UtusanDaily

Saturday, 14 September 2013

[Panas] Johor ada tempat nak melanggan pelacur

Mati selepas langgan pelacur

Mati selepas langgan pelacur  
Anggota polis mengangkat mayat lelaki terbabit sebelum dibawa ke HPSF untuk bedah siasat.

MUAR – Seorang warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas melanggan pelacur di sebuah hotel bajet di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, lelaki berkenaan yang berumur 66 tahun, dilihat sendirian memasuki perkarangan hotel berkenaan pada jam 10 pagi.

Lelaki terbabit yang masih bujang diberitahu mendaftar masuk sebuah bilik yang terdapat lima pelacur, namun pengsan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama salah seorang daripada wanita terbabit.

Kesemua wanita terbabit yang panik melihat keadaan lelaki terbabit bertindak memanggil pemilik hotel berkenaan untuk memaklumkan insiden berkenaan sebelum menghubungi ambulans.

Hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini mendapati warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Friday, 13 September 2013

Antara NAKAL Vs JAHAT..!!!

Nakal VS Jahat

>> September 12, 2013

 
Bila orang tak kenal kita maka orang akan ada banyak persepsi pasal diri kita. Biasalah tu. Ada yang baik, ada yang buruk.

Aku rasa ramai yang tak kenal aku. Sebab tu diorang boleh panggil aku ni ustaz. Ada yang tanya aku belajar kat sekolah agama mana dan ada juga yang tanya aku sedang belajar subjek islam apa.

Padahal korang tak tak tahu yang aku ni tak pernah masuk sekolah agama dan tak pernah ambik subjek agama. Aku cuma seorang budak STAR. Sekolah semua lelaki (all boys) yang terletak dekat tengah-tengah bandar Ipoh.

Kat sekolah, aku tak pernah langsung terlibat dengan kepimpinan badan agama. Kalau korang nak tahu, setiap sekolah agama ni ada badan pelajar islam. Kalau sekolah aku, dia panggil BPI. Kalau SBP lain, diorang guna nama BADAR. Tapi fungsinya sama, iaitu untuk menganjurkan program-program keagamaan dan untuk terlibat secara aktif di dalam pengurusan surau sekolah.

Aku dulu budak jahat. Aku rasa, aku pernah cerita dalam entry-entry aku yang sudah lepas. Tapi aku tak keberatan untuk ceritakannya semula sebab bila aku ceritakan sejarah hidup aku, membuatkan aku rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah sebab Allah berikan aku hidayah di usia muda.

Kalau korang belek Sahih Muslim, ada hadis yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abu Sufian r.a, pasal satu kumpulan sahabat yang sedang membuat halaqah. Mereka duduk-duduk, tak buat apa-apa, hanya bersembang. Tetapi apa yang mereka sembangkan?

Mereka bersembang tentang masa silam mereka, iaitu masa mereka belum masuk islam, dan mereka bersyukur atas hidayah Allah. Lalu, malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W bahawa ketika mereka sedang bermuhasabah itu, Allah pula sedang berbangga-bangga tentang mereka itu kepada penduduk di langit.

Aku tak nak cerita satu per satu kejahatan aku, sebab aku tak rasa aku jahat. Aku tak pernah rogol orang. Tak pernah bunuh orang. Tak pernah juga tinggal sembahyang dan tak qada' semula sembahyang yang aku tinggal tu.

Aku cuma, nakal dan tidak baik.

Lebih kurang dua minggu lepas, aku ada ikut kawan-kawan aku, bekas pelajar STAR juga (batch mate aku). Kitaorang buat reunion sambil menziarahi atau memenuhi jemputan kahwin seorang kawan kami yang merupakan orang kedua dalam batch kami yang sudah bernikah.

Batch aku ada 146 orang. Tapi seorang sudah meninggal dunia setahun selepas kami keluar dari STAR.

Bila dah lama sangat tak berjumpa, aku pun bersembang kencang jugalah dengan member-member aku ni. Sebab dah terlalu kencang dan berapi, tiba-tiba ada seorang kawan aku cakap kat seorang lagi, "Kita ni nakal je, tapi tak jahat".

Apa tu nakal dan apa tu jahat? Yang aku faham, nakal tu macam main bola pakai seluar pendek, keluar fly untuk main DOTA malam-malam buta, ponteng prep, sembahyang dekat dalam dorm je, dan seumpamanya.

Manakala jahat pula ialah bila dah mencuri duit orang, belasah budak, berzina, dan seumpamanya.

Di akhir zaman ni, kita tak boleh expect yang orang ramai akan jadi baik macam sahabat Nabi. Maksud aku, orang ramai tu ialah anggota masyarakat. Aku tak nafikan bahawa dalam kalangan kita, memang ada orang yang baik. Dan orang yang baik-baik ini pun sebenarnya ramai. Tapi aku sedang bercakap tentang penduduk Malaysia secara keseluruhannya.

Sebab itulah dalam agama ni, ada hukum hudud.

Hudud ni maksudnya had. Kalau kita naik highway, kita ada speed limit. Kalau kita handle machine, kita ada operating limit. Kalau kita operate syarikat kapal terbang pula, kita ada flying hour limit.

Macam tulah hidup ini. Kita memang akan melakukan kesalahan. Tapi kesalahan apa yang diizinkan dan kesalahan apa yang tak diizinkan, itulah yang dipanggil sebagai limit ataupun hudud.

Aku ambil satu contoh.

Berzina.

Berkawan dengan perempuan, masih permissible. Tapi bila berkawan tanpa menjaga tatatertib seperti bersikap terlalu open book, itu dah jadi kesalahan. Walaupun salah dan dikira berdosa, tapi kesalahan ini belum sampai kepada had.

Limit yang dimaksudkan ialah berzina, iaitu bila berlaku hubungan seks di luar pernikahan. Bila itu berlaku, maka pelakunya telah melakukan dosa yang sangat besar dan dahsyat.

Itulah maksud aku dengan nakal dan jahat.

Orang nakal, dia buatlah apa-apapun, tapi at the end, dia masih takut untuk melakukan dosa besar.

Contoh lain, pakai seluar pendek. Walaupun ada yang masih tak menutup aurat, tapi solat jangan ditinggal.

Kawan aku pernah cerita, masa dia baru balik dari surau, ada seorang awek tegur dia.

"Saya nak tanya. Saya ni free-hair. Ada orang kata Allah tak terima sembanyang orang yang free-hair ni. Betul ke?"

Jawab kawan aku, "Tak pakai tudung ni satu kesalahan dan meninggalkan solat pula ialah satu kesalahan yang lain pula. Benda ni tak ada kena mengena sebab bila kita tak pakai tudung, kita cuma dosa tak pakai tudung dan kalau kita tak solat pula, kita cuma dosa sebab tak solat. Cuma kita haraplah bila kita jaga solat kita, Allah beri kita kekuatan untuk kita menutup aurat kita".

Dalam hidup ni, kita mesti mau selalu ingat bahawa kita ada hubungan dua hala, iaitu hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama makhluk. Kita ada dosa kepada Allah dan kita juga ada dosa kepada makhluk. Kita juga ada ibadah kepada Allah, kita juga ada ibadah dalam bentuk sesama makhluk.

Contohnya, kita berzikir, dan kita ada menolong orang.

Berzikir ialah ibadah kepada Allah, manakala menolong orang pula ialah ibadah dalam bentuk sesama makhluk.

Kita juga ada dosa meninggalkan solat, dengan dosa mengumpat.

Meninggalkan solat ialah dosa kita kepada Allah, manakalah mengumpat pula ialah dosa kita kepada orang.

Bila buat dosa kepada Allah, nak bertaubat tu senang sebab Allah Maha Menerima Taubat. Tengah atas motor pun, kalau ada rasa menyesal dan mahu bertaubat, Allah sudah maafkan kita. Tengah minum arak, belum sempat buang botol arak pun, Allah akan terima taubat kita kalau kita minta ampun.

Tapi kalau buat salah kepada manusia, contohnya kita curi hartanya, maka itulah yang paling susah nak deal sebab kita kena mohon kemaafan daripadanyya, dan barulah Allah akan berikan kemaafanNya kepada kita.

Jadi, kesimpulan aku ialah nakal ialah dosa kita tanpa melibatkan pihak kedua, manakala jahat pula ialah dosa yang melibatkan banyak pihak.

Tapi kita perlu ingat bahawa nak jadi jahat tu mudah sangat. Lebih-lebih lagi dengan adanya Facebook. Bila ada Facebook ni, kita makin galak nak share. Antara yang kita share ialah benda yang berdosa. Contohnya, kita ada awek lalu kita post gambar kita dengan awek kita. Mulanya benda tu jadi dosa yang biasa-biasa saja, tapi ia dah jadi besar kerana kita berbangga-bangga dengan dosa kita.

Contoh lain, pakai seluar pendek. Buka aurat ni dosanya makin besar dengan bertambahnya orang yang tengok aurat kita. Kalau pakai seluar pendek, yang tengoknya cuma tiga orang, maka dosanya tak sedahsyat bila kita post gambar di facebook kita dengan 30 orang tengoknya.

Eh, post ni dah jadi panjang (tiba-tiba). Aku nak tulis benda lain sebenarnya, tapi dah tertulis benda lain. Tapi insya-Allah, aku harap mesej aku jelas, iaitu:

1- Kalau buat dosa pun, jangan sampai buat dosa besar.
2- Jangan berbangga-bangga atau menujuk-nunjuk maksiat kita kepada orang.
3- Jangan tinggal sembahyang walaupun sekali, tak kiralah atas apa sebab sekalipun!
4- Jangan rasa lega dan selamat bila sudah buat dosa. Bertaubat on the spot walaupun esok mungkin akan terbuat dosa tu lagi. Siapa tahu lepas istighfar tu Allah cabut nyawa?
5- Jangan buat dosa kepada orang sebab nanti payah nak trace balik orang tu sebab nak kena minta maaf kepada dia.

Wallahua'lam. Sekian sahaja aku merepek.
 

Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia

Car Prices Still High In Malaysia (the Edge)
DilaDellila

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5yH5Mjx9opAui8pvJGuSJ760MKemZGINX-fE9Hf2-eMdmnNc-i5X87NOumqGB_1NIDPurJoMR0rrpPpR-dG5kkz7RwSaUHTr6Jlc6SxsMuXFE7NOYd2ftfyuz-OokL27cQbmRQ8Hcvoc/s1600/_MG_0087.JPG
Car buyers had before the National Automotive Policy (NAP) accepted the fact that car prices in Malaysia are one of the few things that always go up and never come down.

Over the past few years, many had hoped that with the Asean Free Trade Area (Afta) being implemented, car prices would drop. They went up instead, dashing the hopes of many.

It is therefore fair to say that prior to the announcement of the NAP last month, many Malaysians would have been quite happy for car prices to remain stable. To see the NAP driving the prices of mainly national cars and locally assembled cars down by up to 10% was an unexpected and pleasant surprise.

Days after the NAP was announced on March 22, Proton Holdings Bhd slashed the prices of its cars by up to 7%. The highest discount in terms of percentage is for the Gen.2 1.6 AT H-Line model with RM4,450 in savings. Perodua also reduced its car prices by 4%.

Locally assembled foreign cars also had their prices trimmed. Volvo Car Malaysia Sdn Bhd dropped its car prices by up to 7%, which translated into savings of about RM10,000 to RM20,000.

So, has the recent reduction significantly closed the car price gap between Malaysia and other countries? Is it just a one-off occurrence or could prices come down further?

The answer for the first question is "no". As for the second one, even industry players with years of experience refuse to predict the trend of car prices.

"The car industry is policy driven, it is hard to predict if car prices will fall further," says Malaysian Automotive Association (MAA) president Datuk Aishah Ahmad.

Nevertheless, she says the fact that the government reduced the duties on national cars and locally assembled foreign cars is a step in the right direction to make cars more affordable to the masses.

"Car prices in Malaysia are not the cheapest," concedes Aishah. "But it [the price reduction] is a good start." Nevertheless, one out six Malaysians can still own a car due to the easy availability of long-term loans, she adds.

However, long-term car loans, some with repayment periods of nine years, could make cars artificially affordable in Malaysia. Any financially prudent individual would tell you that it is not wise to borrow too much money to buy a car, as its resale value always depreciates. Low monthly repayments on car loans could be easily structured by stretching the repayment period.

A better way to assess the affordability of vehicles is by looking at the earning power of the buyers.

According to the World Bank, the gross national income (GNI) per capita of Malaysia in 2005 was US$4,650. This means that an entry-level car, such as the Proton Savvy, costs more than twice the country's per capita GNI. A Perodua Myvi costs nearly three times the average annual income of a Malaysian.

Car prices in countries where the car market is relatively liberalised are generally more affordable. For example, an Australian's five-month income is enough to purchase a Proton Savvy.

Under NAP, prices of non-Asean completely built up (CBU) models remain high. An Audi A4 with a two-litre engine costs US$74,780 in Malaysia. This is about 100% more expensive than the price in Germany at US$37,264. Audi is a German car company. The same car costs US$49,879 in China.

The price gap of a locally assembled German car is equally big. A BMW 525i costs US$108,468 in Malaysia. The same car costs 70% less in the US, 54% less in the UK and 37% less in Australia. However, in Thailand, where taxes on luxury sedans are high, a similar model costs only 6% less.

As for the prices of locally assembled Japanese cars, Malaysia still tops the list. A Malaysian motorist has to fork out US$42,188 to drive a Honda Accord 2.4 litre out of a showroom. In Indonesia, a similar model costs US$40,049 while it is lower in Thailand at US$36,049. Among the four countries, Japan's selling price is the lowest at US$32,493.

Malaysian car buyers appear to benefit the least from cars designed for the Asean market.

A 1.5-litre Vtec Honda City costs US$23,110 in Malaysia and it is US$2,000 cheaper in Indonesia. In Thailand, where the model's main manufacturing plant is located, the car is priced substantially cheaper at US$16,383.

As for a 1.3-litre Toyota Avanza, Malaysia's price is US$16,871 while it is US$14,166 in Thailand. The manufacturing hub of the model is in Indonesia, where it costs the lowest among these countries at US$11,362.

The origin country of a car company usually enjoys the lowest price. For example, a BMW 116i costs only US$25,065 in Germany, compared with US$28,013 in the UK and a whopping US$45,787 in Malaysia.

In Malaysia, however, in some cases, the trend is reversed. A 1.6-litre Proton Gen.2 in Malaysia costs US$16,804. In Australia, it is cheaper at US$14,225 although it comes with more features, such as two air bags and an anti-lock braking system.

A Proton Savvy costs US$10,902 in Malaysia. The better-equipped Australian version is slightly cheaper at US$10,183.

Conclusion:

Our life here is cheaper than Mat Saleh. Those Mat Saleh enjoy a better safety equipped car with cheaper price while our so call national car Proton, Perodua or Naza still giving a substandard quality car to us??pity Malaysian??

Selamat Pengantin baru BLACK..!!

Black sah jadi suami dengan sekali lafaz

Black sah jadi suami dengan sekali lafaz  
- Foto ihsan OhBulan!
 
HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan.

Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo, lapor ohbulan!

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.

Bagaimana pun, Black akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September ini bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pengarah Kelahiran Malaysia Arah Fast & Furious 7

james
Pengarah kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan yang sebelum ini mengarahkan filem seram 'The Conjuring' sekali lagi bakal duduk di kerusi pengarah untuk siri ketujuh filem 'Fast & Furious 7'. 
 
Selain 'The Conjuring', James pernah mengarahkan filem lain seperti filem 'Saw', 'Dead Silence', 'Death Sentence', 'Insidious' dan banyak lagi. 
 
'Fast & Furious 7' masih mengekalkan pelakon asalnya seperti Vin Diesel, Paul Walker dan Michelle Rodriguez. Malah turut terlibat dalam kisah kali ini adalah pelakon Kurt Russel, Jason Statham dan Ronda Rousey. 
 
Filem ini dijangka akan memulakan penggambaran di Louisiana pada penghunjung tahun ini dan bakal ditayangkan pada Julai 2014.

Thursday, 12 September 2013

Farah AF muflis?


Farah AF  
Farah AF

NAMA Farah Diana Anuar atau Farah AF kembali menjadi perhatian ramai, apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah, serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini didakwa terlibat dengan kes mencuri.

Ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi, Aweera, Julai lalu.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk mendapatkan bapa Farah sendiri tidak berhasil apabila telefon bimbitnya tidak diangkat, manakala telefon Farah ditutup.

Wednesday, 11 September 2013

Rahsia isteri tidur berbantalkan lengan suami



[KHAS UNTUK YG BERKAHWIN SAHAJA ]

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI (CELAH KETIAK)

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Lelaki Nigeria maut 'dirogol' lima isteri



ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail,susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.

Pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat


http://st.depositphotos.com/1008939/1220/i/950/depositphotos_12207685-Businessman-Question-Mark.jpg

SHAH ALAM - Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini semalam.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. - Bernama

Tuesday, 10 September 2013

Adakah Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil...?

Gambar Ubat Tanda Tahniah Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil? 
 
ASHRAF
Kira-kira seminggu yang lalu, OHBULAN! ada siarkan penafian Ashraf Muslim mengenai berita kehamilan isteri keduanya yang dikenali sebagai Sakinah.

Artikel berkaitan:

Namun baru-baru ini melalui sebuah forum tempatan, timbul pula persoalan yang sama apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.

Gambar itu bagaimanapun menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.
e129c410191811e3899b22000aeb1bb6_7
Kalau difikirkan semula, mana ada sakit lain yang membolehkan orang ucap tahniah kecuali mengandung, betul tak?

Jadi persoalannya di sini, adakah Sakinah kini betul-betul berbadan dua? Mungkin Ashraf ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkara ini sebelum ini.

Jika mengikut kata-kata orang lama, memang tidak elok menghebohkan perkara ini di awal kehamilan kerana takut tak menjadi. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah dan Ashraf ya.

Sumber: Forum Cari

Gempar - 4 penulis blog dipenjara hina Islam


4 penulis blog dipenjara hina Islam  
Penulis blog dipenjara tujuh tahun kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. 
Photo: The Nation

BANGLADESH - Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh.

Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.

"Merujuk kertas penghakiman, kesemua mereka mempunyai niat jahat dengan menyebarkan fitnah terhadap semua agama," katanya dipetik dari laporan AFP.

Sejak kebelakangan ini, pengikut atheist dan fundamentalis kerap berdebat dalam media sosial di negara itu mengenai isu keagamaan dan ia menjadi serius apabila beberapa penulis blog anti-Islam dibunuh Februari lalu.

Q & A : Solat ba’diyah dan witir selepas jamak

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 10 Sep 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeK2nk1JXTdTWCnUjjLDUOD0YsPyIHR450uiYYU1HQfQq1_E5kxEA5Aor1T7eazirh4B_PJMNqoX7O4SvAEUILAqM21VyA2yZ3nxICh5qB6mCBsjWfg8Tc02Z8nqkQRuBfdIpzR-WUml8V/s320/solat-jamak-qasar.jpg

Soalan;

Saya mohon pencerahan tentang kemusykilan yang berikut - bolehkan melakukan solat sunat ba'diyah Isyak dan solat sunat witir selepas solat jamak taqdim Maghrib dan Isyak?

Jawapan;

Selepas melakukan solat secara jamak taqdim, kita dibolehkan terus melakukan solat ba’diyah Isyak dan juga solat witir berdasarkan fatwa ulama, antaranya Imam an-Nawawi yang menjelaskan dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin; “Bagi jamak Isyak dan Maghrib (secara taqdim), mulai dengan mengerjakan kedua solat fardhu (yakni Maghrib dan diikuti Isyak), kemudian diikuti solat sunat selepas Maghrib, kemudian solat sunat selepas Isyak, kemudian witir. Bagi jamak Zuhur dan Asar, mulai dengan solat sunat sebelum Zuhur, kemudian solat Zuhur, diikuti solat asar, kemudian solat sunat selepas Zuhur, kemudian solat sunat Asar” (Raudhatu at-Talibin, bab al-jam’u baina as-solataini, 1/402).

Solat sunat yang datang selepas solat fardhu, ia mengikut solat fardhu itu sendiri. Oleh sebab dalam jamak taqdim solat fardhu kedua (yakni Asar atau Isyak) dipercepatkan ke dalam waktu pertama (Zuhur atau Maghrib), maka solat sunatnya juga dipercepatkan kerana mengikuti solat fardhu yang dipercepatkan. Solat witir pula, waktunya ialah selepas menunaikan solat Isyak hinggalah solat Subuh. Oleh sebab dalam jamak taqdim solat Isyak dipercepatkan, maka waktu solat witir juga boleh dipercepatkan iaitu sebaik selesai solat Isyak secara jamak taqdim (lihat; al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, bab Solat al-Musafir, 2/207).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Remaja khusyuk dodoi awek kantoi


Remaja khusyuk dodoi awek kantoi

GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.

Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.

Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.

“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.

Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.

“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.

“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.

Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.

Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.

Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.

Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.

“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.

Monday, 9 September 2013

Hanya 432 derma organ sejak 1976

Oleh LILY YEAN
lily.yean@kosmo.com.my

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9Yuy03gKBACGCMdzx2xd9xfiNnI4EJLDMFHLkZUu-qri6E4bC0-4M6WuRpEvbNr0f1UlyXvpAXBF9aqWL-gL6l6Ko_GxxQYra-u_Kt7zoXXJ7VsJUgIFz0zQ0X_c3PEVLryqhB6iYiqDZ/s320/5098065047_8749a54138.jpg
KUALA LUMPUR – Hanya 432 orang daripada 235,573 penderma organ berdaftar telah menderma untuk transplantasi sejak tahun 1976 hingga Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah tersebut adalah kecil berbanding bilangan pesakit yang menunggu organ iaitu seramai 16,987 orang dengan 90 peratus merupakan pesakit buah pinggang.

“Ramai yang mempunyai persepsi negatif dan perasaan takut untuk menderma organ selain tidak berbuat demikian kerana faktor agama.

“Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan badan berkanun akan berusaha menangani masalah itu termasuk mengadakan siri jelajah bagi meningkatkan kesedaran awam,” katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2eLcX5Au7
Hakcipta terpelihara

80 peratus artis tiada rumah sendiri

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

ROZAIDI ( tiga dari kiri ) bersalaman dengan Norsham pada majlis Pelancaran Rumah Contoh Projek Perumahan Kumpulan Alfafa di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa, lebih 80 peratus artis termasuk penyanyi, pemuzik, pelawak dan pelakon masih menyewa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Presidennya, Rozaidi Abd. Jamil berkata, hal itu berlaku kerana artis sukar memenuhi prosedur pinjaman perumahan yang ditetapkan oleh pihak bank seperti perlu memiliki penyata gaji bulanan.

"Sehubungan itu, Seniman memohon kepada setiap kerajaan negeri menganugerahkan tanah kepada Seniman supaya kami dapat bina rumah di atas tanah tersebut untuk dijual kepada golongan artis pada harga mampu milik.

"Rumah ini akan dibina oleh syarikat perumahan Kumpulan Alfafa," katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran Rumah Contoh Projek Perumahan Kumpulan Alfafa di sini semalam.

Hakcipta terpelihara

Kerajaan Malaysia tidak ganti MiG-29N dalam masa terdekat ini

http://www.xairforces.net/images/country/malaysia/mig-29n_tudm_0001.jpg 

KLUANG - Kerajaan memutuskan untuk tidak menggantikan pesawat pejuang MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat masa ini kerana perlu melihat kepada keperluan, keutamaan dan kemampuan untuk membelinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga perlu melihat persiapan dalam konteks keselamatan dan pertahanan yang bersandarkan kepada ancaman semasa.

Katanya, ini bagi memastikan sekiranya pesawat tersebut digantikan, aset pertahanan baharu itu nanti benar-benar mampu menangani insiden pencerobohan seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Tiada diskaun PTPTN kelas kedua atas

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/08/ptptn-logo.jpg

LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak berhasrat melaksanakan pengecualian bayaran balik pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas kedua atas.

Bagaimanapun, Pengerusi PTPTPN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya masih terus mengkaji cadangan tersebut yang ketika ini hanya dinikmati oleh graduan ijazah kelas pertama.

Menurut beliau, pengecualian bayaran balik pembiayaan bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang tanpa mengira kaum dan ia dilihat berjaya meningkatkan motivasi kelompok berkenaan.

Hakcipta terpelihara

Pelakon Nabila Huda anak kepada Amy Search kemalangan jalan raya

Nabila Huda cedera kenderaan terbalik
Wartawan Sinar Harian

#01 Nabila Huda Dan Anak Terlibat Kemalangan, Bekas Suami Lepas Geram Di Twitter - ROTIKAYA
BENTONG - Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

“Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik.

Sunday, 8 September 2013

Bukan hanya sakit tekak

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0901/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg
Image menunjukkan penyakit tonsillitis berulang menyebabkan kain warna merah , berlubang dan bernanah .

Sakit tekak, demam kerap apabila kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar untuk menelan makanan menyebabkan seseorang itu berpengalaman.

Keadaan ini juga hasil daripada badan seseorang berasa tidak selesa.

Sama seperti yang Hisham (bukan nama sebenar) yang dialami , dia berasa sakit pada hari-hari terakhir.

Mengalami kesakitan yang disebabkan Hisham , pengurus sebuah syarikat swasta tidak menyentuh nasi atau makanan pepejal.

Hanya air dan lumpur ke dalam lapisan perut. Setiap kali menyentuh makanan pepejal , tekak membakar beliau , seolah-olah jarum disengat.

Beliau akhirnya menemui doktor di klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan.

Telinga, Hidung dan Tekak Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Irfan Mohamad berkata bahawa sakit leher merupakan gejala yang biasa .

Sebab untuk ini adalah bahawa keradangan tonsil daripada kelenjar limfa di pharynx kanan dan kiri, esofagus dan larinks ( saluran udara , yang mengandungi kotak suara ) boleh didapati.

jangkitan

Sakit leher juga boleh menyebabkan penyakit tonsillitis radang tonsil.

Tonsillitis disebabkan oleh keradangan tonsil.

Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfa, yang menjangkiti terutamanya matang apabila fungsi sistem imun kanak-kanak dan badan itu tidak dibuat untuk melindungi saluran udara.

"Bagaimanapun, tonsil sendiri tidak kebal kepada jangkitan dan keradangan disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, " katanya.

Irfan berkata, akibat jangkitan berlaku dikenali sebagai tonsillitis akut dan tonsillitis berulang.

' Punca jangkitan , ulser dan tonsil bengkak di tekak, "katanya.

Beliau berkata , punca sakit tekak abses penyakit peritonsil .

" Perintosil bernanah jangkitan adalah di kawasan sekitar tonsil yang menjadikan koleksi ini nanah makan, bercakap sukar untuk pesakit , dan membuka mulut, " katanya.

Orang ini berkata semua penyakit adalah disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

Faktor keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan dengan penyakit ini.

Irfan berkata, tonsillitis sering menjangkiti kanak-kanak. Morbiditi perintosil Abe adalah orang dewasa.
Sakit leher boleh membuat seseorang berasa tidak selesa. - Hiasan Picture

kejang

"Kedudukan tonsillitis dalam bidang pemakanan dan saluran pernafasan disertai dengan demam , tidak boleh melaksanakan tugas-tugas harian di sekolah dan bekerja dalam kedudukan seseorang.

"Dalam tonsillitis akut, tonsil sentiasa diganggu membesar sehingga kerengsaan saluran pernafasan,

" Seorang kanak-kanak mungkin tidak mahu makan kerana aktiviti menelan kesakitan sebagai keping makanan yang bergerak sebab dengan keradangan tonsil ," kata Irfan .

Walau bagaimanapun , angina juga mungkin memengundang bahaya kepada kanak-kanak.

" Jika anda mendapat tonsillitis , kanak-kanak secara amnya adalah kesan yang lebih kuat berbanding orang dewasa.

" Ia adalah kerana diameter tekaknya kecil. Bagi kanak-kanak kecil, dia hanya akan menangis ," katanya.

Terdapat juga kanak-kanak yang menghidap sawan kerana suhu yang tinggi.

Penyakit ini juga menyebabkan nafas berbau.

"Hasilnya , anda tidak sihat.

"Seseorang yang mengidap penyakit ini juga malu dengan penampilan mereka.

" Walau bagaimanapun, apabila ia digunakan untuk berjumpa doktor, keadaan seperti itu dapat dielakkan, " katanya.

Menurut Dr Irfan , penyakit ini jarang membawa maut.

Beliau berkata pesakit berjumpa doktor dengan segera selepas berasa sakit tekak.

"Dalam beberapa kes , pesakit perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

" Penyakit ini berlaku di seluruh dunia, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Irfan tonsillitis jelas boleh diubati dengan antibiotik dalam tempoh seminggu.

"Bagi abses peritonsil , abses sekali ( nanah) berpunca dari , rakyat akan terus sembuh.

"Dalam kes jangkitan tonsillitis, berulang, atau bernanah peritonsil , satu prosedur pembedahan dilakukan untuk membuang badam.

"Pembedahan mudah mengambil masa kurang daripada satu jam.

" Dalam banyak kes, akan, membolehkan pesakit yang akan dijalankan pada hari berikutnya selepas pembedahan " kata Irfan

Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir


on Friday, September 6, 2013 at 3:21 AM

TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.


IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive