UtusanDaily

Friday, 29 April 2016

SELURUH DUNIA AKHIRNYA TAHU 1MDB MEMANG BERMASALAH


Shahbudin Husin,

Tahniah Bank Negara dan tahniah juga kepada Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara hujung bulan ini atas kegigihan dan kecekalan mempertahankan kebenaran sehingga ke hujung kerjaya.

Atas kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana melanggar beberapa peraturan dan kaedah, 1MDB akhirnya dikenakan denda oleh bank pusat itu.

Walaupun hanya denda yang tidak disebut jumlahnya, sekurang-kurangnya seluruh dunia tahu bahawa 1MDB memang bermasalah dan gagal mematuhi arahan Bank Negara yang mahu ia membawa pulang yang dikirimkan ke luar negara berjumlah AS$1.83 bilion atau RM7,760 juta.

1MDB diarahkan membawa pulang wang tersebut berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara pada tahun 2009, 2010 dan 2011 kepada syarikat pelaburan itu.

Denda itu dikeluarkan bukan saja kerana kegagalan 1MDB membawa pulang wang tersebut sebagaimana yang diarahkan, tetapi juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen bagi mewajarkan ketidakupayaan mematuhi arahan tersebut.

Logiknya hanya syarikat yang benar-benar bermasalah saja yang tidak dapat mematuhi arahan Bank Negara itu. Kegagalan mematuhi arahan Bank Negara sehingga dikenakan denda turut menggambarkan kegagalan Najib Razak selaku penandatangan bagi setiap urusan 1MDB.

Soalnya sekarang, walaupun setelah dikenakan denda yang dipersetujui Peguam Negara, rakyat masih ingin tahu mengapa wang itu gagal dibawa balik?

Bila ia akan dibawa balik?

Yang terpenting - masih ada lagikah wang yang diarahkan untuk dibawa balik itu? (SH 28/04/2016).

Monday, 25 April 2016

MAJLIS TERTINGGI UMNO saran KETUA CAWANGAN UMNO jangan kemukakan USUL tolak NAJIB


Ketua-ketua cawangan UMNO disaran agar tidak mengemukakan usul yang boleh menyebabkan perpecahan parti semasa mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung kini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anggota UMNO perlu memberi sokongan kepada pemimpin bagi memastikan sesebuah kerajaan dan institusi dapat dipertahankan.

"Tak payahla cawangan buat usul bukan-bukan, jika buat maknanya bermulalah perpecahan antara kita. Ini yang pembangkang nak, melihat UMNO berpecah. Jangan buat usul nak suruh perdana menteri atau menteri besar letak jawatan.

"Ini negara demokrasi yang ditentukan Perlembagaan. Perdana Menteri kita ditentukan secara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Muafakat JKKK Kedah bersama Pemimpin di Alor Setar hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengenai dakwaan ugutan terhadap pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ingin mengemukakan usul tidak menyokong perdana menteri pada mesyuarat cawangan UMNO, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ia tidak benar.

"Setakat ini, tiada kes JKKK (yang juga Ketua Cawangan UMNO) diugut untuk tidak disambung kontrak sekiranya mengemukakan usul sedemikian. Tanggungjawab pemimpin cawangan pertahankan parti, jadi usul gulingkan pemimpin bukan tanggungjawab anggota parti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar JKKK dan Ketua Cawangan UMNO berhenti menjadi jurucakap kepada pembangkang dengan menyebarkan fitnah dan agenda pembangkang.

"JKKK sebagai barisan hadapan sepatutnya menjadi pemimpin yang mampu terangkan keadaan sebenar dan bukannya penyebar fitnah," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya mempertimbangkan untuk memberi bantuan secara one-off kepada penoreh dan pekebun kecil yang terjejas pendapatan ketika musim tengkujuh.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih dalam peringkat cadangan dan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

-Bernama

ASSALAMMUALAIKUM DATUK SERI NAJIB...DAH BAYAQ DAH KA FAEDAH HUTANG USD50 JUTA.



Adakah 1MDB sudah menyelesaikan bayaran faedah AS$50 setelah penangguhan sebelum ini?

Soalan itu dibangkitkan oleh anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah genap lima hari penangguhan hari ini.

Dalam kenyataannya dalam loghat Kedah dan bernada menyindir, Mahfuz memulakan salam dan ucapan selamat petang kepada Najib, sambil bertanya sama ada bayaran itu mampu dibuat.

“Macam mana Datuk Seri boleh bayarkah? Ada duitkah nak bayar? Ambil duit mana nak bayar?

“Pinjam duitkah nak bayar faedah hutang? Pinjam pada siapa pula? Kalau pinjam siapa pula penjamin?” soalnya.

Beliau berseloroh bahawa beliau berasa seriau turut disita jika bayaran itu gagal dibuat.

Mahfuz sebelum ini menggesa Najib sebagai “penerima derma” RM2.6 bilion daripada Arab Saudi menyelesaikan hutang itu bagi pihak 1MDB.

Berdepan dengan risiko kemungkiran bon, 1MDB pada 19 April lalu cuba menyelesaikan isu bayaran faedah AS$50 juta dengan penangguhan tempoh lima hari, menurut laporan Bloomberg.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjangkakan bayaran faedah akan dibuat melalui "penyelesaian baik" berhubung perkara itu.

International Petroleum Investment Company (Ipic) yang berpangkalan di Abu Dhabi sebelum itu berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterainya dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.

Dalam pengumumannya kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti dijanjikan.

Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang bagi terbitan bon AS$3.5 bilion.

MOF pula dilapor menjarakkan diri daripada pertikaian 1MDB-Ipic berkaitan faedah AS$50 juta yang dikenakan ke atas bon yang dikeluarkan oleh dana pelaburan negara itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia pertikaian perniagaan antara dua syarikat berkenaan dan tidak akan melibatkan kerajaan.

ISU 1MDB & ISU DEPOSIT JUTA2 DALAM AKAUN NAJIB – APA PENDIRIAN KJ



Artikel kali ni pendek jer, sekadar melontarkan satu persoalan yang tetiba muncul di fikiran sebaik saja baca kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau KJ yang meminta pengundi muda Sarawak tetap memilih BN walaupun menyedari mereka marah kepada pemimpin2 BN.

Bukan nak minta KJ jelaskan apa maksudnya yang orang Sarawak marah kepada pemimpin BN, tapi nak tanya kenapa KJ senyap dalam isu 1MDB dan isu 2.6 bil 4.2 bil timbunan deposit dalam akaun Najib ?

Pac sudah pun bentangkan lapurannya di Parlimen ..... apa pandangan KJ tentang segala pendedahan yang dibuat mengenai 1MDB ?

Apakah KJ juga turut mempertahankan segala salahlaku pengurusan 1MDB dan ikut sama senada dengan pemimpin2 lain menyatakan bahawa Najib selaku PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat tidak perlu bertanggungjawab atas 1MDB ?

Apakah KJ juga setuju Najib selaku pemutus cara dalam segalanya tentang 1MDB tidak semestinya bertanggungjawab atas tandatangannya dalam meluluskan transasksi 1MDB ?


Bagaimana dengan isu deposit yang beratus juta ringgit yang dikesan masuk ke dalam akaun Najib yang mana merupakan isu berlainan dengan deposit yang dikatakan derma 2.6 bil ? Adakah KJ setuju dengan pandangan AG bahawa Najib tidak bersalah kerana tidak tahu siapa yang masukkan duit itu ?

Walaupun tidak tahu siapa yang masukkan duit itu, Najib Rosmah tetap membelanjakan duit2 itu sampai tak ingat dunia ..... apakah itu juga tidak penting buat KJ ?

Amat menghairankan, KJ selaku Ketua Pemuda Umno langsung tidak memperdulikan semua isu2 itu yang ketika ini hangat dibincangkan oleh rakyat.

Pendek kata - KJ tidak harus playsafe kerana rakyat ingin tahu pendirian KJ seterusnya membuat penilaian ke atas pemimpin muda yang punya potensi besar dalam Umno ini.

Kita nak tahu juga tahap pemikiran pemimpin muda Umno ini, apakah sama dengan cai2 Najib lainnya yang sudah atau bersuara mempertahankan Najib.

Diharap para wartawan dapat menanyakan perkara ini kepada KJ jika berpeluang bertemu beliau.

http://dinturtle.blogspot.com/

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive