UtusanDaily

Wednesday 27 January 2016

Hari ini dalam sejarah 6 perkara pelik berlaku dalam kerajaan #Najib pada 26 Januari 2016



Berkaitan isu Datuk Seri Najib Razak dalam skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Pelik #1

Apakah penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terbaru kepada peguam negara sehingga peguam negara dapat bertindak seperti hakim negara membuat deklarasi untuk tidak mendakwa perdana menteri semalam, tetapi tidak 10 hari lalu?

Pelik #2

Peliknya, jika 10 hari lalu, SPRM mendapati perdana menteri tidak melakukan sebarang jenayah, mengapakah peguam negara tidak mengumumkan perdana menteri "bersih" ketika itu?

Sebaliknya, jika 10 hari yang lepas SPRM mendapati perdana menteri mungkin telah melakukan jenayah tiba-tiba menukar nada dalam laporan terbaru dan mendapati perdana menteri tidak bersalah, mengapa peguam negara tidak menghantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk mencari punca perbezaan hasil penyiasatan yang begitu ketara?

Bukankah itu lagi pelik?

Peliknya, mengapa kertas siasatan yang membersihkan perdana menteri pula diterima bulat-bulat tanpa meminta siasatan lanjut dibuat?

Pelik #3

Peguam negara tidak menolak pelantikan sebagai anggota Lembaga Tabung Haji (LTH) yang boleh dipandang serong oleh masyarakat.

Ini pelik. Apakah beliau tidak sensitif mengenai pentingnya jawatan peguam negara dilihat bebas ataupun beliau pun tidak cukup makan sehingga perlukan #2kerja?

Pelik #4

Peguam negara menyatakan perdana menteri telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya.

Peliknya, peguam negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan perdana menteri. Apakah SPRM juga tidak menyentuh bab ini?

Pelik #5

Lembaga Tabung Haji (LTH) semalam menegaskan bahawa ia tiada masalah kewangan. Malah, LTH mengingatkan para pendeposit, bahawa nilai aset Tabung Haji mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji.

Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan “tidak mengambil kira portfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki Tabung Haji.”

Peliknya kita mengikut logik Tabung Haji, bukankah Bank Negara Malaysia boleh dikira sebagai menyibuk dalam menghantar satu surat kepada LTH bagi menyatakan nilai aset LTH lebih rendah daripada liabiliti jika Tabung Haji tidak mengalami masalah?

Pelik #6

Lagi pelik kalau pakar-pakar dalam Bank Negara Malaysia terlupa mengambil kira “portfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki Tabung Haji” ketika menghantar surat amaran sebegitu penting kepada kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan diserahkan juga kepada Najib dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail?

Atau sememangnya Bank Negara Malaysia begitu cuai?

Cuba bayangkan kalau Bank Negara Malaysia yang ‘cuai’ terlupa hantar surat kepada LTH, apakah yang bakal terjadi kepada duit pendeposit hari ini?

Apapun tahniah Tabung Haji kerana menurut Bank Negara Malaysia, ia telah mengambil langkah pro-aktif bagi memperkukuh amalan pengurusan risiko untuk membolehkan ia mengekalkan kedudukan kewangan yang mampan dan sihat.

Sekadar mengenang hari yang pelik pada 26 Januari 2016.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.

Keputusan AG akan jadi rujukan buruk kes-kes siasatan rasuah


KUALA LUMPUR 27 JAN: Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari siasatan skandal derma RM2.6 bilion itu dikhuatiri menjadi ‘precedent’ atau rujukan kes terutama siasatan rasuah.

Ia selaras dengan doktrin duluan kehakiman (stare decisis) digunakan dalam ‘common law’ yang menetapkan keputusan mahkamah terdahulu mesti diterima sebagai mengikat undang-undang kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata keputusan Apandi membebaskan Najib menunjukkan menerima wang dari luar atau dalam negara ke akaun peribadi bukan suatu kesalahan walaupun mencecah bilion ringgit.

“Jika Perdana Menteri boleh terlepas hanya atas alasan wang itu derma yang sudah dikembalikan, rakyat juga boleh menyatakan mana-mana transaksi ke akaun mereka sebagai wang derma tanpa memberi bukti kukuh.

“Misalnya, mana-mana individu atau institusi boleh mengatakan wang dimasukkan ke akaunnya diderma seorang jutawan Jerman tanpa perlu memberi penjelasan terperinci,” katanya, sinis.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas perihal keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari sebarang tuduhan rasuah membabitkan skandal RM2.6 bilion, semalam.

Beliau berkata, keputusan Apandi itu bermakna perlakuan menerima wang ke akaun peribadi tidak lagi boleh disabitkan sebagai kesalahan rasuah kerana ia mesti diterima pakai untuk semua rakyat tanpa mengira darjat, kaum dan agama.

“Selepas ini, semua boleh kata wang diterima mereka adalah derma. Tambahan pula, wang derma tiada sekatan dari Bank Negara dan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sesiapa pun tidak lagi boleh persoalkan sama ada wang itu ada unsur kecurigaan atau penderma mempunyai kepentingan seperti projek bersama. Bolehkah begitu?” katanya kepada Roketkini.

Tengku Zulpuri berkata semua pihak harus bersikap amanah selaras dengan ajaran Islam yang mementingkan keadilan untuk semua, justeru keputusan Apandi itu disifatkannya tidak wajar. -Roketkini.com

Arab Saudi akan siasat jika benar Najib pulangkan AS$620 juta, kata laporan



Arab Saudi akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016.
Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.

Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu. – 27 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arab-saudi-akan-siasat-jika-benar-najib-pulangkan-as620-juta-kata-laporan#sthash.UPrevmDU.GKC2Z06C.dpuf

Tuesday 26 January 2016

Isu RM2.6 bilion ditutup: PM seru rakyat bersatu padu, gerak ke hadapan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan bergerak ke depan, setelah kes berhubung SRC International dan dana RM2.6 bilion ditutup.

Sambil menyifatkan isu itu sebagai satu gangguan yang tidak diperlukan, Najib mengalu-alukan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa tidak timbul isu jenayah dalam kes berkenaan.

"Isu ini telah menjadi satu gangguan yang tidak perlu untuk negara. Sekarang perkara itu telah diselesaikan secara komprehensif, inilah masanya untuk kita bersatu dan bergerak ke hadapan.

"Hasil kajian daripada siasatan terperinci oleh institusi berkaitan telah mengesahkan apa yang telah saya katakan sebelum ini, bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan," kata Najib dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.


Tambahnya, beliau menghargai isu pembiayaan politik mendapat perhatian ramai dan bercadang meneruskan cadangan pembaharuan dalam dana politik.

"Sebab itu pada mulanya, saya ingin menggerakkan cadangan pembaharuan dalam pembiayaan politik pada tahun 2010.


"Malangnya, ia telah disekat oleh pihak pembangkang pada masa itu. Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan agar cadangan tersebut untuk terus dibincangkan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau akan melipatgandakan tumpuan terhadap isu-isu utama di Malaysia, terutamanya dalam memerangi keganasan serta mengukuhkan ekonomi negara dalam mendepani cabaran global.

Pada Selasa, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Tabung Haji sahkan amaran Bank Negara, tegaskan simpanan pendeposit selamat

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata pendeposit tidak perlu bimbang kerana simpanan mereka selamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.

Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

“Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.
“Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat,” katanya.

Ismee berkata, lembaga itu biasanya mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun dan memberi jaminan tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada pendeposit.

“Insya-Allah, Tabung Haji akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 selepas melalui proses dalaman dan audit interim seperti lazimnya setiap tahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam menetapkan kadar bonus Tabung Haji mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, 2015 adalah tahun mencabar dan perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut.

Ismee berkata pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka dijamin kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji juga mengambil maklum saranan Bank Negara untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Bank Negara menghantar surat kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember, memberi amaran rizabnya pada paras negatif.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata penyimpan wang jemaah itu tidak akan dapat membayar dividen kepada kira-kira 9 juta pendeposit tahun ini jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu. – 26 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-sahkan-amaran-bank-negara-tegaskan-simpanan-pendeposit-selamat#sthash.WQECXenj.FWiS2vwE.dpuf

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive