UtusanDaily

Saturday, 5 April 2014

Shila : Syukur walau tempat ketiga

Shila Amzah
PENYANYI berbakat negara, Shila Amzah tetap syukur menduduki tangga ketiga dalam pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsa, China malam semalam.


Menerusi Twitternya, Shila menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada juara kepada pertandingan itu, Han Lei dari China.

"Tahniah kepada Han Lei, juara I Am A Singer 2," ujarnya.

Pertandingan I Am A Singer menyaksikan naib juara disandang oleh penyanyi dari Hong Kong, G.E.M.

Dalam pertandingan akhir tersebut, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe yang dinyanyikan oleh Whitney Houston dan Mariah Carey manakala di pusingan kedua pula, Shila melangkah solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

Sebelum menginjak ke pusingan akhir, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan menyandang tempat kedua dalam minggu ketujuh pada 21 Februari lalu.
 
Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.

Trivia Shila Amzah di pertandingan‘I Am A Singer’.

· Minggu ketujuh (7) dengan lagu‘Xiang Ni De Ye’ Shila mendapat tempat kedua (2).

· Minggu kelapan (8), Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’.

· Minggu kesembilan (9), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu‘Listen’.

· Minggu kesepuluh (10), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu‘Forever Love’.

· Minggu kesebelas (11), Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu‘Rolling In The Deep’.

· Minggu kedua belas (12) (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu‘Yang Chong’.

· Shila berjaya mara ke minggu ketiga belas (13) iaitu minggu akhir.

Pakatan Kuasa Besar Dunia ada Kaitan Dengan Tragedi MH370?

Bismillahir Rahmanir Raheem.

Sekitar tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama….

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa Hubungkaitnya Dengan Krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia

Antara Perkara Berani Yang Dibentangkan Ialah :

Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.
Sergei Glaziev : Sistem Hutang + Riba Tidak Masuk Akal

Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyakantara negara-negara bersekutu dengan mereka.

Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.

Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington Risau Kebangkitan Rusia?

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatuhah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.

Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan. Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.

Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.

Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia.

Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu.

Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.

Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.

Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.

Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.
Modus Operandi Amerika Porak Perandakan Dunia?

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.

Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majoriti daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.

Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.

Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.

Friday, 4 April 2014

TEORI PHILIPS WOOD PALSU - Satu pendedahan..!!!



1. Blogger jimstonefreelance.com adalah seorang yang genius, beliau pandai menarik trafik ke dalam blognya dan amat pandai memukau orang ramai sehingga sebahagian pembaca tergoda dan tertarik.

2. Sebagai seorang blogger, saya memang “Salute” jimstone tetapi jimstone ada agenda, semua blogger ada agenda masing-masing, jadi apabila seorang pembaca meniliti setiap tulisan seorang blogger, dia harus berhati-hati untuk menganalisa dan menyiasat apa yang yang blogger itu sampaikan.

3. Malangnya, pembaca kita yang terdiri dari orang Melayu Islam tidak begitu, jutaan anak Melayu tertipu dengan teori Philips Wood yang beredar di internet sehingga benar-benar yakin bahawa pesawat ini sudah ditawan dan penumpangnya selamat di Diego Garcia.

4. Saya sudah membuat andaian perkara ini lama dalam status saya di Facebook bahawa 95 peratus orang akan tertipu dengan konspirasi MH370 dan benar-benar yakin bahawa pesawat tersebut telah ditawan atau hijack.

5. Sehingga ke hari ini, tidak ada SATU PETUNJUK pun yang menunjukkan bahawa pesawat MH370 telah ditawan atau dirampas sedangkan sedikit demi sedikit, sudah ada tanda-tanda bahawa pesawat sebenarnya sudah pun tenggelam di dalam lautan.

6. Orang kaitkan dengan pesawat MAS yang ditemui di bumi Israel yang kononnya menjadi pendua kepada MH370 sedangkan teori ini saya sudah bincangkan dengan blogger Bradokapak akan timbul isu pesawat “Dummy” atau pendua semasa awal kemalangan ini terjadi.

7. Hari ini orangramai baru sahaja “HENDAK” mula berbincang, awal tak awal, BradokapaK telah membuat posting mengenai pesawat pendua pada artikelnya tetapi pesawat pendua ini ada kisah disebalik, cuma saya tidak berminat untuk sentuh di sini.

SEMUA PENGKALAN AMERIKA SYARIKAT DI KAWASAN TERPENCIL GUNAKAN KEMUDAHAN SATELIT UNTUK KOMUNIKASI

8. Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.

10.AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.

11.Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.

12.Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.

13.Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.

MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN

14.Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)

15.Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.

16.Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.

17.”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.”

KEPALSUAN TEORI

18.Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.

19.Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah ‘spoofing’.

20.Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?

21.Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.

22.Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikirar faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.

ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI

23.Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.

24.Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.

25.Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang. Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.

26.Selepas direndam, Iphone anda masih boleh dipakai, saya akan jadi pengguna Iphone yang baru sampai bila-bila.

27.Last but not least, sesiapa yang ada Iphone, cubalah sendiri dengan menutup mulut dengan kain dan kemudian beri arahan menggunakan suara…yang paling best, silalah beri arahan untuk menaip sms.

SUMBER

Thursday, 3 April 2014

Bagaimana jika MH370 tidak terhempas?

RISWANDI RAZAK

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.

Buat Baik Tetapi Menunjuk-Nunjuk!

Hukum kebaikan yang ditunjuk-tunjuk
Oleh:Nadia Mingguan Wanita


Ustaz apa hukumnya, seorang adik yang hidup senang membantu ibu bapa setiap bulan tetapi masa yang sama merendah-rendahkan martabat abang-abangnya hanya kerana mereka kurang memberi kerana bergaji kecil. Walau pun abang-abang ada memberi sedikit wang tetapi mereka menyumbang dari segi lain. Cuma si adik suka menunjuk-nunjuk apa yang telah diberi kepada ibu bapa mereka untuk tontonan semata-mata untuk memerli abang-abang mereka tentang tanggungjawab. Mohon penjelasan daripada ustaz mengenai kemusykilan ini.
 
Kiriman :-
Puan Rosita
 
JAWAPAN
Sidang pembaca yang dihormati sekalian, memberikan nafkah kepada ibu bapa adalah kewajipan seorang anak. Seorang anak tidak boleh menafikan tanggungjawab ini. Hari ini terdapat banyak kes anak-anak yang tidak mahu menjaga dan bertanggungjawab kepada kedua orang tua mereka. Ada yang ditinggalkan di hospital, rumah orang tua dan dihalau dari rumah mereka sendiri. Banyak dalil yang menyatakan bahawa tanggungjawab anak kepada ibu bapa.
 
 Firman Allah dalam surah Luqman ayat 15:
 
“Jika keduanya (ibu bapa) memaksa untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah dengan keduanya di dunia ini dengan cara yang baik.”
 
Firman Allah dalam surah al Ankabut ayat 8:
 
“dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu ayah.”
 
Dalam surah al Isra’ Allah berfirman:
 
“Dan tuhan telah memerintah supaya kamu jangan menyembah melainkan kepadanya saja dan supaya kamu berbuat baik kepada ayah ibu. Jika salah sorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada usia yang dalam jagaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu berkata kepada mereka (perkataan yang kasar) uf (ah) dan jangan kamu membentak mereka, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
 
Daripada dalil di atas jelas bahawa adalah satu kesalahan yang amat besar apabila seorang anak tidak menjaga dan menguruskan ibu bapanya terutama lagi apabila mereka telah berusia.
 
Dalam persoalan mengungkit-ungkit pemberian dan menyalahkan adik beradik lain tidak menjalankan tanggungjawab dan selalu menunjuk-nunjuk akan pemberian dan kemudian suka memerli adik beradik lain ini adalah persoalan sikap dan akhlak.
 
Memanglah kita akui bahawa dalam kalangan adik beradik rezeki dan pendapatan mereka berbeza. Sudah tentulah pemberian dan nafkah kepada ibu bapa mereka berbeza mengikut kemampuan mereka pula. Tetapi adalah menjadi satu kesalahan apabila kita mempamerkan pemberian kita kepada orang lain. Apa lagi kalau kita hanya menunjuk kepada orang lain kita sahaja yang bertanggungjawab dan yang lain tidak.
 
Pemberian dan nafkah ini tidak ikhlas kepada Allah dan ditakuti ia tidak akan diterima di sisi Allah SWT.  Apa perlunya kita pamerkan pemberian kita kepada orang lain melainkan untuk riak dan menunjuk-nunjuk. Kalau kita menuduh orang lain tidak bertanggungjawab maka itu juga satu kesalahan. Adakah kita mempunyai bukti akan dakwaan kita itu.
 
Dalam Islam pemberian atau sedekah kita atau nafkah kita ada yang perlu dizahirkan dan ada yang perlu disembunyikan. Misalnya zakat perlu dizahirkan supaya tidak menjadi fitnah bahawa kita menunaikan zakat. Tetapi sedekah sebolehnya disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Solat Jumaat, solat berjemaah di masjid dan di surau tetapi solat sunat sebaiknya hendaklah ditunaikan di rumah dan tidak diketahui oleh orang lain.
 
Perbuatan menunjuk-nunjuk dan mendakwa orang lain tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab lahir dari hati yang tidak ikhlas. Sedangkan ikhlas datang daripada niat. Ini bermaksud kalau kita tidak ikhlas dalam amalan ibadah dan tanggungjawab maka tiadalah pahala di sisi Allah.
 
Penulis berharap agar ditegur adik yang berperangai itu tadi. Pemberian dan nafkah hendaklah dengan ikhlas. Kalau ada di antara adik beradik yang tidak mampu membantu ibu bapa itu kerana kesempitan hidup mereka jadi mereka hanya membantu apa yang termampu sahaja.
 
Ingatlah Allah hanya menerima amal yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah. Dalam satu hadis diceritakan pada hari akhirat nanti Allah akan berkata kepada mereka yang menunjuk-nunjuk amal mereka supaya pergi kepada orang yang ditunjukkan amal itu dan mintalah jika mereka boleh memberikan pahala. Sudah tentu tidak.
   

Wednesday, 2 April 2014

Gambar Mesra Dengan Keith Foo, Ini Jawapan Ziela Jalil

Sejak kebelakangan hubungan diantara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo dilihat agak mesra dan akrab. Meskipun hubungan mereka bagaikan adik dan kakak dek kerana perbezaan jarak usia namun timbul cerita kurang elok mengenai kemesraan mereka itu.

Lebih-lebih lagi apabila Ziela tanpa berselindung berkongsi gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya. Niatnya lain namun tanpa disangka, gambar-gambar ini mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat hingga ada yang mengkritik tindakan Ziela.

2

Lebih teruk, ada yang menganggap beliau mempermainkan agama kerana sanggup bergambar begitu sedangkan penampilannya nampak Islamik. Lebih biadap, segelintir mereka sanggup mengeluarkan ayat yang berunsur menghina terhadap ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Puteri Julia Nabilah. Megat Jufri Nasrullah dan anak angkat Ibrahim Junid Abdullah.

2
Bercakap kepada Harian Metro, Ziela berkata beliau berhubungan baik dengan semua pelakon drama Ariana Rose dan tidak bersikap pilih kasih. Beliau juga memberitahu baru sekali berjumpa dengan Keith Foo, itupun selepas drama popular yang mencetuskan fenomema itu.

2
Ziela kesal peminat mengkritiknya mengguna ayat melampau di Instagram.

“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu”

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat”

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” jelasnya dengan panjang lebar.


Sumber Asal: HarianMetro

Putrajaya now lashes at Boeing, Rolls-Royce as MH370 search remains fruitless

Hishammuddin wants more cooperation and support from Boeing and Rolls-Royce for their expertise in explaining what could have gone wrong on MAS flight MH370. - The Malaysian Insider pic, April 1, 2014.

In a sign of the huge strain in hunting for Malaysia Airlines flight MH370, Datuk Seri Hishammuddin Hussein has expressed frustration at the failure of international agencies, and the makers of the missing Boeing 777 and its engines, to explain what went wrong.

The acting Transport Minister suggested to Chinese television channel CCTV that it was unfair for Malaysia Airlines to be singled out for criticism in the way they communicated to the families of the missing 227 passengers and 12 crew.

"MAS will have to do a better job in engaging those families.

"But just putting MAS on the witness stand [is not enough] - we also need to bear in mind what is the role and the responsibility of Rolls Royce, of Boeing, of all these expert agencies. Where is their voice?," Hishammuddin said in an interview carried by CCTV yesterday.

The video clip (see below) of the interview was uploaded to CCTV's YouTube video sharing account yesterday.

Flight MH370 was carrying 239 people from Kuala Lumpur to Beijing early March 8 when it lost contact with air traffic control within an hour of its six-hour flight. It has not been found yet.

Hishammuddin also questioned why the airline sent out a text message in English last week stating there were no survivors but said other agencies will also have to provide answers to the plane's mysterious disappearance.

"It is easy to target people. I'm not defending MAS. They will have to answer about the SMS and how they translate things and how they engage with the families.

"But at the same time I want to see the international agencies also stand out there, because we paid millions of dollars to buy the aeroplanes, fly the engines, pay for their expertise. And now those technology is being questioned by the world," he said in the interview.

Both Boeing and Rolls-Royce, which supplied the engines for the twin-jet, have not made any public statements about the lost aircraft although it is understood that they are cooperating with US air safety investigators.

The Wall Street Journal reported last week that American officials and others said Boeing was upset that it took about three hours – much longer than would be typical – for Malaysian authorities to inform company representatives the jet hadn't been heard from.

Boeing's team remains "quite frustrated and doesn't trust the process", according to one person familiar with the company's views.

Hishammuddin also said in the CCTV interview that Malaysia was still looking at a criminal motive for the plane's disappearance due to either terrorism, hijacking, or a crew member with a personal or psychological problem.

He said in a statement today that both the international investigations team and Malaysia were still in agreement that MH370's movements were consistent with deliberate action by someone aboard.

"Up until the point at which it left military primary radar coverage, MH370's movement were consistent with deliberate action by someone on the plane," the minister said. – April 1, 2014.

Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek & telekong berwarna..?

Solat Bersolek, Telekung Pula Berwarna
Hukum solat bersolek dan pakai tudung berwarna
Oleh:Rumusan: Nadia Mingguan Wanita Penulis: Ustaz Azhar Tuarno


Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.
 
JAWAPAN
 
Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.
 
Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.
 
Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan  suci atau tidak najis.
 
Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.
 
Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.
 
Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.
 
Pastikan bahan halal dan suci
 
Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.
 
Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.
 
Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.
 
Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.
 
Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.
 
Haram jika mahu menunjuk-nunjuk
 
Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.
 
Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.
 
Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.
 
Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.
 
Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.
 
Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.
 
Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

Tak munasabah letak telefon bimbit dalam dubur


Cerita aneh 'penumpang MH370'
Philip Wood

SHAH ALAM - Cukup tidak munasabah bagi seseorang mampu bertahan selama 14 hari dengan sebuah telefon bimbit berada di dalam dubur.

Pakar Kesihatan, Dr Shariff Ramlee berkata, sebarang benda asing yang berada di dalam saluran usus bakal memberi kesan sampingan kepada individu itu.

“Analogi yang boleh saya katakan di sini, sekiranya seorang kanak-kanak tertelan sebiji sel kering, ia harus dikeluarkan secepat mungkin kerana bahan kimia yang terdapat dalam sel kering mampu bertindak balas terhadap cecair di dalam badan.

“Begitu juga dengan sebiji telefon bimbit dalam dubur berkemungkinan bertindak balas dengan cecair yang ada bakal menyebabkan satu litar pintas kecil dan bahan kimia pada telefon itu mampu mengakibatkan luka serta menipiskan dinding usus,” katanya.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya telefon bimbit berkenaan adalah bersifat kalis air atau diletakkan dalam sebuah bekas kalis air.

“Pernah pesakit saya mengalami situasi yang sama, tetapi telefon berkenaan dimatikan tetapi untuk beberapa jam sahaja.

“Apa yang menjadi sesuatu yang mustahil adalah kemampuan kuasa bateri bertahan selama dua minggu dan bagaimana seseorang yang normal menjalani kitaran hidup tanpa membuang air besar,” katanya.

Ditanya mengenai gelombang yang dihasilkan sebuah telefon bimbit mampu mengakibatkan penyakit kronik, beliau berkata, perkara tersebut masih lagi belum dapat dibuktikan dengan konkrit.

“Kalau untuk penyakit kanser saya tidak boleh katakan tidak kerana semua masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Sebelum ini, sebuah blog memaparkan mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya Philip Wood itu mendakwa dia bersama yang lain ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

Dia mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya diberikan dadah oleh perampas.

Wood mendakwa menyembunyikan telefon di dalam dubur yang membolehkannya menghantar mesej.

Abang kandung dicari bantu siasatan kes rogol

ROMPIN – Seorang lelaki dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai telah memperkosa adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 25 Mac lalu sekitar jam 10 pagi iaitu ketika tiada sesiapa pun di rumah kecuali mereka berdua dan ini sudah kali kedua kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku ketika mangsa, 31, berumur 21 tahun namun tiada laporan polis dibuat pada waktu itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, kedua ibu bapa dan mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Mac lalu di Balai Polis Tun Razak dan kini pihak polis masih menjejak lelaki tersebut yang melarikan diri selepas kejadian.

“Abang kandung mangsa yang dikehendaki untuk membantu siasatan ini tidak bekerja dan mempunyai rekod terlibat dengan penagihan dadah. Dia telah keluar dari rumah selepas kejadian dan tidak pulang hingga kini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Johari, ketika kejadian, abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik dan kemudian mengikat tangan mangsa pada katil sebelum merogolnya.

“Mangsa turut memberitahu bahawa abang kandungnya itu mengugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun selepas kejadian pada esok harinya setelah abangnya keluar dari rumah baru mangsa memaklumkan pada ayahnya kerana sebelum itu takut disebabkan abangnya masih ada di rumah," katanya

25 Kata-kata Inspirasi untuk renungan kita semua


Kata-kata mereka ini mungkin mampu memberikan inspirasi kepada anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda impikan. Mungkin juga boleh membantu anda berjaya dan juga mungkin juga boleh membuatkan anda bahagia.

1. “Semua impian kita boleh menjadi kenyataan – jika kita mempunyai keberanian untuk melaksanakannya.” - Walt Disney

2. “Masa anda adalah terhad, jangan membazir hidup memikirkan orang lain. Jangan terperangkap dengan hasil pemikiran orang lain. Jangan biarkan bunyi pendapat orang lain sehingga melemaskan suara hati anda sendiri. Dan yang paling penting, anda mempunyai keberanian untuk mengikuti gerak hati anda. ” – Steve Jobs

3. “Hidup itu pendek, hidup. Cinta jarang berlaku, rebut. Kemarahan adalah tidak baik, buangkannya. Ketakutan adalah besar, hadapinya. Kenangan yang manis, hargai ia. ” - Peribahasa

4. “Jangan katakan yang anda tidak mempunyai masa yang cukup. Anda juga mempunyai masa yang sama seperti orang lain iaitu 24 jam sehari . Begitu juga dengan Helen Keller, Pasteur, Michaelangelo, Ibu Teresea, Leonardo da Vinci, Thomas Jefferson, dan Albert Einstein.” - H. Jackson Brown Jr

5. “Kurang takut, harap lebih, kurang mengeluh, bernafas lebih, kurang bercakap, bekerja lebih, kurang benci, suka lebih, dan perkara-perkara yang baik akan menjadi milik anda.” - Peribahasa Sweden

6. “Terima tanggungjawab untuk hidup anda. Semuaanya di tangan anda. Bukan di tangan orang lain.”- Les Brown

7. “Apabila salah satu pintu kebahagiaan ditutup, yang lain terbuka, tetapi sering kita melihat begitu lama pada pintu yang tertutup sehingga kita tidak melihat satu yang telah dibuka untuk kita.” - Helen Keller

8. “Kebahagiaan bukan sesuatu yang anda tangguhkan untuk masa depan, ia adalah sesuatu yang anda reka bentuk untuk masa kini.”- Jim Rohn

9. “Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah dari segi kekurangan kekuatan, bukan kekurangan pengetahuan. ” - Vince Lombardi

10. “Memang pahit apabila gagal, tetapi itu adalah lebih baik dari langsung tidak pernah cuba untuk berjaya.” - Theodore Roosevelt

11. “Saya telah terlepas lebih daripada 9000 gambar dalam kerjaya saya. Saya telah kehilangan hampir 300 permainan. 26 kali, saya cuba ditembak dan terlepas. Saya telah gagal berulang-ulang kali dalam hidup saya. Dan itulah sebabnya saya berjaya. ” - Michael Jordan

12. “Dalam usaha untuk berjaya, keinginan anda untuk berjaya harus lebih besar daripada ketakutan anda kepada kegagalan.” - Rang Undang-Undang Cosby

13. “Ia bukan kerana perkara-perkara yang sukar, ia adalah kerana kita tidak berani melakukan perkara-perkara yang sukar.”- Seneca

14. “Hanya yang paling bijak dan sangat bodoh yang tidak boleh berubah.” - Confucius

15. “Mengetahui sahaja tidak mencukupi, kita perlu lakukan .” - Johann Wolfgang von Goethe

16. “Kita adalah apa yang kita lakukan berkali-kali. Kecemerlangan, bukan merupakan satu tindakan tetapi satu tabiat.” - Aristotle

17. “Wawasan tanpa tindakan adalah angan-angan. Tindakan tanpa wawasan adalah mimpi.” - Peribahasa Jepun

18. “Matlamat adalah impian dengan tarikh akhir.” - Napoleon Hill

19. “Tiba di satu matlamat merupakan titik permulaan kepada yang lain.” - John Dewey

20. “Bina impian anda sendiri, atau orang lain akan mengambil anda untuk membina impian mereka.” - Farrah Gray

21. “Perkara-perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu … perkara-perkara yang lebih besar pula datang kepada orang-orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikan ianya berlaku.” - Peribahasa

22. “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.” - Lao Tzu

23. “Ketika kita melakukan kebaikan pada seseorang, kita sebenarnya telah berbuat baik pada diri kita sendiri. – Peribahasa

24. “Orang yg berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas & menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Peribahasa

25. “Bermimpilah yang sebesar-besarnya, tapi segeralah untuk melakukan sekecil-kecil kebaikan yang terdekat.” -Mario Teguh

Tuesday, 1 April 2014

Amir Raja Lawak dedah bakal isteri beliau

Amir Raja Lawak sedia tamat zaman bujang

Amir Raja Lawak
Amir Raja Lawak

SETELAH beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.


Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu.

Monday, 31 March 2014

Shila Hamzah menyanyi sambil bertudung tetapi "TELANJANG"..!!



Shila Hamzah semasa persembahan di China.
Bertudung dan memakai skirt pendek.... +++++++

Apa pendapat rakan2????

Sunday, 30 March 2014

Rita Rudaini - Kenapa Saya Perlu Menangis?

Rita Rudaini tidak menangis ketika perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal baru-baru ini, Memang tabah dan cekal sungguh hati seorang insan bernama Rita Rudaini ini.

rita dan aidil
rita dan aidil
rita dan aidil
 Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu?
Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.
Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).

Gambar Perkahwinan SYAMSUL YUSOF & PUTERI SARAH LIYANA


IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive