UtusanDaily

Monday 16 November 2015

Salahkah Yapeim anjur kursus kahwin di luar negara, kata Jamil Khir

jamil-khir
BANGI, Isnin – “Apa salahnya Yapiem menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara?”.

Demikian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung tuduhan terbaru Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir, hari ini.

Beliau berkata, kursus itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Malaysia di luar negara dan sudah diadakan di Amerika Syarikat, London dan Paris.

“Kursus tersebut adalah gabungan beberapa kursus yang disatukan untuk manfaat pelajar manakala kursus kahwin memudahkan berkahwin di luar atau di tanah air tanpa perlu ikuti kursus perkahwinan semula di Malaysia.

“Setiap kali diadakan, ada yang kita terpaksa tolak kerana ramai yang memohon. Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Jamil Khir berkata, jumlah peserta kursus pernah mencecah 200 orang apatah lagi jika dianjurkan ketika waktu cuti pengajian.

Katanya, selain Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut terbabit.

“Selesai kursus, mereka diberikan sijil. Mereka boleh bernikah di pejabat kedutaan di luar negara atau sekembali ke tanah air tanpa perlu kursus semula. Bermakna apabila tamat belajar, mereka ada ijazah atau diploma pendidikan dan sijil kursus perkahwinan sebagai nilai tambah,” katanya.

“Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwin di luar atau pun di dalam negara?,” soalnya kepada Akmal.

Akmal petang tadi mendedahkan Yapeim telah membelanjakan lagi wang berjumlah RM290,000 di Paris untuk penganjuran kursus perkahwinan yang dirasmikan oleh Jamil sendiri.

Dakwanya, terdapat dua buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015. SUMBER

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive