UtusanDaily

Thursday 16 January 2014

Terbuka Australia catat rekod tarik diri paling ramai

Melbourne: Terbuka Australia yang berlangsung dalam cuaca panas turut mencatat rekod pemain menarik diri paling ramai, menurut penganjur, apabila suhu mencecah hingga 40 Celsius untuk hari kedua berturut-turut, semalam.

Selepas pusingan pertama, ia dibayangi dengan pemain yang pengsan dan muntah dalam bahang itu, manakala sembilan lagi sama ada menarik diri atau mengalah dalam perlawanan masing-masing.


Biarpun kebanyakan pemain dikatakan cedera, wakil Belanda, Robin Haase keluar daripada saingan berikutan kekejangan, sesuatu yang jarang berlaku disebabkan cuaca panas.

Pemain Kanada, Frank Dancevic, yang pengsan ketika tewas kepada Benoit Paire berkata, pemain mudah mengalami kecederaan disebabkan kepanasan melampau.

“Saya rasa apabila anda berlari dalam gelanggang dengan pening, anda mungkin cenderung untuk mengalami kecederaan. Anda tidak boleh bermain dengan cara yang anda mahu bermain, anda tidak boleh bergerak dengan cara yang anda mahukan.

“Sudah pasti ia menyebabkan pemain mengalami kecederaan,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive