Tak rela jadi perampas
Setiap kali dirinya muncul di sesebuah acara, persoalan mengenai jodoh tetap diajukan walaupun sudah berulang kali wanita ini memberikan ulasan berhubung perkara berkenaan.
Maklum saja, pada usia 42 tahun, Nasha Aziz belum diikat dengan jalinan perkahwinan. Justeru, apabila berpeluang berbicara dengannya, topik mengenai cinta dan rumah tangga tidak mampu ditinggalkan, apatah lagi ramai sedia maklum, wanita ini sendiri bukanlah selebriti yang mudah kelihatan wajahnya di sebarang majlis ataupun acara.
Nilai eksklusif yang ada pada dirinya itulah menyebabkan setiap persoalan ingin ditanya kepadanya. Nasha sendiri tidak lokek untuk berkongsi cerita. Andai mampu dijawabnya, pelbagai penjelasan diberikan kepada wakil media. Begitu jugalah dengan soal cinta.
Terbaharu, ketika ditemui pada majlis sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya (IB), baru-baru ini, Nasha mengaku masih menantikan cinta sejati, tulus dan ikhlas daripada insan bergelar lelaki.
No comments:
Post a Comment