UtusanDaily

Saturday, 16 January 2016

Kenapa layan tentera jalankan tugas seperti penjenayah? – Syed Iskandar Syed Jaafar

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar 
Baru baru ini 2 anggota tentera dilaporkan media ditahan kerana menembak mati seorang penyeludup yang enggan memberhentikan kenderaannya bila diminta di sempadan.

Adakah tidak terdapat di dalam Standar Operating Procedure (SOP) tentera untuk menembak mereka yang disyaki penjenayah atau dianggap boleh mengancam keselamatan negara?

Bukankah ia satu SOP tentera yang diguna pakai tentera seluruh dunia?

Justeru, kenapa perlu dilayan 2 tentera seperti penjenayah dan dibawa ke mahkamah dengan gambar disiar media bergari dan berbaju lokap.

Apakah negara sekarang sedang mengubah polisi iaitu melindungi penyeludup?

Amat pelik pula bila Panglima Angkatan Tentera muncul dalam berita televisyen mengatakan biarlah pihak polis melakukan siasatan dahulu walhal sebaliknya sepatutnya beliaulah yang pertama sepatutnya mempertahankan tindakan kedua anggota yang bertugas di sempadan.

Bukankah pihak kastam berulang kali mengumumkan semenjak beberapa tahun lalu negara kehilangan berbilion ringgit pendapatan akibat aktiviti penyeludupan? Apakah penyeludup kini bukan lagi musuh negara?

Tindakan menembak mati kenderaan yang enggan berhenti di sempadan patut dipuji kerana pihak tentera juga mengambil risiko kemungkinan ditembak kembali memandangkan keberanian pemandu kenderaan melanggar arahan berhenti tentera di sempadan. Ini bermakna mereka bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita juga tidak boleh mencapai kesimpulan ia kenderaan penyeludup malah mungkin juga kenderaan pengganas yang membawa pelbagai senjata canggih.

Justeru, kesemua sempadan seluruh negara patut dikawal tentera kerana ia sempadan negara dan memang skop tugas tentera serta perbuatan menukarkannya dengan pihak polis bukanlah tindakan wajar kerana pihak polis berkemahiran cuma menentang penjenayah dalam tanah air kita sendiri bukannya dihantar berkawal di sempadan negara yang mempunyai pelbagai kemungkinan.

Bagaimanapun, perniagaan menyeludup adalah satu perniagaan besar dan pernah operasi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di utara Semenanjung yang bersempadan dengan Thailand kira-kira 2 tahun lalu berjaya menahan pelbagai penguat kuasa termasuk pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang didapati membantu penyeludup minyak.

Malah laporan pihak tentera yang berkawal dalam hutan sempadan negara berbulan-bulan bersama nyamuk yang melaporkan mengenai aktiviti penyeludup ketika itu tidak diendahkan pelbagai peringkat penguat kuasa sehingga akhirnya satu operasi pembersihan dilakukan SPRM.

Malah SPRM patut lebih berani, bongkarlah siapakah sebenarnya mendapat faedah terbesar dari segala aktiviti penyeludupan ini bagi menyelamatkan pendapatan negara daripada terus hilang selepas pelbagai penjenayah kenamaan dalam negara menyamun habis-habisan juga tanpa sebarang tindakan berkesan langsung kecuali, “lip service”.

Justeru, kedua-dua anggota tentera ini jika terbukti tiada sebarang niat jenayah dan menembak kerana SOP, perlu dibebaskan segera.

Apakah kita semua lupa babak filem asal Bukit Kepong yang bukan versi dirosakkan dengan muzik latar gitar pekak dengan jelas menunjukkan babak Datuk Yusof Haslam berkawal sebagai anggota polis memarahi penduduk tempatan keluar malam ketika darurat dan sewaktu perintah “curview” dikuatkuasakan di mana mereka boleh menembak sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan itu.

Dalam situasi di sempadan adalah menjadi tanggung jawab Panglima Angkatan Tentera mengeluarkan kenyataan yang tidak merosakkan moral pasukan ATM kerana ia boleh menyebabkan kemungkinan ramai mempertimbangkan untuk berhenti saja.

Manakala kedua anggota tentera yang digari dan dimalukan di khalayak umum ketika perintah reman diambil patut menyaman kesemua pihak berkaitan termasuk kerajaan Malaysia kerana tindakan menahan seumpama negara kini melindungi penyeludup dan seolah-olah tidak senang hati bila penyeludup yang melanggar arahan tentera untuk berhenti ditembak mati. Negara kita kini punyai masalah besar.

Mempertahankan diri dengan cara munasabah dan terhad bagi anggota pasukan keselamatan di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan sebenarnya tidak berakhir di situ sahaja malah Seksyen 100 Kanun Keseksaan membenarkan pelbagai keadaan di mana penjenayah terpaksa dibunuh secara sah di sisi undang-undang oleh rakyat biasa.

Bacalah sendiri Seksyen 100 dengan terperinci.

Justeru, sedangkan rakyat dibenarkan mempertahankan diri sehingga menyebabkan penjenayah terbunuh di bawah Seksyen 100 Kanun Keseksaan, apa lagi pula tentera yang sememangnya mempunyai SOP untuk mereka patuhi.

Kegagalan mematuhi SOP boleh menyebabkan bukan sahaja surat tunjuk sebab malah pelbagai tindakan lain dikenakan terhadap mereka seperti, ditahan selama beberapa bulan dalam kem tentera, ditahan kenaikan pangkat malah mungkin juga terpaksa menjawab tuduhan di Mahkamah Tentera.

Oleh itu, tindakan menembak mati penyeludup patut dihargai dan diberi pingat bukannya dilayan seperti penjenayah.

Jika keadaan seperti ini berterusan maka tidak perlulah lagi tentera berkawal menggunakan senjata api memadailah sahaja dengan lampu suluh panjang bersama cota sepertimana pihak keselamatan swasta yang menjaga kawasan kediaman dan taman-taman perumahan di seluruh negara.

Penjenayah sebenar masih bermaharajalela hingga memiskinkan negara tanpa rasa insaf maka segeralah tahan, siasat dan dakwa mereka, insha-Allah. Wallahualam. – 14 Januari, 2016.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguam di Kuala Lumpur.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

*Gambar Astro Awani

Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap ahli-ahli UMNO memberi peluang untuknya menjelaskan kenapa beliau mengkritik pentadbiran perdana menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berharap peluang diberikan kepadanya untuk membolehkan ahli UMNO menilai sama ada beliau merosakkan parti atau tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU," katanya dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc hari ini.

Dalam tulisan tersebut, Dr Mahathir berterima kasih kepada ahli UMNO, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib.

Namun jelas beliau, pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu membuktikan berlaku kesetiaan kepada pemimpin sehingga tidak menyoal apa yang dilakukan..

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," tulis beliau lagi.




Najib, kata Dr Mahathir lebih lemah berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana prestasinya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih menurun.

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah.

"Kemenangan Najib lebih tipis," katanya.



Dr Mahathir berharap, beliau dapat bertemu  ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion ringgit.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkanya," ujar beliau.                                                

Empat pelajar perempuan 'yang comel-comel' hilang di madrasah


MERLIMAU: Empat pelajar perempuan sebuah madrasah di Pulai, Melaka dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah tengahari Khamis.

Ibu bapa pelajar terbabit turut melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan pihak madrasah pada 6.30 petang Khamis.

Kempat-empat pelajar perempuan yang hilang berusia 13, 14, 15 dan 16 tahun.

Ibu kepada salah seorang pelajar yang hilang, Norhayati Taman, 51 tahun berkata, anak tunggalnya, Khadijah Mardhiyah Sainai, 14, dipercayai dipengaruhi oleh dua lagi rakannya untuk meninggalkan asrama tersebut.

Menurut beberapa rakannya yang lain, dua pelajar yang berusia 15 dan 16 tahun itu merupakan adik-beradik.

Mereka dikatakan turut meninggalkan sekeping kertas yang menceritakan masalah hidup keluarga mereka dan rancangan mereka untuk melarikan diri.

Bagi Zamrina Yahya, 38, dia risau memandangkan anak bongsunya Riena Irffah Najwa Karaudin baru berusia 13 tahun dan paling muda dalam kumpulan itu.

Katanya, anaknya yang bersekolah di madrasah tersebut bagi tahun ketiga tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum dilaporkan hilang pada Khamis.



Susulan itu, kedua-dua ibu bapa dan pihak sekolah telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau hari ini.
Keempat-empat pelajar ini dipercayai memakai pakaian sekolah serba hitam ketika melarikan diri.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kempat-empat pelajar ini diminta membuat laporan di balai polis terdekat.

Friday, 15 January 2016

Hanya di Indonesia, Warga Tonton Aksi Teroris dari Jarak Dekat

Tarbiyah.net - Jika di negara lain orang-orang ketakutan dan menjauh dari lokasi ledakan, tidak demikian dengan warga Indonesia. Kamis (14/1/2016) kemarin, ketika teroris bom Sarinah masih beraksi dengan senjata apinya, ratusan warga tampak bergerombol menyaksikan dari jarak cukup dekat.

Bahkan ketika polisi berlindung di balik mobil saat terjadi baku tembak dengan para teroris, ratusan warga melihat langsung tanpa berlindung di balik tembok atau apapun. Secara terbuka mereka ramai-ramai melihat baku tembak itu seperti sebuah film.

Selain itu, sejumlah foto juga mengungkap betapa santainya sejumlah pedagang menjajakan dagangannya di sekitar lokasi ledakan dan baku tembak.

Foto-foto menarik yang menunjukkan betapa tenangnya warga Indonesia itu sebagiannya telah dilansir di media luar negeri seperti hs.fi milik Finlandia. Banyak pula netizen asing yang mengunggah foto-foto pedagang Indonesia menjajakan dagangannya di sekitar lokasi pengeboman disertai komentar mereka yang bernada heran sekaligus merasa lucu.

Agaknya hanya di Indonesia yang bisa begini.




Thursday, 14 January 2016

TUN RAZAK BENCI JUDI, TIDAK BAZIR UNTUK ISTERI, KATA PEMBANTU

tun hanif omar
Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Najjua Zulkefli

Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Raha Noah.

Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Raha tetapi tidak jadi membelinya.

“Beliau sangat berhati-hati tentang wang.

Allahyarham Tun Razak lawat Felda Endau
Allahyarham Tun Razak lawat Felda Endau
“Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu,” kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu.

“Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.

“Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Raha mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi.

“Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,” kata Kalsom pada majlis sama.

Kalsom masih teringat mengenai kisah di mana Razak tidak mengizinkan Raha mengikutnya dalam lawatan rasmi ke Kelantan dan Burma kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

“Beliau juga tidak mengizinkan Raha mengikutinya ke Kelantan dan menyuruhnya membeli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.

“Perkara sama juga berlaku dalam lawatan rasmi ke Burma apabila Razak menyuruh Raha membeli tiket penerbangannya sendiri,” kata Kalsom.

Katanya, Razak juga tidak mahu menukarkan tirai di kediaman rasminya kerana bimbang membazirkan wang dengan sewenang-wenangnya.

Hari ini genap 40 tahun Razak meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976. – TMI

Aida Jebat Kantoii..!! Perghhh..!! Gilerr ahh.. besar bapakk beb..


10 Gambar Rumah Mewah Aida Jebat Yang Membuatkan Anda Terlopong| Lihat gambar selanjutnya.

10 Gambar Rumah Mewah Aida Jebat Yang Membuatkan Anda Terlopong

Aida Jebat seorang pelakon muda wanita yang kini mula meningkat naik namanya di persada dunia seni dalam industri lakonan telah mengakui pada seusia 23 tahun, beliau telah mempunyai atau lebih tepat dikatakan telah membeli rumah di atas namanya sendiri.
Menurutnya beliau lagi, beliau telah membeli rumahnya itu pada tahun lepas. Inilah yang kita kan rezeki yang tak tersangka. Kini namanya mula melonjak tinggi lagi apabila menerima 2 anugerah di ABPH sebagai artis baru paling popular dan juga menerima sebagai pelakon terbaik drama.
Selain itu juga, Aida memilih untuk membeli rumah di Kuala Lumpur daripada membeli rumah di Melaka, iaitu tanah tumpah darahnya sendiri kerana ianya akan memudahkan urusan kerjanya yang kini rancak dan sibuk hari demi hari.
Namun begitu, walaupun Aida Jebat telah membeli rumah di Kuala Lumpur, namun dia tetap kerap pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarnya.

Siapa sangka rezekinya untuk membeli rumah pada usia muda, sedangkan rakyat Malaysia masih terkontang-kanting mencari rezeki ketika berada dalam usia beliau. Inilah yang dinamakan rezeki yang tak tersangka, siapa sangka muda-muda lagi sudah dapat membeli rumah .

23 Alasan Remeh Punca Suami Isteri Bercerai..antaranya "Punggung isteri menggerutu..."

bercerai
PETALING JAYA: Kes-kes perceraian yang berlaku di Selangor kebanyakannya berpunca daripada perkara-perkara remeh.

Perkara itu didedahkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor apabila menyenaraikan 23 punca remeh yang menyebabkan wanita menjanda.

Antara alasan yang digunakan oleh suami untuk menceraikan isterinya adalah kerana punggung isteri menggerutu, isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai, isteri suka membasuh baju pada waktu malam dan isteri lambat menyediakan makanan.

Tidak kurang juga isu yang ditimbulkan oleh isteri terhadap suaminya hingga ada yang mengatakan suami tidak pandai melakukan hubungan seks, suami mencurigai setiap tindakan isteri, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik.

Memetik laporan akhbar Kosmo! yang disiarkan hari ini, seorang penceramah kursus praperkahwinan di Selangor, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal memberitahu, beliau sering mengendalikan kes-kes perceraian yang remeh melibatkan pasangan muda.

Menceritakan pengalamannya, Muhammad Ariffin memberitahu, pernah satu ketika beliau cuba menyelesaikan satu kes di mana satu pasangan yang mendirikan mahligai sejak tahun 2000 menjadi porak-peranda gara-gara perangai si suami yang suka menambah air pada botol sabun mandi gara-gara mahu berjimat.

Sikap si suami itu katanya, tidak disenangi oleh isterinya hingga menyebabkan mereka bergaduh besar dan hampir bercerai.

Situasi yang berlaku itu turut dikongsi Penolong Pengarah Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Maryam Md Zin yang menganggap ia kisah yang melucukan namun, pernah berlaku kepada pasangan lain baru-baru ini.

“Bila dah hampir setiap hari bertengkar atas alasan sama, suami hilang sabar lalu ambil keputusan semberono ceraikan isterinya yang disifatkannya pengotor,” ujarnya.


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
  23. Pasangan lupa pam tandas

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive