UtusanDaily

Saturday, 5 September 2015

Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah Negara?

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan bercakap pada sidang media selepas lawatan di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2015.
Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa yang baru berlalu.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.

"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

"Daripada situ, kita akan dapat terus bergerak ke depan dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat," katanya pada satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada ‘mesin yang berjalan lancar’.

Rahman berkata, perwakilan asing pada Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015 itu tidak sepatutnya mengkritik Malaysia pada satu acara di mana negara ini menjadi tuan rumah.

"Tak sesuai mereka berkata demikian secara terbuka begitu. Anda tak boleh sesuka hati mengata negara tuan rumah begitu dan begini," katanya.

Persidangan 3 hari di Putrajaya yang berakhir semalam, menyaksikan perwakilan seperti pengerusi Transparency International Jose Ugaz menggesa Najib menjelaskan mengenai dana yang disalurkan ke akaun beliau.

Para aktivis anti rasuah dan pakar dari seluruh dunia juga menuntut Najib menerangkan sekiranya sebarang ikatan dikaitkan dengan sumbangan derma itu.

Rahman berkata, tidak ada gunanya menuntut jawapan pada ketika ini apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih untuk tidak menghebahkan kerja yang sedang mereka lakukan.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu menunggu badan anti rasuah itu melengkapkan siasatannya dalam perkara itu.

Beliau juga mengingatkan orang ramai Najib sendiri meminta siasatan dijalankan berhubung dana itu, bermakna perdana menteri itu tiada apa hendak disembunyikan.

Orang ramai juga boleh menjangkakan Najib akan terus memberi penjelasan daripada pihaknya, kata Rahman.

"Tunggu ucapan bajet beliau Oktober nanti, dan pengenalan semua Rancangan Malaysia ke-11 hujung tahun ini.

"Saya rasa perdana menteri ada satu atau dua acara di mana beliau boleh menyampaikan ucapan dasar yang besar.

"Jadi, beliau akan boleh menyampaikan kepada rakyat Malaysia pendirian beliau dan apa tindakan beliau selanjutnya," katanya.

Bulan lepas, SPRM mengesahkan Najib menerima RM2.6 bilion daripada sumber tidak dinamakan dari Timur Tengah untuk satu tujuan yang tidak dikhususkan. – 5 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menteri-akui-reputasi-putrajaya-tercemar-selepas-persidangan-anti-rasuah#sthash.JP4EQIzN.dpuf

Thursday, 3 September 2015

Dr Mahathir akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan, kata KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dan disiasat pihak polis berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu selepas laporan polis dibuat seorang ketua Umno bahagian, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara itu berkata, polis akan menyiasat bekas perdana menteri paling berkhidmat itu di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.

"Kita perlu merakam percakapan dia kerana kita sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh ketua bahagaian Umno dan kenyataan yang Tun buat berkenaan rasuah," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid juga enggan mengulas lanjut sama ada Dr Mahathir akan diberikan hak istimewa sebagai negarawan ketika siasatan dijalankan.
Beliau juga enggan memberitahu bila beliau akan memanggil Dr Mahathir.

"Saya tidak mahu bincang mengenai itu sekarang (hak istimewa). Tetapi semestinya dia seorang negarawan. Jadi kita perlu menjaga seorang negarawan kita dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi tanggungjawab polis di mana laporan polis dibuat dan satu kesalahan berlaku. Kita perlu menjalankan siasatan dan menjadi SOP siastaan kita bahawa keterangan-keterangan mereka yang terlibat perlu dirakam," katanya.

Beliau juga yakin bahawa Dr Mahahir sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Saya akan memaklumkan...tapi dia pun dah dimaklumkan," katanya.

Semalam Kahlid memberitahu Dr Mahathir akan dipanggil polis dalam waktu terdekat susulan kehadiran beliau dalam himpunan Bersih 4.

Ketua polis negara itu berkata, keputusan memanggil Dr Mahathir berikutan ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan terbabit.

"Kita akan panggil beliau. Beliau membuat tuduhan dalam ucapannya. Kita akan siasat dari mana Dr Mahathir mendapat maklumat," katanya semalam.

The Malaysian Insider difahamkan, Dr Mahathir kini berada di Jordan dan akan pulang ke Malaysia pada 9 September ini. – 3 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-perlu-siasat-dr-mahathir-selepas-umno-buat-laporan-polis-kata-kpn#sthash.QqAPod1R.dpuf

IRSYAD FATWA KE 89: HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY / MINI-SEGWAY


 

( Pautan ke video lelaki tawaf menggunakan segway hoverboard : https://www.youtube.com/watch?v=Nm_KJ_ADSTs )

( Pautan ke laman rasmi Irsyad Fatwa PMWP: http://goo.gl/odJCf5)

Muqaddimah

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ

Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:

طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasa’I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
• kerana untuk membimbing orang ramai.
• kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
• kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

• Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ

Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.

Riwayat al-Nasa’i (2922)

Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

• Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

• Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.

Infografik : Sejarah logo Google



KUALA LUMPUR: SYARIKAT gergasi Internet, Google memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.

Menurut laporan AFP, Google mengekalkan skim empat warnanya namun menukar rupa taip kepada soft sans-serif.

Mereka juga mengubah huruf kecil 'g' berwarna biru kepada 'G' berhuruf besar dengan menggabungkan warna biru, hijau, merah dan kuning.

Berikut adalah sejarah logo Google:

Sejarah Logo Google

Wednesday, 2 September 2015

Presiden Chechnya arahkan polis dan tentera solat Subuh dan Isyak di masjid

September 1, 2015 Berita Dunia 0

Ramzan-Akhmadovich-Kadyrov-600x330

CHECHNYA, Selasa – Presiden Republik Chechnya Ramzan Akhmadovich Kadyrov mewajibkan semua petugas polis dan tentera di negaranya untuk solat Subuh dan Isyak di masjid.

Beliau mahukan mereka yang berbakti kepada negara termasuk polis dan tentera turut mengambil peluang menunaikan solat secara jemaah.

Ramzan Akhmadovich Kadyrov sememangnya dikenali sebagai presiden yang mempunyai ideologi Islam yang kuat.

Beliau yang ketika ini berusia 39 tahun dilahirkan di Tsentoroi, Chechen-Ingush ASSR, Chechnya pada 5 Oktober 1976.

Meskipun baru mencecah 10 tahun memimpin Chechnya, Ramzan telah banyak membawa perubahan yang menakjubkan.

Di bawah kepemimpinanya, Chechnya kini merupakan sebuah negara yang mempunyai tahap pembangunan yang sangat maju.

Negara yang sebelum ini hancur porak-poranda kerana perang kini menjadi sebuah negeri yang indah dan bersih.

Keluarga Ramzan merupakan keluarga yang sangat disegani oleh masyarakat Chechnya dan kerajaan Rusia.

Hari-Hari Terakhir UMNO?

September 2, 2015

UMNO kini dalam keadaan yang cukup serabut. Tindakan ahli UMNO cawangan Padang Matsirat, Anina Saadudin yang menyaman Presiden UMNO berhubung derma politik berjumlah RM2.6 bilion adalah kemuncak kepada segala pergolakan politik dalaman UMNO.

umno-malaysia 
Oleh Raziq Michael

Pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 menyaksikan ada sekumpulan ahli UMNO ketika itu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pemilihan berkenaan lalu mengheret UMNO ke mahkamah. Akibatnya, UMNO diharamkan dan tubuhlah apa yang kini digelar sebagai UMNO baru.

28 tahun kemudian, UMNO diheret ke mahkamah sekali lagi oleh ahlinya dan kali ini fokus kesnya agak berbeza apabila melibatkan keraguannya terhadap Presiden partinya itu sendiri. Mengikut perlembagaan UMNO fasal 12.13.6 dengan jelas menyebut bahawa sebarang masalah berbangkit perlu terlebih dahulu diselesaikan di peringkat Bahagian dan Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi.

Dalam isu ini adalah menjadi persoalan sama ada perkara ini telah dibincangkan di peringkat dalaman UMNO dan sekiranya ada maka wajar kiranya untuk mengetahui keputusan perbincangan. Tetapi sekiranya perkara ini tidak dibincangkan langsung diperingkat dalaman parti maka tindakan Anina Saadudin yang mengheret UMNO dan Presiden Parti ke mahkamah bukan sahaja membelakangkan semangat kepartian tetapi juga akan tergugur secara automatik keahliannya.

Hala Tuju UMNO

Hakikatnya tindakan Anina Saadudin ini bukan sahaja memberikan ruang kepada pembangkang untuk terus memainkan persepsi akan isu derma politik ini tetapi turut memberikan peluang keemasan kepada media antarabangsa untuk terus mengasak kerajaan dan pemerintah.

Namun, buat tiga juta ahli UMNO yang berdiri teguh bersama Presiden parti haruslah bersikap optimistik kerana tindakan membawakan isu ini ke mahkamah adalah merupakan satu tindakan yang masih dalam lingkungan pemikiran akal yang waras.

Bukankah ini akan memberikan peluang kepada Presiden parti untuk membersihkan namanya serta kredibiliti UMNO amnya dalam usaha untuk menamatkan pelbagai spekulasi dan persepsi melibatkan derma politik RM 2.6 bilion ini? Cuma, soalnya ialah apakah bersedia Presiden parti untuk menyahut cabaran ini dan mampukah ahli-ahli UMNO terus berdiri teguh bersamanya?

Masa Depan Politik UMNO

Secara keseluruhannya, UMNO tidak akan ranap dalam menghadapi isu ini. Tetapi nyata bahawa situasi ini akan membuatkan UMNO berdepan dengan krisis kepercayaan dalam usaha untk menyakinkan bahawa Presiden parti mereka berada di pihak tidak bersalah dan menjadi mangsa pencaturan politik semata-mata.

Sementara di pihak Najib Razak pula, ini adalah masa terbaik untuk membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dalam apa-apa penyelewengan sama sekali melibatkan dana derma yang diterimanya.

Dan langkah drastik Najib Razak haruslah segera bertindak dengan mewujudkan satu undang-undang khusus agar semua parti politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak yang sehingga kini belum terlaksana. Jika ini dilaksanakan maka ini pastinya merupakan tamparan hebat kepada pembangkang dan mereka yang meragui akan kredibilitinya.

Bak telur dihujung tanduk, begitu juga kerelevanan UMNO kepada rakyat marhaen pada saat ini terletak kepada bagaimana isu ini diadili sewajarnya oleh Perdana Menteri yang juga Presiden parti UMNO.

Raziq Michael adalah pembaca FMT

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dari pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT. KLIK SINI

Tuesday, 1 September 2015

Kem pelarian Syria disediakan Turki adalah yang terbesar dan terbaik di dunia

Turki menyediakan kem pelarian terbesar dan terbaik di dunia. 
Separuh dari 4 juta pelarian Syria ada di sini.






KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir



Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan 34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.

"Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.
Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan Bersih 4 berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menyerahkan kepada majlis tersebut sekiranya mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
"Terserah kepada MT Umno. Susah nak cakap dengan pemimpin lama Umno supaya ikut peredaran zaman. Zaman dah berubah, Tun M pun patut sedarlah hal ini," katanya.

Namun, Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir yang menyertai Bersih 4 itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan polis berjaya mengawal perhimpunan itu, yang dianggarkan melibatkan ratusan ribu orang, supaya ia berlangsung dengan aman.

"Yang penting, pihak polis menguruskan perhimpunan Bersih itu, walaupun ia haram, dalam keadaan yang baik," katanya.

Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Jazlan berkata tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan polis memanggil 7 ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan itu.

"Itulah yang dilaporkan. Saya tidak terima sebarang maklumat lagi," katanya.

Terdahulu hari ini, anggota sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata tujuh ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 diminta tampil di ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perhimpunan itu.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan perhimpunan haram.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran yang walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat sebelum Bersih 4, polis masih boleh mengambil tindakan terhadap penganjur selepas perhimpunan itu, mengikut akta dan peraturan sedia ada. – 1 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kdn-serah-pada-polis-tindakan-atas-dr-mahathir-kata-timbalan-menteri#sthash.qWTYJvRf.dpuf

'Orang tua macam Dr M takkan baling bom'


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4 tidak memberi sebarang ancaman kepada negara.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata beliau melihat Mahathir sudah berubah sikap kerana bekas perdana menteri itu sebelum ini menolak demonstrasi.

Dengan sinis, Nazri bagaimanapun berkata beliau percaya bahawa "orang tua" seperti bekas perdana menteri itu tidak akan mencetuskan masalah dalam perhimpunan seperti itu.

"Diapun sudah berubah sikap. Dulu (Mahathir) kata demonstrasi bukan budaya kita, tapi bila sudah tua, 90 tahun baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.

"OK lah macam itu. Saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom.

"Makin ramai orang tua macam itu lagi bagus," kata Nazri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.

Siapa sebenarnya yang membawa risiko besar kepada negara?... Bukankah Najib sendiri?

Oleh Aspan Alias


Rali Bersih 4 tamat tengah malam tadi dan peserta rali beransur-ansur berundur setelah melaungkan perkataan keramat 'merdeka' tepat 12 tengah malam tadi. Ada yang menafsirkan sejumlah empat ratus ribu telah menyertai rali tersebut tetapi saya lebih cenderung untuk menganggarkan seramai 350,000 sahaja. Jumlah itu sudah cukup meyakinkan kita yang kehendak ramai untuk Najib berhenti dan bersara begitu jelas dan susah hendak dinafikan.

Apa pun yang dikatakan oleh pihak yang memerintah, Bersih 4 telah berjaya mengumpulkan begitu ramai penyokong yang datang dari jauh dan dekat, pendeknya Bersih 4 itu berjaya dan niat serta hajat untuk membuktikan yang Najib sedang menghadapi krisis keyakinan itu amat ketara. Katalah kehendak hati yang tidak bersetuju dengan rali ini, ia merupakan organisasi yang amat sempurna secara relatifnya.

Keadaan terkawal dan dari awal lagi mereka yang menyusun rali ini telah memberikan jaminan yang rali itu adalah perhimpunan yang bertujuan yang aman semata-mata. Mereka hanya hendak menunjukkan sikap mereka terhadap kepimpinan Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet negara itu. Mereka mahu menunjukkan dengan jelas kepada Najib yang beliau perlu memujuk semua anggota kabinetnya untuk berhenti bersama-sama beliau dari menguasai kerajaan Persekutuan.

Rakyat bertambah risau kerana jika matlamat mereka ialah untuk hidup dalam keadaan yang aman dan damai dan menuntut Najib untuk bersara bagi mendapatkan kedamaian yang diidamkan oleh rakyat itu. Tetapi mereka bertambah runsing dan risau apabila kelihatan Najib akan menurunkan dan mewariskan kepimpinan negara kepada Ahmad Zahid Hamidi dan inilah yang digerunkan oleh rakyat biasa negara ini.

Jika Zahid yang mewarisi kepimpinan lemah Najib ini, Zahid akan menjadikan negara lebih celaru dengan sikap dan sifatnya yang 'bodoh sombong' dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat. Kenyataan-kenyataan beliau tanpa 'decorum' nyata jelas kenyataan kerasnya itu adalah semata-mata untuk menutupi kekurangan yang ada kepada diri beliau sendiri.

Dalam ucapan hari kemerdekaannya Najib telah menzahirkan kerunsingan beliau jika BN dan UMNO khususnya akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang dan terus menyalahkan rakyat yang berjiwa memberontak itu. Tetapi tidak nampak dalam diri beliaulah yang masalah dan risiko kekalahan BN dalam pilihanraya itu adalah hasil dari kelemahan dan kekurangan kepada kepimpinan beliau.

Beliau tidak mahu menerima yang satu-satunya jalan yang tinggal bagi mempastikan kemenangan UMNO dan BN itu ialah dengan mengajak semua barisan kepimpinan beliau di dalam kabinet itu berhenti dan bersara dari memegang jawatan dan tanggungjawab yang mereka tidak mampu untuk melaksanakannya itu.

Sesungguhnya beliaulah yang bertanggungjawab menjadikan kerajaan menghadapi risiko ditumbangkan oleh rakyat didalam pilihanraya yang akan datang. Najib tidak boleh membiarkan negara terumbang ambing kerana diri beliau dan kabinet beliau yang beliau lantik itu.

Perhimpunan Bersih yang begitu besar sambutannya memberikan implikasi yang besar terhadap kepimpinan Najib ini dan beliau sepatutnya mendengar desakan rakyat dari menyalahkan rakyat diatas kecelaruan yang kita hadapi ini.

Lain orang lain caranya untuk memberikan bakti kepada negara. Jika Tunku Abdul Rahman memberikan jasa kepada negara dengan mengetuai usaha dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Najib pula hanya boleh menaburkan bakti kepada negara dengan berhenti sahaja dari terus mentadbir negara yang sedang kehausan kepimpinan ini.

Yang penting bagi seseorang pemimpin ialah dia meninggalkan jasa kepada negara. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Najib sepatutnya menunjukan jiwa besar beliau dengan mengumumkan kepada rakyat yang beliau bersama kabinetnya berhenti semata-mata untuk menstabilkan politik dan kepimpinan negara. Mengakui kelemahan sendiri dan berundur merupakan satu tindakan yang sangat dihargai oleh rakyat dan ia akan dikenang buat selama-lamanya oleh rakyat dan penulis sejarah negara kita.

Malahan tindakan Najib untuk berundur secara terhormat itu boleh dijadikan contoh oleh kepimpinan yang akan datang yang mengakui kelemahan dan kesalahan itu akan menjadi isu yang positif bagi seseorang yang berjiwa besar dengan mengakui kelemahan sendiri itu.

Hentikanlah sikap menjadikan jawatan dan pengaruh dalam kuasa kerajaan sebagai modal perniagaan itu. Ia adalah terlalu hina dan jauh sekali untuk memperolehi keberkatan dari Tuhan semesta alam itu. Najib sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri samada beliau mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara ini misalnya. Jika jawapannya 'tidak mampu' maka beliau sepatutnya menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin yang lebih berkemampuan dari beliau dan kabinetnya.

Beliau sendiri tahu yang beliau tidak mampu untuk penyelesaian itu.

KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB"....



Shahbudin Husin,

Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia berhimpun selama dua haru satu malam semata-mata untuk meluahkan perasaan mereka.

Sudah tentu kesediaan rakyat berkorban meninggalkan tempat tidur yang selama di rumah masing-masing semata-mata untuk membantah adalah kerana satu sebab yang paling asas iaitu keinginan menolak Najib dan menyaksikan beliau segera digantikan sebagai peneraju negara ini.

Dengan kesediaan berhimpun dalam tempoh 34 jam dan sehingga ini menyaksikan semangat mereka tidak kendur walau sedikit pun, jika Najib tidak sedia mendengar suara rakyat ini, perhimpunan rakyat akan berterusan lagi di masa-masa akan datang dan mungkin berlangsung dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Bersih 4 kali ini bukan saja luahan suara penolakan sebenarnya, tetapi juga jeritan kebencian terhadap Najib. Jika sekadar menuntut empat perkara asas tersebut tanpa disertai dengan keghairahan untuk melihat agar Najib segera berundur, tidak mungkin peserta Bersih 4 daripada berbilang kaum begitu bersemangat seperti ini.

Selepas Tun Mahathir Mohamad juga turut sama turun memberi sokongan kepada peserta Bersih dengan kata-kata "teruskan, teruskan", gelombang penyertaan rakyat di hari kedua dijangka akan terus meningkat sehingga ia berakhir pada malam nanti.

Tidak mustahil menjelang penutup perhimpunan ini nanti, peserta perhimpunan akan mencecah angka 250 hingga 300 ribu ramainya.

Ahli dan penyokong UMNO tetapi mahukan Najib berundur berikutan pelbagai masalah yang ditimbulkannya sejak akhir-akhir ini, tentu saja tidak keberatan untuk turun sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada Bersih 4 ini, terutama selepas Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah turut hadir memberi sokongan.

Sepertimana kata Tun Mahathir di Johor Bahru semalam, oleh kerana undang-undang telah dicabuli dan rakyat telah hilang keyakinan kepada sistem dalam kerajaan, maka rakyat tiada pilihan selain menyatakan bantahan mereka secara terbuka melalui demonstrasi.

Setelah perhimpunan hari pertama Bersih 4 yang tentunya Najib sendiri sudah mendapat pelbagai laporan melalui gambar dan video mengenainya, sebenarnya inilah masanya untuk beliau bermuhasabah dan menyedari di mana nilainya dirinya di mata rakyat sekarang.

Selain rakyat sudah secara terbuka menyatakan bantahan dan menunjuklan kebencian, suara yang membelanya juga semakin sayup-sayup dan tidak lagi kedengaran.

Pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, termasuk sayap-sayap yang selama ini dikenali sebagai barisan gagah dan berani, hampir semuanya menghilang diri atau menyembunyikan diri dan seolah-olah tidak mampu lagi mempertahankan kedudukan Najib yang kian tenat di hati rakyat ketika ini.

Kepada Najib, berhentilah untuk terus bergayut pada kuasa dan imbaslah kembali sejarah ramainya pemimpin dunia yang akhirnya bukan saja kecundang tetapi hidup dalam kehinaan semata-mata kerana ingin berterusan melawan suara keramat rakyat.

Apabila suara rakyat makin membuak-buak, ia adalah isyarat "pergi" yang tidak perlu dilewat-lewatkan lagi. Sokongan berdasarkan "cash is king" daripada Ketua-Ketua Bahagian juga sudah tidak bermakna lagi dalam situasi ini.

Suara penolakan dan kebencian tiada ubatnya lagi, kecuali penawarnya ialah pengunduran Najib dengan serta-merta. Jika tidak, episod demi episod bantahan rakyat bukan saja berlarutan sehingga tarikh pilihanraya akan datang, malah ia akan menyebabkan ketidaktentuan yang berterusan kepada negara.

Bersih 4 adalah isyarat "bye bye" paling nyata dan menunjukkan sudah tiada jalan selamat  lagi buat Najib. (SH 30/08/2015)


Dengan lautan manusia menunjukkan bantahan seperti ini, Najib seharusnya lebih insaf mengenai dirinya....


Buat pertama kali peserta demo sanggup tidur di atas jalan berselimutkan angin malam dan bertilamkan batu sebagai lapik badan...

Monday, 31 August 2015

Digantung tugas kerana ubah azan Solat Subuh

ubah-azan
PETALING JAYA: Seoran muazin atau tukang azan di Mesir digantung tugas selepas bertindak sengaja mengubah suai laungan azan subuh.

Tindakan diambil ke atas ulamak Mahmoud al-Moghazi selepas dia menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”.

Menurut laporan BBC, jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan perbuatannya kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ekoran itu, dia digantung tugas sementara siasatan dilakukan.

Dia bagaimanapun mengancam akan melakukan mogok lapar dan merayu Presiden Abdel Fattah al Sisi menarik balik keputusan yang dibuat ke atasnya


Dalam sebuah rancangan televisyen pada Ahad, salah seorang jemaah menuduh al Moghozi sebagai mengamalkan ajaran yang menyeleweng.

Undi Tak Percaya kepada Najib – Siapa Yang akan Mengetuainya?

Ian McIntyre (The Heat Online)

  Ada satu rencana untuk mengemukakan satu undi tidak percaya di Parlimen terhadap PM Datuk Seri Najib Razak dan maklumat rencana itu sudah lama tertanam di fon bimbit para MP, kata pihak Pembangkang. Mantan naib presiden PAS dan mantan MP Salahuddin Ayub berkata semua 150 orang MP perlu dirundingkan sepenuhnya perkara ini. Namun, tidak siapa yang tahu MP mana yang akan mengepalai rencana ini. Ada yang yakin bahawa rencana ini adalah hasil cetusan idea Tengku Razaleigh Hamzah, ataupun Ku Li, mantan naib presiden Umno.

Ku Li memang terkenal sebagai satu-satunya insan yang berani mencabar mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden pada 1987. Namun, Ku Li gagal menjatuhkan Mahathir. Baru-baru ini, Ku Li dilapurkan telah berkata bahawa para MP tidak seharusnya patuh pada peraturan parti sahaja tetapi bertindak dengan penuh jatidiri bagi pihak para pengundi mereka. Apakah ahli parlimen akur dengan cadangan itu dan mungkinkah ia menyebabkan ketidakstabilan sistem politik dalam negara? Ya, kalau diambil kira pendapat Timbalan PM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menganggap cadangan itu sebagai "rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik".

Barisan Nasional memilikki 134 (kerusi) MP dengan Umno (88), PBB (14), MCA (7), PRS (6), MIC (4), PBS (4), SPDP (4), Upko (3), Gerakan (2), PBRS (1) dan SUPP (1).

Pihak Pembangkang DAP ada 37 MP, PKR (28), PAS (22), PSM (1) dan TERAS (1). Ada seorang MP bebas..

Untuk rnenang, pencadang dan penyokongnya memerlukan hanya lebih sedikit dari separuh angka 222 yang merupakan jumlah wakil rakyat di Parlimen itu.

Sebaliknya MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berpendapat bahawa Ahmad Zahid telah tersilap besar. Mujahid berkata bahawa rakyat telah mengundi wakil rakyat di Parlimen sebagai MP untuk berkhidmat dan mereka hanya melaksanakan tugas mengenepikan seorang pemimpin yang bergelumang dengan skandal yang terus mengecewakan rakyat dalam banyak urusan.

"Ini bukanlah satu rampasan kuasa tetapi satu amalan demokrasi oleh MP akan hak mereka sebagai wakil rakyat menyelesaikan isu kepimpinan negara. Para MP hanya melakukan apa yang rakyat mahu," katanya. Mujahid berkata Parlimen mesti dikembalikan ke taraf asalnya dalam membangunkan negara secara menjadi pemantau yang bermaruah dan bukan setakat menjadi tukang chop perundagnan.

Pada Oktober ini, dunia akan memerhatikan Parlimen dalam persidangan suku-tahunnya apabila 222 - ahli Dewan Rakyat mula bersidang.

VOTE OF NO CONFIDENCE – WHO WILL BELL THE CAT?
August 27, 2015
Ian McIntyre (The Heat Online)

Sunday, 30 August 2015

Hishammuddin pulak pertahan Najib dan kecewa dengan Tun Mahathir sebab pergi #BERSIH4

Hishammuddin Hussein


1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

6. Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

7. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.

8. Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?

Menteri: Dr M pakat dengan DAP, hancurkan Umno

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4 semalam amat mengecewakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara.

"...tetapi disebabkan benci presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti.

"Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor hari ini.

Turut hadir ketua Umno bahagian itu Datuk Jamal Md Yunos, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak.

Salleh berkata dalam setiap organisasi hanya terdapat seorang ketua dan apabila Najib telah dipilih sebagai presiden Umno seharusnya semua anggota parti memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau.

"Tidak semestinya semua kita (pemimpin) lakukan betul dan dipersetujui tetapi prinsipnya bila nombor satu (presiden) buat keputusan kita kena ketepi pandangan peribadi untuk laksana apa yang diputuskan oleh presiden.

"Dahulu, Dr Mahathir lakukan perkara sama di Sabah mengenai penggiliran jawatan ketua menteri di mana beliau putuskan setiap dua tahun ketua menteri Sabah perlu ditukar. Walaupun ketika itu seluruh UMNO Sabah tidak setuju tetapi kita beralah dan akur dengan keputusan beliau kerana beliau presiden parti

(ketika itu)," katanya yang juga bekas ketua menteri Sabah.

Sehubungan itu, Salleh berkata Dr Mahathir perlu mengekalkan prinsip berkenaan tetapi tindakan bekas perdana menteri itu yang tetap berterusan 'menyerang' Najib sangat bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini.

"Saya hormati Tun (Dr) Mahathir yang turut berkongsi tarikh lahir dengan saya dan saya juga pernah dilantik Ketua Menteri Sabah tetapi kita tidak boleh paksa pendapat kita diterima orang lain dan mengatakan pendapat kita sahaja betul.

"Kita dengar semua pendapat tetapi yang buat keputusan tetap nombor satu (Najib). Dulu tidak ada media sosial tetapi sekarang media biasa bersaing dengan media sosial... sebab itu penting kita sokong Najib bukan secara peribadi tetapi sebagai presiden parti," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Salleh berkata pembangkang tidak sepatutnya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyerang kerajaan sebaliknya ia harus dizahirkan melalui pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun, katanya, walaupun menerima pelbagai tekanan perdana menteri tetap mengamalkan keterbukaan apabila memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang memberi peluang rakyat berhimpun dengan bersyarat.

"Kalau berani, tunggu PRU yang merupakan tempat rakyat tentukan kuasa bukannya dengan adakan demonstrasi. Kita tengok siapa yang rakyat sokong dan jika kita di pihak yang benar pasti rakyat akan bersama kita.

"Yang penting sekarang ialah Umno kena kuatkan organisasi kita kerana bila kuasa sudah hilang tidak berguna lagi. Umno jelas pejuang agama, bangsa dan negara," katanya.

- Bernama

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive