UtusanDaily

Saturday, 21 June 2014

Apakah Malaysia negara Islam?


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
PADA
tahun 2011, bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut: "UK is a Christian country and we should not be afraid to say so".

Sekali pun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Kristian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengaku inilai agama bagi negara UK.

Polemik beragama

Semasa kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir sekular? Pada umumnya kami semua difahamkan Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah politik yang kami dengar.

Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan 'beragama' dalam negara ini.

Mereka melabelkan negara ini sebagai negara kafir atau pun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam.

Hari ini keadaan berubah apabila bukan Islam juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza.

Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini.

Sebelum saya bahaskan tentang sekularisme dalam kerangka kefahaman yang sepatutnya, artikel ringkas kali ini akan bincangkan dulu apakah itu negara Islam?


Penjajahan dunia Islam

Seperti yang pernah saya sebutkan, apabila jatuh khalifah di Turki dan Kuasa Barat menjajah dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanah air Islam berkembang.

Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fikah lama.

Apa yang wujud adalah nation state atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (Islamic state atau negara Islam).

Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.

Dahulu yang ada dalam fikah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu wilayah Islam. Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam.

Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan Muslim dan bermusuhan dengan Dar al-Islam.

Ketiga, Dar al-Mu'ahadah iaitu negara bukan Muslim yang membuat perjanjian dengan umat Islam. Dalam erti kata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.

Tariq Ramadan dalam To Be A European Muslim menganggap pembahagian ini sebagai old concepts yang tidak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ia cetusan ulama di zaman tersebut disebabkan persekitaran politik yang wujud pada tiga kurun pertama dalam sejarah Islam (lihat: Tariq Ramadan, To Be A European Muslim, UK: Islamic Foundation 2002,pg 123-131 ).
 
Tariq mungkin terpengaruh kepada apa yang disebut oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Aathar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami. Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili terkesan dengan apa yang disebut oleh al-Syeikh Abu Zahrah dalam Al-'Alaqah al-Duwliahfil al-Islam.

Sementara Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Jihad mempertahankan pembahagian tersebut dengan menyatakan pembahagian itu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta sesuatu yang mantiqi (logical). (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah 2009. Ms 882-888).


Ciri Dar  al-Islam

Jadi, jika kita rujuk kepada kitab fikah terdahulu, secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; pertama; kekuasaan politik berada di tangan kaum Muslimin sekalipun majoriti rakyat bukan Muslim.

Kedua; zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja seperti hukum hakam kekeluargaan Islam.

Zahir syiar seperti azan, Jumaat, jemaah solat, Ramadan dan lain-lain.  Ketiga; kaum Muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah (rakyat non-muslim) aman berdasarkan perjanjian mereka. (Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, 2/889. Kaherah: Maktabah Wahbah)

Adapun soal sejauh manakah komitmen Islam seseorang pemerintah itu, ia diuruskan umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati pemerintah iaitu amar makruf dan nahi mungkar.

Apabila negara-negara membentuk nation state, pemerintah Muslim ramai mewarisi atau meneladani penjajah dalam menguruskan negara, maka istilah daulah Islamiyyah atau pun Islamic state ataupun negara Islam muncul dan dikembangkan.

Namun, istilah ini kelihatan akhirnya agak sukar untuk mendefinisikan. Ini disebabkan negara baharu yang dibentuk selepas penjajahan masih lagi mengikut acuan penjajah namun pemerintahannya berada di tangan umat Islam.

Sebagai bantahan, ada mereka melabelkan negara yang diperintah oleh umat Islam pasca penjajah sebagai 'negara kafir'.

Ertinya, mereka melabelkan Dar Islam yang diistilah oleh Sarjana Fikah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar al-Harb yang diperangi atau dimusuhi.

Ini disebabkan kecelaruan identiti negara Islam yang baru muncul dan penilaian siasah umat Islam itu sendiri yang masih di peringkat awal.

Dalam kalangan pengkaji dan sarjana seperti Fazlur Rahman menganggap adaptasi ini sebenarnya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis antara umat Islam. (Sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld Publications)


Cari definisi

Mencari definisi yang tersendiri bagi istilah daulah Islamiyyah memang agak sukar disebabkan kitab-kitab fikah lama tidak menggunakan istilah tersebut dan sudah pasti tiada takrifan baginya.

Jika memakai pentafsiran silam dar al-Islam yang memberi maksud wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, maka hendaklah diiktiraf negara-negara umat Islam sekarang adalah daulah Islamiyyah.

Maka, ada pula yang enggan pengiktirafan itu dibuat disebabkan zahirnya unsur-unsur yang bercanggahan dengan Islam.

Jika dipakai takrif lain yang dibuat oleh sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam seperti azan, solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti kebanyakan negara umat Islam hari ini diiktiraf sebagai daulah Islamiyyah.

Ada yang agak tegas enggan juga mengiktiraf hal itu. Lalu ada yang menyatakan negara Islam atau daulah Islamiyyah itu adalah negara yang sempurna perlaksanaan Islamnya. Jika takrif ini dipakai, sudah pasti tidak ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja, selepas al-Khaulafa al-Rasyidin.

Akhirnya, ada yang seakan menetapkan negara Islam adalah negara yang melaksanakan hudud. Lalu wujud dalam kalangan umat Islam yang apabila disebut negara Islam terbayang kepada mereka 'pencuri dipotong tangan', penzina disebat atau direjam dengan batu, peminum arak disebat dan seterusnya.

Wajah negara Islam atau negara yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW itu terbelenggu dengan gambaran darah, kesakitan, tangisan dan wajah bengis para pemimpinnya.

Hakikatnya, jika menurut takrifan fikah, negara Malaysia adalah dar al-Islam seperti yang ditakrifkan oleh ulama silam. Bahkan berasas fikah ini, Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyimpulkan keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah dar al-Islam.

Sementara kesemua negara bukan dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah dar al-'Ahd termasuk Amerika. Hanya dikategorikan sebagai dar al-Harb pada masa ini ialah negara zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, ms 888-908. Kaherah: Maktabah Wahbah)


Inti pati terpenting

Apa pun sebenarnya, perbalahan pasal takrif ini kadang-kala lebih banyak membuang masa daripada realiti yang patut kita tangani. Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka. Mereka yang akan dihadapkan di mahkamah Masyar di hadapan ALLAH pada hari kiamat ialah mereka yang menguruskan negara atas apa nama sekalipun.

Jika mereka amanah dan adil seperti yang ALLAH perintahkan mereka akan selamat. Jika mereka khianat dan zalim mereka tidak selamat walau apa jenama negara sekalipun. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi SAW tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabat yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas keadilan untuk rakyatnya.

Nabi SAW berutus surat dengan Najasyi, tetapi Baginda SAW tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya. Nabi SAW memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi SAW: "Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)". (Riwayat al-Bukhari)

Nabi Yusuf AS pula pernah menjadi menteri dalam sebuah kerajaan yang pemerintah tidak beriman kepada ALLAH namun Nabi Yusuf mampu menegakkan keadilan.

Tapi, jika mentadbir negara bernama Islam sekalipun namun zalim dan khianat, tempatnya tetap di neraka. Sabda Nabi SAW: "ALLAH tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan ALLAH haramkan untuknya syurga" (Riwayat Muslim)

Ertinya, yang penting nilai Islam itu mestilah terus diterapkan oleh pentadbir dalam negara ini untuk mencapai erti amanah dan adil bukan sekadar bergantung kepada takrif negara semata-mata.

Senarai Mercun Legend Di Malaysia

Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

1. MERCUN PAPAN

Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.



2. MERCUN BOLA

Tengok bentuk dah tau kan ni jenis mercun apa? ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang boolat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.



3. MERCUN TELUR

Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED kecik) yang korang beli di kedai runcit tu.



4. MERCUN MANCIS

Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai.



5. MERCUN KETUPAT

Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.



6. MERCUN LEBAH

Mercun ni di gelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.



7. MERCUN NAGA

Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi nya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapat lah nak beraya.




8. MERCUN ROKET

Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. harga dulu 30 sen sebatang.



9. THUNDER CLAP

meletup kuat di udara. Gile legend nih.



10. POP POP

Mercun yang paling selamat untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis manja



11. MERCUN KATAK

Yang ni meletup sambil melompat lompat.



12. MERCUN DAS

Mengeluarkan banyak warna



13. MERCUN TARIK

tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.



14. MERCUN AYAM



15. MERIAM BULOH

Mengunakan elemen kabait + air liru + api + buloh. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran jiran sebelah & juga akan mencederakan diri sendiri.





sayangi diri anda. jangan main mercun. Sendiri kena, sendiri tanggungjawab le..

Friday, 20 June 2014

Punca Facebook ‘Lumpuh’ semalam terdedah


Punca Facebook ‘Lumpuh’ Alami Gangguan Perkhidmatan Selama 30 Minit

Petang semalam, Facebook tiba-tiba lumpuh beberapa minit. Baru beberapa minit saja, dah ramai pengguna Facebook di Malaysia mengeluh, di laman sosial seperti Twitter, Tagged.

Bayangkan saja kalau Facebook hilang secara total? Ini mungkin tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang tidak addict pada Facebook. Tetapi kepada marketer, ini umpama dipecat dari kompeni gergasi.

Facebook semalam mengeluarkan kenyataan bahawa masalah itu berpunca dari misconfigured setting. Akan tetapi, itu hanyalah kenyataan untuk mengaburi pihak pengguna yang kurang peka dengan IT.

Sebenarnya Facebook terkena serangan DDOS yang rata-ratanya datang dari negara China. Biarpun serangan datang dari China, tidak bermakna ia dilakukan oleh rakyat negara China.

Akibat dari ‘serangan’ itu, Facebook terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ikuti video sepenuhnya di bawah:


ini penerangan apa itu DDOS Attack:

Wednesday, 18 June 2014

Awasi anak anda, Usah berlengah kesan Kawasaki

oleh ZAITIE SATIBI

Jika anak kecil mengalami demam berpanjangan diikuti gejala sampingan seperti tumbuh ruam, tangan dan kaki bengkak serta berwarna kemerahan, sakit pada mulut dan lidah manakala kelenjar di leher dan ketiak turut membengkak, mungkin anak itu menghidap penyakit Kawasaki.

Penyakit ini menyebabkan radang pada salur darah di seluruh badan dan bahayanya jika lambat mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan komplikasi pada jantung apabila organ penting ini menjadi lemah atau saluran darah ke jantung bengkak kerana kerosakan arteri koronari.

Awalnya, ia dikenali sebagai sindrom kelenjar dan kulit dikenali sebagai mucocutaneous lymph node syndrome sebelum dinamakan penyakit Kawasaki sempena nama pakar kanak-kanak di Jepun, Tomikasu Kawasaki yang mengesan dan menghurai gejala penyakit ini pada 1960.

Pakar Kanak-kanak dan Pakar Jantung Kanak-kanak, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Kamaruddin Ahmad berkata, sehingga kini punca penyakit Kawasaki dan bagaimana ia berjangkit pada kanak-kanak belum diketahui.

Foto
LIDAH menjadi merah dan berasa sakit.

Namun, katanya, kebanyakan pakar bersetuju kemungkinan besar ia berpunca daripada jangkitan virus atau kuman dan tidak diwarisi daripada keluarga secara genetik.

“Penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Malah, kebanyakan pesakit kanak-kanak yang saya rawat kerana penyakit ini berusia setahun dan paling muda adalah bayi berusia enam bulan.

“Namun, bayi ini meninggal dunia kerana lambat dibawa ke hospital selepas seminggu dijangkiti penyakit Kawasaki, mengakibatkan jantungnya membengkak,” katanya.

Dr Kamaruddin berkata, kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki akan demam sehingga panas badannya mencecah suhu 40 darjah Selsius.

“Demam ini juga menyebabkan kanak-kanak menjadi gelisah dan tidak tentu arah berikutan suhu badannya turun naik.

“Selepas dua atau tiga hari mendapat demam, akan tumbuh ruam pada badannya disusuli tapak tangan dan kaki membengkak serta berwarna kemerahan.

“Mulut dan lidah pula akan sakit serta bibirnya bertukar merah terang seolah-olah disapu gincu. Seterusnya, kelenjar pada leher dan ketiak membengkak


FotoBIBIR berwarna merah terang seperti gincu.

“Ini semua tanda klasik bagi penghidap penyakit Kawasaki. Kadangkala gejalanya tidak ketara, malah ada juga penghidapnya terkena cirit-birit.

“Demam boleh berlarutan antara seminggu hingga dua minggu dan dalam keadaan ini anak kecil itu jika diberi ubat antibiotik pun tidak berkesan,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak yang mengalami demam dengan gejala penyakit Kawasaki hendaklah segera dibawa ke hospital atau menemui pakar kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan kerana ia boleh mengundang maut jika tidak dirawat dengan kaedah betul.

“Segelintir ibu bapa gagal mengesan gejala penyakit Kawasaki kerana kurang pengetahuan. Mereka membawa anak yang menghidap penyakit ini ke klinik biasa dan diberi antibiotik. Penyakit hanya dikesan selepas demam tidak pulih dan kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

“Doktor yang merawat kanak-kanak dengan penyakit Kawasaki lazimnya akan memeriksa terlebih dulu gejala yang timbul dan melakukan ujian darah.

“Jika hasil ujian didapati sel darah putihnya bertambah dan bilangan sel platlet dalam darah juga meningkat begitu tinggi dengan kadar dua kali ganda daripada biasa, kanak-kanak disahkan menghidap penyakit ini,” katanya.

Rawatan utama untuk penyakit Kawasaki adalah menggunakan immunoglobulin yang diberi secara intravena iaitu melalui titisan ke dalam nadi.

Dengan immunoglobulin, ia dapat mengurangkan radang pada jantung dan menghalang kerosakan arteri koronari jika ia diberi dalam tempoh 10 hari pertama menghidap penyakit ini.

Selain itu, penggunaan aspirin dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung dan diberi bersama immunoglobulin pada peringkat paling genting penyakit sehingga demam reda.

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sediakala selepas dua hingga tiga minggu mendapat rawatan di hospital.

Namun, kira-kira 30 hingga 50 peratus pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti aneurisma arteri koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung atau myokarditis, injap jantung rosak dan kegagalan jantung berfungsi.

Dr Kamaruddin mengingatkan ibu bapa tidak berlengah untuk berjumpa pakar perubatan apabila melihat tanda-tanda penyakit Kawasaki pada anak. Malah, sebenarnya jika penyakit ini cepat dikesan, pesakit boleh pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari.

Tuesday, 17 June 2014

Cara Menjimatkan Petrol

Penggunaan kenderaan tanpa dirancang boleh menyebabkan penggunaan petroleum yang tidak terkawal sehingga boleh membebankan kewangan. Sebenarnya anda boleh mendapat tambahan kepada penggunaan petroleum bagi kenderaan anda jika tahu caranya. Berikut adalah beberapa panduan mudah dan berguna untuk menjimatkan penggunaan petrol. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan, tetapi juga melindungi alam sekitar.

Pemanasan enjin

~Elak daripada melakukan pemanasan enjin secara berterusan. Pemanasan selama 30 hingga 45 saat sudah memadai. Sebenarnya anda boleh terus memandu sebaik sahaja menghidupkan enjin kerana teknologi enjin pada masa ini membolehkan anda berbuat sedemikian.
~Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati. Menghidupkan enjin dalam tempoh seminit menggunakan jumlah bahan api yang sama ketika memulakan enjin.
~Elakkan daripada menekan-nekan enjin secara berlebih-lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder, dan seterusnya menyebabkan kehilangan tekanan minyak.
~Jangan terus memecut kereta dengan laju. Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada ¼ kadar maksimum pedal. Ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.

Cara membeli bahan api yang jimat

~Isi bahan api ketika suhu sejuk – Sebaik-baiknya pada waktu awal pagi atau lewat petang. Dalam keadaan suhu seperti ini, bahan api berada dalam keadaan lebih tumpat. Harus diingat – pam minyak menyukat isi padu bahan api dan bukannya ketumpatan bahan api tersebut. Anda dikenakan bayaran berdasarkan sukatan isi padu.
~Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan. Dengan menggunakan minyak pelincir yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan, ia boleh memperbaiki kecekapan bahan api daripada 1 peratus hingga 2 peratus. Minyak pelincir yang berkualiti boleh membantu enjin beroperasi dengan lebih cekap.
~Elakkan daripada mengisi tangki minyak sehingga penuh. Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar daripada tangki.

Memandu secara ekonomi

~Pandu pada kelajuan yang munasabah dan memandu dengan lancar. 10 peratus peningkatan dalam kelajuan menyebabkan 21 peratus heretan akibat rintangan angin dan meningkatkan jumlah penggunaan minyak.
~Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan, terutamanya jika pemandu kenderaan di hadapan tidak dapat diduga cara pemanduannya. Ini bukan sahaja tidak selamat, malah boleh meningkatkan penggunaan petrol kerana kekerapan memandu dengan perlahan dan laju.
~Memandu laju dengan menggunakan gear yang rendah akan menyebabkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus. Oleh itu, tukarlah gear mengikut tahap kelajuan yang sepatutnya.
~Tutup cermin tingkap ketika kenderaan bergerak laju di lebuh raya. Tingkap yang terbuka menyebabkan heretan angin, dan seterusnya menambah penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
~Berfikir sejenak sebelum anda menghampiri bukit. Jika anda ingin memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukannya ketika berada di atas bukit.

Pemeriksaan rapi
~Penapis udara – penapis udara yang kotor akan menghalang pergerakan udara ke dalam enjin, dan ini boleh mengganggu prestasi serta keadaan ekonomi enjin. Anda perlu menukar penapis udara bagi setiap 10, 000 batu.
~Tekanan angin tayar – Anda perlu memastikan tekanan angin tayar pada tahap yang disyorkan. Ini kerana tayar yang kembang hanya pada 1psi sahaja boleh mengurangkan kecekapan bahan api kepada 3 peratus. Tayar yang kempis atau kembang juga mempengaruhi penggunaan petrol.
~Keluarkan barang yang mempunyai berat berlebihan atau yang tidak diperlukan dari dalam but atau tempat duduk belakang kenderaan. Bagi setiap 45 kg yang dibawa, kecekapan bahan api boleh jatuh kepada 1 peratus hingga 2 peratus.
~Suspensi dan casis – jika jajaran kenderaan tidak betul, roda dan gander akan bengkok, hentakan dan pegas akan pecah. Ini akan menyebabkan heretan kepada enjin. Dengan ini, penggunaan bahan api akan meningkat.
~Paras minyak – pastikan kereta anda diservis dengan baik dan selalu memeriksa paras minyak. Enjin yang diperiksa dengan baik boleh memberi kecekapan bahan api sehingga 4 peratus. Oleh itu, tukar minyak pelincir berdasarkan perbatuan yang ditetapkan dan servis kenderaan mengikut tempoh masa yang dicadangkan pengeluar kenderaan.

Monday, 16 June 2014

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan | Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai.

Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar.

Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.

Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idlingo.

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia.

BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin.

Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Lelaki Cemas Tertelan Telefon Bimbit



PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Rakaman oleh Edwin Shingo yang menyaksikan prosedur unik pada 2012 itu menjadi viral hujung minggu lalu selepas video itu dikonsi pada laman LiveLeak.


Kakak saman adik asyik minta duit

RIYADH: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 50 tahun menyaman adik lelakinya, 24, kerana dakwaan meminta sejumlah besar wang sebagai balasan membenarkan kakaknya keluar berjalan dan menyelesaikan kertas kerja di jabatan kerajaan.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Jeddah, wanita berkenaan mendakwa beliau membesarkan adik lelakinya selepas kematian bapa mereka. “Apabila mencapai usia membolehkan beliau bertindak sebagai penjaga, lelaki berkenaan mula menuntut wang untuk pelbagai aktiviti,” lapor media tempatan.

Sumber berkata, lelaki itu didakwa memaksa kakaknya membayar SR10,000 (RM8,581) untuk membenarkan beliau keluar berjalan, SR5,000 (RM4,290) jika kehadirannya diperlukan di mana-mana jabatan perkhidmatan dan sejumlah besar wang bagi membenarkan kakaknya berkahwin.

Wanita berkenaan tidak berkahwin dengan keadaan itu.

Kemuka bukti

Peguam wanita itu, Baian Zahran, berkata anak guamnya perlu membuktikan adik lelaki beliau bersalah memeras ugut jika mahu mahkamah membenarkan beliau menjadi penjaga diri sendiri.

Dalam kes sama, wanita berusia 30 tahun mendapatkan bantuan perundangan selepas mendapati bapa saudaranya, yang menjadi penjaga sejak ibu bapa meninggal dunia dalam kemalangan di Jeddah ketika beliau masih kecil, membuat helah untuk memastikan anak saudaranya tidak berkahwin.

Menurut Al Arabiya.net, beberapa lelaki pernah meminang wanita berkenaan tetapi bapa saudaranya menolak mereka semua.

Apabila ditanya alasan beliau menolak pinangan itu, lelaki berkenaan berkata tidak akan mengahwinkan anak saudaranya kecuali beliau dibayar hampir setengah juta riyal, yang ditinggalkan ibu bapanya.

Menurut peguamnya, wanita itu akhirnya menurut kehendak bapa saudaranya yang segera menguruskan perkahwinannya. –AGENSI

Sunday, 15 June 2014

Inilah dia Kereta bintang bola sepak dunia


Cristiano Ronaldo – Lamborghini Aventador LP 700-4
Berharga £267,000 dengan kelajuan 700 brake horsepower (BHP) dan pecutan 217 mph atau 370 kmh. Menggunakan sistem enjin 6.5 L V12 dan bertrasmisi 7 kelajuan. Tidak hairan superstar ini mampu memilikinya.

 
Lionel Messi – Maserati GranTurismo MC Stradale
Berharga £107,000. GranTurismo MC Stradale adalah edisi terhad. Top speed mencecah 303 kmh dan menggunakan sistem enjin V8.
 
Wayne Rooney – Aston Martin Vanquish
Rooney juga mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kereta. Aston Martin Vanquish ini berharga £166,000 dan boleh mencecah kelajuan sehingga 294 kmh diperkuatkan dengan sistem enjin V12 berserta transmisi 6 kelajuan.
 
Ribery – Lamborghini Gallardo LP560-4 Spyder
Bintang pasukan Perancis yang terlepas aksi Piala Dunia ini memiliki kereta sport Lamborghini Gallardo LP560-4 Spyder yang berharga £133,000 dan boleh mencecah kelajuan sehingga 323 kmh.
 
Neymar – Audi R8 GT
Neymar yang mencetak 2 gol malam tadi juga memiliki kereta sport Audi R8 GT. Kereta ini berharga £148,000 dan boleh mencecah kelajuan sehingga 321 kmh.
 
Samuel Eto’o – Maybach 57 S Xanatec Coupe
Bekas bintang Chelsea ini mempunyai pelbagai koleksi kereta termasuk Maybach 57 S Xanatec Coupe yang berharga £600,000.
 
Mario Balotelli - Ferrari F12
Super Mario atau dikenali juga Bad Boy ini mempunyai cita rasa yang amat tinggi. Berasal dari Itali dan memiliki kereta buatan Itali. Selain Ferrari, Balotelli juga mempunyai Audi R8 yang telah mengalami kemalangan pada 2010. Selain itu, dia juga memiliki Bentley Continental yang juga mengalami kemalangan pada 2012.
 

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive