UtusanDaily

Friday 6 November 2015

Ampang Park tidak jadi diroboh

ampang-Park-MRT
KUALA LUMPUR: Kompleks beli-belah Ampang Park terselamat daripada dirobohkan apabila Mass Rapid Transit Corporation Sdn.Bhd., (MRT Corp) mengumumkan pilihan reka bentuk baharu untuk Stesen Ampang Park.

Menurut kenyataan MRT Corp, semakan reka bentuk baharu itu menyaksikan stesen MRT Ampang Park dialih sedikit daripada lokasi pusat beli-belah itu.

“Bagaimanapun, konsep stesen dengan membina integrasi fizikal sepenuh antara stesen MRT Ampang Park dan stesen LRT Ampang Park tidak dapat dibina,” katanya.

MRT telah mencadangkan kaedah alternatif untuk menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan dengan membina sebuah penghubung pejalan kaki bawah tanah di bawah pusat beli-belah itu.

Ia antara beberapa ciri baharu dalam semakan semula pilihan reka bentuk oleh MRT bagi memulihara kompleks beli-belah pertama di Malaysia yang dibina pada 1973 daripada dirobohkan.

MRT Corp berkata, beberapa kawasan tempat letak kereta bawah tanah dan tingkat aras bawah di kompleks itu akan terjejas sementara bagi kerja-kerja pembinaan dan perniagaan yang beroperasi di kawasan terganggu perlu ditutup untuk tempoh pembinaan sehingga 36 bulan.

Pampasan yang sewajar akan dibayar, katanya.

MRT Corp turut menjelaskan dengan pilihan reka bentuk baharu, sebuah perjanjian bersama perlu dimeterai antara MRT Corp dan pemilik unit strata di kompleks berkenaan.

Ia berkata, perjanjian itu harus dimuktamadkan sebelum 31 Januari 2016 bagi membolehkan pilihan ini dapat dilaksanakan dan mengelak kompleks itu daripada dirobohkan.

Stesen MRT Ampang Park merupakan stesen penting untuk laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP Line) kerana ia merupakan satu-satunya stesen di mana pengguna boleh menukar laluan MRT kepada laluan LRT Kelana Jaya.

Thursday 5 November 2015

Sebab sebenar tiba-tiba Arul takut nak berdebat dengan Rafizi?


Kalau Arul tak berani sahut cabaran Rafizi tu maknanya betul andaian Pakatan Harapan yang kata tujuan sebenar Arul ajak Tony Pua berdebat tu pasai nak Toy Pua 'dipecat' dari PAC dengan kerjasama Speaker.

AsrtoAwani melaporkan:

Pakatan Harapan menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pendebat berdepan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

"Bagi menghormati keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat ( Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bahawa YB Petaling Jaya Utara Tony Pua, sebagai Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tidak sewajarnya berdebat dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, maka Pakatan Harapan dengan ini menawarkan YB Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan tempat YB Tony Pua," kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang membacakan kenyataan media bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kenyataan media tersebut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. - Astroawani.

Dalam seminggu ni cukup kecoh dengan isu debat 1MDB antara Tony Pua dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Pihak Umno BN termasuk 1MDB nampak bersungguh-sungguh nak bagi jadi jugak debat tu sampai Menteri siap bagi tarikh untuk siaran langsung melalui TV1.

Yang sungguh-sungguh tak mau bagi jadi cuma Speaker Dewan Rakyat, YB Pendekar Amin Mulia, yang kata debat tu akan 'kacau' prosiding oleh PAC berkenaan kes 1MDB sebab Tony Pua adalah salah seorang anggota PAC.

Kalau Tony Pua nak berdebat jugak dia kena letak jawatan ataupun kalau depa berdebat jugak Pendekar Amin Mulia sendiri akan letak jawatan.

Apa pun, tindakan Pakatan Harapan menggantikan Tony Pua tu sangat tepat, pasainya sangat tak sesuai kalau Tony Pua sapai terpaksa letak jawatan dapam PAC semata-ata nak berdebat dengan Arul, lagi pun Tony Pua adalah 'aset' Pakatan Harapan dalam PAC yang terlibat aktif dalam siasatan 1DB dalam PAC.

Lagi satu, Rafizi adalah calon yang sangat-sangat sesuai untuk menggantikan Tony Pua untuk debat tu, malah mungkin lebih baik dari Tony Pua sendiri.

Cmua masalahnya, Arul nampak takut pulak nak berdebat dengan Rafizi.

TheMalaysianInsider melaporkan:

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdepan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam perdebatan secara langsung membincangkan mengenai syarikat milik kerajaan itu susulan keputusan speaker Dewan Rakyat melarang beliau menjadi saksi dalam siasatan Parlimen ke atas 1MDB, jika menyertai debat itu.

Arul sebaliknya berkata, beliau akan menjawab soalan mengenai firma itu di depan "pihak berkuasa yang sah" seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Speaker adalah pihak yang memegang kuasa muktamad berhubung semua perkara berkaitan Parlimen. - TMI.

Sebelum ni napak macam garang sangat macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menuduh Tony Pua cuba bersembunyi di sebalik Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk melarikan diri daripada perdebatan berhubung dana pelaburan negara yang bermasalah.

"Pua kini mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan daripada PAC dan tidak akan berdebat dengan saya.

"Beliau memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC, lari daripada 1 pertarungan yang beliau sendiri dengan agresif mengganggu saya untuk terima, yang saya setuju tanpa mengenakan sebarang syarat," kata Arul. - TMI.

Masalahnya alasan Arul tu tak boleh pakai pasai Speaker sendiri dilaporkan AstroAwani berkata:

Speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat mengenai syarikat tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian selepas ditanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sama ada boleh atau tidak Ahli Parlimen lain berdebat dengan Arul Kanda dalam sidang parlimen hari ini.

"Sebagai Speaker Dewan Rakyat, saya tidak punyai kuasa untuk arah individu di luar Dewan Rakyat," kata Pandikar. - AstroAwani.

Betul macam kata Rafizi, Arul sebenarnya takdak alasan untuk batalkan debat tu. Kalau Arul tak berani sahut cabaran Rafizi tu maknanya betul andaian Pakatan Harapan yang kata tujuan Arul ajak Tony Pua berdebat tu pasai nak Toy Pua 'pecat' dari PAC dengan kerjasama Speaker.

Arul tidak mahu debat 1MDB dengan Rafizi lah pulak..!!

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdebat mengenai syarikat milik kerajaan itu dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdepan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam perdebatan secara langsung membincangkan mengenai syarikat milik kerajaan itu susulan keputusan speaker Dewan Rakyat melarang beliau menjadi saksi dalam siasatan Parlimen ke atas 1MDB, jika menyertai debat itu.

Arul sebaliknya berkata, beliau akan menjawab soalan mengenai firma itu di depan "pihak berkuasa yang sah" seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Speaker adalah pihak yang memegang kuasa muktamad berhubung semua perkara berkaitan Parlimen.

"Beliau (speaker) membuat keputusan mengenai tanggungjawab saya sebagai saksi dalam siasatan PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlaku selepas pendengaran PAC," kata Arul dalam satu kenyataan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak cadangan perdebatan secara langsung antara Arul dan ahli PAC Tony Pua kerana ia akan menjejaskan integriti jawatankuasa Parlimen itu.

Pandikar berkata, Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, perlu meletak jawatan dalam PAC jika mahu berdebat, manakala Arul, yang juga pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, tidak boleh mengambil bahagian dalam perdebatan itu kerana beliau salah seorang saksi utama dalam siasatan PAC ke atas firma itu.

Rafizi dinamakan sebagai pengganti Pua hari ini oleh pakatan pembangkang Pakatan Harapan, yang menegaskan debat mengenai 1MDB harus diadakan dengan disertai penonton dan disiarkan secara langsung di televisyen.

Penyiar kebangsaan Radio Televisyen Malaysia sebelum ini menawarkan untuk menjadi tuan rumah debat secara langsung itu tetapi menteri yang bertanggungjawab kini menarik balik tawaran itu selepas syarat yang diletakkan Pandikar. – 5 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arul-tidak-mahu-debat-1mdb-dengan-rafizi#sthash.r0eb4DP3.dpuf

Wednesday 4 November 2015

Kaji pengaruh Najib & Hadi ke atas Melayu selepas pasca Mahathir & Nik Aziz


Kaji pengaruh Najib ke atas Melayu

Merujuk bagaimana PAS berubah sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan negara, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menggesa ahli akademik supaya membuat kajian.
"Mungkin universiti kita harus menjalankan kajian mengenai pengaruh Najib ke atas orang Melayu.
"Profesor dalam bidang kemanusiaan, budaya dan sosiologi akan melakukan dengan baik berhubung kajian bagaimana Najib mampu melakukan transformasi ke atas orang Melayu yang selama ini gagal dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini,” katanya.
Menulis di Facebook, Zaid berkata, Najib cemerlang dalam melakukan tranformasi berhubung personaliti orang Melayu.

"Ahli-ahli PAS satu ketika dahulu adalah masyarakat yang mudah.
"Mereka setia kepada parti di bawah (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi itu berubah apabila Najib menjadi perdana menteri dan Nik Aziz meninggal dunia.
"Ahli-ahli PAS berang dengan Umno selama 50 tahun kerana tidak membawa pemerintahan Islam tetapi Najib mampu membuat mereka menerima dan menyokong beliau tanpa sebarang perubahan di pihaknya, dan juga cara BN mentadbir negara ini," katanya.
Taksub
PAS, kata Zaid, yang tidak pernah mencipta rekod berhubung kejayaan pentadbiran mahu pengurusan ekonomi, kini cukup yakin untuk menawarkan Umno dan BN nasihat tentang bagaimana untuk mentadbir negara.
"PAS juga menjadi begitu taksub dengan Najib sehingga ahli-ahlinya kini menjadikan misi mereka untuk memastikan tidak ada yang menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
Secara tiba-tiba, kata Zaid, orang Melayu percaya bahawa mereka dari tempat yang jauh di luar negara sanggup memberikan wang derma berbilion-bilion dolar tanpa sebarang syarat.
"Sekarang mereka mempunyai pakaian seragam dan bas untuk menghantar mereka ke perhimpunan politik.
“Mereka tidak lagi mempunyai kenangan manis untuk pemimpin lama seperti Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sebegitu banyak untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

“Ataupun kepada Nik Aziz yang sentiasa mengingatkan supaya bersikap jujur dan integriti serta menerima gula dan kain batik yang ditawarkan tetapi tidak melepaskan pegangan politik mereka.
"Orang Melayu sudah melupakan zaman silam. Mereka kini menjadi Melayu 'glokal' seperti yang dikendaki Najib," katanya.
Zaid juga berkata bagaimana perhimpunan 60,000 orang di sebuah stadium di Kota Baru tidak akan menjadi kenyataan di bawah kepimpinan Nik Aziz.
"Ini akan menelan perbelanjaan yang besar dan Nik Aziz tidak akan membiarkan pembaziran seumpama itu.
"Kita juga tidak akan melihat deretan bas yang digunakan untuk mengangkut orang ramai ke stadium, penyokong biasanya berjalan kaki.

"Tetapi bukan sekarang - Muktamar PAS yang besar di Kota Bharu dua minggu lalu sangat berbeza Ia kelihatan lain dan mempunyai mempunyai gaya orang kaya baru," katanya.
Zaid seterusnya membidas orang Melayu yang menyokong Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menjaga nama baik dan imej bangsa.
"Sebaliknya, mereka hanya memalukan orang Melayu," katanya.

10 soalan yang rakyat hendak tahu jawapan dari 1MDB

10 SOALAN TONY PUA YANG RAKYAT NAK TAHU.

1. Mengapakah Bank Negara menarik balik kelulusan untuk 1MDB untuk memindahkan lebih daripada US$ 1.8 bilion di luar negara? Adakah kerana kebanyakan dana telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan dengan projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dibocorkan yang telah diakui Arul? Berapa banyak yang telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan ini? Adakah akaun yang tidak berkaitan ini dimiliki oleh Good Star Limited dan yang memiliki atau mengawal Good Star Limited?

2. Adakah benar bahawa 1MDB telah melabur US$1 bilion yang pertama untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-Petrosaudi manakala PetroSaudi hanya perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%? Di samping itu, adakah hak untuk minyak Laut Kaspia ditamatkan oleh PetroSaudi dalam tempoh 2 bulan selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu, yang bermakna bahawa PetroSaudi memperoleh 60% kepentingan mereka tanpa apa-apa pelaburan penting?

3. Adakah benar bahawa 1MDB telah tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit Lembaga yang sama?

4. Penyata 1MDB Kewangan bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan bahawa AS $ 1.4 bilion telah diadakan sebagai deposit oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat untuk IPIC menjamin terbitan bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Walau bagaimanapun, IPIC Penyata Kewangan bertarikh Disember 2013 dan 2014 yang diaudit oleh Ernst & Young tidak mendedahkan apa-apa syarat itu bagi menyediakan jaminan. Imbang tara IPIC juga tidak mencerminkan apa-apa deposit dikembalikan seperti yang diterima atau dipegang. Mengapa 1MDB tidak meminta IPIC menjelaskan di mana wang itu disalurkan?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan US$975 juta lagi yang dipinjam dari konsortium yang diterajui Deutsche Bank mengetuai untuk menamatkan pilihan 1MDB diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada syarat lain dengan IPIC untuk menjamin pemberian bon US$3.5 bilion oleh 1MDB? Apa sebenarnya yang jumlah wang yang dibayar dan kena dibayar kepada Aabar atau IPIC? Kenapa IPIC nyatakan dalam penyata kewangan Disember 2014 bahawa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta untuk penamatan tersebut?

Di samping itu, jika US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke mana wang itu pergi?

6. Telah didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB, jawapan Parlimen dan siaran media bahawa 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada bulan Mac 2013 bagi tujuan melabur dalam satu usaha sama 50:50 dengan Aabar Investments Limited di mana usaha sama itu akan melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). Persoalannya, mengapa lebih daripada US$1.5 bilion daripada pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam akaun Mac 2014 yang telah diaudit, terutama sejak usaha sama itu masih belum diaktifkan setakat ini?

7. Arul Kanda sebelum ini telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan pengarah-pengarah 1MDB, menurut minit mesyuarat yang bocor itu, bahawa baki pelaburan Kepulauan Cayman berjumlah US$1.108 bilion telah ditebus sepenuhnya dan telah diadakan secara tunai di BSI Bank Singapura. Walau bagaimanapun, Presiden 1MDB sejak dari itu mengakui bahawa jumlah yang ditebus bukanlah bentuk tunai tetapi 'unit dana' bernilai US$ 940 juta. Mengapa 'unit dana' ini yang telah ditebus daripada dana Pulau Cayman masih dalam bentuk 'unit dana' dan tidak secara tunai atau, aset mentah seperti hartanah dan saham? Jika ia berada dalam bentuk 'unit dana', bukankah bermakna bahawa dana Caymans itu sebenarnya tidak pernah ditebus?

8. Arul Kanda mengumumkan bahawa hutang pertukaran aset dengan IPIC, di mana IPIC memperoleh RM16 bilion hutang 1MDB sebagai pertukaran bagi aset 1MDB. IPIC telah pun mendapat lebih US$1 bilion dalam perjanjian itu. Di mana 1MDB akan menghasilkan aset bernilai RM16 bilion ini untuk menyalurkan kepada IPIC pada 30 Jun 2016?

Kementerian Kewangan (MOF) juga membuat pembayaran ganti rugi kepada IPIC bagi perjanjian hutang pertukaran aset. Adakah ini bermakna jika 1MDB tidak mengemukakan aset bernilai RM16 bilion pada 30 Jun 2016, Kementerian Kewangan perlu membayar pampasan IPIC sewajarnya?

9. Arul sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pelupusan anak syarikatnya, Edra Energy akan membolehkan ia untuk mengurangkan antara RM16 hingga RM18 bilion hutang 1MDB. Walau bagaimanapun, jumlah hutang yang berkaitan kepada jumlah cabang tenaga 1MDB kepada kira-kira RM36 bilion, yang terdiri daripada US$3.5 bilion bon, RM5.7 bilion pinjaman langsung dan lebih RM8 bilion pinjaman yang diwarisi. Oleh itu pengurangan sehingga RM18 bilion hutang tertunggak melalui pelupusan Edra Energy masih akan meninggalkan 1MDB dengan hutang lebih RM18 bilion hutang tertunggak yang berkaitan dengan pemerolehan tenaga. Oleh itu bagaimana penjualan Edra akan menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB kerana tidak akan ada aset yang tinggal untuk membayar baki hutang RM18 bilion ?

10. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengeluarkan 'surat sokongan' pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk meminjam AS$ 150 juta (RM600 juta) di mana dana yang telah digunakan oleh 1MDB membayar untuk pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd untuk kira-kira RM300 juta? Jika ya, apakah baki daripada hasil pinjaman yang digunakan?

‘Saya cabul sebab dia terlalu cantik’

cantik
KUALA LUMPUR - Seorang duda memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini beliau mencabul seorang pelajar perempuan kerana dia terlalu cantik.

Sebelum menjatuhkan hukuman atas tuduhan mencabul, Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan bertanya kepada tertuduh mengapa dia memegang mangsa, tertuduh menjawab dalam Bahasa Mandarin, "Gadis itu terlalu cantik".

Duda seorang anak itu dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencabul pelajar itu, ketika duda itu menjaga isterinya yang koma di sebuah hospital.

Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Loon Cheng, 53, seorang tukang cat dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Jun lepas.

Loon Cheng didakwa mencengkam kedua-dua belah lengan gadis berusia 19 tahun itu dan berkata, "I love you" dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di dalam sebuah wad, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Brickfields, di sini, pukul 10.10 malam, 10 Jun lepas.

Bapa kepada anak berusia 12 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang sedang menjaga isterinya yang separa koma di wad tersebut meminta mangsa yang sedang menjaga neneknya yang sakit di katil hadapan, menutup suis lampu di tempat duduk tertuduh.

Semasa mangsa menutup lampu, tertuduh memegang kedua-dua lengan gadis itu sebelum gadis itu menolak tertuduh dengan kuat dan lari dari bilik wad tersebut.

Tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Monday 2 November 2015

Najib tak nak saman WSJ di Amerika Syarikat atas alasan beliau tidak dikenali disana


Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak akan keberatan bagi memfailkan saman terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang mendakwa US$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Alasan yang diberikan adalah bahawa Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat.

Firoz Hussein, Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya mahu memfailkan saman itu di negara ini di mana Najib dikenali ramai.

Firoz memberi contoh kes seorang ahli perniagaan dari luar United Kingdom yang memfailkan saman di sana dan menang tetapi ganti rugi yang diberikan adalah kecil.

"Sebabnya ialah orang itu tidak dikenali di UK walaupun saman fitnah difailkan di sana."

"Atas sebab itu, saman (terhadap WSJ), jika difailkan akan dibuat di Malaysia di mana beliau (Najib) dikenali," katanya.

Ditanya apa yang menghalang mereka dari memfailkan saman terhadap WSJ kerana keadilan adalah penting bagi perdana menteri, Hafarizam berkata mereka perlu tahu sama ada akhbar kewangan antarabangsa yang berpangkalan di New York mahu menggunakan Akta SPEECH.

"Keadilan adalah satu perkara, tetapi pampasan ganti rugi juga penting. Jika anda bertanya kepada Lim Guan Eng dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, mereka bukan sahaja mencari keadilan tetapi juga mendapat pampasan ganti rugi kewangan," katanya.

"Kami tidak mahu perkara ini menjadi penghakiman di atas kertas (tidak bernilai) apabila mereka menggunakan Akta SPEECH, menjadikan keputusan mahkamah di sini tidak boleh dikuatkuasakan di sana."

Hafarizam berkata ganti rugi kepada pelanggannya bukan sahaja berhubung apa yang dicetak tetapi juga berita yang boleh dibaca melalui internet dan diakses di 180 negara.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive