cukup terkesan apabila melihat potret salah seorang mangsa yang terbunuh iaitu pramugari MH17 yang bertudung ketika di luar waktu kerjanya. Mungkinkah arwah memang bertudung, Wallahualam. Saya percaya ramai kabin krew mmg hendak berhijab tapi disebabkan tuntutan kerja, mereka terpaksa 'melepaskan' niat tersebut. 

Baik, kita tak payah berdebat sgt tentang hal ini, arwah pun dah disemadikan. Cuma alangkah baik dan mulianya jika MAS mula memperkenalkan pakaian yang lebih 'patuh Syariah' kepada anak kapalnya. Sudah banyak airlines company di luar sana yang menukar pakaian cabin crew mereka dan ternyata ia tidak menganggu sales syarikat masing-masing. 

Percayalah, pakaian sendat dan seksi tak mungkin jadi faktor memikat orang memilih penerbangan mereka. Dari sudut kebersihan pun, pemakaian hijab atau topi sebenarnya lebih baik kerana ia boleh mengelakkan helaian rambut daripada memasuki makanan. Itu hanya satu contoh. 

Saya bukan orang agama, tapi saya rasa setiap benda yang berlaku menuntut satu kajian yang holistik, jangan hanya lihat dari segi organisasi saja, perlu lihat juga dari sudut 'orang-orangnya'. Maaf, no offence.


Pramugari & Pramugara penerbangan di Thailand yang beragama Islam

Adakah wang anda lebih selamat di bawah bantal atau di dalam bank?

Oleh Ng Kee Seng



Sejauh manakah selamatnya wang simpanan anda yang didepositkan di dalam bank-bank perdagangan? Ini memandangkan kebanyakan dalam kalangan kita menggunakan aplikasi urus niaga atas talian e-perbankan dalam sektor perbankan pada hari ini?


Persepsi serta tanggapan rakyat Malaysia bahawa bank-bank asing adalah jauh lebih dipercayai dan cekap daripada bank-bank tempatan pasti tidak benar lagi, selepas kehilangan MH370.


Portal berita The Star melaporkan pada 21 Ogos bahawa satu pasangan didakwa selepas didapati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pelbagai pendakwaan melibatkan kecurian dari akaun bank milik empat penumpang pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac.


Kedua-dua suspek berusia 33 tahun, pegawai bank Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, telah dituduh melakukan transaksi pemindahan dan pengeluaran wang haram berjumlah RM85,180 dari akaun-akaun tersebut.

Nur Shila menghadapi 12 tuduhan utama kecurian berhubung dengan pemindahan wang dari akaun bank HSBC ke akaun bank lain, mendapatkan kelulusan untuk kad debit dan membuat aplikasi perbankan Internet baru dengan niat untuk menipu dan menggunakan dokumen palsu di cawangan HSBC Lebuh Ampang dari 14 Mei hingga 14 Julai lalu.

Manakala Basheer menghadapi empat pertuduhan utama, termasuk menggunakan kad debit dan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai dari akaun-akaun bank tersebut.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengeluarkan wang itu di mesin ATM di salah sebuah cawangan bank HSBC di Ampang Point antara 15 Mei dan 29 Jun lalu.

Selain itu, setiap seorang daripada mereka turut menghadapi empat pertuduhan alternatif mencuri dengan percuhaan memindahkan wang dari akaun HSBC Bank.

Wang itu dilaporkan hilang dari akaun milik dua orang warga China, Ju dan Kun Tian Jun Wei serta seorang warga Malaysia Hue Pui Peng dan pramugara Tan Size Hiang.

Timbul persoalan, bukankah HSBC merupakan sebuah bank asing yang terkemuka dan berwibawa di Malaysia?

Bagaimana semua kecurian atau penipuan ini boleh dilakukan dengan mudah?

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Mahmud memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM 20,000 bagi setiap seorang, dan meminta pasangan itu menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.

Peguam, Abdul Hakeem Aiman ​​Mohd Affandi yang mewakili pasangan itu, meminta jaminan ditetapkan pada RM10,000 bagi setiap seorang, dan berkata bahawa mereka bersedia untuk menyerahkan pasport.

Susulan itu, Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap seorang manakala pasport mereka ditahan.

Pada masa sama, beliau turut menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh untuk mendengar sebutan kes semula.

Kes yang berkaitan ini MH370 sudah pasti membuka mata pelanggan bank dan pengurusan bank. Sudah tentu kita boleh menganggap bahawa sistem berkomputer industri perbankan tidak seketat yang diharapkan dalam mengesan penipuan.

Jadi, adakah wang anda lebih selamat di bawah bantal anda atau di simpan di dalam bank? Sudah tentu dengan bank!


Maka teruskan urus niaga e-perbankan yang mudah dan pantas, namun berisiko, sementara ada mereka yang masih enggan menggunakan aplikasi Internet untuk melakukan transaksi kewangan kerana kebolehpercayaan program komputer adalah hanya sebaik dan sejujur ​​ orang-orang yang mengawal selia programnya

Antara Fungsi Pada Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan Anda

Facebook sedia popular sebagai laman sosial terkemuka dunia, dan digunakan ramai untuk tujuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga menggunakannya.

Menariknya, Facebook turut mempunyai beberapa fungsi menarik pada laman tersebut yang tidak begitu digunakan ramai, malah ada beberapa pengguna yang tidak mengetahui akan kewujudan fungsi berkenaan. Antaranya adalah termasuk;


Fungsi Panggilan Video Di Facebook

Facebook Video Call
Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan video dikalangan rakan-rakan mereka.

Perkara ini juga akan memudahkan anda untuk kekal berinteraksi dengan mereka yang tersayang sekiranya anda berada di luar negara, selain turut menggunakannya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kerja dan sebagainya.

Fungsi ini mungkin agak kurang popular memandangkan ia memerlukan sebuah pemalam khas tambahan dipasang sebelum dapat menggunakannya. Sokongan ini dibawakan oleh Facebook hasil bekerjasama dengan pihak Skype.

Untuk menggunakannya, pada tetingkap Chat anda, anda hanya perlu klik pada butang Video Call yang terletak pada bahagian atas tetingkap berkenaan.


Fungsi Panggilan Suara Pada Android dan iOS
Facebook Call
Bagi anda yang sedia mempunyai aplikasi Facebook Messenger terpasang pada pada peranti mudah-alih, salah satu sokongan yang hadir terbina adalah sokongan membuat panggilan suara – lebih kurang sama seperti membuat panggilan telefon.

Kami sendiri pernah mencuba membuat panggilan menggunakan sokongan ini beberapa kali, dan ia berfungsi dengan lancar dan hanya mengalami lengah masa beberapa kali sahaja sepanjang ujian kami.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi Facebook Messenger, kemudian klik pada nama rakan anda yang ingin dipanggil dan klik pada butang telefon yang diperlihatkan bersebelahan dengan nama rakan anda.

Daftar Masuk Menggunakan Nama Pengguna
Facebook Login
Pada halaman masuk Facebook, salah satu perkara yang diperlihatkan adalah kebolehan log masuk menggunakan emel atau nombor telefon. Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak diketahui anda adalah dimana anda turut boleh log masuk menggunakan nama pengguna anda.

Jadi, apakah nama pengguna anda di Facebook? Perkara ini boleh diketahui dengan mudah melalui URL unik anda. Sebagai contoh, http://www.facebook.com/zuck, nama penggunanya adalah Zuck.

Menggunakan “Save” Untuk Mengakses Pada Masa Akan Datang
Facebook Save
Pada pelayar web, salah satu fungsi popular adalah Bookmark. Fungsi yang lebih kurang sama turut telah diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini dengan fungsi yang dinamakan sebagai Facebook Save.

Menggunakan Facebook Save, ia membolehkan pengguna menyimpan sesuatu pautan, status, gambar, video dan sebagainya yang dikongsikan di Facebook untuk diakses pada masa akan datang. Sebuah menu khas dinamakan Save turut disediakan pada aplikasi mudah-alih dan juga pada menu di desktop.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu klik pada butang anak-panah di sesuatu perkongsian, dan memilih Save melaluinya.

Mengikuti Rakan-Rakan Dengan Lebih Baik Menggunakan List
Facebook List
Dengan perkembangan harian Facebook, ia mungkin menyukarkan anda mengikuti rakan-rakan terdekat, ataupun sejumlah Facebook Page dengan efektif. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu fungsi yang hadir adalah Facebook List.

Facebook List membolehkan anda memilih Page yang ingin disertakan ataupun rakan-rakan yang ingin anda ikuti dengan lebih dekat. Sebaik sahaja selesai, sebuah menu khas akan diperlihatkan pada menu bahagian kiri di laman Facebook, dan anda boleh klik padanya untuk melihat perkembangan semasa daripada mereka dengan mudah.

Menghantar Dan Menerima Fail Melalui Facebook Chat
Facebook Chat
Pada Facebook Chat, selain membolehkan anda menghantar gambar dan video, ia juga turut menyokong untuk anda menghantar sebarang jenis fail dengan mudah, sekaligus membolehkan rakan-rakan anda menerimanya.

Perkara ini sekaligus memudahkan proses anda daripada perlu membuka emel untuk membuat Attachment, memandangkan pada hari ini lebih ramai yang aktif maka ia akan memudahkan proses anda ingin menghantar fail dokumen dan sebagainya dengan pantas berbanding kebiasaan.


Jadi, itu adalah antara fungsi menarik pada Facebook yang mungkin tidak digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia. Jika anda mempunyai sebarang fungsi tambahan yang ingin dikongsikan, jangan lupa berkongsi melalui ruangan komen dibawah.

Sunday, 24 August 2014

Inilah senarai 9 Orang Terkaya Di Malaysia 2014!






9. Datuk Mokhzani Mahathir
    Beliau adalah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroluem. Jumlah           


kekayaan adalah RM 4.22 Billion!




8. Puan Seri Lee Kim Hua
    Dari Kumpulan Genting. Memiliki kekayaan RM 7.47 Billion!




7. Tan Sri Lim Kok Thay
     Dari Kumpulan Genting. Memiliki kekayaan RM 9.43 Billion!




6. Tan Sri Syed Mokhtar
    Beliau memiliki Yayasan Bukhary. Jumlah Kekayaan RM 11.07 Billion!




5.Tan Sri Lee Shin Cheng
    Dari 1O1 Groups. Jumlah Kekayaan RM 13.12 Billion!




4. Tan Sri Quek Leng Chan
     Dari Hong Leong Group. Jumlah Kekayaan RM 14.11 Billion!




3. Tan Sri Teh Hong Piow
     Tokoh perbankan Public Bank. Jumlah Kekayaan RM 18.07 Billion!




2. T Ananda Krishnan
     Ahli Perniagaan Astro, Maxis, Magnum dan lain-lain. Jumlaj Kekayaan RM            33.19 Billion!




1. Tan Sri Robert Kuok
     Ahli Perniagaan Gula. Jumlah Kekayaan RM 54.48 Billion!

Sekiranya Anda Merasakan Bahawa Artikel Ini Bermanfaat Sila Sebarkan Kepada Rakan-Rakan Anda. Terima Kasih.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive