MEMILIKI rumah pada usia muda menjadi impian setiap
orang. Dalam usia antara 23 hingga 40 tahun, sepatutnya mereka lebih
bersemangat untuk memiliki serta optimis terhadap impian termasuk
pemilikan rumah.
Namun masih menjadi pertanyaan adakah mereka mampu memiliki rumah sebagai aset pada usia sebegini. Apakah ada peluang untuk memiliki rumah pada kadar yang termampu dimiliki mereka? Tambahan pula, di kala kenaikan harga rumah semakin meningkat membuatkan golongan muda takut untuk memiliki kediaman sendiri.
Dalam erti kata lain, mereka sekadar mampu memasang impian. Menyedari perkara ini, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) telah mengambil inisiatif menjelmakan program dengan hasrat utama untuk membantu golongan sasaran mencari rumah pertama mereka menerusi program Jom Carirumah 2014.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian Norawazni Yusof dengan jurugambar Rosli Talib bersama Pengurus Besar PREC, FAKRU RADZI AB GHANI; Ketua Pegawai Eksekutif Reconsult Plt, ROZALINA RAHIM dan Ketua Pegawai Operasi Reconsult Plt yang juga sifu hartanah, FAIZUL RIDZUAN di Pejabat Korporat PREC, Tingkat 2 SACC Mall.
Bilakah program Jom Carirumah 2014 anjuran PREC dilaksanakan?
FAKRU RADZI: Program ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 28 sehingga 30 November 2014 bertempat di SACC Mall dan sekitarnya serta diperluaskan ke Kompleks PKNS Shah Alam. Program ini akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Apakah matlamat utama program ini dan siapakah golongan yang disasarkan?
FAKRU RADZI: Dengan mengambil pendekatan Rumah Pertamaku, tumpuan utama untuk menggalakkan masyarakat memiliki rumah sekurang-kurangnya seunit bagi setiap isi rumah tak kiralah sama ada sudah berkahwin mahupun bujang.
Sebagai sebuah entiti yang antara lain berorientasikan pengurusan aset, program ini adalah inisiatif daripada PREC setelah kita mendapati ramai dalam kalangan golongan sasaran sebenarnya mempunyai peluang untuk memiliki kediaman pada usia muda.
Namun begitu, kita maklum bahawa masih ada peringkat golongan sasaran yang berusia lebih 35 tahun masih tidak memiliki kediaman sendiri. Makanya inisiatif ini diambil dengan melaksanakan penganjuran Jom Carirumah.
Secara total, kita mengharapkan pada akhir program ini, ramai daripada golongan sasaran sedar akan kepentingan merancang dan memiliki rumah pertama.
Program selama tiga hari ini akan berkongsi dan membimbing mereka dari awal hingga akhir mengenai segala yang mereka perlu tahu. Segala persoalan akan terjawab. Segala kekeliruan akan terlerai.
ROZALINA: Matlamat kita juga bukan hanya untuk memberi peluang kepada golongan muda memiliki hartanah tetapi kita akan memberi pendidikan kepada mereka bagaimana dalam usia muda boleh mempunyai aset. Kita membawakan sifu hartanah terkenal yang berkaliber untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat kaedah membeli rumah dengan betul dan tidak tertipu dengan pemaju hartanah.
Berapa harga anggaran rumah mampu milik ini?
FAIZUL: Sebenarnya kita lebih memfokuskan pendapatan bulanan individu itu. Sekiranya golongan muda ini memiliki pendapatan antara RM3,000 hingga RM8,000 seorang atau keseluruhan isi rumah, mereka layak mendapatkan rumah mampu milik ini. Namun sudah tentu ianya bergantung kepada pengurusan kewangan yang baik contohnya dari segi bayaran pinjaman, hutang kad kredit dan sebagai.
Jika kita kurang bermasalah dari sudut itu, tidak mustahil kita mampu memiliki aset pada usia yang begitu muda. Justeru saya nasihatkan agar golongan muda sedari awal menguruskan perbelanjaan daripada pendapatan yang diperolehi kerana kesannya dapat dilihat bukan sahaja dalam jangka masa pendek malahan jangka masa panjang.
Dalam program Jom Carirumah, kita bawakan produk mampu milik bukannya mampu tengok. Pemaju yang dibawa juga yang terpilih membantu mencapai objektif.
Adakah rumah mampu milik yang ditawarkan terletak di kawasan terpencil?
ROZALINA: Siapa cakap rumah yang akan kita pamerkan nanti hanya di kawasan terpencil atau jauh dari bandar. Sebenarnya ada rumah yang dimaksudkan terletak di lokasi yang strategik seperti di kawasan Shah Alam, Cyberjaya dan banyak tempat lagi. Kita memfokuskan kediaman yang terdapat di seluruh Selangor dan sekitar Kuala Lumpur. Kita tidak hadkan tempat-tempat tertentu sahaja tetapi lebih fokuskan keseluruhan.
Bagaimana rumah-rumah mampu ini dipilih, adakah ada kategori tertentu dan apakah jenis rumah mampu milik ini?
ROZALINA: Kita pilih melalui harga-harga rumah yang dirasakan munasabah dan sesuai untuk dimiliki golongan baru bekerja.
Saya memberi jaminan rumah mampu milik ini bukan kawasan pendalaman atau terpencil. Ramai yang bercakap begitu, tapi kalau masyarakat tidak percaya boleh datang ke pameran hartanah dan sesi wacana Jom Carirumah.
Rumah sebegini kita boleh dapat jika kita membuat pencarian, kalau kita tidak cari bagaimana seseorang itu boleh mendapat hartanah dengan harga murah. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana nak dapatkan sagunya? Betul tak? Masyarakat bertuah kerana PREC memudahkan kerja pencarian rumah mampu milik.
FAKRU RADZI: Rumah mampu milik yang kita bawakan adalah jenis apartmen, flat atau pangsapuri yang boleh dibeli golongan muda. Saya rasa rumah pertama tidak perlu besar dan sudah tentu tidaklah terlalu kecil.
Sebelum mereka ini memiliki rumah banglo yang besar, apa salah jika mulakan dengan aset yang kecil dulu. Yang penting, harus memulakan. Bila dah memiliki pendapatan besar, mereka boleh membeli rumah kedua yang besar.
Aset pertama yang dibeli bolehlah pula disewakan. Ia secara tidak langsung boleh menjana pendapatan.
Berapa pemaju hartanah yang terlibat dalam projek rumah mampu milik ini?
FAKRU RADZI: Sebanyak 12 pemaju yang dipilih menyertai program Jom Carirumah ini, adalah pemaju hartanah terkemuka dan terbaik dalam senarai pembinaan rumah di negara ini. Kita pilih pemaju hartanah berkredibiliti tinggi demi memastikan rumah mampu milik yang akan dibina dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Sebelum pemilihan dibuat, kita ada membuat kajian terhadap pemaju hartanah tersebut sebelum membawa mereka bertemu dengan golongan sasaran Jom Carirumah 2014.
Apakah keistimewaan program ini?
FAKRU RADZI: Selain memfokuskan tema hartanah dan pemilikan rumah pertama dalam program Jom Carirumah ini, PREC turut mengisi pelbagai aktiviti lain sepanjang tiga hari penganjurannya.
Kita undang bersama hampir 100 gerai pameran dan jualan anjuran bersama Eh Eh Bazaar dan PintuMerah melalui Vintage Street Market. Selanjutnya aktiviti-aktiviti riadah seperti wall climbing, paint ball, memanah dan Supa Dupa, disediakan di kawasan Parkir Terbuka SACC Mall. Aktiviti pentas turut melibatkan beberapa selebriti.
Kompleks PKNS Shah Alam yang juga di bawah pengurusan PREC turut menganjurkan Jualan Kembali ke Sekolah dan Jualan Akhir Tahun. Pada 28 November 2014, PREC menyampaikan Hadiah Galakan Institusi Pengajian Tinggi 2014 kepada penuntut Pusat Pengajian Senibina, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur, Universiti Teknologi Mara yang membentangkan cadangan pembangunan berintegrasi dan penambahbaikan fasad aset-aset di bawah PREC. Maknanya kami mewujudkan ruang untuk para penuntut IPT melahirkan idea dan gagasan yang bernas.
FAIZUL: Yang bagusnya mengenai program ini, kita berkongsi ilmu dan pengalaman terlebih dahulu sebelum terus dengan langkah membeli. Kita adakan sesi-sesi selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 November dengan mendatangkan secara eksklusif sifu-sifu yang memberi tips kepada mereka dalam pelbagai aspek misalnya analisa kawasan, kewangan peribadi, panduan lelong dan sublet, dekorasi dan pengubahsuaian dan banyak lagi.
Bagaimana PREC terfikir untuk mengadakan program seumpama ini?
FAKRU RADZI: Kami bertiga merasakan perlu melakukan sesuatu bagi membantu golongan muda memiliki hartanah. Sebagai sebuah entiti pengurusan aset, PREC tampil mewujudkan platform membantu masyarakat luar.
Alasan memilih Shah Alam sebagai lokasi sulung kerana di sini ramai golongan muda memandangkan terdapat pelbagai universiti. Berdasarkan kajian, kita melihat trend golongan muda lebih suka membeli kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.
Saya sebolehnya mahu mereka diberi pendedahan dan pendidikan awal supaya meletakkan pemilikan rumah sebagai satu keutamaan.
Apakah harapan terhadap program ini?
FAKRU RADZI : Sebagai penganjur, PREC mensasarkan pengunjung lebih 250,000 orang datang mengambil peluang seperti ini. Insya-ALLAH. Sekiranya program ini mendapat sambutan, PREC berhasrat menjadikan program ini sebagai sebuah program tahunan dan dibawa ke lokasi lain pada masa akan datang.
ROZALINA: Belajar beli hartanah, orang Melayu kena ikut cara orang Cina yang kebanyakannya membeli hartanah dulu berbanding kenderaan. Sepatutnya contoh yang baik itu diteladani.
FAIZUL: Beli batu bata bukan beli besi buruk. Telefon bimbit, kereta harganya cepat susut nilai, kalau rumah nilainya amat tinggi.

FAKRU RADZI, ROZALINA, FAIZUL