UtusanDaily

Thursday, 16 January 2014

Pelakon beri upah RM35 untuk tiga jam

Demam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 sudah bermula dan macam-macam cerita sampai ke pendengaran kita.

Cerita apa lagi kalau bukan membabitkan kerenah artis yang dicalonkan bagi mendapatkan tempat untuk menjadi calon lima popular dalam setiap kategori.

Baru-baru ini, ada pengurus artis memberitahu kita, seorang pelakon jelita dan tidak kurang popularnya menggunakan mekanisma berbeza dalam memastikan namanya tersenarai antara lima popular dalam kategori namanya dipertandingkan.

Kalau setakat artis keluar duit sendiri beli surat khabar dan menggunakan ahli kelab peminat sebagai jentera untuk menandakan nama mereka dalam borang yang disiarkan di BH dan pos, itu perkara biasa.

Kita rasa sebahagian besar artis yang dipertandingkan namanya menggunakan cara itu, tetapi kita tidak menuduh semuanya, ya. Jangan salah faham.

Namun cerita disampaikan kepada kita oleh pengurus artis ini lagi hebat. Artis jelita yang sedia popular ini bukan setakat mengeluarkan duit membeli surat khabar sendiri, dia turut mengupah beberapa pelajar dari universiti tempatan untuk menguruskan borang pencalonan.

Bayangkan, dia memberi upah RM35 untuk tiga jam bagi menguruskan setiap borang terbabit, termasuk dengan pos. Hebat-hebat! Kita tanya pengurus artis itu, dari mana dia tahu cerita itu, katanya seorang pekerja artis jelita itu sendiri memberitahunya memandangkan artisnya yang bertanding bagi kategori lain menjadi pilihan pelajar itu untuk diundi.

Untung artis diuruskan pengurus terbabit kerana dia tidak perlu mengeluarkan duit membeli surat khabar dan dengan membayar upah RM35, namanya sudah diundi.

Kita hairan kenapa artis jelita yang sedia popular ini berbuat demikian, sedangkan dia juga ada syarikat pengurusan yang kita pasti akan melakukan usaha sama.

Namun pengurus artis itu memberitahu, kalau semua orang melakukan strategi sama, bagaimana dia hendak memastikan namanya tersenarai. Disebabkan itu, dia harus melakukan usaha lebih. Bukankah usaha itu tangga kejayaan. Iya tak iya juga.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive