UtusanDaily

Friday, 11 July 2014

Benarkah MESSI & BARCELONA menyokong ISRAEL?


*Mohon JANGAN baca & sebarkan. Sebab ini cerita yang betul. Cerita salah baru la share. (typical Malaysian)


Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel).

Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah.

- “Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya “

- “sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..”

- “Baru tau. Say NO to Messi.!!”

- “Boikotlah Messi...Boikotlah Argentina...Boikotlah Barcelona...”

- “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!”

Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya??
………..................................................................................................
Kebenarannya : Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013.

NAMUN,

Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain.

Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel.




Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang!
Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi!

Juga,

Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario ( kampung halaman Messi ).


Jadi,

Pengajarannya periksa dahulu sumber asal usul berita yang disampaikan. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi , bukan juga agen zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba menyatu-padukan dua Negara melalui bola sepak.

Apa sumbangan kita?

Pada siapa yang sebar fitnah tanpa usul periksa, SHAME ON YOU!

*Goodluck la nak minta maaf balik kat Messi raya ni

Thursday, 10 July 2014

Beringatlah wahai LELAKI & WANITA yang beromen sebelum kahwin..!!


JADIKAN IKHTIBAR PERKARA SEPERTI INI.. SEBAB BEGINILAH YANG ALLAH LARANG DAN KUTUK PERBUATAN MAKSIAT SEBELUM BERKAHWIN.. BENDA SUDAH TERLANJUR DAN BERLAKU SUDAH MENJADI ARANG IANYA SUSAH HENDAK DIPUTIHKAN SEMULA.. JADI BERINGATLAH SEBELUM KENA....

Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.

Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.

Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari. (RIYADH)

Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya.

Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.

Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga.

Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai.

- Agensi

Dari Konsert besar Nasyid terkemuka dalam negara kini beliau turun bernasyid di bazar Ramadhan









Inilah perjuangan beliau sekarang, bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal diseluruh dunia Raihan. Perjuangan beliau untuk melihat berdiri tegaknya mahaad tahfiz ditempat kelahiran beliau di Ranau Sabah.

Semoga beliau tetap gigih dan tabah dalam menghadapi segala dugaan. Sesungguhnya perjuangan beliau untuk melihat Islam tertegak ditempat sendiri berjaya. Semoga Allah mempermudahkan segala usaha saudara Nazrey Johani sehinggalah terbinanya mahaad tahfiz ini amin.

Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadhan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. 

Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke Pasar-pasar Ramadhan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. 

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Ustaz Nazrey pernah menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di Pasar-pasar Ramadhan untuk mengutip derma pembiayaan Pusat tahfiz itu. 

Terkini Ustaz Nazrey dilihat berada di pasar Ramadhan di Kajang, Selangor. 

Jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini, Jom!!! kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09

Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi





Dafi AF nampaknya tidak mampu menahan kemarahan beliau berhubung isu bayaran dengan sebuah syarikat telekomunikasi (telco) selepas menerima layanan / servis teruk. Tidak tahu apa sebenarnya terjadi tetapi marah sangat Dafi nampaknya.


Menariknya, Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh telco (atau agensi telco) tersebut untuk menjadi jurucakap / ejen promosi salah satu produk mereka. Jadi jurucakap pun tidak dapat layanan istimewa? Heh.


[MSTAR] PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.
"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!

Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.

Tuesday, 8 July 2014

Mengenali Siapa Pemimpin Khalifah Abu Bakr al-Baghdadi?


Siapa Abu Bakr al-Baghdadi?

ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

Siapakah Abu Bakr sehingga beliau layak digelar dilantik sebagai ketua kumpulan itu?

Latar belakang

Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua.

Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya semalam. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri.

Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.

Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi.

Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu'Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.

Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003.

Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007.

Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: 'Saya akan berjumpa anda semua di New York' dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki.

Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama'ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua.

Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq.

Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).

Abu Bakr sertai ISIL, ISIS

Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda.

Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.

Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya.

Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri

Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.

Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq.

Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, "Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT."

Sejak dari itu,  hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.

Pengaruh Abu Bakr di Syria

Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi.

Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.

Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini. 

Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?.

Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.

Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke Asia

Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu.

Tindakan terbabit mengundang kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.

Pakar Keselamatan Timur Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai kejayaan dengan perjuangan mereka.

"ISIS semakin berpengaruh dan sukar untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang," katanya.

Polis: Waspada bila menginap di hotel, ada sindiket sedut duit kad kredit anda


Grafik ihsan Facebook PDRM
Grafik ihsan Facebook PDRM

SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada "front desk" hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada "front desk" hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.

Monday, 7 July 2014

Awas: Berhati-Hati Dengan "Tawaran Jualan Murah" Courts



Pernah dengar iklan berbunyi seperti ini; 'Tawaran Separuh Harga Courts Mammoth, Pakai Dulu Bayar kemudian', 'Tawaran Hebat Aidilfitri, Diskaun Sehingga 70% dengan cashback sehingga RM 5000!'. Siapa yang tak tergiur bukan bila mendengar tawaran 'hebat' seperti ini?

Maka ramailah diantara kita (terutamanya orang Melayu, sadly!) yang berpusu-pusu serbu Courts Mammoth semata-mata 'buta' dengan tawaran murah ini.

Malangnya, tawaran harga murah ini hanya sah sekiranya anda membeli dengan cara berhutang (Flexi credit) dan bukannya secara tunai.

Disinilah taktiknya yang menyebabkan ramai orang terperangkap. Bahkan dengan tawaran murah seperti yang dicanangkan, pembeli berkemungkinan perlu membayar sehingga berkali-kali ganda daripada harga asal (sekiranya dibeli secara tunai).



Sebab banyak kes yang kata Court Mammoth ini macam ah long terancang.. gila sadis dia punya interest dan cara ugutan mereka boleh buat orang rasa nak bakar je office court ni..dan ramai yang terkena adalah orang kita orang melayu.. bayangkan lambat bayar sebulan pun mereka ugut macam kita ini ada sangkut bayar berbulan-bulan!



Berikut beberapa kisah yang dikutip dari forum dan blog yang membuktikan ramai yang dah jadi mangsa:

Kisah 1:

tp ni cite bukan lah barang rumah, tp tertipu ngan iklan dalam paper metro last weekend (12hb July, Sabtu). tgk dlm tu promosi 5 unit kamera EOS1100D dengan harga 50% diskaun, jadi dlm RM849 jer..
sape yg takmo kan.. aku pun tgh mencari, so kul 5 sengah dari putrajaya nih, gigih nak cecah sri damansara (sale ni sempena pra pembukaan) so dengan puasa bagai, berjaya sampai dalam kul 7 (time tu sessi utk Telefon S4 pun separuh harga).
then beraturlah dengan gigih, wakilkan isteri sbb saya nak tanya wakil jual dia habis2 sbb takmo buang masa lah kan.. nak berbuka lagi karang..
one of the manager tetiba kata wife tak yah beratur amik voucer (5 voucer je utk 5 pelanggan bertuah KONONye) so blh skip queue dan jumpa wakil jualan dia.

Alih2 model lain pula yg dipromosikan, EOS60D (spek tinggi lagi dari EOS1100D, harga pun lagi tinggi lah) tapi ditawarkan pada harga RM999..
(harga asal RM2099 camtulah kalu tak silap).. sape takmo kan? so dia kata kena buat Flexi Credit 60 bulan.. ok fine. aku nak pengiraan terperinci dulu (sbb ingat nak amik, dlm bulan ni dpt duit sket aku akan bayar lumpsum bulan ni jugak) sekali bila dia bagi calculation sebenar, terkejut aku!

aku takde lah terkejut beruk, sbb dulu (10 tahun lepas) mmg penah beli barang ngan Courts ni, beli peti ais yg rege seribu lebih jadi 3 ribu lebih sbb banyar insurans peti ais tu..

so kamera tu dah jadi RM3348 lepas kira semualah, bayaran ansuran utk 60 bulan (5 tahun). giler untung seribu lebih kat situ, tp berkira nak betul2 jual 5 unit kamera untuk pelanggan yang terawal? haram betul.
baik aku beli guna kad kredit jer :P saje lah datang tengok, kot2 mmg betul murah kan.. terkena aku. RM3348 tu bayaran kalu nak lumpsum.
tak kira ko beli hari ni, esok bayar habis, ttp kena bayar jumlah tu. Ok this is the best part, nak tahu berapa harga total kamera tu kalu bayar ikut rege RM2099? dlm RM8k.
Bongok lah. tobat aku tak caya dah. Keep sharing supaya takde org terkena.
Dan nasihat aku, tak yah lah amik walau camne terdesak ko nak sesuatu barang tu, ko akan jadi lebih terdesak lagi bila nak bayo nyer. cayelah.. bace jelah pengalaman peribadi yg ada kat sini. Aku percaya semua kisah benar, bukan rekaan.

Kisah 2:

baru2 ni my sis kol i ktanya courts mamoth kol dia pasal hutang x hbs byr.. itupon dah lame.. thn 2005... my sis da byr lump sum.. tp dorang x rekodkn kot. tu yang bru2 ni dorang kol blk. org kol kutip hutang tu pon mmg kurang ajr.
dia kta kt akk i.. lau btol da hb byr... bwk jumpa diresitny. giler ape.. mne ade simpn lg lau resit tu thn 2005 dlu. sblom dikol akak i... dia da kol Yah mertuanya...
abg iparnye... then bru kol my sis.. pastu siap suh my sis byr 7k tu dlm masa 2hri. lau x... akn dpt surat dr mhkmh utk hadir perbicaraan. org kmpung.. xtaw ape2.. menggelabah la my sis. then i lak bantai kol org tu blk. kebetulan i pon kje kt lawyer firm.. so i bntai la hbs2.. sblom dia nk saman...i
kta pihak kami ley saman u dlu coz u da bcerita kpd third party. n xde kes bankrup or naik mahkamah selagi x dpt LOD lettrr dr pihak u. tros trdiam bdk tu. i kta.. lps ni.. lau ade pape... xyah kol akk i.. kol i. n smpai la ni..
lngsung xde berita pape dr dorang. yg kol tu sbnrnye agency mintak hutang je... courts sub kt cmpny lain. n dorang mtk byr sblm hjung bln supaya dorang dpt komisen utk bln tu. tp seriously...
courts mamoth punya pemungut hutang... mmg kurang ajar. xde budi ahasa lngsung. tp lau trkena buku ngn ruas..bru dorang akn slowtalk...

Kisah 3:

Ehemm....ni hal aku plak...thun 2011 order tv lcd 37inci hrga rm1799 kbinet tv rm999 bla mreka dh kra2 smua cas ini cas itu bla3....total yg aku prlu byr dlm 5taon yalah rm9k lbihhhhh.....
cam kez korng jgk la bla lmbt byr 1 hari je dh kcoh siap main ugut2..hntr sms mcm sial..last2 aku hlang sbr dlm taun 2012 1 jun diaorng tarik tv tu tpi sya tkde kt umh yg ada tnggl abg srng je..
kbnet tv diaorng tak trik...pelik....dlm mnggu ni lawyer dia kol aku nk smn aku bla3....
bnyk lgi la yg prlu dcrita mls aku nk tlis pnjng2 dlm ini... saat ini sya msih tggu brita lawyer dri courts...aku tunggguuuu..... agi idup agi ngelaban ko iban!

Kisah 4:

As salam....pada kengkawan sekalian....ini kisah saya dgn CM ni....adik saya penah beli barang di CM ni dalam 8 tahun lepas....sofa ajer....guna nama saya sbg penjamin....selepas beberapa hari ada masalah pd sofa ni....(rosak sbb tak berkualiti) sy buat aduan....dan mereka janji akan dtg...tunggu punya tunggu sudah masuk 5 bulan tk dtg2....
call dah byk kali....bayar tak penah miss sebulan pon......kebetulan dia ditukarkn berkeja dr jb ke kl.....so adalah termiss sebulan.....
pastu CM ni call suruh byr sambil nada kurang ajar....adik sy bengang sbb kerosakn taknak tanggungjwb....tak byr plak tau nk bising2......
selepas tu dia suruh sy pulangkn.....jadi sy call CM suruh amik brg.....pon brbulan jugak tak dtg.....selepas 6 bulan br dtg....jadi masa pemulangan tu pegawai dia kata slps pulang kira dah settle.....
so dia bg resit pemulangan.....selepas 6 tahun barua diaorg (lawyer) call sambil berckp kasar "kalu dah tahu hutang tu byrla....takkan nk bwak kekubur"....
sy ingin jelaskan disini...org melayu bukan bodoh.....dan bukan tak mampu.....tapi memilih perkhidmatan yang mudah untuk mereka dapatkn......
kalu tak mampu pon janganlah perdaya org, ambil kesempatan, menipu, mengugut org melayu......kebanyakkn org meminjam ni org baru nak hidup dan berumah tangga......mmgla takde duit sgt....tapi bukanla bangsat sgt sampai taknak byr.....
CM tu sengaja melewat pengambilan brg sbb nak charge lebih.......ini cara mereka meniaga......menipu....mengenakan org.....
org melayu ni mmg takde duit...tapi berbudi bahasa.....kalu setakat tak bayar satu dua hari tak pelu memaki org.....org melayu ni islam ttp akan byr hutang.....tapi servis kalu tak bgus...brg dah di pulang madih nk mintang utang.....
namanya penyamun......mari kita semua boikot CM ni......mana2 barua CM dlm blog ni kita doakn semoga dia tak jatuh miskin....amin

Kisah 5:

Courts mammoth mmg cekik drh..htang brg blh jd 3 kali ganda...bli rm1k jd rm3k...mcm mna nk report psl courts ni haaa..???..hairan dh lma courts ni cekik drh tp x dk spa2 yg siasat...agknya nk kna msuk paper or tv bru diorng siasat..stakat brckp dlm ni mmg x de mkna la...sbgai rkyat mlysia kita ada hak brtndak utk tdk ditndas..tp skrg nmpknya smua brdiam diri dan trus mnjdi mngsa courts..spe yg untung???..
yg ssh brtmbh ssh yg sng lg la brtmbh2 sng...mmg la klu x de duit x pyh nk brhtng tp klu x brhtng mmg x de nmpknya brg..at least bila kta byr ansuran lma2 brg jd hak milik kta..tp klu dh brgnda2 mcm courts ni mmg cekik drh..
kita ni manusia mmg sntiasa ada keinginan..nk kumpul then pegi bli cash?ckp mmg sng bg yg brduit, bg yg golongan sderhana plk ssh nk kumpul2 ni, bru ja start kumpul ada emrgncy lain plk...so trpksa lh gna duit yg dkumpul tu..at least bla kita buat ansuran kurnglh beban skit..brg pn nmpk..
cma cra courts mmg ktrlaluan..and please pda pihak2 yg brtnggjwb..siasat cra bisnes courts ni..knapa prlu mmbyr smpai 3x gnda...ckup2 lh mkn untung skadar yg prlu.....

Kisah 6:

Saya pun ada beli aircond 2 biji dlm tahun 2010.. Tp saya rasa pelik sb saya kena byr RM6890..selepas seminggu saya buat instalment, sy cadang nk bayar sebiji aircond bg ringankan beban tp lepas mintak statmnt settlmnt, pekerja court kata saya kene bayar lebih kurang 5k, makin cpt nk setel makin byk die cas.. Pekerja tu suggest spy saya teruskan bayar bulanan..
Oleh kerana ada sedikit financial poblem, saya tetap byr tp tidak sepenuh amaun.. Pada awal januari, pekerja courts call dan buat ugutan dan sehingga dtg ke rumah menghantar surat utk tarik semula brgn dan beri tempoh 3 hari..
Saya mintak statmnt dan apa yg memeranjatkan saya terdpt byk amaoun yg di key in
31/3-rm3534
1/4 - rm2200
1/4 - rm1200

Semua kenyataan delivery..

Saya cuba buat kira2 sendiri berdasarkan harga aircond LG pd thn 2010
1hp-970
1.5hp- 1250

Jumlah =??? sekiranya interest 24% sethn x 3 thn.. Jumlah keseluruhan baru 4k tp mana dtg sampai 6890?? Kenapa ada 3 kali delivery dlm butiran sedangkan barang cuma dua???

Perlukah saya repot?
Apa perlu saya buat?
Pd siapa sy perlu mengadu?

Kisah 7:

Saya pun kena dgn beli Notebook, sgt terdesak sbb notebook lama tiba2 buat hal. Masa nak beli tu nampak diorang iklankan 1+1, saya tanya apa maksud tu.
Diorang explain 1+1 maksudnya setahun bayar bulan2 then lepas setahun boleh terus bayar baki.
Dengar time tu excited juga sbb nak beli cash tak mampu, notebook buat hal betul2 lepas kahwin (duit dh kering dh).
Diorang suruh sign agreement, ok sign sbb byk kali tanya diorang n confirmkan btul2 pasal 1+1 (percaya sgt lah time tu..) Aleh2 lepas setahun nak trus bayar baki.. tanya baki berapa depa ckp RM 3+++!!!!
Gila! harga notebook tu RM 1+++ je kot! tanya punya tanya depa ckp akak ambil yg utk 5 tahun so interest tu kira siap2 utk 5 tahun. Bodoh! kalau aku dh mampu bayar baki awal, buat apa nak kira interest utk 5 tahun kan??
kalau mcm tu baik aku trus sambung je bayar bulan2... so tak jadi bayar walau 1 sen pun! Lagi 1 diorang pandai buat kutipan tgh bulan (dlm 15hb). dia msg2 n ugut2 bgtaw akan dikenakan interest 20%. Interest lagi!!!
Strategik buat duit plg keji courts ni. So lepas ni kpd sesiapa yg teringin nk berhutang dgn courts ni, sila study abis2 & baca lah komen2 berguna ni.. COURTS mmg PENIPU!!!

Kisah 8:

Courts Mammoth tu panggil ex2 debt collector yang keje dr company along kot.
Bodoh siap nak peras ugut guna nama "Jabatan Perundangan" la, nak sita barang la, dtg takat bwk "NOTIS PEMBERITAHUAN BAYARAN LAMBAT", boleh mengaku tu surat penyitaan. bodoh ke hape?
Mana surat Penyitaannya? mana surat mahkamahnya? main peras ugut ngan family member yang xtau pape boleh la kena kencing ngan org courts aka collection agency nih. nasib semua conversation kuang hajaq dorang aku dah rakam siap2. mmg polis report la.
Hingat dorang tu financial institution ke hape smpi berani nak ugut nak freezekan akaun la nak bankrupkan la...keje call center tele-collection siap boleh mengaku dari "Jabatan Perundangan"...gile hebat tuh...kelentong x hengat..yang dpt sms2 ke call2 ke cer minta no pendaftaran syarikat dorang, berani bagi x...cer mintak alamat dorang, berani bagi x... sedangkan kat notis yang dorang bagi pon xde alamat...bagi no tepon contact person. No tepon xberdaftar ngan telekom, berurusan guna no hp???
Pelik sungguh...kata pas kat manager, padahal pas kat kwn sebelah meja jer. KELENTONG LEBEY...haha..mcm la kita ni bodoh sgt xtau trick2 kat call center collection tuh...dorang ni akan ckp ape je sbb nak kejar komisen dorang.

Ni aku share no2 yg dorang pakai kelentong org nih. (Ni no Agency Collection dorang nih)
Person In Charge utk satu akaun ramai gile
Mazlina la Ashraf la Shafiq la Jaspal Singh la. dlm sehari smpi 4 person in charge call. gile hebat :D
011-23825127
0174586993
03-42854514
Company
ARUS SELASIH SDN. BHD.
Address:
Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Postcode:
55100
Phone: 0342854514
Caller: ARUS SELASIH SDN. BHD.
Call Type: Debt Collector


Kesimpulannya:

Berhati-hatilah! Dinasihatkan bagi yang nak beli barangan Courts Mammoth secara berhutang cubalah ELAKKAN kecuali beli CASH sahaja (kalau mampu, kalau tak mampu baik jangan beli!).

Hukum Suami Hisap Buah Dada Isteri Beranak Kecil





Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?
Ikuti soalan dan jawapannya. Penting kerana ini membantu dalam hubungan intim anda dilakukan tanpa keraguan!

Soalan:
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks.
Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

Jawapan:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini.

Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah ( amal-amal yang baik ) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya ( pada hari akhirat kelak ). Dan berilah khabar gembira ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan kerana syarat menjadi anak susuan ialah lelaki yang berumur kurang 2 tahun menghisap susu sehingga 5 kali kenyang.Suami anda umur berapa?

Sumber: My Islam Blog

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive