UtusanDaily

Saturday, 15 August 2015

Apa sebenarnya hala tuju Najib?


1. Baru-baru ni Che Det kata dengan berpendapatan tinggi saja tidak akan menjadikan Malaysia negara maju. Che Det menjadikan Brunei sebagai contoh. Che Det juga kurang yakin Malaysia akan mencapai taraf negara maju tahun 2020.

2. Kalau tanya Najib, Idris Jala, Wahid dan Husni..semuanya kata Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal pada 2018. Indikator mereka mudah saja..jika pendapatan perkapita rakyat mencecah RM140 ribu dan KDNK melebihi RM1.5 trillion, maka jadilah Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Errr..

3. Adakah Brunei, Qatar, Kuwait dan Bahrain yang diketahui rakyatnya berpendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai negara maju? Walhal negara-negara ini bergantung kepada hasil minyak dan gas!! Walaupun rakyat di negara-negara maju menikmati pendapatan yang tinggi, namun negara berpendapatan tinggi tidak semestinya adalah sebuah negara maju.

4. Apakah ciri-ciri sebuah negara maju? Iaitu mereka menghasilkan sesuatu dengan nilai yang tinggi. Apa pula contoh sesuatu dengan nilai tinggi? Seperti Mercedes yang boleh transform kereta mereka jadi bot di kawasan berair, seperti Honda yang mencipta robot ASIMO, seperti USA yang mengeluarkan kelengkapan pertahanan mereka sendiri, seperti Rusia yang memiliki roket ke angkasa, seperti UK yang memiliki pelbagai jenama terkenal, seperti Korea yang eksportnya ialah kapal penumpang dan kargo etc. Sekurang-kurangnya itulah yang kita bayangkan sebagai ciri-ciri sebuah negara maju, dan kesemua negara yang dijadikan contoh di atas adalah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

4. Mengapa negara-negara tersebut maju? Disebabkan tumpuan diberikan kepada RnD dalam bidang sains dan teknologi. Malah negara-negara tersebut tidak lokek untuk memperuntukkan bajet yang besar setiap tahun dalam sektor terpilih.

5. Negara berpendapatan tinggi dapat menyokong infrastruktur mereka sendiri dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Mereka mempunyai kelas pertengahan yang kuat untuk menyediakan permintaan melalui penggunaan kepada ekonomi untuk berkembang. Sebagai kelas menengah yang memacu pertumbuhan, perniagaan perlu berkembang untuk memenuhi permintaan yang mewujudkan keperluan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Ini adalah kitaran kemakmuran yang dinikmati oleh semua negara-negara maju berpendapatan tinggi.

6. Kebiasaannya negara maju memberi lebih kebebasan kepada pengeluar/syarikat tempatan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diinginkan oleh pelanggan. Oleh itu negara maju akan menyuntik pelbagai insentif dengan penggunaan sumber yang sangat cekap.

7. Berbanding Malaysia, Najib memperuntukkan belanja pengurusan lebih besar berbanding belanjawan pembangunan setiap tahun. Malah bajet Najib hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan sektor korporat dengan pelaburan besar; disamping banyak meminggirkan kelas pertengahan. Ternyata polisi Najib sangat kontra dengan negara maju lain yang lebih fokus kepada golongan kelas pertengahan untuk memacu perkembangan ekonomi.

8. Sifir mudah Najib untuk mencapai pendapatan tinggi ialah kerajaan perlu mengenakan pelbagai jenis cukai kepada rakyat dan mengurangkan subsidi bagi menampung kantung kerajaan yang semakin kontang. Jadi adakah Malaysia sedang ke arah menjadi sebuah negara maju, atau hanya setakat sebuah negara berpendapatan tinggi?

9. Berdasarkan penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, sejak tahun 2009 pendapatan per kapita rakyat telah meningkat sebanyak 42%. Rata-rata rakyat Malaysia telah menjadi lebih kaya dengan RM5,000 dalam tempoh empat tahun. Malah baru-baru ni Wahid pulak cakap yang pendapatan perkapita rakyat Malaysia dah naik lagi 18% menjadikannya RM5,900. Tup-tup masa PRK Pengkalan Kubor, rupanya ada lagi rakyat yang berpendapatan bawah RM300. Data dan statistik jenis apa yang jadi rujukan Wahid? Lagi mahu tipu?

10. Katakanlah kita terima jugalah data yang dibentangkan oleh penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, tapi adakah ia bermakna bahawa Malaysia adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi? Jawapannya mungkin ya. Soalan seterusnya, adakah ia juga bermakna ekonomi Malaysia dah beralih daripada industri yang berintensifkan buruh kepada ekonomi yang berasaskan teknologi dan pekerja berkemahiran tinggi? Jawapannya tak juga. Adakah ia juga bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara maju? Dah sah-sahlah TAAKKK!!

11. Cabaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ialah kemampuan ekonomi tersebut mewujudkan pekerjaan berkualiti dengan pembayaran gaji tinggi, terutamanya bagi mereka yang berkerja buat pertama kali atau berkelulusan menengah dan rendah; bukannya bergantung hanya kepada pekerjaan bergaji rendah yang kini dipenuhi pekerja asing di ladang-ladang, bidang pembinaan dan pembuatan berlandaskan pemasangan sahaja.

12. Pengekalan pertumbuhan ekonomi jangka panjang memerlukan penambahan nilai pengisian pengetahuan sektor pembuatan dan industri perkhidmatan. Kesemuanya ini memerlukan inovasi, teknologi dan keusahawanan baru. Dengan cara ini sahaja kita mampu meningkatkan kadar upah dan gaji melalui penambahan daya pengeluaran. Ini bukan hanya melibatkan peningkatan kemahiran pekerja semata, tetapi perlu memperuntukkan insentif serta institusi yang betul untuk menyokong pertumbuhan penambahan nilai.

13. Polisi Najib dan konsetannya hari ini dilihat terlalu bergantung kepada pembangunan hartanah dan projek infrastruktur untuk merangsang ekonomi. Tidak dinafikan projek-projek tersebut mampu memberi peluang pekerjaan, kontrak kepada pembekal/kontraktor serta menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui cukai; TAPI apa teknologi tinggi atau inovasi yang boleh diperolehi daripada projek-projek ini?

14. Selain Petronas dan AirAsia, berapa banyak syarikat atau jenama Malaysia yang benar-benar berkelas dunia? Adakah wujud produk Malaysia yang digilai 1/3 penduduk dunia seperti Apple dan Samsung? Atau kita sudah mampu mencipta komponen elektronik seperti Jepun dan Korea yang mendominasi 24% nilai eksport dunia? Sedangkan kita yang hanya setakat mampu sediakan tanah untuk kilang Jepun dan Korea beroperasi di negara kita..

15. Hakikatnya 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih kaya daripada 10 orang paling kaya di Singapura. Ini menunjukkan tidaklah sesusah mana nak jadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Hanya 'cipta' dua atau tiga orang lagi billionaire dan satukan nilai harta mereka bersama dengan pendapatan seluruh warga pekerja Malaysia, dan seterusnya bahagikan sama rata; maka data bersih akan beri kita pendapatan perkapita tertinggi.

16. Status negara maju tidak akan mampu dicapai dengan hanya mengejar pendapatan perkapita yang tinggi semata. Konsultan RM7.2 billion terbukti GAGAL menyelesaikan masalah. PEMANDU juga terbukti TIDAK MAMPU mengatasi kemelut ekonomi domestik sekian lama. Najib, Idris Jala, Wahid, Husni, Hasan Malek, Ahmad Maslan, KJ, Nazri, Hisham dan Saifuddin etc. sudah pastinya bukan ikon yang boleh diharap untuk menukar status Malaysia kepada negara maju menjelang 2020.

17. Ke mana sebenarnya hala tuju negara ini yang nak dibawa oleh Najib..nak jadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Jika isu asas rakyat yang berkait dengan Islam, Melayu dan keselamatan negara pun Najib GAGAL menanganinya secara bijak dan tegas, jadi apalah yang nak diharapkan kepada Najib untuk memacu ekonomi Malaysia agar kembali menjadi 'Harimau Ekonomi Asia' serta dicontohi negara Islam dan negara membangun lainnya sebagaimana yang pernah kita nikmati dulu.

18. Jika Najib bukan Perdana Menteri, he's nobody. Tiada siapa akan pedulikannya sama seperti Paklah. Najib bukan seperti Tunku atau Che Det yang walaupun sudah bersara, tetap punya pengaruh dan pengikut.

19. Jadi apa istimewanya Najib sebagai Perdana Menteri? Apa pilihan yang kita ada?
Anda mungkin

Zahid menghadapi gangguan, elok pergi berubat cepat

Aspan Alias

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/ZAHID_HAMIDI_050914_TMIHASNOOR_08.JPG
Zahid ternampak bayang dan terus merasa takut. Sebenarnya bayang itu adalah bayang beliau sendiri. Yang sudah terbukti beliaulah yang tidak setia kepada partinya. Beliau yang menyatakan yang beliau akan menjadi timbalan kepada Muhyiddin jika Najib mampu diketepikan akhirnya beliau pula yang menjadi timbalan kepada Najib yang beliau sendiri tidak lagi merasakan keyakinan. Sekarang beliau sendiri sudah merasakan yang Najib tidak lagi boleh bertahan dan menuduh ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.

Jika ada peluang beliau akan bersama Muhyiddin untuk kekal menjadi Timbalan kepada Muhyiddin kerana beliau telah merasakan yang umur dan usia politik Najib sudah hampir terkubur. Zahid nampaknya sudah mula melangkahkan silat pulutnya seperti yang beliau sudah lakukan semasa berpindah kesetiaan dari Anwar kepada Mahathir selepas beliau ditangkap ISA pada tahun 1998 dahulu.

Zahid sudah merasakan kepanasan oleh permainan beliau sendiri. Ternampak sahaja bayang beliau merasa panik sedangkan yang beliau takutkan itu adalah bayangan beliau sendiri. Yang lebih besar dosanya ialah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jika ada pun usaha untuk menumpaskan kepimpinan Najib ia bukannya usaha yang menusuk UMNO dari belakang. Ia mungkin usaha untuk memperbaiki kepimpinan UMNO dan caranya ialah dengan mengenepikan Najib dengan cara yang halal dan tidak terkeluar dari bidang undang-undang yang sah.

Sebaliknya Zahid mesti memahami seseorang pemimpin yang merosakkan kepimpinan UMNO itulah orang yang merosakkan UMNO. UMNO itu tidak bersalah jika kita lihat UMNO sudah ditinggalkan oleh ahli-ahlinya dan orang Melayu itu. Najib telah mencemarkan imej UMNO justeru UMNO itu sudah mula jelas dimusuhi oleh rakyat bukan kerana bencikan parti itu tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin yang tidak jujur menempel dan melekat ditubuh UMNO itu.

Menumpaskan Najib itu tidak semestinya tidak setia kepda UMNO, malahan menumpaskan Najib itu jika dilakukan oleh pemimpin UMNO itu adalah usaha yang sangat murni bagi pemimpin UMNO yang ingin menumpaskan kepimpinan UMNO itu. Najib yang disokong oleh Zahid itu merupakan penyumbang besar kepada keruntuhan UMNO di mata masyarakat. Parti itu sudah dipandang seperti sampah yang terapung dipermukaan air yang tidak mempunyai ‘direction’ perjuangannya lagi. UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing.

Jika UMNO dengan kepimpinannya sekarang mahukan ‘survival’ nya kekal maka rasuah adalah penyumbang besar untuk pengekalannya. Disebaliknya rasuah itu tidak akan membesar tanpa UMNO. Itu sebabnya UMNO dan rasuah itu saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Rasuah dan UMNO itu saling sandar menyandar diantara satu dengan lain jika hendak diulas dalam kata-kata yang mudah.

Orang ramai tidak mendengar usaha seorang pemimpin dengan isu SD dan sebagainya untuk menumbangkan Najib seperti yang disebut oleh Zahid yang sentiasa takut dengan bayangan beliau itu. Tetapi jika pun ada usaha itu yang bermatlamatkan untuk mengekal kepimpinan UMNO yang luar dari pimpinan yang sibuk melakukan kedurjanaan kepada UMNO sekarang, maka ia amat patut disokong.

Jika ia dilakukan oleh pemimpin UMNO maka itu merupakan langkah yang amat baik kerana Najib tidak akan berhenti untuk menyelamatkan UMNO. Najib sanggup membawa UMNO itu jatuh, namun untuk beliau berhenti ia tidak akan berlaku. Najib dan Zahid tidak sayangkan UMNO. Bukannya mereka tidak tahu yang UMNO akan tersungkur jika mereka in terus memimpin parti itu sehingga pilihanraya yang akan datang, tetapi mereka ini masih bergayut kepada parti itu kerana kuasa dan rasuah yang tidak akan kekal itu.

Jika apa yang disyaki oleh Zahid itu benar-benar wujud, ayuh kita berikan sokongan setidak-tidaknya UMNO itu ada harapan untuk kekal selepas pilihanraya nanti dan menyelamatkan negara dari diruntuhkan oleh pepimpinan Najib hari ini.

Pendeknya secara peribadinya saya berdoa agar apa yang disyaki oleh Zahid itu adalah perkara yang benar dan sesungguhnya usaha pemimpin yang dimaksudkan beliau itu merupakan seorang pemimpin yang sedang memberikan sumbangan besar kepada UMNO itu sendiri.

Buat masa ini Zahid elok tumpukan masa untuk menyusun jawapan kepada keteriibatan adik-beradiknya dalam urusan membawa 1.5 juta rakyat Bangladesh dalam tempuh tiga tahun ini. Jika Zahid membolehkan adik beradiknya mendapatkan kontrak untuk urusan memindahkan jutaan rakyat Bangladesh kenegara ini, kita boleh menganggapkan itu merupakan tindakan yang bersifat menjahanamkan imej parti yang beliau pimpin kerana itu adalah tindakan salah guna kuasa yang terang-terangan merosakkan kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Jika sebenarnya ada usaha dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN seperti yang Zahid tuduh itu mari kita berikan sokongan moral terhadap pemimpin itu. Jika berjaya pemimpin itu untuk menjatuhkan Najib, maka UMNO akan bertambah kuat selepas itu kerana yang melakukan usaha itu adalah pemimpin UMNO sendiri seperti yang dituduh Zahid itu.

Semoga UMNO itu selamat dengan adanya usaha itu jika benar apa yang dikatakan oleh Zahid itu. Ada pun peluang untuk UMNO itu selamat.

Betul kata WANITA UMNO LANGKAWI, NAJIB perlu pergi berubat

Shahbudin Husin


Apabila Abdul Rahman Dahlan mengatakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri terbaik sehingga ini, terutama dalam konteks menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak, ramai yang ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala.

Ini kerana, isu besar yang sedang melanda negara dan diperkatakan di seluruh dunia ketika ini ialah mengenai wang derma sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimana beliau boleh digelar terbaik sedangkan ada wang RM2,600 juta pernah mengalir ke dalam akaun peribadinya?

Tambahan lagi, Najib juga tidak pernah jujur mengaku mengenai wang itu, meskipun ia sudah masuk ke akaunnya sejak 2013 lagi.

Jadi, di mana terbaiknya Najib itu?
Terbaiknya Najib, barangkali ialah kemampuan beliau untuk tidak peduli dan seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan, malah tetap suci bersih di sebalik semua orang sedang memperkatakan mengenai dirinya dan mengaitkan dengan wang tersebut.

Meskipun SPRM sudah membersihkan namanya dengan mengatakan wang tersebut merupakan derma, beliau sebenarnya masih dibicarakan dari sudut moral oleh seluruh pelusuk dunia. Pemimpin tidak saja perlu bebas daripada mahkamah undang-undang, tetapi juga mahkamah rakyat yang melihatnya dari sudut bersih dan kelihatan bersih.

Semalam, beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang bertujuan mengawal selia pembiayaan dana politik bagi memastikan kebertanggungjawban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat.

Jawatankuasa ini juga katanya, akan menimbang semua aspek, termasuk perubahan institusi, pemantauan, penguatkuasaan undang-undang serta peraturan baru mengenai pembiayaan politik di negara ini.

Mungkin tidak menghairankan jika yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa ini bukan Najib atau sekiranya ketika membuat pengumuman ini beliau tidak dibelenggu dengan isu derma politik sebesar RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tanpa memperdulikan semua orang sedang bercakap mengenainya di samping desakan agar beliau berterus terang mengenai wang tersebut - siapa pendermanya, apa tujuannya menderma sebesar itu, bagaimana ia dibelanjakan dan mana baki selebihnya, Najib memang "terbaik" dalam konteks mempersembahkan dirinya seolah-olah pemimpin paling bersih dan berwibawa.

Ketam di tepi pantai yang sedang mengajar anaknya berjalan pun boleh kalah dengan kehebatan Najib ini!!

Bukankah sebelum menubuhkan jawatankuasa ini, Najib seharusnya jujur kepada dirinya dan kepada seluruh rakyat mengenai wang RM2,600 juta itu terlebih dahulu?

Sebelum ini pula, dalam mempertahankan mengenai derma politik itu, beliau juga berkata sedia mendedahkan akaun UMNO jika parti-parti pembangkang turut sama-sama berbuat demikian.

Ini pun terbaik juga. Yang dibangkitkan ramai sebenarnya ialah akaun peribadinya tapi yang sedia didedahkannya pula akaun UMNO. 
Namun demikian, apabila beberapa parti pembangkang satu demi satu sedia menyahut cabarannya, Najib tidak lagi bercakap mengenainya. Mungkin sedang mencari idea lain agaknya.

Minggu lepas, menjadi viral di media sosial apabila perwakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saaduddin mengkritik keras Najib dengan dakwaan telah "kencing" tiga juta ahli UMNO dan menyarankannya agar pergi "berubat" dengan segera.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan cara teguran beliau itu, lebih-lebih lagi tidak lama sebelum itu Najib juga dikatakan sebagai Perdana Menteri terbaik yang pernah kita ada.

Tapi nampaknya ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Anina - Najib perlu segera dibawa "berubat" sebelum UMNO dan kerajaan terus menjadi bahan persendaan dalam banyak tindakannya yang orang Cina kata "cakap tak serupa bikin." (SH 15/08/2015)

Mana baki RM2.6 bilion, Muhyiddin tanya Najib

 Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Kontroversi tercetus selepas The Wall Street Journal membuat pendedahan berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen pilihan raya pada 2013 lalu.

Najib tidak menafikan pada awalnya tetapi memberi amaran ke atas akhbar luar negara tersebut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Susulan daripada pendedahan tersebut, sebuah pasukan khas terdiri daripada pihak polis, Bank Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan itu.

Baru-baru ini, pihak SPRM mengumumkan wang tersebut adalah derma politik kepada Najib tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sumber wang tersebut.

Beberapa ahli Kabinet Najib sebelum ini berkata, tidak salah wang disalurkan ke dalam akaun peribadinya kerana beliau mempunyai kapasiti menjadi pemegang amanah bagi Umno.

Malah, Muhyiddin sebelum ini dalam sebuah video yang dibocorkan juga pernah mempersoalkan Najib mengenai kontroversi dana tersebut dan menuntut penjelasannya. – 14 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-jelaskan-baki-dari-rm2.6-bilion-dalam-akaun-kata-muhyiddin#sthash.0mVHxzn2.dpuf

Thursday, 13 August 2015

Apakah KU LI & MAHATHIR sedang berpakat untuk benamkan NAJIB..??

(Asia Sentinel)


12 Ogos 2015 - Keadaan politik Malaysia yang semakin kelam telah menjentik hati dua orang yang satu ketika dulu musuh ketat politik – mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan seteru ketatnya dalam kepimpinan UMNO Tengku Razaleigh Hamzah – untuk berganding bahu menubuhkan satu kerajaan perpaduan untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak.

“Memang ada krisis kepimpinan di Malaysia dan pendapat umum hanya ada seorang calon yang boleh menamatkan krisis itu,,” kata seorang kawan lama Razaleigh yang telah meminkan peranan menemukan semula dua orang tokoh politik itu. “Hanya Ku Li [Razaleigh], adalah penyelesainya. Soalnya sekarang ialah bagaimana mungkin menyusun atur mekanismanya.”

Sumber-sumber di Kuala Lumpur berkata bahawa Najib sudah pun memasang "kuda-kuda" dan enggan melayan sebarang desakan agar turun melepaskan jawatannya dengan sukarela. Adalah dipercayai dia telah mengugut untuk meruntun sama tokoh politik dan pegawai lain seandainya beliau dipaksa turun.

Para sahabat dan sekutu Razaleigh sudah pun mencuba selama beberapa minggu memujuk beliau agar turut sama dalam usaha menyingkirkan Najib. Akan tetapi, hakikat bahawa dua tokoh yang berseteru ketat dalam UMNO itu sanggup mencari jalan serasi dalam perjuangan mereka kali ini adalah satu petanda betapa buruknya keadaan politik dan ekonomi Malaysia.

Mahathir dan Razaleigh sudah pun mengadakan pertemuan Selasa lepas, 11 Ogos 2015 kata sumber itu. Sambil menambah bahawa halangan yang paling besar ialah memaksa untuk diadakan undi tidak percaya di Parlimen..

Dua orang tokoh itu yakin akan mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang mempunyai 89 kerusi dari keseluruhan 222 kerusi Parlimen, walaupun undi segelintir wakil PAS boleh diragui gara-gara berlakunya perpecahan dalam parti itu pada awal tahun ini. Usaha untuk mendekati pegawai-pegawai Pakatan tidak membuahkan hasil.

Parlimen yang tidak berfungsi

Barisan Nasional yang memrintah memilikki 132 kerusi, tetapi UMNO hanya ada 88 kerusi dari jumlah tadi. Pilihanraya umum dijangka akan diadakan menjelang April 2018 – kecuali keadaan menggugat Najib untuk mengekalkan kedudukannya. .

“Keadaan parlimen yang tidak berapa berfungsi itu membolehkan speaker parlimen [Pandikar Amin Mulia] menjadi seorang speaker yang tidak demokratik,” kata sumber, seorang peguam perlembagaan.

“Dia menguasai parlimen bagi pihak pakatan pemerintah dan bukan sebagai seorang pemimpin sebagai seorang speaker yang berkecuali. Dia enggan memberi ruang untuk diadakan undi tidak percaya keatas perdana menteri yang sedang berkuasa sedangkan beliau kononnya sudah pun kehilangan sokongan rakyatnya,.”

Namun, dengan keadaan akar umbi yang sentiasa bergelojak gara-gara skandal kewangan yang mengaitkan Najib kepada kemelut dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad, ada segelintir parti komponen BN mungkin terjentik mahu melompat parti.

Sebagai contoh, The Malaysian Chinese Association (MCA), sudah merasa gelisah terhadap sikap UMNO cenderung ke arah fundamental Islam dan retorika keutamaan Bangsa Malayu. Parti Kristian di Malaysia Timur mungkin terbuka untuk dipengaruhi..

Berapa hebatkah pengaruh sebenar yang dimiliki oleh dua tokoh otai itu masih samar-samar lagi.Walaupun Razaleigh, 78, berjaya mengekalkan kerusinya di parlimen, dia sudak lama tidak menenggek barisan kepimpinan tinggi UMNO sejak 1987, apabila dia telah mencabar Mahathir untuk jawatan presiden parti dan tumpas dalam satu pertarungan membelah UMNO yang menjamin permusuhan mereka.

Mahathir, 90,masih kekal sebagai satu tenaga berbisa, tetapi dia sudah berusaha menjatuhkan Najib selama lebih satu tahun, tetapi tidak juga berjaya.

MALAYSIA’S MAHATHIR & RAZALEIGH TEAMING UP TO SINK NAJIB
Asia Sentinel

Wednesday, 12 August 2015

Game over jika RM2.6 bilion rasuah


Datuk Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR - "Permainan tamat," itulah yang dikatakan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan jika benar wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rasuah.

Bagaimanapun Abdul Rahman yakin wang tersebut bukan rasuah dan ia dibenarkan oleh perlembagaan parti dan undang-undang negara.

Menurutnya, biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut bagi mengesahkan perkara itu.

"Tanya SPRM lah, sudah tentu perdana menteri cakap ia bukan rasuah. Kalau tidak game overlah," katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui terdapat permainan kuasa dalam siasatan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, jika siasat itu hanya berkisar aliran akaun syarikat tersebut sudah tentu siasatan dibuat SPRM dapat diselesaikan dalam masa singkat.

"Tetapi bila agenda lain bermain dalam 'wayang kulit' itu maka (keadaan) menjadi isu besar. Itulah masalahnya,"  katanya.

Beliau sebelum itu ditanya adakah kenyataan yang dikeluarkan Najib bertentangan dengan jawapan daripada SPRM bahawa wang RM2.6 bilion adalah wang derma dan tiada unsur rasuah.

Abdul Rahman berkata, terdapat ekosistem tidak percayakan kerajaan yang mana setiap jawapan yang diberikan ditambah dengan fitnah.

"Bila perdana menteri beri fakta dan 1MDB berikan fakta ada satu ekosistem dalam negara memperlekehkan kenyataan itu.

"Bila keadaan ini berlaku, langkah seterusnya adalah jalankan siasatan. Sebab itu perdana menteri sangat terbuka bila ada soalan mengenai 1MDB, beliau suruh  siasat," katanya.

Abdul Rahman berharap semua pihak berlaku adil kepada perdana menteri dan kerajaan dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan SPRM itu dengan baik tanpa menimbulkan sebarang spekulasi.

Beliau juga mempersoalkan kenapa wang derma yang diterima Umno menjadi terlalu kontroversi.

Katanya, mungkin penderma itu mahu melakukan kebajikan sepertimana Putera Arab Saudi Alwaleed Talal yang mendermakan  kesemua hartanya berjumlah AS$32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

"Kenapa tidak (didermakan) kepada Umno?

Penderma itu mahukan penduduk di kampung punya rumah, jalan raya berturap, dan pendidikan yang lebih baik.

"Kenapa apabila datang kepada Umno perkara itu menjadi terlalu subjektif. Sedangkan parti lain turut menerima sumbangan daripada luar negara, " katanya.

FATHUL BARI jawab isu "Wajib Taat Pada PM Walaupun Mencuri Harta Rakyat

Mudahnya menabur fitnah isu wajib taat PM

Fathul Bari
PENYEBARAN fitnah bahawa saya mengungkapkan 'Wajib taat pada perdana menteri walaupun dia mencuri harta rakyat'. Berikut adalah ulasan saya:

1) Fitnah ini disebarkan dengan meletakkan tajuk provokasi (seperti di atas) pada satu kuliah maghrib saya di sebuah masjid di Batu Caves pada 31 Mei 2011.

2) Video berdurasi 8 minit 19 saat itu merupakan jawapan saya kepada satu soalan tentang sejauh mana ketaatan kepada pemimpin. Adakah dengan kenaikan tarif elektrik mengharuskan kita untuk tidak mentaati pemimpin dalam hal yang makruf?

3) Terlalu banyak video-video ulasan saya tentang pemerintahan dan konsep mentaati pemimpin. Sila rujuk: http://www.drfathulbari.com/2015/08/menjawab-fitnah-wajib-taat-perdana.html

Jadi, sebarang kesimpulan yang ingin dibuat tentang pendirian saya, perlu mengambil kira ulasan-ulasan saya secara kolektif dan janganlah diputarbelitkan yang  kemudiannya boleh menjadi modal fitnah.

4) Oleh kerana, pemfitnah sentiasa gagal berhujah ilmiah, maka mereka cuba memutarbelitkan kenyataan saya dengan tujuan mengadu domba.

Sabda Nabi SAW: "Tidak akan masuk syurga pengadu domba". (HR ) Al-Imam al-Nawawi (w.676H) memberikan takrifan "al-Namimah" (adu domba) sebagai menukilkan kata-kata seseorang dan menyebarkannya dengan tujuan jahat. (lihat: al-Azkar, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, ms 99)

5) Mentaati Pemerintah Islam yang sah dalam hal yang ma'ruf adalah satu kewajipan selama mana tiada arahan melakukan maksiat. Asas pendirian saya berdasarkan hadis Nabi SAW:

"Wajib ke atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruhnya untuk melakukan kemaksiatan. Apabila pemerintah menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam  urusan maksiat tersebut)." (HR Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629)

6) Kezaliman pemerintah sudah tentu wajib diingkari dan dinasihati. Sabda Nabi SAW: "Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim." (HR Abu Daud, no:4344, al-Tirmidzi, no:2174). Asas menasihati adalah secara berhadapan dengan pemimpin bukan di belakangnya.

7) Kaedah "mengatakan kebenaran" atau menegur atau mengingkari atau menasihati semestinya perlu menepati methodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

8) Methodologi Ahli Sunnah dalam menasihati pemerintah:

a. Menasihati bukan provokasi.

b. Menyampaikan hujah bukan fitnah

c. Penuh kesopanan bukan kebiadaban

d. Dengan kasih sayang bukan kebencian

e. Secara bersendirian diutamakan bukan di jalanan atau terang terangan.

f. Dengan keikhlasan bukan kepentingan

g. Penuh penghormatan bukan mengaibkan

h. Bersangka baik bukan bersangka buruk

i. Dengan kebijaksanaan bukan kejahilan (cth: Bijak memilih tempat,masa,perkataan, menilai kemampuan diri, menilai masalah dan mafsadahnya)

*Saya memaafkan semua pemfitnah, pemaki hamun, pengadu domba, pengumpat dan penyebar yg tidak bertabayyun (selidik dahulu). Moga ALLAH mengampuni kita semua. Wallaahualam.

Dr Fathul Bari Mat Jahya ialah Exco Pergerakan Pemuda Umno dan Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (Ilmu)

Tuesday, 11 August 2015

Sedarlah wahai NAJIB, sesungguhnya penolakan ANDA berada dimana-mana..!!!



Shahbudin Husin, 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0ubygbvXmXHx5Y_lKdGlJNCae6fQ1Y36yLyDSc29EiC4Ffiz165yBe3WtgDx3XVJa5AGUhzHKG1PJdXo4bWMKfSt0Ov6Z_4ZTh6b7gdExAq-Ei41HbJMyMw2YT_hTy2W3hxe-qrhw1Og/s1600/RARA++2med.jpg
Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO  serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan unfuk meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi. 

Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara.

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? (SH 11/08/2015)


Dahsyat wanita UMNO Langkawi ni...


Wanita UMNO Johor yang juga tidak kurang dahsyatnya...


Pemuda UMNO pun bersuara sama...


Luahan perasaan yang sebenarnya sedang dikongsi majoriti rakyat....


Di sini pun jadi untuk menyampaikan mesej...


Seorang pemuda sedang menyiapkan kain rentang...


Cara ini lagi gempak....


Mesej yang jelas, terang lagi nyata.....


Di perhentian bas pun ada...


Luahan hati orang Johor berikutan pemecatan Muhyiddin...


Salute bro....


Relakslah Mykmu, lawanlah dengan hujah...

Seorang lagi pemilik kereta yang berani, tabiklah....

Monday, 10 August 2015

Dr M: Demo desak PM undur pilihan akhir

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri Najib Razak dari jawatan perdana menteri.

"Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang ini.

Beliau menjawab soalan mengenai perhimpunan #TangkapNajib pada 1 Ogos dan perhimpunan BERSIH 4 yang dirancang untuk diadakan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.



Fathul Bari - Wajib Taat Pada PM Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat


Hadis ‘Irbadh bin Sariyah,

صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا؟ فَقَالَ «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا…

“Suatu hari Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam shalat bersama kami. Selesai shalat, beliau menghadap kami lalu memberikan peringatan yang sangat mendalam, membuat berlinangan air mata dan menggetarkan hati. Hingga ada yang bertanya: ‘Wahai Rasulullah, seakan-akan ini nasihat dari orang yang akan pergi. Lalu apakah yang engkau wasiatkan kepada kami?’. Beliau bersabda: ‘Aku wasiatkan kalian untuk bertaqwa kepada Allah, serta mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi…’” (riwayat Abu Daud 4607, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Dawud)

Wasiat pertama: Bertakwalah kepada Allah

Umum pengertian takwa adalah melakukan apa yang Allah SWT perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah SWT larang. Kesan daripada takwa akan menjadikan manusia tunduk, patuh, taat dan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Rangkap pertama perkataan Nabi SAW di dalam hadis yang masyhur di atas, “uushiikum bi taqwallaah” (aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah).

Wasiat pertama Nabi mengingatkan manusia akan tanggungjawab manusia terhadap Allah. Ayat Al-Quran juga ada menyebut “hablun minAllah wa hablun min an-naas” yang bermaksud hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.


Dalam rangkap pertama wasiat Nabi SAW baginda menjelaskan tentang hubungan dengan Allah.  Sebesar-besar hubungan dengan Allah SWT adalah takwa. Kemudian barulah datang perkara yang seterusnya iaitu hubungan dengan sesama makhluk. Dalam hubungan sesama makhluk, yang paling besar dan utama adalah hubungan dengan pemerintah.

Wasiat kedua: Dengarlah dan taatlah kepada pemerintah

Tugas pemerintah adalah mengatur dan menyusun kehidupan rakyat. Sebab itu setelah selesai berbicara tentang hubungan dengan Allah SWT, Nabi terus menyebut “was-sam’i wath-thaa’ah wa in ‘abdan habasyiyya” (dan dengarlah dan taatlah walaupun yang memerintah kalian adalah hamba abdi Habsyi).


Hamba abdi Habsyi adalah yang berasal dari Negara Habsyah (Ethiopia, Afrika) dan mereka berkulit hitam. Kebiasaan orang arab adalah berkulit putih. Jadi wasiat Nabi SAW, walaupun yang menjadi pemerintah itu adalah hamba abdi yang berkulit hitam yang bukan berasal dari kalangan mereka, tetap manusia wajib memberi ketaatan kepadanya setelah selesai hubungannya dengan Allah SWT.

Dari sini menunjukkan bahawasanya perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan dan kerajaan sebenarnya merupakan prinsip dasar daripada prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Ada orang berkata, tidak disebut perkara berkaitan taat kepada pemerintah di dalam rukun Islam. Ya benar ianya tiada. Bahkan rukun shalat, kewajipan bersikap amanah di dalam jual beli, rukun nikah kahwin juga tidak disebut di dalam rukun Islam dan rukun Iman. Namun perkara-perkara tersebut merupakan sebahagian daripada Islam, bahkan sebahagian ushul daripada prinsip Ahli sunnah wal Jama’ah.

Contohnya apabila orang pada hari ini mengharuskan perkahwinan sesama jantina, lelaki boleh berkahwin dengan lelaki. Adakah ini tidak melanggar prinsip dasar Islam?

Contoh lain adalah tentang kedudukan sahabat Nabi RA. Adakah ia disebut di dalam rukun Islam atau rukun Iman? Rukun Islam dan rukun Iman tidak menyebut nama sahabat Nabi seorang pun. Tetapi beriman akan kedudukan sahabat Nabi adalah perkara dan prinsip ushul/dasar daripada prinsip-prinsip Islam.

Barangsiapa yang merendahkan kedudukan sahabat Nabi RA boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam. Apatah lagi kafir-mengkafirkan sedangkan menghina para sahabat pun turut dilarang. Sebab itu di dalam hal ini kita berbeza dengan golongan Syiah, di mana perbezaan antara Ahlus Sunnah dan Syiah adalah pada perkara dasar, yakni mereka mengkafirkan sebahagian besar sahabat Nabi RA. Tidak perlu kita berbicara atau mengkaji perbezaan-perbezaan yang lain, kerana apabila mereka mengkafirkan sahabat Nabi, maka cukup. Di situ sahaja telah ada pemisah antara kita dan mereka. Selesai. Namun hal ini tiada juga disebut di dalam rukun Islam.

Begitu juga dalam hal karamat al-auliyaa (keramat para wali). Keramat para wali memang ada dibicarakan di dalam Islam, bahkan dibicarakan secara khusus di dalam kitab-kitab akidah. Keramat dan keistimewaan Allah SWT anugerahkan kepada para wali yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang Allah SWT tetapkan. Bukan tok wali yang kebanyakan kita labelkan, asal boleh terbang atau mengetahui hal-hal ghaib maka dianggapnya wali. Sampai ada orang pernah berkata “aku tidak mahu bersalam dengan orang itu kerana aku lihat tangannya serupa tangan syaitan.” Kasyaf apakah yang seperti itu? Ini satu perkara yang jelas penyelewengannya di dalam agama.

Antara contoh karamah yang Allah berikan kepada wali yang dibicarakan di dalam kitab aqidah, antaranya penggunaan masa mereka. Cuba fikirkan secara logik orang yang sangat kurus seperti Imam An-Nawawi (wafat 676h.), seorang yang sangat kurang makan dan tidak berkahwin kerana terlalu sibuk dengan ilmu, sepanjang hidupnya yang singkat beliau mampu menulis sekelian banyak kitab dengan tulisan tangannya, dengan hanya menggunakan dakwat celup. Al-Majmu’ karangannya merupakan antara kitab yang tersohor di dalam mazhab Asy-Syafi’i, dan banyak lagi kitab-kitab fiqh, kitab hadis, kitab berkenaan perawi hadis, dan banyak lagi tulisannya di dalam pelbagai bidang agama yang diulang cetak, disyarah dan diterjemah. Kalau kita fikir secara logik kelihatan ajaib sungguh, tidak sesuai jumlah kesemua kitab-kitab karangannya dengan dirinya yang wafat pada usia muda. Ini adalah satu karamah.

Para wali adalah orang-orang yang Allah pilih. Tidak perlu dipilih atau dilantik oleh mana-mana manusi, dan tidak ada kursus yang khas untuk menjadi wali. Sebab wali dipilih dan ditetapkan oleh Allah SWT. Allah menyebut ciri-ciri wali di dalam Al-Quran,

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang beriman dan selalu bertaqwa.” (surah Yunus : 62 – 63)

Barangsiapa yang memiliiki ciri-ciri ini maka dia adalah wali Allah, tidak perlu dia pandai berjalan di atas air. Perkara ini telah disebut oleh ulama terdahulu, antaranya Imam Al-Syafi’i rahimahullah,

لو رأيتم الرجل يمشي على الماء، أويطير في الهواء، فلا تعتدوا به ولا تغتروا به حتى تعرضوه على كتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Sekiranya kalian melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka janganlah mempercayainya dan tertipu dengannya sehingga kalian mengetahui bagaimana dia dalam mengikuti Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.” (A’lamus Sunnah Al Manshurah, muka surat 193)

Ini menunjukkan cara penilaian wali adalah bertepatan atau tidak dengan sunnah Rasulullah SAW. Para wali ada yang dari kalangan para sahabat RA, di mana kesemua para sahabat adalah auliya (wali-wali Allah). Ada juga para wali dari kalangan para ulama, dan tidak terhad kepada itu sahaja.

Apa yang hendak saya sampaikan ini adalah perbincangan tentang karamah yang Allah SWT berikan kepada para wali tidak termasuk pun di dalam rukun Islam dan rukun Iman, tetapi ia termasuk dalam perkara ushul yakni prinsip dasar permasalahan akidah.

Begitu juga dalam prinsip al-wala wal bara (prinsip ketaatan dan berlepas diri). Ia tiada di dalam rukun Islam. Adakah al-wala wal bara di dalam rukun iman? Tidak ada. Tetapi al-wala wal bara merupakan satu ushul yang penting dalam prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Begitu juga dengan isu berkaitan pemerintahan, kerajaan dan pentadbiran. Cara para ulama Ahlus sunnah wal Jama’ah sejak zaman berzaman mereka meletakkan topik berkenaan dengan pemerintahan ini di dalam perbincangan ushul yakni dasar-dasar akidah.

Antara dalilnya adalah hadis yang disebutkan di awal tadi. Nabi mewasiatkan secara jelas agar bertakwa kepada Allah dan kemudian dengar dan taatlah kepada pemerintah walaupun yang memerintah adalah hamba Habsyi yang berkulit hitam. Ini menggambarkan bahawa hubungan dengan manusia yang paling utama kedudukannya adalah hubungan dengan pemerintah, dan ia merupakan satu urusan penting di dalam akidah.

Dan kerana itu juga para ulama memandang serius akan hal-hal yang berkaitan ketaatan kepada pemerintah, ianya adalah disebabkan dasar-dasar dan prinsip-prinsip akidah. Dan kerana ini juga setiap muslim harus berhati-hati dan menjaga urusannya terhadap pemerintah, bukan kerana faktor-faktor lain seperti ingin mendapatkan keuntungan duniawi atau takut haknya dirampas, tetapi sikap berhati-hati terhadap pemerintah yang dimiliki oleh setiap ahlus sunnah adalah agar tidak mencacatkan pegangan akidahnya.

Wallaahua’lam.


Aduhai Najib.. Apalah malangnya, dah la siku buruk.. Hidung pula tak mancung..!!

Shahbudin Husin,


Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini barangkali yang tersibuk bagi Najib Razak kerana paling banyak bakal dirasmikan olehnya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya beberapa UMNO bahagian saja dirasmikannya manakala selebihnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain, tahun ini keadaan itu jadi sebaliknya.

Tahun ini seperti setiap minggu ada saja acara perasmian itu untuk Najib. Macam dah berlumba-lumba pula dengan Muhyiddin Yassin yang sudah dipecatnya. Sebahagiannya kerana jemputan bahagian, yang lainnya mungkin atas permintaan Presiden UMNO itu sendiri.

Minggu lepas, Najib merasmikan tiga bahagian iaitu Seremban, Kota Melaka dan Hulu Selangor. Ketika itu juga beliau perlu pergi ke kawasan Parlimennya, Pekan kerana mengadakan jamuan hari raya di sana.

Sibuk betul Najib sejak memecat timbalannya walaupun ada wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya....nasib baik ada jet peribadi dan helikopter yang boleh membawa ke sana sini dengan cepat.

Minggu ini pula beliau merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan Pasir Gudang, Johor. Di Pasir Gudang, sebagaimana yang diberitahu oleh Khaled Nordin, kehadiran Najib bukan atas jemputan atau kehendak bahagian itu tetapi kerana Najib sendiri meminta untuk menjadi perasminya.

Aduyai...malu wehh!!

Kenapa sampai meminta-minta. Biasanya jemputan merasmikan ini terpulang kepada sesuatu bahagian itu. Dengan kesibukan tugas sehariannya menguruskan negara, adalah biasa Perdana Menteri menolak jemputan merasmikan mesyuarat UMNO, tetapi tentulah luar biasa bila beliau seolah-olah merayu mahu datang ke sebuah bahagian itu.

Rasanya inilah pertama kali sejak UMNO ditubuhkan seorang Presidennya meminta untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian dan ia kemudian didedahkan pula seolah-olah UMNO Pasir Gudang tersepit di kedudukan "rela dalam terpaksa" menerima kehadiran Najib itu.

Di sisi Najib, perbuatan meminta-minta ini lebih tepat diumpamakan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

Jika UMNO Pasir Gudang sepenuhnya rela dan gembira dengan kehadiran Najib, buat apa Khaled perlu memberitahu kehadirannya sebagai perasmi itu bukan kehendak bahagian, sebaliknya diminta oleh Presiden UMNO itu sendiri?

Selepas memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, kehadiran Najib tidak lain ialah untuk "menyuci dosa-dosanya" terhadap perbuatannya itu sambil mengharapkan sokongan dapat diteruskan kepadanya.

Tetapi kehadiran Najib bukan saja mendapat sambutan lesu, itu pun setelah diingatkan oleh Khaled agar perwakilan UMNO Pasir Gudang yang diketuainya berdisiplin dan berhemah menyambut kedatangan tetamu, bahkan ugutan Najib sama ada BR1M perlu diteruskan atau sebaliknya, disambut dengan jawapan "tidak" oleh mereka.

Selain itu terdapat juga memorandum daripada cawangan-cawangan dalam UMNO Pasir Gudang yang diserahkan dengan tangan kepada Najib sendiri memintanya berehat daripada jawatannya.

Sekali lagi...malu weh diperlakukan sebegini rupa!

Harapan Najib untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO Johor dengan hadir merasmikan bahagian yang dipimpin oleh Menteri Besarnya bukan saja tidak kesampaian, malah malu pula bertompok-tompok menimpanya.

Ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak sehari sebelum itu, Najib bersungut kerana pemimpin UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahannya sedangkan mereka sudah menerima wang daripadanya.

"Sebagai Presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, adalah semata-mata untuk kepentingan parti, bukan yang lain-lain.

"Zaman saya banyak pertolongan disalurkan kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang pergi haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"Tetapi janganlah apabila (wang) sudah dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita pula tambah tuang minyak," katanya lagi.

Jika di Pasir Gudang, Najib menonjol-nonjolkan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", di Bandar Tun Razak pula, beliau tidak malu-malu bersikap "buruk siku" kepada pemmpin-pemimpin UMNO yang menerima wang daripadanya.

Sekali lagi, amatlah malang ada Presiden UMNO sebegini rupa. Kenapa perlu diungkit-ungkit pemberian yang sudah diberi? Berapa sebenarnya wang yang diberikan oleh Najib kepada bahagian-bahagian berbanding RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya?

Lagi pun, bukankah wang itu diberi untuk menggerakkan aktiviti parti dan bukannya sampai ke peringkat mempertahankan sesuatu yang tidak wajar atau salah dilakukan oleh Presiden UMNO sekali pun?

Apakah jika tidak didedahkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report, Najib mahu mengaku wang RM2,600 juta itu sebagai sumbangan penderma untuk dana politik?

Apa pun, sama ada secara nyata mahu pun terlindung, sikap "buruk siku" dan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" yang ditunjukkan oleh Najib ini tidak lain menunjukkan dirinya semakin terdesak untuk mempertahankan diri, walaupun hakikatnya sudah wujud tanda-tanda beliau semakin tidak dikehendaki lagi dalam UMNO.

Dalam kehidupan seharian pula, orang "siku buruk" dan ditambah pula dengan perbuatan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" adalah mereka yang paling dibenci dan diumpat setiap hari.

Begitu juga dengan Najib, dua perbuatannya ini akan terus menjauhkannya daripada UMNO dan juga rakyat. Penolakan dan kebencian itu sudah kian merata sehingga semakin ramai tidak segan-segan meluahkannya di facebook milik Najib sendiri.

Takkan Najib masih tak faham dan terus mahu "bermuka tebal" lagi? (SH 10/08/2015)

'RM2.6b untuk p'raya? Tak masuk akal'


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan untuk kempen pilihan raya adalah tidak masuk akal.

Lebih-lebih lagi apabila melihat gaya hidup Najib yang nampak lebih mewah daripada yang boleh ditampung dari gaji seorang perdana menteri, kata Mahathir.

Malah, beliau juga hanya memerlukan kurang dari RM10 juta untuk setiap kempen pilihan raya BN yang diketuainya.

Mahathir menulis demikian di blognya, chedet.cc bagi menjawab penjelasan Najib kepada pemimpin BN bahawa jumlah RM2.6 bilion itu digunakan untuk pilihan raya.

“Penjelasan bahawa lebih RM2 bilion digunakan untuk pilihan raya adalah tidak masuk akal. Saya hanya perlukan kurang dari RM10 juta untuk setiap satu daripada lima (kempen) pilihan raya yang saya ketuai, dan saya memenangi kesemuanya dengan majoriti lebih dua pertiga.

“Kenapa anda perlukan RM2.6 bilion? Adakah untuk merasuah ahli politik atau penjawat awam atau untuk memanipulasi pilihan raya? Itu tidak betul, apa lagi sah di sisi undang-undang,” kata Mahathir.

Mengulas lanjut mengenai gaya hidup Najib, Mahathir berkata, tiada perdana menteri yang mampu hidup seperti itu dengan gaji RM20,000 sebulan.

“Kemewahan majlis pertunangan dan perkahwinan jauh melebih majlis golongan raja-raja. Beberapa majlis diadakan di Malaysia dan juga di Kazakhstan.

“Para tetamu diberi pelbagai hadiah oleh tuan rumah. Jelas sekali puluhan juta ringgit dibelanjakan, jauh melebihi apa yang mampu ditanggung oleh PM Malaysia,” katanya.

Mahathir juga mempersoalkan mengenai pembiayaan filem “porno” The Wolf of Wall Street oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan juga rombongan “membeli-belah di London, Paris dan tempat lain”.

“Jelas sekali PM dan isterinya memiliki wang yang lebih banyak daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM,” tambahnya.

Tun M - Derma Arab RM2.6 bilion 'bullshit'



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

40 tahun bersama Umno, jangan panggil saya pengkhianat, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agar tidak melabelkannya sebagai pengkhianat Umno kerana bukan sedikit jasa yang disumbangkan sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam parti Melayu itu.

Timbalan presiden Umno itu berkata, golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti.

“Saya sudah berada dalam parti hampir 40 tahun waktu mana saudara belum lahir pun. Jangan perbodohkan saya (gelar) pengkhianat. Siapa pengkhianat? Ada orang tuduh saya pengkhianat. Waktu itu dia masih lagi berhingus.

“Takkanlah saya buat macam ini dah jadi pengkhianat. Pasal saya tidak diletak dalam jemaah menteri sudah digelar pengkhianat.

“Sebelum itu semua tabik saya. Mesti adil. Kita sedang berdepan zaman susah. Bukan zaman kegemilangan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara petang ini.

Muhyiddin mengimbau kembali antara sumbangannya ketika menjadi menteri besar Johor cuba menyatupadukan kembali orang Melayu selepas parti Melayu itu diharamkan pada 1988.

Katanya, Perhimpunan Melayu Johor diadakan pada waktu itu dengan menghimpunkan 200 pertubuhan besar dengan Tun Hussein Onn diangkat sebagai penaung gabungan itu.

“Bila Umno diharamkan, perpecahan Melayu agak jelas di seluruh negara. Oleh kerana saya jadi menteri besar, saya bertanggungjawab kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia di Johor untuk bersatu padu.

“Saya peringatkan diri saya, tidak mahulah sewaktu tidak berada di Johor, ditulis dalam sejarah ada manusia yang pada waktu itu menjadi menteri besar tidak berbuat apa-apa menyelesaikan perpecahan Melayu Umno Johor.

“Memang tuan-tuan tidak ingat. Dah tua saya ini. Banyak pengalaman. Jadi hendak buang saya ini, rugi,” katanya. – 9 Ogos, 2015.

TMI

Sunday, 9 August 2015

PANAS | Lelaki Ini Dedah Mengapa Penemuan Cebisan MH370 Di Pulau Reunion TIDAK LOGIK

$%Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita yang amat berat untuk diterima, lagi-lagi bagi keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Berita itu sendiri telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa cebisan yang dijumpai di Pulau Reunion itu adalah kepunyaan MH370.
Dengan berita itu, segala misteri dan tanda tanya sudah pun terjawab.. Namun ada sesetengah pihak yang musykil dengan pengesahan perjumpaan cebisan di pulau yang terletak di Perancis tu. Terbaru, individu ini mengemas kini status di Facebook dan menyatakan kenapa cebisan yang dikatakan milik MH370 itu sama sekali tak masuk akal.
“Ini pendapat saya..”
“Ini padahnya bila buat skrip tu tak tahu selok belok aviation..”
“Kami tahu anda berbohong”- Isteri Pramugara yang hilang bersama MH370
Isteri kepada pramugara yang hilang bersama pesawat MH370 itu juga berstuju dengan statement yang dikeluarkan Mohd Roshdi Hassan. Kami nak komen panjang lebar pun tak boleh sebab kami memang tak tahu selok belok atau pengetahuan tentang course penerbangan ni. Moga-moga kebenaran akan muncul satu hari nanti!

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive