Digandingkan bersama dalam drama bersiri Puteri Malam, dua bintang
baharu ini tidak menyangka watak pelacur yang dilakonkan mereka
melayakkan diri masing-masing dicalonkan dalam Anugerah Drama Festival
Kuala Lumpur (ADFKL), yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.
Tidak meletakkan harapan tinggi, Zara Zya dan Hafreez Adam menganggap
tersenarai di antara kalangan nama besar sudah cukup mengujakan. Pada
masa sama, ia menjadi penanda aras buat kerja seni masing-masing.
Dua bakat ini juga sudah tentu mengharapkan perjalanan kerjaya seni mereka berpanjangan.
Bimbang foto separuh bogel tersebar
Bermula
sebagai model peragaan, Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Aizat
Zahalan menjejakkan kaki ke bidang seni setahun lalu selepas disunting
pengarah drama Maskara, Nizam Zakaria, ketika menemani temannya yang
juga bakat baru, Nazrief Nazri, ke lokasi penggambaran.
Walaupun
watak yang diberikan kecil, bertitik-tolak dari situ Hafreez
memanjangkan langkahnya dalam arena lakonan selepas membintangi drama
Tanah Merah.
Setelah jejaknya dalam lakonan dirasakan kian
kukuh, Hafreez mula memperlahankan langkah sebagai model. Beliau juga
semakin berhati-hati menerima tawaran memperagakan sesuatu produk,
berikutan dirinya kini menjadi perhatian umum.
“Saya memang tidak pernah bergambar separuh bogel, apatah lagi menjadi... [BH]
No comments:
Post a Comment