UtusanDaily

Saturday, 13 June 2015

'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani



KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta bersikap adil terhadap gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

"Selalunya ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.

"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Farah dikecam pengguna media sosial kerana gambarnya 
dikatakan menunjukkan lurah faraj - Sumber gambar Bernama

Dr. Mariani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas berusia 21 tahun itu selepas dikatakan memuat naik gambar dirinya menerusi laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Dalam pada itu kata Dr. Mariani, masyarakat juga diminta tidak menyalur perasaan marah mereka di media sosial sekali gus memburukkan keadaan. Farah Ann juga meraih perak dalam acara keseluruhan individu


"Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.


"Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

"Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja," jelasnya.

Thursday, 11 June 2015

Akibat Salah SMS SEX kepada ISTERI orang...bukan ISTERI sendiri..!!!


Inilah dinamakan nasib malang tak berbau... dah la malu salah SMS SEX... pastu masuk ke mulut manusia yang mengambil kesempatan pula... nasib nasib.....

bahana dunia hujung jari inilah akibatnya....


Monday, 8 June 2015

8 perkara diingati yang berlaku sebelum, selepas gempa bumi Ranau


KUALA LUMPUR: Pagi Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 6 skala Richter mengegarkan Ranau, Sabah. Ketika artikel ditulis, difahamkan seramai 19 mangsa dan jumlah itu dijangka meningkat.

Bencana alam ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia selain tragedi tsunami pada tahun 2004.

Liputan meluas mengenai tragedi gempa bumi Ranau ini kian memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal media.

Waima operasi mencari dan menyelamat (foto) kian berjalan dan dilaporkan, beberapa insiden atau perkara aneh yang berlaku sebelum dan selepas gempa bumi mula mendapat perhatian.

Ketahui 8 perkara paling diingati yang memberikan impak besar yang berlaku sebelum atau selepas gempa bumi Ranau.

Pelancong pamer aksi tidak senonoh

Lima pelancong asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas dipercayai oleh penduduk setempat mempunyai kaitan dengan gempa bumi yang berlaku di 16km barat laut Ranau.


FB emil
Foto – Facebook Emil Kaminski

Insiden tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat resam tempatan.

Pendaki bogel menjadi perbualan di Twitter

Susulan pendedahan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun mengenai tindakan tidak senonoh kumpulan pendaki berkenaan, salah seorang daripadanya melontarkan pendapatnya di Twitter.
Pendaki bogel gunung kinabalu 2
Foto – Twitter monkeetimevideo

Emil Kaminski yang menggunakan tweethandle @monkeetimevideo teruk dikecam netizen di Twitter kerana memperlekehkan kenyataan Masidi.
Donkey Ears Peak patah

Puncak Donkey Ears Peak adalah salah satu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu selain puncak tertinggi iaitu Low's Peak (4095.2 meter) dan St. John Peak (4090.7 meter).
Telinga Keldai Gunung Kinabalu
Foto – Twitter Masidi Manjun

Susulan gempa sekitar jam 7.15 pagi Jumaat, Donkey Ears Peak dilaporkan patah sekaligus mengubah salah satu mercu tanda gunung kebangaan rakyat Sabah.

Malim gunung menjadi perhatian dunia

Dunia lebih memberi perhatian kepada kehebatan malim gunung dalam usaha mencari dan menyelamat berbanding petugas khas dan pihak berkuasa.
Malim gunung Bernama
Foto – Bernama

Pelbagai cerita mengenai jurupandu pendaki ini tersebar meluas lantaran pertolongan mereka berjaya menyelamatkan ratusan pendaki daripada teruk dilanda musibah.

Gegaran Susulan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di Liwagu, Kundasang bagi mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa di Gunung Kinabalu.
Muhyiddin Ranau
Foto – Gambar Fail

Namun sidang itu terpaksa ditangguhkan berikutan satu gegaran susulan berlaku pada kira-kira jam 1.35 petang. Meskipun dilanda situasi cemas, sidang media tetap diteruskan di luar bangunan selepas keadaan reda.

Najib dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz di Istana As-Salam sempena lawatan rasmi ke sana.
Najib Arab saudi
Foto - Gambar Fail

Para netizen di laman sosial mempersoalkan mengapa Perdana Menteri tidak berada di Malaysia semasa bencana gempa melanda. Ada yang membangkitkan Najib turut tidak berada di Malaysia ketika musibah banjir yang teruk melanda negara pada awal tahun lalu.

Bapa pelajar Singapura berat hati benarkan anak pergi

Bapa kepada pelajar warga Singapura yang terbunuh di puncak Gunung Kinabalu menyatakan kekesalan kerana membenarkan anak perempuannya mengikuti pendakian itu.
Bapa pelajar singapura kinabalu
Foto – Twitter ch8newsSG

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wee itu pada mulanya berat hari untuk membenarkan anaknya, Peony Wee Ying Ping pergi.

Namun Wee tetap membenarkan pelajar tahun enam Sekolah Tanjong Katong itu pergi selepas mendiang tidak berhenti merayu kepadanya.

Hari berkabung

Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan semalam, mengisytiharkan 8 Jun sebagai hari berkabung peringkat kebangsaan susulan lapan rakyatnya meninggal dunia dan dua masih hilang.
Walau bagaimanapun, berbeza keadaannya di Malaysia apabila hanya negeri Sabah sahaja yang mengumumkan hari berkabung pada hari Isnin dan bukannya seluruh negara.

Embedded image permalink

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive