Amaran Elfira Loy kepada peminat..!!
RAMAI berpendapat, kerjaya sebagai seorang selebriti adalah kerjaya
paling mudah dan lebih istimewa, seseorang selebriti pasti dikenali
ramai dan ada pengikut tersendiri.
Apatah lagi, dengan kecanggihan zaman teknologi para peminat sudah
boleh mendekati selebriti kegemaran menerusi laman sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram.
Namun sayangnya ada pengikut di laman Instagram khususnya menyalah
gunakan gambar sesetengah selebriti dengan mengiklankan produk mereka.
Jika sebelum ini, Nabila Huda sudah meluahkan perasaan dan mengingatkan
pengikutnya agar tidak sewenangnya mengiklankan produk mereka, kali ini
giliran Elfira Loy pula meluahkan perkara sama.
"Sejujurnya saya tidak ada masalah dengan mereka yang berniaga
terutamanya peniaga atas talian. Cuma saya kurang berkenan cara mereka
dekati saya dengan #VisitMyIG.
"Saya bukanlah nak meminta barang percuma, tapi daripada mereka
tinggalkan komen sebegitu, lebih baik mereka taja barang-barang tersebut
kepada artis dan saya akan bantu mereka promosikan barang mereka.
"Kalau nak berniaga biarlah cara yang betul dan saya tak mahu ada pihak
yang beri saya barang dan saya promosikan tapi ada pula pihak lain yang
dapatkan publisiti dengan cara mudah," jelasnya.
Ceburi bidang perniagaan
Sementara itu, dalam perkembangan lain gadis berusia 19 tahun ini
sedang sibuk mengusahakan perniagaan selendang secara kecil-kecilan
secara atas talian yang diberi nama Twinkel by Elfira.
Jelas Elfira, perniagaan tersebut bermula dengan lukisan yang dilukisnya sendiri pada waktu senggang.
"Saya memang suka melukis tapi tidaklah pakar sangat. Kebetulan kawan
saya kata lukisan tersebut boleh dicetak di atas selendang dan dari situ
saya cuba menjual menerusi Instagram saya.
"Tak sangka dalam masa lima hari, 50 helai terjual dan saya rasa
perniagaan ini boleh diteruskan. Selain selendang, saya juga turut
mencetak lukisan saya 'casing' telefon bimbit.
"Namun kerana kekangan waktu, saya tak dapat keluarkan dalam kuantiti
yang banyak. Buat masa ini saya hanya 'test market', dalam tahun depan
saya berhasrat untuk membuka kiosk sendiri," katanya.
Dek kerana harga selendang yang agak mahal iaitu RM99 sehelai, Elfira
berkata, dia cuba untuk mempelbagaikan barangan agar mampu dimiliki oleh
para peminatnya yang kebanyakannya masih sekolah.
"Saya cuba untuk memberikan harga yang berpatutan kerana segalanya saya
buat sendiri, melukis, pilih kain dan iklan. Tapi saya cuba
mempelbagaikan barang agar ia mampu dimiliki.
Sudah bertudung?
Elfira yang hadir ke Majlis Tayangan Amal DiRaja Permata Hati dengan
memakai tudung baru-baru ini, menarik perhatian ramai sehingga ada yang
tertanyatanya, adakah dia sudah mengikut jejak adiknya, Ezlisayang bertudung.
“Niat memang dah ada, malah setiap kali bangun tidur saya memang rasa
nak bertudung. Tapi tak tahu bila. Macam hari ini saya bertudung kerana
mahu mengikut karakter saya di dalam filem ini iaitu Lis,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Elfira berkata, dia kini sedang sibuk dengan
penggambaran drama terbaharunya, Separuh Jiwaku yang akan disiarkan di
TV9.
No comments:
Post a Comment