UtusanDaily
Saturday, 6 September 2014
Penyakit ALS & Ice Bucket Challenge
Maut menunggu ALS
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
KETIKA ini, semakin ramai yang mengetahui kewujudan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) menerusi kempen kesedaran Cabaran Curahan Ais ALS (ALS Ice Bucket Challenge) yang begitu popular di seluruh dunia.
Kempen cabaran tersebut memerlukan mereka yang dicabar menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Jika tidak dapat melakukannya dalam tempoh 24 jam, mereka harus menyumbang AS$100 (RM315) kepada Yayasan ALS bertujuan mengutip derma membiayai pusat penyelidikan bagi mencari penawar penyakit tersebut.
Simbahan ais itu juga sebagai kesedaran kepada orang ramai bahawa simptom pesakit ALS seperti lemah atau kekejangan otot rasanya mirip disimbah ais dalam tempoh berterusan.
Menerusi media dan laman sosial, kita dapat melihat ramai yang menyokong dengan menyertai cabaran curahan ais ini termasuk selebriti dan ahli politik dalam dan luar negara.
Semakin ramai mula membuka mata akan penyakit neuron motor yang sebelum ini tidak ramai peduli dan mengetahuinya.
Lebih 1.5 juta video cabaran tersebut dimuat naik di dalam laman Facebook sejak Jun lalu dan Yayasan ALS dilaporkan telah menerima lebih AS$41.8 juta (RM132 juta) dan dijangka terus bertambah.
Di sebalik kempen kesedaran yang semakin berleluasa, adakah anda benar-benar mengetahui akan penyakit ini atau sekadar seronok melihat orang ternama melakukan aksi itu?
Menurut Pakar Neurologi, Pusat Perubatan Mahkota, Melaka, Dr. Mooi Chin Leong, penyakit ALS yang juga dinamakan penyakit Lou Gehrig ini membawa maut.
"ALS ialah penyakit neuron motor yang mana kemerosotan neuron motor berlaku akibat daripada pelbagai punca.
"Ia menyerang neuron motor yang bertindak menghantar impuls dari otak ke otot voluntari di dalam badan.
"Apabila ia gagal menerima mesej, otot-otot akan mula lemah, melumpuh dan akhirnya mati," terangnya.
ALS boleh menyerang sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa tidak kira usia, jantina ataupun bangsa.
Namun ia selalu menyerang pesakit berusia 40 hingga 60 tahun.
Simptom
Serangan ALS biasanya bermula dengan sentapan otot dan rasa lemah pada bahagian tangan dan kaki.
Kadang-kadang ia membuatkan pesakit sukar bertutur dengan jelas.
"Lama-kelamaan, ALS menyebabkan pesakit hilang keupayaan untuk mengawal otot bergerak, bercakap, makan malah bernafas," terangnya.
ALS tidak dapat dipulihkan dan ia berakhir dengan kematian.
Menurut kajian, pesakit yang didiagnosis dianggarkan hanya mampu meneruskan hidup selama tiga hingga lima tahun dan kos penjagaan pesakit mencecah ratusan ribu ringgit kerana pesakit seolah-olah lumpuh seluruhnya.
Bagaimanapun, ALS tidak memberi kesan kepada kawalan sistem pencernaan, deria dan kemampuan berfikir.
Rawatan
Walaupun ia tidak boleh dipulihkan, namun terdapat rawatan tertentu sebagai penjagaan kepada pesakit.
Menurut Dr. Mooi, rawatan penyakit ALS di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat melibatkan pelbagai bidang.
"Melalui penjagaan umum iaitu tanpa farmakologi, pesakit dan ahli keluarga akan diberi pendidikan tentang penyakit ALS dan apa yang akan dihadapi.
"Rehabilitasi dan fisioterapi anggota badan, percakapan, menelan dan pernafasan turut dilakukan.
"Selain itu, pesakit juga akan diarah mengamalkan diet dan pengambilan nutrisi seimbang untuk menguatkan otot dan tenaga badan," terangnya.
Terapi cara kerja bagi membantu pesakit berjalan dan bergerak dengan bantuan alat seperti tongkat, kerusi roda dan penganduh bagi membantu melembut dan menstabilkan otot anggota badan yang kaku dan lemah turut dilakukan.
Bagi memudahkan pesakit ALS, alat bantuan untuk menelan, pernafasan, bantuan kewangan serta sosial melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, badan bukan berkanun atau kerajaan, kumpulan sokongan sosial seperti Persatuan ALS turut diberikan ketika ini.
Bagi penjagaan farmakologi pula, ujar Dr. Chin Leong, ubat-ubatan untuk melambatkan progres penyakit ALS seperti T. Riluzole diberikan supaya dapat melambatkan proses keperluan alat bantuan pernafasan dan menelan.
Ia juga bagi memanjangkan jangka hayat penghidap penyakit ALS.
Turut diberikan ialah ubat untuk mengurangkan kekakuan, kekejangan dan spastisiti otot.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140831/kn_01/Maut-menunggu-ALS#ixzz3CTzjpvkt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 5 September 2014
Buang tabiat pemanduan menjelikkan!
JUMLAH kenderaan di jalan raya di negara ini semakin meningkat. Kita biasa dengar perumpamaan, 'banyak orang, banyak ragam'.
Namun jika semua memandu secara berhemah, pastinya memudahkan kelancaran trafik. Namun dalam tidak sedar, pasti ada kalangan kita yang mempunyai tabiat pemanduan yang salah. Awas... jangan sampai tabiat pemanduan itu menimbulkan rasa jelik hingga menerima tempelak pemandu lain...
1- Pemanduan 'siput babi' - Ia biasa berlaku. Harus kerap pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Jangan syok sendiri. Jika jalan ada dua lorong, tetapi kenderaan dipandu perlahan di lorong kanan mengalahkan siput babi, sudah pasti mengundang masalah kepada pemandu hendak membawa laju. Bayangkan jika pemandu di belakang sedang 'sedap' tekan minyak, pasti boleh mengundang kemalangan jika tidak sempat membrek.
Kepada pemandu di belakang yang hendak memotong pula anda boleh memberikan isyarat lampu tinggi (highbeam), kerana mungkin pemandu di lorong kanan yang pandu perlahan sedang berangan. Namun jangan pula melebihi had laju dibenarkan.
2- Tak reti bagi signal - Pemandu ini sama ada malas atau memang sayangkan alam sekitar sehingga nak bagi signal pun tak sanggup. Cahaya dan lampu signal pun dirasakan boleh menjejaskan alam sekitar. Sikap sebegini boleh menyakitkan hati pemandu lain.
Pastinya ramai mengakui, biasanya akan hampir sahaja undang kemalangan akibat sikap sesetengah pemandu yang tak tahu bagi signal.
Nak masuk simpang, memotong terus sahaja masuk tanpa bagi signal, mengalahkan pelumba profesional.
Lelaki dan perempuan sama sahaja bersikap sebegini. Namun janganlah diamalkan. Bukan susah beri signal.
Namun jangan pasang signal cara melulu, tetapi hanya bila tiba masanya.
Jangan marah ya penunggang motosikal..namun biasanya hampir satu kilometer kita di belakangnya, penunggang motosikal masih tak belok. Dalam hati kita berkata, 'signal dia sakit barangkali'.
3- Makan 'jalan' - Kadangkala kenderaan dipandu adalah kereta bukan lori atau treler pun. Kereta yang dipandu kadang CC kecil sahaja, tapi bawa kereta makan jalan. Tentu ini boleh menyusahkan orang hendak cepat atau mahu lekas sampai ke destinasi. Jika bawa kereta cara syok sendiri ini pastinya orang di belakang mahu sahaja menjerit pada pemandu berkenaan.
4- Pembuli - Ingatkan zaman kanak-kanak di sekolah sahaja ada pembuli. Namun pembuli ada di mana-mana. Di jalan raya, tak ketinggalan ada pembuli. Jangan hairan, sekarang ini pembuli-pembuli di jalan raya bukan hanya kaum Adam, boleh jadi sesiapa sahaja tanpa mengira gender.
Aksi membuli biasa dilakukan adalah menghimpit kenderaan-kenderaan lain atau memandu secara melulu hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Selain dari pemandu kereta, pemandu bas dan lori juga kerap melakukan aksi buli di jalan raya kerana sedar kenderaan dipandu lebih besar.
5- Asyik membrek tanpa sebab - Tabiat ini bukan sahaja kalangan pemandu wanita, tetapi juga lelaki. Mereka memandu seperti orang sembelit ini biasa suka membrek tanpa sebab munasabah. Bukan ada orang melintas, bukan ada kenderaan di depan, atau ada apa-apa halangan di hadapan, tapi tiba-tiba brek.
Bagi orang tak biasa memandu perlahan pasti terkejut jika tiba-tiba orang depan brek. Sekiranya di lebuh raya, bila ada kemalangan memang ramai yang suka buat tabiat membrek ini untuk lihat kejadian di situ.
Kerap juga berlaku di kawasan lampu isyarat. Kadangkala lampu isyarat di depan masih jarak 300 meter tetapi tiba-tiba orang di depan membawa sambil brek-brek pula, tentu boleh undang musibah.
6- Memotong barisan - Trafik sesak, namun tidak mahu beratur dan memotong barisan, mengakibatkan lebih kesesakan, kekecewaan dan meningkatkan kemarahan sedia ada. Semua orang mahu cepat, namun bersabarlah. Jika mahu cepat rancang perjalanan atau mengambil laluan lain yang tidak sesak. Memotong barisan merupakan tindakan tidak bertimbang rasa pada pengguna jalan raya lain.
7- Parkir kereta berlapis - Jika menghalang laluan kenderaan lain mahu keluar, boleh undang kemarahan atau menyusahkan tika saat kecemasan. Jika terpaksa, pastikan ada kawan ataupun seseorang tinggal di dalam kereta yang boleh tolong alihkan kereta anda.
Boleh juga tinggalkan nombor telefon bimbit anda di atas papan pemuka (dashboard), jadi anda mudah dihubungi jika tiada sesiapa menunggu dalam kereta. Selain itu, jangan pula meletak kereta secara tidak bertanggungjawab seperti di laluan pejalan kaki atau mengambil dua kotak petak parkir untuk sebuah kereta.
8- Memandu di lorong kecemasan - Ini biasa dilakukan pemandu kita terutama di jalan sesak lebuh raya atau di tengah bandar.
Sebarang soalan kepada Pomen boleh emailkan kepada azimah.ghazali@sinarharian.com.my / aziesinar@gmail.com
Nikmat Allah tidak terhingga
Oleh HASHNAN ABDULLAH
ANTARA nikmat Allah SWT yang terbesar kepada umat manusia adalah kemerdekaan secara fizikal dan rohani. Tetapi tidak semua negara atau bangsa yang dapat menikmati kedua-duanya sekali.
Masih ada bangsa dan negara yang mendiami dunia ini semenjak dari dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti berjuang untuk menikmati kemerdekaan yang sebenar.
Kehidupan mereka bukan hanya terbelenggu daripada segi pembangunan material tetapi juga untuk beragama atau tunduk kepada Allah SWT dengan penuh ketenangan adalah sukar.
Atas sebab itulah, Islam memberi penekanan amat tinggi terhadap falsafah kemerdekaan yang tidak hanya memfokuskan kepada merdeka tanah air tetapi juga jiwa dan pemikiran umat Islam itu sendiri.
Jiwa dan pemikiran umat Islam yang merdeka seharusnya berteraskan akidah yang diajar oleh agama supaya mereka mampu menghadapi cabaran dan dugaan masa kini seperti murtad, ajaran sesat, liberal, budaya songsang dan lain-lain.
Malah, ia juga sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77)
Bagi penceramah bebas, Dr. Mohd Sukki Othman menyifatkan dalam konteks Malaysia sendiri, usaha pengisian sedemikian amat penting bagi memperkasakan jiwa dan pemikiran manusia agar lebih dekat dengan Allah SWT.
"Walaupun merdeka tanah air tetapi cara pemikiran dan jiwa bangsanya masih berteraskan penjajah, sama ada daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
"Dengan itu, kita masih belum dianggap merdeka kerana pemikiran dan jiwa sedemikian tidak akan membolehkan kita menikmati kebahagiaan di dunia serta di akhirat," katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
Pensyarah kanan Bahasa Arab dan I'jaz al-Quran, UPM seterusnya menambah, keperkasaan jiwa dan pemikiran tersebut juga penting kerana faktor persekitaran seseorang itu mampu menggoncangkan pendirian dan akalnya.
Tekanan persekitaran itu boleh datang daripada pelbagai cara, seperti kawan-kawan, komuniti kediaman, kaum keluarga, pendidikan dan lain-lain.
"Tekanan dan pengaruh persekitaran sedemikian hanya mampu ditangani oleh individu yang kuat jiwa dan pemikirannya kerana keteguhan itu ada ketikanya boleh menyebabkan dia disisih atau dianggap keras kepala.
"Tetapi Islam memerlukan individu sedemikian bagi memastikan kedudukan Islam tidak dihina atau dicabar dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Namun, Dr. Mohd. Sukki menegaskan bahawa pengisian jiwa dan pemikiran manusia itu amat memerlukan kesungguhan dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.
Ini kerana katanya, seorang penyair Mesir ada menyebut bahawa umat itu akan kekal, bila mana akhlaknya kekal tetapi umat itu hancur, bila mana akhlaknya hancur.
"Ia menunjukkan kepada kita bahawa walaupun hebat daripada segi teknologi tetapi kalau manusia itu tidak dibina kerohanian dan jiwa, akan berlaku gejala sosial, riba, jenayah, murtad, ajaran sesat dan lain-lain.
"Kalau macam itulah, maka hakikat kemerdekaan belum dicapai kerana jiwa kita masih tidak tenang dan bahagia," katanya.
ANTARA nikmat Allah SWT yang terbesar kepada umat manusia adalah kemerdekaan secara fizikal dan rohani. Tetapi tidak semua negara atau bangsa yang dapat menikmati kedua-duanya sekali.
Masih ada bangsa dan negara yang mendiami dunia ini semenjak dari dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti berjuang untuk menikmati kemerdekaan yang sebenar.
Kehidupan mereka bukan hanya terbelenggu daripada segi pembangunan material tetapi juga untuk beragama atau tunduk kepada Allah SWT dengan penuh ketenangan adalah sukar.
Atas sebab itulah, Islam memberi penekanan amat tinggi terhadap falsafah kemerdekaan yang tidak hanya memfokuskan kepada merdeka tanah air tetapi juga jiwa dan pemikiran umat Islam itu sendiri.
Jiwa dan pemikiran umat Islam yang merdeka seharusnya berteraskan akidah yang diajar oleh agama supaya mereka mampu menghadapi cabaran dan dugaan masa kini seperti murtad, ajaran sesat, liberal, budaya songsang dan lain-lain.
Malah, ia juga sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77)
Bagi penceramah bebas, Dr. Mohd Sukki Othman menyifatkan dalam konteks Malaysia sendiri, usaha pengisian sedemikian amat penting bagi memperkasakan jiwa dan pemikiran manusia agar lebih dekat dengan Allah SWT.
"Walaupun merdeka tanah air tetapi cara pemikiran dan jiwa bangsanya masih berteraskan penjajah, sama ada daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
"Dengan itu, kita masih belum dianggap merdeka kerana pemikiran dan jiwa sedemikian tidak akan membolehkan kita menikmati kebahagiaan di dunia serta di akhirat," katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
Pensyarah kanan Bahasa Arab dan I'jaz al-Quran, UPM seterusnya menambah, keperkasaan jiwa dan pemikiran tersebut juga penting kerana faktor persekitaran seseorang itu mampu menggoncangkan pendirian dan akalnya.
Tekanan persekitaran itu boleh datang daripada pelbagai cara, seperti kawan-kawan, komuniti kediaman, kaum keluarga, pendidikan dan lain-lain.
"Tekanan dan pengaruh persekitaran sedemikian hanya mampu ditangani oleh individu yang kuat jiwa dan pemikirannya kerana keteguhan itu ada ketikanya boleh menyebabkan dia disisih atau dianggap keras kepala.
"Tetapi Islam memerlukan individu sedemikian bagi memastikan kedudukan Islam tidak dihina atau dicabar dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Namun, Dr. Mohd. Sukki menegaskan bahawa pengisian jiwa dan pemikiran manusia itu amat memerlukan kesungguhan dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.
Ini kerana katanya, seorang penyair Mesir ada menyebut bahawa umat itu akan kekal, bila mana akhlaknya kekal tetapi umat itu hancur, bila mana akhlaknya hancur.
"Ia menunjukkan kepada kita bahawa walaupun hebat daripada segi teknologi tetapi kalau manusia itu tidak dibina kerohanian dan jiwa, akan berlaku gejala sosial, riba, jenayah, murtad, ajaran sesat dan lain-lain.
"Kalau macam itulah, maka hakikat kemerdekaan belum dicapai kerana jiwa kita masih tidak tenang dan bahagia," katanya.
Thursday, 4 September 2014
Agama: Hias diri dengan sifat sabar
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Ajal adalah rahsia yang tak seorang pun daripada kalangan manusia mengetahuinya, kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya. Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia.
Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.
Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT. Pertama, bekalan paling utama untuk menghadap Allah adalah takwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa iaitu memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Bekalan takwa
Takwa adalah bekalan setiap insan yang beriman. Tanpa takwa, Allah SWT tidak akan reda dan tidak akan memberikan pertolongan kepada hamba-Nya. Tanpa takwa juga, Allah SWT tidak akan menerima amalan hamba-Nya.
Kedua, bekalan ilmu kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Fathir, ayat 28)
Menuntut ilmu kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah. Jika kita enggan belajar dan menuntut ilmu, maka kita akan mudah melakukan kesilapan, tidak pula melakukan kebaikan, malah tidak bermanfaat kepada orang lain, tidak akan berjaya dalam hidupnya dan yang pastinya akan mudah tersesat.
Apatah lagi, orang rajin beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu yang benar, maka dia adalah seperti seorang yang berjalan bukan pada jalannya. Pendek kata, kita kena beringat supaya jangan sampai amalan dilakukan hanya sia-sia kerana tidak didasari ilmu yang benar.
Ketiga, bekalan tawakal. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Thalaq, ayat 3)
Tawakal akan menanamkan dalam hati insan sifat kesungguhan, menggantungkan harapan hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap insan hanya berdaya berusaha, berikhtiar dan berdoa, manakala natijah dan hasil segala sesuatu itu Allah SWT yang menentukan.
Keempat, bekalan selanjutnya adalah syukur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepada- Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)." (Surah al-Nisa', ayat 147)
Bentuk syukur
Bentuk rasa syukur itu meliputi syukur dengan lisan, hati dan tindakan kita.
Ingatlah bahawa sesungguhnya nikmat itu akan lestari kerana syukur kita kepada Ilahi, sebaliknya ia akan hilang dengan kufur kita kepada nikmat dikurniakan.
Kelima, bekalan sabar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar." (Surah al- Baqarah, ayat 153)
Apa pun pekerjaan dan di mana juga berada, setiap insan sangat perlu menghiaskan diri dengan sifat sabar. Seorang guru sudah tentu dituntut bersabar mengajar anak didiknya. Begitu juga majikan mestilah bersabar berdepan pelbagai kerenah anak buahnya.
Bahkan, orang yang ditimpa musibah juga harus sentiasa bersabar. Jadikanlah sabar sebagai penolong kita kerana yakinlah bahawa Allah SWT bersama dengan orang yang bersabar terhadap ujian hidup di dunia ini.
Zuhud
Bekalan yang seterusnya adalah zuhud iaitu tidak mencintai dunia. Rasulullah SAW bersabda: "Zuhudlah kamu terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu dan janganlah kamu mencintai apa yang dimiliki manusia, nescaya sekalian manusia akan mencintaimu!" (Riwayat Ibnu Majah)
Mengutamakan akhirat adalah bekalan yang bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya." (Surah al-Isra', ayat 19)
Demikianlah antara bekalan penting yang harus kita siapkan sebelum Allah SWT memanggil kita untuk menghadap-Nya. Yakinlah, bekalan inilah yang menolong kita memikul taklif kewajipan syariat dalam kehidupan dunia ini, mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan dunia akhirat.
Rahsia : 5 Kebenaran Tentang Sosej !
Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!
5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives
2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!
3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!
5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%
Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!
'Share' This Info If You Seriously Concern - Let other mothers know the truth!
Care For Our Lovely Kids!
Diari Seorang Suami : Gajiku RM3000.00
Diari seorang suami.
30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...
lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..
Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"
...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..
suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.
diperolehi dari FB Usamah Hishamuddin
Wednesday, 3 September 2014
Kisah Lelaki Lahir dengan Kepala Ke Belakang
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.
Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.
Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.
Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.
“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.
Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.
Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.
Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.
Gambar terbaru ABBY ABADI yang sudah mula memakai purdah
Ramai
mengetahui penampilan bekas pelakon, Abby Abadi sudah berubah ke arah
yang lebih baik. Dulunya, beliau hanya bertudung litup namun kini bekas
isteri kepada Norman Hakim itu sudah mula memakai purdah sesuai dengan
tuntutan agam islam.
Perkembangan ini sesuatu yang amat
positif buat para peminat dan hater memandangkan Abby pernah berhadapan
dengan krisis penceraian dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada
pertengahan Jun lalu di Makhamah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Dengar khabarnya, aktres berusia 37 tahun
ini bakal menyaman seseorang yang belum diketahui identitinya selepas
beliau memuatnaik sekeping foto yang disertakan dengan caption panjang
lebar. Siapakah individu yang hendak disaman olehnya?
Apapun, semoga Abby tabah dalam mengharungi rintangan hidup.
Lisa Surihani teruja dipeluk "K"
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Ada dua kegembiraan yang dilalui aktres popular, Lisa Surihani baru-baru ini. Satu daripadanya ialah berpeluang mewawancara pelakon Bollywood pujaannya, Kajol yang berkunjung ke Malaysia untuk majlis pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD (saluran 251).
Kedua, impiannya untuk berlakon dengan produksi teater milik Datin Seri Tiara Jacquelina akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan membintangi pementasan teater muzikal P Ramlee musim ketiga membawakan watak Junaidah.
Lisa yang dihubungi BH Online mengakui cukup teruja dan terharu dengan dua pengalaman indah itu.
"Ketika acara pelancaran saluran baharu BollyOne HD itu saya diberi mandat untuk menemubual Kajol sebanyak 10 soalan di pertengahan majlis itu. Kajol menjadi tetamu khas kepada saluran berkenan.
"Antara soalan yang saya ajukan ialah perasan dan tanggapannya terhadap Malaysia, penggunaan media sosial selain perkembangan terbaharu. Malah saya juga memberanikan diri meminta izin untuk dia memeluk saya dan dia tergelak dan dengan spontan memeluk saya di atas pentas yang disaksikan tetamu serta rakan media.
"Awal Ashaari yang menjadi pengacara majlis utama turut mencuri kesempatan untuk mengajak kami berdua berselfie," kata isteri kepada Yusry Abdul Halim itu.
Bagi Lisa, peluang menemuramah Kajol itu sangat berharga buat dirinya. Malah selepas temubual itu, Lisa sekali lagi menemubual pelakon berkenaan untuk lima soalan secara spontan di dalam bilik berasingan.
Di dalam bilik itu, Lisa menyedari Kajol lebih santai berbanding atas pentas yang diperhatikan ramai tetamu. Kata Lisa lagi, beliau boleh bergelak dan sangat merendah diri. Cuma di atas pentas barangkali Kajol naik segan dan sedikit gementar menjadi tumpuan.
"Beliau antara pelakon Bollywood kegemaran saya dan sangat bersemangat mewarnai persada seni di sana. Apatah lagi beliau dilahirkan dalam keluarga seni. Saya sendiri secara peribadi suka cara dia mewarnakan watak yang diberikan. Dapat lihat keikhlasannya dalam setiap lakonan.
"Dia sangat jujur dengan kerja yang dilakukan. Dia pun sangat mengutamakan keluarga dan menghormati orang. Dia sempat berpesan kepada saya dengan memanjangkan nasihat ibunya yang sering dipegang sekian lama iaitu 'you cannot lie infront of the camera'," katanya.
Berbicara lanjut mengenai tawaran melakonkan watak Junaidah untuk teater muzikal P Ramlee, beliau berkata ia datang sekitar sebulan lalu daripada Tiara sendiri.
"Kalau yang mengikuti kerjaya seni, saya pernah cakap memang teringin untuk bekerjasama dengan produksi milik beliau terutamanya di pentas teater. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan juga akhirnya.
"Untuk watak Junaidah apa yang lebih ditekankan ialah nyanyian. Malah menariknya uji bakat saya banyak dilakukan Tiara menerusi khidmat aplikasi Whatsapp saja di mana saya banyak menghantar rakaman suara dan nyanyian untuk diteliti.
"Saya bukanlah penyanyi yang baik. Setakat suka-suka saja. Tapi beliau memuji saya dan baginya apa yang penting ialah teknik serta berjaya menyampaikan maksud dalam lagu yang didendangkan. Tapi saya perlu menjalani latihan mengasah bakat nyanyian untuk teater ini," katanya yang dalam hati masih tidak percaya tawaran itu datang daripada produksi yang diminati sekian lama.
Selain menyanyi, unsur tarian turut ditekankan bagi merealisasikan watak Junaidah.
"Pat Ibrahim selaku pengarah untuk teater ini nak tengok saya menari pula. Kebetulan saya sebelum ini ada terbabit dengan filem Sinaran yang memerlukan saya menari juga. Jadi saya menghantarnya rakaman video saya menari untuk filem berkenaan," katanya.
Teater muzikal P Ramlee ini turut akan menampilkan Tiara Jacquelina, Tony Eusoff dan Nadia Aqilah. Ia akan dipentaskan pada 3 hingga 13 Oktober depan di Panggung Sari Istana Budaya. Untuk tempahan tiket dan info lanjut boleh layari www.tickethotline.com.my atau www.facebook.com/PRamleeMusical.
"Sesi latihan akan bermula hujung bulan ini," katanya ringkas.
Mengenai sisi peribadi, Lisa terus bahagia bersama Yusry.
"Alhamdulillah semua ok. Yusry sekarang ini pun sedang sibuk untuk pos produksi filem Cicakman 3. Saya pula akan sibuk dengan latihan teater," katanya yang mempunyai ramai pengikut di laman Twitter.
Rahsia kenapa kita perlu sebut "Alhamdulillah" selepas bersin
بسم الله الرØمن الرØيم
Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.
Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .
Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.
Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Jadi kita patut bersyukur dan memuji Allah, mengucapkan terima kasih (Alhamdulillah) kepada Allah kerana memelihara kita.
Tuesday, 2 September 2014
10 makanan membantu menurunkan berat badan.
1. Oat : Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ianya mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Telur: Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan pada masa yang sama, rendah kalori. Telur membantu untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik untuk badan.
3. Epal : Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi Pectin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Cili Hijau : Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang Putih : Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.
6. Madu : Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau : Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan badan kita weight.Take harian 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum : Ianya meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak dalam badan. Kombinasi terbaik untuk diet yang baik.
9. Tomato : Tomato membantu membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu untuk menjauhkan diri dari kanser. Ditambah dengan Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan Kalium yang tinggi termasuk kaya dengan Beta Karotena yang sangat berguna untuk mata.
10. Coklat Gelap : Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan Serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.
SHARE kpd rakan anda.
Monday, 1 September 2014
10 sebab tidak suka K-Pop
Oleh Johardy Ibrahim
Sebenarnya, saya kalis K-Pop. Tidak minat. Tidak dirasuk. Bukan kerana faktor usia. Orang kata K-Pop ini hanya diminati golongan remaja. Tidak setuju. Ini kerana bila saya dapat menonton sampai habis selama tiga jam filem Kuch Kuch Hota Hai pun sesudah melepasi usia remaja. Jadi bukan soal usia.
Berikut adalah 10 hal saya tidak suka K-Pop:
1. Winter Sonata
Saya mengenali Winter Sonata, sebuah drama televisyen Korea sekitar tahun 2002 hanya melalui lagunya. Mendayu-dayu. Ketika itu, sepatah pun tidak mengerti bahasa Korea (sampai sekarang pun).
Bagi penggemar drama Korea, Winter Sonata ini disifatkan sebagai pencetus kepada Gelombang Korea yang melanda seluruh Asia dan kemudiannya ke seluruh dunia dikenali hari ini sebagai K-Pop.
Daripada segi sejarah, Korea selalu dianggap kelas kedua kepada orang Jepun. Winter Sonata merubah semuanya dengan orang Jepun bukan sahaja menyukai drama ini tetapi meminati trend fesyen Korea.
Winter Sonata nyata membadai Malaysia dengan penuh dramatik. Disokong oleh lambakan filem dan video klip menerusi televisyen satelit dan media sosial, K-Pop digemari generasi milinium sekarang sama seperti generasi 1980-an menyukai Bollywood.
2. Lagu Dari Awal Hingga Kini
Populariti lagu berjudul From The Beginning Until Now nyanyian Ryu ini ditambah baik apabila ia dialih bahasakan ke Bahasa Malaysia oleh penyanyi Hazami menjadi Sonata Musim Salju, yang kemudiannya kekal sebagai lagu karaoke pilihan utama kita semua.
Masalahnya, sudahlah versi asli kena belajar bahasa Korea, memang tidak kesampaian. Versi Bahasa Malaysia nyanyian Hazami pula didapati sulit. Baharulah disedari wujud teknik nyanyian dengan pernafasan yang amat kritikal dalam penyampaian lagu ini.
Hanya dengan penyampaian begitu, baharulah lagu ini didendangkan dengan penuh emosi, dan melelehkan air mata. Tapi dalam bilik karaoke, hentam sajalah labu. Lagu Hazami ini agak istimewa. Ini kerana ia adalah lagu saduran yang berjaya kekal sebagai lagu diminati sehingga zaman The Running Man sekarang.
3. Running Man
Dua siri Running Man yang saya tonton dari awal sampai habis ialah bila dua pemain Manchester United, Park Ji-sung dan Patrice Evra menjadi tetamu program lawak ini. Ia berakhir dengan perlawanan bola sepak persahabatan. Aksi paling lawak bila Ji-sung `menyepak' Lee Kwang Soo ekoran kegagalannya menyumbat sepakan penalti. Memang macam MUFC.
Satu lagi ialah Jackie Chan jadi tetamu. Kelakar sebab superstar Hong Kong yang cukup dikenali dengan kung fu lawak `ditewaskan' oleh pelawak-pelawak Running Man Korea.
Tapi itu sahajalah.
4. Terjemahan
Lazimnya saya mengelak menonton apa-apa yang bukan bahasa Malaysia atau Inggeris, walaupun saya menyukai filem Chow Yuen-Fatt. Tetapi terjemahan bahasa yang wujud pada program Korea, terutama Running Man boleh dikatakan di tahap `masuk akal'. Tiada siapa dapat mengesahkan apa yang ditutur sama dengan yang diterjemahkan. Tetapi lihat aksi lawak dan terjemahan dialog, memang mengena. Memang ketawa juga dibuatnya.
5. Star King
Program ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja menunjukkan bakat unik masing-masing dan kemudiannya `dipertandingkan' menerusi undian tepukan. Konsep sama seperti British Got Talents, cuma cara berbeza. Ini saya tonton beberapa kali.
Program ini adalah menyegarkan kerana berbanding dengan siri yang diadili Simon Cowell, Star King penuh dengan ketawa.
6. Nobody But Choo
Semasa di Port Dickson, satu kumpulan trio menyampaikan lagu Nobody But You yang dipopularkan oleh Wonder Girls. Sementera Wonder Girls dianggotai lima penyanyi wanita, trio yang kami tonton dalam persembahan live itu ada seorang `mat lembut', yang lebih lentik daripada dua penyanyi wanitanya. Korus lagu itu kekal kerana sebutan mat lembut `nobody nobody but Choo' kekal dalam kotak memori minda. Ngeri.
7. Plastik
Dunia sudah mengetahui betapa obses Korea terhadap pembedahan plastik. Maka wajah-wajah yang kita lihat pada K-Pop semuanya adalah plastik, kecuali Jae-suk dan Ji-sung. Kenapa jadi masalah pula? Wajah plastik ini tidak mungkin kita dapatkan kaitkan dalam kehidupan sebenar tatkala kita hari ini disuruh menerima rupa anugerah Tuhan kita dengan kesyukuran.
8. Persembahan sama
Trend K-Pop hari ini ialah memperkenalkan kumpulan penyanyi melebihi 10 orang. Sampai penuh pentas. Dan paling kritikal, setiap seorang rupa mereka adalah sama, suara sama, irama sama dan tarian pun sama. Dan juga sama dengan 20 kumpulan lain. Tiada kepelbagaian.
9. Peminat tegar
Peminat K-Pop menyedari fakta-fakta di atas tetapi bertegas enggan mengendahkannya. Peminat tegar, kental dan setia. Rambut pun diwarnakan ungu. Sanggup belajar bahasa Korea. Kumpul duit untuk melawat Pulau Namiseom. Apa bezanya keghairahan remaja terdahulu kepada Hollywood, Bollywood dan Hong Kong? Sama saja.
10. Yoo Jae-suk
Jae-suk boleh dikatakan tonggak dalam Running Man. Kalau dia tidak beraksi, Running Man jadi hambar. Dengan cermin matanya dan rambut The Beatles, Jae-Suk adalah ironi kepada kegilaan artis Korea melakukan pembedahan plastik.
Semasa hangat berdiskusi beramai-ramai dalam WhatsApp, seorang rakan menghantar gambar saya yang dikembarkan dengan Jae-suk untuk tontonan ramai. Hakikat dia sanggup mengambil masa untuk menyunting dan mengolah gambar itu, amat melucukan. Tunggu. Ada lori ada bas. Esok hari, kita balas.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 31 August 2014
Resepi cara nak masak "Nasi Arab Simple"
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
* SELAMAT MENCUBA *
Asal Usul SABUN..
Muhamad Mat Yakim
Kepada sesiapa yg berasa ajaran Islam itu kuno, kolot, ulu dan konservatif, sedarilah bhw anda sebenarnya adalah bodoh lagi sombong.
Banding dgn bukan Islam di Eropah pada zaman pertengahan, tamadun Islam jauh lebih maju.
Contoh: Pada masa itu, Eropah diserang wabak demam hitam (black fever) yg meragut ribuan nyawa. Para paderi sekadar mampu menyatakan bhw wabak itu sebagai kafarah atau pembalasan tuhan.
Seorang saintis/ ulama Islam dr Andalusia, Ibnu Al Khatib @ Muhammad bin Utsman sebaliknya mengkaji dan mendapati punca wabak itu krn daki yg berpunca daripada perangai orang Eropah yang tidak mandi.
Org Eropah pada masa itu tidak mandi dan hanya org bangsawan dibenarkan mandi.
Al Khatib lalu mencipta sabun dan agihkan percuma kpd masyarakat. Berkurang dan berakhirlah masalah itu.
Perkataan soap yg diguna skrg ini pun berasal dari 'suf' (yg bermaksud pembersih) dlm bahasa Arab.
Siapa yang kuno?
Relaxlah Johan, anggap aja gambar tersebut untuk 'dakwah' sesama friendlist !!
Ozlyn: Kami bukan menunjuk
MINGGU lalu pelakon Ozlynn dikritik hebat apabila
memuat naik gambar suaminya Johan (Raja Lawak) bersama anak-anak mereka
sedang mengerjakan solat, menerusi laman sosial Instagram miliknya
bersama Johan.
Gambar tersebut telah disalah erti segelintir pihak yang mengatakan
mereka hendak menunjuk-nunjuk, sehingga menimbulkan perbalahan di antara
peminat dan 'hatters' mereka.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ozlynn berkata, dia tidak ambil pusing terhadap sebarang kritikan negatif.
"Apa sahaja komen baik positif atau negatif daripada pengikut Intagram,
kami mengambil pendekatan untuk tidak melayaninya kerana ia hanya akan
mencetuskan kontroversi.
"Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik
pada pengikut-pengikut dan tidak salah berkongsi benda yang baik,"
katanya yang ditemui ketika majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di
Menara KL baru-baru ini.
Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan mengakui pada awalnya, laman
Instagram milik mereka itu 'diprivasikan', namun apabila ramai peminat
ingin mengikuti perkembangan, mereka membuka sekatan itu.
“Bila Instagram tu tak lagi 'private', kami perlu bersedia berhadapan
dengan apa sahaja kritikan apabila kongsi aktiviti atau perkara peribadi
yang kami muat naik," katanya meminta agar hak peribadinya lebih
dihormatinya.
Bolehkah Inai Kuku Berwarna-Warni?
Jika dulu inai hanya terdapat di dalam warna oren kemerahan iaitu warna semulajadi daun inai, namun hari ini terdapat pelbagai warna seperti hitam, merah terang dan merah jambu di pasaran. Menerusi entri ini, bolehkah kita memakai warna inai kuku seperti warna cat kuku yang biasa dipakai oleh orang kafir?
Tidak ada salahnya anda mengenakan inai pada kuku selagi bahan-bahan dalam pembuatan inai bertepatan dengan syarak halal. Biasanya, inai terdiri daripada daun inai dan beberapa campuran lain semulajadi. Kemunculan inai segera pelbagai warna yang kini mudah didapati di kebanyakan pasaraya menjadikan inai buatan sendiri semakin ketinggalan.
Sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya. Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami).
Ada juga ulama berpendapat wanita boleh mengenakan inai kuku warna apa sekali pun malah Nabi menyuruh memakai inai. Dari Aisyah ra, “Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092).
Namun, pemakaian inai biarlah bersebab seperti untuk menyembuhkan sakit kuku atau tujuan majlis perkahwinan. Akan tetapi, berdosa jika niat hanya mahu menayang dari segi kecantikan seperti mengukir mengikut dalam upacara keagamaan hindu.
Mudah saja untuk memakai inai yang dibenarkan. Pastikan inai yang anda pakai atau beli boleh telap air. Jika inai yang dipakai terdiri daripada daun inai, za'faran, kunyit, daun teh, perahan limau dan sebagainya maka ia adalah sah. Jika kandungan inai mempunyai bahan seperti minyak maka ia adalah haram. Wallahualam!
Isteri dilema, kena buat pilihan Taat Antara Suami Ibu..!!
Soalan:
Saya baru mendirikan rumahtangga. Apa yang sama faham, seorang isteri perlu patuh kepada perintah suami sebaik mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun ibu saya masih lagi memberikan arahan itu dan ini serta tidak mengizinkan saya pergi ke sesuatu destinasi atau melakukan apa-apa biar pun saya sudah mendapat keizinan daripada suami. Bagaimana sebenarnya kuasa seorang ibu terhadap anak perempuannya yang sudah berumah tangga?
Jawapan:
Benar, selepas bernikah ketaatan seorang wanita beralih dari ibu bapanya kepada suaminya. Allah berfirman berkenaan ketaatan kepada suami: Maka perempuan-perempuan (isteri-isteri) yang soleh itu ialah yang taat (kepada suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama. [al-Nisa’ 4:34]
Dalam suasana yang dihadapi oleh puan di atas, kemungkinan besar ibu belum dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan kesayangannya sudah memiliki suami dan berada di bawah penjagaan suami. Ibu masih merasakan puan berada di bawah tanggungjawabnya, maka atas sebab inilah ibu masih prihatin terhadap urusan puan.
Di sini puan perlu menjelaskan kepada ibu, secara penuh hikmah, bahawa puan kini berada di bawah tanggungjawab suami dan tidak dapat lagi menerima arahan daripadanya. Penjelasan ini perlu ditambah dengan hakikat bahawa puan masih menyayangi ibu dan akan cuba sedaya upaya untuk berbakti kepadanya.
Seperkara lain, apa yang dihadapi oleh puan sebenarnya lazim dihadapi oleh pasangan lain. Ia adalah fenomena “sandwich” di mana seorang anak keliru antara memberi prioriti kepada pasangan atau ibu bapa. Penyelesaian terbaik ialah cuba berada di pertengahan antara kedua-duanya, secara hikmah, komunikasi jelas dan doa kepada Allah.
Aura Jalur Gemilang makin hilang?
Sebuah lori dihiasi dengan Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada semangat cintakan negara.
PASIR MAS - Itulah antara bait-bait lagu Jalur Gemilang, ciptaan Datuk
Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan lirik nukilan Syed Indra Syed Omar
(Siso) menceritakan kemegahan panji negara.
Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, Jalur Gemilang dilihat berkibar
megah menghiasi seluruh premis kerajaan, swasta, kediaman dan kenderaan,
seolah-olah masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan semangat
cintakan tanah air.
Namun sejak akhir-akhir ini, kibaran Jalur Gemilang sempena bulan
kemerdekaan negara dilihat semakin pudar dan kurang mendapat sambutan
dalam kalangan masyarakat, tidak sepertimana sebelum ini, yang mana
semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak sibuk untuk berbuat
demikian.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, hanya 30 peratus sahaja masyarakat di
jajahan ini yang sanggup mengeluarkan belanja mengibarkan Jalur Gemilang
sempena bulan kemerdekaan negara ke-57.
Situasi tersebut menimbulkan persoalan adakah kibaran Jalur Gemilang
sudah tidak penting kepada masyarakat di negara ini sehinggakan ada yang
enggan berbuat demikian.
Lagipun harga untuk membeli sehelai Jalur Gemilang sekitar RM5 dan
nilai tersebut tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh
pejuang kemerdekaan sebelum ini.
Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana Jalur
Gemilang bukan sahaja lambang kedaulatan negara namun pada masa sama, ia
turut berperanan membentuk perpaduan utuh dalam kalangan rakyat negara
ini.
Wajib kibarkan Jalur Gemilang
Walaupun rakyat berada dalam keadaan sugul, ekoran nahas yang menimpa
MH17 dan MH370, namun kibaran Jalur Gemilang wajar diteruskan dalam apa
jua keadaan.
Malah sepatutnya Jalur Gemilang dikibarkan setiap masa, tanpa perlu
menunggu bulan kemerdekaan tiba. Janganlah kita dianggap hanya patriotik
bermusim kerana hanya dilihat bersemangat ketika negara menyambut hari
kemerdekaan, sedangkan pada bulan yang lain, Jalur Gemilang tidak
diendahkan.
Bagi memastikan generasi muda meneruskan semangat mengibarkan Jalur
Gemilang ini, kerajaan perlu menghidupkan semula kempen berkenaan bagi
meningkatkan lagi kesedaran mereka.
Usaha ini wajar dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi dan ia
bertepatan dengan perumpamaan Melayu 'melentur buluh, biarlah daripada
rebungnya.
Perkara tersebut turut disokong Yang Dipertua Persatuan Pesara Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPPPP) Malaysia, Cawangan Kelantan, Datuk Idris
Muhamood yang berpendapat, generasi muda hari ini perlu terus
didedahkan dengan aktiviti bersifat patriotisme seperti kibaran Jalur
Gemilang.
Katanya, secara tidak langsung pendekatan itu mampu menjadi platform
dalam usaha memberi pendidikan kepada generasi muda untuk terus
menghargai nikmat merdeka dan cintakan tanah air.
“Tugas ini perlu digalas oleh semua pihak termasuklah golongan ibu bapa
kerana tugas memberikan didikan adalah tanggungjawab bersama,” katanya.
Kempen harus berterusan
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Kelantan, Safidah Abu Samah berkata, pihaknya sentiasa menggiatkan usaha
bagi memastikan semangat mengibarkan Jalur Gemilang berterusan.
“Untuk tahun ini pihak jabatan mewajibkan setiap ahli di bawah Kawasan
Rukun Tetangga (KRT) memasang Jalur Gemilang di bawah program ‘satu
rumah satu bendera’.
“Dengan cara ini, kita mahu semangat cintakan tanah air bermula dari rumah dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Titik beratkan hukum, hakam ketika solat
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
MALAYSIA adalah negara majmuk terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan budaya. Masyarakat Melayu beragama Islam
mempunyai komposisi bilangan penduduk yang tinggi berbanding
bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Sudah pasti segala perilaku, tindakan, pakaian dan pelbagai lagi
tertakluk kepada hukum-hukum Islam yang begitu unik dan bersifat
universal.
Boleh @ tidak
Pendakwah, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, dalam soal pakaian sebagai
contoh, kita lihat ramai masyarakat Islam khususnya remaja dan dewasa
mahupun golongan sedang meningkat tua memakai pakaian yang berasaskan
fesyen yang diminati.
Ada yang memakai pakaian yang mempunyai gambar tumbuhan, kereta lumba,
wanita, tengkorak, kartun, logo dan nama pasukan kelab bola sepak dan
pelbagai lagi.
Pakaian yang mereka pakai kadang-kadang digunakan mendirikan solat sama ada di masjid, surau dan sebagainya.
"Secara umumnya pakaian yang haram digunakan untuk solat dapat dibahagikan kepada dua.
Pertama pakaian bernajis dan pakaian yang dirampas. Kedua, pakaian
lelaki yang diperbuat daripada sutera, pakaian bersulam emas, dipakai
Islam.
Ini adalah bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
"Diharamkan pakaian sutera dan emas bagi kaum lelaki umatku tetapi tidak
diharamkan untuk kaum wanitanya."
"Walaupun begitu dalam soal pemakaian baju atau seluar dan seumpamanya
yang mempunyai lakaran tertentu ketika menunaikan solat, ia
dikategorikan kepada tiga:-
Pertama; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk tidak bernyawa
seperti kereta F1, motosikal berkuasa besar, kapal terbang, rumah,
pokok, laut, bunga, dan sebagainya lagi adalah harus dan tidak menjadi
satu kesalahan.
Kedua; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa
seperti singa, harimau, burung, kartun, tengkorak, kumpulan rock heavy
mental, gambar ahli politik dan sebagainya lagi.
Ketiga; memakai pakaian yang mempunyai gambar dilarang Islam seperti
wanita tidak menutup aurat, berunsur seks, bogel, gambar yang mengajak
manusia ke arah suka kepada hiburan dunia semata-mata dan sebagainya
lagi," katanya kepada Rehal.
Peduli dengan gambar
Justeru itu dalam soal berpakaian dalam solat ini perlu diberi
perhatian memandangkan ramai yang tidak peduli perihal gambar yang ada
di baju atau pakaian mereka dengan alasan yang penting adalah mendirikan
solat.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ini juga menjelaskan,
sebenarnya solat ini perlu dilaksanakan secara berkualiti dan penuh
dengan kekhusyukan kepada ALLAH.
Cuba elakkan perkara yang boleh menjejaskan kualiti solat kita
kepadaNya. Abu Talhah meriwayatkan bahawa mendengar Rasulullah SAW
bersabda maksudnya: "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di
dalamnya anjing dan gambar".
"Begitu juga dengan peristiwa di zaman Rasulullah SAW di mana Aisyah
mempunyai sehelai tabir nipis yang digunakan untuk menutupi satu penjuru
di rumahnya.
Rasulullah SAW mengarahkan Aisyah agar buangkan tabir tersebut kerana
gambarnya sering terbayang (mengganggu) dalam solat Rasulullah SAW.
"Ini memberi penjelasan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam
khususnya berkaitan dengan proses solat maka janganlah kita
sewenang-wenang membeli dan pakai ketika solat.
Selain itu pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang boleh mengganggu
kekhusyukan dan perhatian orang lain ketika solat juga perlu dielakkan,"
katanya.
Menurutnya, pakaian yang paling sesuai ketika solat ialah pakaian yang menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan.
Firman ALLAH yang bermaksud: "...pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan
solat)..." (Surah al-A’raf: 31)
Tutup aurat
Bagi masyarakat Islam di Malaysia kebanyakan mereka memakai baju
Melayu. Ini tidak menjadi kesalahan asalkan ia menutup aurat. Begitu
juga jika seseorang itu memakai pakaian berbunga ketika solat maka ia
diharuskan dan tidak menjadi kesalahan.
Dalam erti kata lain seseorang boleh menunaikan solat dengan memakai
pakaian yang sangat cantik setiap kali hendak menghadap ALLAH dalam
solat.
Janganlah kita hanya mengamalkan memakai pakaian yang cantik dan mahal
ketika ke tempat kerja, kenduri dan hari raya sahaja tetapi ketika kita
sedang menghadap ALLAH yang menciptakan kita dalam solat lima waktu
sehari semalam, kita hanya memakai pakaian yang murah, berbaju singlet,
berkain pelekat sahaja tanpa baju dan sebagainya lagi. Janganlah kita
mempunyai sifat bakhil
dalam perkara yang berkaitan dengan solat.
Aurat bagi seorang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut.
Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya solat menjadi sah.
Dalam erti kata lain seseorang lelaki yang memakai pakaian yang
menutupi anggota badannya bermula di bawah pusat hingga di bawah lutut
maka ia dibolehkan untuk bersolat.
Solat dengan hanya memakai seluar (di bawah pusat hingga di bawah
lutut) tanpa baju tetapi masih lagi dalam batas aurat bagi seseorang
lelaki, maka ia dibolehkan jika seseorang itu melakukannya kerana ingin
menunjukkan rasa rendah diri dan menambahkan kekhusyukan ibadah kepada
ALLAH.
Namun perkara ini akan menjadi makruh sekiranya seseorang lelaki yang
mampu mempunyai pakaian atau pun ada pakaian yang mampu menutupi
bahagian atas badan tetapi tidak digunakan untuk bersolat sebaliknya
hanya memakai seluar atau kain pelekat sahaja maka ia dikira makruh.
Aurat seseorang Islam wajib dipelihara sama ada di dalam solat mahupun
di luar solat. Aurat bagi seseorang wanita Islam yang ingin mengerjakan
solat semestinya anggota badannya ditutupi dengan sesuatu yang tidak
menampakkan warna kulit seperti kain yang tebal.
Sekiranya pakaian yang menutupi anggota badannya masih boleh
menampakkan warna kulit dan pelbagai lagi seperti memakai telekung yang
jarang serta nipis, maka hukumnya tidak harus memakai telekung tersebut
kerana hakikat penutupan yang sebenarnya tidak terlaksana dengan cara
pakaian tersebut.
Maka telekung yang nipis itu perlu dia gantikan dengan kain telekung tebal yang mampu melindungi anggota badan dari ternampak.
Ini kerana salah satu syarat penutup aurat ialah wajib menutup aurat
dengan kain yang tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan
warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.
Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau
membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka
tidak sah solat dengannya kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat.
Kesimpulannya, walaupun kain telekung yang diperbuat daripada kain
tebal atau kain licin, kain telekung berwarna hitam putih dan
berwarna-warni serta berbunga-bunga boleh digunakan untuk bersolat,
elakkan sifat riak dan takabbur dengan kain telekung yang kita miliki
kerana kadang-kadang dengan sifat riak dan takabbur yang kita miliki ini
akan menjejaskan kualiti ibadah solat kita kepada ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKLAN BERBAYAR 2
.
Blog Archive
-
►
2016
(108)
- ► 05/01 - 05/08 (11)
- ► 04/24 - 05/01 (4)
- ► 04/17 - 04/24 (9)
- ► 04/10 - 04/17 (7)
- ► 04/03 - 04/10 (11)
- ► 03/27 - 04/03 (7)
- ► 03/20 - 03/27 (10)
- ► 03/13 - 03/20 (3)
- ► 03/06 - 03/13 (2)
- ► 02/28 - 03/06 (3)
- ► 02/21 - 02/28 (4)
- ► 02/14 - 02/21 (7)
- ► 02/07 - 02/14 (4)
- ► 01/31 - 02/07 (2)
- ► 01/24 - 01/31 (5)
- ► 01/17 - 01/24 (1)
- ► 01/10 - 01/17 (7)
- ► 01/03 - 01/10 (11)
-
►
2015
(287)
- ► 12/27 - 01/03 (4)
- ► 12/20 - 12/27 (2)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 11/29 - 12/06 (2)
- ► 11/15 - 11/22 (1)
- ► 11/08 - 11/15 (6)
- ► 11/01 - 11/08 (7)
- ► 10/25 - 11/01 (11)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (6)
- ► 10/04 - 10/11 (14)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (7)
- ► 09/13 - 09/20 (9)
- ► 09/06 - 09/13 (5)
- ► 08/30 - 09/06 (15)
- ► 08/23 - 08/30 (17)
- ► 08/16 - 08/23 (5)
- ► 08/09 - 08/16 (17)
- ► 08/02 - 08/09 (7)
- ► 07/26 - 08/02 (15)
- ► 07/19 - 07/26 (7)
- ► 07/12 - 07/19 (3)
- ► 07/05 - 07/12 (19)
- ► 06/28 - 07/05 (7)
- ► 06/21 - 06/28 (8)
- ► 06/14 - 06/21 (8)
- ► 06/07 - 06/14 (3)
- ► 05/31 - 06/07 (4)
- ► 05/24 - 05/31 (6)
- ► 05/17 - 05/24 (6)
- ► 05/10 - 05/17 (2)
- ► 05/03 - 05/10 (2)
- ► 04/19 - 04/26 (3)
- ► 04/12 - 04/19 (8)
- ► 04/05 - 04/12 (6)
- ► 03/29 - 04/05 (9)
- ► 03/22 - 03/29 (6)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 03/08 - 03/15 (4)
- ► 02/08 - 02/15 (1)
- ► 02/01 - 02/08 (8)
- ► 01/25 - 02/01 (1)
- ► 01/18 - 01/25 (6)
- ► 01/11 - 01/18 (1)
- ► 01/04 - 01/11 (2)
-
▼
2014
(551)
- ► 12/14 - 12/21 (4)
- ► 12/07 - 12/14 (8)
- ► 11/30 - 12/07 (6)
- ► 11/23 - 11/30 (8)
- ► 11/16 - 11/23 (5)
- ► 11/09 - 11/16 (7)
- ► 11/02 - 11/09 (4)
- ► 10/26 - 11/02 (5)
- ► 10/19 - 10/26 (9)
- ► 10/12 - 10/19 (3)
- ► 10/05 - 10/12 (7)
- ► 09/28 - 10/05 (20)
- ► 09/21 - 09/28 (19)
- ► 09/14 - 09/21 (2)
- ► 09/07 - 09/14 (10)
-
▼
08/31 - 09/07
(21)
- Nilai duit yang berlegar dalam dunia demi sebiji b...
- Penyakit ALS & Ice Bucket Challenge
- Buang tabiat pemanduan menjelikkan!
- Nikmat Allah tidak terhingga
- Agama: Hias diri dengan sifat sabar
- Rahsia : 5 Kebenaran Tentang Sosej !
- Diari Seorang Suami : Gajiku RM3000.00
- Kisah Lelaki Lahir dengan Kepala Ke Belakang
- Gambar terbaru ABBY ABADI yang sudah mula memakai ...
- Lisa Surihani teruja dipeluk "K"
- Rahsia kenapa kita perlu sebut "Alhamdulillah" sel...
- 10 makanan membantu menurunkan berat badan.
- 10 sebab tidak suka K-Pop
- Resepi cara nak masak "Nasi Arab Simple"
- Asal Usul SABUN..
- Apabila Azhar Idrus, Abdullah Khairi & Afdlin Sauk...
- Relaxlah Johan, anggap aja gambar tersebut untuk '...
- Bolehkah Inai Kuku Berwarna-Warni?
- Isteri dilema, kena buat pilihan Taat Antara Suam...
- Aura Jalur Gemilang makin hilang?
- Titik beratkan hukum, hakam ketika solat
- ► 08/24 - 08/31 (13)
- ► 08/17 - 08/24 (12)
- ► 08/10 - 08/17 (10)
- ► 08/03 - 08/10 (3)
- ► 07/20 - 07/27 (10)
- ► 07/13 - 07/20 (15)
- ► 07/06 - 07/13 (8)
- ► 06/29 - 07/06 (7)
- ► 06/22 - 06/29 (6)
- ► 06/15 - 06/22 (9)
- ► 06/08 - 06/15 (7)
- ► 06/01 - 06/08 (14)
- ► 05/25 - 06/01 (8)
- ► 05/18 - 05/25 (3)
- ► 05/11 - 05/18 (17)
- ► 05/04 - 05/11 (11)
- ► 04/27 - 05/04 (10)
- ► 04/20 - 04/27 (13)
- ► 04/13 - 04/20 (11)
- ► 04/06 - 04/13 (15)
- ► 03/30 - 04/06 (15)
- ► 03/23 - 03/30 (9)
- ► 03/16 - 03/23 (8)
- ► 03/09 - 03/16 (11)
- ► 03/02 - 03/09 (12)
- ► 02/23 - 03/02 (16)
- ► 02/16 - 02/23 (22)
- ► 02/09 - 02/16 (21)
- ► 02/02 - 02/09 (9)
- ► 01/26 - 02/02 (9)
- ► 01/19 - 01/26 (18)
- ► 01/12 - 01/19 (40)
- ► 01/05 - 01/12 (21)
-
►
2013
(355)
- ► 12/29 - 01/05 (9)
- ► 12/22 - 12/29 (14)
- ► 12/15 - 12/22 (21)
- ► 12/08 - 12/15 (40)
- ► 12/01 - 12/08 (13)
- ► 11/24 - 12/01 (19)
- ► 11/17 - 11/24 (27)
- ► 11/10 - 11/17 (20)
- ► 11/03 - 11/10 (23)
- ► 10/27 - 11/03 (12)
- ► 10/20 - 10/27 (16)
- ► 10/13 - 10/20 (6)
- ► 10/06 - 10/13 (6)
- ► 09/29 - 10/06 (9)
- ► 09/22 - 09/29 (21)
- ► 09/15 - 09/22 (32)
- ► 09/08 - 09/15 (20)
- ► 09/01 - 09/08 (20)
- ► 08/25 - 09/01 (4)
- ► 08/18 - 08/25 (3)
- ► 08/11 - 08/18 (5)
- ► 08/04 - 08/11 (1)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (1)
-
►
2012
(8)
- ► 12/30 - 01/06 (1)
- ► 12/23 - 12/30 (7)