UtusanDaily

Sunday, 7 February 2016

MUKHRIZ MULA MENGOTAKAN JANJINYA - Perluru pertama dihalakan kepada NAJIB


Antara perkara yang dijanjikan oleh Mukhriz Mahathir sebaik saja beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu ialah tekadnya tidak akan berdiam diri daripada mengkritik Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Sekarang saya rasa bebas dan merdeka, tetapi tidak akan mendiamkan diri, katanya.

Hari ini beliau mula mengotakan janjinya dengan mengeluarkan kenyataan pedasnya yang mungkin boleh membuatkan Ah Jib Gor terasa limau mandarin yang ditelannya sempena sambutan Tahun Baru Cina lebih masam berbanding biasa.

Rakyat terbanyak bukan saja mengharapkan Mukhriz akan terus bersuara, bahkan merasakan suatu keperluan juga untuk beliau turun menjelajah ke seluruh negara menemui rakyat menjelaskan betapa kritikalnya negara selagi dipimpin oleh Najib serta pentingnya melakukan perubahan yang pada hakikatnya sudah merupakan suatu kewajipan kepada sesiapa pun juga, kecuali bagi pemakan dedak yang kekal dengan dunianya.

Berikut adalah kenyataan media oleh Mukhriz itu:-

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

5.Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?

6.Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.

7.Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan :

“ Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. ”

8.Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

9.Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.

10.Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

11.Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.

12.Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

13.Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato’ Seri Najib.

14.Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku  Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

15.Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.

16.Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato’ Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.

17.Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?

18.Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.


DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam

Tarikh : 07 haribulan Februari, 2016. (SH 07/02/2016).

Masa depan Umno terjejas selepas penyingkiran Mukhriz

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh mempercayai pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.
Masa depan Umno akan terjejas jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno itu mencatatkan peringatan demikian di laman Facebook beliau malam tadi, mengulas peletakan jawatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletak jawatan, selepas kemelut politik yang berlangsung di negeri itu selama hampir 2 minggu, susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),

Perebutan jawatan itu bermula pada 20 Januari apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sidang media, terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap, mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Ahmad Bashah dijadualkan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada pukul 10 pagi ini.

Muhyiddin berkata, penyingkiran Mukhriz semalam juga menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh percayakan pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka.

"Sudah berakhir hari-hari di mana kita percaya pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.

"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.

Ramai rakyat Kedah tidak berpuas hati dengan langkah itu dan mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk menjatuhkan Mukhriz.

Muhyiddin berkata, Umno hari ini mungkin lupa ia sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan.

"Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas," katanya.

Muhyiddin berkata, sekali ia hilang, bukan mudah untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat dan kepimpinan baru kini berdepan tugas sukar menjelaskan keadaan kucar-kacir yang timbul.

"Bukan mudah memperoleh semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati.

"Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti menteri besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno."

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau yakin Mukhriz akan tabah menghadapi dugaan itu, menyifatkannya seorang pemimpin yang berintegriti dan berkarisma.

"Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang." – 4 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masa-depan-umno-terjejas-selepas-penyingkiran-mukhriz-kata-muhyiddin#sthash.LARzjZRr.sk8aTETp.dpuf

UMNO dan PAS perlu bersama jaya agenda negara

Penyatuan niat adalah kunci keramat perlu dimiliki bersama UMNO dan PAS dalam menjayakan agenda yang dirangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) ke arah memupuk kesederhanaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GMMF, Nasharudin Mat Isa, berkata dua parti besar orang Melayu itu perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara. "Saya tidak katakan kedua-duanya (UMNO dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepemimpinan dua parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya.

Ditanya sama ada beliau selesa berada di kedudukan sekarang, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, ruang ketika ini membuka peluang lebih luas baginya menemui lebih banyak pihak yang merangkumi pelbagai organisasi.

Bersyukur kerana institusi bagi menjayakan agenda berkenaan sudah tersedia, bekas pensyarah undang-undang itu komited untuk melaksanakan tanggungjawab diberi dan berharap mendapat hasil terbaik demi manfaat negara. "Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan. "Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk UMNO atau PAS.

Saya akui, ada yang skeptikal dan sinis terhadap keupayaan saya, namun saya menerima jawatan ini kerana yakin dengan agenda berkaitan penyataan. "Saya selesa dengan apa yang dilakukan sekarang. Saya mempunyai akses kepada kedua-dua parti, UMNO mahupun PAS walaupun hakikatnya memang sukar untuk memuaskan semua pihak," katanya.

Derma RM2.6 bilion adalah dari anak Raja Abdullah


SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah‎ seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.

"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang‎ dipetik dari laporan Sinchew Daily.

Beliau berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendapat satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

Apandi juga menegaskan bahawa motif di sebalik sumbangan itu tidak penting kerana derma seumpama itu tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.

"Mengapa orang bertanya tentang sebab derma itu diberi? Anda perlu bertanya kepada pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang, apa masalahnya?

"Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram," katanya.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive