UtusanDaily

Saturday 15 February 2014

Manusia yang menyonteng kereta JIHAN berjaya di Kesan..!!

Teruk juga kereta Jihan Raja Lawak diconteng oleh ‘musuhnya’. Motif kereta beliau diconteng, tidak dapat dikenalpasti. Jihan bernasib baik kereta Mitsubishi ASX miliknya diconteng menggunakan cecair kapur kasut yang boleh dibasuh dengan air.

Antara ayat-ayat conteng yang tertera di keretanya ialah…

Undi Jihan ABP
SYJ PEACE YO!


2

2

Gambar di bawah pula adalah gambar si penconteng kereta mewah milik Jihan.

2
 Mamat Khalid?! Hahahaha….

Tak sangka kami, ingatkan angkara ‘ah long’ pengutip hutang rupa-rupanya pengarah terkenal filem Rock Oo.

Mungkin Abang Mamat Khalid sekadar bergurau dengan Jihan agaknya, nasib baik guna kapur kasut.. kehkahkah.. Mamat Khalid memang terkenal dengan gimik spontan beliau, walaupun bergelar pengarah tetapi beliau tetap dengan gaya lawaknya tersendiri. Enjoy!

Beckham, Victoria hadir Anugerah Laureus di KL

DAVID Beckham dikatakan telah mengesahkan untuk berada di Kuala Lumpur bersama Victoria bagi menghadiri majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 pada 26 Mac depan.

KUALA LUMPUR - Selebriti sukan terkenal, David Beckham dikatakan telah mengesahkan kehadiran untuk majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 yang bakal diadakan di ibu negara bulan depan.

Menurut berita yang tersebar meluas di internet, Beckham akan hadir bersama isterinya Victoria, bekas penyanyi kumpulan pop terkenal Britain, Spice Girls untuk majlis anugerah yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 26 Mac itu.

Bekas bintang bola sepak England, Manchester United dan Real Madrid itu pernah beberapa kali ke Malaysia sebelum ini, sama ada bersama kelabnya atau memenuhi tuntutan penaja.

Kuala Lumpur menjadi negara Asia Tenggara pertama diberi penghormatan menjadi tuan rumah Anugerah Sukan Dunia Laureus, anugerah berprestij yang menghimpunkan ramai bintang sukan terkemuka.

Antara tokoh sukan terulung yang pernah dinobat sebagai pemenang dalam 14 edisi anugerah terdahulu termasuklah dua jagoan olahraga dunia, Usain Bolt (Jamaica) dan Sebastian Coe (England), selain Novak Djokovic (tenis), Roger Federer (tenis), Alex Ferguson (bola sepak), Lewis Hamilton (Formula Satu) dan Kelly Holmes (olahraga).

Bintang lain yang pernah menerima anugerah berprestij itu ialah Rafael Nadal (tenis), Pele (bola sepak), Steve Redgrave (mendayung), Ronaldo (bola sepak), Michael Schumacher (Formula Satu), Kelly Slater (luncur air), Shaun White (luncur salji), Serena Williams (tenis) dan Zinedine Zidane (bola sepak).

Selain Beckham dan Victoria, antara tetamu kehormat lain yang bakal menghadiri edisi ke-15 anugerah itu termasuklah Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Putera Albert dari Monaco serta pelakon terkemuka seperti Sean Connery, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones, Morgan Freeman, Teri Hatcher, Eva Longoria, Gwyneth Paltrow serta Kevin Spacey.

Friday 14 February 2014

Wahai MAS!! nie 'nasi lemak telanjang' lagi nak kira macamana pulak...

Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?

Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.

"Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.

Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya.

Penangan Ariana Rose - Keith Foo didakwa hina Islam..!!!

Penangan Ariana Rose


“WATAK sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.

“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam.

“Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose, baru-baru ini.
 
Menurutnya, sebagai seorang yang bukan beragama Islam, dia juga amat berhati-hati dalam melakukan babak-babak seperti solat dan berdoa.

“Setiap kali sebelum lakukan babak-babak yang sensitif, saya akan lebih banyak bertanya supaya apa yang saya lakonkan itu saya lakonkan dengan cara yang betul agar mesejnya sampai.

“Sebenarnya Islam bukanlah agama asing bagi saya dan keluarga kerana kakak saya adalah seorang mualaf. Jadi banyak perkara juga yang saya lihat daripada dia,” jelasnya panjang lebar.
 
 Tak laku di Indonesia?

Tidak pernah terbayang popularitinya di Malaysia kian melonjak naik, Keith mahu menjadi yang lebih baik dan perbaiki kelemahan dalam karier lakonan sebagai penghargaan buat penyokongnya.

“Terkejut sangat bila drama ini dapat sambutan yang luar biasa. Melihatkan sokongan peminat, saya kini lebih bersemangat untuk teruskan karier dengan baik.

“Tanpa peminat mungkin saya juga tidak akan berada di sini, jadi untuk menghargai jasa mereka, saya mahu buat yang terbaik selepas ini,” katanya.

Nafi tujuan utama dia kembali ke negara ini kerana kariernya kurang laku di Indonesia, Keith tidak mahu ambil pusing mengenai perkara seperti itu.

“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenainya sebab itu pendapat masing-masing. Sehingga hari ini, saya masih dapat beberapa tawaran lakonan di sana tapi saya terpaksa tolak sebab mahu fokus di Malaysia dahulu.

“Lagipun sudah lama saya berada di sana, jadi sudah tiba masa saya kembali ke negara asal di mana keluarga saya juga ada di sini,” ujarnya yang mahu mencabar diri keluar dari zon selesa karier lakonannya di Indonesia.

HP Moto G Google Play terkini di pasaran

Sebuah lagi telefon pintar Google Play Edition kini boleh didapati di pasaran. Telefon pintar itu adalah Moto G Google Play Edition dilancarkan oleh Google di Google Play.

Seperti telefon pintar Google Play Edition lain, inovasi ini didatangkan dengan sistem operasi Android. Motorola juga memilih menggunakan Android KitKat 4.4 pada telefon pintar berkenaan. Harga pasarannya adalah sekitar AS$179 (RM587).

Telefon pintar ini mempunyai ciri skrin berukuran 4.5 inci HD 1280 x 720 piksel. Google turut menyediakan pilihan model 8GB dan 16GB. Selain itu, telefon pintar itu turut dilengkapi prosesor Snapdragon 400 quadcore 1.2GHz serta bateri berkapasiti 2070 mAh.

Moto G Google Play Edition mempunyai sambungan HSPA+ sesuai dengan rangkaian GSM. Terdapat juga sambungan lain seperti wi-fi dan bluetooth 4.0. Teknologi terkini itu turut, dilengkapi kamera utama 5mp dan kamera kedua 1.3mp.

Thursday 13 February 2014

Biodata Keith Foo & Apa pandangan anda dengan lakonan beliau dalam drama Ariana Rose

biodata Keith Foo

Biodata Keith Foo pelakon Ariana Rose Slot Akasia TV3 : Nampaknya pelakon Keith Foo bagi drama Arina Rose sekarang ini makin meletup-letup popularitinya yang naik atas lakonan berkesan Keith Foo sekarang ini dalam drama tersebut. Pelakon….

Pelakon Keith Foo adalah jejaka kacukan india dan cina, yang antara nama agak popular ketika ini dalam dunia lakonan dan sekarang ini nama Keith Foo semakin melonjak naik apabila mula membintangi drama adaptasi Novel The Wedding Breaker iaitu drama Ariana Rose.

Selain itu, berdasarkan biodata Keith Foo beliau kerapkali juga berlakon & membintangi di Indonesia dalam drama Sinetron. Dalam drama Ariana Rose, Keith Foo turut digandingkan dengan pelakon wanita utama yang berbakat iaitu Nur Fathia.

Jemput semak biodata Keith Foo Ariana Rose

Biodata Keith Foo Ariana Rose

  • Nama Popular: Keith Foo
  • Nama Sebenar: Foo Chuan Chin
  • Umur: 31 Tahun (2014)
  • Tarikh Lahir : 06 Januari 1983
  • Zodiak: Capricorn
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Campuran India dan Cina
  • Agama: Kristian (Non Muslim)
  • Nama Kekasih: Tyas Mirasih ( Warga Indonesia dan Agama Islam)
  • Asal : Gemas, Negeri Sembilan
  • Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon
  • Populariti: Malaysia dan Indonesia
  • Kemahiran Bahasa: Chinese (Mandarin, Hailam & Cantonese) Tamil, Malay, English, Indonesian
  • Profil Rasmi Instagram: http://instagram.com/keithfoo
  • Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/keithfoo83
Filem Indonesia
  • Mati Suri (2009)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Bidadari Jakarta (2010)
  • Pengantin Pantai Biru (2010)
  • Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011)
  • X – The Last Moment (2011)
  • Hantu Budeg (2012)
  • Perempuan di Rumah Angker (2012)
Sinetron Indonesia
  • Cinta dan Anugerah (2010)
  • Sinar (2010)
Drama Malaysia
  • Dalam Setiap Sujud (2013)
  • Jodoh Itu Milik Kita (2013)
  • Love you Mr.Arrogant (2013)
  • Ariana Rose (2014)
  • Gambar Keith Foo Pelakon Drama Ariana Rose

Gambar Keith Foo Ariana Rose Biodata


Biodata Keith Foo : Apa pandangan anda dengan lakonan pelakon Keith Foo dalam draam Ariana Rose ini?

Ibu Bapa tidak dibenarkan nama anak mereka dengan nama 'facebook' & 'penties'

http://www.happy-dayz.ca/wp-content/uploads/2013/03/FacebookLogo.png

Mexico: Ibu bapa di Sonora, sebuah negeri di Mexico tidak lagi dibenarkan menamakan anak mereka ‘Facebook,’ ‘Panties’ atau 59 lagi nama yang dilarang.

Pengarah Pendaftar Awam Sanora, Cristina Ramirez berkata, nama yang diharamkan itu kini hanya ditemui hanya satu dalam setiap pendaftar negeri. Beliau berkata, senarai itu mungkin akan ditambah kerana pegawai masih memeriksa 132 pendaftar kelahiran baru.

Nama dianggap menghina. Beliau berkata, undang-undang melarang penggunaan 61 nama yang dianggap ‘menghina’ atau tidak mempunyai maksud logik bermula Isnin dan sebagai percubaan melindungi kanak-kanak daripada dibuli.

Ramirez berkata, seorang kanak-kanak lelaki di bandar Navojoa yang lahir baru-baru ini diberi nama Juan Calzon atau Juan Panties manakala, seorang kanak-kanak perempuan diberi nama Lady Di.

Antara nama lain yang dianggap pelik termasuk seorang budak perempuan yang dinamakan Marciana atau Martian dan budak lelaki diberi nama Circuncision atau Circumcision. Nama ‘Rambo’ turut diharamkan.
Sonora terletak di sempadan negeri Arizona di Amerika Syarikat.-AP

Fenomena Ariana Rose melanda Malaysia

DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.

Drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya malam ini.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.

Persenda agama?

Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya.

Wednesday 12 February 2014

Koleksi Gambar LUNA MAYA sewaktu Final Maharaja Lawak Mega 2013

2

2

2



2

Artis kena H1N1....!

Stacy pulih dari jangkitan H1N1
OLEH: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Tarikh: February 12, 2014

HUJUNG minggu lalu, penyanyi lincah, Stacy dikhabarkan telah dijangkiti virus influenza (H1N1) atau wabak selesema burung namun dia dikatakan sudah semakin sembuh selepas mendapatkan rawatan.

Stacy memaklumkan perkara tersebut melalui interaksi dengan peminat-peminat yang bimbangkan keadaannya di laman mikro Twitter.

“Syukur saya sudah beransur pulih berkat doa kamu semua,” tulisnya semalam.

Menurut Stacy, selepas memeriksa darah Ahad lalu, dia disahkan menghidap Influenza A (H1N1).

“Positif Influenza A. Nasib baik ada topeng ninja ini dan ubat.

“Semalam dah periksa darah dan saya positif,” tulisnya.

Stacy kini dilaporkan sedang berehat di kampungnya di Sabah.

Tuesday 11 February 2014

Nabil merajuk selepas Maharajalawak Mega 2013... kenapa..??

Nabil merajuk?

Nabil Ahmad
Nabil Ahmad. - Foto Sinar Harian


PELAWAK, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad atau Nabil mengakui tidak akan memasuki apa-apa pertandingan lawak selepas ini melainkan program tersebut memerlukan pelawak-pelawak bersaing secara solo.

Katanya, keputusan itu diambil bukan kerana merajuk atau dicemuh peminat tempoh hari susulan tindakannya membuat lawak mengenai Luna Maya.

"Seperti saya cakap sebelum ini, saya tidak akan masuk pertandingan lagi melainkan program itu memerlukan semua bertanding secara solo, kalau tak, saya tak akan sertai lagi.

"Lagipun sebelum ini saya pernah masuk secara berkumpulan dengan Boboi dan dapat nombor tiga, kali ini secara solo," katanya.

Nabil berkata, sejak akhir-akhir ini penilaian orang pada dirinya tidak adil kerana dia dibandingkan dengan kumpulan yang mempunyai dua atau tiga ahli.

"Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.

"Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat," katanya.

Mengulas mengenai persembahannya yang sedikit hambar pada malam itu, Nabil berkata, dia sudah cuba membuat yang terbaik dalam tempoh yang agak terhad.

"Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, saya telah lakukan sesi latihan berulang kali dan saya memang cuba buat yang terbaik.

"Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi apa yang saya rasa atas pentas, saya harap penonton juga dapat rasa," katanya yang mengakui sudah memohon maaf kepada Luna Maya secara peribadi di belakang pentas sebelum pertandingan akhir tersebut.

Berkongsi perkembangan terkininya, Nabil berkata, filemnya di bawah arahan Aaron Aziz, Kriptik dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, single terbaharunya, duet bersama Tegar juga bakal diperdengarkan sedikit masa lagi.

"Beberapa projek saya seperti telefilem untuk Astro Ceria yang menjalani penggambaran di Paris, juga akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, saya juga merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat ini," katanya.

Panas - Zizan & Emma : Baharu saja reda isu bercumbu dalam kapal terbang, kini timbul pulak isu bersekedudukan

Zizan, Emma beri penjelasan

Zizan, Emma
Zizan, Emma


BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Mengakui terkejut dengan tindakan jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma ada beberapa kali mengunjungi rumahnya.

"Memang Emma ada datang, tapi itu pun ketika ibu dan ayah saya ada di rumah. Dia datang pun untuk bertemu ibu saya. Lagipun mustahillah kami bersekedudukan kerana saya bukan tinggal seorang di rumah, sebaliknya abang dan pengurus peribadi saya turut tinggal bersama.

"Saya juga tidak ada sebarang masalah dengan jiran saya. Saya mesra dengan jiran-jiran saya dan saya akui agak terkejut bila mendapat tahu ada jiran saya yang melaporkan perkara ini kepada media," katanya kepada media ketika ditemui sebaik tamat Anugerah MeleTOP Era, baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakan individu yang mendakwa sebagai jirannya itu, Zizan berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.

"Saya sedar, saya dikenali ramai dan kenapa saya mesti buat perkara tidak elok (bersekedudukan)?

"Daripada surat tersebut, saya nampak caranya sangat Islamik. Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan, lebih baik individu tersebut datang berjumpa saya untuk dapatkan penjelasan daripada dia menyebarkan fitnah.

"Kalau ya pun nak suruh kami cepat-cepat (berkahwin), bukan cara macam ini. Tapi doakanlah yang terbaik untuk kami," ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, dalam temu bual berasingan, Emma berkata dia ada membaca artikel tersebut dan mengakui agak sedih kerana difitnah sedemikian.

"Saya akui ada ke rumah dia, itu pun kalau ibu dan bapanya ada di rumah. Selain itu, saya akan ke rumahnya sekiranya saya perlu bergerak sekali dengan dia ke sesuatu acara. Kalau tiada apa-apa, saya tak akan ke rumah dia.

"Bagaimanapun saya tak salahkan dan tak marah pada individu yang menyebarkan cerita terbabit. Mungkin cerita ini timbul kerana orang asyik bercakap mengenai hubungan kami.

Mungkin juga individu terbabit hanya nampak saya seorang yang masuk, padahal dalam rumah dia ramai," katanya.

Emma berkata, walaupun dihimpit dengan kontroversi, dia bersyukur kerana keluarganya sentiasa ada di sisi, terutama bapanya, Ismail Embong.

"Kalau saya tidak ada apa-apa aktiviti hiburan, saya akan duduk di rumah sahaja. Jadi ayah saya bila di baca gosip sebegini, dia akan ketawa kerana dia tahu saya selalu ada di rumah," katanya.


Akui rapat

Dalam pada itu, ditebak mengenai status sebenar hubungan mereka, Zizan dan Emma, mengakui hubungan mereka rapat.

Zizan berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius dalam masa terdekat ini.

"Saya belum terfikir untuk bertunang. Lagipun jadual kami padat. Tapi saya pernah tanya dia, “awak rasa nak kahwin tak?”, kata Zizan sambil berseloroh.

Bagi Emma pula, dia enggan bercakap lebih-lebih mengenai hubungannya dengan Zizan kerana tidak mahu mendapat malu sekiranya hubungan mereka tidak berakhir dengan baik.

“Apa yang boleh saya katakan, Zizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya bukan nak rahsia atau nak sorok apa-apa tentang status kami. Tapi saya tak mahu kecoh-kecoh.

"Nanti kalau tak jadi, malu pula. Jadi buat masa ini kami berkawan saja," jelasnya.


Keluar Wire Fame?

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai isu yang mendakwa dia bakal meninggalkan syarikat pengurusannya yang juga syarikat milik Zizan iaitu Wire Fame Entertainment, Emma berkata, ia hanya ura-ura sahaja.

"Buat masa ini saya masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame. Tapi saya pernah menyuarakan hasrat untuk bergerak sendiri dan mereka tidak menghalang saya berbuat demikian.

"Tapi itu bukan bermakna saya sah keluar. Apatah lagi, mereka yang ada di dalam Wire Fame sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri," jelasnya yang bakal muncul menerusi drama bersiri Yes Bos, di TV3 mulai 15 Februari ini.

Monday 10 February 2014

Rupa-rupanya RUMAH BATU untuk katun THE FLINTSONES ada dibina...

If you like the classic cartoon, The Flintstones, then you’re going to love this real-life (expensive) homage to the show. The completely custom-built villa weighs in at $3.25 million dollars. Even the furniture inside is custom made. The villa sits on the beaches of Malibu, California, with it’s own private beach. Unfortunately, the expensive and unique villa won’t come with mini dinosaurs and mammoths that will do your bidding.

But hey, for being inspired by people that used dinosaurs as appliances, this place ain’t bad.

Bila cara pakaian Neelofa dikaitkan dengan parti PAS..!!

" Inilah Contoh Manusia Yang Bercakap Tidak Guna Akal Fikiran. Kerja Memfitnah Saja Ginilah Jadinya "



Tak pasal-pasal Neelofa jadi mangsa. Pasal pemakaian pun nak kaitkan dengan kerajaan negeri ke?? apa punya bodoh punya admin. Jenis orang tak pergi kuliah memang bercakap macam budak nama Reamy inilah. 

Ko faham tak apa maksud hidayah?? macam mana baik pun PAS beri didikan agama kepada rakyatnya tapi kalau rakyat itu sendiri yang memilih jalan sebegini apa gunanya. Samalah macam mak ayah kamu yang mendidik kamu dengan baik, hantar kamu wahai Reamy pergi mengaji tetapi kalau perangai kamu teruk contoh macam sekarang ini jadi pencacai UMNO BN itu bukannya salah pentadbiran negeri sebaliknya itu salah kamu yang belum mendapat hidayah dari Allah ada faham kah??? 

Habis kalau Rosmah tak pakai tudung ko nak salahkan siapa pulak?? cuba jawap soalan cepu emas aku ini. Pokok pangkalnya ialah hidayah Allah. Pergi mengaji lain kali jangan nampakkan sangat kita ini macam orang yang bodoh. Hidayah itu milik Allah bukannya milik PAS

Dan lagi satu untuk pengetahuan kamu, Neelofa sebenarnya condong sebelah UMNO bukannya PAS. 



Punca Nabil Mendapat Tempat Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013

Punca Nabil Mendapat Tempat Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013. Syasya dah agak dah masa nak sebut nama siapa peserta yang mendapat tempat ke-5 hari tu adalah Nabil. Youall nak tahu sebab apa Syasya rasa Nabil dapat nombor 5? haa, kalau nak tahu jom baca apa penjelasan tuan punya badan menerusi Mstar Online...

'Gagal Dalam MLM 2013 Bukan Sebab Aibkan Luna' - Nabil Ahmad

Kekalahan Nabil pada program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) bukan disebabkan kontroversi mengaibkan juri tetapnya iaitu Luna Maya.


Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menolak dakwaan kegagalannya dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kerana kontroversinya mengaibkan juri tetap rancangan itu Luna Maya sebelum ini.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, berkata, walaupun hanya mendapat tempat kelima MLM 2013, dia tetap bersyukur dan berpuas hati kerana telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

"Saya sudah memberikan terbaik kepada penonton pada pertandingan akhir itu dan ia tiada kena mengena dengan kontroversi saya dan Luna kerana ia sudah pun selesai secara baik.

"Barangkali lawak yang saya ketengahkan berbeza dengan sebelum ini membuatkan penonton dan peminat masih boleh belum menerimanya," kata Nabil.


Dalam pada itu, Nabil berkata, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Luna dalam program Meletop pada Selasa lalu, dia turut meminta maaf kepada wanita berkenaan secara bersemuka ketika berjumpa pada Khamis lepas.

Walaupun mendapat tempat ke5 dah kira oklah Nabil. Ni Syasya nak join MLM nak buat muka comel pun tak dapat hehe... 

Sunday 9 February 2014

Ada khabar angin kata Nora & Nedim akan bersatu..!!

Nora, Nedim bakal bersatu?
KISAH percintaan pelakon Nora Danish bersama anak VVIP, Nedim Nazri bukan lagi satu rahsia.


Biarpun sebelum ini mereka berkalikali menafikan perkara itu, dan senang mengatakan hubungan mereka sebagai 'teman rapat'.

Namun terdapat khabar angin mengatakan bahawa mereka bakal menamatkan zaman duda dan janda tidak lama lagi.

Apa yang lebih panas, mereka didakwa sudah pun membeli barangan hantaran untuk perkahwinan mereka hujung tahun ini.

Dalam ruangan gosip akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), terdapat sumber mengatakan bahawa perkara tersebut bukan lagi khabar angin semata mata.

"Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit.

"Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.

Benar atau tidak mengenai perkara tersebut, kita tunggu sahaja berita gembira daripada mereka kerana Nora mahu pun Nedim belum mengesahkan kesahihannya.

Akhirnya RAHIM disingkirkan dari SEPAHTU selepas Maharajalawak Mega berakhir



Sepahtu bergelar juara program Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

SHAH ALAM: Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.

Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

"Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.

"Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.

"Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.

"Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini," katanya.

Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.

Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.

"Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.

"Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka," ujarnya.

Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Uqasha Senrose dakwa Pekin Ibrahim minta putus tunang



Uqasha Senrose dakwa Pekin Ibrahim minta putus tunang - Hanya seminggu lalu pasangan meletop, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah mendedahkan akan berkahwin hujung tahun ini dan bersedia untuk menerima sebarang tajaan dari pihak tertentu.

Bagaimanapun, kedengaran pula gosip baru yang mendakwa hubungan mereka kini sudah berakhir dan rancangan untuk berkahwin dibatalkan. Menariknya, Uqasha Senrose sendiri melalui Berita Harian hari ini mengaku perpisahan tersebut adalah atas permintaan Pekin sendiri dengan alasan tiada persefahaman.

“Dia (Pekin) yang minta putus dua hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri padanya. Hasrat kami untuk berkahwin tahun ini juga nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.”

“Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri adalah rahsia Tuhan.”




Tidak mahu terus mempercayai gosip yang tersebar minggu lalu, wartawan Berita Harian bertindak menghubungi Pekin bagi mendapatkan penjelasan dari pihaknya.

Menurut aktor berusia 31 tahun itu, hubungan mereka memang tiada masalah setakat ini dan merasa hairan bagaimana khabar angin mereka putus cinta dan rancangan perkahwinan dibatalkan boleh timbul. 

“Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi.”

Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong


Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong - Sebelum ini dua selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah beberapa kali menafikan mereka adalah pasangan kekasih seperti didakwa media hiburan dan akhbar-akhbar tempatan.

Isu isteri kedua pelakon Ashraf Muslim tayang perut..!!

Wan Sakinah jelas isu tayang perut
Wan Sakinah


AWAL minggu lalu, isu tayang perut atau ‘baby bump’ oleh isteri kedua pelakon Ashraf Muslim telah menarik perhatian ramai.

Tindakan Wan Sakinah memuat naik sekeping gambar ‘baby bump’ itu ke laman Instagram milikinya, nyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Lebih mengejutkan ada di kalangan mereka menyifatkan tindakan Sakinah itu keterlaluan kerana gambar perut yang ditayangkan itu agak kurang manis dan mungkin menyinggung perasaan madunya, Dayana.

Melihatkan keadaan itu, Sakinah tidak berdiam diri malah tampil menjelaskan perkara yang sebenar di mana bukanlah niatnya untuk menayang sebaliknya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilannya itu.

“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar 'tayang perut' saya ini.

Terlalu teruja tengok perut boyot sebab itu upload.

"Bukannya nak show off kerana orang lain juga mengandung.

"Sebelum ini, pantang perut buncit saya akan ke gym, jogging, senaman.

"Tapi sekarang rasa lain, bila tahu hamil seronok tengok perut membesar," antara katakatanya menerusi laman sosial tersebut.

Sebagai insan biasa, kita seharusnya mendoakan kebahagiaan mereka dan bukannya meruntuhkan masjid yang telah terbina.

Senang cerita, buang yang keruh dan ambil yang jernih.

GAYA SELEBRITI SEKITAR KARPET MERAH ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2013

Seperti yang kita tahu, Zizan Razak ungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan kemenangan dalam 4 kategori termasuklah kategori Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah. Lihat disini Keputusan Penuh Anugerah MeleTOP Era (AME) 2013.

Berikut merupakan gambar para selebriti tempatan kita yang bergaya di karpet merah (karpet MeleTOP) Anugerah MeleTOP Era 2013 semalam:

gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 1gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 2
gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 3 gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 4 gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 5 gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 b gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 a c b a

Jika ada lagi ammboi akan upload kemudian…

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive