UtusanDaily

Saturday, 11 January 2014

Baca, fikir dan kemudian bertindak...

MOHAMMAD FAHMI

''Banyak berfikir tapi kurang gerak kerjanya''

''Lambakan bahan bacaan namun kurang kefahaman,

Lambakan idea kefalsafahan namun kurang praktikalnya''.

Baca, fikir & Bertindak

Ringkas dan padat. Namun sukar untuk dipraktik. Masyarakat memerlukan hasil dari buah fikiran anak muda sekarang. Idea yang dilontarkan bernas, namun pelaksanaan yang diharapkan tidak seperti dirancang. Idea tidak membumi kepada masyarakat.

Baca

Anak muda sekarang perlu lebih bijak dalam membaca. Perluaskan bahan bacaan. Jangan hanya tertumpu dengan satu genre bahan bacaan. Ibarat menaiki tangga, bermula dengan tahap satu sebelum ketahap seterusnya agar tak tersungkur di pertengahan jalan.

Selesai setiap kali membaca, idea-idea yang diperoleh sebolehnya dikongsi melalui penulisan artikel, diskusi dan lain-lain lagi.

Perkongsian ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak pencerahan kepada masyarakat majmuk tentang sesuatu perkara.

Bagi anak muda yang masih belum ada minat untuk membaca, biasakan diri dengan membaca keratan akhbar atau artikel yang kita minati sebelum beralih kepada pembacaan yang lebih ilmiah.

Fikir

Berfikir merupakan suatu proses yang unik. Berfikirlah yang membezakan manusia dan haiwan. Menurut Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukadimah, permulaan sesuatu tindakan adalah berakhirnya berfikir dan apa yang dimaksudkan berfikir adalah berakhirnya tindakan.

Perkaitan antara berfikir dan bertindak sangat rapat. Ianya seakan suatu kitaran hidup, selepas berfikir kita bertindak dan selepas bertindak kita berfikir semula.

Melalui berfikir juga terhasil pelbagai jenis falsafah dan melalui berfikir juga kita tercari-cari kebenaran serta keyakinan yang sebenar didalam kehidupan.

Bertindak

Setiap buah fikiran yang diperolehi perlu dinatijahkan dengan tindakan. Masyarakat mengharapkan idea-idea anak muda dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, intelektual, keagamaan dan sebagainya.

Oleh itu, setiap tindakan yang dirancang perlu memberi kesan yang menyeluruh terhadap pelbagai jenis lapisan masyarakat di negara kita. Bukan hanya program yang eksklusif untuk golongan-golongan tertentu sahaja.

Dalam membuat tindakan, kita tidak akan lepas dari mendepani pelbagai cabaran. Jadi pilihan diatas kita, kita berhak memilih dan bertanggungjawab keatas pilihan yang dibuat.

Dalam mendepani cabaran yang pelbagai, kita harus bergerak pantas seiring dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi didalam masyarakat. Jadikan pembacaan kita pembacaan yang berkualiti, berfikir secara kreatif dan kritis dan bertindak mengikut rasional bukan emosi.

Kisah antara Ustaz Pondok dengan Burung Tiong

Topeng Perak Unmasked

Alkisah di sebuah pondok, Seorang Ustaz memelihara burung tiong mas yang terlatih untuk berzikir seperti:

Assalamu'alaikum, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, dan lainnya

Suatu hari, pintu kurungan terbuka & burung itu terbang bebas. Bertebaran para pelajar pondok mengejar burung tiong mas itu, sementara si burung terbang entah ke mana sehingga burung itu dilanggar sebuah kenderaan yang melintas dengan laju hingga terkapar sambil mengeluarkan bunyi yang menyedihkan. Akhirnya  burung itu mati jua.

Sang Ustaz terlihat berbeza usai burung tiong emas itu mati, nampak sekali sedih hingga seminggu lamanya. Para pelajar yang melihatnya pun mengira Ustaz mrk bersedih kerana burung peliharaan itu mati, lalu mereka berkata:

"Ustaz, jika hanya burung yg mati itu yang membuat ustaz sedih, kami sanggup menggantinya dengan yang mampu berzikir juga. Tak perlu ustaz bermurung hingga sedemikian lamanya!"

Sang Ustaz menjawab:

"Aku bukan bersedih kerana burung itu."

Para pelajar brtanya: "Lantas kenapa ustaz?"

Sang Ustaz: "Kaliankan melihat bagaimana burung itu menemui kematian setelah dilanggar?"

Para pelajar: "Ya, kami melihatnya."

Sang Ustaz: "Burung itu hanya bersuara KKKKAAKK, KKKKHHEEK, KKKKAAKK, KKKKHHEEK,,, sedangkan selama ini burung itu sudah terlatih berzikir sedemikian rupa, namun saat merasakan PERITNYA sakaratul maut menjemput, hanya kesakitan jua yang terasa dan tidak tertanggung. Lalu aku teringat diriku, yang setiap hari terbiasa berzikir,

JANGAN-JANGAN NASIBKU SAMA SEPERTI BURUNG ITU, TAK KUAT MENAHAN SAKARATULMAUT LALU BUKAN ZIKIR YANG KUUCAPKAN.

Sedangkan burung itu tidak diganggu syaitan saat sakaratul maut, sedangkan manusia diganggu syaitan saat sakaratul maut. Tidak ada yang tahu bagaimana keadaan kita mati, khusnul khotimah ataukah su'ul khotimah?"

Para pelajar pun terdiam dan membenarkan bicara Ustaz mrk, dan mereka pun ikut murung dan bersedih memikirkan hal yang serupa dengan Ustaznya..

Lalu bagaimana keadaan kita saat dijemput sakaratul maut nanti ?
SUBHANALLAH..

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “ (Surah Al-A’raf: ayat 34)

"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya.” (Qaf: 19)

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." 

Firman Allah SWT yg bmaksud:

“Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke tenggorokan, dan dikatakan (kepadanya): ‘Siapakah yang dapat menyembuhkan?’, dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Rabbmu lah pada hari itu kamu dihalau. ” (Al-Qiyamah: 26-30) Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Ini adalah berita dari Allah subhanahu wata’ala tentang keadaan orang yang sekarat dan tentang apa yang dia rasakan berupa kengerian serta rasa sakit yang dahsyat (mudah-mudahan Allah subhanahu wata’ala meneguhkan kita dengan ucapan yang teguh, iaitu kalimat tauhid di dunia dan akhirat).

Wallahu a’lam bish showab.
Alkisah di sebuah pondok, Seorang Ustaz memelihara burung tiong mas yang terlatih untuk berzikir seperti:

Assalamu'alaikum, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, dan lainnya

Suatu hari, pintu kurungan terbuka & burung itu terbang bebas. Bertebaran para pelajar pondok mengejar burung tiong mas itu, sementara si burung terbang entah ke mana sehingga burung itu dilanggar sebuah kenderaan yang melintas dengan laju hingga terkapar sambil mengeluarkan bunyi yang menyedihkan. Akhirnya burung itu mati jua.

Sang Ustaz terlihat berbeza usai burung tiong emas itu mati, nampak sekali sedih hingga seminggu lamanya. Para pelajar yang melihatnya pun mengira Ustaz mrk bersedih kerana burung peliharaan itu mati, lalu mereka berkata:

"Ustaz, jika hanya burung yg mati itu yang membuat ustaz sedih, kami sanggup menggantinya dengan yang mampu berzikir juga. Tak perlu ustaz bermurung hingga sedemikian lamanya!"

Sang Ustaz menjawab:

"Aku bukan bersedih kerana burung itu."

Para pelajar brtanya: "Lantas kenapa ustaz?"

Sang Ustaz: "Kaliankan melihat bagaimana burung itu menemui kematian setelah dilanggar?"

Para pelajar: "Ya, kami melihatnya."

Sang Ustaz: "Burung itu hanya bersuara KKKKAAKK, KKKKHHEEK, KKKKAAKK, KKKKHHEEK,,, sedangkan selama ini burung itu sudah terlatih berzikir sedemikian rupa, namun saat merasakan PERITNYA sakaratul maut menjemput, hanya kesakitan jua yang terasa dan tidak tertanggung. Lalu aku teringat diriku, yang setiap hari terbiasa berzikir,

JANGAN-JANGAN NASIBKU SAMA SEPERTI BURUNG ITU, TAK KUAT MENAHAN SAKARATULMAUT LALU BUKAN ZIKIR YANG KUUCAPKAN.

Sedangkan burung itu tidak diganggu syaitan saat sakaratul maut, sedangkan manusia diganggu syaitan saat sakaratul maut. Tidak ada yang tahu bagaimana keadaan kita mati, khusnul khotimah ataukah su'ul khotimah?"

Para pelajar pun terdiam dan membenarkan bicara Ustaz mrk, dan mereka pun ikut murung dan bersedih memikirkan hal yang serupa dengan Ustaznya..

Lalu bagaimana keadaan kita saat dijemput sakaratul maut nanti ?
SUBHANALLAH..

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “ (Surah Al-A’raf: ayat 34)

"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya.” (Qaf: 19)

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Firman Allah SWT yg bmaksud:

“Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke tenggorokan, dan dikatakan (kepadanya): ‘Siapakah yang dapat menyembuhkan?’, dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Rabbmu lah pada hari itu kamu dihalau. ” (Al-Qiyamah: 26-30) Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Ini adalah berita dari Allah subhanahu wata’ala tentang keadaan orang yang sekarat dan tentang apa yang dia rasakan berupa kengerian serta rasa sakit yang dahsyat (mudah-mudahan Allah subhanahu wata’ala meneguhkan kita dengan ucapan yang teguh, iaitu kalimat tauhid di dunia dan akhirat).

Wallahu a’lam bish showab.

Perak paling banyak terima pelancong domestik

IPOH - Sebanyak 5.7 juta pelancong domestik mengunjungi Perak pada tahun 2012, menjadikan ia negeri yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik pada tahun itu.

Menteri Pelancong dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata maklumat daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia itu merupakan indikasi positif bagi Perak yang menyasarkan kedatangan sejumlah lima juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

"Saya percaya sasaran itu boleh dicapai memandangkan Perak mempunyai tarikan-tarikan pelancongan yang cukup baik daripada sudut sejarah, warisan dan budaya," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Pakej Pelancongan Kereta Api Perak sempena TMM 2014 di sini malam tadi.

Beliau berkata Perak kaya dengan sejarah dan warisan selain keindahan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.

"Antara tempat menarik di Perak ialah Taman Negeri Royal Belum, Gua Tempurung, Zoo Taiping dan Night Safari, The Limestone Wonder, Lumut dan Pulau Pangkor serta Kuala Kangsar Bandar Diraja," katanya.

Mengenai pakej pelancongan kereta api, Mohamed Nazri berkata kementerian bekerjasama rapat dengan Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia untuk menerajui industri itu bagi memaksimumkan potensinya.

"Perak merupakan negeri pertama melancarkan pakej itu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

TMM 2014 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Jan lepas adalah siri keempat kempen TMM, lanjutan daripada kejayaan tiga kempen terdahulu iaitu pada 1990, 1994 dan 2007.

Kempen kali ini pasti akan memacu industri pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi selain memberi faedah kepada setiap sektor industri pelancongan dan pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara.- Bernama

Kisah benar kenapa murid sanggup serahkan punggung untuk cikgunya pukul...

KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

46 buah kenderaan berlanggar di lebuh raya


DUA orang anggota pihak berkuasa memeriksa lokasi nahas melibatkan 46 buah kenderaan di lebuh raya Intersate 84 di Meridian kelmarin.

MERIDIAN, Idaho - Sebanyak 46 buah kenderaan berlanggar dalam nahas di lebuh raya Intersate 84 yang turut melibatkan sebuah lori membawa muatan balak di sini kelmarin.

Jurucakap Polis Negeri Idaho di Amerika Syarikat, Teresa Baker berkata, nahas itu berlaku semasa beberapa orang kakitangan perkhidmatan kecemasan cuba untuk membuang serpihan satu lagi nahas di lebuh raya tersebut.

Menurutnya, seorang pemandu sebuah kereta Subaru yang berwarna hitam cuba untuk memasuki lorong kanan tetapi ia melanggar sebuah lagi kereta Subaru berwarna perak.

Sebuah lori yang membawa muatan balak kemudian merempuh kereta Subaru berwarna hitam itu.

Empat buah treler kemudian turut terlibat dalam nahas itu bersama dengan kenderaan lain.

Menurut Baker, sebanyak 10 orang cedera dalam nahas tersebut. - AP

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2q1Qb0uQp
Hakcipta terpelihara

Air Terjun Niagara dikatakan membeku disebabkan fenomena

It's probably one of the most amazing wonders of mother nature. Because of the severe cold weather, huge ice formations are starting to take shape along Niagara Falls—the American side—and the result is an incredible landscape of bubbling, whirling ice.

Earlier this week, a picture of the frozen falls popped up online, but it turned out to be from 2011. Meanwhile, Niagara Falls native Caitlin Dewey took to the internet to set everyone straight, saying, "No, Niagara Falls is not 'frozen solid.'" And she's right—but there is an incredible amount of ice forming along its banks, and it's completely beautiful.

So, what are we seeing here? Well, the falls themselves aren't frozen. Rather, the water along the banks has frozen, reaching out into the falls to cover much of the water. According to one Niagara Falls tourism site, sometimes it gets so cold that the other side will also freeze, creating an "ice bridge:"

 
 

Irma Hasmie bakal timang anak kedua

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Irma Hasmie bakal timang anak kedua
SHAH ALAM - Pengacara, Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira ini dikongsi oleh Redza Syah Azmeer menerusi gambar di Instagram yang memaparkan gambar bayi yang telah 'discan’.

“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya di instagram.
 
Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza.

Friday, 10 January 2014

Isteri Tak tahu suami nikah lain

KUALA LUMPUR - Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz A Majid memberitahu mahkamah, dia tidak tahu suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan wanita Australia semasa majlis perkahwinan adik iparnya.

Shahnaz, 51, berkata, dia terkedu apabila melihat Mahmud membawa wanita yang dikenali sebagai Louise Aida Hiley ke majlis itu di Wisma Mahmud, di Kuching, Sarawak sekitar tahun 1999.

“Saya tak pernah tanya sama ada mereka sudah bernikah ataupun belum. Saya hanya anggap mereka sudah berkahwin kerana sudah ada anak, beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir semasa perbicaraan kes tuntutan mutaah di mahkamah tinggi syariah di sini, semalam.

Menurut Shahnaz, dia juga tidak tahu anaknya, Raden Murya ada menemui wanita itu di Singapura beberapa tahun lalu walaupun ketika itu dia ada bersama anaknya.

Menjawab soalan Saadiah, Shahnaz berkata, dia dan bekas suaminya itu tidak tinggal bersama dan tidak berhubungan kelamin sejak tahun 2000.

Bagaimanapun, Shahnaz berkata, Mahmud ada memberi nafkah zahir setiap bulan selepas dia berpindah ke kediaman miliknya di Damansara walaupun tidak tinggal bersama.

“Dia (Mahmud) ada datang ke rumah meluangkan masa dengan anak menonton televisyen, atau menjemput anak keluar sama,” katanya.

Kata Shahnaz, dia menerima nafkah zahir sebanyak RM7,000 sebulan sejak 2001 hingga 2006, pada tahun 2007 dia menerima nafkah sebanyak RM10,000 setiap bulan, dan sejak tahun 2008 hingga 2011, nafkah bulanannya dinaikkan kepada RM12,000.

“Namun selepas Mei 2008 hingga kini, saya dan anak kami tidak menerima satu sen pun,” katanya.

Shahnaz akui menggunakan tiga kenderaan yang diberikan syarikat dan memegang jawatan di beberapa buah syarikat semasa masih bergelar isteri Mahmud.

Mahkamah turut dimaklumkan, dia mempunyai pegangan saham di beberapa buah syarikat milik bekas suaminya itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab disambung 22 Januari ini.

Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta, antara lain menuntut beratus hektar tanah di Sarawak, rumah, dan kereta mewah yang diisytihar sebagai harta sepencarian.

Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid turut memfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992, sah bercerai pada 11 Mei 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun.

Shahnaz diwakili peguam Dr Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader.

Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama

Oleh KEMALIA OTHMAN


Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.


KAJANG: Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.

Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.

Hafiz berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar dan mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.

Dia turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana).

Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan.

Mimbar Akhir Pencetus Ummah dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Aris Ariwatan, Hijaz dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.

Program itu dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis.

Selain itu, beberapa selebriti turut hadir bagi menyaksikan program akhir ini antaranya Rozita Che Wan, Heliza Helmi, Ayu Raudah, Datuk Ramli MS, Ashraf Muslim, Siti Nurdiana, Nubhan dan Yatt Hamzah.

Siti tunggu kejutan hari lahir dari Datuk K...


Siti Nurhaliza

JIKA tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mula bertudung penuh sempena ulang tahunnya yang ke-34.

Nampaknya pada 2014, penyanyi ini menanam azam  memperbanyakkan lagi kerja amal di bawah yayasan Nurjiwa kelolaan beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Menurut Siti, beliau berharap dapat melakukan kebajikan dan dapat mematangkan dirinya.

Malah, sempena usianya yang bakal mencecah 35 tahun pada 11 Januari ini beliau mengharapkan kehidupan yang lebih baik.

“Saya akan mula melakukan banyak kerja amal pada tahun ini. Maklumlah melakukan aktiviti amal, tidak akan membuatkan seseorang itu ditimpa kesusahan.

“Pada hari lahir, saya akan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Datuk K. Jadi, saya hanya tunggu kejutan,” katanya yang turut mengharapkan semua pihak terus mendoakan kebahagiaannya dan keluarga.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pasti ramai peminat Siti ingin tahu apakah hadiah yang bakal diterima penyanyi kesayangan mereka ini sempena hari lahir.

Selain pernah menerima seutas jam tangan Richart Millre yang ditempah khas berharga RM200,000, Siti juga pernah menerima beg tangan jenama LV yang bernilai RM40,000 daripada suami tersayang pada ulang tahun ke-31. Malah Siti pernah menerima hadiah berupa percutian selama 10 hari di beberapa buah negara termasuk Maghribi, Marakesh dan Dubai, sempena hari lahirnya.

Bagaimanapun, tahun lalu, sambutan hari lahirnya lebih sederhana berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana suaminya menjalani  rawatan akibat kemalangan di luar negara. Meskipun hanya sekeping kad dan sejambak bunga, namun ia tetap membuatkan penyanyi ini gembira dan berkongsi momen pemberian suami tercinta itu di laman Twiter miliknya.  

Beralih ke perkembangan seninya, Siti bakal mengadakan konsert amal eksklusif sebagai pembuka tirai 2014 iaitu Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where The Heart Is yang akan berlangsung di Dewan Plenary KLCC, pada 7 dan 8 Februari ini.

Menerusi konsert itu nanti, Siti akan mendendangkan lebih 14 buah lagu hitsnya, diselang seli interaksi bersama peminatnya dan bersedia menjawab apa saja soalan yang diberikan.

Menurut Siti konsert itu, sangat istimewa, selain tujuan amal, ia juga mempunyai beberapa kejutan dan bakal menampilkan konsep mini orkestra yang pastinya memberikan kepuasan kepada peminatnya.

Thursday, 9 January 2014

Tak Terfikir dek akal, penculik mintak wang tebusan RM51juta..

Polis Singapura tahan dua lelaki berhubung kes culik babitkan wang tebusan RM51 juta

SINGAPURA - Polis Singapura menahan dua lelaki, masing-masing berumur 41 dan 50 tahun, dalam tempoh 12 jam selepas laporan dibuat berhubung satu kes penculikan.

Pada 2.13 petang Rabu, seorang lelaki berusia 52 tahun membuat laporan polis menyatakan dia menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang menuntut dia membayar wang tebusan dolar Singapura 20 juta (RM51 juta) untuk pembebasan ibunya berumur 79 tahun.

Ibu lelaki itu kali terakhir dilihat di sekitar Hougang, di sini pada Rabu pagi.

Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Risikan Polis segera bertindak dan mengadakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti di mana wanita itu berada selain menjejak suspek.

Menjelang tengah malam, atas arahan penculik, lelaki itu meletakkan sebuah beg berisi wang tunai dolar Singapura 2 juta (RM5.16 juta) di Sembawang Park dan beredar dari situ.

Penculik kemudian membebaskan mangsa di kawasan Seletar West Camp awal pagi Khamis.

Selepas memastikan keselamatan mangsa, polis meneruskan operasi mereka dan kedua-dua suspek ditahan di sekitar Hougang dan Ang Mo Kio dalam masa 12 jam selepas laporan dibuat.

Polis turut memperoleh semula dolar Singapura 2 juta yang dibayar sebagai wang tebusan.

Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz2pur3yPkj
Hakcipta terpelihara

Siapa juara Pencetus Ummah?

AKMALIAH RAZAK, FOTO: AZMI ARYANTO
Siapa juara Pencetus Ummah?
Barisan Finalis Pencetus Ummah (dari kiri) PU Yeop, PU Shahul PU Hafiz dan PU Rahmat.


Berbeza latar belakang dan pendidikan, namun sasaran serta matlamat mereka dalam usaha dakwah adalah sama!

Itulah gambaran tepat bagi keempat-empat finalis Mimbar Pencetus Ummah (PU) dalam perjuangan mereka di pentas ilmu itu.

Berjaya bertahan sehingga minggu ke tujuh, sekali gus berjaya melangkah ke pentas akhir, masing-masing mempunyai perancangan tersendiri dalam meneruskan aktiviti dakwah.

Baik PU Shahul, PU Yeop, PU Hafiz mahupun PU Rahmat, masing-masing bersedia memberikan yang terbaik di pentas akhir PU yang berlangsung pada malam ini.

Memiliki peminat dan pengikut yang tersendiri, kemenangan keempat-empat finalis ini juga sukar diramal.

Pun begitu, perjuangan mereka untuk bergelar juara menuntut agar penyampaian yang diberikan pada malam ini lebih baik dan berbeza dari persembahan sebelum ini.

Dalam pada itu, mereka juga tampil berkongsi perancangan, impian, hala tuju dan usaha mereka dalam menyebarkan dakwah secara meluas kepada masyarakat.


Wujudkan perkampungan Islam

Bagi Shahrul Hameed MPH Seeni Md, atau lebih dikenali sebagai PU Shahul, 38, perjuangannya di medan dakwah ini bukan sekadar memandang kebendaan dan hadiah yang lumayan.

Menurut Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam (Anak Yatim) Darul Tahzhib ini, dia mempunyai perancangan utama untuk meneruskan dakwah dengan cara yang tersendiri

"Niat saya untuk bertanding dalam PU bersama rakan-rakan yang lain bukan kerana mengejar hadiah seperti kereta dan wang tunai itu. Harta sebegitu tidak akan kekal untuk selamanya.

"Saya berhasrat untuk mewujudkan perkampungan Islam di Pulau Pinang memandangkan negeri itu hanya merangkumi 10 peratus golongan Islam.

"Sekiranya rezeki berpihak kepada saya, saya akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan, dana dan  menghebahkan perkara ini dengan lebih luas lagi menerusi platform PU. Itu adalah matlamat utama saya sebagai tenaga pendidik," kata pemilik Yayasan Al-Filfilani ini.


Hasil belajar di pondok

Dari segi persiapan di pentas akhir, malam ini, PU Shahul mengakui segala perancangan dan idea dibentangkan kepada Murabbi pada malam Isnin lalu.

Menurutnya, walaupun ia merupakan penyampaian terakhir di pentas PU, namun segala persiapan yang dilakukan hanyalah biasa sahaja.


"Persediaan hanyalah biasa-biasa sahaja, lagipun sebelum ini, idea itu akan datang pada saat-saat terakhir.

"Jadi, dari situlah kita akan cuba memberi cadangan kepada Murabbi dan jika mereka setuju, ada beberapa perubahan yang akan dibuat," katanya lagi.

Bercerita mengenai latar belakangnya, anak jati Pulau Pinang ini memberitahu bahawa perjuangannya dalam bidang dakwah ini mula tercetus sejak dia menyertai pengajian di pondok.

Walaupun tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang memilih sistem persekolahan asas, penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mengakui tidak pernah merasa rugi dengan tindakannya.

"Sejak kecil lagi, saya hanya belajar di pondok dan saya tidak pernah rasa rendah diri dengan platform yang saya pilih.

"Saya sendiri tidak faham mengapa masyarakat suka memandang enteng dalam hal ini sedangkan saya juga mampu menjejakkan kaki ke pusat pengajian dan universiti sehingga ke Universiti Al-Azhar Mesir.

"Malah, saya sendiri berbangga dengan pencapaian saya walaupun hanya menggunakan medium yang dipandang remeh kerana niat saya hanya satu, iaitu berkongsi ilmu dan meluaskan dakwah kepada masyarakat," kata pemilik Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Al-Quran dan Sunnah, ini.


Bawa ibu bapa pergi Umrah

Bagi anak kelahiran, Bagan Datoh, Perak ini, PU Yeop atau nama sebenarnya, Mohd Zinudin Mohamed Zaini, 32, dia turut mempunyai perancangan tersendiri sekiranya dinobatkan sebagai juara.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Agama di Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), ini, habuan yang berupa RM50,000 itu akan digunakan untuk membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

"Insya-ALLAH, sekiranya kemenangan berpihak kepada saya, saya berjanji untuk membawa ibu bapa saya ke Mekah.

"Untuk isteri pula, saya berjanji untuk menghadiahi kereta kemenangan itu kepadanya. Namun, sekiranya bukan rezeki saya pada malam ini, saya akur kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

"Namun, kemenangan itu bukanlah perkara utama yang perlu diutarakan kerana bagi saya, finalis yang dipilih untuk ke final merupakan juara. Apa yang pasti, usaha dakwah saya akan berterusan dan sentiasa ada untuk masyarakat," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda bidang Al-Quran dan Sunnah, UKM.

Tambah PU Yeop, dia juga terpaksa memohon cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk menyertai PU kerana komitmen kedua-duanya sukar dibahagikan sama rata.
"Selepas ini, saya perlu pilih antara dua, untuk bekerja ataupun berdakwah kerana sukar membuat dua kerja penting dalam satu masa," kata pemilik syarikat, Akademi Al-Quran Darul Salam ini.  


Gugup perlu ada

Bercerita mengenai pengalaman di sepanjang berada di pentas PU, PU Yeop mengakui dia sukar menghilangkan rasa gugup setiap kali persembahan.

"Memang tiap kali persembahan, gugup itu tetap ada. Namun, ada yang memberitahu saya, gugup ini bagus kerana ia membatasi kita untuk berasa terlalu yakin.

"Setiap kali nak naik ke pentas, saya akan ulang alik ke tandas beberapa kali. Malah, peserta lain pun ada yang begitu.

"Usai persembahan, baharulah lega dan saya akan melihat kembali persembahan itu di laman sosial, Youtube. Dengan cara itu, saya akan tahu di mana kelemahan persembahan itu dan cuba memperbaikinya di episod akan datang," katanya yang turut mengguna pakai pandangan penonton menerusi, Facebook miliknya.

Di pentas akhir ini, PU Yeop mengakui bukan mudah menyampaikan tajuk yang diberi dalam masa tiga minit dengan serab ringkas, unik, dan mampu menarik minat penonton.

"Saya memang biasa menghadiri majlis untuk memberi ceramah dan motivasi kepada seluruh lapisan umur. Namun, ianya berbeza di pentas PU kerana kita dicabar dengan masa yang singkat.

"Malah, bukan mudah untuk mengupas kesemuanya dalam masa itu dan sekiranya kita tidak fokus, ia akan memberi impak kepada penyampaian," katanya.


Bukan medan bertanding!

Bagi Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, atau lebih dikenali sebagai, PU Hafiz, medan PU bukanlah satu pertandingan semata-mata.

Menurut anak jati kelahiran Klang ini, mereka masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam memberikan sesuatu kepada masyarakat.

"Ia bukanlah satu pertandingan semata-mata yang mana ianya akan tamat sebegitu sahaja. Masih ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan dalam perjuangan ini.

"Malah, bagi saya, masyarakat juga mahu merasakan perubahan dan pembaharuan dalam konsep berkongsi ilmu.

"Malah, sepanjang penglibatan saya di pentas PU, dengan izin Allah SWT, saya berjaya menyelamatkan dua pasangan suami isteri yang hampir bercerai dan beberapa permasalahan lain," katanya yang memberitahu pelbagai persoalan yang diutarakan masyarakat kepadanya termasuk laman sosial.

Tambah PU Hafiz, bukan sahaja masalah yang melibatkan rumah tangga, malah masalah lain juga akan diberi perhatian agar ianya tidak memudaratkan keadaan.


Idam kemenangan

Walaupun menyedari tiga finalis lain merupakan pencabar hebatnya, namun jauh di sudut hati PU Hafiz mengharapkan kemenangan.

Menurut pensyarah Qiraati dan Naib Presiden Akademi, Kolej Hafiz, Klang, ini, kemenangan itu bakal dijadikan batu loncatan untuk menaik taraf sekolah agamanya.

"Ibu bapa saya memiliki sekolah agama yang diuruskan sendiri dan saya pula terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) Tahfiz di Selangor.

"Sehingga kini, seramai 9,000 pelajar bergabung di bawah NGO ini dan semestinya kami lebih proaktif dalam mengumpul dana dan sumbangan daripada orang ramai.

"Jadi, saya bertanggungjawab membawa sekolah agama ini ke arah penambah-baikkan dan memperkenalkan pendidikan ini secara lebih dekat," kata pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) Al-Quran dan Sunnah, UKM ini.




Paling muda, popular

Merupakan finalis paling muda di pentas PU, PU Rahmat turut mencatat bilangan pengikut di laman sosial paling tinggi dalam kalangan finalis lain.


Enggan mendabik dada dengan penerimaan masyarakat terhadap perjuangannya dalam usaha dakwah, pemilik nama sebenar, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, ini tidak hanya bersandarkan kepada rupa sahaja.

Menurut PU Rahmat, walaupun ada yang menganggap penyertaannya dalam PU hanyalah untuk menjual rupa, namun niatnya hanya satu, iaitu untuk menarik minat golongan muda dalam mendekati Islam dengan lebih dekat.

"Saya mengambil contoh para sahabat di mana mereka terdiri daripada golongan muda dan pendekatan ini secara tidak langsung ia boleh memberi cetusan kepada mereka.

"Namun, saya tetap menekankan konsep, di mana sebelum kita mencetus minat kepada orang lain, kita perlu menjadi pencetus terlebih dahulu.

"Jadi, usia tidak perlu dijadikan alat pengukur kerana usaha saya hanyalah untuk menarik golongan belia seperti saya," kata anak jati Kuala Lumpur ini.


Komuniti Pencetus Ummah

Menyedari kedudukannya merupakan 'adik bongsu' dalam keluarga PU, PU Rahmat tidak terdaya untuk meletakkan harapan setinggi gunung buat dirinya.

"Sebenarnya, dari segi ilmu, saya adalah finalis yang paling kurang dari segala aspek. Saya amat mengagumi ketiga-tiga finalis lain kerana mereka hebat-hebat belaka.

"Namun, tidak kurang juga peserta yang kurang bernasib baik di pentas PU kerana bagi saya, mereka mempunyai latar belakang agama yang cukup kuat berbanding sahaja yang hanya setahun jagung.

"Sekiranya rezeki berpihak kepada saya, pada malam ini, ia adalah cabaran besar untuk saya selepas ini," katanya yang turut memberitahu perancangan peserta PU untuk di masa yang akan datang.

Jelas PU Rahmat, memandangkan kesemua peserta PU mempunyai keistimewaan yang tersendiri, mereka bakal menubuhkan komuniti, Pencetus Ummah.

"Dalam komuniti itu, kesemua peserta terlibat dan masing-masing mempunyai peranan dalam menyebarkan dakwah dengan lebih meluas.

"Kami akan menggunakan konsep yang sama di pentas PU, namun ia diadakan dalam bentuk program menyampai dakwah kepada masyarakat dengan lebih dekat lagi.

"Sekiranya kami dipanggil untuk berada di karnival contohnya, kami akan membuka pentas seperti di PU dan turut membuka sesi soal jawab bersama pengunjung," katanya.

Cinta NORA & Anak Nazri nie macam tak sampai jinjang pelamin jee..!!

Nedim: Belum ada perbincangan untuk kahwini Nora
Nora Danish
1 / 1

RATA-RATA peminat pelakon Nora Danish mengetahui aktres itu sering bersama seorang jejaka Mohamad Nedim Mohd Nazri melalui paparan gambar di laman sosial miliknya.

Susulan itu, khabar angin mengenai pelakon kecil molek itu yang sedang membuat persediaan untuk berkahwin dengan Nedim telah dinafikan pada tahun lalu.

Terbaru, jejaka berusia, 31 tahun yang sering dikaitkan dengan Nora turut menafikan akan melamar aktres jelita itu pada tahun ini.

Memetik dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nedim mengakui Nora adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini namun masih belum membuat perbincangan mengenai perkahwinan itu.

“Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.

"...kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Nedim juga berkata perkara mengenai perkahwinan itu diserahkan kepada ALLAH dan jika ianya berlaku akan dikongsikan kepada umum.

“Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan ALLAH, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak.

"Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang,” katanya.

Suami 'kongsi' isteri dengan sepupu sedang hamil didakwa

Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa
Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa
Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar. 
- Foto Ihsan myMetro Oleh Hafizudin Mohd Safar


KANGAR - Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Pemuda 20 tahun paksa Nenek 74 tahun buat Orak Seks dengannya..

Penyamun paksa nenek seks oral
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF

BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.


Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Wednesday, 8 January 2014

Perlis : Suami suruh isteri lakukan hubungan seks dengan sepupu lelaki beliau

Selera jijik suami

Oleh Shamsul Munir Safini


Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.

“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.


FotoNora (kanan)

Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Tuesday, 7 January 2014

Johan Raja Lawak menang saman RM1j

johan

KUALA LUMPUR - Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz dan isterinya hari ini menang dalam kes saman terhadap pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan.
    
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan membenarkan tuntutan saman Johan dan isterinya, Rozlinawaty Ismail dengan kos ditanggung oleh Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan, Juara Filem Production Sdn Bhd selaku defendan.
    
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Januari ini untuk menentukan jumlah ganti rugi dan kos yang akan diperoleh pasangan itu.
    
Mahkamah juga menolak tuntutan balas RM2 juta yang difailkan Mohd Javed, 37, dan syarikat penerbitan tersebut.
    
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, selaku plaintif memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri di mana Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.
    
Johan, juga pelakon dan pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudiannya terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka telah dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
    
Beliau juga mendakwa pengarah itu telah menulis dan menyiarkan e-mel berunsur fitnah terhadap mereka berhubung masalah yang ditimbulkan hingga mengganggu set penggambaran dan e-mel itu dihantar kepada Persatuan Seniman Malaysia pada 20 Mei 2010.
    
Pelawak itu mendakwa kata-kata yang disiarkan dalam email itu membawa maksud bahawa beliau tidak sesuai diambil bekerja sebagai pelakon kerana selalu lambat, tidak bekerjasama dan sering menimbulkan masalah kepada mana-mana pengarah hingga menyebabkan beliau dan isterinya diberhentikan sebagai pelakon dalam drama arahan pengarah itu.
    
Johan mendakwa, sehari sebelum kejadian itu (10 Mei 2010), beliau kehilangan ibu tersayang, Salwa Md Dani yang meninggal dunia akibat ketumbuhan otak dan selepas urusan pengebumian ibunya selesai di Ampang, Selangor, beliau dan isteri memutuskan untuk pergi ke lokasi penggambaran di sekitar Sikamat dan mereka tiba di lokasi penggambaran itu pada jam 4 petang, keesokannya.
    
Sehubungan dengan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.  
    
Mereka juga memohon kenyataan maaf dikeluarkan secara terbuka oleh kedua-dua defendan menerusi akhbar dan televisyen tempatan, penarikan balik kesemua surat atau e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada kesemua persatuan industri, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
    
Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh. - Bernama

Ella sedia berhijab

RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.


Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.

Monday, 6 January 2014

Aksi menggoda Nooraida skandal Adi Putra selepas jadi janda


Isteri tertekan bersuamikan lelaki gay dan mengakui dia masih dara

Tertekan nikah lelaki gay
Marina menceritakan kisahnya kepada pemberita, semalam.


AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.

Badan ikan tertera nama Allah

Zainon Abdullah menunjukkan ikan tongkol yang tertulis di badan ikan itu nama-nama Allah dalam tulisan Jawi lama di Kuala Pahang, Pekan, kelmarin. - MINGGUAN/ MAHATHIR ALI

PEKAN 4 Jan.- Kebesaran yang Maha Esa. Itulah yang mampu diucapkan oleh seorang Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) apabila mendapati ikan tongkol dibelinya di sebuah kedai di Kuala Pahang di sini Isnin lalu tertulis nama-nama Allah dalam tulisan Jawi.

Selain itu turut tertulis di bahagian badan kiri ikan tersebut adalah 'Muhammadur Rasullah'.

Menurut Zainon Abdullah, 50, pada mulanya dia tidak menyedari perkataan dalam tulisan Jawi lama pada ikan dibelinya dengan harga RM5.60 itu.

"Ketika anak saya, Zaidi Zainuddin, 17, hendak menyiang ikan tersebut dia mendapati terdapat ayat-ayat ditulis dalam tulisan Jawi.

"Apabila cuba membaca ayat tersebut, saya tidak faham kerana tulisan tersebut seolah-olah menggunakan seni khat Jawi," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kuala Pahang, semalam.

Katanya, dia cuba menghilangkan ayat tersebut, namun gagal walaupun dikikis menggunakan pisau.

"Saya kemudian meminta seorang anak saudara yang belajar bahasa Arab membacanya dan memberitahu bahawa ayat tersebut adalah nama-nama Allah serta beberapa ayat lain.

"Antara nama Allah yang saya ingat adalah al-Malik selain perkataan 'Muhammadur Rasullah'. Menurut anak saudara saya ada empat nama Allah tetapi saya tidak berapa ingat," katanya.

Tambahnya, ikan itu dibeli sewaktu pulang dari kerja dan hanya terdapat seekor ikan jenis itu di kedai tersebut.

Malah katanya, peniaga ikan itu juga tidak menyedari terdapat ayat-ayat di badan ikan tersebut.

Menurutnya, dia berhasrat untuk mengawet ikan tersebut untuk dijadikan kenangan.

"Saya juga tidak berhasrat menjualnya. Bukan mudah untuk jumpa ikan yang mempunyai ayat-ayat seperti ini. Setakat ini tidak ada lagi orang yang datang untuk membeli ikan tersebut dan saya tidak akan menjualnya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140105/dn_16/Badan-ikan-tertera-nama-Allah#ixzz2pXkMUsbn
© Utusan Melayu (M) Bhd

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive