UtusanDaily
Saturday, 30 May 2015
Top 5 Kematian Tragis Akibat Menghina Tuhan
Friday, 29 May 2015
Anda makan ‘serunding’ atau ‘serondeng’..???
Thursday, 28 May 2015
Punca Perlawanan Sarkas Dianjurkan Setiap Tahun
Monday, 25 May 2015
Tahniah, kamu dapat hadiah RM8,000'
SEORANG lelaki muda menyapa saya dan isteri ketika kami berjalan di sebuah kompleks beli-belah minggu lalu.
"Abang, kakak, jom saya bagi beg," katanya. Tanpa menunggu respons kami, dia terus berjalan memandu kami ke sebuah kedai tidak jauh dari situ.
Betullah, dia tidak bohong. Sampai di kedai itu, dia hulurkan kami sebuah beg mesra alam yang agak besar juga. Kebetulan sebelum itu kami ada beli barang yang diisi dalam beberapa beg plastik kecil. Tawaran percuma daripada anak muda itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal.
Selepas itu, dia ajak kami duduk dan minta saya isi borang. Nak bagi beg pun kena isi borang? Untuk survey, katanya.
Saya pun isi. Selepas itu, dia hulurkan pula kepada kami dua keping kad kecil sambil minta kami koyak penutup kad itu. Ya, kami ikut. Walaupun terasa buang masa jika terpaksa duduk lebih lama, saya ikut juga. Perasaan ingin tahu kisah selanjutnya telah memaku punggung saya sekejap-kejapnya di kerusi. Setelah dikoyak, kad saya tidak berisi apa-apa yang menarik selain perkataan 'thank you' tetapi kad yang dikoyak isteri, ada cerita susulannya.
Lelaki itu kelihatan terkejut, sungguh-sungguh nampaknya dia terkejut melihat beberapa patah perkataan yang tertera dalam kad dikoyak oleh isteri saya. Dia tidak terus memberi apa-apa kesimpulan berkaitan arahan atau mesej daripada perkataan-perkataan itu tetapi bertanya adakah isteri saya melangkah kaki kanan dahulu ketika keluar dari rumah atau ketika masuk ke kompleks itu sebelumnya.
Setelah itu, lelaki tersebut menelefon seseorang. Katanya, dia perlu merujuk kepada bosnya dahulu apa yang perlu dilakukan. Katanya, dia tidak pernah ada pengalaman berhadapan dengan orang yang begitu bernasib baik seperti kami dan perlu merujuk kepada bosnya. Tidak cukup dengan itu, dia juga serahkan telefon kepada isteri saya untuk bercakap sendiri dengan orang yang dipanggilnya bos itu.
Habis bercakap di telefon, wajahnya ceria berlipat kali ganda seperti orang yang baru keluarkan wang simpanan EPF pada usia 55 tahun, dapat pula berita baik lamarannya untuk memperisterikan seorang gadis 22 tahun diterima.
Melihat keceriaan anak muda itu, datang seorang remaja perempuan duduk di sisinya dan bertanya bermacam-macam soalan selain ucap tahniah berkali-kali kepada kami.
Setelah keadaan sedikit reda meskipun kami sendiri masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya sedang berlaku, dia jelaskan bahawa kami telah memenangi dua set perkakas elektrik yang setiap satunya berharga hampir RM4,000. Kedua-dua barang itu kemudiannya dibawa keluar dan diletak di hadapan kami.
Katanya, barang-barang itu sudah jadi milik kami dan kami boleh bawa balik nanti. Setelah melayurkan barang-barang itu di hadapan kami, juga mengajar kami cara-cara untuk menggunakannya, lelaki itu berkata, ada beberapa syarat lain yang perlu kami penuhi sebelum boleh bawa balik barang-barang itu.
Pertama, barang-barang hadiah itu tidak boleh dijual kepada sesiapa pun. Kami harus menggunakannya sendiri. Kedua, kami diminta untuk membantu mempromosi barang-barang jenama syarikat mereka kepada saudara mara dan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.
Ketiga, kami diminta beli satu lagi produk elektrik mereka yang harganya lebih kurang sama, hampir RM4,000 juga.
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, barulah kami dibenarkan bawa balik ketiga-tiga barang tersebut. Syarat pertama dan kedua, memang tiada masalah tetapi syarat ketiga, saya tidak akan penuhi dan itulah keputusan saya.
Mereka cuba memujuk dengan mengatakan kami hanya perlu bayar lebih RM3,000 sahaja untuk dapat barang bernilai lebih RM11,000. Malah mereka juga tawarkan saya untuk bayar secara ansuran.
Saya tolak dengan alasan, kedua-dua barang yang dikatakan hadiah itu saya sudah ada di rumah, cuma jenamanya berbeza. Yang kedua, kami ketika itu dalam penstrukturan semula hutang, jadi tidak bersedia untuk menambah hutang baharu. Walaupun ansuran bulanannya tidaklah tinggi mana tetapi kami ikut pesan Nabi SAW yang melarang orang Islam daripada berhutang, apa lagi hutang yang bukan atas dasar keperluan.
Apa pun sebelum keluar meninggalkan kedai itu, saya dan isteri tidak lupa untuk mengucap terima kasih kepada dua anak muda tersebut yang begitu baik budi menawarkan kami hadiah selumayan itu, juga beg mesra alam yang kami memang perlukan untuk mengisi barang-barang yang kami beli dari pasar raya sebelah. Semoga budi baik mereka itu akan menjadikan mereka orang yang sebenar-benarnya baik dan berjaya dunia akhirat.
MUHAMAD MAT YAKIM
Pelarian Rohingya, di mana penamatnya?
Selepas menerima gelombang pelarian Vietnam dari pertengahan 1970-an hingga 1980-an, Malaysia pernah menerima pelarian Selatan Thailand dan Selatan Filipina pada 1990-an selain pelarian Tamil dari Sri Lanka pada lewat 2000. Pada 10 Mei lepas, 1,158 pendatang Rohingya dari Myanmar mendarat di pantai barat Malaysia dan lebih 7,000 lagi dikatakan berada di laut dalam usaha mendarat di Malaysia.
Dan sekali lagi, Malaysia tidak dapat mengelak berlakunya kebanjiran warga Rohingya atas dasar kemanusiaan yang menjadi teras diplomasi negara.
Malaysia dan Indonesia yang pada awalnya tidak mahu menerima etnik Rohingya akhirnya berganjak daripada pendirian awal dan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang dikatakan masih berada di laut. Kedua-dua negara juga bersetuju yang proses penempatan semula dan penghantaran pulang mereka akan dilakukan dalam tempoh setahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia membantu Mercy Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya sama ada melalui laut atau darat.
Apatah lagi Najib berkata, Malaysia boleh menggunakan pengalamannya dalam menangani dengan bijak kedatangan pelarian ini termasuk menempatkan semula lebih 250,000 pelarian Vietnam di negara ketiga.
Kestabilan politik Malaysia selain sebagai sebuah negara Islam mendorong semakin ramai warga Rohingya datang ke Malaysia tetapi Malaysia pasti tidak mampu melindungi kesemua mereka.
Menjadi pelarian bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia bukan sesuatu yang baharu bagi penduduk Rohingya dengan mereka masuk ke negara ini seawal tahun 1990-an.
Sehingga kini terdapat 45,000 orang Rohingya didaftarkan di Malaysia dengan memegang status UNHCR (Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) dan masih terdapat 20,000 pelarian Rohingya di sini yang masih belum didaftarkan.
Beribu-ribu daripada mereka dikatakan berkampung di Pasar Borong Selayang dekat sini. Persengketaan di tanah asal turut dibawa hingga ke sini dengan berpuluh mati dibunuh atau dikerat. Bagaimanapun, dalam mencari jalan penyelesaian kepada krisis pelarian Rohingya ini latarbelakang mereka boleh menjadi penghalang.
Pelarian Vietnam dan Rohingya melalui penderitaan yang sama hingga sanggup menggadaikan nyawa untuk melarikan diri daripada kezaliman dan penindasan oleh pemerintah dan peperangan. Namun latar belakang sejarah dan keadaan semasa kedua-duanya tetap berbeza, menurut Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia.
Beliau menjelaskan, pelarian Vietnam adalah pelarian politik yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai melarikan diri bagi mengelakkan penindasan dan penganiayaan politik di negara asal.
Kebiasaannya, kumpulan seperti ini akan memohon status suaka politik di negara-negara yang menerima mereka dan didaftarkan status pelarian oleh UNHCR.
"Kebanyakan pelarian politik kemudiannya dihantar ke negara ketiga seperti yang dilalui pelarian Vietnam dahulu atau pulang ke negara asal setelah kerajaan Vietnam melancarkan dasar buka pintu untuk menerima semula mereka," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Tambahan pula kebanyakan pelarian Vietnam bukan masyarakat serba daif seperti Rohingya menyebabkan PBB mudah untuk menguruskan perpindahan mereka ke negara ketiga. Keadaan ini tidak berlaku kepada etnik Rohingya yang bukan sahaja tidak diterima dan diiktiraf di negara sendiri malah tidak ada negara ketiga yang ingin menerima mereka menyebabkan mereka terus berada di Malaysia.
Tetapi wajarkah Malaysia dan Indonesia sahaja yang terlibat dalam mencari jalan penyelesaian bagi krisis pelarian Rohingya ini? Oleh kerana isu ini melibatkan empat anggota Asean - Indonesia, Malaysia, Myanmmar dan Thailand -dapatkah isu ini diselesaikan atas semangat Asean?
Asean melalui Komuniti Sosio-Budaya Asean telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu-isu kemanusiaan yang dihadapi warga Asean. Malah Komuniti Politik-Keselamatan Asean turut cuba menyelesaikan masalah ini melalui isu pemerdagangan manusia.
Isu ini sukar untuk diselesaikan kerana kegagalan kerajaan negara-negara Asean menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras isu penyeludupan manusia secara berkesan.
Sejarah dunia banyak menyaksikan pelarian sebegini berlaku apabila wujudnya konflik di sesebuah negara. Penduduk Palestin misalnya melarikan diri ke Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan kerana penguasaan rejim Zionis Israel ke atas tanah penduduk Palestin sehingga kini.
Konflik Asia Barat juga menyebabkan ramai pelarian Syria, Iraq dan Afghanistan lari ke negara kejiranan sehingga ada yang lari menaiki bot ke Australia.
Tegas Mohd Azizuddin, isu pelarian ini sukar diselesaikan dan hanya akan menemui titik penamat apabila konflik berakhir sebagaimana warga Vietnam yang pulang ke negara mereka semula. - Bernama
Beza tapi serasi
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu...
PETIKAN daripada lagu Cinta Gila, nyanyian Juliana Banos ini pernah menjadi siulan anak muda. Realitinya, ramai pasangan yang mempunyai perbezaan seperti dari segi rupa fizikal, status kedudukan, kerjaya dan usia, namun mereka mampu mengecap kebahagiaan hidup berumah tangga.
Isu Wow kali ini mengetengahkan tajuk Beza Tapi Serasi mengenai kelangsungan kebahagiaan pasangan di sebalik perbezaan dan jurang yang ada pada diri masing-masing. Mungkin anda pernah dengar pelbagai pepatah menyebut cinta itu buta, dan tak kenal maka tak cinta, mahupun hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam ku pandang manis.
Hakikatnya ALLAH SWT Maha Agung dalam menciptakan setiap makhluknya dengan keistimewaan masing-masing. ALLAH SWT yang Maha Halus dan Maha Penyayang juga melembutkan hati hamba-Nya untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan yang disebut sebagai jodoh. Cuba lihat pada jari jemari tangan anda, berbeza saiz, bentuk, ketinggian dan fungsinya. Inilah dinamakan fitrah.
Bagi mereka yang berajakan nafsu, mungkin hilang nikmat berasai perbezaan kalangan manusia. Jika semuanya sama, hidup ini akan jadi mendatar, tiada cerita menarik untuk dikongsi dan tiada tawa dan tangis dalam diari kehidupan.
Masih ingatkah anda dengan pasangan suami isteri Mat Noor, 44, dan Wook Kundor (Nek Wook), 113. Meskipun pasangan ini pernah dilanda ujian dan dugaan, namun ternyata kasih sayang mereka tidak dapat dipisahkan.
Nick Vujicic juga mempunyai kisah hidup menarik. Dilahirkan ke dunia tanpa sepasang tangan dan kaki mungkin sukar, namun tidak bagi beliau. Malah semangat kental beliau untuk meneruskan kelangsungan hidup menjadi inspirasi kebanyakan orang untuk berjaya walaupun kekurangan dari segi fizikal. Beliau juga bertuah kerana bertemu pasangan yang normal dan seorang anak.
IKLAN BERBAYAR 2
Blog Archive
-
►
2016
(108)
- ► 05/01 - 05/08 (11)
- ► 04/24 - 05/01 (4)
- ► 04/17 - 04/24 (9)
- ► 04/10 - 04/17 (7)
- ► 04/03 - 04/10 (11)
- ► 03/27 - 04/03 (7)
- ► 03/20 - 03/27 (10)
- ► 03/13 - 03/20 (3)
- ► 03/06 - 03/13 (2)
- ► 02/28 - 03/06 (3)
- ► 02/21 - 02/28 (4)
- ► 02/14 - 02/21 (7)
- ► 02/07 - 02/14 (4)
- ► 01/31 - 02/07 (2)
- ► 01/24 - 01/31 (5)
- ► 01/17 - 01/24 (1)
- ► 01/10 - 01/17 (7)
- ► 01/03 - 01/10 (11)
-
▼
2015
(287)
- ► 12/27 - 01/03 (4)
- ► 12/20 - 12/27 (2)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 11/29 - 12/06 (2)
- ► 11/15 - 11/22 (1)
- ► 11/08 - 11/15 (6)
- ► 11/01 - 11/08 (7)
- ► 10/25 - 11/01 (11)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (6)
- ► 10/04 - 10/11 (14)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (7)
- ► 09/13 - 09/20 (9)
- ► 09/06 - 09/13 (5)
- ► 08/30 - 09/06 (15)
- ► 08/23 - 08/30 (17)
- ► 08/16 - 08/23 (5)
- ► 08/09 - 08/16 (17)
- ► 08/02 - 08/09 (7)
- ► 07/26 - 08/02 (15)
- ► 07/19 - 07/26 (7)
- ► 07/12 - 07/19 (3)
- ► 07/05 - 07/12 (19)
- ► 06/28 - 07/05 (7)
- ► 06/21 - 06/28 (8)
- ► 06/14 - 06/21 (8)
- ► 06/07 - 06/14 (3)
- ► 05/31 - 06/07 (4)
- ▼ 05/24 - 05/31 (6)
- ► 05/17 - 05/24 (6)
- ► 05/10 - 05/17 (2)
- ► 05/03 - 05/10 (2)
- ► 04/19 - 04/26 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (8)
- ► 04/05 - 04/12 (6)
- ► 03/29 - 04/05 (9)
- ► 03/22 - 03/29 (6)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 03/08 - 03/15 (4)
- ► 02/08 - 02/15 (1)
- ► 02/01 - 02/08 (8)
- ► 01/25 - 02/01 (1)
- ► 01/18 - 01/25 (6)
- ► 01/11 - 01/18 (1)
- ► 01/04 - 01/11 (2)
-
►
2014
(551)
- ► 12/14 - 12/21 (4)
- ► 12/07 - 12/14 (8)
- ► 11/30 - 12/07 (6)
- ► 11/23 - 11/30 (8)
- ► 11/16 - 11/23 (5)
- ► 11/09 - 11/16 (7)
- ► 11/02 - 11/09 (4)
- ► 10/26 - 11/02 (5)
- ► 10/19 - 10/26 (9)
- ► 10/12 - 10/19 (3)
- ► 10/05 - 10/12 (7)
- ► 09/28 - 10/05 (20)
- ► 09/21 - 09/28 (19)
- ► 09/14 - 09/21 (2)
- ► 09/07 - 09/14 (10)
- ► 08/31 - 09/07 (21)
- ► 08/24 - 08/31 (13)
- ► 08/17 - 08/24 (12)
- ► 08/10 - 08/17 (10)
- ► 08/03 - 08/10 (3)
- ► 07/20 - 07/27 (10)
- ► 07/13 - 07/20 (15)
- ► 07/06 - 07/13 (8)
- ► 06/29 - 07/06 (7)
- ► 06/22 - 06/29 (6)
- ► 06/15 - 06/22 (9)
- ► 06/08 - 06/15 (7)
- ► 06/01 - 06/08 (14)
- ► 05/25 - 06/01 (8)
- ► 05/18 - 05/25 (3)
- ► 05/11 - 05/18 (17)
- ► 05/04 - 05/11 (11)
- ► 04/27 - 05/04 (10)
- ► 04/20 - 04/27 (13)
- ► 04/13 - 04/20 (11)
- ► 04/06 - 04/13 (15)
- ► 03/30 - 04/06 (15)
- ► 03/23 - 03/30 (9)
- ► 03/16 - 03/23 (8)
- ► 03/09 - 03/16 (11)
- ► 03/02 - 03/09 (12)
- ► 02/23 - 03/02 (16)
- ► 02/16 - 02/23 (22)
- ► 02/09 - 02/16 (21)
- ► 02/02 - 02/09 (9)
- ► 01/26 - 02/02 (9)
- ► 01/19 - 01/26 (18)
- ► 01/12 - 01/19 (40)
- ► 01/05 - 01/12 (21)
-
►
2013
(355)
- ► 12/29 - 01/05 (9)
- ► 12/22 - 12/29 (14)
- ► 12/15 - 12/22 (21)
- ► 12/08 - 12/15 (40)
- ► 12/01 - 12/08 (13)
- ► 11/24 - 12/01 (19)
- ► 11/17 - 11/24 (27)
- ► 11/10 - 11/17 (20)
- ► 11/03 - 11/10 (23)
- ► 10/27 - 11/03 (12)
- ► 10/20 - 10/27 (16)
- ► 10/13 - 10/20 (6)
- ► 10/06 - 10/13 (6)
- ► 09/29 - 10/06 (9)
- ► 09/22 - 09/29 (21)
- ► 09/15 - 09/22 (32)
- ► 09/08 - 09/15 (20)
- ► 09/01 - 09/08 (20)
- ► 08/25 - 09/01 (4)
- ► 08/18 - 08/25 (3)
- ► 08/11 - 08/18 (5)
- ► 08/04 - 08/11 (1)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (1)
-
►
2012
(8)
- ► 12/30 - 01/06 (1)
- ► 12/23 - 12/30 (7)