UtusanDaily

Wednesday, 21 January 2015

12 Perkara Tentang Restoran Nasi Kandar Line Clear Diserbu MPPP

Selalunya, kami tidak ambil peduli tentang berita berita yang berlaku kerana kami bukan ingin jadi laman web berita. Tapi cerita tentang Nasi Kandar Line Clear diserbu MPPP dan berkemungkinan ditutup menarik perhatian kami. Well, siapa yang tidak tertanya kenapa restoran terkenal ini diserbu? Jadi kami dig untuk dapatkan lebih maklumat.


1. Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang diserbu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan peralatan berniaga dirampas pada jam 4 pagi, 19 Januari 2015.

2. Dalam kejadian 4 pagi itu, beberapa orang pelanggan sedang menjamu selera ketika serbuan dilakukan.

3. Pada 3 Jun 2014, Nasi Kandar Line Clear pernah dinyatakan bakal dilarang beroperasi pada masa hadapan.

4. Keadaan ini berpunca selepas berlakunya pertelagahan antara saudara yang mahu menuntut waris perniagaan daripada keluarga asas.

5. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran muslim india yang terkenal di Pulau Pinang menghadapi masalah berkaitan perlesenan dengan MPPP dan berhadapan risiko ditutup.



6. Keretakan dalam gaya pengurusan secara bergilir-gilir yang telah diamalkan sejak tahun 1980an, telah memaksa Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengeluarkan kata dua kepada keempat-empat rakan kongsi, yang kesemuanya adalah sepupu.

7. Ahli keluarga selalunya akan mengambil alih giliran untuk menjalankan bisnes Nasi Kandar Line Clear tapi pengusaha sekarang, Abdul Hamid tidak menyerahkan bisnes itu sejak 2011.



8. Dalam perjanjian oleh keempat-empat pengusaha, yang mana mempunyai pertalian darah, mereka akan mengambil giliran untuk menguruskan restoran itu. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah gagal mematuhi perjanjian tersebut.

9. Abdul Hamid sepatutnya menjalankan bisnes itu dari tahun 2008 sehingga 2010 dan kemudian Sahubarali akan mengambil alih pada 2011. Tapi beliau enggan menyerahkannya.

10. Isu itu timbul apabila perjanjian lisan di kalangan ahli keluarga, yang telah dikatakan bersetuju untuk menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan mengambil giliran untuk menjalankan perniagaan, mula dingin selepas dua pengasas asal, saudara SN Seeni Pakir dan SN Sekandar, meninggal dunia.

11. Membalas tindakan Abdul Hamid, mereka yang lain telah membuat satu gerai disebelah restoran sedia ada menyebabkan kawasan di situ tidak bersih dan kotor.

12. MPPP berkata, pihaknya bertindak jam 4 pagi (19 Januari 2015) selepas mendapati restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen pada sejak awal tahun ini.


Keadaan restoran selepas peralatan berniaga diangkut pihak berkuasa #PrayForNasiKandarLineClear



SUMBER

Murid bawa bayi dalam beg ke sekolah

GAMBAR HIASAN SAHAJA

Riyadh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.

Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.

Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi

Andai Suami Tahu... Betapa Sayangnya Isteri Kepada Mereka..!!!

ANDAI SUAMI TAHU...BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA...

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Teknik pemakanan kepada murid-murid disekolah rendah dalam negara JEPUN


Anak sy bersekolah di jepun selama 7 tahun.sy ingin bercerita sikit mdngenai pemakanan disekolah rendah jepun :

1.makanan untuk murid murid telah dikaji oleh oleh pakar dietician jepun untuk mempastikan nilai kesihatan terbaik .hasilnya ketinggian dan tumbesaran anak jepun naik lebih 20 peratus dari generasi perang dunia kedua.

2.makanan ini dimasak oleh tukang masak sekolah.

3.menu makanan ini dan isikandungan serta kalorie dll maklumat diedarkan kepada ibubapa setiap bulan.

4.pada waktu lunch , wakil kelas akan pi ambil makanan yg siap dimasak ini dan bawa ke kelas. wakil kedua akan distribute makanan ini kepada murid murid yg menunggu di meja.

5.guru bersama murid2 akan makan bersama setelah mengucapkan itadakimas.

6.wakil ketiga akan bawa bekas makanan ke dapur selpas tamat makan menggunakan troli.

7.yuran makanan bergantung kpd nilai cukai pendapatan.lagi tinggi pendapatan lagi tinggi yuran.

agak agak selesai tak masalah diatas kalau guna cara ini?

this is why Japan is a developed country.


NUKILAN - Shahriman AB DI KOMEN INFO PANAZ

Apabila Tauke Kantin Sekolah mengambil kesempatan atas murid-murid


1. Pagi tadi dibincangkan di dalam televisi, betapa bobroknya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.

2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah:

3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan. T_T

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

Al Irfan Jani

Gambar Terkini TG NIK AZIZ di HUSM tersebar, doakan yang terbaik


Ya allah...kau berikanlah kesembuhan kepada beliau...aamiin...

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive