Suami beri kerjasama, bertolak ansur rahsia lahir keghairahan
Soalan:
Assalamualaikum. Saya adalah seorang isteri berkerjaya dan sudah dikurniakan dua anak. Tanggungjawab sebagai setiausaha di sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan tugas menjaga dua anak dan suami sering menyebabkan saya keletihan. Bayangkan setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan dan bekalan anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Sepanjang hari terpaksa terkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas. Pulang ke rumah selepas waktu Maghrib dalam keadaan tertekan. Kemudian ditambah pula dengan kerja rumah yang perlu dibereskan. Kesannya, sebelum jam 10 malam, saya sudah tidur dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Bagaimanapun keadaan ini menyebabkan suami sering kecewa tidak dapat bersama ketika sangat berhajat.
Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.
Saya juga berasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi apakan daya, kudrat saya memang tiada, malah keinginan seksual juga langsung tidak muncul kerana keletihan.
Sejak kebelakangan ini, suami seperti hilang sabar dan mula marah-marah. Beliau ada membacakan mafhum hadis yang menyatakan isteri yang tidak mahu melayan keinginan suami hingga suaminya tidur dalam keadaan kecewa, dia pasti akan dilaknat malaikat hingga Subuh.
Apakah benar hadis ini dan adakah saya dianggap derhaka kepada suami serta dilaknat malaikat?
Jawapan:
Tahniah saya ucapkan kepada puan dan isteri yang gigih menjalankan pelbagai tugas setiap hari. Saya percaya puan melakukan semua ini demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan insan disayangi, iaitu anak dan suami.
Wajib sedia keperluan
Perlu dijelaskan tanggungjawab mencarikan nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami. Bererti mereka wajib menyediakan keperluan keluarga dengan sempurna dengan bekerja bersungguh-sungguh, sedangkan isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah.
Justeru, apabila isteri reda keluar bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur.
Hadis dimaksudkan suami puan adalah hadis riwayat Abu Hurairah yang melaporkan ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, tetapi tidak diendahkan isterinya, lalu suaminya tidur malam itu dalam keadaan marah kepadanya. Isteri berkenaan dilaknat malaikat hingga Subuh.”
Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.
Bina keluarga sempurna
Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi suami!
Sebaiknya dalam situasi puan ini, suami perlu memainkan peranan membantu tugas di rumah bagi meringankan beban isteri. Usah paksa suami melakukan apa yang tidak mampu dilakukan seperti memasak dan membasuh. Sebaliknya, minta dia membuat kerja sampingan seperti menjaga anak ketika puan masak, mengemas rumah, memastikan pakaian yang kotor dimasukkan ke dalam bakul dan membasuh sendiri pinggan digunakan.
Kerjasama begini dapat meredakan sedikit ketegangan puan dan secara tidak langsung puan akan berasa dihargai suami. Bermula daripada perasaan terharu dan dihargai akan lahir keghairahan untuk bersama. Ini rahsia untuk suami yang memiliki isteri yang keletihan kerana bekerja.
No comments:
Post a Comment