UtusanDaily

Wednesday, 23 September 2015

Kehadapan PM: Kesetiaan atau 1MDB?

Oleh Aizat Fikri Nasir Fikri

najib-funding-1mdb

Salahkah cari dana politik?

Benarlah Melayu mudah lupa. Sentimen Melayu mudah terbakar dan meledak apabila diasak oleh isu yang bersangkutan kepentingan mereka dan negara. Namun, diam mereka tidak bermakna isu itu terus terbelasungkawa begitu sahaja. Ia membuku di dalam hati, menunggu masa untuk masak ranum sebelum bersemarai. Dengan permainan media massa yang seterusnya meredakan isu dengan hal-hal lainnya, lambat laun suara-suara ini akan semakin sayup. Situasi ini sinonim dengan kepimpinan Dato’ Sri Perdana Menteri yang berada dalam kemelut belakangan ini. Kredibiliti beliau dipertikai lewat isu pemindahan wang RM2.6 biliion ke dalam akaun peribadinya.

Apabila perkara ini berlaku, rakyat naik hairan dan naik angin hingga orang-orang penting dalam parti sendiri mempersoalkan letak duduk perkara sebenar. Muncul secara tiba-tiba seorang menteri pencen selaku spokesperson Dato’ Sri Perdana Menteri menjawab persoalan dari seorang anak menteri besar dengan membuat perbandingan apakah salah untuk seorang menteri besar mencari dana politik dan apakah perbezaannya dengan situasi Dato’ Sri Perdana Menteri sekarang. Perbuatan ini tidak salah. Persoalannya, adakah dana tersebut disalurkan ke akaun peribadi menteri besar berkenaan? Saya ingin minta menteri pencen berkenaan untuk tampil memberi bukti sekiranya ada mana-mana menteri besar yang pernah berbuat demikian.

Apa definisi rasuah sebenarnya?

Menjadi kelaziman untuk wang berupa sumbangan dimasukkan ke dalam akaun khas atas nama parti. Perkara ini diamalkan di setiap UMNO perhubungan negeri, malah ada juga ketua bahagian yang tidak tahu akan transaksi pengaliran masuk dana ke dalam akaun parti. Namun, harus ditegaskan di sini, sebarang derma dan sumbangan disalurkan terus ke dalam akaun khas parti dan tidak sesekali ke akaun peribadi pemimpin. Persoalannya, bukankah terma untuk senario ini digelar rasuah? Jika hal ini dihalalkan sekarang, bagimana untuk kita mentakrifkan terma rasuah? Apakah justifikasi dan implikasi perbuatan rasuah? Apakah Dato’ Sri Perdana Menteri sendiri tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi dengan membenarkan wang sedemikian banyak dimasukkan ke dalam akaun peribadi? Apakah wang itu akan dipindahkan terus ke akaun khas parti? Bilakah perkara itu akan dilakukan? Apakah status wang tersebut? Apakah ia bakal menjadi sebahagian pusaka famili Dato’ Sri? Mengapa perlu menunggu parti pembangkang menamakan sumber dana yang dikumpul mereka sebelum Dato’ Sri membuat pengumuman? Apakah perlu bermain tarik tali dalam senario sebegini tatkala amanah dan integriti Dato’ Sri sebagai peneraju negara dipertikaikan? Isu-isu inilah yang bersarang di minda rakyat.

Ramai yang melontarkan pendapat, mengkritik dan meminta pencerahan daripada Dato’ Sri Perdana Menteri untuk mengetahui letak duduk perkara sebenar. Suara yang kedengaran ini majoritinya orang muda. Pelbagai persoalan bertalu-talu menyerang minda berpusar sekitar sumber wang tersebut, sebab-musabab ia dipindahkan ke akaun bank Dato’ Sri Perdana Menteri, untuk tujuan apakah wang itu disalurkan dan apakah ROI (return on investment) yang bakal diterima oleh pihak yang memasukkan wang berkenaan. Apakah wujudnya perjanjian sahih hitam putih antara Dato’ Sri Perdana Menteri dengan pihak yang satu lagi, apakah keuntungan yang diraih dan apakah cagaran yang dijanjikan negara.

Kami bukan penderhaka

Namun, jangan pula disalah tafsir suara itu bernada serupa – semata-mata ingin menghentam Dato’ Sri Perdana Menteri akibat terpengaruh oleh dakyah parti pembangkang. Saya mohon Dato’ Sri Perdana Menteri mengkaji dan mencerakinkan suara-suara itu sama ada ia kritikan membina atau membinasakan. Janganlah anak muda seperti saya, Syed Saddiq atau Akmal Saufi dianggap biadab dan derhaka pada parti dan Dato’ Sri. Saya berasa sungguh kecewa apabila suara dan perbuatan kami dilabel “menderhaka” sehinggakan Dato’ Sri Perdana Menteri menghantar ‘si kuda tua pencen’ untuk mendiamkan suara-suara kami. Bukankah Dato’ Sri sendiri yang menggagaskan beliawan dan beliawanis yang analitikal, berfikiran jauh dan berwawasan? Dato’ Sri juga terang-terangan tidak menggalakkan budaya “yes man” di kalangan menteri kabinet dan itulah peranan yang kami mainkan kini. Kami memerhati perjalanan pentadbiran Dato’ Sri – yang betul pastinya disokong penuh – yang salah pula ditegur dengan niat ikhlas agar negara kekal di landasan yang cemerlang. Adalah penting untuk pemimpin dan rakyat bersimbiosis dalam ekosistem politik-sosial-ekonomi yang sihat.

Sejujurnya, kamilah yang sering mempertahankan Dato’ Sri dan UMNO ketika Dato’ Sri dicaci dan dimaki. Kamilah benteng pertahanan hadapan Dato’ Sri di dalam dan luar negara sedangkan pada masa yang sama kabinet Dato’ Sri membisu seribu bahasa tatkala Dato’ Sri dikecam hebat. Menelusuri sejarah, darah perjuangan UMNO mengalir panas dalam urat nadi dan tubuh saya. Saya membesar dalam semarak api nasionalis yang melingkari susur galur titisan keturunan saya. Saya masak benar oleh permainan politik yang banyak pancaroba dan sandiwara. Oleh itu, saya yang juga sebahagian suara-suara anak muda ini mesti dipandang serius kerana pengaruh kami besar – kuasa mengundi berada di tangan kami – nasib pemimpin dan hitam putih negara bakal terencana oleh keputusan yang kami ambil.

Para penasihat PM juga perlu dirombak

Ini bukan era 70an atau 80an – orang kebanyakan tidak mempersoal polisi dan keputusan yang dibuat pemimpin justeru mereka tidak mempunyai akses untuk menyuarakan pandangan mereka. Namun kini, internet memungkinkan segalanya. Tanpa penjelasan yang munahasabah dan lengkap daripada mulut Dato’ Sri Perdana Menteri, laman-laman sosial media sudah mula mencanang berita itu dan ini berunsur negatif dan ia boleh dibaca di mana-mana sahaja ceruk dunia.

Yang saya musykil di sini, apakah peranan yang dimainkan oleh para penasihat Dato’ Sri? Apakah bijak-bijak pandai yang dilantik itu tidak mampu memberikan buah fikir bernas untuk menjernihkan kemelut yang melanda sekarang? Atau mereka sendiri yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam yang perlahan-lahan cuba mensabotaj Dato’ Sri atas kepentingan sendiri atau fahaman parti yang dipegang oleh mereka? Ada antara mereka yang saya kenal secara peribadi secara tanpa berselindung mengkritik Dato’ Sri dan polisi kerajaan di belakang Dato’ Sri. Mereka hanya bekerja makan gaji, namun tidak jujur menjalankan amanah yang diberikan. Saya percaya mereka ini anti-kerajaan dan secara senyap cuba melemahkan pemerintahan Dato’ Sri. Parasit-parasit berbahaya inilah mesti dicantas sebelum ia membinasakan seluruh sistem. Penyiasatan menyeluruh perlu dilaksanakan selari dengan tindakan Dato’ Sri merombak Kabinet baru-baru ini. Barangkali sudah sampai masa dan ketika penasihat-penasihat sedia ada juga perlu dirombak.

Jangan biar pembangkang menangguk di air keruh

Dalam masa sekarang saya melihat sentimen rakyat sangat bergelora. Tanpa berselindung, suka saya nyatakan di sini, jika sesuatu yang tuntas tidak dilaksanakan, UMNO akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang dan tidak mustahil untuk parti pembangkang melebarkan sayap kuasa. Rakyat tidak meminta lebih. Benar, kebanyakan rakyat di luar bandar masih perlu dibantu dan langkah Dato’ Sri Perdana Menteri menganjurkan BRIM wajar dipuji, namun adalah perlu diingat “cash is not king” yang boleh membeli semua orang dan menggerakkan dunia. Jika sikap ini berterusan, politik wang akan berleluasa dan bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya sekali gus membawa kepada kekalahan UMNO.

Generasi muda semakin goyah kepercayaan mereka terhadap kepemimpinan Dato’ Sri. Integriti dipersoal dan polisi-polisi kerajaan dijadikan lelucon lewat forum di Facebook atau status di Twitter. Mereka hilang hormat dan hal ini bertambah parah apabila mereka disogokkan dengan dakyah-dakyah daripada parti pembangkang yang sememangnya menangguk di air keruh. Dato’ Sri Perdana Menteri lihatlah sendiri kedapatan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang lebih rela menghambakan diri di negara asing daripada pulang ke tanah air justeru beranggapan Malaysia negara yang korup dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Ini satu kehilangan besar buat negara yang memerlukan sokongan teknokrat-teknokrat dan cendekia-cendekia muda yang berkobar-kobar semangat serta segar ilhamnya. Usahlah angkara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dato’ Sri Perdana Menteri, maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati tetapi biarlah termaktub di sini, saya dan anak muda lainnya bukan penderhaka persis Jebat tetapi kami juga bukan Tuah yang setia membabi buta.

Aizat Fikri Nasir Fikri adalah Timbalan Presiden UMNO London.

Kalau gua jadi Najib


Ketika tulisan ini digarap, Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York. Juga diberitakan, suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga melencong ke Itali.

Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa suami Rosmah akan singgah di London. Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan.

Tapi didesuskan bahawa suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi mempertahankan Malaysia dan bani ketuanan Melayu.

Tentang melencong ke Itali itu gua tidak mahu komen. Faham-fahamlah tujuannya.


Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak RM2.6 bilion kepada suami Rosmah kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gua amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia sebagai negara yang dikepalai oleh Calon FBI.

Hakikatnya berita akhbar dunia berkisah tentang suami Rosmah sedang terkepung. Terkepung dari dalam dan dari luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berundur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.

Dua hari sebelum Peguam Negara menghantar surat pertuduhan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak, suami Rosmah telah menendang keluar Gani Patail si peguam negara. Kes pecah amanah tak sempat sampai ke mahkamah.

Belum sempat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengeluarkan laporan 1MDB, -ahli-ahlinya dilungkupkan dengan jawatan menteri. Satu lagi kes tutup.

Pegawai polis cawagan khas yang disangsikan kesetiaan telah diberi hadiah Pingat Jokowi kemudian diterajang keluar. Pengarah SPRM yang jujur dan berani dipaksa potong buah pinggang untuk dicutikan ke Amerika. SPRM menjadi senyap sepi. Pada ketika ini lembaga SPRM hanya sanggup melakukan sembahyang hajat.

Empat orang saksi dari SRC International Sdn Bhd dihilangkan. Dua orang dikehendaki oleh Bank Negara. Entah ke mana malaon-malon ini lesap. Empat ekor ini terlibat dalam kes RM42 juta duit dari syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.

SRC International ini adalah anak syarikat 1MDB – syarikat kerajaan. Jelas ada kes pecah amanah tapi saksi hilang. Kes tutup.

Tup tup Kevin Morais terjun masuk ke dalam tong simen. Yang ini gua tak mahu cerita kerana simin telah lama beku. Sebelum Kevin masuk ke dalam tong simen, ada lagi berita yang lebih mengejutkan.

Bekas Naib Ketua United Malays National Organisation Bahagian Batu Kawan telah berjaya membuat laporan polis tentang pengubahan wang haram atau money laundering. Laporan polis ini dibuat Switzerland, di London dan di Hong Kong.

Yang dituduh membuat jenayah money laundering ini ialah suami Rosmah.

Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggemparkan. Bukti kejayaan terpampang. Akaun 1MDB telah dibekukan di Switzerland. Dua minggu lalu peguam negara Switzerland telah datang ke Kuala Lumpur untuk memulakan siasatan.

Kejayaan serangan dari dalam parti ketuanan Melayu ini pasti diketahui oleh para bomoh dan penasihat suami Rosmah. Justeru si Khairuddin telah ditangkap untuk ditahan betul-betul ketika dia hendak terbang ke New York.

Kini orang ramai diberitahu rupa-rupanya si Khairuddin ini telah membuat temu janji dengan Federal Bureau of Investigation (FBI) – badan penyiasat Amerika. Juga Haji Desas bin Lebai Desus telah melaporkan bahawa mamat ini akan juga ditemubual oleh The New York Times dan media Amerika. Hebat mamat ini.

Sekali imbas, kelihatan bahawa semua musuh suami Rosmah telah tewas. Panglima Bugis masih lagi dalam kapal.

Maka di sini gua masuk mencelah untuk memberitahu pembaca dan rakyat Malaysia apa akan terjadi seterusnya. Kalau gua Najib dan mahu terus selamat maka di bawah ini adalah tindakan yang akan gua lakukan. Gua yakin gua selamat.

Pertama: Tian Chua, Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, Nurul Izzah Anwar, Dr Hatta Ramli, Mat Sabu, RSN Rayer, Tony Pua dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon menentang United Malays National Organisationi akan dihadapkan ke mahkamah.

Mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan.

Malah nama-nama yang gua senaraikan di atas telahpun masuk mahkamah. Kes mereka sedang dan akan didengar di mahkamah. Rafizi dan Tian Chua akan menjadi calon contoh untuk dibatalkan kelayakan bertanding. Ini akan menakutkan yang lain.

Sebelum PRU14 diumumkan gua akan pastikan mereka semua ini akan didapati bersalah.

Minta maaf. Bukan gua yang jatuhkan hukuman. Ini keputusan mahkamah. Lagi pun yang dituduh masih boleh merayu. Ketika dalam rayuan mereka akan dinafikan hak untuk bertanding.

Ini rancangan awal gua untuk mengenepikan musuh politik. Bijak, licin, tuntas dan bersih sekali. Semua berlandaskan undang-undang. Barack Obama pasti tersenyum kerana gua bijak.

Kedua: Gua akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi tentang Akta 335. Akta ini telah dihebohkan sebagai Hukum Hudud. Ini untuk menakut-nakutkan Cina DAP.

Setakat ini ejen-ejen gua dalam DAP telah memainkan peranan mengoreng Akta 335 ini sehinggakan Pakatan Rakyat pecah.

Gua akan beritahu Hadi Awang bahawa parti gua akan bersedia menyokong kelulusan Akta 355 ini dalam Parlimen. Tapi Hadi wajib menjanjikan tidak menyokong apa sahaja bentuk undi tak percaya terhadap gua.

Gua minta PAS menyokong gua meluluskan penambahan kerusi Parlimen demi Bani Melayu. Sebagai buktinya kesucian niat walaupun gua hendak terbang ke London tapi gua masih ada masih melawat Mursyidul Am Tuan Haji Haron Din di IJN.

Ketiga: Gua akan hasut dan yakinkan Hadi dan menantunya Din Ayam untuk jangan bekerjasama dengan Cina DAP, PKR dan AMANAH.

Keempat: Gua akan minta parti PAS untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara. Kepada Din Ayam dan Nik Abduh gua akan katakan: Jangan risau tentang fulus. Fulus melambak-lambak lebih banyak dari kerja baca doa. Gua ada Tok Arab dengan dolar halal.

Kelima: Seperti biasa gua akan arahkan SPR untuk melakukan kerja-kerja biasa. Tapi dalam PRU14 ini SPR wajib lebih teliti.

Dari sekarang SPR wajib mula mengalih-alihkan nama pengundi muda Cina yang kelihatan menyokong BERSIH. Pengundi Melayu yang menyokong PKR atau AMANAH akan dipindah-pindahkan atau nama mereka gua padamkan dari daftar pengundi.

Gua tahu kerja melupus dan mengalih nama ini sedang berjalan di Lembah Pantai dan di Klang.

Kerja alih mengalih dan padam memadam ini amatlah senang untuk dilakukan kerana bukan lagi menggunakan tenaga manusia. Nama boleh diatur dan data dikumpul melalui program Internet.

Keenam: Sebelum PRU13 PKR, DAP dan PAS telah amat aktif mendaftarkan ahli mereka untuk menjadi pengundi. Ini terbukti PRU13 membawa kemenangan untuk mereka.

Sekarang gua telah arahkan SPR membatalkan pekara ini. Hanya SPR dan Pejabat Pos sahaja yang boleh mendaftarkan bakal pengundi. Gua tutup lubang nafas Pakatan Rakyat. Bijak

Ketujuh: Gua akan beri satu arahan pendek kepada SPR. Gua mahu menang besar.

Tujuh perkara ini sudah cukup untuk memastikan suami Rosmah akan menang dalam PRU14. Suami Rosmah akan menang besar. Ada sesiapa nak bertaruh?

Tujuh perkara di atas pasti telah lama difikirkan oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak. Suami Rosmah ini pasti telah diberitahu oleh para Bomoh dan penasihat bahawa seteru besarnya Mahathir bin Muhamad sedang merancang siang dan malam.

Mahathir sedang menggunakan semua tenaga, semua jaringan untuk memastikan suami Rosmah akan tergelincir dari kuasa.

Haji Desas bin Lebai Desus telah mula membuka cerita bahawa Mahathir kini telah sanggup bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk memastikan suami Rosmah lungkup.

Dalam masa yang sama suami Rosmah masih mahu bertahan. Suami Rosmah mahu bertahan sehingga berjaya mengendalikan PRU14. Justeru, pilihan raya kali ke-14 ini akan menjadi satu PRU yang paling kotor.

Orang ramai tahu dan heboh sambil berbincang tentang duit 1MDB berjumlah 42 bilion ringgit. Orang ramai juga tahu sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. Apa yang orang ramai gagal mengira ialah tolak 2.6 bilion dari 42 bilion ada berapa? Dimana agaknya baki duit ini?

Justeru dengan duit berbilion ringgit ini gua amat yakin suami Rosmah akan berjaya membeli SPR, SPRM, Polis, Hakim, Mahkamah termasuk Parti PAS, Nik Abduh, Tantawi dan Din Ayam.

Hakikatnya hari ini suami Rosmah telah membeli negara ini. Ini bukan kata-kata dari Hishamuddin Rais. Ini kata-kata dari ucapan Tun Dr Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden parti United Malays National Organisation.

Najib Razak mahu terus bertahan sahingga PRU14 dapat dijalankan. Keputusan PRU14 ini telah ada dalam tangan Najib Razak.

Keputusan PRU14 akan memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mendapat kembali majoriti dua pertiga. Ini bukan mustahil. Ini akan berlaku.

Kenapa suami Rosmah gila-gila hendak bertahan sahingga ke PRU14? Kerana suami Rosmah ingin membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa Muhamad Najib bin Abdul Razak mendapat sokongan rakyat.

Muhamad Najib bin Abdul Razak ingin berkata kepada Mahathir Muhamad, ‘F@#% you Mahathir...!”

Maka jika gua jadi Mahathir Muhamad gua pasti mahu lupuskan suami Rosmah ini sebelum akhir tahun.
--------------------------------------------------------------------------------------------
HISHAMUDDIN RAIS adalah seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (non-governmental individual). Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho.

Lulusan dari sekolah pemulihan pemikiran politik seperti Melbourne Tellamarine Center, Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi.

Tuesday, 22 September 2015

Dari Feb sehingga Sept 2015 nilai Rizab Bank Negara susut RM25.8 bilion


10 fakta menarik berkenaan Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro


KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memulakan operasi sistem perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugadassah Makkah Metro untuk musim haji tahun ini.

Sistem Makkah Metro itu beroperasi 24 jam selama tujuh hari berturut-turut bermula 21 September 2015.

Berikut adalah 10 fakta menarik yang dikongsi oleh Prasarana berkenaan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro:

metro

ASTRO AWANI

Monday, 21 September 2015

Najib pertahan perhimpunan Baju Merah

najib,-red-shirts.-umno
PETALING JAYA: Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara pada 16 September lalu tidak salah diadakan kerana ia tidak bersifat perkauman.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, perhimpunan yang berlangsung dengan aman itu membuktikan sokongan kepada kerajaan dan tidak mengganggu urusan seharian dan perniagaan di kawasan terlibat.

“Kita tidak suruh tutup kedai, tiada poster menghasut antara kaum, tiada poster keris berdarah, tiada kata kesat dan tidak ada orang pijak gambar pemimpin bukan Melayu.

“Kita (UMNO) tidak pernah bermain ‘racial card’ tetapi kita kata jangan hina orang Melayu. Kita tetap adil pada orang bukan Melayu, kita percaya pada perkongsian kuasa dan ia masih dipegang kuat UMNO,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam, Muar.

Disebalik musibah kren runtuh di Makkah

Ibrah sebalik kren jatuh di Makkah

YAKINLAH tidak ada musibah yang terjadi di muka bumi ini melainkan telah ditetapkan dalam takdir ALLAH SWT. ALLAH telah mentakdirkan apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi.

Peristiwa jatuhnya kren di Masjidilharam ketika jemaah haji sedang mengerjakan ibadat haji pada petang Jumaat 11 September, jam 5 petang (waktu Saudi) selepas Jemaah selesai mengerjakan solat Asar yang menyebabkan ratusan jemaah meninggal dunia dan ratusan lagi mengalami kecederaan adalah sama sekali bukan kerana kelalaian manusia.

kren runtuh

Anehnya, ekoran kejadian itu ada yang membuat persepsi dan konspirasi kononnya pada tarikh tersebut bersamaan 11 September di mana berlakunya runtuhan dan tumbangnya bangunan WTC (World Trade Center) New York dan tragedi konspirasi lainnya. Kenapa tragedi ini terjadi pada musim haji? Adakah hubungannya dengan HAARP (High Frecuancy Active Auroral Research Program) milik AS yang menjadi salah satu senjata paling hebat kerana mampu mengendalikan fikiran dan cuaca?

Semua andaian itu adalah persepsi belaka. Kekuasaan ALLAH mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya di sebalik musibah itu terdapat hikmah dan ibrah yang antara lainnya adalah:


1. Musibah mendidik jiwa dan menyucikan dosa

Firman ALLAH yang bermaksud: “Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan kamu).” - (Asy-Syura: 30). Dalam ayat ini terdapat khabar gembira sekali gus ancaman jika kita mengetahui bahawa musibah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada penyakit kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hingga duri yang menusuknya melainkan ALLAH akan mengampuni kesalahannya dengan semua itu.” - (Riwayat Bukhari).


2. Mendapat pahala tak terhingga di akhirat

Ini merupakan balasan daripada musibah yang dideritai oleh seorang hamba sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan di dunia berubah menjadi kenikmatan di akhirat kelak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”


3. Sebagai ukuran kesabaran seorang hamba

Sebagaimana dituturkan, bahawa seandainya tidak ada ujian maka tidak akan nampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala jenis kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.


4. Dapat memurnikan tauhid dan hati kepada ALLAH

Wahab bin Munabih berkata: “ALLAH menurunkan ujian supaya hamba memohon doa dengan sebab bala/musibah itu.”

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.” - (Fussilat : 51)


5. Mewujudkan bermacam ibadat yang menyertainya

Di antara ibadat yang muncul dan wujud adalah ibadat hati berupa rasa takut kepada ALLAH. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, mendekati diri kepada ALLAH dan menjauhkan diri daripada kesesatan dan kemaksiatan.


6. Dapat mengikis sikap sombong dan besar diri

Jika seorang hamba keadaan dalam serba baik dan tidak pernah ditimpa musibah, biasanya ia akan bertindak melampau batas, lupa diri dan matlamat hidupnya. Adakah layak dan wajar ia menyombongkan diri di hadapan ALLAH dan sesama manusia?


7. Merupakan indikasi kebaikan bagi dirinya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang dikehendaki oleh ALLAH kebaikan, maka ALLAH akan menimpakan musibah kepadanya.” - (Riwayat Bukhari). Seorang mukmin walaupun sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sihat.


8. Dengan adanya musibah, betapa besarnya nikmat

Jika seseorang dalam keadaan senang dan sihat maka dia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa ujian dan cubaan serta kesusahan, dan dia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang dia peroleh.

Ketika seorang hamba terkena musibah diharapkan agar dia boleh berasakan betapa mahalnya nikmat yang selama ini dia terima daripada ALLAH SWT. Ibnu Qayyim menukil ucapan Ali bin Abi Talib: “Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh ALLAH kecuali dengan bertaubat.” - (Al-Jawabul Kafi, hal. 118).

Mengenai mereka yang ditimpa musibah di Makkah, semoga ALLAH mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Bagi yang cedera semoga ALLAH sembuhkan dengan segera. Janganlah kita menyebarkan pula berita-berita dusta dan bohong di media-media sosial atau daripada sumber-sumber yang mencela, khususnya terhadap sesama Islam. Adalah nasihat penting untuk kita, semoga terhindar daripada fitnah-fitnah musuh ALLAH dan Rasul-Nya. Amin.


IBRAHIM ABDULLAH
Kampung Salor, Kota Bharu

Sunday, 20 September 2015

Awasilah sindiket menyedut wang dalam akaun anda melalui telefon..!!

SEMUA BERWASPADA (cnp)


Cerita benar baru saja berlaku hari ini 12 sept.. cara penipuan terbaru... cuba baca untuk panduan

Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh..

Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group..

Ok..this is how it happened

http://i2.wp.com/www.shameonyou.buzz/wp-content/uploads/2014/09/rhb.jpg?resize=300%2C2259.30 - terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama 'Danny' bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic.

http://malaysiacreditcard.com/wp-content/uploads/2014/10/RHB-Bank-Gold-Credit-Card.pngKemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yg kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat ttg bil telah dihantar ke alamat berikut : No.20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd).

Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan.Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri.

http://www.exchangerate.my/photo/Bank%20Negara.jpg
Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan utk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yg aktif, asb, akaun anak2, company acct dan sebagainya).Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara. Atas sebab saya mahu kes ink diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya no.akaun dan no.pin. Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini. 

Setelah selesai, saya diberikan satu no. kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya -ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa2 data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan. Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri no.kes.Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. 

Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dr bank negara bernama felix untuk siasat kes saya. No.tel 0321760366. Saya telah diminta untuk beri no.kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa2 transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa2 bayaran tambahan.

http://www.thejakartapost.com/files/images2/maybank.main%20story.jpg
Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa2 kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun2 saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya.Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain.Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank. Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak2 saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sgt urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pin dahkan kesemuanya ke dalam satu akaun. 

Selepas dptkan buku2 akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil no.dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa no lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yg bertugas. Setelah isi borang, saya ambil no dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian. Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 no di dpn saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa2 dan hanya cakap ianya kes kecemasan. 

Saya juga ada bertanya, boleh kah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut.Ada tinggal satu no saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara.Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang no.telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi.

Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali2 tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi no. telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi?bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan.

Oleh kerana saya tak beritau apa2 maklumat tentang no akaun dan tidak buat apa2 transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan.

JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA' SAHAJA..Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya.

Terima kasih.Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulillah..

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive