UtusanDaily

Friday, 10 April 2015

Tahap bola M'sia kini sebaris Bangladesh

Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-164 dunia dan merupakan keputusan terburuk bagi tahun ini.

Untuk rekod, skuad kendalian Dollah Salleh meraih kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Kedudukan terkini itu, meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina di tangga kedua dengan 1,490 mata.

Wakil Eropah, Belgium pula naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,457 mata, dan ia susulan kejayaan mereka meraih kemenangan berdepan Israel dan Cyprus dalam kempen kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016, bulan lepas.

Colombia pula turun ke tangga keempat dengan kutipan 1,449 mata dan kedudukan keseluruhan ranking tersebut, melibatkan 209 negara.

- Bernama

Similarities between the Panama Canal and Facebook


A century ago, the Panama Canal connected the world through commerce. For the first time, ships could sail from the Atlantic to the Pacific without going all the way through the arctic.


For hundreds of years, this canal was just a dream. Connecting the oceans meant inventing new technologies and solving the hardest engineering challenges in the world -- moving billions of gallons of water and designing one of the first mechanical computers to control it. Many people said it was impossible.

Today, the internet is connecting everyone in even more ways. Engineers and scientists are once again trying to do something many say is impossible -- to connect the whole world.

We are carving new paths through all the obstacles that keep us from being close to the people we care about. In the next decade, the internet will connect the entire world -- and this canal is inspiration and proof that we can do it.

Fadhilat Membaca Al-Quran Walaupun Tidak Memahami Maksudnya



Banyak fadhilat jika antum dapat mengamalkan dan mengekalkan untuk selalu membaca Al-Quran walaupun tidak memahami maksudnya.
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” - (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)
Berikut adalah kisah yang sungguh menarik yang banyak mengandungi pengajaran, hikmah dan manfaat jika antum menelaahnya dengan lebih mendalam.
Suatu ketika dahulu tinggal seorang muslim tua Amerika di sebuah ladang di sebelah timur Pegunungan Kentucky bersama cucu lelakinya  yang masih muda. Setiap pagi orang tua itu bangun pagi dan duduk berhampiran pendiangan sambil membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti datuknya dan cuba menirunya sebagaimana yang dilihatnya setiap hari.
Suatu hari dia bertanya pada datuknya: “Datuk, saya cuba membaca Al-Quran sepertimana atuk tapi saya tidak dapat memahaminya, walaupun ada sedikit yang saya fahami tapi cepat pula terlupa sebaik saya selesai membaca dan menutupnya. Jadi apa baiknya membaca Al-Quran jika tak memahami maksudnya?”
Orang tua itu dengan tenang sambil meletakkan arang batu di tempat pendiangan, menjawab pertanyaan cucunya: “Cubalah ambil sebuah raga arang batu ini dan bawa ke sungai dan bawakan datuk dengan seraga air.”

Cucunya itu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, “Kamu harus berusaha lebih cepat lagi.”
Orang tua itu meminta cucunya untuk kembali semula ke sungai bersama raganya untuk mencuba lagi. Kali ini anak kecil itu berlari lebih cepat, tapi sekali lagi raganya kosong sebelum sampai ke rumah.
Dalam kepenatan dan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya  bahawa mustahil untuk membawa seraga air menggunakan raga arang batu itu, lalu dia pun pergi mencari sebuah baldi sebagai ganti raganya.

Orang tua itu berkata: “Atok tidak mahu sebaldi air, atok ingin seraga air. Kamu harus cuba dengan lebih kuat lagi.” Dan dia turut pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itulah, anak kecil tersebut menyedari bahawa perkara ini tidak mungkin berjaya, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis keluar sebelum sampai di rumah.

Anak kecil tersebut kembali semula mengambil dan mencelupkan raganya ke dalam sungai dan kemudian berusaha berlari sekuat hati, tetapi apabila dia sampai di depan datuknya, raga itu tetap kosong. Dengan termengah-mengah, dia berkata: “Datuk, perlakuan ini tidak ada gunanya, mustahil dilaksanakan. Sia-sia saja!”
Datuknya menjawab: “Cu, mengapa kamu berfikiran perkara ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik raga itu.”
Cucunya memperhatikan raganya dan baru dia menyedari bahawa raganya nampak sangat berbeza. Raga itu telah berubah dari sebuah raga batu yang kotor, dan sekarang telah menjadi sebuah raga yang bersih, luar dan dalam.
“Cucuku, inilah yang berlaku bila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak mengerti dan tak memahami atau ingat segalanya tetapi apabila kamu membacanya, tanpa kamu sedar kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kerja Allah dalam kehidupan kita.”
.
~*~
Subhanallah Allah Akbar. Lahauwla wala kuwwata Illah Billahil ‘Aliyul adzim. Berpegang teguhlah dengan kitab-Nya. Percayalah pada mukjizat dari Maha Esa. Semoga Allah SWT merahmati dan melapangkan antum agar sentiasa dapat membaca Al-Quran.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - (Surah Al-Isra’ 17: Ayat 82)
.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
عَن ابنِ مَسعُودٍ رَضيَ اللٌهُ عَنهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَى اللٌهُ عَلَي وَسَلَمَ مَن قَرَأ حَرفًا مٍن كَتَابِ اللٌه فَلَه بِه حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ عَشُرُ اَمُثَالِهَا لآ اَقُولُ الم حَرفُ وَلكِنُ اَلِفُ وَلآمُ حَرفُ وَميمُ حــَرُفُ. (رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح غريب اسنادا والدارمى
“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” - (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday, 9 April 2015

Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya


Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya. Foto: Hafis Idzla.

KUALA LUMPUR: Pelakon Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, dia berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Johan mencium bibir isterinya selepas dia diumumkan sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu.

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman," katanya.

Tambah Ozlyn, dia turut menonton kembali rakaman ABPBH 2014 dan mendapati isu berkenaan diperbesarkan kerana visual memperlihatkan mereka bercium cuma disiarkan selama dua saat.

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," katanya.

Pada ABPBH 2014 itu, Johan diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Dalam perkembangan lain, Ozlyn berkata, dia gembira kerana drama lakonannya iaitu Apa Guna Berjanji arahan Datin Paduka Suhaimi Baba tercalon dalam Anugerah Tribute P.Ramlee pada 19 April ini.

"Drama itu adalah yang pertama saya berpeluang berlakon di bawah arahan Suhaimi dan ia pengalaman cukup berharga," katanya.

Tuesday, 7 April 2015

Apakah Yang Terjadi Kepada Kereta Kereta Rosak Dalam Furious 7?

Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta kereta yang dirosakkan dalam filem Fast & Furious 7 atau 6 filem terdahulu? Kereta kereta itu dihapuskan.

WSJ dalam satu artikel menyebut, pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk ‘Furious 7′ dan mereka mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk membersihkan kereta kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di Colorado.

Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr Jensen menerima panggilan daripada krew Furious 7 selepas mereka terlihat papan tanda “we buy junk cars” beliau di lebuhraya.

Mr Jensen dan krewnya, menghabiskan beberapa hari mengangkut kereta kereta rosak ke dalam sebuah trak. Pembuat filem mahu mereka menghancurkan terus kereta kereta tersebut untuk mengelakkan sesiapa saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak. Antara kereta yang mereka perlu hancurkan ialah beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero.

Walaupun orang ramai maklum yang kereta kereta ini dipersiapkan dengan baik untuk filem aksi tapi apakah yang terjadi kepada kereta kereta yang dijatuhkan dari kapal terbang dan di langgar selepas filem tamat?
furious-7-crashed-cars
Menurut Dennis McCarthy, koordinator kereta untuk francais Fast & Furious, krew filem perlu mematuhi protokol yang spesifik, mengira setiap kereta yang dirosakkan dalam setiap filem atas sebab sebab akaun dan liabiliti.

Pembuat filem “Fast & Furious” merosakkan beratus kereta bagi setiap filem. Lebih daripada 230 kereta untuk Furious 7. Pada tahun 2013, semasa Fast & Furious 6, apabila kereta kebal merosakkan beberapa kenderaan tentera dan kereta di lebuhraya di Pulau Tenerife, Sepanyol, krew filem berurusan dengan pemilik pelupusan barang tempatan. 

 “Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata McCarthy. Untuk 2011 “Fast Five” yang mana krew Furious melarikan bilik kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem berurusan dengan kerajaan untuk menghantar kereta kereta terpakai dengan murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran, merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.

Furious 7 - C-130 Sequence
Selepas penggambaran Furious 7 untuk babak kejar mengejar di lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew kereta menyimpan kereta kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran Monarch Ski Resort. Mr Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk mengalihkan kereta kereta itu supaya resort tersebut boleh membuat persiapan untuk upacara pembukaan musim.


SUMBER: WSJ

Monday, 6 April 2015

Antara TESCO & MYDIN.....mana satu pilihan kalbu..????


keputusan terletak di tangan anda...pilihlah yang mana satu pilihan kalbu...





IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive