UtusanDaily

Friday, 24 January 2014

Ketua kampung arah 12 lelaki rogol wanita

Kolkata: Seorang wanita dirogol beramai-ramai oleh 12 lelaki atas arahan majlis kampung di timur India sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan, kata polis semalam.

Majlis berkenaan mengarahkan hukuman dahsyat itu dilakukan di kampung di Benggala Barat malam Selasa lalu selepas gadis berusia 20 tahun itu ditemui bersama-sama lelaki daripada komuniti lain.

Polis tahan 12 lelaki

Polis menahan 12 orang berhubung serangan itu yang dilakukan selepas ibu bapa wanita berkenaan berkata mereka tidak mampu membayar denda berjumlah 25,000 rupee (RM1,332) yang dikenakan majlis kerana hubungan itu.

“Gadis berkenaan dirogol beramai-ramai kerana menjalin hubungan dengan lelaki komuniti lain dan gagal membayar denda yang dikenakan majlis kampung. Setakat ini kami menahan 12 orang berkaitan kejadian itu,” kata Superintendan Polis Daerah, C Sudhakar.

Serangan itu sekali lagi meletakkan rekod India dalam keganasan seksual dalam tumpuan sekali lagi selepas kemarahan awam berhubung kes rogol beramai-ramai yang membawa kematian seorang penuntut di New Delhi pada Disember 2012. - AFP

Konsert Suara Kita Satukan Awie, Erra & Ziana

suara
Buat julung kalinya, konsert teaterikal Suara Kita yang menggandingkan tiga penyanyi popular Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014 ini.

Pementasan berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu 'box office' sekitar dekad 90-an tentunya tidak akan dilepaskan oleh peminat yang membesar dengan seleksi lagu-lagu 'evergreen' dari filem lakonan tiga bintang hebat ini.

Tiket-tiket untuk konsert ini sudah boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya pada harga RM79, RM149, RM199, RM249, RM299, RM349, RM399 dan RM 499.

Selain itu, pihak penerbitan Awie Entertainment Sdn Bhd juga menawarkan promosi pra jualan dengan potongan 10% yang hanya sah pada tarikh 15 Januari sehingga 31 Januari 2014.

Selain itu, pembeli tiket berharga RM399 dan RM499 turut layak untuk mendapat jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam dengan bayaran tambahan sebanyak RM150. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja. 

Semarakkan cinta melalui deria anda

DARI kiri: Sazzy, Nazril dan Jojo Struys bergambar selepas majlis pelancaran produk Enchanteur di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BULAN Februari sering dikaitkan dengan bulan cinta. Namun, anda dan pasangan tidak perlu menunggu bulan hadapan untuk meraikan cinta kerana perasaan sayang-menyayangi tidak hanya hadir sekali setahun.

Selain menyemarakkan cinta dengan membawa insan tersayang keluar bercuti, keharuman wangian juga mampu membuat si dia tertarik untuk mendekati anda.

Jenama wangian terkenal, Enchanteur memperkenalkan tiga seleksi wangian bagi peringkat perhubungan berbeza yang diinspirasikan daripada cinta. Seleksi yang diberikan nama Enchanteur Love itu terdiri daripada Celebrate Love, Forever Love dan Passionate Love.

Ketiga-tiga varian tersebut mampu memukau anda dengan keunikan bau tersendiri. Celebrate Love mengeluarkan haruman yang bertema meraikan cinta bersama yang tersayang manakala Forever Love menjanjikan bau wangian cinta abadi si pemakai. Sementara itu, Passionate Love mengusik rasa penggoda cinta untuk wangian yang lebih intim.

Duta wangian Enchanteur Love yang juga pasangan selebriti popular, Sazzy Falak dan Nazril Idrus, sempat berkongsi perasaan kerana diberi peluang mewakili wangian tersebut.

"Wangian Enchanteur Love kegemaran saya ialah Forever Love kerana paling sepadan dengan cita rasa saya.

"Saya juga rasa bertuah kerana diberi peluang sekali lagi menjadi duta produk kerana saya pernah mengimpikan gelaran 'Gadis Enchanteur' ketika di usia remaja. Tidak sangka pula tawaran itu datang kini walaupun saya bukan lagi gadis remaja," ujar Sazzy pada majlis pelancaran di Restoran Top Hat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan pasangan itu telah memasuki tahun ketiga menjadi duta produk terkenal itu.

Enchanteur Love bersaiz 50 mililiter dijual pada harga RM31.90 sebotol dan boleh didapati di pusat beli-belah dan rangkaian farmasi utama di seluruh negara.



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_03.htm#ixzz2rGOVXvmR
Hakcipta terpelihara

Klik internet secara bijak

kEHIDUPAN masyarakat pada hari ini sinonim dengan penggunaan internet. Tidak dinafikan internet mempunyai banyak manfaat, namun orang ramai perlu menggunakannya dengan baik kerana ia mampu mencipta impak negatif.

Lebih membimbangkan, golongan remaja dan kanak-kanak juga turut bebas mengakses internet.

Justeru, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak kerana dikhuatiri perbuatan di laman web boleh menjejaskan masa hadapan mereka.

Sebagai contoh, klip-klip yang dimuat naik, gambar-gambar, ungkapan dan ucapan di laman sosial akan kekal sampai bila-bila selagi tidak dikeluarkan.

Menurut Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar, pihaknya ingin mendidik golongan muda supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet.

"Kami akan memperkenalkan submodul baharu dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) iaitu 'Klik Bijak@PLKN kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Eneng Faridah berucap di hadapan jurulatih PLKN sempena program Latihan Intensif Jurulatih PLKN di Kem Latihan Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.

"Kumpulan sasar utama bagi program ini ialah remaja dan sudah tiba waktunya kami membawa program ini memasuki PLKN yang mempunyai kira-kira 72,000 pelatih bagi sesi tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikan pada program Latihan Intensif Jurulatih PLKN di Kem Latihan Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Eneng Faridah berkata, golongan remaja kini semakin galak menyatakan cinta kepada pasangan di laman maya untuk tontonan umum sehingga ada yang sanggup memuat naik gambar intim di atas katil.

Katanya lagi, menurut satu kajian, sebanyak 54 peratus pengguna internet merupakan golongan belia dan kebanyakan mereka dilahirkan dalam dunia digital.

"Golongan ibu bapa pula merupakan golongan migrasi digital menjadikan pengetahuan terhadap teknologi tersebut terlalu cetek.

"Oleh itu, bukan sahaja golongan muda harus dididik, ibu bapa juga harus mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka di internet agar perkara yang tidak sepatutnya terjadi dapat dielakkan," katanya.

Dengan modul ini, SKMM berharap kumpulan sasar tersebut akan lebih terdidik supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber dengan menerapkan apa yang patut dan tidak patut dilakukan di internet.

"Pendek kata, kami mahu generasi akan datang supaya klik dengan lebih bijak dan memahami isu keselamatan, kewaspadaan dan juga tanggungjawab," katanya.

Tambahnya, objektif utama program 'Klik Dengan Bijak' adalah untuk melahirkan pengguna celik media, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika, kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk menggunakan internet. - JULIA ISMAIL



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2rGOJItpo
Hakcipta terpelihara

Thursday, 23 January 2014

Edisi Malam Jumaat: Cium Kemaluan Isteri Tidak Bau Syurga

Kepada yang dah berkahwin baca keterangan ini ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. Dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. Apa yang penceramah katakan ialah sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga.
 
Kelihatan peserta yang datang berbisik-bisik sesama mereka.. untuk meredakan keresahan masing-masing penceramah tersebut pun berkata:

penceramah: "ada ape-ape soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih…?"
bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. Lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya…bergerak ke mic yang disediakan…

peserta: "saya ********* dari ****… merujuk kepada kenyataan ustaz tadi…berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga…"
penceramah: "iye..silakan…"
 
peserta: "saya belajar di ****… saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing-masing cuma dari segi adab tidak berapa elok lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian yang lain-lain tak boleh buat ustaz.. Boleh ustaz jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh masuk syurga….?"

Nampak, berbezanya cara orang berfikir… Asasnya bagus peserta tersebut… Kelihatan ketika itu peserta terangguk-angguk menunjukkan dia ingin mengetahui lebih lanjut.

penceramah: "sedara jangan salam faham… Saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram! Saya tak cakapkan… ade sapa rakam ceramah saya? Ade saya kata haram? Tak de.. saya tak kata pun tak masuk syurga… saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga… iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan jelah….."

Sekadar Bersantai.. Jangan ada yang terasa pulak yer.. kikiki..
Kredit kepada Blog

Harapan untuk Schumacher pulih makin tipis




Michael Schumacher

PARIS - Keluarga Michael Schumacher mengucapkan terima kasih kepada peminat bekas juara Formula Satu (F1) itu kerana terus memberikan sokongan selain turut memaklumkan bahawa bekas juara dunia itu berkemungkinan mengalami kerosakan kekal pada otak.

Schumacher, 45, diletakkan dalam keadaan koma selama empat minggu dan kini dilaporkan yang otaknya mungkin tidak berfungsi selama-lamanya.

Bagaimanapun, isteri kepada bekas pelumba F1 tersebut, Corinna, 44, percaya Schumacher akan terus bertarung untuk pulih biarpun berhadapan kesukaran.

"Kita semua tahu bahawa dia adalah seorang pejuang dan tidak akan mudah menyerah kalah," kata Corinna.

Malah keluarga Schumacher turut memberitahu mesej tanda sokongan daripada peminat telah membuatkan mereka lebih kuat bagi mengharungi tempoh sukar ketika ini.

"Kami mendapat kekuatan daripada doa anda dari seluruh dunia buat Michael dan terima kasih kepada anda semua," menurut kenyataan keluarga Schumacher.

Schumacher ditimpa kemalangan pada 29 Disember lalu di sebuah pusat peranginan sewaktu bermain ski di Meribel, Perancis, di mana dia memiliki rumah peranginan di sana.

Sementara itu, kumpulan perubatan yang merawat Schumacher masih lagi merahsiakan perkembangan bekas pelumba F1 itu dan sekadar memberitahu semuanya stabil. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140123/sl_02/Harapan-untuk-Schumacher-pulih-makin-tipis#ixzz2rCC3fRFu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 22 January 2014

Nama Anak lelaki ustaz Don ialah "DON MUSTOFA"

Untuk pengetahuan anda, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki dan menerusi laporan sebuah akhbar, ahli keluarga Ustaz Don memberitahu isteri personaliti tersebut iaitu Husna selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.

isteri ustaz don
“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan kelahiran itu,” katanya dalam laporan tersebut.

anak ustaz don
Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir). Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

Tahniah sekali ammboi ucapkan…

GAMBAR YUNA BERPAKAIAN KETAT DIKECAM PEMINAT DI FACEBOOK


Tuesday, 21 January 2014

Balistik kutip RM2.3 juta

FILEM Balistik berjaya mencatatkan kutipan RM2.3 juta selepas 10 hari berada di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun ketika ini berlakunya kemerosotan hasil kutipan filem-filem tempatan.

Selaku penerbit filem ini, Datuk Rosyam Nor mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang menonton filem berkenaan.

"Saya dapati rata-rata penonton yang menonton filem ini berpuas hati dengan hasil kerja kami dan saya mengucapkan ribuan terima kasih, namun masih ramai peminat yang belum menonton kerana khuatir filem ini tidak dapat menambat hati mereka.

"Menerusi filem ini juga saya berharap ramai anggota polis yang menonton kerana tajuk balistik ini cukup sinonim dengan kehidupan anggota polis," katanya.

Mengenai masalah penurunan hasil kutipan filem Malaysia, Rosyam berpendapat lambakan filem yang tidak berkualiti juga merupakan salah satu faktor berlakunya masalah ini.

"Saya akui kita menghadapi situasi sukar dalam industri perfileman, namun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

"Dan saya selaku salah seorang penggiat filem ini berpendapat cara terbaik adalah dengan memenangi hati penonton untuk terus menonton filem tempatan.

"Apabila kita mampu memenuhi cita rasa penonton, sekali gus berjaya menarik kembali hati-hati yang telah 'merajuk' untuk menonton di pawagam," katanya.

Ditanya adakah filem tersebut akan ditayangkan di kaca TV dalam masa terdekat, Rosyam berkata: "Filem ini tidak akan ditayangkan secara eksklusif di mana-mana stesen TV dalam masa terdekat.

"Oleh itu peminat yang masih belum menonton disarankan pergi ke pawagam terdekat untuk merasai sendiri kepuasan filem aksi ini.

"Tayangan filem ini masih diteruskan bergantung kepada hasil kutipan tiket dan sambutan peminat filem tempatan, "katanya.

Masih mengekalkan genre gengsterisme, namun bukan hanya mengetengahkan aksi semata-mata tetapi banyak memberikan pengajaran kepada penonton seperti nilai kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Filem yang dibikin dengan kos sebanyak RM2.5 juta ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Rosyam sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim, Raykarl Iskandar dan Datuk Rahim Razali, Mei Yan dan ramai lagi.

Balistik mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki bernama Saga (Datuk Rosayam Nor) yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Dia juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini) dan mempunyai seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Disebabkan kegiatan yang dilakukan Saga membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan memberi ancaman kepada keluarganya, Saga telah berpisah dengan Salina tetapi membawa Rykarl bersamanya.

Selepas enam tahun berlalu, Saga telah membina empayar yang besar dalam dunia gengsterisme bersama temannya, Jack (Jack Lim).

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam (Ady Putra) yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Isteri Ally Iskandar hamil

Ally Iskandar dan Nurfarahin Romli
  Ally Iskandar dan Nurfarahin Romli.


TAHUN 2014 nampaknya tahun bertuah untuk ramai pasangan selebriti.

Ramai yang berkongsi berita mengenai perkahwinan dan kehamilan.

Terbaru, isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar, Farah Lee turut berkongsi berita kehamilannya yang sudah memasuki 12 minggu.

"Ini kandungan kedua selepas keguguran pada 15 April 2013," kongsinya di laman sosial Facebook.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Januari 2012.

Monday, 20 January 2014

Hidup tak keruan lepas iklan cari isteri

http://motoring.iafrica.com/assets/13/3028/267659/1729517.JPEG
Berlin: Seorang petani Jerman mengakui hidupnya menjadi tidak keruan sejak menaikkan papan iklan mencari isteri di depan rumahnya di Freiburg.

Menurut Roland Geiger, dia dihujani panggilan daripada wanita yang menawarkan diri menjadi pasangannya. Sebelum itu, Geiger menaikkan papan tanda bertulis: "Petani tanpa haiwan peliharaan sedang mencari isteri" tidak menarik perhatian ramai. Namun, sejak berita "pencarian" Geiger dimuatkan dalam akhbar tempatan, jumlah wanita yang berminat tiba-tiba meningkat.

Disebabkan keadaan itu, Geiger kini dilaporkan hanya berminat memilih wanita muda sebagai bakal isteri. Geiger memiliki 20 hektar tanah, beberapa traktor dan sebuah rumah tetapi masih gagal menemui cinta sejati. - Agensi

Alat curi Wi-fi

Oleh SHAMRAN SARAHAN dan MOHD HAFIZEE AROP

Foto
Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau 'dicuri' individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.
Foto


Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

Ulama jangan batasi sebar ilmu

Ulama jangan batasi sebar ilmu
Oleh: APINAH AB GHANI
Tarikh: January 20, 2014

KOTA BHARU - Ulama digesa lebih giat menyebarkan ilmu dan memimpin masyarakat ke arah kebaikan, selain tidak hanya membatasi penyebaran ilmu dalam kalangan mereka sahaja.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, situasi semasa memerlukan ulama mempunyai pelan tindakan dalam usaha menangani setiap permasalahan yang timbul dengan cara lebih proaktif.

"Peranan ulama tidak boleh terhenti setakat menyebarkan ilmu sesama kita sahaja, sebaliknya wajib turun ke medan bersama masyarakat yang semakin jauh daripada nilai Islam.

"Golongan ulama perlu mempunyai pelan bertindak bagi menangani situasi semasa terutama melibatkan masalah sosial dalam kalangan anak muda dan menjadi nadi penting ke arah perjuangan Islam di negeri ini," katanya ketika berucap merasmikan Ijtimak Ulama Nusantara, di sini, semalam.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Pusat Pembangunan Pondok Berhad ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd Abdul Rahim Jusoh.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya yakin kekuatan membangun bersama Islam yang didokong kerajaan negeri dan dimantapkan ilmu ulama banyak membantu rakyat membuat pilihan tepat, sekali gus menolak politik sekular.

"Bagi pihak kerajaan, kita yakin dengan kekuatan yang ada, di samping kehebatan institusi pondok melahirkan generasi rabbani, banyak membantu rakyat dalam membuat pilihan dan menolak politik sekular yang meminggirkan Islam dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, ijtimak (perhimpunan) tersebut mampu melahirkan resolusi yang mantap dan bermanfaat ke arah memperkasakan ulama Nusantara, seterusnya mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam di alam Melayu yang pernah mencatat sejarah satu masa dulu.

Sementara itu, Nassuruddin berkata, ijtimak ulama yang menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia itu penting bagi memastikan sistem pendidikan pondok terus  hidup dalam negara serta Kelantan khasnya.

Wanita ditipu kekasih

RAUB - Seorang wanita berbangsa India berusia lingkungan 30an mendakwa ditipu kekasihnya yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak Mac 2011.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada bulan yang sama, kekasihnya yang juga berbangsa India dan berusia lingkungan 30an telah menemui keluarga mangsa di sini untuk mengajaknya berkahwin.

"Dalam pertemuan terbabit, suspek telah meminta barang kemas mangsa yang disimpan ibu bapa mangsa untuk dilebur dan diperbaharui.

"Suspek berjanji untuk memulangkan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM15,000 itu pada September 2011 untuk majlis perkahwinan mereka," katanya.

Tambahnya, sekitar Mei 2011, mangsa telah meminta alamat kekasihnya itu untuk mengepos kad jemputan perkahwinan adiknya bagaimanapun kad terbabit dikembalikan kerana alamat yang diberi tidak sah.

Mangsa kemudiannya menyedari bahawa dia telah ditipu kekasihnya lalu menghubungi suspek untuk memulangkan kembali barang kemasnya namun suspek enggan.

"Pada Februari 2012 kekasihnya telah berkahwin dengan perempuan lain dan mendakwa barang kemas tersebut telah diguna pakai oleh isteri suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis pada 2 Januari lalu kerana merasakan telah ditipu oleh suspek.

Kes disiasat oleh Inspektor Fadli Zil Ikram Adzmi di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh di penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Sunday, 19 January 2014

Nasi lemak berlaukan 'pembalut luka'

Nasi lemak sambal plaster
Plaster penutup luka ini ditemui dalam nasi lemak dimakan oleh pengadu.


SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.

“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.

“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan.

“Sehingga kini, saya masih menunggu jawapan daripada mereka (syarikat penerbangan) yang terus berdiam diri dalam hal ini,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media.

“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar permohonan maaf daripada mereka. Saya harap, tindakan sewajarnya juga dapat diambil agar kejadian sama tidak berulang.

“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu. Sedikit sebanyak, saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam segala aspek.

“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini.

“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya.

Ustaz Don timang cahaya mata pertama

Detik manis Ustaz Don - Husna
Senyuman bahgia pasangan pengantin baru, Don dan Husna.


PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.  

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.

Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.
 
"Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari.

"Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami...Alhamdulillah syukur," tulisnya lagi.

Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana.

Proton Suprima S Super Premium dilancar dengan ciri lebih 'sporty'

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.nst.com.my/w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.465292.1390029414!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg.pagespeed.ce.C15oFU-hpq.jpg

Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta cirri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.

"Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas," katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut.

http://i1022.photobucket.com/albums/af347/geartinggimedia/Proton%20Suprima%20S%20Super%20Premium/ProtonSuprimaSSuperPremium201403.jpg
http://s4.paultan.org/image/2014/01/SuprimaSP03-630x354.jpg



PDRM nafi beri latihan Unit Tindakan Khas kepada pelakon

PDRM nafi beri latihan Unit Tindakan Khas kepada pelakon
Farid Kamil yang mengaku memohon menyertai latihan UTK atas inisiatif sendiri.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberi latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil Zahari seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad, pihaknya tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.

"PDRM menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengaitkan jabatan PDRM dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM Jumaat malam.

Akhbar tempatan berkenaan melaporkan bahawa pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri dan meningkatkan kecergasan badan dalam membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive