UtusanDaily

Saturday, 7 September 2013

'Spirit of the Coin' dakwaan 108 pelajar dirasuk


'Spirit of the Coin' dakwaan 108 pelajar dirasuk  
Sebahagian guru sekolah berkenaan mendengar taklimat kaedah kawalan dan pemulihan gangguan histeria daripada PPD dan KIK semalam.

HULU SELANGOR - Tindakan 'suka-suka' sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain 'Spirit of the Coin' pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.

Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.

Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.

Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.

Calit darah pada dinding tandas

Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.

"Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit," katanya.

Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.

Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.

"Saya tak tau cerita asal, tapi itu yang diberitahu seorang kawan. Mereka main sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. Lepas tu lukakan jari sendiri dengan pisau dan calit darah pada dinding tandas.

"Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini," katanya.

Bukan pertama kali

Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi semalam cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada pelajar lelaki.

“Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan.

“Lepas tu, satu demi satu pelajar terkena histeria dimasukkan dalam dua bulatan itu, tapi macam tak berkesan kerana semakin ramai yang kena.

“Paling mengejutkan apabila tiga guru wanita pun terkena histeria. Kami tak pernah dengar lagi cerita cikgu turut terkena," kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku.

Sinar Harian difahamkan, pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan dua hingga lima pelajar diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan.

"Lepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini," kata mereka lagi.

Pelajar sesi petang direhatkan

Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 bermula semalam dan hari ini.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 bersekolah seperti biasa kerana mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut semalam bagi menangani masalah berkenaan.

Difahamkan, keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika berterusan pada sesi sekolah Isnin depan, kaedah lain pula akan digunakan.

Sydney : Apabila Durian di sangkakan gas terbocor

Durian Malaysia gemparkan Sydney

Durian

MELBOURNE - AUSTRALIA. Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.
  
Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.
  
Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.
  
"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.
  
"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.

Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.
  
"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.
  
Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."
  
Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.
  
"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.
  
Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road.
  
Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. - Bernama

Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

"Dalam melaksanakan hasrat ini, kementerian sedang dalam usaha menambah masa pembelajaran di dalam kelas supaya murid menerima pendedahan yang lebih untuk subjek itu," katanya.

Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tujuan itu, PPPM menggariskan beberapa inisiatif seperti guru Bahasa Inggeris diuji kemahiran mereka melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT).

Beliau berkata, kohort pertama seramai 5,000 pelajar sudah mengikuti latihan lanjutan oleh British Council, manakala 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti.

Katanya, bagi menambah baik kualiti guru sedia ada, PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.

“Mereka bukan sahaja dapat membimbing daripada segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Harapan saya melalui bimbingan ini, guru dan semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

“Bagi memartabatkan profesion perguruan, syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus diperuntukkan daripada graduan terbaik untuk memasuki profesion ini.

“Bagi pengetua dan guru besar, kriteria pelantikan tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua dan guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan,” katanya.

PPPM yang dilancarkan Muhyiddin hari ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Pelan itu dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. - 6 September, 2013.

Konsert Lamb Of God Di Malaysia Batal!

lamb
Selepas mendapat bantahan daripada banyak pihak, kumpulan heavy metal, Lamb Of God akhirnya tidak dibenar mengadakan konsert mereka di Malaysia seperti yang dijadualkan pada 28 September ini. 
 
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, keputusan penolakan ini dibuat selepas mendapati persembahan kumpulan terbabit menyentuh sensitiviti agama serta nilai budaya masyarakat Malaysia.
 
Sebelum ini, kumpulan yang berasal dari Amerika ini sering mencetuskan kontroversi apabila memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran setiap kali muncul di pentas.
 
Dalam perkembangan sama, penganjur konsert, Livescape Sdn Bhd, akur dengan keputusan KKMM menolak permohonan mereka dan pembatalan dibuat selepas perbincangan teliti dengan mengambil kira bantahan pelbagai pihak.
 
Dalam kenyataan menerusi laman facebook, mengumumkan pembatalan konsert itu, Livescape berkata, mereka yang sudah membeli tiket boleh menuntut kembali bayaran mulai 16 September ini.
 
Maklumat lanjut mengenai lokasi penebusan tiket boleh diperoleh dengan melayari, www.facebook.com/rockawayfest.

MAS dan AirAsia didenda RM10 juta


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRIu97Gq2O3MiC4UZnfLaCqH9l-oX1hcSoJ-O49mqoPvaCyJPzzm5lNaVrG1OiO2WOWNpMmOkF1aE5-5UL9hxbdbVHh_dfOay_Qkmuhp6CVpkGTWcVRNe-rDWSBdrePjsqE0tEORt0OWc/s1600/airasia-mas+1.jpgSistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing didenda RM10 juta berikutan perjanjian singkat yang memberi impak kepada perkhidmatan penerbangan tempatan menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Pengerusinya, Tan Sri Siti Norma Yaakob, berkata kedua-dua syarikat tersebut telah melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Persaingan 2010 dengan berpakat selama lapan bulan.

“Perkongsian pasaran merupakan pelanggaran serius di bawah akta berkenaan. Ia dilihat sebagai mencegah, menghalang atau memesongkan persaingan perkhidmatan pasaran barangan dan perkhidmatan.

“Apabila ada syarikat menyatakan kesediaan untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk mengelak persaingan di mata pelanggan.

“Pemonopolian dibolehkan di Malaysia namun pelakuan tidak bersaing melanggar Akta Persaingan 2010,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norma menjelaskan denda yang dikenakan berdasarkan perolehan di antara 1 Januari 2012 dan 30 April 2012 melibatkan penerbangan Kuala Kumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Sibu.

Beliau menjelaskan penalti kewangan yang dikenakan kurang 10% berbanding pulangan syarikat penerbangan dunia lain di antara Januari dan April 2012.

Katanya, dua syarikat penerbangan itu mempunyai 30 hari bagi memberi maklum balas keputusan MyCC.

“MyCC membuat kesimpulan mereka terlibat dalam pelanggaran Seksyen 4(2)(b), kami akan mengenakan penalti masing-masing RM10 juta kepada MAS dan AirAsia,” katanya.

Pada 9 Ogos 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X mengadakan Kerangka Kerjasama Komprehensif bagi meningkatkan kompetensi, memberi perkhidmatan lebih baik dan lebih nilai kepada pihak yang berkepentingan.

Perjanjian itu turut menyaksikan Khazanah Nasional Berhad dan Tune Air Sdn Bhd memasuki perkongsian silang saham di antara dua syarikat.

Tune Air Sdn Bhd memperoleh 20.5% dalam MAS dan Khazanah Nasional Berhad memperoleh 10% pegangan saham AirAsia di bawah perkongsian itu.

Turut dimeterai bahawa MAS menyediakan perkhidmatan penerbangan perdana, sementara AirAsia dan AirAsia X menjadi penerbangan tambang rendah serantau.

Namun, perjanjian pertukaran itu dibatalkan pada Mei 2012 berikutan perbezaan pendapat di antara pihak berkenaan serta aduan yang dikemukakan oleh MyCC bahawa perkongsian itu akan mencipta ruang monopoli destinasi domestik dan kenaikan harga penerbangan.

Menurut MyCC, satu jawatankuasa bagi siasatan anti persaingan dalam dan luar negara telah menerima 40 aduan sejak dikuatkuasakan pada Januari 2012. – 6 September, 2013.

Thursday, 5 September 2013

Polis serah kes sabotaj 'KL Gangster 2' pada SKMM

Bernama

Polis menyerahkan kes mensabotaj filem KL Gangster 2, yang dimuat naik di laman video perkongsian YouTube sebelum tarikh penayangan, kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis menerima laporan berhubung kes filem arahan pengarah terkenal, Samsul Yusof, itu pada 4 petang Isnin lepas yang dibuat bapanya Datuk Yusof Haslam.

Beliau berkata, polis sudah meneliti laporan itu dan mendapati ia lebih menjurus kepada skop siasatan SKMM dan KPDNKK.

"Kita dapati ia lebih mirip kepada dua agensi terbabit dan sudah serah kepada mereka kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

"Walaupun siasatan sudah dirujuk kepada dua agensi berkenaan, kita masih membantu mereka untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam memuat naik filem itu di YouTube," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.

Syed Ismail berkata dalam laporan sama, Yusof turut mendakwa filem itu juga sudah dibuat dalam bentuk video cakera padat (VCD) dan dijual di pasar malam.

"Kita sudah arahkan anggota kita untuk buat pemeriksaan di kawasan pasar malam bagi menyiasat dakwaan itu," katanya, sambil menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat kerana siasatan masih di peringkat awal.

Filem itu dijangka ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober.

Samsul menerusi facebook miliknya sebelum ini memberitahu Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit memuat naik dan mengedarkan filem itu di mana-mana media.

-Bernama

Bangunan menjadi punca kereta Jaguar cair..??

Menara di London punca kereta Jaguar cair?

Menara di London punca kereta Jaguar cair?  
Cermin sisi kereta Jaguar ini didakwa mencair selepas ditinggalkan di luar Menara Walkie Talkie (gambar kecil) pada minggu lalu.

LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau.

Selepas Malaysia gempar dengan 'bocor' nya KL GANGSTER 2, kini Amerika pulak dengan 'Transformers' nya juga 'bocor'

Transformers bocor?

Micheal Bay  
Micheal Bay

SELEPAS mengumumkan  tayangan sekuel Transformers akan dibuat pada Jun 2014 ini, ramai pihak mula teruja menanti judul bakal digunakan untuk sekuel keempat itu.

Bagaimanapun, beberapa nama mula menjadi perhatian apabila MarkMonitor iaitu sebuah pemilik web yang sebelum ini mengemudi domain TransformersDarkofTheMoon.com, kembali dengan memasukkan domain yang baru.

Terdapat tiga tajuk yang masih belum diputuskan dimasukkan ke dalam domain itu antaranya adalah Transformers: Last Stand, Transformers: Apocalypse serta Transformers: Future Cast.

Sebelum nama tersebut bocor kepada umum, ada beberapa pihak mengatakan Micheal Bay selaku pengarah akan meletakkan judul Transformers: Rise of Galvatron untuk filem terbarunya itu.

"Kami belum memilih judul dan khabar angin yang beredar ternyata tidak benar sama sekali,” ujar Bay ketika mengulas mengenai perkara itu.

Duit RINGGIT kita semakin jatuh berbanding DOLAR SINGAPURA...




http://www.monnaiesdumonde.net/billets/asie/singapour_p01d_r.jpg

Wednesday, 4 September 2013

Bil Elektrik TNB Naik Sejak Meter Baru & Tarif Elektrik Naik Lagi Selepas Ini! Komen Anda?

Bil Elektrik TNB

Selepas rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita kenaikan harga minyak RON 95 & diesel sebanyak RM0.20 (SEPERTI DI SINI), nampaknya musim kenaikan demi kenaikan kos sara hidup yang membabitkan rakyat Malaysia tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Malah akan ada lagi yang menyusul. Dan…..

Dan, kenaikan tarif elektrik akan mengambil giliran yang seterusnya bagi meneruskan trend kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia terutamanya yang menghimpit golongan berpendapatan serdahana rendah dan berpendapatan rendah.

Jikalau dahulu, seiingat Berita Semasa dahulu setiap 400kwh pertama hanya dikenakan caj sekitar RM0.218 sahaja. Sekarang?

Caj Elektrik TNB

Beban kenaikan bil elektrik pun turut dirasai termasuklah kalangan kakitangan Berita Semasa yang merupakan sebahagian daripada puluhan juta rakyat Malaysia sekarang ini, apatah lagi dengan penggunaan meter baru TNB. Semenjak daripada Pilihanraya Umum ke 13 tempoh hari, bil TNB antara kami naik 20% “without fail”. Sudah terasa bebanan kenaikan bil elektrik TNB. Bagaimana pula dengan anda?

Kadang-kadang Berita Semasa terasa tinggal di negara maju pula melihatkan laporan bil elektrik TNB setiap bulan.

Subsidi Elektrik TNb
Kerajaan tidak ada banyak pilihan sekarang apabila menangguhkan sementara tindakan mengumumkan sebarang kenaikan enjelang Pilihanraya Umum ke 13 tempoh hari atas nama survival politik masing-masing.

Nah…sekarang ini kerajaan Malaysia sudah mempunyai cukup kuasa dan masa untuk mengumumkan satu lagi berita kenaikan untuk rakyat Malaysia tidak lagi iaitu kenaikan tarif elektrik bagi mengurangkan lagi subsidi bahan api selama ini tidak lagi.. Nantikan… [BERITA SEMASA]

Perdana Menteri Najib Razak nak jadi pelakon pulak?


Najib Tun Razak  
  Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.
Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu.

“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.

“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.

Dalam tempoh setahun ini, BR24 telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memperkukuh penjenamaannya sebagai stesen yang membawakan ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.

“Program ‘Dalam Radar’ semakin menyerlah dengan penampilan tetamu kategori ‘A’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan dan industri,” kata Azlan.

Katanya antara yang pernah muncul adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datuk Seri Mohd Syafie Apdal. [SH]

Tuesday, 3 September 2013

Afdlin Jawab Isu kos RM450 ribu untuk iklan 2 minit 40 saat

Afdlin: Bukan kerja cincai!

Afdlin Shauki  
Afdlin Shauki

"Memang setimpal! Kalau nak datang periksa keseluruhan bajet yang digunakan pun tak ada masalah. Silakan... ," ujar pengarah dan penerbit terkenal, Afdlin Shauki, mengenai isu pertikaian kos iklan pendek Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan yang dihasilkannya.

Minggu lalu, rakan seangkatannya, Ahmad Idham mempersoalkan langkah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang melaburkan sebanyak RM450 ribu hanya untuk menghasilkan promo berdurasi 2 minit 40 saat bagi tayangan pawagam.

Tidak mudah melatah, Adflin berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan kerajaan dengan sebaik mungkin.

"Saya bukan jenis yang buat kerja cincai. Saya sudah biasa menghasilkan filem dan iklan, malah pernah terlibat untuk iklan Petronas bersama Allahyarham Yasmin Ahmad.

"Pada saya kos itu (RM450 ribu) sudah dikira murah. Seperti iklan-iklan di akhbar dan TV, promo ini juga mempunyai jenis dan kualitinya tersendiri.

"Jadi apa salahnya kalau saya buat promo yang berkualiti dan terbaik demi menghargai perwira yang bertarung nyawa ketika mempertahankan Lahad Datu?," tegas Afdlin.

Turut kesal dengan tindakan rakan seninya sendiri, Afdlin bagaimanapun enggan mengeruhkan lagi keadaan dan berharap isu itu tidak lagi diperbesarkan.

"Dia (Idham) buat kenyataan itu sebelum menonton promo itu lagi. Sepatutnya dia menonton dulu dan nilaikan sendiri kualiti yang saya hasilkan.

"Hayati juga teks di akhir treler 'dari Rakyat Malaysia'... yang menunjukkan iklan ini datangnya dari seluruh rakyat Malaysia. Jadi apalah sangat dengan kos yang dikeluarkan itu berbanding penghormatan yang kita berikan kepada pejuang negara," katanya yang menjalani penggambaran selama lima hari untuk promo khas tersebut.

Takut buat filem

Menyedari kutipan filem tempatan semakin merosot sejak akhir-akhir ini, pengarah Papadom ini mengakui takut untuk menghasilkan filem lagi.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Filem tempatan susah nak jual dan kalau dah tak laku ia memberikan kesan yang cukup hebat buat pembikin filem seperti saya.

"Apa yang berlaku kepada Syamsul Yusof (filem bocor di Internet) juga buat saya takut. Malah ia merupakan satu penghinaan yang besar dalam industri perfileman.
"Orang dah tak hormat karya kita dan boleh rompak sesuka hati," tegasnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut mengulas mengenai pengurusan baru dalam Finas yang menjadi pertikaian segelintir penggiat seni.

"Dulu saya pernah lantang bersuara. Tapi apa yang saya nampak kita sebenarnya perlu duduk berbincang untuk mengatasi apa jua masalah yang berlaku.

"Jika kita tak jaga industri, tak mustahil kelak kita semua akan lingkup," tegas Afdlin.

Masa depan bisnes dalam talian

PENGURUS Google Malaysia, Sajith Sivanandan ketika ditemui media pada sidang akhbar di pejabat Google Malaysia, KL Sentral.


PENGGUNAAN telefon pintar yang semakin tinggi di negara ini membuka peluang perniagaan yang luas kepada syarikat tempatan. Ia berdasarkan kajian terbaharu Google Malaysia bersama IPSOS MediaCT menunjukkan kadar penembusan telefon pintar di Malaysia meningkat hampir 300 peratus sejak tahun 2011.

Kajian itu mendedahkan, seorang daripada tiga rakyat Malaysia kini memiliki telefon pintar berbanding seorang daripada 10 orang dalam masa dua tahun lalu. Peratus pengguna telefon pintar dalam negara juga lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat dan England.

Industri pengiklanan

Walaupun telefon pintar semakin penting dalam kehidupan rakyat Malaysia, majoriti pengiklan besar tempatan masih belum mempunyai laman web khas untuk gajet berkenaan.

"Pengguna di Malaysia menerima baik penggunaan telefon pintar, tetapi kebanyakan syarikat di Malaysia masih belum meneroka bidang tersebut.

"Mereka perlu memahami suasana baharu industri pengiklanan. Mempunyai laman web biasa sahaja tidak mencukupi kerana peratusan pengguna mencari maklumat melalui laman web versi mudah alih lebih ramai pada hari ini," ujar Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan pada satu sidang media mengenai kajian penggunaan telefon pintar di 48 buah negara seluruh dunia baru-baru ini.

MAKLUMAT berkenaan produk menjadi antara pencarian tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi telefon pintar. - Gambar hiasan


Selain itu, data tersebut menunjukkan sebanyak 94 peratus pemilik telefon pintar mencari informasi tempatan manakala sembilan daripada 10 pengguna mengambil tindakan lanjut dengan menghubungi perniagaan berkenaan, melayarinya secara peribadi, membeli atau menempah sesuatu secara dalam talian. 

Kekerapannya juga tinggi iaitu dua daripada lima rakyat Malaysia mencari maklumat-maklumat tempatan setiap hari.

Selain itu, sebanyak sembilan daripada 10 pemilik telefon pintar di Malaysia didapati mengkaji produk atau perkhidmatan melalui peranti mereka. Tiga daripada lima orang pula memulakan carian pada telefon pintar dan melengkapkan pembelian di komputer peribadi manakala seorang dalam dua orang membuat pembelian mereka di luar talian. 

Pencarian maklumat mengenai produk antara carian tertinggi penduduk Malaysia iaitu sebanyak 69 peratus. Carian popular lain termasuk perjalanan (57 peratus), restoran dan bar (53 peratus) serta tawaran kerja (49 peratus). - HAFIZ AHMAD

Maklumat mengenai Islam di hujung jari

Oleh SUHANA VERU




MOHAMMED RAFI MOHAMED BIHIR, 39, sering kali berulang-alik ke luar negara demi kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan.

Hakikatnya, sepanjang berada di luar negara terutamanya negara-negara seperti Vietnam, China dan Filipina, bapa kepada tiga orang anak itu sentiasa berhadapan masalah mencari restoran makanan halal.

Justeru, dia terpaksa bertanya kepada kakitangan hotel bagaimana untuk mendapatkan makanan halal sepanjang berada di negara-negara itu.

"Lagipun, saya kurang arif dengan tempat-tempat saya berurusan. Oleh itu, saya terpaksa bertanya kepada orang ramai di kawasan tersebut, selain mencari maklumat melalui internet," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sungguhpun mendapat maklumat menerusi di laman-laman sesawang yang berkaitan, Mohammed Rafi berhadapan dengan satu lagi halangan apabila kebanyakan restoran tersebut telah ditutup malah ada sebahagian kedai berkenaan telah diambil alih oleh perniagaan lain.

"Apabila melalui saat-saat seperti ini, saya tidak mempunyai pilihan selain bergantung kepada roti dan tuna yang dibawa dari Malaysia," jelasnya.

Namun, baru-baru ini dia mula berjinak-jinak menggunakan aplikasi Muslim Pro selepas salah seorang rakannya memperkenalkan aplikasi telefon pintar berkenaan.

"Aplikasi itu sangat membantu kerana memberi pelbagai maklumat berhubung lokasi makanan halal, waktu solat, arah kiblat dan banyak panduan lain yang penting bagi saya," katanya.

APLIKASI Muslim Pro memudahkan umat Islam mencari restoran makanan halal ketika berada di luar negara.


Bertitik tolak dari situ, anak jati Kuala Lumpur itu kini banyak bergantung kepada aplikasi berkenaan apabila berada di luar negara.

"Saya tidak perlu pening lagi kerana kesemua maklumat berkaitan Islam sudah ada di dalam aplikasi ini," tuturnya tersenyum.

Seorang pengguna yang berasal dari United Kingdom yang hanya mahu dikenali sebagai Rizqi pula menyifatkan aplikasi Muslim Pro merupakan antara aplikasi terbaik dan praktikal yang terkandung dalam telefon pintar iPhonenya.

"Saya sering menggunakan aplikasi ini kerana arah kiblatnya sangat tepat. Malah waktu solat akan bertukar mengikut lokasi di mana kita berada.

"Jika saya sibuk bekerja, aplikasi ini akan mengingatkan masuknya waktu solat sekali gus saya tidak terlepas menunaikan tuntutan agama itu," ujarnya.

Aplikasi tersebut diperkenalkan di pasaran oleh Bitsmedia Pte. Ltd. (Bitsmedia), sebuah syarikat pembangun aplikasi mudah alih yang berpangkalan di Singapura, dalam sistem operasi iOS pada tahun Ogos 2010 dan Android pada Mac tahun lalu.

Ia boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan AppStore. Bagaimanapun, jika pengguna ingin menaik taraf kepada versi premium, bayaran sebanyak RM4.72 akan dikenakan.

Versi tersebut membolehkan pengguna mendengar bacaan al-Quran dalam bentuk audio, membaca terjemahan ayat-ayat suci tersebut dan memilih pelbagai suara bilal yang melaungkan azan.

Aplikasi komprehensif

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bitsmedia, Erwan Mace, 39, Muslim Pro merupakan aplikasi komprehensif terutama bagi umat Islam yang sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Muslim Pro menyediakan waktu solat berdasarkan lokasi pengguna, penunjuk arah kiblat seluruh dunia dan pencarian restoran halal serta masjid.


APLIKASI Muslim Pro ini telah dimuat turun kira-kira 7 juta kali di seluruh dunia.



"Aplikasi ini amat berguna terutamanya kepada umat Islam yang berkunjung ke luar negara. Melalui aplikasi ini, mereka boleh mencari segala maklumat yang diperlukan," katanya sambil memberitahu rata-rata pengguna memberi maklum balas positif selain pengiktirafan lima bintang terhadap aplikasi itu.

Sejak aplikasi Muslim Pro ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia, aplikasi itu telah dimuat turun kira-kira 7 juta kali, terutama dari negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Turki, dan Maghribi.

Tidak ketinggalan negara-negara yang mempunyai minoriti penduduk Islam seperti Perancis, Jerman, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura.

Menceritakan lebih lanjut mengenai aplikasi itu, beliau memberitahu, aplikasi tersebut menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) untuk mencari senarai restoran halal dan lokasi masjid di sesebuah bandar.

Malah, pengiraan waktu solat dilakukan berdasarkan kedudukan matahari untuk latitud khusus dan longitud dengan menggunakan formula matematik yang tertentu.

Bagi meningkatkan kemahiran dan penghayatan pengguna terhadap ayat-ayat suci al-Quran, beliau menambah, Muslim Pro juga menyediakan audio bacaan kesemua 114 surah al-Quran dan terjemahan yang membenarkan pengguna memilih qari dan bahasa seperti Indonesia, Melayu, Perancis, Itali, Portugis, Turki, Inggeris dan Belanda.

Pelbagai fungsi

Menurut Erwan, aplikasi tersebut bersifat mesra pengguna kerana terdapat lapan menu pilihan iaitu waktu solat, arah kiblat, bacaan al-Quran, senarai cuti umum, 99 nama Asma al-Husna, senarai restoran halal, mod tidur yang membenarkan pengguna mendengar alunan azan penuh secara automatik walaupun peranti pintar mereka dalam mod senyap, penghantaran kad ucapan perayaan dan bantuan tetapan.

"Jadi, pengguna hanya perlu menekan menu maklumat yang ingin dicari. Misalnya, lokasi restoran halal. Selain memaklumkan mengenai nama restoran, ia turut menyalurkan maklumat mengenai jarak restoran tersebut dari lokasi pengguna.


MUSLIM PRO merupakan aplikasi komprehensif bagi membantu umat Islam yang sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.



"Aplikasi ini menggunakan sistem navigasi yang memandu pengguna ke lokasi restoran yang dipilih," ujarnya sambil memberitahu aplikasi berkenaan boleh digunakan di seluruh dunia.

Ekoran sambutan memberangsangkan daripada pengguna, beliau memaklumkan, Bitsmedia merancang untuk menambah baik kandungan yang ditawarkan, di samping membangunkannya untuk pelbagai platform peranti pintar dalam mengikuti keperluan terkini masyarakat Islam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, beliau berkata, pihaknya merancang membina aplikasi yang sama itu untuk kegunaan telefon biasa.

Langkah itu, jelas beliau, dilihat dapat memberi peluang kepada semua pengguna Islam untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Kami mahu menghasilkan produk yang boleh digunakan oleh semua pengguna Islam. Kami berharap perkhidmatan yang diberikan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat yang beragama Islam untuk menghasilkan teknologi berkaitan keperluan agama mereka," tuturnya.

Monday, 2 September 2013

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol


http://www.billboard.com/files/styles/promo_650/public/stylus/105358-jennifer_lopez_617_409.jpg
NEW YORK - Penyanyi lagu Jenny From The Block, Jennifer Lopez dibayar sebanyak AS$17.5 juta, (RM57.5 juta) sebagai juri American Idol musim akan datang, kata satu sumber dalaman kepada akhbar Daily Mail semalam.

Jumlah tersebut didakwa telah ditetapkan oleh penerbit selepas berunding beberapa kali dengan penyanyi dan pelakon berusia 44 tahun itu.

"Akhirnya jumlah bayaran telah diputuskan. Lopez akan dibayar sebanyak AS$17.5 juta (RM57.5 juta) dan kembali menjadi juri American Idol pada musim akan datang.

"Ia adalah jumlah yang besar. Dia (Lopez) pasti teruja dengan bayaran tersebut," katanya.

Jumlah itu lebih banyak berbanding bayaran AS$15 (RM49 juta) yang diterima oleh penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai juri dalam rancangan realiti X Factor.

Amaun itu juga dikatakan melonjak tinggi daripada bayaran yang diterima Lopez pada 2011, iaitu sebanyak AS$12 juta (RM39 juta), sebelum dinaikkan sekali lagi kepada AS$3 (RM9.8 juta ) untuk musim seterusnya.

Terdahulu, Lopez dilaporkan meminta pihak penerbit American Idol supaya menaikkan bayarannya sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk musim ketiga penglibatannya dalam program tersebut. - Agensi.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2dh1iFNQg
Hakcipta terpelihara

Q&A : Zakat wang yang dilabur dalam amanah saham saban bulan

Q&A: Zakat wang dilabur saban bulan

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 02 Sep 2013

http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2012/12/saham.jpg
Soalan:

Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengira zakat pelaburan secara wang tunai yang dibuat secara bulanan, ke dalam pelaburan Unit Trust (Amanah Saham). Harga per unit untuk Unit Trust pula berubah-ubah setiap hari. Mohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih. Saya berikan data pelaburannya:

Tarikh Mula Labur: 1 Jan 2012
Kaedah Melabur: Bulanan
Jumlah Melabur: RM1,000 setiap bulan
Jangkamasa pelaburan: 10 tahun
Kadar keuntungan pelaburan: tidak tetap di anrara 5% – 15% setahun

Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan dan semoga Allah SWT juga membantu saya dalam memberikan jawapan yang betul dan terbaik buat soalan ini, amin. Baiklah, apa yang saya fahami bahawa tuan telah memasukkan wang secara bulanan dengan tetap sepanjang tahun ke dalam Saham Amanah, bagi tempoh selama 10 tahun.

Sebelum itu, sepanjang tempoh 10 tahun itu, adakah tuan boleh mengeluarkan wang itu, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya atau tidak boleh sama sekali? Jika tidak boleh mengeluarkannya sehinggalah tempoh matang 10 tahun, maka sepanjang tempoh itu tiada zakat ke atasnya, kerana tuan tiada sempurna milik ke atas wang berkenaan. Tetapi jika boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu 10 tahun, maka tuan ada sempurna milik ke atasnya dan baharulah ia wajib ditaksirkan zakatnya.

Sekarang, kita andaikan tuan mempunyai sempurna milik ke atasnya, maka timbul pula persoalan, apakah kaedah yang mahu diaplikasikan dalam taksirannya? Zakat saham atau zakat simpanan?

Baiklah, suka saya membuat ulang kaji bahawa untuk zakat saham, di sana ada tiga jenis taksiran zakat saham sebenarnya.

Pertama, zakat saham yang dijual beli sepanjang tahun di bursa saham dan kiraannya, bagi setiap transaksi sepanjang tahun adalah disandarkan kepada mal al-mustaghallat (zakat pendapatan) dan pokok saham yang kekal (atau mungkin terkurang kerana kerugian dalam transaksi) disandarkan kepada zakat wang simpanan (dizakatkan ke atas nilai atau baki pokok terendah pada hujung tahun).

Kedua, zakat saham yang tidak diniagakan sepanjang tahun dan hanya diberikan keuntungan atau dividen atas baki unit saham yang ada pada penghujung tahun, yakni dengan adanya pertambahan nilai ke atas setiap unit saham berbanding semasa awal tahun atau semasa ia dibeli. Bagi kes zakat saham seperti ini, ia dikenakan kepada nilai keseluruhan saham dengan berdasarkan harga seunit pada hujung tahun berkenaan jika ia masih sampai kepada paras nisab.

Ketiga, zakat saham bagi modal yang dilaburkan ke dalam mana-mana syarikat perniagaan, dan kaedahnya hendaklah disandarkan sepenuhnya kepada zakat perniagaan, kerana sahamnya ketika itu adalah adalah dalam bentuk ‘share holder’ dalam sebuah syarikat perniagaan.

Saya juga cuba meneliti, dan saya dapati pelaburan tuan di atas, menyamai kaedah zakat saham yang kedua, yakni ia dilihat kepada hujung tahun ke atas jumlah keuntungan dan nilai RM keseluruhan unit saham yang dimiliki. Namun, timbul persoalan kerana tuan juga sentiasa menokok jumlah saham baru sepanjang tahun, sehinggakan di hujung tahun tuan sudah pun mempunyai nilai saham RM12,000.00. Maka, bagaimana pula dengan pertambahan saban bulan ini?

Maka, dalam kes ini keseluruhan wang yang tuan laburkan itu (RM12,000.00), ia juga hendaklah dikirakan zakat ke atasnya pada penghujung tahun berkenaan, dengan tidak hanya membataskannya kepada jumlah awal RM1,000.00 sahaja. Kenapa? Ini kerana, dalam zakat saham asasnya adalah disandarkan kepada zakat perniagaan, yang mana dalam kaedah perniagaan, modal hendaklah dicampurkan semasa pentaksiran zakatnya, walaupun penambahan modal itu hanya berlaku pada pertengahan tahun dan tidak genap setahun (cukup haul).

Di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, mulai tahun 2010 fatwa telah memutuskan bahawa, taksiran ke atas zakat saham amanah adalah disandarkan kepada harga seunit saham dan keseluruhan pengembangannya (dividen + keuntungan + bonus dan sebagainya) yang diperoleh di hujung haul atau hujung tahun, dan baharulah dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus jika mencapai paras nisab.

Kesimpulannya, biar pun harga seunit saham amanah itu berubah setiap hari, tuan hanya perlu melihat kepada harga terakhir pada saat sampainya haul, yakni pada 1 Januari 2013 (atau boleh juga dibuat pada 31 Disember 2012). Sekiranya pada 1 Januari 2013, nilai keseluruhan saham tuan adalah RM13,800.00 (saya andaikan tuan dapat keuntungan 15 peratus dan nisab hanyalah RM13,000.00), maka itulah jumlah kasar yang perlu diambil darinya sebanyak 2.5 peratus sebagai zakat, iaitu sebanyak RM345.00 sahaja. Wallahua’lam.

Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


http://www.hamizul.com/

Hukum bacaan dalam solat tanpa tajwid yang betul..?



SAYA seorang yang buta al-Quran tetapi boleh menghafal surah-surah tertentu untuk dibaca dalam solat. Apa hukumnya membaca surah berkenaan tanpa mengetahui ketepatan bacaannya? Adakah solat tersebut diterima Allah?


JAWAPAN:

HUKUM orang yang solat dan hanya menghafal surah tetapi tidak tahu membaca al-Quran, sah solatnya. Cuma dikhuatiri sama ada tepat atau tidak bacaannya.

Hukum membaca surah lain selepas membaca surah al-Fatihah adalah sunat. Jika pun tersalah membaca surah berkenaan, ia tidak membatalkan solat tetapi perbuatan itu boleh jadi berdosa kerana haram membaca al-Quran tanpa tajwid yang betul.

Anda disyorkan mempelajari al-Quran secara berguru agar bacaan anda betul dan tepat.

Namun, sementara itu, teruskan membaca surah-surah yang telah dihafal serta berusaha untuk membacanya dengan betul.

Imam Ibnu Al-Jazari ada menyebut: "Sesiapa yang tidak bertajwid (dalam membaca al-Quran) berdosa".

Bolehkah suami 'tidur bersama' dua isteri serentak?


APAKAH hukumnya jika saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri dan melakukan jimak secara bergilir-gilir dalam satu bilik?

JAWAPAN:

DIKATAKAN dalam Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, “Seorang laki-laki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat:

Pertama, isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

Kedua, kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat. Jika kedua-duanya tidak reda dengan hal itu, maka si suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

Bahkan, dia wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan tidak harus rumah keduanya berjauhan.

Kata Imam Ahmad RH, “Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghinakan, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya”. Wallahu a'lam.

Sunday, 1 September 2013

Kenapa sang ADAM tersenyum suka, sang HAWA pula resah menanti bila..!!!

 
Biarkan Akhbar terus berbicara
Sang Adam tersenyum suka
Sang hawa resah menanti bila....

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive